Khamis, 4 April 2013

DAHLAH TU...BAGI ORANG LAIN...55 TAHUN DAH LAMA KECUALI ADIL DAN SAKSMA...NI HAK ORANG DINAFI...SERTA DOUBLE STANDARD DLL

Bubar: PAS dah lama sedia - TG Nik Aziz

Rizal Tahir, 03 Apr 2013
KOTA BHARU: Tidak sedia berdepan pembubaran parlimen bila-bila masa kerana persediaan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) sudah lama disiapkan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, sama ada pembubaran itu berlaku hari ini atau pun bila-bila, PAS tidak mengahadapi sebarang tekanan berdepan pembubaran tersebut.

Malah katanya, semua rakyat sedar bahawa Umno yang kini berdepan tekanan dan dilihat lemah khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.

“Kerana itu Umno memberikan duit kepada rakyat, bagi duit pada rakyat tu untuk apa?,” katanya ketika ditemui di Kota Darulnaim semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus kemungkinan parlimen dibubar hari ini bagi membolehkan pilihanraya umum dilakukan untuk penggal ke-13.

“Umno sekarang seperti lekat tulang, terkapai-kapai, tak boleh nak buat apa,”ujarnya.

Sementara itu hari ini berlangsungnya mesyuarat terakhir kabinet di Putrajaya bertepatan genap empat tahun Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Dalam satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri di twitter pagi ini, Najib akan mengadakan sidang media khas jam 11.30 pagi dan akan disiar secara langsung di RTM.

Panas: Seluruh Kuantan 'lumpuh' tiada air

Harakahdaily, 03 Apr 2013


KUANTAN: Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda sekarang ini.

Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih memburukkan.

Berbagai aktiviti terjejas gara-gara masalah air yang melanda.

Malah, tidak kurang juga yang kecewa kerana semenjak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) masalah air di Pahang semakin kritikal dan cukup membimbangkan.

Difahamkan, kawasan yang terjejas ialah seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang sehingga seluruh Indera Mahkota termasuk Pandan, Permatang Badak, Bukit Rangin, Seluruh Jalan Gambang dari Kemunting sehingga simpang Gambang termasuk Tanah Putih,Batu 3,Sg.Isap.

Permatang Badak,Taman Tas, Seri Mahkota,Jaya Gading,Sri Damai,Kem Batu 10, Sri Fajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Bakong termasuk Kg.Pandan, Taman Impianku,Bukit Kuin, Batu Sawar.

Seluruh Kawasan Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jalan Hj. Ahmad sebahagian Bukit Ubi dan Jalan Lim Hoe Lek.

Turut terlibat ialah seluruh Jalan Pekan sehingga Kg.Ubai termasuk Inderapura, Indera sempurna, Tanjung Lumpur, Peramu, Sg.Soi, Berjaya Permai dan sekitarnya.

Baca laporan lengkap dalam Pahangdaily.

Tarikh PRU14 diumum setahun lebih awal jika PR menang

Harakahdaily, 03 Apr 2013

(Orang ramai yang memenuhi Bandar Pusat Jengka dalam jelajah Negara Berkebajikan)


JENGKA: Susah nak membuat perancangan cuti, kahwin, lawatan ke luar negara, umrah mahupun tugasan kerja kerana masih tidak mengetahui tarikh pilihanraya umum?

Usah bimbang. Perkara ini tidak akan berulang apabila Pakatan Rakyat mengambilalih Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13.

“Pakatan Rakyat berjanji tarikh PRU yang seterusnya akan diketahui satu tahun lebih awal supaya rakyat boleh bersedia,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) di dalam ceramah bersama Treler Negara Berkebajikan di Bandar Nadi Jengka semalam.

Ceramah semalam menerima sambutan yang mengejutkan dengan ribuan hadirin. Ia turut disiar secara langsung oleh TVMakmur dan TVMAKMUR.fm yang dikendalikan Jabatan IT PAS Pahang.

Dalam ucapannya, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata ramai yang merintih dengan kepayahan membuat perancangan kerana tarikh PRU13 masih tidak diketahui.

“Ada yang nak pergi berumrah bimbang bila pergi, PRU13 diadakan. Ada yang nak kahwin takut bertembung dengan tarikh PRU13,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata beliau sendiri turut mengalami kesusahan yang sama ketika melangsungkan perkahwinannya pada tahun 1986.

“Hari saya kahwin ialah hari mengundi. Awal pagi saya pergi mengundi di Batu Balai sebelum bergegas ke Kuantan. Nasib baik tunang tak lari,” katanya yang menghiburkan hadirin.
Dun Terengganu bubar malam ini, Johor mungkin esok

3 April 2013
PRU13
Tarikh penting PRU 2004 hingga 2013
DUNGUN - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan pembubaran Dun Terengganu berkuat kuasa hari ini untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ahmad yang membuat pengumuman itu pada pukul 10 malam tadi berkata, beliau telah menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Nur
Zahirah pada pukul 7.45 malam untuk mendapat perkenan baginda.
"Pukul 9 pagi esok Speaker DUN Datuk Tengku Putera Tengku Awang akan menghantar notis pembubaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Pada PRU12 Barisan Nasional (BN) Terengganu menguasai Dun Terengganu dengan majoriti dua pertiga apabila menang 24 daripada 32 kerusi Dun manakala untuk kerusi Parlimen, parti gabungan itu menang enam daripada lapan kerusi.
Ahmad turut mengesahkan bahawa beliau akan kekal bertanding bagi kerusi Dun Kijal pada PRU13 kali ini.
Dalam pada itu,  Kerajaan Negeri Johor dijangka mengumumkan pembubaran Dun esok bagi membolehkan pilihan raya umum negeri itu diadakan serentak dengan pilihan raya Parlimen.
Difahamkan Pejabat Menteri Besar tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pembubaran Dun Johor pada hari ini dan urusan itu dijangka hanya akan berlaku esok.
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman hari ini mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di pusat pentadbiran kerajaan di Kota Iskandar namun beliau tidak mengadakan sidang akhbar selepas itu.
Difahamkan Abdul Ghani berlepas ke Kuala Lumpur hari ini untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno. - Bernama
Dewan Rakyat, 6 Dun bubar rakyat tunggu PRU

4 April 2013
Dewan Rakyat, 4 Dun bubar hari ini
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menandatangani warkah dipersembahkan Najib bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Rakyat di Istana Negara Kuala Lumpur har
KUALA LUMPUR - Pembubaran Dewan Rakyat pada hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah diikuti dengan pembubaran enam Dun setakat tengah malam tadi.
Kecuali Sarawak yang belum perlu membubarkan Dunnya dan Negeri Sembilan yang Dunnya terbubar secara sendiri pada 28 Mac lalu, negeri-negeri lain dijangka membubarkan Dun masing-masing dalam tempoh terdekat bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan PRU-13 secara serentak - membabitkan pertandingan di 727 kerusi, masing-masing 202 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.
Selepas pembubaran Dewan Rakyat, Perlis merupakan negeri pertama membubarkan
Dun diikuti Sabah, Melaka, Perak dan Terengganu.
Ia diikuti Pahang lewat malam tadi.
Empat negeri yang dikuasai parti-parti politik dalam pakatan pembangkang dijangka mengumumkan tarikh pembubaran Dun masing-masing hari ini.
Di Dungun, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan pembubaran Dun Terengganu berkuat kuasa semalam.
Ahmad yang membuat pengumuman itu pada pukul 10 malam berkata beliau telah menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Nur
Zahirah pada pukul 7.45 malam untuk mendapat perkenan baginda.
"Pukul 9 pagi esok (hari ini) Speaker Dun Datuk Tengku Putera Tengku Awang akan menghantar notis pembubaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya.
Di Georgetown, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, beliau akan memaklumkan mengenai tarikh pembubaran Dun selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pukul 9.30 pagi ini.
Di Kota Bharu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Dun akan tetap dibubar sejajar dengan pembubaran Dewan Rakyat dan beliau tidak akan mengubah perkara itu walaupun kerajaan negeri masih boleh menangguh pembubaran itu.
Nik Abdul Aziz dijadual menghadap Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Telipot di sini malam ini bagi mendapat perkenan baginda untuk pembubaran DUN Kelantan.
Sebelum itu beliau akan menghadiri mesyuarat bersama menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang di Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor petang esok.
Di Alor Setar, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau akan menghadap Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini berhubung urusan pembubaran Dun.
Selepas itu barulah beliau akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah bagi memohon perkenan untuk membubarkan Dun.
Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob malam tadi mengumumkan pembubaran Dun. Bercakap kepada pemberita di pekarangan Istana Mahkota di sini pada pukul 11.45 malam ini, Adnan berkata, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah memperkenankan pembubaran Dun Pahang.
Sebelum itu, Adnan menghadap Sultan Pahang pada jam 10.40 malam di istana itu.
Penggal lima tahun Dun Pahang tamat tempoh pada 7 April ini.
Pahang mempunyai 42 kerusi Dun. Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 37 kerusi, DAP dan Pas masing-masing dua kerusi dan Bebas satu kerusi.
Adun Bebas di kawasan Dun Tanah Rata, Ho Yip Kap, kemudian menyertai parti Gerakan.
Terdapat 14 kawasan Parlimen di Pahang dan pada pilihan raya umum 2008, BN menguasai 12 kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat menang dua kerusi. - Bernama
Calon BN dalam saringan akhir, perlu jalani pemeriksaan kesihatan

3 April 2013
Calon BN dalam saringan akhir, perlu jalani pemeriksaan kesihatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama orang ramai menyertai Kayuhan Patriotik 1Malaysia@Putrajaya hari ini.
Kerusi Parlimen
Kerusi Parlimen
Kerusi Dun
Kerusi Dun
PUTRAJAYA -  Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Beliau berkata, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan senarai calon kepada ketua-ketua perhubungan negeri.

"Ketua-ketua perhubungan negeri akan menyerahkan watikah pelantikan kepada calon-calon. Kita harap ia dapat dilaksanakan  dalam seminggu hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon," katanya kepada pemberita selepas acara ‘Kayuhan Patriotik 1Malaysia@ Putrajaya’ di sini.

Tengku Adnan berkata senarai calon BN kini dalam saringan terakhir termasuk pemeriksaan kesihatan, institusi kewangan, Polis  Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

“Sekiranya mereka sudah mendapat laporan kesihatan mereka enam bulan lepas, mereka boleh hantar kepada kami, sekiranya  belum, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya.

Tengku Adnan berkata BN sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kali ini dan hanya menanti Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) mengumumkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Beliau berkata Najib akan mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno pada 9 pagi esok dan selepas itu mesyuarat  khas Dewan Tertinggi BN pada 11 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

"Kita akan melancarkan manifesto BN pada Sabtu ini di Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” katanya. - Bernama
Parlimen bubar: Negara ditadbir kerajaan sementara

3 April 2013
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
KUALA LUMPUR - Selepas pembubaran Parlimen, Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara yang mentadbir urusan negara.

Menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kerajaan kini diterajui oleh kerajaan sementara.

Kerajaan sementara bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini.

Katanya amalan yang diterimapakai daripada sistem pentadbiran British itutelah diamalkan sejak merdeka lagi dan ia berjaya memberi kesan positif kepada negara.

"Kerajaan sedia ada akan terus berkhidmat. Kabinet masih mentadbir negara, yang tidak akan menjejaskan pentadbiran negara, dari segi ekonomi dan politik.
Semua menteri masih menjalankan tugas sebagai menteri," katanya kepada  Bernama.

Bagaimanapun, katanya, kuasa kerajaan sementara adalah terhad apabila ia hanya melibatkan tugasan harian sahaja tanpa melibatkan sebarang pembentukandasar atau  baru berikutan pembubaran Parlimen akan membabitkan pembubaran Dewan Rakyat.

"Fungsi untuk mentadbir negara masih sama, tetapi tidak sebagai ahli Dewan Rakyat apabila fungsi di dalam Parlimen tidak ada lagi, dan perundangan tidak boleh dibuat," katanya.
Wan Junaidi berkata Ketua Setiausaha Negara selaku ketua pelaksana dasarakan terus menjalankan tugas-tugas sebagai pegawai tertinggi perkhidmatan awam tanpa kuasa tambahan kerana demokrasi Parlimen hanya memberi kuasa tersebut kepada Badan Eksekutif sahaja.

Beliau berkata istilah kerajaan sementara tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ia merupakan kelaziman yang dilakukan di negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen.
Guan Eng: Dun Pulau Pinang dijangka bubar esok

3 April 2013
GUAN ENG
GUAN ENG
GEORGETOWN - Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang dijangka dibubar esok bagi membolehkan pilihan raya umum  Dewan Undangan Negeri ke-13 berlangsung serentak dengan pilihan raya Parlimen.

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa beliau akan memaklumkan mengenai tarikh  pembubaran Dun selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pukul 9.30 pagi esok.

Pulau Pinang mempunyai 40 kawasan Dun - 19 kawasan di bahagian pulau manakala 21 kawasan lagi di tanah besar iaitu  Seberang Perai.
Pada pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri apabila DAP memenangi 19 kerusi Dun, Parti  Keadilan Rakyat (PKR) memenangi sembilan kerusi dan Pas memenangi satu kerusi iaitu di Permatang Pasir.

Barisan Nasional (BN) pula hanya memenangi 11 kerusi dan kesemuanya diwakili oleh Umno.

Bagi kawasan Parlimen pula, Pulau Pinang mempunyai 13 kawasan iaitu tujuh di Seberang Perai dan enam kawasan di bahagian  pulau. Pada pilihan raya umum lepas, DAP memenangi tujuh daripada kerusi Parlimen manakala PKR memenangi empat.

Bagaimanapun, dua daripada Anggota Parlimen PKR iaitu Datuk Seri Zahrin Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong  Tebal) kemudiannya meninggalkan parti berkenaan dan mengisyhtiharkan sebagai wakil rakyat Bebas.

BN hanya memenangi dua kawasan Parlimen iaitu Kepala Batas yang diwakili oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad  adawi dan Tasek Gelugor yang diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada  ilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)diadakan. - Bernama
Lagi 'Datuk Seri' dicari bantu siasat kes Op Daulat

3 April 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
LAHAD DATU - Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang  berkaitan Operasi Daulat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari  kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.

"Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di  mana-mana balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut lelaki itu, Tan berkata orang ramai yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi Rakan Cop  atau balai polis berhampiran.

Sebelum ini seorang lelaki bergelar Datuk Seri telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor selepas  dikaitkan dengan Operasi Daulat dan dia kemudian ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012  (Sosma).

Sementara itu, beliau berkata seramai 1,299 orang telah dibenar pulang ke rumah masing-masing sejak semalam selepas tiga  pusat pemindahan di Cenderawasih, Gemala Pura dan Fajar Harapan di sini ditutup.

Kini hanya tinggal 106 orang daripada 17 keluarga masih mendiami pusat pemindahan di Embara Budi berikutan rumah mereka  mengalami kerosakan teruk, katanya.

Tan berkata tiada pertempuran sejak 28 Mac lepas namun kawalan keselamatan masih dijalankan di semua lokasi di bawah  Operasi Daulat.

Ditanya mengenai keselamatan orang ramai menjelang pilihan raya umum ke-13 setelah Dewan Rakyat dibubar hari ini, beliau  berkata penduduk yang layak mengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi kerana pasukan keselamatan sentiasa mengawasi keadaan.

"Kawasan operasi adalah selamat, jadi jangan takut untuk laksanakan hak untuk keluar mengundi," katanya. - Bernama
MB: Dun Selangor bubar esok
Wartawan Sinar Harian
3 April 2013
MB: Dun Selangor bubar esok
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim keluar dari perkarangan Istana Alam Shah.
Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim
Najib mahu BN diberi peluang kekal kuasa
Wartawan Sinar Harian
3 April 2013
PRU13
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menandatangani warkah untuk pembubaran Dewan Rakyat di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak yang membubarkan Parlimen hari ini berkata, kerajaan yang ada pada hari ini pemerintah yang bertanggungjawab dan meletakkan kepentingan rakyat Malaysia di atas segala-galanya.

"Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, kami menepati janji, kami merupakan kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan memeliharanya.

"Bukan sikap kami menanam tebu di bibir. Sesungguhnya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan jejak rekod kami sepanjang empat tahun yang lalu," katanya.

Perdana menteri berkata, beliau dan rakan-rakan kepimpinan BN akan mula turun dan bertemu rakyat d seluruh pelusuk negara bagi meyakinkan warga Malaysia mengapa BN perlu diberi peluang untuk kembali membentuk kerajaan dengan majoriti kukuh.

Berucap secara langsung ketika membuat pengumuman khas dari Pejabat Perdana Menteri pagi tadi, Najib berkata, dalam tempoh empat tahun lepas, sepanjang kepimpinan beliau sebagai perdana menteri, rakyat Malaysia dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana fasa perancangan Prakarsa Transformasi Nasional membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan kemakmuran negara.

Prakarsa Transformasi Nasional itu melibatkan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Sosial.

Najib berkata kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang bertanggungjawab dan meletakkan kepentingan rakyat Malaysia di atas segala-galanya.

"Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, kami menepati janji, kami merupakan kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan memeliharanya.

"Bukan sikap kami menanam tebu di bibir. Sesungguhnya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan jejak rekod kami sepanjang empat tahun yang lalu," katanya.

Perdana menteri berkata, beliau dan rakan-rakan kepimpinan BN akan mula turun dan bertemu rakyat d seluruh pelusuk negara bagi meyakinkan warga Malaysia mengapa BN perlu diberi peluang untuk kembali membentuk kerajaan dengan majoriti kukuh.

Tiada ulasan: