Ahad, 8 Januari 2012

MAKIN BANYAK SILAP...KITA MERANCANG...ALLAH JUGA MERANCANG...RANCANGAN ALLAH TEPAT...TAKDIR ALLAH YANG MENENTUKAN...TERIMALAH..IA DALAM RUKUN IMAN

PAS pecat Hasan Ali | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Himpuan 901: IPT perlu seiring dengan Menteri | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menasihatkan pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta di negara ini berpendirian selari dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang membenarkan mahasiswa menyertai himpunan 901 esok.

Sambil menyambut baik kebenaran oleh menteri itu, Presidennya Akram Ikrami Taib Azamudden dalam satu kenyataan berkata, ianya sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971.

"Gamis menyarankan kepada seluruh pentadbiran universiti agar menyambut kenyataan dari KPT berhubung kebenaran untuk menyertai himpunan 9 Januari nanti.

"Ini sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971. Sepatutnya pentadbiran universiti menunjukkan kebersamaan dengan KPT," katanya.

Semalam, Datuk Seri Khaled Nordin dilaporkan berkata mahasiswa IPT dibenarkan untuk menyertai himpunan 901 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin ini.

Katanya, jika perhimpunan tersebut dibenarkan pihak polis dan sah di sisi undang-undang, ianya tidak mendatangkan masalah.

“Dalam semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971, saya percaya universiti tidak seharusnya mengambil sebarang tindakan terhadap staf mereka dan penuntut.”, ujarnya sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, pentadbiran Universiti Malaya telah mengeluarkan notis amaran akan mengambil tindakan tegas kepada pelajar mahupun kakitangan kampus itu yang menyertai himpunan tersebut.
.
"Di peringkat Gamis kami merasakan inilah ruang yang terbaik bagi mahasiswa untuk menilai sistem perundangan dan institusi kehakiman negara dalam masa yang sama, mereka turun ke perhimpunan tersebut bukan atas ‘tiket’ mahasiswa tetapi atas ‘tiket’ rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk mengundi dalam pilihanraya," tegas Akram.


Menjelang 901: Zaid – Anwar saling bermaafan | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

“Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated.

(Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil),” tulis Zaid di Twitter.

Dalam jawapannya, Anwar menjawab, “Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi).”

Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya.

Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar.

Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno.

Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara.

Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik.


DAP tetap bersama Anwar | Print |
Harakahdaily

SHAH ALAM, 8 Jan: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP akan berada bersama rakyat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur esok bagi memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau tetap dengan pendirian bahawa Anwar adalah pemimpin Pakatan Rakyat, lapor Roketkini.com.

“Kalau Anwar menang (kes mahkamah) tentu sudah tentu beliau ada peluang menjadi Perdana Menteri (bila Pakatan menang PRU13)” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan DAP 2012 di sini hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Guan Eng menegaskan sekali lagi komitmen dan semangat kesetiakawanan DAP dengan Anwar sebagai Ketua Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang.

”Kita berdiri teguh di belakangnya sebagai Perdana Menteri alternatif, walau apa pun keputusan perbicaraan esok, kita akan terus menyokongnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, tumpuan harus diberi bukan kepada Anwar, tetapi kepada PRU13 akan datang.

“Kita harapkan beliau berjaya esok dan semoga beliau dapat mengecapi Impian Bangsa Malaysia bersama kita,” katanya. DAP hari ini mengemukakan Deklarasi Shah Alam bertemakan ‘Impian Bangsa Malaysia’ bagi mengukuhkan lagi iltizam menghadapi PRU13 akan datang.

Guan Eng berkata, setelah 46 tahun DAP tidak pernah ‘tertinggal’ dan kekal teguh dengan dengan aset utamanya iaitu menolak rasuah dan kronisme.

”Untuk merealisasikan Impian Bangsa Malaysia untuk sebuah negara yang maju, kita mahu negara berpolisi, bukan negara polis, kita memberi jaminan buat rakyat Malaysia bahawa kita tidak akan sama sekali menjual martabat kita kepada BN.

“Dalam usaha untuk merealisasikan Impian Bangsa Malaysia kita tidak mahukan kemenangan berdasarkan kekuatan tetapi kemenangan berdasarkan kebenaran. Marilah kita mengecapi Impian Bangsa Malaysia!,” katanya.

Sehubungan itu bagi memperkasakan Impian Bangsa Malaysia, fokus utamanya ialah dengan menaikkan ekonomi rakyat, meningkatkan mutu hidup serta pengurangan kos sara hidup.

”You ingat ‘kawan baik’ saya (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri) Koh Tsu Koon akan tanggung kah?” katanya menjelaskan di Kerajaan Pakatan Pulau Pinang telah mengurangkan 95 peratus hutang negeri dalam tempoh empat tahun memerintah.

Tambah Guan Eng lagi, sudah sampai masanya untuk memperkenalkan konsep “solidariti ekonomi” dalam membentuk gagasan Impian Bangsa Malaysia.

”Konsep ini bermaksud solidariti antara yang kaya dengan yang miskin, antara bandar dengan luar bandar, antara yang kuat dengan yang lemah.”

Justeru, Guan Eng menjelaskan lapan langkah untuk mencapai gagasan Impian Bangsa Malaysia iaitu:

1. Pelaksanaan gaji minima.

2. Menghubungkan terus kadar kenaikan gaji minima dengan kadar inflasi.

3. Memupuk penyertaan tenaga kerja wanita.

4. Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.

5. Melonjakkan ekonomi melalui teknologi dan automasi.

6. Membanteras korupsi, rasuah dan ketirisan melalui pentadbiran berteraskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus).

7. Meluhurkan undang-undang; dan

8. Mempertahankan hak-hak sah pekerja.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim, dan Pengerusi PRM, Dr Rohana Ariffin.

Pembaca berita TV3 mohon maaf, tersasul sebut Anwar | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Datuk Seri Anwar sebagai merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi.

"Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan," kata Jay menerusi mesej Twitter malam tadi.

Ketika membaca berita malam tadi Jay tersasul apabila berkata "Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka..."

Berita itu merujuk kepada lawatan Najib ke Afrika Selatan bermula semalam.

Kesilapan itu kemudiannya menjadi topik hangat di laman Facebook dan Twiter malam tadi.

Ia kerana nama Ketua Pembangkang itu sedang menjadi buah mulut banyak pihak ekoran menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok.

Video rakaman kesilapan itu juga turut dimuat naik di Youtube.

Fayyad ada minta ais sebelum tidak sedarkan diri | Print |
Mohd Sabri Said

BUKIT MERTAJAM, 8 Jan: Pengawal peribadi presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fayyadh Afiq Al Bakqry pada mulanya menganggap darah yang keluar di telapak tangan kirinya hanya cedera biasa.

Menceritakan hal itu, Pengarah LANG GAR 901, Zulkifli Saad berkata, pada mulanya juga Fayyad tidak memberitahu sesiapa tentang kecederaannya termasuk kepada Wan Azizah.

Fayyad katanya ada meminta seorang rakan yang lain mendapatkan ais untuk diletakkan ditangannya bagi menghentikan darah yang keluar.

"Semua orang di atas pentas tidak tahu menahu telapak tangan kiri Fayydh berdarah kerana beliau sendiri menggangapnya perkara biasa kemungkinan terkena apa-apa objek tajam seperti jarum," katanya.

Beliau mengulas kejadian yang menimpa Fayyad malam tadi pada satu ceramah presiden PKR itu sempena pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Pulau Pinang.

Ketika itu Fayyadh mengiringi Wan Azizah meredah melalui kesesakan orang ramai yang hadir di ceramah berkenaan pada kira-kira jam 9 malam apabila kejadian itu dikatakan berlaku.

Sambung Zulkifli lagi, selepas ceramah tersebut Fayyadh Afiq kemudiannya mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi dia mula berasa sakit dan akhirnya tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan dipercayai terkena objek tajam beracun.

"Semasa Pengerusi Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Cikgu Bard sedang berucap tiba-tiba saya dapat panggilan dari Kak Wan dengan nada menanggis memberitahu Fayyadh pengsan dan tidak bermaya ketika berhenti mengisi minyak di salah sebuah stesen di sekitar Nibung Tebal ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, " terangnya lagi.

Rombongan tersebut kemudiannya diarah kembali ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan kecemasan.

Sehubungan itu juga satu laporan polis di buat di Balai Polis Seberang Jaya oleh Saudara Mohd Nurol Sayah sekitar jam 2.00 pagi.

Pengadu dalam laporanya menegaskan, semasa perjalanan mengantar Datin Seri Dr Wan Azizah, Nurul Ilham, Fayyadh dan Mohd Reza ke ceramah di Jalan Kilang Ubi, Tok Kun tiba-tiba Fayyadh mengadu kepadanya bahawa tanganya teras kebas dipercayai terkena suntikan beracun.

"Apa pun kami tunggu tindakan polis berhubung perkara itu. Kami minta pihak polis menyiasat perbuatan yang kotor berkemungkinan ada kaitanya dengan hari keputusan penghakiman membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin ini, " kata Zulkifli.


Pembohongan Najib ‘grand design’ kotor Umno | Print |
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup kesal dan kecewa terhadap tuduhan dan pembohongan Datk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang dikatakan tidak memberikan kerjasama dan kelulusan terhadap projek-projek yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) beranggapan tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas serta berniat jahat untuk memburukkan kerajaan negeri.

Najib semasa lawatan ke Hulu Selangor baru-baru ini telah membohongi rakyat di Felda Gedangsa apabila menyatakan kegagalan Barisan Nasional menunaikan janji semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor lalu untuk membina rumah peneroka Felda generasi kedua adalah disebabkan tidak mendapat kerjasama pihak kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan balas dengan menyatakan tiada sebarang permohonan yang telah dibuat sama ada oleh pihak kerajaan pusat ataupun Felda untuk sebarang projek perumahan di kawasan Felda terbabit sehingga kini.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat pembohongan demi pembohongan yang sengaja dicipta adalah antara ‘grand design’ kotor Umno untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat,” kata Hasbullah kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Umno berasa cukup gusar kerana rakyat Selangor telah melihat kebaikan dan ketelusan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang cukup prihatin terhadap rakyat.

Beliau berkata, agenda ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ Pakatan Rakyat juga telah menunjukkan hasil yang baik dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Selangor tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik mereka.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan supaya Najib dan Umno Selangor supaya menghentikan segala pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana ianya akan menjadi cacian dan makian rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional semula akhirnya,” katanya.

Pengiring Anwar terkena suntikan beracun | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pengiring peribadi Anwar Ibrahim, Fayyad Al-Bakri yang mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0 tahun lalu menerima kecelakaan malam tadi.

Blog pulakdah menyebut, Fayyad telah mengiringi Dr Wan Azizah di dalam program pelancaran LANG-GAR 901 yang diadakan pada malam 7 Januari di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Bukit Mertajam.

Menurut Dr. Wan Azizah, Fayyad telah berjalan di hadpan sewaktu mengiringnya meredah di dalam kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kg. Cherok Tokkun. Ketika itulah Fayyad telah diserang menerusi suntikan di tapak tangan kiri.

(Gambar: Keadaan Fayyad yang sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan sudah sedarkan diri.)

Berikut adalah tulisan di laman http://pulakdah.blogspot.com.

Jika sebelum ini kita mendengar pengiring peribadi Anwar Ibrahim, Fayyad Al-Bakri mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata yang diarahkan ke mata Anwar Ibrahim. Malam semalam satu lagi kecelakaan menimpa Fayyad.

Fayyad telah mengiringi Dr Wan Azizah di dalam program pelancaran LANG-GAR 901 yang diadakan pada malam 7/1/2012 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Bukit Mertajam. Dr Wan Azizah yang menghadiri pelancaran itu sebagai mewakili Anwar Ibrahim, Seniman Negara, A. Samad Said yang mewakili golongan seniman dan Hishamudin Rais mewakili Reformis & Blogger.

Kempen yang diketuai oleh Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) ini menggabungkan beberapa NGO seperti SAMM, Jingga 13, SMM, A.B.U, Lantang juga para Bloggers, Dewan Pemuda PAS & DAPSY.

Tujuan LANG-GAR 901 dilancarkan adalah utk memberi peringatan kepada pihak kerajaan yg semenjak dari tahun 1998 telah terlalu banyak MELANGGAR peraturan dan norma perundangan dalam kes Liwat versi 1998.

Kini dalam kes Liwat 2, kerajaan dilihat cenderung MELANGGAR peraturan dan norma kebiasaan perundangan. LANG-GAR 901 akan menggembleng tenaga pelbagai khalayak masyarakat, khususnya anak muda yang beridealisme untuk juga MELANGGAR norma peraturan sebagaimana kebiasaan dilakukan kerajaan selama ini.

Namun LANG-GAR 901 adalah berorientasikan keamanan dalam perjuangan menegakkan KEADILAN.

Menurut Dr. Wan Azizah, Fayyad telah berjalan di hadpan sewaktu mengiringnya meredah di dalam kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kg. Cherok Tokkun. Ketika itulah Fayyad telah diserang menerusi suntikan di tapak tangan kiri.

Persoalannya sekarang kepada siapakah sasaran sebenar serangan itu?. Adakah ia ditujukan kepada Dr Wan Azizah. Kesan daripada serangan itu, Fayyad telah tidak sedarkan diri dan degupan jantungnya terhenti seketika.

Bagaimanapun, selepas mendapat rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, keadaan beliau semakin stabil dan telah sedarkan diri.

Namun bahagian tangan kirinya sehingga bahu masih kebas dan gagal digerakkan. Doktor juga sedang menjalankan ujian darah dan air kencing untuk mengenal pasti jenis racun tersebut.

Satu laporan polis juga telah dibuat oleh Norul, pegawal peribadi Dr Wan Azizah di Balai Polis Seberang Jaya berkenaan serangan terhadap Fayyad.

Sama-sama kita berdoa semoga Fayyad pulih sepenuhnya dan dilindungi dari sebarang komplikasi serius akibat serangan tersebut.

Tiada ulasan: