Sabtu, 13 April 2013

BILA AGAKNYA SIZALIM ATAU SIJAHAT MENDAPAT HUKUMAN DARI ALLAH....HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU....KITA MAKHLUK MAMPU DOA DAN MENUNGGU....MEREKA MEMANG TAK BOLEH LARI...KERANA YANG BAIK DAN YANG JAHAT DUA2NYA MAKHLUK

MCA bukan lagi parti harapan masyarakat Cina

Hazayani Zakaria, 13 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Keputusan MCA menyerahkan banyak kerusi tradisi yang ditandingi parti itu kepada Umno menunjukkan parti itu tidak boleh mewakili masyarakat Cina lagi.

Penyerahan itu juga menjadikan gabungan BN lompang satu sisi apabila penguasaan MCA dalam komponen itu semakin lemah dan dilihat bukan lagi parti untuk semua kaum.

Kelemahan itu lebih ketara apabila presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sendiri tidak dicalonkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat Vincent Lee berkata, seperti ada yang tidak kena apabila presiden MCA sendiri tidak bertanding pada PRU yang amat penting bagi MCA dan BN.

"Sesuatu perkara yang agak pelik apabila MCA yang merupakan parti komponen BN yang mewakili masyarakat Cina, tapi presidennya tidak bertanding.

"Adakah MCA tidak percaya lagi pada Soi Lek dan takut beliau akan kalah atau Soi Lek sendiri tidak yakin beliau akan menang? Jadi ini petanda apa? katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib sebelum ini berkata, calon BN yang akan dipilih pada PRU13 ini hanya yang berstatus  'winnable candidate'.

Beberapa pendedahan di internet juga melaporkan beberapa lagi nama besar dalam BN tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini kerana mereka bukan dalam kategori 'boleh menang' yang disyaratkan Najib.

Desas-desus juga menyebut MCA akan memberi beberapa kerusi taradisi termasuk kerusi parlimen Kuantan, Wangsa Maju dan juga Gelang Patah kepada Umno pada PRU13 ini.

Justeru tegas Vincent, perkembangan ini membuktikan masyarakat Cina tidak boleh lagi mengharapkan MCA mewakili mereka.

"MCA sendiri hilang kepercayaan kepada presidennya dan mungkin bagi BN sendiri, MCA tidak lagi memberikan kepentingan kepada gabungan tersebut dan BN sudah tidak menaruh keparcayaan kepada masa depan MCA," katanya.

Sebelum ini, MCA juga telah bertubi-tubi menyerang perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai Islam dan PAS, sebagai satu usaha terbesarnya untuk mendapat kembali sokongan kaum Tiong Hua, yang telah menyisihkan parti tersebut pada 2008.
Isu masuk Pas: Mat Taib belum sedia komen
Wartawan Sinar Harian
13 April 2013
Isu masuk Pas: Mat Taib belum sedia komen
Keratan akhbar semalam
SHAH ALAM –  “Saya belum bersedia membuat apa- apa komen mengenai khabar itu,” kata bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita bahawa beliaulah bekas menteri besar yang dikatakan akan menyertai Pas dalam waktu terdekat sebagaimana didedahkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin baru-baru ini.

Mohammad yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui di majlis perkahwinan anak lelakinya, Ahmady Karimy Muhammad bersama pasangan Sharifah Aneeza Syed Hussein di Pusat Konvensyen Sime Darby berkata, beliau tidak pernah buat sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

“Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai memasuki Pas,” katanya ringkas kerana sibuk melayan tetamu di majlis perkahwinan tersebut.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Pas Selangor tidak menolak kemungkinan salah seorang bekas menteri besar Selangor akan menyertai parti tersebut dalam masa terdekat.
Mat Taib didakwa tidak hadir program Mubarak
Wartawan Sinar Harian
13 April 2013
SHAH ALAM – Yang Dipertua Mubarak Negeri Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, beliau tidak dengar desas-desus tentang kemungkinan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib bakal menyertai Pas.

"Saya tidak tahu kedudukan sebenarnya,” kata Abu Hassan, ketika ditanya mengenai spekulasi bahawa Muhammad akan menyertai Pas.

Abu Hassan berkata, apa yang beliau tahu ialah Muhammad tidak menghadiri mesyuarat dan program anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor, walaupun pernah dilantik sebagai ahli Biro Politik majlis itu tahun lalu.

Mengulas mengenai kewajaran bekas menteri besar Barisan Nasional (BN) menyertai Pas, Abu Hassan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya terjadi.

“Sesiapa yang pernah jadi MB dan pemimpin negeri atau negara atas nama BN atau Umno mestilah berterima kasih kepada Umno dan BN kerana kita telah lama bersama-sama dalam parti ini. Pada saya, ia tiada kewajaran,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Mubarak Selangor, Datuk Amzah Umar berkata, agak mustahil untuk percaya Muhammad akan menyertai Pas kerana tiada tanda jelas untuk dikaitkan dengan desas-desus itu.
Tun Mahathir calon Putrajaya ganti Ku Nan?
NURKHAIRINI JUMARI
13 April 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM – Apakah  Tun Dr Mahathir Mohamad akan menentang calon Pas, Datuk Husam Musa merebut kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

‘Arkitek’ pembangunan Putrajaya itu dikatakan sudah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang perkara berkaitan kerusi di kawasan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini.

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri sejak 1981 bersara pada Oktober 2003 dan tidak bertanding pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Beliau telah beberapa kali menyatakan tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam politik termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun beliau berkempen dengan kuat bagi Umno dan BN sejak empat tahun lalu khususnya selepas Najib menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir dipercayai mungkin mengambil keputusan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya itu setelah mendapati sebahagian besar pengundi di Putrajaya adalah dari Kelantan di mana mempunyai sentimen kuat terhadap Pas dan calon Pas pula berasal dari Kelantan.

Kesungguhan Dr Mahathir menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini dikatakan dibuat bagi memastikan Putrajaya yang dibangunkan dari pemikiran dan aspirasi beliau terus kekal di tangan BN.

Penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN, mempunyai pengaruh yang kuat dan kini dilihat begitu bekerja keras berkempen di seluruh negara.

“Najib kemungkinan mengambil perhatian serius terhadap tawaran yang disuarakan bekas perdana menteri itu untuk bersaing Husam merebut kerusi Parlimen Putrajaya.

“Perdana menteri akan buat keputusan terbaik menentukan calon BN di kawasan tersebut dan kemungkinan terpengaruh dan mengambil kira tawaran Mahathir untuk bertanding itu,” katanya.

Najib dijangka mengumumkan senarai calon BN Selasa ini.

Mohamad yang juga ada mendengar berita mengenai hasrat Dr Mahathir bertanding di Putrajaya itu memberitahu, pemimpin berstatus negarawan itu akan berhadapan dengan dua implikasi jika bertanding kali ini.

“Pertamanya, jika Mahathir kembali bertanding dalam pilihan raya, ia akan melambangkan BN kini ketandusan calon boleh menang," katanya.

Keduanya, kata Mohamad, Dr Mahathir akan dilihat telah mengambil pendirian bertentangan dengan semangatnya sebelum ini yang sering menasihati pemimpin veteran berundur bagi memberi laluan muka baru.

“Sebelum ini Mahathir lantang menegur pemimpin veteran seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya berundur.
“Jika Mahathir bertanding pada PRU13 ini akan lebih memperlihatkan BN terdesak dan ketandusan calon,” katanya.

Mohamad juga tidak menolak kemungkinan faktor kenegerian memainkan turut memainkan peranan mempengaruhi undi.

"Penduduk di Putrajaya majoritinya adalah Melayu, generasi kelas menengah yang kini hidup selesa di mana mereka tidak kisah parti mana yang memerintah sama ada Pakatan Rakyat atau BN.

"Malah ia satu yang tidak mengejutkan jika ada yang mengatakan majoriti penjawat awam di situ berasal dari negeri Kelantan," katanya.

Sekarang terpulang kepada Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sama ada mahu beralah melepaskan kerusi itu.

Laporan media sebelum ini menyebut Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut.
Husam: 'Ku Nan dah bagi amaran, tapi saya datang untuk menang'
Wartawan Sinar Harian
13 April 2013
Husam Musa
Husam Musa - Foto Bernama
PUTRAJAYA – “Saya takut dan belum ada keyakinan, tetapi saya datang Putrajaya untuk menang,” demikian reaksi dizahirkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Menurut Husam, beliau sedang mengumpul keyakinan untuk merampas kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya  yang di miliki tokoh hebat.

“Ku Nan dah bagi amaran kepada pengundi Putrajaya dua pertiga majoriti untuk tolak saya, jadi saya takut.

“Saya akan cuba, ditambah dengan kekuatan jentera, kemenangan itu tidak lagi mustahil,” katanya ketika sidang media, semalam.

Ketika diminta mengulas risiko diambil untuk menawan pusat pentadbiran negara itu akan menjejaskan politiknya, Husam berkata ia boleh diumpamakan sebagai modal perniagaan, modal besar, untung juga besar.

“Dengan perubahan atmosfera politik belakangan ini tiada apa yang mustahil, semut pun boleh tumbangkan gajah, bila sampai masanya.

“Saya yakin pengundi di sini lebih terbuka, rasional dan munasabah. Penerimaan mereka terhadap saya membawa mesej sangat positif,” katanya.

Husam  turut memaklumkan posisinya akan kekal di Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, Kelantan.

“Tetapi kehadiran saya di sini bukan untuk Kelantan tetapi untuk rakyat, Putrajaya dan transformasi bakal dibawa PR dalam landskap politik negara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Husam memaklumkan beliau dalam usaha mendekati rakyat dan pengundi di Putrajaya dengan mengadakan sesi lawatan mendengar rintihan berhubung beberapa keperluan dijanjikan tetapi masih belum dilunaskan.

“Walaupun belum mahir selok belok Putrajaya tetapi saya gembira dengan bahasa tubuh masyarakat di sini walaupun dalam seragam penjawat awam mereka tidak segan mendekati saya, bergambar bersama.

“Ini reaksi positif, kemungkinan mereka tahu selepas ini kerajaan pakatan akan ambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya dan negara amnya,” katanya.

Menurut beliau antara rungutan rakyat di situ ialah kos hidup yang tinggi, pembinaan monorel tidak seperti dijadualkan dan pembinaan sekolah agama.

“Malahan kos hidup kakitangan sokongan juga agak membebankan,” katanya.

Dalam lawatannya beliau sempat melawat Jabatan Pendaftaran Negara, medan selera, masjid, pasar malam dan surau menemui penduduk setempat.
Isu video seks: Hadi solat Hajat
MOHD AZLIM ZAINURY
13 April 2013
Isu video seks: Hadi solat Hajat
Abdul Hadi bersalam dengan orang ramai termasuk kanak-kanak yang menunggu di luar Masjid Rusila selepas berakhir kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, semalam.
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan solat Hajat sendirian dalam masa terdekat bagi memohon petunjuk ALLAH SWT berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Beliau turut kesal dengan amalan politik fitnah sebagai kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kerana rakyat perlu ditampilkan dengan pilihan politik sihat serta hujah-hujah politik rasional.

Menolak keras budaya buruk itu, Abdul Hadi berkata, perkara seumpama itu bukan sahaja tidak elok dan juga berdosa, malah bukan salah satu cara yang diajarkan dalam Islam.

“Budaya fitnah ini bukan satu cara ajaran kita. Bukan sahaja mereka yang terlibat dalam pengedaran video cakera padat itu, tetapi termasuklah semua pihak.

“Dua-dua pihak jangan (melakukan politik kotor). Jangan ambil peribadi orang,” katanya ketika ditemui selepas berakhir kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, semalam

Beliau berkata, perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan Pas yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain perlu dibuat ketika ini.

“Kita (Pas) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu).

“Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala,” katanya.

Katanya, Pas berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut menyifatkan cerita Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din keluar parti sebagai khabar angin dan menegaskan, veteran Pas itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada PRU13 ini.
MB Terengganu: Tak elok dedah peribadi orang
Wartawan Sinar Harian
13 April 2013
AHMAD SAID
AHMAD SAID
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said enggan mengulas panjang berhubung penyebaran video seks dikatakan mirip seorang pemimpin kanan sebuah parti di negeri ini yang mula tersebar sejak malam semalam.

Menurutnya, beliau sendiri tidak melihat video tersebut dan juga tidak mahu timbul fitnah apabila kesahihan video itu juga belum dibuktikan.   

“Saya tidak berani komen sebab tidak mahu terlibat dalam memfitnah orang lain. Itu bukan prinsip saya. Kalau pasti betul dan disahkan, barulah kita boleh bercakap agar tidak jadi fitnah.

“Namun bagi orang Islam, kalau betul sekalipun, tidak elok dedahkan hal peribadi orang lain. Kalau kita tutup peribadi (aib) orang, Insya-ALLAH aib kita juga akan ditutup di akhirat kelak,” katanya.

Tiada ulasan: