PAS, PKR bertembung di Sungai Acheh
PAS
akan bertembung dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat - PKR -
dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Sungai Acheh dengan
meletakkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah (di bawah)
sebagai calonnya di situ.
Keputusan
itu dibuat selepas Pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman malam
tadi mengumumkan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul
Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebagai calon
parti itu di kerusi berkenaan yang terletak dalam kawasan pilihan raya
Tebal Nibong.Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man membuat pengumuman tersebut di Pongsu Seribu - kubu kuat parti itu di Tasek Gelugor pada kira-kira jam 10 malam ini.
Beliau berkata, pihaknya yakin calon-calon parti itu boleh menyapu bersih semua kerusi dalam pertandingan dengan Umno.
Menurut Salleh, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat yang panjang dengan kepimpinan PAS di Kuala Lumpur, semalam.
"Keputusan kami adalah muktamad," katanya, sambil menambah bahawa kepimpinan pusat juga telah memutuskan senarai calon untuk seluruh negara.
Salleh lagi mengumumkan parti itu akan bertanding dua kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum ke-13, yang ditetapkan pada 5 Mei.
Calon bagi dua kerusi parlimen ialah setiausaha Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden di kerusi Kepala Batas, dan bekas presiden Dewan Perniagaan Melayu, Datuk Abdul Rahman Maidin di Tasek Gelugor.
Calon-calon bagi empat lagi kerusi DUN termasuk Roshidi Hussein (Penaga), Arshad Md Salleh (Permatang Berangan), Asnah Hashim (Bayan Lepas) dan Zahadi Mohamad (Sungai Dua).
Setiap calon, tampil memberi ucapan ringkas selepas nama mereka diumumkan.

Anwar dedah arahan tewaskan 3 calon Pakatan
Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat
yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan
supaya tiga calon muda Pakatan di Lembah Klang dikalahkan dalam pilihan
raya umum ke-13.
"Mereka adalah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya (Utara).
"Tapi saya rasa, Tony Pua susah dikalahkan kerana 90 peratus (di situ) adalah kaum Cina," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak dan penyokong memberi tumpuan untuk memenangkan Nurul Izzah dan Rafizi di kawasan mereka masing-masing.
"Ada orang kata beri kepada beliau (Nurul Izzah) kawasan yang selamat. Saya balik berbincang dengan dengan dia, dan dia kata, 'tidak papa, mereka adalah rakyat saya, saya akan pertahankan Lembah Pantai," kata Anwar di hadapan kira-kira 4,000 hadirin hadir dalam ceramah di Bandar Tun Razak.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian sewaktu mengumumkan anak sulungnya bertanding mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum ke-13.
Beliau juga mengumumkan calon-calon PKR yang bertanding di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di majlis yang berlangsung di sebuah padang bola sepak di Bandar Tun Razak.
Selain Nurul Izzah, Anwar juga memperkenalkan empat lagi tokoh pemimpin PKR yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan. Parti itu mengekal calon yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2008 melainkan di Wangsa Maju.
Bagi parlimen Setiawangsa, PKR mencalonkan anak bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 1973-1983, Ibrahim Tan Sri Yaacob.
Beliau pernah bertanding di parlimen tersebut pada 2008 tetapi tewas kerana terdapat undi pos di kawasan tersebut.
Ibrahim bertugas secara sukarela di pejabat ketua umum sejak enam tahun lalu dan berkelulusan bahagian kewangan dari universiti di Amerika Syarikat dan pernah menjadi ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat saham.
Selain itu Anwar mengumumkan bekas menteri Datuk Tan Kee Kwong untuk bertanding di kerusi parlimen Wangsa Maju, menggantikan calon Wee Chee Keong yang keluar daripada parti dan menjadi calon bebas.
Anwar juga mengumumkan Tian Chua mempertahankan kerusi parlimen Batu dan Menteri Besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon PKR mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak.
Ditemui Malaysiakini selepas pengumuman tersebut, Ibrahim berkata beliau yakin untuk merampas kerusi Setiawangsa pada pilihan raya umum nanti.
Katanya, sekiranya beliau dapat mendapat undi tentera sebanyak 5,000 undi, maka beliau yakin kemenangan akan memihak kepada Pakatan Rakyat.
Ini kerana, katanya, pada pilihan raya umum lalu, undi biasa memihak kepadanya melainkan undi pos sahaja.
"Undi askar ada yang mengundi pos dan ada yang mengundi awal sebagai undi (seperti amalan) biasa. Jadi peluang menang, Insya-Allah kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Menurutnya, peranan lima bekas jeneral tentera yang menyertai Pakatan akan membantu kemenangan beliau dan mereka mula menerima penerangan yang dibuat.

SPR ada maklumat 'MATA' mahu halang pengundi
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi
amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang cuba
mengacau proses pengundian dalam pilihan raya umum ini.
Abdul Aziz berkata pihaknya mempunyai maklumat mengenai kumpulan yang dikenali sebagai 'MATA' dipercayai akan menghalang pengundi daripada menjalankan tanggungjawab mereka pada hari mengundi 5 Mei depan.
"Kita sudah kenal pasti maklumat yang dikemukakan oleh kawan-kawan kita (Polis Diraja Malaysia) mengenai kumpulan MATA ini. Saya menasihatkan mereka yang terlibat supaya insaf dan hentikan niat untuk menganggu pada hari mengundi sebelum pihak polis bertindak.
"Mereka perlu tahu tindakan menghalang pengundi untuk mengundi adalah alah," katanya.
Abdul Aziz berkata demikian menerusi Program khas bertajuk 'Landskap PRU-13' yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 malam tadi.
Beliau turut mendedahkan modus operandi kumpulan itu yang antaranya membuat kacau berhubung dakwat kekal dan mendakwa kononnya nombor siri kertas undi boleh menyebabkan pengundinya dikenal pasti kelak.
"Modus operandi kumpulan itu ialah mereka akan mencalitkan dakwat pada jari seseorang pengundi dan kemudian mereka akan membuat bantahan kononnya pengundi itu sudah mengundi.
"Satu lagi taktik mereka membuat kacau dengan meminta kertas undi lain daripada apa yang diberikan oleh petugas pilihan raya kononnya mendakwa kertas undi yang mempunyai nombor siri akan membolehkan pengundi dikesan kelak," kata Abdul Aziz.
Beliau memberi jaminan warna dakwat kekal yang digunakan oleh SPR hanya boleh diketahui pada hari mengundi sahaja.
Sebelum ini, Abdul Aziz pernah menyatakan bahawa warna dakwat kekal itu adalah berbeza sama sekali dengan warna-warna dakwat yang terdapat di pasaran.
Mengenai nombor siri pada kertas undi, Abdul Aziz berkata: "Ianya tidak boleh dikesan sehingga boleh dikaitkan dengan pengundi tertentu disebabkan petugas pilihan raya tidak boleh membawa alat tulis ketika menyerahkan kertas undi itu.
"PDRM akan mengambil tindakan kepada mereka yang cuba membuat kacau. Saya sifatkan mereka ini (pengacau) mengamalkan ajaran sesat. Mereka perlu tahu prosedur mengundi adalah rahsia," katanya.
Beliau juga memberi jaminan 100 peratus nombor siri kertas undi tidak boleh dikenal pasti oleh pihak lain.
Abdul Aziz berkata SPR juga tidak mengalakkan calon membawa ramai penyokong ke pusat penamaan pada 20 April nanti kerana boleh menganggu tugas polis untuk mengawal keselamatan awam.
"Calon dinasihatkan tiba awal di pusat penamaan calon, tidak membawa ramai penyokong parti kerana akan menyusahkan polis untuk kawal keselamatan awam. SPR juga tidak menyediakan khemah serta membekalkan makanan pada hari tersebut.
"Ramai penyokong hadir pada hari tersebut tidak memberi jaminan calon itu akan menang," katanya.
- Bernama

BONGKAR, Siapa fitnah Tun Dr Mahathir meninggal dunia hari ni
Posted on Thursday, April 11 @ 07:45:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: Dukunpasir
"
Penulis dapat ni dari blog dan fanpage milik Barisan Nasional yang mendakwa FITNAH INI DIBUAT OLEH Pakatan Rakyat untuk memburukkan Barisan Nasional.....

Isu
kematian bukanlah satu isu yang boleh dibuat main main demi kepentingan
politik ,tidakkah akan terasa PANAS DIBADAN apabila fitnah ini
dipercayai oleh orang ramai seraya akan sedekahkan Al-Fatihah untuk
arwah! Pasti pemfitnah ini sedang KEPANASAN SEKARANG.......
Penulis dapat ni dari blog dan fanpage milik Barisan Nasional yang mendakwa FITNAH INI DIBUAT OLEH Pakatan Rakyat untuk memburukkan Barisan Nasional.....
INI LAH KENYATAAN SEBENAR YANG DIMAKSUDKAN DIATAS......
-
Betulkah ID ini menyokong Pakatan Rakyat sedangkan LAMBANG YANG ANDA
LIHAT PUN DAH MEMBUKTIKAN DIA PENYOKONG KUAT BARISAN NASIONAL?
-
Macam mana pula blogger dan ADMIN ini dapat TAHU TENTANG KEHADIRAN
POSTING DARI "penyokong AMNO" ini jika blogger ini bukan dikalangan
rakan rakan FB beliau??
Ok tak apa .....kita bongkar apa yang ada dalam FB "Penyokong AMNO ini"....
Ini adalah gambar yang terdapat didalam Album tersebut.
Dan perhatikan pula GAMBAR IBU gadis ini melalui komen dan postingnya.....
-Perhatikan posting untuk gambar ibu tersebut......kemudian perhatikan apa kata GADIS MISTERI yang memberi komen.
Dari
komen dan posting gambar diatas DAPAT MEMBUKTIKAN BAHAWA PEMILIK
SEBENAR "Penyokong AMNO" ini BUKANLAH GADIS YANG DIATAS KERANA........
Setelah diklik nama GADIS YANG MARAH ITU.....Penulis jumpa orang GAMBAR yang sama seperti ini.......
Makar Arab Saudi, Jordan dan Amerika Terhadap Revolusi Syria Pasti Hancur
Posted on Thursday, April 11 @ 07:41:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: lonewolf
"
Syria
- Surat khabar Inggris “The Daily Telegraph” pada edisi Sabtu
melaporkan yang isinya adalah “Kerajaan (Arab Saudi) bekerja sama dengan
para pejabat intelijen Amerika di Jordan untuk membantu pembentukan
pasukan revolusi yang kuat di selatan Syria, yang dapat bertempur untuk
mewujudkan dominasi atas Damaskus, dan menyediakan kelompok kontra “yang
setia dan tunduk pada Barat” untuk melawan kelompok revolusi Islam yang
ekstrim dan terus berkembang, demikian menurut sumber pada “The Daily
Telegraph”.

Berikut kesimpulan terkait dari berita tersebut:
Pertama,
negara-negara kafir Barat imperialis bersama para penguasa bonekanya
terus menerus membuat rencana dan makar, serta membelanjakan hartanya
dalam jumlah besar dalam rangka untuk menghalang berdirinya Khilafah,
projek peradaban dan pembebasan umat, yang akan menyelamatkan seluruh
kawasan Timur Tengah dari cengkaman kaum kafir imperialis Barat,
utamanya Amerika.
Kedua, berita tersebut
mengungkapkan sebab pencerobohan dilakukan, bahwa Barat tidak mahu
pengaruh yang lain kecuali pengaruh mereka di kawasan Timur Tengah, di
mana sejumlah brigade yang ikhlas hampir berhasil menggulingkan rejim.
Maka melalui para penguasa bonekanya, terutama negara-negara jiran Syria
untuk membuat brigade yang setia pada Barat dengan bantuan dukungan
dana, senjata dan perlengkapan untuk meraih kemenangan dan mempercepat
dalam memetik buah revolusi.Ini semua dilakukan karena takut akan
perubahan yang akan mengubah keadaan mereka, sehingga inilah yang
menimbulkan ancaman bagi pengaruh imperialis, dan bagi para penguasa
boneka.
Ketiga, konspirasi para penguasa Arab
Saudi dan Jordan, bersama dengan Mesir dan Turki untuk melawan revolusi
Syria semakin menjadi jelas dan nyata, sekalipun mereka memakai topeng
keprihatinan terhadap rakyat Syria dan dukungan terhadap pembangkan.
Mereka para penguasa tidak memainkan peranan apapun kecuali yang
dirancang oleh tuannya di Washington, London dan Paris. Dan ketiga
ibukota ini telah sepakat untuk menggagalkan dan membatalkan revolusi
Syria.
Keempat, penglabelan brigade pejuang di
Syria dengan sebutan ekstrimis dan teroris adalah konspirasi dan
penyesatan, di mana Barat dan para penguasa boneka menyedari bahwa
brigade-brigade tersebut berada di tengah-tengah gagasan penerapan Islam
dan pendirian Khilafah, yang menjadi tuntutan rakyat Syria, dan semua
kaum Muslim; serta menyadari bahwa brigade-brigade itu mewakili trend
masyarakat yang sebenarnya, dan mereka terus berkembang, sehingga mereka
disebut dengan ekstrimis dan teroris untuk membenarkan konspirasi
mereka, dan upaya mereka untuk melawannya.
Kelima,
kami yakin bahwa makar mereka pasti hancur jika para pejuang revolusi
tetap berpegang teguh dengan tali Allah yang kukuh. Ingat! Seberapa
besar dan kuatnya makar Amerika dan para penguasa boneka itu, tidak akan
pernah mengalahkan makar Allah; dan harta yang mereka keluarkan untuk
menghadang tegaknya Khilafah yang akan menerapkan hukum Allah, pasti
akan merugi dan dikalahkan. Dan orang-orang kafir itu akan dikumpulkan
kepada neraka Jahannam.
Untuk itu, para pejuang
revolusi Syria harus berhati-hati agar tidak tunduk pada rejim, atau
tertipu dengan skema-skema Amerika; dan hendaklah mereka yakin bahwa
pertolongan Allah sangat dekat jika mereka menolong Allah. Dan Allah
pasti akan memenangkan urusannya, namun kebanyakan manusia tidak
menyadarinya.
“Jika Allah menolong kamu, maka
tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan
kamu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu dari Allah sesudah
itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang Mukmin
bertawakkal.” (TQS. Ali Imran [3] : 160).
ABISLAA, Rakyat Kuantan mengamuk pada kepala PAIP
Posted on Thursday, April 11 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: Dukunpasir
"
Rata rata penduduk sekitar Kuantan dan beberapa daerah di negeri Pahang sedang kepanasan sekarang ni, bukan panas sebab cuaca tapi panas sebab TIADA AIR........ Memang banyak masalah jika tak ada air ni.
Ini pula rungutan dan luahan penduduk disebabkan masalah tersebut -Sila baca kerana diantara komen komen dan pendapat mereka ini banyak DISEBALIKNYA YANG KITA BOLEH TAHU ..... sama ada benar atau tidak cakap dan tuduhan mereka ini....... YANG PASTINYA AIR MEMANG TAK ADA .....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan