Khamis, 4 April 2013

BANYAK HABUAN DUIT DIBERI....BUKAN GULA2...TAPI NI SEMUA DAPAT APABILA PEMBANGKANG KUAT....PEMBANGKANG TAK KUAT...APA PUN TAK DAPAT


Mufti tercicir calon Pakatan Perlis?
6:00PM Apr 3 2013
Pengumuman calon PAS Perlis pagi tadi menimbulkan tanda tanya berhubung kedudukan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang sebelum ini dikatakan akan bertanding kerusi PKR di Parlimen Kangar.

Mufti kelahiran Sarawak itu sebelum ini difahamkan sudah bersetuju bertanding menentang BN dan melepaskan jawatan lantikan istana yang dipegangnya sejak hujung Januari 2009.

NONEPakatan cuba mengetengahkan Dr Juanda bagi bergandingan dengan tokoh agama popular PAS Datuk Dr Haron Din (kiri) yang akan bertanding di kerusi tradisinya di Arau, bagi merobek negeri kubu kuat BN.

Dengan pengumuman itu, Dr Juanda mungkin sukar mendapat tempat di negeri Indera Kayangan dan mungkin beralih ke sebuah lagi kerusi yang dikatakan diintainya di Sarawak.

Dalam pengumuman oleh Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin pagi tadi, parti Islam itu akan bertanding di kesemua tiga kerusi Parlimen di Perlis berbanding dua sebelum ini.

Ia antara perubahan yang dilaksanakan dalam pembahagian kerusi Pakatan Perlis yang mengambil risiko tidak mengekalkan status quo seperti dalam pilihan raya umum lalu.

Bagi kerusi DUN pula, PAS sebelum ini bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PKR di tiga kerusi. Bagaimanapun, pilihan raya kali ini akan menyaksikan parti Islam itu hanya bertanding di lapan kerusi dengan PKR sebanyak lima.

Sumber PKR dakwa tak muktamad


DAP pula diberikan dua kerusi, cubaan kali pertama mereka bertanding di negeri Utara semenanjung itu.

Hashim hari ini mengumumkan barisan calonnya seperti berikut: Ketua Urusan Ulama PAS Padang Besar Azamhari Mohamood (Padang Besar), Ahli Jawatankuasa PAS Kangar Baharuddin Ahmad (Kangar) dan Dr Haron (Arau).

Bagi kerusi DUN pula, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mohd Anuar Tahir akan bertanding di Santan; Timbalan Yang Dipertua PAS Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim (Beseri), Setiausaha Pilihan Raya Abd Jamil Kamis (Bintong), Setiausaha Perhubungan Ya'akub Abu Seman (Kayang), Ketua Dewan Ulama Idris Yaacob (Pauh), peguam Zulmi Sabri (Guar Sanji), Timbalan Pesuruhjaya 3 Rus'sele Eizan (Simpang Empat) dan Mohd Shukri Ramli (Sanglang).

Hashim menjelaskan, penetapan kerusi itu telah lama dibuat pada 15 Julai 2011 setelah dipersetujui sebulat suara dalam Majlis Pakatan Rakyat Negeri Perlis.

NONEBagaimanapun, sumber PKR memberitahu Malaysiakini, pembahagian kerusi negeri di Utara semenanjung itu masih belum diputuskan.

Perkara itu difahamkan akan menjadi salah satu agenda penting dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan di Kuala Lumpur esok.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang di DUN Sanglang dan Simpang Empat sahaja.

Dr Juanda (gambar atas, berbaju hitam) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu dan mahu menunggu masa yang sesuai terlebih dahulu.
Anwar: Saya akan bertanding di Perak

Walaupun terdapat bantahan daripada pengundi di kerusi Parlimennya di Permatang Pauh dan ikatan sentimental dengan kampung halamannya, namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa beliau akan berpindah bertanding di Perak.

"Saya telah isytiharkan hasrat saya untuk bertanding di Perak," katanya dalam sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Bagaimanapun, Anwar berkata beliau perlu kembali ke Permatang Pauh esok untuk menenangkan para pengundinya.

"Niat saya adalah untuk mengukuhkan kedudukan kita di Perak dan bukannya tidak menghormati sokongan setia rakan-rakan di Permatang Pauh," kata Anwar. 
Negeri Pakatan dijangka umum bubar DUN esok

Kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dijangka hanya akan mengumumkan pembubaran DUN masing-masing esok.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar berkata beliau akan mengadap Sultan Kedah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, esok.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun menerima perkenan dari Sultan Selangor untuk berbuat demikian dan satu upacara rasmi akan diadakan pada jam 2.30 petang esok.

Pada waktu berita ini disiarkan, Kelantan masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi berhubung pembubaran DUN.
Sementara itu, ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau akan menemui Yang Dipertua Negeri Tun Dr Abdul Rahman Abbas pagi esok bagi memohon persetujuan untuk membubarkan DUN.

Lim berkata, beliau telahpun menerima kiriman faksimili dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memohon kerjasamanya untuk membuat pembubaran serentak dengan pembubaran Parlimen hari ini.

“Beliau meminta kerjasama saya untuk membubarkan sererntak. Jika ini berlaku, semua dokumen berkaitan akan dihantar. Exco negeri tiada masalah untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan  Parlimen.

“Oleh itu, saya akan bertemu dengan Yang Dipertua Negeri esok pada jam 9.30 pagi untuk meminta kebenaran untuk membubatkan DUN,” katanya.
Peguam dakwa keluarga PI Bala hilang

Peguam kepada mendiang P Balasubramaniam, Americk Sidhu berkata balu kepada bekas penyiasat persendirian itu, A Santamil Selvi, didapati hilang daripada kediaman mereka di Rawang.
Amercik berkata Selvi tidak dapat dihubungi sejak pagi semalam selepas beberapa beberapa orang petugas media dan pegawai polis muncul di kediaman tersebut pada Sabtu lalu.

Individu berkenaan muncul di rumah tersebut selepas menerima SMS yang mendakwa Selvi akan membuat laporan polis yang mendakwa suaminya dibayar oleh peguam untuk membuat pengakuan berkanun (SD) pertama.

Americk berkata beliau bimbang Selvi akan didorong untuk menukar pendirianya seperti yang dilakukan Balasubramaniam.

Balasubramaniam pada 2006 menarik balik SD pertamanya, sehari selepas menandatangani dokumen berkenaan, yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Beliau kemudiannya menandatangani SD kedua dan mendakwa SD pertama ditandatangani dalam keadaan terpaksa.

Balasubramaniam meninggal dunia pada 15 Mac lalu akibat serangan jantung beberapa hari selepas kembali dari Chennai.

Beliau pulang bagi berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Menurut Americk, seorang jiran memberitahu rakyat mendiang bahawa kesemua anggota keluarga tersebut meninggalkan rumah berkenaan dengan kenderaan mereka pada jam 10.15 pagi semalam dan tidak dapat dihubungi sejak waktu itu.
PM jamin peralihan kuasa akan aman
12:02PM Apr 3 2013
dikemaskini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa sebarang peralihan kuasa selepas pilihan raya umum ke-13, jika ada, akan berlangsung dengan aman.

Bercakap ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, Najib menegaskan, kerajaan sedia ada sentiasa menjunjung prinsip demokrasi, tekad tranformasi politik yang dilaungkan serta komitmen dalam menghormati suara rakyat.

"Saya ingin jamin, kerajaan sedia ada akan meneruskan tugas sesuai dengan undang-undang sehingga selesai pilihan raya.

"Saya juga ingin menyeru, jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ia akan berlangsung secara aman dan terbit. Ini iltizam kita untuk menjunjung prinsip demokrasi," katanya.
Dalam pengumumannya selama 13 minit itu, perdana menteri merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada kerajaan BN untuk menerajui kepimpinan negara sejak lima tahun yang lepas.
   
"Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan rakyat, kami telah dan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya," katanya.
   
Sementara itu, Bernama melaporkan Najib berkata dalam tempoh empat tahun lepas, sepanjang kepimpinan beliau sebagai perdana menteri, rakyat Malaysia dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana fasa perancangan Prakarsa Transformasi Nasional membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan kemakmuran negara.
   
Prakarsa Transformasi Nasional itu melibatkan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program  Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Sosial.
   
Najib berkata kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang bertanggungjawab dan meletakkan kepentingan rakyat Malaysia di atas segala-galanya.
   
"Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, kami menepati janji, kami merupakan kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan memeliharanya.
   
"Bukan sikap kami menanam tebu di bibir. Sesungguhnya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan jejak rekod kami sepanjang empat tahun yang lalu," katanya.
   
Perdana menteri berkata, beliau dan rakan-rakan kepimpinan BN akan mula turun dan bertemu rakyat d seluruh pelusuk negara bagi meyakinkan warga Malaysia mengapa BN perlu diberi peluang untuk kembali membentuk kerajaan dengan majoriti kukuh.

"Kami akan menggunakan mandat kukuh yang diberi, Insyaallah untuk melipatgandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yang lebih baik, yang lebih bermakna, yang lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua," katanya.
   
Dalam pada itu, Najib mengingatkan rakyat Malaysia supaya menunaikan hak mereka sebagai pengundi dan tidak membazirkan peluang yang diberikan untuk memilih kerajaan yang akan mendukung aspirasi rakyat.
   
"Setiap undi anda adalah penting, jangan bazirkan ia, janganlah dipertaruhkan masa depan anak-anak dan negara Malaysia.
   
"Fikir dan renungkanlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan, ini kerana undi saudara dan saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri, tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua," katanya.
K'tangan k'jaan Perak dapat insentif tambahan RM500

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan pemberian insentif tambahan sebanyak RM500 kepada
setiap penjawat awam kerajaan negeri.
Beliau berkata pemberian yang akan dimasukkan dalam pembayaran gaji bulan ini melibatkan lebih 8,000 penjawat dengan peruntukan RM7.5 juta.
Ia sebagai menghargai usaha penjawat awam ekoran peningkatan hasil kerajaan negeri tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri menjangka kutipan hasil RM865 juta bagaimana kita
berjaya mencapai RM905 juta," katanya.
Antara penjawat awam yang bakal menerima insentif itu ialah yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang merangkumi Majlis Daerah serta Majlis Perbandaran.
Zambry turut menyangkal pemberian itu sebagai 'gula-gula' pilihan raya.   
Beliau berkata tahun sebelum ini, kerajaan negeri juga memberi insentif tambahan.
Sementara itu beliau berkata mesyuarat exco hari ini merupakan yang terakhir sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
Beliau dijadual mengadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah petang ini untuk memohon perkenan pembubaran DUN.
- Bernama
Bayaran RM1,000 kepada kakitangan Petronas
 
Kerajaan bersetuju dengan keputusan Lembaga Petronas untuk memberikan pembayaran sekali sebanyak RM1,000 kepada 40,000 kakitangannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Beliau berkata pembayaran RM1,000 itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan Kumpulan Syarikat Petronas.
  
NONE"Lembaga dan pengurusan Petronas mengesyorkan kepada saya dan saya bersetuju dengan pembayaran sekali sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan Kumpulan Syarikat Petronas," katanya kepada kakitangan Petronas dalam satu pertemuan di ibunegara hari ini.
  
Najib juga berkata Petronas menyumbang RM1 bilion kepada Kumpulan Wang Amanah Negara tahun lepas.
  
"Dana ini dibentuk pada 1988 dan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia. Sehingga 2009, Petronas menyumbang secara konsisten sebanyak RM100 juta setiap tahun kepada dana itu," katanya.

Pada 2010, kata beliau, Petronas menyumbang RM500 juta dan pada 2011, perbadanan itu menyumbang sebanyak RM1 bilion.
  
Sementara itu, di majlis yang sama, Najib mengumumkan Petronas menyumbang RM1 juta kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis.
  
Beliau juga mengumumkan Lembaga Petronas memutuskan untuk menyumbang RM20,000 kepada keluarga setiap wira negara yang terkorban di Lahad Datu.   

- Bernama
Hadi: PAS tanding 237 kerusi DUN, 76 parlimen
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap agihan  kerusi antara PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah selesai dan "kalau ada pun telalu kecil sangat yang melibatkan masalah teknikal".

NONESehubungan itu, katanya, PAS akan bertanding 76 kerusi parlimen - bertambah 10 kerusi berbanding pilihan umum lalu dan 237 kerusi DUN.

Hadi menyatakan demikian ketika menjawab soalan dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu pagi ini untuk mengumumkan calon-calon kerusi Parlimen.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir dalam sidang media itu turut mencelah ada "dua atau tiga" kerusi DUN berkurangan berbanding pilihan raya lalu.

Abdul Hadi juga berkata parti itu juga akan meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan lebih 20 calon dari Dewan Muslimat.

NONEAhli parlimen Marang itu juga berkata calon parti juga akan bertanding di kawasan yang dianggap kerusi dengan pengundi campuran dan menegaskan PAS berjaya memecahkan benteng perkauman sehingga pengundi Cina boleh menolak calon komponen BN.

"Dan (mereka) mengundi calon PAS dan PKR yang bukan Cina dan India dan dalam keadaan fanatik Umno menyokong calon MCA, MIC dan Gerakan," katanya.

Sementara itu dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi turut mengumumkan kemasukan bekas Duta Besar Arab Saudi dan Iran Datuk Adnan Othman ke dalam parti itu.

Adnan juga pernah berkhidmat secara kontrak sebagai pesuruhjaya tinggi Cranberra, Australia pada 2001.

Tiada ulasan: