Khamis, 4 April 2013

KEBIMBANGAN MUNGKIN JADI KENYATAAN

Najib umum bubar parlimen 3 April '2012'?

Harakahdaily, 03 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS mempersoal adakah pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang diumumkan jam 11.30 pagi ini sah dari sudut undang-undang.

Menurut Mahfuz, ini kerana Najib ketika mengumumkan tarik pembubaran tersebut menyebut "...supaya parlimen ke dua belas dibubarkan pada hari ini Rabu, 3 April '2012'...", iaitu tahun lepas.

"Kita mempersoal pengumuman pembubaran oleh Najib ini sah atau tidak sah. 2012 itu tahun lepas, sekarang 2013.

"SPR mempunyai masa 60 hari dari tarikh pembubaran untuk menentukan tarikh pengundian, tetapi jika bubar 2012 maknanya tempoh 60 hari itu sudah habis lama dah," katanya kepada Harakahdaily.

Pengumuman pembubaran yang disiarkan secara langsung pagi tadi merupakan kali pertama bagi Najib yang genap tempoh empat tahun mengambil alih jawatan perdana menteri dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tarikh sama 2009.

Bagi Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena, sama ada Najib gementar, tersasul atau tidak sedar akan kesilapan itu, pengumuman itu nyata boleh mengelirukan bukan sahaja rakyat, tetapi badan yang berkait dengan urusan pilihan raya.

"Adakah Najib perlu tampil sekali lagi untuk membuat perisytiharan semula?

"Saya yakin, kesilapan ini mungkin kerana tekanan yang dihadapi Najib ekoran desakan di peringkat dalaman yang mahu beliau membubarkan hari ini sedangkan beliau tidak bersedia, sehingga beliau tersasul," katanya.

Parlimen Tambun: Melawat bilik hotel Menteri Kewangan Kedua

Harakahdaily, 03 Apr 2013
"INI bilik favorate Datuk Seri Ahmad Husni," kata pelayan tetamu hotel Kinta Riverview, sebuah hotel yang baru setahun lebih beroperasi di bandaraya Ipoh.

Pelayan itu memberitahu penulis apabila masuk ke bilik 806, di hotel yang terletak bersebelahan dengan pusat tumpuan remaja untuk melepak pada waktu malam di bandaraya itu.

Bilik yang selalu diduduki Menteri Kewangan Kedua itu adalah 807. Bilik itu berkembar dengan bilik 806 yang diduduki penulis.

Apa yang menarik sangat dengan bilik itu sehingga menjadi bilik tempahan tidak diketahui tetapi itulah tempat anggota Parlimen Tambun itu menginap.

Yang pasti bilik yang menyimpan pelbagai jenis rahsia itu mengadap Bangunan Perak Darul Ridwan, pusat pentadbiran negeri Perak.

Tingkap bilik itu juga mengadap bangunan Majlis Agama Islam Perak.

Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah telah merasmikan hotel yang mempunyai menara berkembar itu lebih setahun lalu.

Nama Husni adalah salah satu dari tiga nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Datuk Seri Dr Zambry Kadir sebagai MB Perak.


(Keputusan pilihan raya 2008 untuk Parlimen Tambun)

Dua nama lagi adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,  Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno dan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Kita semua tidak tahu sebenarnya apakah ada sungguh ura-ura itu tetapi cara para pemimpin BN menafikan perkara ini menambahkan rasa ingin tahu kita," kata Haji Asmuni Awi, Pengarah Pilihan raya PAS Perak.

Ahmad Zahid dan Nazri telah membuat kenyataan terbuka tidak ada sebarang perebutan jawatan MB di Perak. Padahal sebelum itu tidak ada laporan yang jelas tentang adanya perebutan itu.

Haji Asmuni (gambar bawah kiri) adalah anak jati kampung Gugusan Manjoi yang terletak di bawah DUN Manjoi, salah satu DUN di bawah Parlimen Tambun yang kini diwakili Husni.

Selain Manjoi, Hulu Kinta adalah satu lagi DUN di bawah Parlimen Tambun.

Haji Asmuni yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat disebut-sebut akan bertanding di DUN Manjoi dalam pilihan raya kali ini.

PKR pula akan meletakkan wakil-wakil mereka di Parlimen Tambun dan juga DUN Hulu Kinta.

"Kalau jadilah, ini pertama kali saya bertanding di kampung saya sendiri kerana selama ini saya bertanding di Kuala Kangsar," kata Asmuni ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini.

Beliau bertanding di Kuala Kangsar kerana bandar diraja itu adalah tempat beliau praktis sebagai peguam dan juga hakim sebelum ini.

Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail (gambar kanan) disebut-sebut bakal bertanding melawan Husni di Parlimen Tambun.

Dalam pilihan raya umum lalu, Husni menang di Parlimen Tambun apabila mengalahkan calon PKR, Mohamad Asri Osman dengan majoriti 5,386 undi.

Calon PAS, Zulkurnaini Ibrahim pula kalah di DUN Manjoi kepada calon BN, Datuk Nadzri Ismail dengan majoriti 348 undi sahaja.

Jika Nadzi bertanding lagi dalam pilihan raya kali ini, ia adalah penggal kelima untuk beliau selepas menang empat penggal sebelum ini.

Kawasan utama di bawah DUN Manjoi adalah perkampungan Gugusan Manjoi yang dikira antara penempatan Melayu terbesar di tengah kota di negara ini.

Dalam pilihan raya 2008, pengundi Melayu adalah 65.79 peratus dari jumlah 36,036 pengundi DUN Manjoi keseluruhannya.

Cina 24.97 peratus manakala India 9.06 peratus dan lain-lain 0.17 peratus di DUN Manjoi ini.

Kini Harakahdaily diberitahu, jumlah pengundi DUN  Manjoi sudah meningkat kepada kira-kira 46,000 iaitu peningkatan 10,000 pengundi baru berbanding pilihan raya 2008 lalu.

"Saya tidak nampak sebarang salah laku dalam penambahan undi di sini kerana kawasan ini kawasan pembangunan yang pesat yang menyebabkan peningkatan undi 10,000 adalah boleh diterima," kata Asmuni.

Walau membangun dengan pesat, Asmuni sebagai anak jati Manjoi tidak berpuashati dengan apa yang berlaku.

Ini kerana, banyak berlaku pembangunan pincang di sini yang tidak mengambil kira kepentingan dan keperluan penduduk tempatan.

"Kami tidak perlukan Mydin (gambar kanan) di sini. Ini kerana bandaraya Ipoh dekat, kami boleh pergi ke sana untuk ke supermarket besar," kata Asmuni.

Pembukaan pasaraya Mydin di Manjoi telah menyebabkan kedai-kedai dan pasar milik penduduk tempatan yang kebanyakannya Melayu menjadi lumpuh.

Lawatan Harakahdaily ke Pasar Manjoi membuktikan apa yang disebut Asmuni benar. Pasar itu dikunjungi beberapa kerat pengunjung sahaja manakala bangku-bangku pasar terbiar kosong tanpa penjual.

"Inilah kesannya apabila mereka buka Mydin di sini," kata Asmuni kepada Harakahdaily sambil menunjukkan keadaan pasar yang lengang (gambar kiri) itu tanpa penjual dan pembeli itu.

Keperluan utama rakyat di sini iaitu klinik yang baik juga terabai. Di sini hanya ada sebuah klinik usang yang tidak mempunyai seorang pun doktor tetap.

Yang ada hanya doktor pelawat yang datang pada hari-hari tertentu sahaja.

Pendekata, Manjoi memerlukan seorang yang benar-benar faham apa yang diperlukan rakyat kawasan ini.  Dan PAS mencadangkan satu nama iaitu Asmuni Awi untuk rakyat di sini, bagi mewakili mereka.

Mahathir semarakkan rakyat Johor bersama PR

Harakahdaily, 03 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Sejak kembalinya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang ke negeri kelahiran mereka, Pakatan Rakyat mendapat pertambahan sokongan yang besar dan nampaknya sudah membuah satu aura kebangkitan rakyat terhadap BN di Johor.
“Pemimpin BN begitu bercelaru untuk menghalang aura kebangkitan rakyat terhadap kubu kuatnya sekarang ini,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Justeru, pemimpin BN termasuk Dr Mahathir Mohamad turut turun padang di Johor dengan kata-kata kesat dan mengeluarkan kenyataan yang tidak begitu baik, antaranya meminta rakyat Johor menamatkan riwayat politik Lim Kit Siang di negeri kelahirannya itu.

Baginya, kenyataan Mahathir itu nampaknya telah menyemarakkan lagi sokongan rakyat di belakang Kit Siang dan Salahuddin di Johor.

Tulisan penuh beliau seperti di bawah.

Sejak kembalinya Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS dan Penasihat DAP Lim Kit Siang ke negeri kelahiran mereka, Pakatan Rakyat mendapat pertambahan sokongan yang besar dan nampaknya sudah membuah satu aura kebangkitan rakyat terhadap BN di Johor. Pemimpin BN begitu bercelaru untuk menghalang aura kebangkitan rakyat terhadap kubu kuatnya sekarang ini.

Pemimpin BN termasuk pemimpin yang sudah lama bersara yang tidak mahu berhenti politik Dr Mahathir Mohammad turut turun padang di Johor dengan kata-kata kesat dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak begitu baik dari bekas PM itu. Di antaranya Mahathir meminta rakyat Johor menamatkan riwayat politik Lim Kit Siang di negeri kelahirannya itu.

Kenyataan Mahathir itu nampaknya telah menyemarakkan lagi sokongan rakyat di belakang LKS dan Salahuddin Ayub kerana kenyataan seperti itu seolah-olah Mahathir mahu mengongkong pemikiran rakyat yang sedang dalam pencarian itu. Malahan yang membuatkan rakyat dalam pencarian itu ialah kerana kegagalan UMNO untuk mengekalkan identitinya sebagai sebuah parti perjuangan yang sebenarnya.

Mahathir membidas pembangkang seperti DAP kerana katanya negara telah menukar 6 kepimpinannya tetapi DAP masih tidak menukar kepimpinannya kerana yang berkuasa dalam DAP itu kononnya telah membentuk budaya kronisme dan sebagainya untuk menekan DAP dari memperluaskan pengaruhnya di Johor dan seluruh negara.

Kenyataan Mahathir itu sangat mudah untuk dipatahkan jika kita berfikir dan tidak perlu mempunyai ‘intelligence’ yang tinggi untuk mengembalikan kritikan Mahathir itu. Kenyataan Mahathir itu menunjukkan beliau sangat jauh sekali dari memahami apa yang pihak rakyat maksudkan perubahan itu.

Benar, UMNO telah mengubah kepimpinannya sebanyak enam kali. Tetapi perubahan dari seorang pemimpin kepada seorang pemimpin yang lain itu bukannya perubahan sebenarnya. Saya sendiri selalu menyatakan UMNO tidak mahu mengubah kepimpinannya tetapi saya bukan bermaksud mengubah pemimpinnya. Saya bermaksud perubahan dari Mahathir ke Abdullah dan kini berubah kepada Najib itu bukannya perubahan. Begitu juga niat dan kemahuan Dr Mahathir yang tidak sabar untuk mengubah pemimpin dari Najib kepada Muhyiddin itu pun bukannya perubahan kepimpinan.

Apa yang saya maksudkan ialah perubahan kepimpinan atau gaya memimpin. Jika pun Najib memberikan pimpinan kepada Muhyiddin itu bukan perubahan kerana mereka berdua ini datangnya dari acuan yang sama. Najib atau Muhyiddin sama saja kepimpinan mereka. Mereka akan terus membiarkan atau tidak tahu untuk memberhentikan budaya rasuah kerana mereka tidak menganggap rasuah itu adalah racun kepada rakyat dan negara. Mereka berdua akan terus menyalahgunakan kuasa kerana mereka sudah dibudayakan hidup dengan menyalahgunakan kuasa dan rasuah.

Kepimpinan mereka sama juga seperti kepimpinan Abdullah Badawi dan bapa kepada segala kemungkaran politik dan ekonomi, Dr Mahathir Mohammad. Mereka ini jika berjalan mereka akan sehayun dan selenggang, sama sahaja dan itulah yang saya katakan bertukar pemimpin tidak semesti bertukar kepimpinan.

Yang dimahukan oleh ramai rakyat sekarang ialah pertukaran kepimpinan bukannya menukar kepimpinan. Di antara Mahathir, Abdullah Badawi, Najib, serta Muhyiddin dan semua Naib-Naib Presiden UMNO sekarang ini semuanya sama kepimpinan mereka.

Untuk menukar kepimpinan kita perlu menukar acuannya dan yang ada paling hampir dengan rakyat sekarang ialah acuan baru Pakatan Rakyat. Kalau ditukar acuannya barulah dinamakan pertukaran kepimpinan kerana gaya dan kepimpinan mereka adalah berbeza dengan kepimpinan Barisan Nasional.

Jika rakyat benar-benar hendak menukar kepimpinan maka Pakatan Rakyatlah pilihannya. Jika kita masih memakai acuan BN selagi itulah kepimpinan tidak berubah. Siapa pun di kalangan UMNO mengambil alih kepimpinan Najib keadaan tetap sama kerana kepimpinannya sama. Kalau setakat hendak memilih pemimpin lain tetapi masih di kalangan MKT UMNO itu misalnya ia tidak ada pertukaran kepimpinan. Maka tidak payahlah tukar Najib dengan Muhyiddin dilakukan.

Tetapi rakyat mahu pertukaran kepimpinan. Untuk mendapatkan kepimpinan baru maka Pakatan Rakyat adalah pilihan mereka. Maka DAP, PAS dan PKR adalah ‘coalition’ yang mantap untuk memberikan kepimpinan baru itu.

Maka yang dikatakan oleh Mahathir dan Muhyiddin yang UMNO sudah menukar enam pemimpin itu tidak relevan. UMNO hanya menukar pemimpin tetapi tidak menukar kepimpinan. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Jadilah pemuda kebanggaan Rasulullah SAW

Ustaz Nasrudin bin Hasan, 03 Apr 2013
Para pemuda ibarat roh dalam setiap tubuh komuniti ataupun kelompok; baik ia dalam skop kecil ataupun luas seperti negara. Mereka merupakan jentera penggerak kemajuan sebuah negara. Sebagai generasi penerus, kaum muda selalu dituntut untuk meningkatkan mutu dalam pelbagai dimensi kehidupan. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (mafhumnya), "Aku didokong oleh para pemuda sementara Aku sering dicanggah oleh orang-orang tua." - Riwayat Bukhari

Ungkapan Baginda SAW jelas mengiktiraf fungsi pemuda dalam mendokong perjuangan yang diasaskan oleh Baginda SAW. Pemuda yang dimaksudkan pastinya pemuda yang beriman, bertakwa dan berjihad untuk menegakkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah Taala. Pemuda yang mewakafkan diri dan bersedia untuk mengorbankan segala kepentingan diri dan duniawi demi memastikan syariat dan sunnah berjaya didaulatkan di tanah air ini khasnya dan di muka bumi ini amnya.

Pemuda yang berjiwa besar, mampu dan sanggup menggalas beban amanah pula mendepani mehnah guna melunaskan tanggungjawab dakwah dan tarbiyah. Pemuda yang memiliki akidah yang benar, fikrah yang jelas dan menghiaskan diri dengan akhlak Islami yang indah.

Pemuda yang tentu tidak pernah mengaku kalah dengan segala ancaman atau tahaddiyat yang digerakkan oleh musuh untuk menghalang hasrat dan perjuangan murni mendaulatkan syariat dan sunnah.

Inilah pemuda harapan dan sandaran ummah bagi mengembalikan semula kegemilangan agama suci ini setelah sekian lama diinjak oleh musuh dan lebih malang kini dipersiakan oleh penganutnya sendiri.

Inilah pemuda kebanggaan Rasulullah SAW yang berani mencagarkan kebebasan hidup semata-mata ingin mengabadikan diri kepada perjuangan suci memartabatkan kembali izzah ummah setelah sekian lama tercalar angkara kejahilan dan kebejatan.

Ringkasnya, pemuda seperti inilah yang diperlukan oleh PAS untuk memacu perjuangan di bumi bertuah ini agar Islam kembali bertapak dan cahaya keadilannya kembali menerangi ummah setelah berlalu tempoh kegelapan yang panjang menyelubungi kehidupan ummah.

Pemuda PAS sewajarnya menjadi duta penyelamat dan kasih sayang, membebaskan insan yang derita di sangkar jahiliyah. Biarpun diri terkorban justeru itulah sunnatullah bagi mujahid yang mendokong cita-cita besar perjuangan Islam.

Pemuda yang tidak mengenal istilah kalah melainkan menang atau syahid. Menang mendaulatkan syariat Allah Taala atau menang mengatasi desakan nafsu yang memujuk agar meninggalkan perjuangan. Jika tidak, syahid di medan jihad fi sabilillah menjadi impian yang ingin dicapai.

Pemuda PAS sekali lagi ditegaskan, mestilah mempunyai keupayaan malah kesungguhan untuk mendalami urusan agama agar tahu dan faham berkait dengan "produk" (Islam) yang ingin “dipasar" (dakwah) kepada masyarakat.

Semangat semata-mata, jelas tidak memadai untuk memimpin perubahan dan membimbing kesedaran masyarakat hari ini yang rata-ratanya inginkan perubahan kepada keadaan yang lebih baik setelah lama terperangkap dalam kebodohan sistem yang mengasingkan dunia dan akhirat.

Era yang kita hadapi hari ini memerlukan kita selangkah lebih jauh ke depan berbanding kelicikan musuh yang tidak pernah rehat mengatur strategi dan konspirasi untuk memadam cahaya hidayah Allah Taala. Malah kita mestilah selangkah lebih cepat bertindak berbanding musuh yang pintar dan menguasai pelbagai sarana penerangan bagi mengelirukan minda masyarakat.

Kesimpulannya, pemuda mestilah senantiasa dalam keadaan bersiap siaga. Bersedia apabila diperlukan, hadir apabila dipanggil, bertindak apabila diarah dan responsif terhadap situasi sekeliling terutama berhubung dengan keperluan parti (jemaah) dan tuntutan ummah tanpa lengah dan alasan yang tidak wajar dan layak.

http://www.tarbawi.my

Umno pun bengong dengan Najib

Subky Latif, 03 Apr 2013


INI kalilah dan ini harilah (3 April) baru Parlimen dibubarkan. Beberapa  minggu dulu orang bertanya, ‘Jadikah Parlimen dibubarkan minggu depan?’ Lepas itu bertanya lagi, ‘Jadikah Parlimen bubar lusa?’  Lepas itu, ‘Jadikah esok?’

Sebelum rencana ini ditulis tanya lagi, ‘Jadikah hari ini?’

Itulah dia rakyat sekaliannya naik mamai sejak dua tiga bulan lalu, susah nak berkira hendak menetapkan tarikh anak kahwin, payah nak menempah tiket kapalterbang hendak melancong takut pada hari yang ditentukan itu jatuh pada musim kempen dan pilihanraya.

Rasa nak gila itu menjadi-jadi apabila tempoh lima tahun mandat 2008  dulu berakhir 8 Mac lalu. Tak ada lagi Perdana Menteri di dunia buat  tak tahu  saja tentang bila nak bubar Parlimen. Hingga ada negeri yang terbubar sendiri, dia buat dak saja.

UMNO sekalian sudah jadi bengong dengan sikap kurang peduli Perdana Menteri tentang bila hendak diadakan pilihan raya. Secerdik Dr. Mahathir pun tak dapat hendak duga hati anak didiknya itu.

Sama dengan sekalian  penduduk dunia berteka teki bila Presiden Bashar Assad hendak berhenti? Bila perang saudara Syria itu hendak dihentikan? Dan sekarang orang tanya bila Assad hendak mati?

Orang tanya Najib tentang bubar Parlimen sama seperti orang tanya Presiden Assad bila hendak berundur. Satu  sedang diasak oleh pemberontak bila hendak menghentikan perang dan  satu lagi terdesak sebab Putrajaya hendak diambil melalui pilihanraya.

Bukan orang ramai saja nak gila dan jadi bodoh oleh ketidak-pedulian Perdana Menteri itu, penyokong-penyokong UMNO pun sudah tak tahu apa nak jawab dengan pertanyaan orang ramai  dan pertanyaan antara mereka sesama sendiri.

Semua orang sudah perli, permainkan penyokong-penyokong UMNO kata begitu dan begini tentang parti  dan pemimpinnya.

Masing-masing sudah berkata, mereka takut tidak sempat mengundi. Mati dulu baru Parlimen bubar.  Memang sebenarnya ramai orang-orang yang menunggu sejak lebih setahun dulu sudah mati. Jangan yang menangguhkan haji wajib kerana takut pillihanraya diadakan mati dulu sudahlah. Kalau mereka mati dulu mungkin mereka dapat juga pahala haji kalau penangguhkan itu dibuat atas sebab syarak. Tetapi kesiannya mereka tidak dapat tengok Kaabah.

Rata-rata orang UMNO malu hendak menghadap masyarakat yang peka dan prihatin tentang politik pilihanraya ini. Tak tahu apa hendak dijawab.

Orang pun mulalah perleceh Perdana Menteri dan UMNO. Orang kata PM tak tahu hendak buat keputusan.

Dulu Tun Hussein ketika baru jadi Perdana Menteri,  tidak dapat bertangguh lagi hendak mengangkat Timbalan  Perdana Menterinya. Orang kata tunggu adakan pemilihan  UMNO dulu. Siapa yang UMNO pilih jadi Timbalan Presiden, jadikanlah dia Timbalan Perdana Menteri. Jika dia angkat Timbalan Perdana Menteri dulu, hilanglah peluang bagi UMNO untuk menentukkan pilihan mereka.

Husein Onn kata, dia mesti pilih dulu kerana takut orang nanti kata dia tak tahu untuk membuat keputusan. Yang itu takut orang kata dia tak  tahu hendak membuat keputusan, dan yang ini pula tak takut langsung orang kata tak tahu buat keputusan.

Dengan semua kerenah itu, tak jatuhkan semangat orang-orang UMNO hendak menghadapi pilihanraya, dan tak malukah hendak berhadapan orang ramai yang kritis itu? Dan sekalian kaki tangan kerajaan yang tak  tahu hendak buat keputusan sendiri tidak malukan hendak mempertahankan kerajaan dan pemimpin yang peka dengan pandangan umum?

Semuanya boleh jadi bodoh dan sudah bengong.

Riba berselindung atas nama Islam?

Syed Abdullah Jamalullail,
Jangan sekali-kali gunakan agama untuk memutarbelitkan peraturan dan perundangan yang ditetapkan agama Islam termasuk dalam soal jual beli serta pinjaman yang apa yang dikatakan sebagai pinjaman kaedah secara Islam itu.

Mana tidaknya pinjaman yang dikatakan sebagai pinjaman mengikut garis panduan kaedah Islam banyak sudah diselewengkan maksud pinjaman itu sendiri. Yang paling menyedihkan kita nama Islam digunakan secara berleluasa oleh institusi kewangan yang mengaku bahawa pinjaman yang mereka uruskan itu adalah secara Islam tetapi pada halnya tidak langsung mengikut apa yang Islam mahukan.

Ini adalah boleh diketegorikan sebagai penipuan dan mencemarkan agama Islam itu sendiri kerana mana mungkin kaedah secara Islam ini menindas sesiapa juga yang berurusan untuk membuat pinjaman secara Islam.

Pertama, apabila kita hendak meminjam membeli rumah atau pun kereta dengan cara Islam kononnya, tetapi mengapa bunga atau faedah yang dikenakan terlalu tinggi hingga kadangkala mencecah lebih daripada sekali ganda harga asalnya. Katakanlah kita ingin membeli sebuah rumah teres berharga RM150.000.00 tetapi mengapa apabila dibuat pinjaman selama 15 tahun atau 20 tahun harganya naik mendadak menjadi RM400.000.00 semasa perjanjian jual beli itu? Tidakkah ini satu penginayaan dan ada unsur-unsur penindasan kepada pelanggan? Alasan diatas mengikut tempuh masa harga pasaran dimasa 15 tahun atau 20 tahun akan datang tidak memuaskan pembeli. Hal ini kerana kita tidak dapat ramalkan apa yang akan berlaku didalam tempoh itu dan agama melarang keras mereka yang melakukan riba sebegitu rupa.

Kedua mengapa kalau kita terlewat bayar beberapa hari sahaja sudah dikenakan denda dan bunganya pula akan meningkat mencecah ratusan ringgit lagi dan apabila kita tidak menjelaskan bunga terlewat bayar tersebut maka bisinglah Pegawai-Pegawai Bank yang menghubungi kita dengan bermacam-macam ugutan. Adakah kaedah Islam melakukan zalim saperti ini?

Ketiga apakah bezanya pinjaman secara kaedah Islam yang disusun atur oleh bijak pandai Pegawai Kewangan yang mengaku dirinya Muslim sejati dengan secara kaedah konvensional yang berpandukan secara pinjaman ala Yahudi. Saya pendapat. Kedua-duanya lebih kurang seakan-akan sama sahaja dan hanya adanya perjanjian jual beli itu sahaja yang membezakan mereka tetapi dari segi penindasan dan kezaliman terhadap pelanggan tetap ada- penipuan yang begitu terancang.

Tidak ada gunanya belajar bidang agama yang ada kaitannya dengan kewangan kaedah Islam di pusat pengajian tinggi apabila balik dari Mesir atau seumpamanya dan berkerja diinstitusi kewangan yang masih menggunakan sistem riba yang dilaknati oleh Allah itu. Dalam hal sebegini mana perginya Alim Ulama? Tidakkah ini juga tanggungjawab mereka memberikan penjelasan dan bukannya memberikan alasan mencari jalan untuk kepentingan majikan seolah-olah cuba bagi menghalalkan riba itu yang boleh mengelirukan umat? Di mana Islamnya?

Dalam agama jangan sekali-kali kita memandai-mandai menghalalkan yang haram kerana ditakuti akan menjadi kemurkaan Allah yang akhirnya akan hilang punca, hilang nikmat agama dan hilang segalanya serta tiada tempat orang saperti ini diakhirat kelak.

  • Izar Othman · · Universiti Malaysia Terengganu
    saya mempunyai pengalaman kad kredit bank Islam. . . jika saya lambat bayar bulanan, pihak bank akan hantar 2 surat peguam. . satu alamat rumah dan satu lagi alamat ofis. setiap surat kos RM 20, so jumlah nya RM 40. .Belum lagi tambah interest. . bagi saya bank islam lebih teruk dari bank konvensianal
  • Izar Othman · · Universiti Malaysia Terengganu
    pada pendapat saya bank islam patut dikaji semula. . cuba kita kaji loan rumah. . . cuba saudara buat servey . . bayaran bulanan loan rumah bank Islam lebih tinggi dari bank lain. . cuma bezanya akad itu sahaja. .
    • Ab Wahab Jusoh · Top Commenter · Maastricht School of Management
      Kata bank Islam nak makan ayam sembelih atau cucuk? Itu jawapan masa dulu bila diajukan kenapa kalau dibandingkan dgn bank lain interestnya lbh tinggi. Bandingkan dgn pinjaman cara Islam di Arab Saudi misalnya.
  • Izar Othman · · Universiti Malaysia Terengganu
    saya telah settle semua bayarn kad kredit Bank Islam saya dan membayar lebih dari sepatut nya. . saya jumpa pegawai untuk minta pulang balik duit yang lebih saya bayar. . sampai hari ini tak ada respon. . so saya tak halal bank Islam amik duit saya. .
  • Carpetlove Hijau · Top Commenter
    dah lama aku perasan.....dan kau pun kena mcm tertipu...beli rumah rm87k...kena bayar dalam rm174 dan ada lagi +-, jika aku ambil bank biasa..dalam +- rm150 jer..aku dah kira...sampai bila-bila pun tertindas...adoiii.
  • Izham Jaafar · Top Commenter
    Dalam harakah ini sahaja story yg aku setuju
  • Ab Wahab Jusoh · Top Commenter · Maastricht School of Management
    Kenapa tidak kenakan 0% faedah sptmana tg dibuat oleh Kelantan. Saya pun hairan macamana kerajaan Kelantan blh berbuat demikian utk pijaman perumahan dan kenderaan kpd kakaitangan awamnya.
  • Manolito Montoya · Top Commenter · Uitm
    Perbankan Islam seharusnya beroperasi mengikut garis panduan syarak. Ada akta sendiri yang bebas riba , Sebab tulah kite tengok tak dak beza dari segi 'penindasannya' dengan Bank Konvensional..Untuk Itu ambo cadangkan Bank Negara kene diISLAMkan dulu..baru boleh citer pasai bank Islam..ok!
  • Izham Ismail · Kota Bharu
    sy pun pernah tanya bank muamalat...pegawai tu kata....masa akad tu kita setuju dgn harga rm400k tu...bukan rm150k... senang jwpan dia...sy ada pngalaman nak settle awal... loan rm33k hutang loan 20thn jd 70k... dah bayar 10thun baki tggl 33k...bila tnya nak settle dia bgtau kna bayar 30k...sy tnya pgawai tu.. tak kan pokok 33k tak kurang... pgawai tu kata...bank nak untung...jd kna ambil pokok dulu...dan siap sindir lg...masa nak hutang tak kisah....bila ada duit nak settle berkira...
  • Majitol Noyoh · Top Commenter
    Dato Zeti setuju mcm tu mcmmana, sama bunga dengan pinjam dari along.
  • Mohd Edrin · Banting
    rancangan halus yahudi untuk menyebabkan org islam terjebak dgn dosa riba berjaya. perkara ini telah dijelaskan oleh golongan alim ulama yg masih berpegang teguh dgn ajaran islam sebenar. skrg ni bukan sekadar bank, halal pon boleh dibuat main. logik ka sykt bukan islam keluarkan produk makanan halal? xpercaya allah dan rasul tp nakkan halal. logik ka? ok la halal tp toiyabban nye??? :)
  • Hamdan Hairuman · UMCCED
    Boleh tak kita katakan sistem yang ada sekarang ini seolah-olah menghalalkan RIBA ikut pintu belakang? Daripada sistem konvensional diubah nama kepada sistem yang dikatakan sistem islam tetapi matlamatnya (keuntungan pihak bank) lebih kurang sama dengan sistem konvensional?
  • Zidandin EnterpriseZidandinenterprise ·
    Memang betul 2,3 orang kawan aku sah kena ingat jual rumah dapat duit tau2 kena bayar lagi sistem islamic ala yahudi

Tiada ulasan: