PAS kutuk serangan bom di Marathon Boston
| Harakahdaily, | 16 Apr 2013 |

(Peserta dan orang ramai lari dari tiga letupan bom di Boston)
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengutuk keras serangan ke atas perlumbaan Marathon Boston.
“Serangan ini tidak bertamadun. PAS mengutuk kejadian tidak berperikemanusiaan ini sekeras-kerasnya,” kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.
Dua bom meletup berhampiran garisan penamat sesak Marathon Boston pada hari Isnin telah membunuh tiga orang dan mencederakan 125 yang lain.
Situasi di tempat kejadian sungguh ngeri dengan serpihan kaca yang pecah, asap dan anggota badan yang terputus, kata pihak berkuasa.
Stesen CBS Bostan WBZ-TV melaporkan satu daripada mangsa terkorban ialah seorang kanak-kanak berumur 8 tahun.Polis dilaporkan telah meletupkan satu lagi bahan letupan dengan meriam air. Malam Isnin, seorang sumber penguatkuasa undang-undang memberitahu wartawan CBS News Bob Orr bahawa laporan awal adalah tidak tepat kerana pihak berkuasa menjumpai satu peranti yang hidup dan masih belum diletupkan.
Orr telah melaporkan bahawa pihak berkuasa tidak memperolehi peranti berkenaan.
Wartawan senior CBS News John Miller melaporkan bahawa seorang rakyat Arab Saudi sedang disoalsiasat oleh pihak penguasa.
Beliau dilaporkan sedang beraksi dalam keadaan mencurigakan melarikan diri daripada letupan, dan seorang awam telah berjaya menahannya.
Beliau telah diserahkan kepada pihak polis Boston dan sedang disoalsiasat oleh FBI. Beliau bagaimanapun dilaporkan memberikan kerjasama yang baik dan menafikan penglibatan beliau.
"Ini mungkin boleh membantu atau tidak. Tapi terlalu awal untuk memanggilnya sebagai suspek,” kata Miller.
Miller juga melaporkan pihak penguasa sedang mengkaji rakaman pengawasan yang menunjukkan seorang lelaki dari belakang membawa dua beg galas berhampiran tapak letupan.
Pihak berkuasa tidak pasti sama ada perkara itu di dalam video tersebut berkait dengan letupan.
Polis Boston juga berkata tiada suspek yang ditahan setakat ini.
Sehingga kini, tiada berita mengenai motif dan siapa di belakang serangan tersebut, dan pihak berkuasa di Washington berkata tiada siapa lagi yang dipersalahkan.
Seorang pegawai FBI memberitahu CBS News bahawa pasukan mereka akan meninjau sepanjang trak maraton untuk mencari samada ada peranti atau bukti penemuan yang baru.
Letupan bom berkembar semasa marathon sedang berlangsung berlaku serentak dipisahkan dengan jarak 100 meter, menyebabkan ramai kehilangan anggota badan, mengejutkan para hadirin.
Demi Clark, seorang peserta dari North Carolina berkata beliau sedang melintas garisan penamat semasa letupan berlaku, memberitahu CDSNews.com bahawa “darah berlempiran dalam sekelip mata.”
“Tiada siapa yang tahu apa yang perlu dibuat – selepas bom kedua, kita beranggapan bandar ini sedang diserang,” kata Clark.
Di kem perubatan pula khas untuk peserta maraton yang keletihan, para hadirin yang bergelumur dengan darah dibawa masuk, ramai antaranya kehilangan anggota badan.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata AS akan mencari ke lubang cacing siapa yang membuat serangan ini dan kenapa.
“Kita akan pastikan mereka bertanggungjawab,” kata Obama.
Selepas sabotaj parti, dipilih jadi calon
| Harakahdaily, | 16 Apr 2013 |
Ini terbukti dengan apa yang berlaku di Rantau Panjang, Kelantan.
Dua individu yang pernah digantung keahlian selama tiga tahun oleh Umno kerana mensabotaj parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, kini dipilih Datuk Seri Najib Razak menjadi calon untuk PRU13 kali ini.

Kedua-dua mereka adalah bekas Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail (gambar kiri) bersama bekas Bendahari, Ghazali Ismail (gambar kanan).Nama mereka diumumkan Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed dalam majlis pengumuman calon BN Kelantan di Kota Bharu hari ini.
Mohd Zain akan bertanding bagi Dun Bukit Tuku yang pernah diwakilinya sebelum ini manakala Ghazali buat kali pertama akan bertanding di parlimen Rantau Panjang.
Bagi Parlimen Rantau Panjang, Ghazali dijangka akan berdepan penyandangnya Siti Zailah Mohamad Yusof manakala Dun Bukit Tuku, Mohd Zain dijangka berdepan Rasul Mohamad.
Pada 2008, kedua-dua inidividu ini pernah diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno atas kesalahan melakukan sabotaj terhadap parti pada PRU12 lalu.
Pemilihan kedua-dua individu tersebut sekaligus menepikan ketua bahagian itu, Abdullah Mat Yassin (gambar kiri) yang sebelum ini juga disebut-sebut bertanding di parlimen itu.Keputusan terbaru itu juga dijangka menguatkan lagi pergeseran antara kem yang diketuai Mohd Zain dengan kem yang diketuai Abdullah yang sejak sekian lama tidak pernah selesai.
Pergeseran kedua-dua kem ini sudah menjadi rahsia umum bagi masyarakat di Rantau Panjang ini.
Tindakan pulau-memulau, cantas mencantas sering berlaku antara kedua-dua kem ini.
Mac lalu, Harakahdaily menyiarkan satu laporan seramai 67 ahli dan penyokong Umno di Rantau Panjang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PAS dalam satu majlis di Taman Nering Jaya.
Kumpulan tersebut diketuai Mohd Rasepi Mat Zain, 35, menyerah borang menyertai PAS kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Difahamkan tindakan mereka keluar Umno dan menyertai PAS itu kerana sudah muak dengan pergeseran kedua-dua kem itu yang lebih mementingkan kuasa politik kumpulan masing-masing sehingga nasib rakyat di sini terabai.
Pasar Payang: Robohnya tarikan Cuti-Cuti Malaysia
| Harakahdaily, | 16 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berasa sangat sedih dengan tindakan
Kerajaan Terengganu masih hendak meneruskan keputusan merobohkan Pasar
Payang di Kuala Terengganu dan digantikan dengan kompleks perniagaan
yang moden.
Beliau hairan dengan keputusan ini sedangkan rata-rata rakyat dan berbagai NGO membantah keputusan tersebut.
“Selaku mantan Menteri Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, saya juga ingin merayu kepada pihak Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Terenganu agar mengkaji semula keputusan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, Pasar Payang di Kuala Terengganu bersama Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru adalah 2 kompleks ikonik dan bersejarah dan merupakan imej yang hebat mengenai kekayaan warisan dan budaya bukan sahaja Kota Bharu dan Kuala Terengganu tetapi juga bagi seluruh negeri Terengganu dan Kelantan dan rakyatnya.
“Semasa saya menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dahulu saya telah meluluskan berbagai peruntukkan untuk membaiki dan menaikkan taraf kedua-dua kompleks bersejarah ini agar ianya bukan sahaja lebih selesa kepada peniaga-peniaga di situ tetapi juga kepada ribuan pelancong yang datang melawatnya sepanjang masa,” jelasnya.
Katanya, Terengganu dan Kelantan memang terkemuka dari segi ‘Program Cuti-Cuti Malaysia’, dan antara tarikan utamanya adalah Pasar Payang dan Pasar Siti Khadijah.
Katanya lagi, kedua-dua kompleks warisan itu menjadi sebutan khususnya di kalangan rumpun Melayu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga Selatan Thailand dan Indonesia.
Sehingga sekarang, ujarnya beliau sendiri apabila berada di Kuala Terengganu atau di Kota Bharu akan mencari masa untuk bersiar-siar di kedua-dua pasar besar itu.
Tambahnya, di seluruh dunia pasar-pasar seperti itulah yang menjadi tarikan utama kepada pelancong-pelancong dari luar negara.
Katanya lagi, pihak Kerajaan Negeri Terengganu telah pun berbelanja beratus juta ringgit untuk menambak tanah sekitar pantai dan kuala Sungai Terengganu.
“Pada pandangan saya tempat ini adalah yang lebih sesuai untuk membina sebarang kompleks-kompleks baru termasuk hotel, kondominium dan juga kompleks perniagaan moden dan berhawa dingin.
“Oleh itu, bagi pihak seluruh rakyat Malaysia dan juga industri pelancongan negara dan juga dari sudut usaha kerajaan hendak memelihara dan mempertahankan warisan-warisan negara saya inginlah merayu agar Pasar Payang di Kuala Terengganu ini jangan dirobohkan dan sebaliknya ianya boleh diperbaiki agar lebih selesa kepada semua,” ujarnya.
Khalid ucap tahniah kepada Zulkifli Noordin
| Muhammad Faizal, | 16 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan tahniah
di atas pemilihan Zulkifli Noordin untuk bertemu beliau di Parlimen
Shah Alam dalam pilihan raya umum ini."Daripada ramai calon yang ada, Datuk Hassan Ali, Ezam Mohd Nor dan lain-lain, Zulkifli Nordin terpilih," kata Khalid kepada Harakahdaily.
Bagi beliau, para pengundi Shah Alam boleh menilai sendiri bekas anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, para pengundi Shah Alam akan membuat penilaian dan pilihan yang tepat pada pilihan raya nanti serta menilai rekod perkhidmatan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dengan membandingkan apa yang telah dilakukan oleh Zulkifli di Kulim-Bandar Baharu sebelum ini.
"Saya pasti pengundi Shah Alam boleh menilai calon yang dikemukakan oleh BN kali ini dengan meneliti kembali ucapan-ucapan beliau serta apa yang telah dilakukan oleh Zulkifli di Kulim-Bandan Baru sebelum ini.
"Selain
itu juga ini turut membukti Najib hilang keyakinan untuk meletakkan
calon tempatan sehingga sanggup mengambil calon luar bagi mewakili
mereka," jelas beliau ketika dihubungi.Tambahnya lagi, Umno Shah Alam perlu membuat penilaian kenapa calon tempatan tidak dipilih sehinggakan Presiden Umno terpaksa mengambil calon dari luar.
Khalid turut memberitahu beliau akan berkempen secara profesional dengan menjelaskan manifesto yang dibawa oleh Pakatan Rakyat kepada seluruh warga Shah Alam dan tidak akan menyerang peribadi Zulkifli.
Menurutnya, warga Shah Alam boleh menilai sendiri calon BN itu dan akan membuat keputusan terbaik pada hari pengundi nanti.
Pada PRU12 lalu, Khalid memperolehi undi sebanyak 33,356 undi mengalahkan Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (BN) dengan majoriti 9,314 undi.
Mukhriz tanding Dun untuk jaga legasi Mahathir
| Harakahdaily, | 16 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR:
Cita-cita Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menjaga legasi dan kepentingan
anak-anaknya hampir menjadi realiti kini apabila anaknya Mukhriz
Mahathir bertanding di peringkat DUN untuk membuka laluan kepadanya
menjadi MB Kedah.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jelas kini kesungguhan Mahathir bergerak ke sana sini bukan untuk kepentingan Umno sebagaimana didakwa tetapi menjaga kepentingan anak-anaknya.
"Dia berjaya nampaknya mempengaruhi Najib untuk membuka jalan kepada anaknya naik ke kerusi MB. Bagaimanapun kita yakin, rakyat tahu apa yang lebih baik untuk negara," kata Mahfuz.
Beliau mengulas keputusan Umno untuk meletakkan Mukhriz bertanding di DUN Air Hitam, Kedah.
Air Hitam adalah DUN di bawah Parlimen Jerlun yang diwakili oleh Mukhriz kini.Sebelum ini, Datuk Seri Anwar selalu sahaja menyebut kesungguhan Mahathir adalah untuk menjaga legasi beliau dan anak-anaknya.
Atas dasar itulah, beliau menjaga kepentingan perniagaan dan politik anak-anaknya.
Dalam sidang medianya hari ini Mahfuz juga menolak desas desus yang mengatakan beliau akan bertanding kerusi DUN di samping kerusi Parlimen Pokok Sena.
"Saya hanya akan bertanding Parlimen Pokok Sena saja," kata Mahfuz (gambar kanan).
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Mahfuz akan bertanding di Parlimen Pokok Sena.
Saya tidak bertanding Dun - Mahfuz
| Hazayani Zakaria, | 16 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar
mengesahkan beliau hanya akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena
pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU1).
Pengesahan itu sekaligus menjawab desas-desus kononnya beliau disenaraikan sebagai antara calon untuk jawatan Menteri Besar sekiranya PAS berjaya mempertahankan pemerintahan di Kedah selepas 5 Mei depan.
"Sebelum ini spekulasi kononnya saya bertanding di Dun Bukit Pinang bagi membolehkan saya jadi menteri besar kalau PAS menang.
"Saya tegaskan saya hanya mempertahankan Parlimen Pokok Sena, tak bertanding di mana-mana Dun di Kedah," katanya pada sidang media di Pusat Media PAS, dekat sini hari ini.
Beliau juga menyatakan kesediaan untuk bertembung dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail yang digembar-gemburkan akan bertanding di kerusi tersebut.
"Disebut-sebut setiausaha politik perdana menteri akan bertanding di sana jadi saya bersedia melawan sesiapa sahaja," katanya.
Pada PRU12 tahun 2008, Mahfuz menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.
Mahfuz juga berkata, beliau tidak akan mensia-siakan amanah yang diberikan rakyat Kedah kepadanya.
"Sekali lagi saya terpilih di Pokok Sena, jadi saya akan terus perjuangkan kepentingan rakyat di sana.
"Tidak timbul isu percaturan di Kedah kerana kami seperti keluarga besar yang berkhidmat untuk rakyat.
"Terima kasihlah kepada media yang naikkan taraf saya dari cai parti kepada kononnya nak jadi menteri besar," katanya berseloroh.
BN
telah mengumumkan yang 49 peratus dari calon-calon Dewan Undangan
Negeri adalah muka baru dan 30 peratus dari calon Parlimen merupakan
calon-calon gantian untuk memantapkan prestasi parti itu dalam PRU yang
akan datang. Beberapa Menteri Kabinet BN juga telah digugurkan, di
antaranya ialah Rais Yatim dan Nor Mohammed Yakcop. Mohamad Khaled
Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi akan bertanding di kawasan Dun di
Johor untuk menjadi Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya kali
ini.
Tidak payah kita sebut siapa yang digugurkan dan siapa yang beralih kawasan dari Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang diumumkan oleh Pengerusi BN semalam. Isu yang saya hendak komen hari ini ialah tentang kebanggaan Najib menurunkan calon-calon yang berkelayakan akademik yang tinggi serta berpelajaran. Najib telah menurunkan calon-calon yang berpelajaran tinggi, setidak-tidaknya pemegang Diploma dan ke atas.
Pemilihan calon yang berpelajaran tinggi itu adalah wajar kerana tindakan itu sejajar dengan keadaan semasa dalam mana rata-rata rakyat telah berpelajaran. Tetapi yang dihadapi oleh UMNO sekarang ini bukannya masalah taraf akademik calon-calonnya. Dari dahulu sememangnya calon-calon dalam UMNO itu adalah dikalangan orang yang pandai-pandai belaka. Ada yang berpendidikan sehingga Doktor Falsafah, ada yang Doktor perubatan, ada akauntan dan berbagai-bagai lagi dari bidang professional dan separa professional yang hebat-hebat diletakkan sebagai calon.
Tetapi apabila mereka yang pandai-pandai ini menyertai UMNO, mereka dipengaruhi oleh budaya yang songsang dan buruk seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kesalahan undang-undang dan moral yang dilakukan oleh pimpinan BN. Keadaan itu bertambah meruncing dari masa ke semasa dan sekarang budaya buruk itu sudah tidak terkawal lagi. Pendeknya berpelajaran tinggi itu tidak dapat memperbaiki akhlak kepimpinan mereka setelah menyertai UMNO walau setinggi mana sekali pun taraf pelajaran mereka.
Mereka itu mungkin berpelajaran, tetapi kurang pendidikan. Seseorang yang berpelajaran tidak semestinya seorang yang berpendidikan. Seseorang yang berpendidikan baik itu akan mencakupi nilai moral yang selari dengan pelajarannya yang tinggi itu. Saya selalu berkata sebaik mana pun seseorang itu, apabila menyertai UMNO dan mendapat kedudukan, mereka akan lupa yang diri mereka telah belajar di menara gading tetapi sikap mereka seolah-olah seperti orang yang tidak pernah melalui pendidikan yang betul.
Apabila menyertai UMNO mereka akan menganggap yang buruk itu sebagai baik dan baik itu sebagai buruk, seolah-olah mereka ini adalah pembawa dalil hari hendak kiamat. Pendeknya mereka yang berpelajaran tinggi tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang terdidik.
UMNO sentiasa gagal untuk mengenengahkan mereka yang terdidik sejak tiga dekad yang lalu. Dalam UMNO ada yang berkelulusan bidang kejuruteraan sehingga PhD tetapi kita nampak dengan jelas kelulusan tinggi itu tidak mampu untuk menjadi orang yang mampu berfikir. Mendapatkan sarjana muda, atau sarjana serta doktor falsafah itu hanyalah untuk mengesahkan mereka telah lulus mata pelajaran dan modul yang mereka pilih di menara gading itu. Tetapi matlamat sebenar kita masuk universiti itu ialah untuk belajar dan mendidik kita untuk berfikir dengan baik dan tahu membezakan yang mana satu yang bermoral dan yang sebaliknya.
Tetapi apabila bergiat dalam UMNO kemampuan mereka untuk berfikir semakin tumpul kerana budaya yang tidak membolehkan sesiapa bersuara dan memberikan pandangan yang bernas. Maka jadilah mereka perasuah dan penyalahguna kuasa yang besar apabila mendapat kuasa mandat rakyat itu untuk bersama membina budaya membina kepentingan dan kekayaan peribadi dan keluarga mereka. Sepatutnya jika seseorang itu telah berjaya untuk berfikir mereka tidak akan tergamak melakukan rasuah dan kerja-kerja hina yang lain itu.
Maksudnya jika kita berjaya untuk berfikir, maka gejala buruk akan terhindar dari diri mereka. Pemimpin yang benar-benar terdidik tidak akan sanggup melakukan rasuah kerana mereka akan merasakan malu yang amat sangat hasil dari didikan dan berfikir secara orang yang berpendidikan tinggi.
Saya ingin mengulangi yang berpelajaran itu tidak semestinya yang terdidik. Jika kita hanya berpelajaran belum tentu kita akan melakukan kerja yang baik-baik. Hanya yang terdidik sahaja yang boleh diberikan keyakinan, bukan kepada yang hanya berpelajaran. Senarai calon-calon yang dikatakan sebagai barisan yang berpelajaran itu tidak akan membawa apa-apa perubahan selagi budaya rasuah dan mementingkan keuntungan peribadi itu tidak dihapuskan dalam UMNO. Keadaan dalam UMNO itu akan tetap sama. Jika UMNO masih diberikan mandat ia tetap seperti biasa yang kita alami sekarang ini. Salah laku itu akan tetap berlaku, hanya yang menjadi pelakunya itu orang yang berlainan sahaja.
Selalunya yang terdidik itu akan mempunyai nilai etika, bermoral tinggi dan lebih lagi ada agamanya dan meng’addin’kan agamanya dalam pentadbiran dan politik mereka. Yang terdidik itu selalunya akan melakukan segala-galanya dengan beriktikad untuk melakukan fardhu kifayahnya sekali kerana dengan fardhu kifayah itulah yang akan membuka jalan ke arah keredhaan Tuhan dalam semua tindak-tanduk kita.
Pemimpin yang terdidik dengan didikan yang benar, mereka akan ada sifat malunya untuk melakukan kerja rasuah dan sebagainya. Merasa malu pada diri sendiri itulah yang mampu membendung kita dari melakukan kerja terkutuk seperti rasuah, membunuh serta dosa dan noda yang lain.
Walau apa pun, UMNO akan berpecah dan kita akan saksikan bersama-sama semua yang akan berlaku dalam UMNO itu. Tamat sahaja pengumuman calon nanti, kita akan lihat perpecahan itu berlaku dengan cepat dan deras di mana-mana.
Malahan ia telah pun berlaku di beberapa tempat di Selangor dan di Perak di mana ahli-ahli UMNO telah berkumpul dan berarak menentang calon yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti.
Benar, bermula hari ini UMNO akan berpecah. Dr Mahathir bolehlah saksikan apa yang beliau telah wariskan kepada pimpinan-pimpnan selepas beliau. Segala-galanya bermula dari kerja beliau memecah dan memerintah rakyat semasa mentadbir negara dahulu.
Sekarang beliau boleh saksikan puas-puas. Kehendaknya telah tercapai sepenuhnya. Dr Mahathir boleh tidur lena sekarang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Pengesahan itu sekaligus menjawab desas-desus kononnya beliau disenaraikan sebagai antara calon untuk jawatan Menteri Besar sekiranya PAS berjaya mempertahankan pemerintahan di Kedah selepas 5 Mei depan.
"Sebelum ini spekulasi kononnya saya bertanding di Dun Bukit Pinang bagi membolehkan saya jadi menteri besar kalau PAS menang.
"Saya tegaskan saya hanya mempertahankan Parlimen Pokok Sena, tak bertanding di mana-mana Dun di Kedah," katanya pada sidang media di Pusat Media PAS, dekat sini hari ini.
Beliau juga menyatakan kesediaan untuk bertembung dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail yang digembar-gemburkan akan bertanding di kerusi tersebut.
"Disebut-sebut setiausaha politik perdana menteri akan bertanding di sana jadi saya bersedia melawan sesiapa sahaja," katanya.
Pada PRU12 tahun 2008, Mahfuz menewaskan calon BN, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.
Mahfuz juga berkata, beliau tidak akan mensia-siakan amanah yang diberikan rakyat Kedah kepadanya.
"Sekali lagi saya terpilih di Pokok Sena, jadi saya akan terus perjuangkan kepentingan rakyat di sana.
"Tidak timbul isu percaturan di Kedah kerana kami seperti keluarga besar yang berkhidmat untuk rakyat.
"Terima kasihlah kepada media yang naikkan taraf saya dari cai parti kepada kononnya nak jadi menteri besar," katanya berseloroh.
Bermula hari ini, Umno akan berpecah
| Aspan Alias, | 16 Apr 2013 |
BN
telah mengumumkan yang 49 peratus dari calon-calon Dewan Undangan
Negeri adalah muka baru dan 30 peratus dari calon Parlimen merupakan
calon-calon gantian untuk memantapkan prestasi parti itu dalam PRU yang
akan datang. Beberapa Menteri Kabinet BN juga telah digugurkan, di
antaranya ialah Rais Yatim dan Nor Mohammed Yakcop. Mohamad Khaled
Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi akan bertanding di kawasan Dun di
Johor untuk menjadi Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya kali
ini.Tidak payah kita sebut siapa yang digugurkan dan siapa yang beralih kawasan dari Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang diumumkan oleh Pengerusi BN semalam. Isu yang saya hendak komen hari ini ialah tentang kebanggaan Najib menurunkan calon-calon yang berkelayakan akademik yang tinggi serta berpelajaran. Najib telah menurunkan calon-calon yang berpelajaran tinggi, setidak-tidaknya pemegang Diploma dan ke atas.
Pemilihan calon yang berpelajaran tinggi itu adalah wajar kerana tindakan itu sejajar dengan keadaan semasa dalam mana rata-rata rakyat telah berpelajaran. Tetapi yang dihadapi oleh UMNO sekarang ini bukannya masalah taraf akademik calon-calonnya. Dari dahulu sememangnya calon-calon dalam UMNO itu adalah dikalangan orang yang pandai-pandai belaka. Ada yang berpendidikan sehingga Doktor Falsafah, ada yang Doktor perubatan, ada akauntan dan berbagai-bagai lagi dari bidang professional dan separa professional yang hebat-hebat diletakkan sebagai calon.
Tetapi apabila mereka yang pandai-pandai ini menyertai UMNO, mereka dipengaruhi oleh budaya yang songsang dan buruk seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kesalahan undang-undang dan moral yang dilakukan oleh pimpinan BN. Keadaan itu bertambah meruncing dari masa ke semasa dan sekarang budaya buruk itu sudah tidak terkawal lagi. Pendeknya berpelajaran tinggi itu tidak dapat memperbaiki akhlak kepimpinan mereka setelah menyertai UMNO walau setinggi mana sekali pun taraf pelajaran mereka.
Mereka itu mungkin berpelajaran, tetapi kurang pendidikan. Seseorang yang berpelajaran tidak semestinya seorang yang berpendidikan. Seseorang yang berpendidikan baik itu akan mencakupi nilai moral yang selari dengan pelajarannya yang tinggi itu. Saya selalu berkata sebaik mana pun seseorang itu, apabila menyertai UMNO dan mendapat kedudukan, mereka akan lupa yang diri mereka telah belajar di menara gading tetapi sikap mereka seolah-olah seperti orang yang tidak pernah melalui pendidikan yang betul.
Apabila menyertai UMNO mereka akan menganggap yang buruk itu sebagai baik dan baik itu sebagai buruk, seolah-olah mereka ini adalah pembawa dalil hari hendak kiamat. Pendeknya mereka yang berpelajaran tinggi tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang terdidik.
UMNO sentiasa gagal untuk mengenengahkan mereka yang terdidik sejak tiga dekad yang lalu. Dalam UMNO ada yang berkelulusan bidang kejuruteraan sehingga PhD tetapi kita nampak dengan jelas kelulusan tinggi itu tidak mampu untuk menjadi orang yang mampu berfikir. Mendapatkan sarjana muda, atau sarjana serta doktor falsafah itu hanyalah untuk mengesahkan mereka telah lulus mata pelajaran dan modul yang mereka pilih di menara gading itu. Tetapi matlamat sebenar kita masuk universiti itu ialah untuk belajar dan mendidik kita untuk berfikir dengan baik dan tahu membezakan yang mana satu yang bermoral dan yang sebaliknya.
Tetapi apabila bergiat dalam UMNO kemampuan mereka untuk berfikir semakin tumpul kerana budaya yang tidak membolehkan sesiapa bersuara dan memberikan pandangan yang bernas. Maka jadilah mereka perasuah dan penyalahguna kuasa yang besar apabila mendapat kuasa mandat rakyat itu untuk bersama membina budaya membina kepentingan dan kekayaan peribadi dan keluarga mereka. Sepatutnya jika seseorang itu telah berjaya untuk berfikir mereka tidak akan tergamak melakukan rasuah dan kerja-kerja hina yang lain itu.
Maksudnya jika kita berjaya untuk berfikir, maka gejala buruk akan terhindar dari diri mereka. Pemimpin yang benar-benar terdidik tidak akan sanggup melakukan rasuah kerana mereka akan merasakan malu yang amat sangat hasil dari didikan dan berfikir secara orang yang berpendidikan tinggi.
Saya ingin mengulangi yang berpelajaran itu tidak semestinya yang terdidik. Jika kita hanya berpelajaran belum tentu kita akan melakukan kerja yang baik-baik. Hanya yang terdidik sahaja yang boleh diberikan keyakinan, bukan kepada yang hanya berpelajaran. Senarai calon-calon yang dikatakan sebagai barisan yang berpelajaran itu tidak akan membawa apa-apa perubahan selagi budaya rasuah dan mementingkan keuntungan peribadi itu tidak dihapuskan dalam UMNO. Keadaan dalam UMNO itu akan tetap sama. Jika UMNO masih diberikan mandat ia tetap seperti biasa yang kita alami sekarang ini. Salah laku itu akan tetap berlaku, hanya yang menjadi pelakunya itu orang yang berlainan sahaja.
Selalunya yang terdidik itu akan mempunyai nilai etika, bermoral tinggi dan lebih lagi ada agamanya dan meng’addin’kan agamanya dalam pentadbiran dan politik mereka. Yang terdidik itu selalunya akan melakukan segala-galanya dengan beriktikad untuk melakukan fardhu kifayahnya sekali kerana dengan fardhu kifayah itulah yang akan membuka jalan ke arah keredhaan Tuhan dalam semua tindak-tanduk kita.
Pemimpin yang terdidik dengan didikan yang benar, mereka akan ada sifat malunya untuk melakukan kerja rasuah dan sebagainya. Merasa malu pada diri sendiri itulah yang mampu membendung kita dari melakukan kerja terkutuk seperti rasuah, membunuh serta dosa dan noda yang lain.
Walau apa pun, UMNO akan berpecah dan kita akan saksikan bersama-sama semua yang akan berlaku dalam UMNO itu. Tamat sahaja pengumuman calon nanti, kita akan lihat perpecahan itu berlaku dengan cepat dan deras di mana-mana.
Malahan ia telah pun berlaku di beberapa tempat di Selangor dan di Perak di mana ahli-ahli UMNO telah berkumpul dan berarak menentang calon yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti.
Benar, bermula hari ini UMNO akan berpecah. Dr Mahathir bolehlah saksikan apa yang beliau telah wariskan kepada pimpinan-pimpnan selepas beliau. Segala-galanya bermula dari kerja beliau memecah dan memerintah rakyat semasa mentadbir negara dahulu.
Sekarang beliau boleh saksikan puas-puas. Kehendaknya telah tercapai sepenuhnya. Dr Mahathir boleh tidur lena sekarang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan