Sabtu, 7 Januari 2012

BILA YANG KITA CAKAP MAKAN DIRI...NI APABILA KITA MENYULUH DIRI DENGAN TAK ADIL..KITA PERASAN KITA YANG TERBAIK DAN TERPANDAI SEKALI...

Polis benarkan perhimpunan 901 di luar mahkamah

Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

NONEWalaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga sidang akhbar jam 3 petang nanti.

Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".

Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".

Bagaimanapun katanya, beliau akan mengumumkan hasil perbincangan secara terperinci pada sidang medianya pada jam 3 petang ini.

Walaupun diasak bertubi-tubi, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci hasil perbincangan berkenaan.

NONE"Keputusannya positif, saya gembira dengan (hasil) perbincangan pagi ini, kerana polis menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti-parti politik.

"Mereka mengambil sikap terbuka demi untuk menjamin keamanan rakyat," katanya sambil mengharapkan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan teratur.

Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

PERKASA berhimpun di masjid

"Saya percaya polis mengambil langkah-langkah sewajarnya... Kita juga berbincang tentang program kita secara teliti dengan polis. Kita amat berpuas hati," katanya.

Menurutnya lagi, perhimpunan tersebut adalah untuk mrnunjukkan solidariti bagi membebaskan Anwar daripada fitnah.

"Ia bukan protes, tapi solidariti kepada Datuk Seri Anwar," katanya.

Sementara itu, Datuk Mohmad Salleh yang ditemui wartawan selepas mengadakan pertemuan itu mengesahkan pihak polis Kuala Lumpur membenarkan perhimpunan itu dengan dengan syarat ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur.

"Penganjur mesti memastikan perhimpunan itu dijalankan secara aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi kelonggaran kepada penyokong Anwar untuk mengadakan perhimpunan di lokasi lain tetapi bukan di kawasan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

NONESehingga semalam sebanyak 535 laporan polis dibuat di seluruh negara membantah perhimpunan anjuran PKR itu pada Isnin depan oleh pelbagai pihak termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, kumpulan pendesak Melayu, PERKASA juga melaporkan polis telah memberi kebenaran kepada mereka untuk berhimpun di perkarangan masjid Kuala Lumpur pada Isnin depan.

Menurut timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga mengadakan pertemuan dengan pihak polis, tidak ada permit yang diperlukan bagi tujuan berkenaan.

Insiden UPSI: Mahasiswa bekalkan bukti kepada polis

Sekumpulan mahasiswa hari ini menyerahkan memorandum dan bukti bergambar berhubung dakwaan kekasaran polis ke atas diri mereka pada ambang Tahun Baru 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

Solidariti Mahasiswa Malaysia handing over memo police brutality at upsiMemorandum berkenaan memuatkan testimoni dan keterangan beberapa orang saksi dan gambar berhubung kejadian berkenaan yang menyaksikan seramai 17 mahasiswa ditahan manakala dua lagi didakwa cedera.

"Polis telah menafikan melakukan keganasan. Hari ini kita beri bukti kita bahawa ada sentuhan terhadap mahasiswa," kata jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Memorandum itu diserahkan kepada Bahagian Penerbitan Cawangan Perhubungan Awam, DSP Venugopal Navaretnam di ibu pejabat Polis di Bukit Aman Kuala Lumpur kira-kira jam 2.40 petang ini.

Solidariti Mahasiswa Malaysia handing over memo police brutality at upsiHaziq Abdullah berharap dengan penyerahan bukti berkenaan, polis dapat menjalankan siasatan secara terperinci.

Beliau diiringi kira-kira empat lagi mahasiswa sewaktu menyerahkan memorandum tersebut.

Kira-kira 20 mahasiswa daripada kumpulan SMM dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) hadir memberi sokongan kepada lima pelajar tersebut.

Perhimpunan pro-kebebasan akademik di UPSI itu, dianggotai kia-kira 100 aktivis mahasiswa.

NONESelain menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, hampir seratus mahasiswa itu mendesak agar penuntut UPSI, Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Dis lalu, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan.

VIDEO | 3.56 mins


Turunkan bendera Najib: Adam diajukan 'soalan pelik'

Aktivis pelajar yang terbabit dalam kejadian menurunkan bendera di ibu pejabat Umno bulan lalu dipanggil hari ini untuk memberi keterangan berikutan laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Adam Adli Abdul Halim, 23, disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

NONEMahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu diiringi oleh peguamnya Fadiah Nadwa Fikri (kiri) untuk diambil keterangannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, pagi tadi.

Menurut Fadiah, inspektor polis yang mencatatkan kenyataan itu mengemukakan 11 soalan kepada Adam yang memilih untuk tidak menjawap soalan berkenaan.

Katanya, beliau mendapati salah satu daripada soalan berkenaan yang berbunyi "agak pelik", iaitu Adam ditanya sama ada beliau ada memijak bendera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Soalan itu berbunyi adakah awak memijak bendera yang diturunkan. Ini dakwaan palsu, tidak ada kejadian memijak bendera," kata Fadiah.

bebas protest loweing of najib's flag"Apa yang Adam turunkan juga bukan sehelai bendera, ia hanya kain yang tertera gambar Najib," katanya.

Sehubungan itu, Fadiah menafikan berlakunya sebarang salah laku dan mendakwa bahawa tindakan menurunkan bendera adalah cara yang sah bagi meluahkan pendapat ataupun kebebasan bersuara.

“Tindakan Adam ini adalah kebebasan berekspresi beliau dan ia dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi negara kita,” katanya.

Berat sebelah

Bagaimanapun menurut Fadiah, pegawai polis berkenaan tidak menyatakan asas mengapa Adam dipanggil dan enggan membenarkan beliau melihat laporan tersebut.

“Timbul persoalan sama ada laporan itu wujud atau sekadar alasan agar Adam boleh dipanggil ke balai untuk dirakamkan keterangannya dengan diaju 11 soalan, katanya.

Sementara itu, Adam berkata, beliau terkejut kerana pihak polis benar-benar mengheretnya untuk disiasat meskipun mereka tidak mempunyai asas untuk berbuat demikian.

NONEWalau bagaimanapun, aktivis pelajar yang berusia 22 tahun berkata beliau tidak mempunyai masalah atau gentar jika pihak polis mahu mendakwanya di mahkamah.

Katanya, beliau kesal dengan tindakan berat sebelah polis mengenai kes beliau.

“Saya disiasat di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan. Perlu diketahui, sebelum seksyen 504, ada seksyen 503 dan di bawah seksyen itu saya sebelum ini membuat laporan mengenai ugutan bloggers dan pihak tertentu.

“Sejak insiden 17 Disember sehingga saya dipanggil ke balai hari ini, polis tiada jawapan status laporan mengenai ugutan itu,” tegasnya.

Seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atas kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan menjejaskan keamanan.

Janji tak ditunaikan: PM persalahkan k'jaan S'gor
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersalahkan kerajaan negeri Selangor berhubung janji-janji pilihan raya yang dibuat BN tetapi belum ditunaikan semasa pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tahun lalu.

Ketika perjumpaan dengan peneroka Felda Gedangsa di Kuala Kubu Baru, Najib berkata kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat enggan meluluskan projek-projek perumahan yang dirancang oleh kerajaan persekutuan.

"Kita mahu bina rumah-rumah untuk generasi kedua peneroka Felda tetapi ini ditolak oleh kerajaan negeri ... semata-mata atas sebab-sebab politik.

"Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana pembangunan tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri," kata Najib.

NONENajib hari ini melawat Hulu Selangor hari ini untuk memeriksa kemajuan projek-projek yang diluluskan pada pilihan raya kecil itu selepas calon BN P Kamalanathan mengalahkan calon PKR, Zaid Ibrahim dengan majoriti 1725 undi pada April 2010.

Katanya, beliau kecewa kerana projek-projek yang dijanjikan tidak dapat ditunaikan dan terpaksa menjelaskan kepada rakyat berhubung isu berkenaan.

"Jika anda mahukan perubahan, maka lakukannya apabila tiba masanya," katanya sambil mengingatkan rakyat supaya mengundi dengan bijak pada pilihan raya akan datang.

Najib juga menyumbangkan RM200,000 bagi pembinaan taman permainan kanak-kanak di empat penempatan Felda Gedangsa, Sungai Tengi, Suharto dan Sungai Tengi Selatan.

Beliau juga meluluskan RM300,000 lagi untuk menaik taraf kedai-kedai perniagaan di Gedangsa dan Soeharto.

  • Yob Tualang Sekah · · Pengulas Tertinggi · 435 subscribers
    PM NAJIB TIDAK PERNAH MENYALAHKAN DIRINYA SENDIRI... MELETAKKAN KESALAHAN PADA ORANG LAIN MEMANG MUDAH.. :p
    • Jamesellie Andrew · Pengulas Tertinggi
      inilah Pm yang penuh dengan kebohongan
    • Rohan Abd Rahman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Perodua
      Kalau projek2 tu diluluskan...,yg kaya ialah kroni2 kau sebab kau yg lantik kontractor2nya..,Khalid Ibrahim nak kayakan rakyat Selangor....bukan nak kayakan kroni2 kaulah Najib !!
    • Jashamsulnizam Md Jani · Pengulas Tertinggi
      Die dh xde duit sbb tu bg coverline punyer statement, badigol punyer PM...
  • Roberto Mancini · Pengulas Tertinggi · Product Manager di Hewlett-Packard s r.o.
    HEI MAT MONGGOL, CEPAT LE BUBARKAN PARLIMEN, RAKYAT DAH TAK SABAR NAK MENGUNDI...ni aku nak menyanyi sikit...'''jangan tunggu lama lama...nanti diambil PR...''' jangan tunggu lama lama... nanti diambil PR""".
    • Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTM
      Alaa.. beli je projek kondo yg dah siap...xyah pk nk buat pojek yg ntah kn bila siapnya...Kalu nk tau caranya, tanya Kak Ijat.... Tp xyah beli kondo yg ada kolam renang takut peneroka jenerasi ke-2 xmampu...
    • Nazri Omar · Pengulas Tertinggi · UTM 83/88 (Mechanical Engineering)
      Mnazrima Mdb ...sebenarnye duit tuk projek perumahan tu dah digunakan tuk shopping cincin, beg tangan dll.....jadi mungkin sebab tu bagi alasan yg pembangkang nak sabotaj....hohoh...
    • Lalat Muda
      berikan SETENGAH sbb..ape relevenya UMNO pd zaman ini..??ada je..esok aku jd penyokong UMNO yg kuat...
    • Syuk Anfield · Top Commenter · Works at Nexus Point
      Haji Najib apa mslh ngko ni ermmmm..
    • Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
      dia lagi raja penipu,kata nak mansuhkan isa tapi tangkapan dibuat di sabah,tranformasi konon tapi auta belaka,si ijat pun dia tak ambil tindakan,ada menteri jaga agama tapi kebas duit zakat
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      ALASAN JE TU...BILA DAH TAK DAPAT TUNAI JANJI SALAHKAN PR...USAHLAH RAKYAT SELANGOR PERCAYA DGN RAJA PENIPU NI..
    • Naspazi's Channel · Top Commenter · Kota Kinabalu
      Sdra, cakap pasal janji melayu UMNO memang tepatlah! Tengoklah janji RM1.9 Juta melayu UMNO kpd Altantuya dibayar tunai dgn C4. Tengoklah janji melayu UMNO pada 1994 yg hendak menjadikan Sabah sebagai ‘SABAH BARU : TERMAJU DI MALAYSIA’ kunuk, tepat dgn pengumuman Bank Dunia Sabah termiskin di Malaysia. Apanama, melayu UMNO tepat janji? haram jadahlah…kah kah kah…Auwww! (http://naspazi.multiply.com/journal/item/470) - Naspazi
    • Locco Lukman · Top Commenter
      negeri2 lain yg BN pegang tu maju sangat ker? dengar cerita bekalan air pun problem kat Pekan tu jib oooiii
    • Mekka Man · Top Commenter
      rakyat nak perubahan ...Jadi PM dah lama mana ada perubahan ...ckp tak serupa bikin ..rakyat pun bijak nak mengundi siapa ....nak salahkan kjaan sgor pulak ...oh ya PRU dah dekat mulalah sumbang sana dan sini ...mcm gula2 getah ...
    • Case King II · Top Commenter
      Bank Negara kata; hutang negara dah cecah RM400 billion....tu UMNO kata ekonomi pesat...pesat masuk poket rosmah/sharizat adala laaaaaaaaaaaaa...bodo punya olang UMNo.
    • Dinns Kamar · Top Commenter · Pulau Pinang
      Nazri Omar biasa la nak undi mcm22 nak disogokkan puak22 umno/umgok lidah terjelir222 mcm anjing kelaparan minta disogokkan..aduhaiiiii apa la nak jadi negaraku ini
    • Dinns Kamar · Top Commenter · Pulau Pinang
      Hasmira Hasmi sogok jgn tak sogok
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Lalat Muda Najib cakap tak serupa bikin.. dia yang siang malam berjanji Masa kempen PRK Ulu Selangor, menyalahkan orang lain pula..
    • Muhammad Arif Ismail · Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
      hai encik perdana menteri, elok kalau tuan boleh masuk maharaja lawak mega.haha
    • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
      Ustaz Azhar Masuk Raja Lawak? Patutlah Aflin dan Harun Salim Bachik Masuk UMNO http://bit.ly/xLam0v
    • Ramesh Adari · Top Commenter
      MAT MONGGOL dah nafikan dalam masjid!bila peliwat nak nafikan diri dalam masjid?duit pinjaman PTPN yang dipinjam dah bayar ke?
    • Roberto Mancini · Top Commenter · Product Manager at Hewlett-Packard s r.o.
      Kita mahu bina rumah-rumah untuk generasi kedua peneroka Felda tetapi ini ditolak oleh kerajaan negeri ... semata-mata atas sebab-sebab politik.

      "Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana pembangunan tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri," kata Najib.
      MAT MONGGOL...tak usah le tipu rakyat, kuasa pembangunan tanah di felda ada di bawah federal...buat le apa lu suka kat felda, tak ada sapa2 yg dpt menghalangnya...lu mau tipu sapa!!!!!
  • Tajudin Yaakob · Top Commenter · Works at OPEN POLTICAL UNIVERSITI
    kamu yg buat janji.....kamu tunaikanlah, apa pula nak salahkan org lain.kamu..pm dan parti kamu yg memegang tampuk pemerintahan malaysia, kamu ada kuasa mcm power ranger....buatlah dan binalah rumah untuk generasi kedua.itu mak cik dan pak cik felda....pangkah lagi mic walau pun penerokanya beragama Islam dan berbangsa melayu...dacing tu mari dari golok bacaan jarum timbangannya banyak yg tipu......org kelantan dah lama faham dgn dacing ini.
  • Tiara Slam · Top Commenter · High school
    kerajaan kelantan sama, kerajaan BN pusat dah lama nak kasi royalti tapi kerajaan kelantan tolak atas sebab politik..betultak najib kaki kencing..
    • Nor Wahid · · Top Commenter · Works at ISC
      Hahahahahahahaaa...alasan tak masuk akal PM. Mungkin dia pernah buat macam tu kat negeri yang di perintah PR kot. sebab tu di canangnya PR tak tunai Janji Pilihanraya...nah sekarang terkena batang hidung sendiri. Rakyat kebanyakan bukan Lembu Fidlot yang kena cucuk hidung atau yang tinggal dalam Kondo mewah PM.
    • Mnazrima Mdb · Top Commenter · UTM
      Bunyi macam kes Kelantan yg xbule nk laksana hukum hudud sbb K'jaan Pusat xbg jalan je???.. Najib copy paste jwpn Dato' Tn Guru Nik Aziz ke???.. Dulu bkn main kondem Tok Guru sbb salahkan K'jaan Pusat dlm kes plaksanaan hukum hudud... Skrg, dh terkena btg hidung dia sndiri lak - salahkan K'jaan Negeri Selangor sbb xleh laksana projek2 pembangunan yg BN dh janji masa PRU12... Apa daaa...
    • Mekka Man · Top Commenter
      memang kaki kelentong ...penipu ni memang asam garam dia ...klu tak menipu bukan umporno namanya ..
  • Mohd Rejab Ahmad · · Top Commenter · ICTC
    dulu waktu prk hulu selangor kenapa tak cakap macam tu...pr pun bolih cakap, banyak yang kerajaan pr tak bolih buat sekarang kerana persekutuan tidak bagi duit.pihak yg bertanggong jawap pegang duit adalah persekutuan.
    • Chin Mui Ha · Top Commenter
      Ramai lagi rakayat merampat kemiskinan di Negeri Sembilan,Johor,Melaka,Pahang,Terangganu,Sarawak dan Sabah ini tidak di ambil Perhatian langsung sadangkan Selanggor Sudah banyak Perumahan telah di sediakan cuma Rakayat sahaja yg tak mampu memiliki akibat kenaikan harga barang amat mahal,
    • Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter
      Najib wat lawak sarcastic awal thn, boleh msk Maharaja lawak Mega lps Pru13 nnti, hahaha...
    • Mekka Man · Top Commenter
      Chin Mui Ha ...btul ckp mu ..pm memang kaki penyibuk ...cubalah fokus ekonomi msia skg dah teruk ...ckp pun dah merapu ..
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Director at Own business
    SALAH KAN DIRI KAMU WAHAI NAJIB!
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      bapak segala FITNAH dah berKOKOK!..Bila UMNO bercakap pasal projek, apa yg pertama terlintas di fikiran org yg waras...sebut aja UMNO TAIK nak buat projek!..siap kena semak semula KOS PROJEK!.mesti kos yg telah di naikan utk DANA POLITIK! sapa tanggung! RAKYAAAAAT!..rakyat selangor sedar dan faham cara KERAJAAN selangor menguruskan DANA.. cara berhema dan menguntungkan PEMILIK RUMAH bukan menguntungkan KONTREKTOR UMNO! rumah harga RM 50K..di naikan RM 90K..RM 40K masuk poket pemimpin umno!! dah jadi budaya 54 thn .dalam umno....RAKYAT HULU SELANGOR BARU SAJA DI TIPU PADA PILIHANRAYA KECIL DULU INGAT TAK....saya mintak SEMUA RAKYAT HULU SELANGOR IKUT CAKAP SAYA....ABU!,ABU!,ABU!,ABU!,ABU!,ABU!,ABU!.. ASALKAN BUKAN UMNOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!..bagus pandai pun!
  • Sam Lombardo · Top Commenter · Pondok Pesantren Walibarokah Burengan Banjaran Kediri
    tak logik langsung cakap najib ni...dh tentu felda bawah isa penyangak tu...apa kena plk ngan kerajaan negeri...ingat kayu ke rakyat nieeee...
    • Kayucemeti Kc · Top Commenter
      Gurindam umno....ikang senohong ikang duri cakap bohong lama2 jadi pak menteri maa !!!
  • NuAr's Forever's · · Top Commenter
    "Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana pembangunan tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri," kata Najis...adoii...madah berhelah.
  • Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter
    Woi Najib, Tanah Rancangan Felda mmg dibwh kuasa K'jaan Pusat melalui Felda lah, klu tanah tepi jalan tu bolehlah ko kate bwh k'jaan negeri, btul2 ngok ngek punya PM...
    • Jamil Awab · Top Commenter · MPTAA
      Isa Samad yang tersohor sebagai kaki rasuah, kaki songlap wang rakyat diletakkan jaga Felda. Ini bagi membuktikan sikap membalas jasa Najib kepada Isa yang telah melepaskan Najib drp ditangkap khalwat oleh pegawai2 Jabatan Agama NS, dgn seorang penyanyi tersohor d Port Dickson lenbih sedekad lalu. Sekarang perasuah tersohor siang malam memikirkan bagaiman nak melingkupkan harta Felda yg berbillion! Eerrr....Isa, Ikut Suka Aku.....lah. Ada orang-orang kampung kesah, aku nak pelingkup harta Felda?
  • Gee Karan · Top Commenter · Smk tunku putra langkawi
    dh taw yg tu kuasa kerajaan negeri hg galak dok janji wat paaa...bla hg tk leh nk tunai janji hg slah kn owang plakkk..mankaq punya PM..KHAK TUIHHH
  • Mohamad Sermin · Top Commenter
    Kalau buat rumah yang boleh dimampu oleh rakyat terbanyak tak kan kerajaan Negeri tak bagi, tapi kalau buat rumah sebahagian besar untuk yang kaya kaya dan hanya sedikit untuk rakat miskin terbanyak tentu kerajaan Negeri tak bagi, kesian anak anak Felda bukan semua berduit.
    macam kerajaan terdahulu Selangor buat banglo untuk ahli Exconya mana masa nak fikir anak felda tak ada rumah, tapi tak buat masa tu, ini bila dah kalah baru sibuk... ialah dalam walau bagaimana cara pun mesti rampas Selangor, anak felda tak ada rumah bukan dua tiga tahun ni, lama dah sejak BN merintah lagi. lama dah... baru sekarang nampak.
  • Cucukakek Abh · Medicinska skola
    umno da perintah lebih 50 tahun sedangkan PR baru 3 tahun jadi sapa salah fikir fikir kan lah sapa salah
  • Mustafa Bin Sareh · Top Commenter · University of Ballarat
    boleh percaya ke, cakap2 politik UMNO.
  • Jamesellie Andrew · Top Commenter
    tak habis habis pak jib ni jual ubat.
  • Ewan Sn · · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Najib Berbohong Lagi!

    Khalid : Najib Perlu Dapat Fakta Sebelum Memfitnah.

    Oleh Mat Zahari Bin Ali.
    06/01/2012
    23 View

    SHAH ALAM 6 JAN : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat enggan meluluskan projek-projek perumahan di di beberapa kawasan felda di Hulu Selangor.

    "Tiada sebarang permohonan kebenaran merancang projek perumahan di Felda Gedangsa di Hulu Selangor dari Kerajaan Persekutuan atau Felda." kata Khalid.

    Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima cadangan untuk bangunkan projek perumahan kepada generasi kedua di felda itu seperti yang didakwa Perdana Menteri.

    "Jika ada pun permohonan yang diterima, ia hanya melibatkan permohonan dari Felda untuk melupuskan pemilikan tanah seluas 14.65 hektar di Fe...See More
  • Nor Akmal Mohd Salleh · Top Commenter · UTM
    Cara ketua lembu penyamun bercakap, sangat bodoh, lebih bodoh lagi hat yg percaya kat kat dia. Ketua penyamun ni mana nak mengaku salah dia, kan dia ni dari jenis lembu yg baling batu sembunyi tangan, lepas tu pukul canang tuduh org lain yg buat, rakyat dah muak dah wahai ketua kaum lembu.
    • Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter
      Die kene tnye dgn penasihat Apco ttg skrip ape nk gune utk pancing pngundi2 kt S'ngor ni...
  • Noah Zig · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    Najib mesti buktikan (kalau ada) dokumen permohonan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Selangor. Jangan menipu rakyat bial tak mampu nak tunai janji. Janji BN samalah dgn janji org munafik.
  • Mat Cikaro · Top Commenter · Pemimpin diri sendiri at Usaha sendiri
    DIAMMMMMMMMMMMMMMMM.... lagi ko berkatax... makin loya tekak aku ni.... ko bagi pun tu gunakan duit rakyat... macam duit UMporno punya..... cepat sikit bubarkan parlimen.... lepas PRU 13 nanti baru ko tahu nasib sebenar ko n koncox lembu ko tu.....
  • Shah Rizal · Top Commenter · Cosmopoint
    DATO NAJIB PEMIMPIN YG HEBAT.. PERSALAHKAN ORG LAIN DIATAS KELEMAHAN SENDIRI.. TAHNIAH
  • LJet PJet · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    banyak alasan kau jib... x payah le kau buat rumah... kau bagi duit je...
  • Albert Chin · Top Commenter
    lidah al-najisial berkalut tu...bukan kerajaan negeri yang takbagi kerjasama, kerajaan fed tu...lihat la kerajaan bukan umgnkok tu dianiaya berpuluh-puluh tahun, dinafikan pertuntukan persekutuan disalurkan kepadanya, kawasan parlimen dan dun pembangkang pon dianiaya bersama berpuluh-puluh tahun gak...lidah berkalut nie lak tak berbising pon sepatah perkata pon...yang nie baru ( tu pon kalo betui cakap lidah berkalut nie) satu-satunya kes, udah bising macam ayam jantan bertelor riuh satu bandar, ditambah lagi riuh-rendah dibuat oleh kutushan meloya, berita hairan, tv3suku serta tv-tv yang lain maka ayam jantan bertelor nie riuh satu dunia macam bangsat bangsat dikacau jiwa....
  • Datuk Teo Wo · Kyung Hee University, Korea
    PM senang nak cari salah orang, tp xpenah tanya apa yang dah di buat kerajaan bn waktu pemerintahan bn d selangor..secara lojiknya lah, ibu bapa xkan mampu kawal anak-anak yang ramai, mesti ada buat hal, tp hal-hal yang besar ibu bapa dapat handle, hal kecil ja kadang-kadang xperlu ibu bapa masuk campur.cuma kadang-kadang, hal yan kecil ni orang bising...mcm BN cari salah parti lain lah...BN ooooo BN..
  • Sugumaran Kathaperumal · Top Commenter · Manager at Muhibbah Sales & Service
    NI MEMANG STATEMENT TIPU SBB I DUDUK KAT TAMAN BERSEBELAHAN DGN PROJEK PERUMAHAN TERSEBUT DAN I TAHU PROJEK TU BKN DIJANJI UTK GENERASI KEDUA PENEROKA FELDA PD MASA PRK DAN DIJANJI UTK PENDUDUK TEMPATAN DIKAWASAN TERSEBUT TAPI APABILA PRU 13 SEMAKIN HAMPIR NAJIB TUKAR PLAN UTK BAGI KAT PENDUDUK FELDA DAN SALAHKAN KERAJAAN SELANGOR.
  • Tun Perak · Top Commenter · Tukang komen at Sendiri
    jgn byk cakap, org dah boring dgn pembohongan kau. kementerian dan jabatan kerajaan bn sapu RM3.7 billion kau diam. Keluarga Sharizat yg kau lantik jadi senator dan menteri bersenang lenang dgn RM250 juta kau bela dn byk byk lagi kes rasuah dlm pemerintahan kau. sekarang cepat, bubarkan parlimen, rakyat dah tak sabar lagi nak tumbangkan bn.
  • Love Peace · Top Commenter
    Ayaoo...sebelem nak bubarkan parlimen ini, Ciba? ini doh main duit je...Bagi sana-bagi sini bukan main dengan DUIT RAKYAT...Buatlah apapun nanti jahanam juga engkau ini dengan kroninya....(Betul tak sabar nak pangkah ini).
  • Amz Shafa · · Top Commenter · Jitra
    OMNgok yang masuk FELDA bukan membantu ... tapi menipu ... berapa banyak saman telah dimenangi oleh anak-anak buah Felda menuntut balik hasil penipuan harga sawit ... bawa perasuah masuk FELDA pula untuk menambah hasil masyuk / songlap ... habislah anak-anak felda
  • Pak Tam · Top Commenter · Sekolah menengah kebangsaan seri sendayan
    tu lah...lain kali bila cakap/janji biar tu berlapik...jgn sedap mulut je...jgn sombong/bongkak... tanah kuasa k'jaan negeri...duit [hak rakyat] ada pd k'jaan persekutuan, so serah je duit tu kpd k'jaan negeri.
  • Mohamad Ismail · Top Commenter · Works at Al faqir billah
    Kalau dah nama Najib pembohong tu... pembohong juga,, satu dunia tahu najib pembohong, penipu dab pembelit duit rakyatr, perasuah,., banyak bukti .. apa pembaca nak dibulktikan dalam fb ni..kalu kata ada yangv nak// tak masalah.,,
  • 杨摇摇 · Temasek Polytechnic
    Kenapa PM tak jelaskan hal yang di janjikan semasa pemerintahan Khir Toyo sampai di bawa ke berita TV3? Adakah Khir Toyo dari PR? Sekarang nak tuding jari kepada orang lain. Jangan buang wang rakyat ratusan ribu semasa lawatan.
  • Luqman Al Fudail · · Top Commenter · 25 years old
    Najib juga menyumbangkan RM200,000 bagi pembinaan taman permainan kanak-kanak di empat penempatan Felda Gedangsa, Sungai Tengi, Suharto dan Sungai Tengi Selatan. Pehhh.. byk duit dia yee.
  • Abdul Jalil Mohd Shah · Top Commenter · Puchong
    20 tahun lalu... skrip yang sama digunakan mathadir di kelantan.. tapi sehingga sekarang kelantan masih di bawah PAS, insyaAllah selangor makmur di bawah PR.
  • Yahaya Rahman · Top Commenter · UKM 1983 - 1986
    rupa rupanya baharu sekarang najib tahu kuasa negeri.................... masuk rumah orang beri salam dulu.......
  • Kamarul Azman Sapian · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    dah jadi pandir ke dah....dia yang jaga felda, tiba-tiba salahkan kerajaan selangor....eeeeeeee,,, meluat nya aku.
  • Jefri Jaafar Su Pepat · · Top Commenter · Kuantan
    orang pekan pun nak perubahan dari BN ke PR..........banyak janji2nya di kawasan Pekan tidak tertunai. cakap besar tempat orang konon.
  • Fasya Zainal · Top Commenter
    sama je dua2 belah pihak, tp yg menjadi gurunya adalah BN sendiri... mana peruntukan Parlimen utk kawasan PR? duit rakyat tu, bukan duit BN!
  • Tetanum Anum · Top Commenter · Student at Taco Bell
    start for today, all YBs BN will going to underground and announcement the projek kilat @ umpan@ pancing. I thing the comming PRU13 will be on march.
  • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
    Ustaz Azhar Masuk Raja Lawak? Patutlah Aflin dan Harun Salim Bachik Masuk UMNO http://bit.ly/xLam0v.
  • Raini Anwar · Top Commenter · Johore Bahru, Johor, Malaysia
    Yolah tu PM Najib..putar alam tul..sobonarnye xde duit..duit dah abis kena songlap dik BINInye, pak pak dan mak mak menteri.
  • Jeffry Hamzah · Top Commenter
    "Jika anda mahukan perubahan, maka lakukannya apabila tiba masanya," jadi PRU13 sokong PR...
  • Ibn Abd Halim · Top Commenter
    Kalau tak bohong bukan UMMNO namanya. Berapa cabang agaknya lidahnya? Mungkin lebih dari dua?
  • Mohd Amri · Top Commenter · University of Malaya
    haaakkkkk ptuiiiiii.....tarikh tamat kamu PRU 13 ni wahai najeep C4.....
  • Rosli Sabubg · Top Commenter
    Tiada alasan kerajaan yang zalim dipimpin olih UMNO/BN wajib di tumbangkan di PRU13 fullstop
  • Charles Endion Esuh · Top Commenter · Institut tinggi kemahiran belia negara sepang
    projek apa lagi yg x di tunaikan olih pr d selangor.cuba cerita najib.pasal cincin ke.
  • Alif Haikal · Top Commenter
    Marah sebab kroni tak masuk duit.Itu projek sambil selam minum air nak kena faham
  • AnakSungai Derhaka · · Top Commenter · 44 years old · 1,081 subscribers
    Dia nak perbodoh siapa ni??
  • Nor Azam · Sekolah Menengah Kebangsaan gaal pasir puteh kelantan
    mace mano bekas wakil rakyat dari parlimen pekan, Arif sabri nak sertai dap...
  • Dean Torbern · Top Commenter · Slave at Capitalisti bastardi
    najib pembongak
  • Hidup Barisan Nasional!
    org sgor kena ubah semula pd BN! hidup BN!

Tiada ulasan: