Ahad, 8 Januari 2012

JIKA DALAM PERJUANGAN ISLAM...BEBAS KITA BERJUANG...PENJARA KITA REHAT...MATI KITA SYUHADA....MANA2 UNTUNG...BAGAIMANA PUN JAGA AQIDAH@NIAT

Bekas ADUN, penulis blog Umno sertai DAP
Dua penulis blog terkemuka yang juga ahli Umno hari ini, mengakhiri spekulasi beberapa minggu masa depan politik mereka dengan menyertai DAP.

malay bloggers join dap 080112 03Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (kanan) bekas ADUN Pulau Manis dan pemimpin veteran Umno Negri Sembilan Aspan Alias, berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan.

Mengenai sama ada mereka telah keluar Umno secara rasmi, Mohd Ariff berkata bahawa dengan penyerahan borang keahlian dirinya dan Aspan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini bermakna keahlian Umno mereka secara automatik terbatal.

Tindakan itu dianggap satu tamparan kepada Umno yang sebelum ini mendakwa DAP adalah parti yang anti-Melayu.

malay bloggers join dap 080112 02Mohd Ariff pernah menjadi ketua penerangan bahagian Umno Pekan yang masih diketuai oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau menulis di blog dedngan nama pena Sakmongkol46 dan berjaya menarik perhatian pembaca yang agak ramai kerana artikelnya yang kritikal.

Anwar sedia jika dipenjara sekali lagi
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telahpun bersedia untuk menghadapi kemungkinan paling buruk berhubung keputusan perbicaraan kes Liwat II di mahkamah esok.

Beliau juga telah meneliti setiap kemungkinan itu dengan terperinci dan telah bersedia secara psikologi untuk kembali ke penjara, kata Anwar dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

anwar ibrahim interview with malaysiakini 4Ada orang yang menganggap beliau "gila" kerana sanggup berbuat demikian, kata Anwar yang kini sudahpun berusia 64 tahun.

Anwar berkata beliau bagaimanapun tidak ingin menjadi hero dengan bersedia untuk dipenjarakan, seperti pendapat sesetengah orang.

Melihat kepada perjalanan perbicaraan kes berkenaan kali ini, Anwar bagaimanapun tetap menaruh harapan supaya keputusan memihak kepadanya.

Ditanya sama ada rakyat masih percaya bahawa tuduhan ke atasnya merupakan satu rekaan, Anwar berkata beliau menerima sokongan yang baik sejak 2008 lagi.


  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    - Penjarakan anwar diibaratkan seperti membakar hati rakyat runtuhkan umno. kuasa ada ditangan rakyat , bukan dipihak pemerintah.
    Ahli politik yang pernah dipenjarakan tidak gentar masuk kali kedua.
    - Penjara cuma lah tempat untuk mereka merancang keseorangan , bag orang politik penjara cuma tempat mengilhamkan inspirasi. Dalam penjara ahli politik mencari idea , lagi lama dipenjarakan lagi kuat kuasanya.
  • Yong Chun Wah · Pengulas Tertinggi
    SEHEBAT Aung San Suu Kyi, SAMA ADA DIPENJARAKAN DI DALAM RUMAH DAN PENJARA....SANGAT BERANI DEMI KEBENARAN? KAKA!
    • Marjan Junid · Pengulas Tertinggi
      apa-apa keputusan dari mahkamah esok adalah adil,
    • Keds Hanafy · Kuala Lumpur, Malaysia
      Marjan Junid Mahkamah sape punye ek??
    • Marjan Junid · Pengulas Tertinggi
      Keds Hanafy ade sape2 pny ke mahkamah ni? abis tu, xkan la kalau anwar tak bersalah baru nak kata mahkamah adil? ape da.
    • Keds Hanafy · Kuala Lumpur, Malaysia
      Marjan Junid Mahkamah suda kene beli bro. yg dlm mahkamah tu pun manusia, bukan malaikat. kalau mahkamah adil, xde la demo2.
    • Marjan Junid · Top Commenter
      Keds Hanafy kalau dah tahu nak kena jel. terima je lah. nak demo pun bukan ade efek. kalau mahkamah pun dah xadil, siapa yang adil. jangan lak ko jawap tuhan.
    • Fais Azmir · Cosmopoint International University College
      Marjan Junid , dari 1st day perbicaraan memang sentiasa memihak untuk menyusahkan anwar...saya harap awak baca setiap baris dan note2 perbicaraan....
    • Keds Hanafy · Kuala Lumpur, Malaysia
      Marjan Junid Aih mmg la tuhan tak adil. yang adil tu Allah je. Cuba kalau bapak kau, kene penjara, sedih tak mak kau, adik beradik kau? so jgn cakap sedap je brader bende tak kene atas kepala lu. Terlalu banyak ketidaktelusan dan kebocoran dlm mahkamah msia. Asar dah nak masok ni, baik lu siap2 pegi jamaah, toksah kalut sini. sekian.
    • Marjan Junid · Top Commenter
      Keds Hanafy sedih memang sedih. kalau dah mahkamah dapat buktikan salah, kita tak boleh nak kmplen dengan buat demo. kita ikut saluran dan prosedur yang betul. kita bukan cerita pasal emosi bro. ta kan la kalau mahkamah cakap nuar xsalah baru nak cakap mahkamah adil. biasa la tu. sometime u win, sometime u lose.
    • Justin Bibir · The University of Utah
      Marjan Junid but anwar is always lose....kahkah...btw, kalau tau family kau x brsalah, tp didapati brsalah dlm mahkamah mmg ko redha je ke??wa...respek la kat lu bro..
    • Hashim Hassan · Top Commenter · Works at Engineering, Consulting Firm
      Marjan Junid, Adil bila dibicarakan berlandaskan hukum ALLAH SWT. jangan sesekali mengiktiraf hukum manusia - terutama bila melibatkah tuduhan yang mengaibkan sebegini. Kelak dimasyar nanti susah....wallahuallam. (sekadar komen ikhlas utk saudara seagama).
    • Amir Hassan Ashaari
      Setuju..........mahkmah tu umno punye tapi kalu anwar menang..kira pkr punye la.....hihihihi kenapa la jangkal sgt yek
    • Mohd Irwanhadi · Top Commenter
      Marjan Junid Adil macam mana?
  • Spr KKong · Top Commenter
    Anwar mesti GOAL besok! Najis sudah cabut ke Negara hitam, bila balik, ia akan berkata, mahkamah mengambil keputusan yg pandai dan tidak mengait dgn umno, saya xtau, xnampak apa terjadi di malaysia sebab disitu gelap sangat.
  • Siti Azilah · Top Commenter · College Of The States Moscow
    Bebas Anwar 901: Najib Altantuya Takut, sudah Cabut Lari Ke Afrika Selatan !!!

    Dalam sibuk seluruh negara tertumpu ke arah keputusan paling besar dalam sejarah negara tahun baru 2012 ini berkenaan kes fitnah lewat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, rupanya Perdana Najib Altantuya sudah cabut lari nun jauh ke bumi Afrika!

    Mengulangi sejarah mentor politiknya, Mahathir Mohamad yang culas ke China semasa tragedi berdarah Memali pada 1985, Najib Altantuya juga dilihat mengambil pendekatan selamat untuk mengelak dari dilibatkan dengan keputusan mahkamah yang dilihat sudah boleh dijangka, dan paling penting siapa dalang di sebalik keputusannya!

    Muslihat Najib Altantuya sudah lama diduga dek kerana apabila sudah berada di Afrika Selatan, kira-kira 12 ribu kilometer dari tanah air, dia dilihat kununnya tidak cuba mempengaruhi ke...See More
  • وان قادر · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    Dato; Seri, perjuangan tetap di teruskan walau apa pun berlaku...ALLAHUAKBAR!
    • Selempang Merah · Top Commenter · Kuala Lumpur
      Buat lah solat hajat.. Minta pertunjuk.. Macam pas buat solat hajat di stadium malaysti shah alam tahu lepas,,,, Lepas 2-3 minggu keluar cerita video pulak..
    • Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
      Selempang Merah ,orang pakai selempang merah kat pinggang,mu bubuh lambang kereta kuning,bahalol,bendol,samdol
    • Selempang Merah · Top Commenter · Kuala Lumpur
      Hasmira Hasmi ... Ini lah sikap org melayu.. Suka iri hati.. Takpe lah.. Ko nak kee.. Selempang merah nie... Aku belikan satu untuk ko... Ekekekekeke ..

      Alah.. Hina tu biar lah ganas sikit.. Samdol bendol, apa nie.. Macam budak tadika lah...

      Tengok puak umno.. Siap keluar youtube buat video ludah-mludah lagi.. Ganas btol.. Ekekekeke
  • Abdustar Noor Mohd · Top Commenter · Seremban
    Semoga Allah melindungi dato seri dari segala kejahatan pemimpin2 yg zalim dan rakus...
    • Selempang Merah · Top Commenter · Kuala Lumpur
      Amin..
    • Shah Rukh Din · Top Commenter · Works at PMB Pensioner now join RTM
      dulu mader skrg najib.... pemimpin umno berlagak mcm berani cakap berdegar2 sambil menghunus keris mcm pahlawan melayu tetapi sebenarnya mereka adalah spesis manusia paling pengecut dlm dunia.. mcm pondan... xder telor..mrk xberani berhadapan satu lwn satu dgn DSAI dlm gelanggang politik kerana semua pengecut ini dgn mudah dpt ditewas dan dipatahkan oleh DSAI...
  • Bee Al-Hadi · Top Commenter
    Allah Maha Mengetahui...
  • Alaksza Tp · Top Commenter · Tampin Village, Negeri Sembilan, Malaysia
    masuuuuuuuuuk la penjara.
    yg kat luar ni akan pastikan malaysia bersih dari Umno dan sekutunya.
    allahuakhbar
  • Keadilan Dun Lui · · Top Commenter
    Dasat dugaan DSAI nih..DSAI betul2 tabah..patutlah ramai anak muda suka dgn cara beliau..lawan tetap lawan..
  • Din Gombak · Top Commenter
    Nelson Mandela Malaysia!
  • Ashaari Hamad · Top Commenter
    Hanya pada Allah saja tempat kita bergantung....kalu didunia mungkin Anwar terlepas...tapi diakhirat pula...kalau benar2 dia bersalah, dia tetap menerima hukuman.Manusia lain tak perlu khuatir...Allah MAHA adil dan MAHA mengetahui.
  • Alangraphy Syazwan Alangraphy · · Top Commenter · Photographer at Photographer · 463 subscribers
    Pejuang masih lg tersenyum....
    • Jamil Awab · Top Commenter · MPTAA
      Adakah Najib bersedia ke penjara jika keputusan pembunuhan Altantuya, kes komisyen Scorpene, kes komisyen jet Shukoi tidak memihak kepadanya? (jika kes dibawa ke mahkamah Tinggi Malaysia). Sudah pasti Najib dan Rosmah cepat2 lari ke Kazakhstan berlindung di rumah menantunya selepas kalah pada PRU13 nanti! Ada pernah Najib memikirkan masalah kehidupan rakyat yang semakin terhimpit? Kehidupan rakyat semakin sukar dan terhimpit, manakala menteri2 umno/BN joli sakan merompak wang rakyat atas nama pembangunan dan projek nasional kununnya (NFC lembu) dll. INGAT! TIADA SEBUAH PARTIPUN YG KEKAL MEMERINTAH DI DUNIA INI. SAAT UMNO/BN TUMBANG SUDAH TERLALU HAMPIR!!!!! RAKYAT SUDAH MUAK, JELIK, DENGAN AKTIVITI RASUAH, ROMPAKAN DAN KEKEJAMAN DAN PENYELEWENGAN UMNO/BN YG MEMERINTAH MALAYSIA! UMNO/BN MESTI DIKUBURKAN PADA PRU13!!!!
  • Zaifulnizam Lee · Engineer at Samsung Galaxy Ace
    Terima kasih DSAI... berjuang menumbangkan kerajaan yg kaya dgn fitnah, penyelewengan dan rasuah sehingga mase kehidupannya di habiskan di dalam penjara. pengorbanan besar demi mengubah negara MALAYSIA... terima kasih DSAI... saya sokong anda dan pastikan anda tidak teranaiya..
  • Alif Haikal · Top Commenter
    Inilah NELSON MANDELA Malaysia memperjuangkan kebenaran menentang kezaliman.Saya salute DSAI
  • Ramesh Adari · Top Commenter
    ANWAR sedia dipenjara! Ini bukti anwar mengaku dia ni peliwat&pelakon video sex! Dey anwar bila u nak berdebat dengan bekas penyokong PKR? marilah anne , apa pasal u takut sangat?
  • Zulnasri Khalid · Top Commenter · Maktab Perguruan Besut Terengganu
    kami percaya datuk seri anwar, Allah tidak akan menzalimi umatnya, mari sama kita doa moga esok keputusan menyebelahi datuk seri.
  • Ku Iskandar Ku Saad · · President at Majlis Belia Negeri Kedah · 298 subscribers
    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebagai pemerhati politik negara ini saya tercari-cari persamaan antara DS Anwar dan Edorgan (PM Turki).Dalam siri jelajah DS Anwar Ibrahim menjelang 901, beliau menobatkan dirinya sendiri sebagai bakal PM Malaysia akan dating dan menyamakannya dgn nasib PM Turki Erdogan. Setahu saya, Erdogan dipenjara atas dakwaan menanam kebencian dlm beragama sedang Anwar Ibrahim pula disabitkan tuduhan liwat dan salah laku moral… (DS Anwar Ibrahim ketika memberi keterangan bela diri dari Kandang Tertuduh, 22 Ogos 2011, masih berpegang teguh dengan kenyataan yang pernah dibuat pada 7 Ogos 2008, iaitu kejadian liwat itu berlaku atas dasar suka sama suka. DS Anwar yang membacakan keterangan bertaipnya setebal 32 muka surat itu tidak mempertikaikan soal tarikh, tempat dan masa seperti dalam pertuduhan yang membawa maksud bersetuju dengan pertuduhan tersebut.)Justeru itu, di manakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?
  • Azrill Rii · Top Commenter · 21 years old
    Sendiri buat sendiri sedap sendiri tanggunglah
  • Mohd Suhaimi Aziz · Top Commenter · UTM Skudai, Johor
    JIKA ANWAR DIPENJARAKAN SEKALI LAGI ATAS FAKTOR POLITIK MAKA RAKYAT AKAN BEBASKAN ANWAR SELEPAS PRU 13 NANTI DENGAN MEMBERI UNDI KEPADA PAKATAN RAKYAT MENGUASAI PUTRAJAYA AGAR KEADILAN DAPAT DIBERIKAN KEPADA ANWAR UNTUK MEMBERSIHKAN SEGALA TUDUHAN DAN DAKWAAN JAHAT CIPTA UMNO/BN!

    INSYALLAH..... BIBIT KEMENANGAN RAKYAT HAMPIR TIBA..... INGAT JANJI ALLAH S.W.T. BAHAWA KEBENARAN PASTI MENGALAHKAN KEBATILAN!

    INSYALLAH KAMI AKAN BERKERJA KERAS SAMADA BERKORBAN WANG RINGGIT, MASA DAN TENAGA DALAM KEMPEN PRU 13 NANTI.........

    JUMPA DATO' SERI DI PUTRAJAYA NANTI.....INSYALLAH....

    DOA RAKYAT TETAP BERSAMAMU DATO' SERI...... PERIT JERIH DATO' SERI MEMBELA KAMI RAKYAT YANG TERTINDAS DI TANAH AIR SENDIRI AKAN KAMI BALAS DENGAN KEMENANGAN PAKATAN RAYAT DALAM PRU 13 NANTI.......

    DATO SERI SEPERTI AYAH KAMI SENDIRI..... SEBAGAIMANA KAMI TIDAK SANGGUP BIARKAN AYAH KAMI DIZALIMI DAN DIPERLAKUKAN SEBEGITU RUPA, MAKA BEGITULAH PERASAAN KAMI TERHADAP DATO' SERI.......

    KAMI ANAK-ANAK MUDA BERJANJI KEPADA DATO' SERI....... KALI INI KAMI AKAN BERJUANG MEMPERTAHANKAN HAK RAKYAT DAN MARTABAT RAKYAT SEPERTIMANA DATO' SERI PERJUANGKAN SELAMA INI........

    KAMI ANAK-ANAK MUDA AKAN MENJADI SEJUTA DATO' SERI ANWAR JIKA DATO' SERI DIHANTAR KE PENJARA BUAT KALI KE-2!

    SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA DENGAN HAMBANYA YANG SENTIASA SABAR DAN BERTAWAKKAL!
  • Dewi Warna · Specialist at Jayapura
    lg lama dipenjarakan...lg kuat nafsu seksnya nnt...abisla abg warden.
  • أزلان كاميسان · Shah Alam, Malaysia
    Walaupun Anwar akan kepenjara, Mesej Kesepakatan Rakyat tetap sampai kepada semua rakyat, hal peribadi anwar itu antara hakim, dia dan Tuhan, Hal Negara, Antara Kami, Pemerintah dan Tuhan. Empayar PR (PAS, PKR, DAP) sentiasa menjulang panji sahutan rakyat pada keadilan.
  • Zaifulnizam Lee · Engineer at Samsung Galaxy Ace
    pandai la si najib.. lari ker afrika.... takut la tu... dah terang2 sangat the ikut care mahathir dlu mase kes mamali... mahathir ke china, najib ker afrika.... trip yg same.... puih.
    • Ismaily Bungsu II · · Kota Kinabalu
      Sibangsat akan menerima hukuman juga dan yang ikut menyebar dan mengIYAkan fitnah ini akan terima bala di akhirat nanti dan jangan begitu mudah memperkatakan sesuatu yang tidak benar apa lagi kes anwar ada niat lain sesebaliknya dan pembohongan memang banyak sangat berlaku dalam kerajaan beruk pimpinan Najib dan suatu waktu tuhan akan tunjuk semua kesan perbuatan para pemimpin yang sedemikian jahat dan kejam.
  • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
    Kisah Nabi Yusoff a.s yg di fitnah ingin berbuat jahat kpd isteri Perdana Menteri Mesir telah menyebabkan Baginda dipenjara selama beberapa tahun & slps bebas telah dpt menjadi Perdana Menteri Mesir, menjadi iktibar kpd kita bahawa segala2nya berlaku atas perancangan Allah...Dan byk kisah2 tokoh yg di penjara (di sebabkan oleh fitnah politik) apabila keluar telah di angkat oleh rakyat utk memegang jawatan tinggi dlm negara termasuklah Recep Tayyip Erdogan (PM Turki skrg, dulu di penjarakan Regim Umno Sekular Tentera Turki yg taksub pd Kamal Attaturk), Bekas Presiden Nelson Mandela di penjarakan oleh Regim Umno Pretoria di Afrika Selatan, apabila keluar menjadi Presiden Kulit Hitam Pertama Afrika Selatan. Manakala Aung San Suu Kyi di Burma masih lagi di kenakan tahanan dlm rumah oleh Regim askar Umno Yangon. Jadi tak mustahil DS Anwar jg akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yg Pertama di pilih dr Pakatan Rakyat......Tiada yg mustahil jika Allah menghendaki.
  • Mohamad Isa · Top Commenter · Pembantu Tadbir at Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
    bersabar yes datuk seri, allah sentiasa bersama2 umatnye yg teraniaya...semoga datuk seri mendapat keberkatan illahi.
  • Abdullah Ghouse · Top Commenter · University of Nebraska–Lincoln
    Memasuki penjara dan keluar penjara bukan satu yg menakutkan.
    Memasuki neraka jahanam lagi menakutkan.
    Tetapi bagi UMNO BN, selagi DSAI tidak dipenjarakan maka tidak lena tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah, berak cuci pun tak sempat dan kencing tidak sempat habis risau yg teramat sangat.Anwar ke penjara maka akan memotivasikan dan menyemarakkan api obor l pembangkang dlm menuju ke Putrajaya.Bukan lagi dinyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita" tetapi mereka akan menyanyikan lagi "Final Countdown".
  • Saidi Liasan · Top Commenter · Pen.Kanan Kokum at KPM
    Jika DSAI dibebeskan maka akan menjadi liabiliti politik UMNO.DSAI akan dibebeskan tanpa syarat, itu yang akan menjadikan badan kehakiman akan terus di diberikan kepercayaan....selasai satu masalah negara....

Tiada ulasan: