Rabu, 17 April 2013

BOLEHKAH MENANG...KITA CALONKAN ORANG DE MASALAH YANG PENDIRIANNYA TAK TETAP

Inilah dia pemimpin rakyat

Harakahdaily, 16 Apr 2013


PEMIMPIN RAKYAT...Mahukah anda mencari seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dalam pilihan raya ini. Inilah antara contoh pemimpin yang kita cari. Siapakah orang yang menolak lori ini.

Dia adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Pagi tadi, beliau pergi menziarahi rakyat di Jengka 15, di kawasan DUN Jengka tempat beliau akan bertanding dalam pilihan raya ini.

Ketika itulah beliau terserempak dengan sebuah lori yang mati di tepi jalan. Dengan bantuan rakan-rakan yang datang bersamanya, Tuan Ibrahim membantu menolak lori ini.

Zul Noordin: Inikah transformasi Umno?

Abdul Aziz Mustafa, 16 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Jika muka baru yang dicalonkan Barisan Nasional adalah seperti Datuk Zulkifli Nordin (gambar), ia membuktikan Umno semakin buruk dan lebih berbahaya sifatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz menyifatkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam membuktikan transformasi yang dimegahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hakikatnya adalah transformasi ke arah yang lebih buruk lagi dan malah BN terbukti menjadi mudharat yang semakin membahayakan negara.

"Ambil tokoh puak baling selipar dalam masjid jadi calon adalah keputusan yang memudharatkan negara dan akan mengakibatkan lebih banyak keburukan," kata beliau merujuk kepada laporan dan rakaman video yang mendakwa sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas dan membaling selipar ke dalam Masjid Al-Hussain di Pumpong, Alor Setar pada September lalu.

Beliau yakin, pencalonan orang-orang seperti memberikan wajah yang lebih buruk kepada Umno dan BN.

"Selepas didedahkan video Zulkifli menghina kepercayaan penganut agama Hindu, didedahkan pula videonya memanggil 'keling' kepada orang India.

"Perbuatannya itu memburukkan nama baik Islam malah bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang umatnya menghina sembahan penganut agama lain, sebab itu saya kata pencalonan orang seperti itu membuktikan transformasi Najib menuju ke arah keburukan.

"Umno jelas terbukti semakin buruk dan menakutkan dan kalau dibiarkan terus memerintah, bencana besar akan menimpa negara ini," katanya.

Mahfuz seterusnya berkata, tindakan Umno bermegah-megah kononnya mencalonkan lebih banyak muka baru tidak membawa apa-apa kebaikan jika pemikiran dan doktrin yang mereka anuti tidak berubah malah semakin buruk.

"Untuk apa mencalonkan muka baru jika sikap rasis dan perkauman Umno semakin buruk?

"Malah, perbuatan mengapi-apikan perkauman yang semakin menjadi-jadi semakin menjadi satu-satunya senjata Umno untuk terus berkuasa," katanya.

Lebih dari itu, kata Mahfuz, tidak ada sebarang perubahan pada sifat Umno yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "parti perasuah".

"Sebab itulah, kalaupun calon muda atau calon baru Umno itu mempunyai sifat yang dilihat baik, mereka bukan sahaja tidak dapat membawa kebaikan kepada Umno malah merekalah yang akan dirosakkan oleh parti yang Dr Mahathir sendiri tulis 'busuk hingga ke usus' itu," katanya.

Mahfuz yakin, rakyat mengundi berdasarkan pendirian parti yang lebih menjanjikan keamanan dan kesejahteraan dan bukannya parti yang menaja keganasan dan pertumpahan darah seperti serangan-serangan berdarah ke atas perhimpunan politik secara aman yang didakwa oleh pelbagai laporan sebagai didalangi oleh pemimpin dan ahli Umno.

Untuk rekod, menjelang pilihan raya umum 2004, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS telah menolak nama Zulkifli sebagai salah seorang calon parti Islam itu.

Husam bagi idea selesaikan perumahan Putrajaya

Salmiyah Harun, 16 Apr 2013

(Husam bertemu dengan masyarakat Putrajaya dalam siri berkenalannya selepas diumumkan sebagai calon PAS di situ)


KUALA LUMPUR: Menyedari masalah perumahan yang berlarutan di kota pentadbiran kerajaan calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa tampil memberikan ide-ide bagaimana untuk mengatasi masalah itu.

Husam (gambar) yang sedang rancak turun berkempen dan bertemu para pengundinya, rata-rata yang ditemui menceritakan masalah perumahan termasuklah harga rumah yang tinggi, bilangan rumah yang tidak cukup dan keluasan rumah yang tidak selesa.

Justeru, Husam menulis surat dan menterjemahkan beberapa cadangan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Mohd Ali Hamsa hari ini.

Antara cadangannya itu, Husam mengesyorkan kerajaan agar tanah yang hendak dibina Perumahan 1Malaysia (Prima) di Presint 11 dijual kepada pihak lain kemudian wang itu digunakan untuk membeli tanah di pinggir Bukit Damar yang lebih murah.

Menurut Husam, tanah di Bukit Damar itu bernilai RM50 sekaki persegi di mana kerajaan boleh membina 20,000 unit rumah dengan kos yang lebih murah memandangkan jumlah pemohon Prima mencecah 16,000 orang.

"RM50 kaki persegi, bermakna kita ada untung RM70 kaki persegi kerana harga tanah di Presint 11 RM150 sekaki persegi.

"Dengan tanah lebih murah dan luas kita cadangkan bina 20,000 buah rumah bukan 10,000 buah cadangan asal dengan kos lebih rendah dan dengan ini dapat mengatasi keperluan penduduk di Putrajaya.

"Masa pengambilan tanah di Presint 11 dulu nilai tanah ini semua sekali RM700 juta  pada tahun 1993 dengan keluasan 5000 hektar atau 12,355 ekar. Harga seekar waktu pengambilannya RM50,657 bermakna RM1.70 satu kaki persegi. Sekarang RM120 hingga RM150 satu kaki persegi di nilai," kata Husam dalam sidang medianya di Pusat Media PAS Jalan Raja Laut.

Jadi, katanya, sekiranya Perbadanan Putrajaya menilai tanah tersebut dengan nilai sekarang harga rumah sudah tentu akan meningkat tetapi jika dinilai dengan harga asal harga rumah boleh dikurangkan.

"Kalau tidak mahu, kita boleh jual dengan nilai sekarang kemudian beli tanah di Bukit Damar, kita boleh dapat tanah yang lebih luas dan bina rumah lebih banyak," katanya.

Husam mengulas lokasi tapak perumahan baru untuk kakitangan kerajaan di Putrajaya yang diumumkan oleh KSN.

Ali Hamsa mengumumkan pembinaan 10,000 unit rumah dengan kos RM2 billion sebaik saja Husam diumumkan sebagai calon.

Sebaliknya hari ini Husam mencadangkan bajet tersebut digunakan membina 20,000 unit rumah di kawasan yang dicadangkan.

Husam turut memaklumkan, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersama-sama beliau dalam program ceramah pada 17 April (esok) di Desa Pinggiran Putra pada jam 9.00 malam.

Turut bersama pada malam itu nanti calon PAS Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

Sebelum itu, esoknya juga Ustaz Hadi akan bersama-sama Husam satu majlis minum petang pada jam 5.30 di Restoran Perantau Sungai Merab Bangi.

Dalam sidang media hari ini, Husam juga mengumumkan Hotline Aduan Putrajaya bagi membolehkan penduduk Putrajaya membuat sebarang aduan kepada beliau.

Mereka boleh menghubungi no 013-6350971 untuk membuat aduan.

Untuk berinteraksi dengan team beliau pula, Husam memberikan nombor 019-3000005.

Calon PAS 'fresh' dengan aspirasi baru, kata Husam

Harakahdaily, 16 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS mempunyai calon muda dan muka baru yang lebih ramai berbanding calon-calon yang dikemukakan oleh BN.

(Husam dalam sidang medianya hari ini)

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, yang paling ketara adalah calon-calon PAS di Terengganu di mana sangat ramai calon muda dan muka baru diletakkan oleh PAS.

"Sebab itu kita meletakkan sasaran untuk menyumbangkan kerusi yang cukup untuk ke Putrajaya disamping mengambil semua negeri Terengganu dari tangan BN," kata Husam dalam sidang medianya hari ini.

BN hari ini mengumumkan senarai calon dan meletakkan muka baru yang agak ramai.

Namun BN mengekalkan calonnya di Putrajaya iaitu Datuk Tengku Adnan Mansor, di mana Husam akan bertanding.

BN turut menamakan Tengku Ridwan Mansor, adik Tengku Adnan sebagai calonnya di DUN Seri Setia, Selangor.

Di Terengganu, hampir kesemua calon Parlimennya kecuali Marang adalah muka baru.

Parlimen Kuala Terengganu akan ditandingi oleh arkitek terkenal Datuk Raja Bahrin.

Dr Khairudin Aman Razali, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat pula akan bertanding di Parlimen Kuala Nerus.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahkan kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang.

"Mesej yang kita hendak sampaikan kepada pengundi jelas, jenerasi baru perlu inspirasi baru," kata Husam.

Beliau juga berkata, Najib sedar perkara ini. Sebab itu beliau telah memberikan amaran kepada pengundi.

"Najib cuba memujuk, fikir dua kali sebelum menukar kerajaan," kata Husam.

Bagi beliau, walaupun BN menyenaraikan ramai muka baru tetapi budaya dan sikap Umno dan BN sukar diubah.

"Tidak cukup dengan muka baru saja kalau kita hendak berubah, kita juga mempunyai falsafah politik yang lebih baik.

"Lagipun aspirasi rakyat sekarang adalah sebuah kerajaan yang bersih," kata Husam.

Zul Noordin: BN tidak hormati agama Hindu

Harakahdaily, 16 Apr 2013
PULAU PINANG: Pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk seri Najib Tun Razak bahawa Pemimpin Perkasa Zulkifli Nordin sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Shah Alam membuktikan bahawa BN tidak menghormati perasaan masyarakat India beragama Hindu di Malaysia.

Pemilihan ini juga buktikan laungan 1Malaysia oleh pemimpin BN, khususnya oleh Datuk Seri Najib itu sendiri adalah retorik politik yang bertujuan memperbodohkan rakyat.

Demikian kata Satees Muniandy (gambar), Penolong Setiausaha DAPSY Pulau Pinang dalam satu kenyataannya hari ini.

Baru-baru ini, satu klip video telah tersebar di laman-laman media social, yang memaparkan Zulkifli Nordin menghina Tuhan dan kepercayaan orang-orang Hindu di Malaysia.

Walaupun, Zulkifli kemudianya telah memohon maaf dan memberitahu bahawa ucapanya itu dibuat 10 tahun dahulu, semasa beliau menanggotai PAS, saya telahpun membongkarkan bahawa Zulkifli Nordin tidak ikhlas dalam permohonan maafnya dan telah menipu.

Ini kerana kerana Dewa Murugan yang dibina di luar Batu Caves yang disebut dalam ucapan Zulkifli Nordin hanya siap dibina pada tahun 2006, iaitu 7 tahun lalu dan bukannya 10 tahun.

Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas Zulkifli Nordin namun tiada tindakan telah diambil terhadapnya.

Masyarakat Hindu di Malaysia, amat tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa yang enggan mengambil tindakan terhadap Zulkifli Nordin itu.

Walaubagaimanapun akhirnya UMNO-Barisan Nasional telah menunjukkan wajah ekstrim sebenarnya dengan mencalonkan ekstremis ini di Parlimen Shah Alam.

Pencalonan Zulkifli Nordin membuktikan Laungan 1Malaysia oleh Najib dan para pemimpin BN adalah retorik kosong untuk mengaburkan mata rakyat sahaja.

DAPSY Pulau Pinang mengecam tindakan Barisan Nasional yang melindungi ekstremis bernama Zulkifli Nordin ini dan menawarkanya untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional di PRU13 ini.

"Saya juga tertanya-tanya apakah tindakan selanjut MIC dan parti-parti India seperti Makkal Sakthi & IPF yang menyokong BN dan kononya memperjuangkan hak orang-orang India di Malaysia?

"Adakah mereka akan berkempen menyokong Zulkifli Nordin sebagai calon BN secara terbuka atau secara senyap?" tanya beliau.

Yang nyata, katanya, masyarakat India akan menolak Barisan Nasional pada PRU 13 5hb Mei ini, kerana bukan sahaja Barisan Nasional sering menghina masyarakat Hindu, malah masih tidak sedar kesilapan mereka.

DAPSY Pulau Pinang, katanya, akan membawa isu ini kepada rakyat jelata dan akan pastikan BN ditumbangkan di Putrajaya.

Saifuddin kekal kawan baik saya - Nasrudin

Anis Nazri, 16 Apr 2013
KUALA LUMPUR: "Kita bertanding bukannya melawan batang tubuh calon itu, sebaliknya berhadapan dengan Barisan Nasional," tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan.

Beliau yang merupakan calon PAS di Parlimen Temerloh pada PRU13 berkata demikian sebagai mengulas keputusan BN mencalonkan semula penyandang kerusi tersebut, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sambil menyifatkan keputusan BN itu tidak mendatangkan masalah kepada beliau dalam usaha menarik undi penduduk Temerloh, Nasrudin berkata Saifuddin kekal sebagai kawan baik beliau.

"Saya tidak mempunyai masalah berhadapan dengan beliau, kerana saya berhadapan dengan BN, bukan batang tubuh calon itu sendiri. Dan dia kekal sebagai kawan baik saya," tegas beliau.

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Saifuddin kerana terpilih sekali lagi di kerusi tersebut.

Beliau mengharapkan pertandingan antara beliau dengan Saifuddin ini berlangsung dalam suasana sihat, serta berpaksikan kepada politik matang, dan bukannya politik kasar.

Mengakui Saifuddin merupakan seorang tokoh yang disenangi lawan dan kawan, Nasrudin tidak sesekali merendah-rendahkan keupayaan Saifuddin.

"Namun saya tetap optimis Pakatan Rakyat mampu untuk mengatasi BN, lebih-lebih lagi ketika negara berada di ambang 'mood' untuk membuat perubahan," tambah beliau.

Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Saifuddin memperolehi 21,381 undi, menewaskan calon daripada PKR, Ahmad Nizam Hamid dengan majoriti 2,441.

Pada pilihan raya itu, jumlah pemilih yang berdaftar di parlimen tersebut sebanyak 54,010 pengundi.

Tiada ulasan: