PKR hari ini mendesak rakan kongsinya, PAS supaya bertindak keras ke atas bekas pesuruhjaya Selangor parti itu Datuk Hasan Ali yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang dianggap mencerca dan menghina ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas tulisannya di Twiteer, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini membidas kenyataan Hasan yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor kerana menganggap tuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar sebagai perkara peribadi.
"Biar saya ulangi pendirian PKR dan Pakatan yang bersatu dalam menyokong Anwar dan bahawa dakwaan itu adalah satu rekayasa dan politik murahan yang digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional. Adakah Hasan merestui politik murahan yang digunakan oleh Umno dan BN.
"Oleh itu, ia tidak wajar baginya untuk mengatakan ini adalah perjuangan peribadi Anwar dan salah baginya untuk melibatkan orang ramai kerana kenyataannya itu bukan merupakan pendirian Pakatan.
"Saya berharap dan medesak PAS supaya bertindak terhadap kenyataan Hasan yang celupar ini yang tidak sepatut diluahkan untuk agenda peribadinya,” katanya.
Menurut Azmin, ketika Hasan mencerca ketua pembangkang itu, Anwar sedang mengunjungi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu yang telah menyatakan sokongan beliau.
"Nik Aziz kata beliau akan datang pada 9 Januari ini jika kesihatannya membenarkan. Siapa Hasan yang berkata sebaliknya (meminta ahli-ahli PAS tidak datang)?" soalnya.
"Saya harap PAS mengkaji mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Hasan. Jika dia tidak mahu hadir, dia tak perlu hadir tetapi demo HIMPUN dia hadir," kata Azmin.
Azmin mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini.
Ditanya sama ada beliau akan mengesyorkan kerajaan Selangor yang diterajui PKR oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menggugurkan Hasan dari barisan exco negeri, Azmin berkata bahawa beliau akan membiarkan PAS mengambil tindakan pertama.
- Mohd Roszeli M · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, MalaysiaKalau disusun seratus photo manusia yg hanya ditonjolkan bahagian mulut, muncung & bibir shj....uhhhh...uniknya aku tetap boleh kenal yg mana satu mulut, muncung & bibir milik bernama Hassan Ali...begitulah jijiknya nama Hassan Ali bermain dibibir mereka yg mahu melihat PR hancur.....
- Pak Faisal Ks · Pengulas Tertinggi
- Umngok Apco · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar PolytechnicJawa totok ni pun nak jadi katak macam Brahim Ali jugakk..
- Minah Lima · Top Commenter · UBA ArgentinaJendela demokrasi terbuka sedikit....POLIS dah benarkan kita ke Mahkamah menyokong 901.....alhamdulillah....J
OM heboh ramai2....kita pergi memberikan semangat tertinggi pd DSAI.....dan pesanan supaya peluang yg diberikan ini digunakan sebaik mungkin.....berhati2 disana ada puak2 yg ambil kesempatan mencetuskan provokasi.....mengharapkan jika berlaku sesuatu jgn segera bertindakbalas.....biar pimpinan atasan PR yg ambil keputusan dan tindakan walau DSAI di dapati bersalah.......semua bertenang.....kita ramai-ramai duduk saja...menjerit ok...jangan berdiri atau bangun.....tunjukkan pada POLIS dan UMNO kita memang membuat demo yang aman.....orang yg buat provokasi atau rusuhan mudah dilihat jika kita semua dalam keadaan duduk.....harap idea ini diterima ramai.... - Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter
- Musa Zalamuddin · Top Commenter · SEK MEN ROYAL BATU GAJAH
- Abdulhadi Muhamad · Top Commenter · Kolej Islam KelangYB Exco Selangor merangkap bekas Pesuruhjaya PAS N Selangor Datuk Dr Hassan... gunakan segala kepandaian selaku Motivator tu untuk menarik perhatian rakyat. KACAUKAN lagi pemikiran orang Pas, lemahkan semangat mereka dengan merasuk KEKUATAN mereka sekarang...ada habuan untuk anda di dunia dan akhirat kerana sanggup bersekongkol dengan Media Tiga Suku yang memang Jom Fasik tu... anda tengah tanam saham mahu melemahkan jemaah Islam yg satu2nya di Malaysia... teruskan, org2 Pas makin meluat dgn fe'el anda nih... Maaf cakap.
- Russlarn Do · Top Commenternak tunjuk hebat, ilmuan pun tapis2 la hasan ooii..jgn jadi serangga perosak..Jawatankuasa Disiplin PAS perlu bertindak..
- Wan Adib Wan Roslan · Top CommenterEasy everybody (termasuk azmin ali)! Datuk hasan ali, berhati2 keluarkan pendapat. PAS adalah anggota Pakatan, maka seharusnya datuk hormati semua anggota Pakatan, termasuk PKR. Datuk klau x mau hadhir, x ada paksaan, silakan. Tapi x payah la sound utk org lain x dtg/memperlekehkan org lain utk dtg. Ini amat x kena dgn semangat setiakawan dikalangan anggota Pakatan. Sila datuk hasan ali muhasabah, kita dlm Pakatan adalah umpama satu anggota bdn. Klau peha sebelah kanan sakit, maka seluruh anggota bdn akan sakit. Pd azmin ali pula, jgn la terlalu memaksa PAS utk bertindak atas kata2 hasan ali itu. Insyaallah, PAS akan tau camne nak selesaikan hal ini. PAS adalah parti yg bijaksana, mereka insyaalah tau camne nak selesaikan hal ini (sbagai contoh menasihati hasan ali). Diharap semua berlapang dada, kita sudah menghampiri Putrajaya...
- Raja Rimba · Subscribe · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)Ustaz Azhar Masuk Raja Lawak? Patutlah Aflin dan Harun Salim Bachik Masuk UMNO http://bit.ly/xLam0v
- Dato'Dr Agus · Top Commenter
- Dato'Dr Agus · Top Commenterbukan keluar pas tapi letak jawatan exco kerana menghina penasihat kerajaan negeri selangor dimana tempat dia bekerja dibawah kerajaan selangor.sedar ke dia tu terlalu hina memakan rezeki diberi oleh kerajaan selangor dan hina ketua pula.apa kata ulama pas dan umno.letak jawatan ...segera...
- Dato'Dr Agus · Top Commenter
- Dato'Dr Agus · Top Commenter
- Dato'Dr Agus · Top Commenter
- Mohd Shukri Zakaria · Top Commenter · Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
- Wil N Phoebe · Top Commenter
- Mohdfuad Kahar · Top Commenter · SEK.MEN.FELDA BUKIT JALOR
- Zulkefly Songip · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
- Zackry Wak · Top Commenter · UTMBRAVO PAK HASAN, TUNJUKKAN WAJAHMU SEBENARNYA, TAK KURANG DARI BRAHIM KATAK DAN ZUL KULIM.
- Dato'Dr Agus · Top Commenter
- Dato'Dr Agus · Top Commenter
- Zoe Jaafar · Top Commenter · SGGS, PenangHE LOOKS MORE LIKE A CLOWN..................BAD
UT.............TERSERLAH KEBODOHANNYE........ - Tok Janggut · Top CommenterKuda trojan umno dalam PAS.... bersuara umno: "Anwar tak patut libatkan orang ramai dalam perjuangan perbadinya."
- Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
- Tok Mudim · Subscribe · ASCOMSBahan kimia dalam tubuhnya sudah bertindak balas daripada hati yang tak betul, lantas membuatkan Hasan ali cepat nyanyok..
- M Ganeson Munu · Top Commenter
- Nasar Shaari · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
- Penjejak Awan · Top Commenter · Works at Kerja Kampung
- Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
- Mohd Zahir Hambali · Top Commenter · University of MalayaApa salahnya cadangan YB Hasan Ali...kita tahu Annuar memang tak akan berjaya . Kalau anda ikuti perkembangan kes ini..semuanya berat pada kerajaan. Kes LIWAT sepatutnya dikendalikan olih MAHKAMAH SYARIAH tp dikendalikan olih mahkamah sivil..Saiful yang bohong di akui sebagai seorang yang berwibawa olih mahkamah...PM pula kebal tak bolih dibawa ke mahkamah...
Jadi tak salah kalau Hasan cadangkan pengganti Annuar utk PM bila PAKATAN menang.
- Shahrul Zakaria · Subscribe · Top CommenterBagus PAS, walaupun secara terang seorang pemimpin PAS melaukkan kepimpinan yang sedia ada, tetapi tindakan tidak dibuat terburu-buru, malah Nik Aziz memaafkan Hassan Ali dalam satu Majlis, wpun slps itu keceluparan Hassan Ali masih kekal..., Pemimpin UMNO boleh ke buat macam ni? sekali melaukkan pemimpin terus kene tendang dan gangster UMNO datang bergombol-gombol belasah... tiada demokrasi & kebebasan didalam UMNO.. PAS jauh lebih baik.... dan menghormati pemimpin.
- Mohd Afif Mohd Sukri · Subscribe · Top Commenter · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
- PandanganRakyat Marhaen · Top Commenterhimpunan aman 901 wujud kerana KEHAJINGAN institusi kehakiman dan perundangan negara yang diBONEKAkan oleh pemerintah bN-umNO....bukan kerana semata-mata batang tubuh DSAI...!!!
- Jafni Shuib · Top Commenter · Works at Jabatan Laut MalaysiaEloklah tu.. Dato' Hassan bersuara pun.. time buat perhimpunan ajak orang Pas ramai-ramai. bila tang bahagi kuasa PAS diketepikan..
- Pdk Tsukigi · Top CommenterDAH KU KATAKAN DULU,, HASAN ALI NI DURI DALAM DAGING, HARAP PAS PECAT JA SECEPAT MUNGKIN.. BANYAK LAGI PERKARA YANG DIA AKN BUAT SUPAYA PR KALAH PILIHANRAYA NI.. DIA ORG UMNO SEBENARNYA.. TAK GUNA PUNYA HASAN...
- Man Ahmad · Top Commenter · Seri Kembanganpenah bekerja dgn DHA ketika sbelum/slepas dia masuk PAS, kami di SABHA Group tahu apa agenda peribadi dia...x mustahil jika dia masuk Ameno...
- Man Ahmad · Top Commenter · Seri Kembangan
- Lukas Fahmi Nazmi Gerard · Top Commenter
- Azman Shah · Top Commenterstatement Hasan putu mayam ni dapat liputan muka depan Utusan Meloya.Tu yang dia nak sangat..Barua UMNO!
- Steven Lee · Top Commenter · UTMIni barua duk buat kacau-bilau, dia ni merupakan barah dlm PR yg perlu dibuang ngan segera.
- Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengaihasan ali pakar motibasi yang tunggu masa nak mati....biarkan ia terjun dengan labu2 nya..
- Yong Chun Wah · Top Commenterpecat jer batu api tua ni untuk mengelakkan salah faham dalam pakatan? kaka!
- Amir Zakaria · Subscribe · Top Commenter · SMDSML 1981 - 1983Terlampau mengikut perasaan pak hasan ni..ahli pas yg berjiwa umno..
- Buzze Azam · Top Commenter · Universty of salford manchesterKetika Karpal memohon perbicaraan secara in-camera utk menyoal balas Saiful, salah satu soalan beliau kpd Saiful :"Ketika kamu keluar dari bilik mandi dan Anwar menunggu kamu di atas katil, kenapa kamu tidak ambil peluang itu utk larikan diri?". Saiful jawab : "Saya takut dia marah saya".
- Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
- Zulfakar Jamil · Works at Pos Malaysia Berhad
- Shakri Othman · Top Commenterbiar je hassan ali ni melalak..sampai masa nanti bubar parlimen hilanglah taringnya.....kecuali umno sambut, tatang dia.....darah BTN masih kuat mengalir dalam tubuh badanya....'anak kecil main api'.......
- Yong Chun Wah · Top Commenterbermuka macam beruk/monyet? problem child dalam pas? musuh dalam selimut, duri dalam daging, batu api, pengkhianat, dll? tunggu masa jer dihalau keluar pas? kaka!
- Yong Chun Wah · Top Commenterjika dalam sesebuah syarikat, pengurus macam ni dah lama dipecat oleh lembaga pengarah,.....pas nampaknya tak berani nak pecatnya,,...lawak sekali!
- Hariz Rosdi · Top CommenterUMNO SELANGOR SUDAH TIADA TOKOH UNTUK JAWATAN MB..DIA DITAWARKAN JAWATAN MB...JADI HASAN MENGHARAPKAN DIA DI BUANG DARI PAS..UNTUK MENYERTAI UMNO..
- Mohd Afif Mohd Sukri · Subscribe · Top Commenter · Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
- Hadi Kamaruzzaman · Top Commenter · Ipoh, Perak
- Maylin Alin · Works at Maylin Holding SDN BHDMohd Afif Mohd Sukri ...betul ini bukan fitnah, hasan ali dan nasa dua watak utama bercita-cita untuk menjadi menteri,hasan idamkan MB Selangor n nasa idamkan menteri kabinet...kalaulah semua pemimpin dalam mana-mana parti/pertubuhan mengutamakan pangkat dan kedudukan lebih dari organisasi yg dipimpinnya,pasti satu saat nanti hancurlah mana2 organisasi tersebut...asas/tunjang dlm perjuangan adalah keikhlasan dan berintergriti bukannya kptgn diri...betul/tdk penyataan ini analisislah dgn matang dan guna disiplin ilmu anda...yg baik itu dari Maha Pencipta dan yg kurang itu kelemahan diri ini..
- M Ruh Naim · Top Commenter · University of MalayaMari kita pergi beramai2 utk ucapkan selamat tinggal pada Anuwar sebelum dipenjara 15 tahun... Dalam PAS, hanya Hasan, Harun & Nasya saja yg waras...yg lain gila kuasa.
- Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
- Abg Zulkifli · Top Commenter · Universiti Putra MalaysiaSepatutnya PAS dah lama bertindak terhadap Hassan Ali, sebab ternyata kenyataan Hassan selama ini sangat todak mesra PR. Sebaliknya kenyataan dan tindakan Hassan banyak yang berniat merosakkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat..
- Kay Min · Top Commenterhasan ali? meluat... suka cari glamour dan sgt pentingkan diri sendiri, lebih suka nak tunjuk dia pandai dari orang lain. Sack jer dari PR...
- Yong Chun Wah · Top Commentersama dengan fru, apa2 yang dilakukan oleh beliau diandaikan tak sengaja atau lupa sebab dah tua dan menjadi nyanyuk? lawak sekali!!!!
- Raja Rimba · Subscribe · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)Ustaz Azhar Masuk Raja Lawak? Patutlah Aflin dan Harun Salim Bachik Masuk UMNO http://bit.ly/xLam0v.
- Raja Rimba · Subscribe · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)Anwar Bebas 901 Reformasi. Sudahkah Anda Bersedia http://bit.ly/yNjpQp
- Raja Rimba · Subscribe · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)Anwar Bebas 901 Reformasi. Sudahkah Anda Bersedia http://bit.ly/yNjpQp.
- Ashcroftstylus Az · Subscribe · Top Commenter · Works at Nasa Printing & StationaryPolisi sudah beri permisi. Moga dua anak2 Ali ini dapat bertenang dan berpuas hati dengan polisi.
- Murali Narayana · Top Commenter · Senior Engineer at FlextronicsSaya rasa Hassan ini nak masuk BN , mungkin dah kena suap atau dah di janjikan Jodi menteri Kailua BN menang
- Azman Shah · Top CommenterSeketul daging busuk ni mesti di baling keluar dengan segera.Buat sial dalam Parti PAS saja!
- M Ganeson Munu · Top CommenterPepatah Melayu Lama " MUSUH DALAM SELIMUT ".
tahukah anda apa madsud pepatah ini? - Gee Karan · Top Commenter · Smk tunku putra langkawipeminpin2 pas msih plok bini lgi kt umahhh..mna brani amek tindakan
- Jafni Shuib · Top Commenter · Works at Jabatan Laut Malaysia
- Gee Karan · Top Commenter · Smk tunku putra langkawi
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat jarang bercerita mengenai anak lelaki beliau, Ehsan yang kini menuntut di peringkat sarjana di sebuah universiti di Amerika Syarikat.
Ketika diwawancara Malaysiakini semalam, Anwar bagaimanapun terus membuka bicara dengan menceritakan telatah anak lelaki tunggalnya itu yang kini berada di dalam negara untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anaknya.
Dengan berjenaka, Anwar mengambil peluang itu untuk menceritakan mengenai Ehsan yang telah dijadikan sebagai modal untuk menyerang beliau berhubung perbicaraan kes Liwat II yang bakal diputuskan minggu depan.
Mengulas mengenai keputusan mahkamah pada Selasa, Anwar turut melihat perkembangan itu memihak kepada Pakatan Rakyat.
Malah ada di kalangan penyokong dan pemimpin Pakatan yang berpendapat mereka akan meraih sokongan lebih besar sekiranya mahkamah memutuskan untuk memenjarakan Anwar, kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi.
Walau apa jua keputusan 9 Januari, Anwar dengan penuh optimis berkata Pakatan akan berjaya mara dengan lebih jauh dalam pilihan raya umum akan datang, malah "cukup untuk mengambil alih Putrajaya."
Negeri Perak, Negeri Sembilan akan tumbang ke tangan Pakatan, kata Anwar yang menambah beliau menghadapi saingan sengit BN untuk menembusi negeri Johor dan Melaka.
Namun, Pakatan akan tetap berjaya meraih lebih banyak kerusi di negeri tersebut, serta laba yang lebih besar di Sarawak dan Sabah, kata Anwar lagi.
Dalam sedutan wawancara eksklusif Malaysiakini berikut, Anwar turut mengulas mengenai kedudukan menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mungkin menjadi masalah kepada PAS Kelantan berikutan faktor umur dan kesihatan.
Malaysiakini (MK): Negeri manakah yang menjadi satu masalah kepada Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang?
Anwar: Ianya negeri-negeri di Selatan – Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Lebih-lebih lagi Melaka dan Johor kerana kita menghadapi banyak masalah untuk menyampaikan (mesej kepada rakyat).
Bukannya orang tidak datang. Di Muar, 4,000 orang hadir, itu satu jumlah yang besar bagi Muar. Tapi ada pengecualian. Kita tidak boleh mendapat tempat berhampiran bandar, di mana orang boleh berhimpun. Seperti di Ledang, ada jumlah yang selesa tapi susah untuk masuk. Kita perlu bekerja lebih keras.
Adakah kita lebih baik berbanding 2008? Sudah tentu. Bukan sahaja PKR, tetapi rangkaian DAP di kawasan bandar di Johor juga lebih baik sekarang. PAS telah memasuki kawasan baru. Jentera PKR selepas (ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua) Jui Meng ambil alih benar-benar meningkat, dari segi sumber dan juga jentera, jauh lebih baik berbanding 2008.
Kemudian kita ada Sabah dan Sarawak. Di Sarawak ada kawasan majoriti Cina dan juga tiga atau empat kawasan kumpulan Dayak. Boleh kita dapat majoriti kerusi? Tidak. Tidak. Secara realistik, kita boleh dapatkan 30 atau 40 peratus daripada kerusi. Sabah itu cerita lain.
MK: Adakah Datuk Seri yakin dapat tawan Melaka dan Johor?
Anwar: Tidak, saya tidak kata begitu. Johor perlukan lebih banyak usaha. Di Melaka, kita akan dapat lebih banyak dan Negeri Semabilan lebih senang. Moodnya baik.
MK: Datuk Seri akan dapat tawan Negeri Sembilan?
Ya.
MK: Adakah Pulau Pinang seteguhnya akan kekal bawah Pakatan?
Ya, kukuh. Bermakna (peluang) kita bertambah di Pulau Pinang. Itu maksud saya.
Fokus utama orang jenis PERKASA-Umno ialah untuk maki dan tuduh (ketua menteri, Lim) Guan Eng. Ia tidak menjadi. Saya sering ke Pulau Pinang. Tidak seperti tempat lain yang saya kunjungi sebagai pemimpin nasional, bila saya ke Pulau Pinang, saya duduk, saya pergi ke masjid. Tiada impak. Guan Eng telah berjaya dari segi itu.
Orang Melayu... tahu dia seorang Cina, dia seorang DAP. Saya tak anjurkan supaya mereka setuju dengan apa saja yang dia kata dan juga dasar DAP, tapi mereka lihat dia sebagai pemimpin yang berkredibiliti.
MK: Bagaimana dengan Kedah, Kelantan?
Anwar: Saya akan ke Kelantan hari ini (semalam, Khamis). Ada beberapa isu dan kerajaan negeri perlu menanganinya sekarang. Ia perlu dijalankan sekarang, Isu air. Isu tanah di beberapa kawasan. Saya akan bercakap dengan Tok Guru Nik Aziz (Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) untuk nasihat supaya ini dapat diselesaikan segera.
MK: PAS juga telah memerintah terlalu lama di Kelantan. Mungkin rakyat rasa perlu bertukar?
Anwar: Tok Guru Nik Aziz ada cara dia sendiri. Orang kata dia tua, dia dah lama. Tapi dia bersih, tidak tipu kita dalam masyarakat dan sistem politik yang ada ramai sangat penipu yang merompak kekayaan...
Tapi orang kata dia semakin uzur dan dia patut merancang (untuk bersara), dan pasukan yang mewakilinya itu penting.
Saya akan berkongsi dengan dia beberapa pandangan secara tertutup hari ini kerana orang mahu lihat pasukan yang menyokong beliau dipersembahkan dalam pilihan raya umum ini. Ia mesti dilihat sebagai pasukan yang berkredibiliti.
Wawancara dijalankan oleh Aidila Razak, Steven Gan dan Salhan K Ahmad.
Norhaizan Mahar Solehah · Pengulas Tertinggi · Pemilik di Solehah Boutique
- Raja Rimba · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Self Employed (Business)Ustaz Azhar Masuk Raja Lawak? Patutlah Aflin dan Harun Salim Bachik Masuk UMNO http://bit.ly/xLam0v
- Zanirun Baba · Pengulas Tertinggi · umur 57 tahun
Dapat pula naik jadi MENTERI. Orang yang naikkan DSAI ialah Tun Mahathir. Tiba2 Tun pulak tak puas hati ngan DSAI.
Pasal apa? Mungkin masa tu anak2 Tun dah pujuk bapanya.. "Papa, ada kawan papa tu mcm tak suka tengok kita senangkan".
Padahal masa tu anak2 Tun dalam perancangan merompak duit rakyat. DSAI dapat hidu. Terus Tun menjalankan tugasnya sebagai bapa mithali. "Ok sons, I will try the best".
KONSPIRASI pun bermula tahun 1998.
Yang aku heran tu, aku ingatkan lepas tahun 2006 cerita2 FITNAH nie dah habis. Rupa2nya BN tambah lauk lagi. Keluar pulak Liwat II.
Sehinggalah tahun 2012 nie, kita masih lagi melihat MALAYSIA membangun dengan FITNAH. RAKYAT terhimpit dengan KEMISKINAN. Nampak jer KAYA tetapi sebenarnya mereka kaya dengan HUTANG!
PRU ke 13 ...Lihat seterusnya..
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas TertinggiDiharap semua jentera/penyokong Pakatan merapatkan saf. Sedar x sedar, kita telah pun menghampiri Putrajaya. x pernah dlm sejarah, pembangkang mendapat sokongan yg amat memberangsangkan dari penyokong2 rakyat Malaysia. Ini x lain x bukan, krn mereka telah pun nmpak bahawa sinar baru hanya akan muncul dgn Pakatan mengambil alih Putrajaya. Tak salah utk kita bersikap optimistik, namun jgn la kita leka dek krn kekuatan kita skrg. Krn musuh politik kita umno/bn akan melakukan apa sj dlm usaha mereka mengekalkan kuasa. Maka dgn itu, harus & wajiblah kita juga menumpukan & menggandakan usaha kearah mendapatkan Putrajaya. Dlm usaha skrg, jgn pun salah seorg dari kita memikirkan kepentingan diri sendiri, bahkan setiap dari kita harus memikirkan kepentingan Pakatan jauh labih tinggi dari kepentingan kita sendiri. Ini adalah selaras dgn dasar Islam, bekerja utk kepentingan JAMA'AH (GROUP). Disamping kita melipatkan usaha kita digaris 'dekat' penamat ini, jgn kita lupa bermunajat pd Allah, Tuhan Yg Maha Kuasa, Pemilik pd Alam Maya ini. Dialah Raja sgala Raja, & juga pemilik sgala kemenangan. Maka pdnya harus kita berdo'a & bermunajat, spaya kita beroleh kemenangan dgn usaha kita ini. & diberkati kemenangan kita ini olehNya. Sesungguhnya, KEJAYAAN KITA UTK MENDUDUKI PUTRAJAYA BUKAN LAGI PERKARA MUSTAHIL, & SUDAH PUN BERADA DIDEPAN MATA. ALLAAHUAKBAR! ALLAAHUAKBAR! ALLAAHUAKBAR! WALILLAAHILHAMD!...
- Masri Misra · UMOrang yang hutang tu malas usaha. Tengok orang Indon mereka tak pernah komplen pasal rumah. Mereka beli tanah dan buat rumah. Buat rumah sikiit sikit lama-lama jadi besar. Tapi kita yang berhutang ni terus nak rumah besar lepas tu terperangkap dengan hutang bank mencekik.
- Nurul Mohamad · Pengulas Tertinggi · Ampang, Kuala Lumpur
- Diplomatik Bebas · Subscribe · Top CommenterNurul Mohamad: Satu cadangan yang bagus.
Untuk pengetahuan saudari, dah lama sebenarnya DSAI membuat solat hajat bersama2 orang ramai. Tak kira dari mana2 PARTI pun.
Saya sendiri boleh menjemput saudari sekiranya saudari berminat untuk menyertai Solat Hajat ini di Kediaman Rasmi beliau. Boleh lihat secara LIVE DSAI bersama anak2nya membentang sejadah.
Tak perlulah kita nak menunjuk2 untuk berbuat baik nie. Cukup sekadar kita dengan Allah jer. - Nurul Mohamad · Top Commenter · Ampang, Kuala LumpurDiplomatik Bebas kalau tak makbul tu, ada la yang tak kena tu. saya tak perlu join, bukan peminat DSAI. bukan juga penyokong UMNO 100%. DSAI ni cuma memecahkan melayu yg cuma tinggal kuasa politik je ni. tapi tak apa. masing 2 ada pandangan sendiri. terpulanglah. cuma budaya memaki hamun, fitnah sana sini ni dah berleluasa sangat. rasa macam tak patut pulak kan..
- Ahmad Faruqi · Top Commenter · Works at REPAIR AIRCRAT, KALU ADE REZEKI
- Diplomatik Bebas · Subscribe · Top CommenterNurul Mohamad: Kita ambil yang baik, buang yang buruk.
Bab doa di makbulkan tu pun bukan kerja kita. Yang penting kita sentiasa mencari HIDAYAH Allah. Terpulang kepada kita untuk memilih mana2 PARTI. Masing2 ada pandangan masing2.
Cuma pendirian saya yang sudah lama menjalankan KAJIAN POLITIK, amat sedih apabila BN melaung2kan menegakkan Islam, dalam masa yang sama STATISTIK kejatuhan MORAL BELIA Melayu Islam amat membimbangkan. Nauzubillah.
Itu belum kita melihat statistik PENGHIJRAHAN Cina & India keluar dari Malaysia. Diskriminasi kaum amat teruk sekali. Sedangkan Islam mengajar kita berbaik2 antara agama dan bangsa lain.
Renung2kan... - Nurul Mohamad · Top Commenter · Ampang, Kuala Lumpur
- Wak Suloh · Top Commenter · 32 years old
- Raja Rimba · Subscribe · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)Anwar Bebas 901 Reformasi. Sudahkah Anda Bersedia http://bit.ly/yNjpQp
- Gin Marvel · Subscribe · Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaDiplomatik Bebas & Nurul Mohamad, makbul atau tidak bukan urusan kita yg tentukan tapi Allah S.W.T. Apa yg penting ialah usaha yg berterusan berdoa dan mendekatkan diri pd Illahi. Apa yg saya lihat, banyak ketirisan dan kezaliman pemimpin dikalangan kroni Melayu UMNO telah di dedahkan satu persatu. Kadangkala adalah baik juga pelbagai penyelewengan di dedahkan daripada di biarkan menjadi barah di Malaysia.
- Nurul Mohamad · Top Commenter · Ampang, Kuala LumpurDiplomatik Bebas saya agree dengan masalah keruntuhan moral ni. tak cukup effort dari kerajaan untuk menangani masalah belia ni. tapi masalah diskriminasi kaum ni saya tak setuju. bagaimana nak kata cina didiskriminasi kalau kuasa ekonomi mereka yang pegang? mereka lebih kaya dari bangsa kita. yang berniaga pun mereka juga yg ramai. mereka masih blh ada sekolah aliran mereka, gunakan bahasa mereka disini. lihat saja cina di indonesia. nama pun tak boleh guna nama cina. cuma hak bumiputera kita saja yang bangsa lain rasa kita tak perlu ada. itu yg mereka rasa ada unsur diskriminasi. atau mungkin rakyat Malaysia sekarang dah tak perlukan hak itu lagi? dah boleh berdiri atas kaki sendiri barangkali?
- Nurul Mohamad · Top Commenter · Ampang, Kuala LumpurGin Marvel saya setuju. masalah kroni UMNO memang patut ditangani sewajarnya. Seperti beberapa kes yg berlaku sebelum ni (semua sedia maklum), nampak sangat ada ketidak adilan bila tiada tindakan atau terlalu ringan hukuman yg dijatuhkan pada mereka yg terlibat sedangkan kita mahukan kepimpinan yg lebih telus. Cuma yg saya kesalkan, ada masanya sesetengah daripada kita ni terus tertutup hatinya untuk menilai sesuatu. Menabur fitnah untuk sesuatu perkara yang kita sendiri tak pasti dah jadi perkara biasa kerana hati dah terlalu penuh dengan perasan benci.
- Gin Marvel · Subscribe · Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaNurul Mohamad, saya hormati buah fikiran anda. Dan saya juga tahu ada kebenarannya apa yg awak cakapkan tu. Yer memang bangsa Cina yg memegang ekonomi malaysia. Bagi saya diskriminasi kaum cina tak wujud tapi wujud dalam keadaan politik. Tengoklah politik UMNO tidak menyukai politik cina DAP tapi suka pula politik cina MCA. Diskriminasi wujud di Malaysia hanya pada kaum Melayu itu sendiri. Contohnya, kaum UMNO bangsawan membolot harta negara dengan ketirisan serta penyelewengan yg berlaku. Akibatnya, mereka bertambah kaya raya dan rakyat bawahan terpaksa mengampu mereka semata2 hanya nak dapatkan tender2, kerja, jawatan tinggi semata2 untuk kehidupan yg lebih baik. Rakyat bawahan pula berdepan dengan kenaikan pelbagai harga barangan dan kos sara hidup yg tinggi. Dan oleh sebab itulah apa yg kita lihat pada masa sekarang adalah hasil dari ahli bangsawan yg memerintah sejak lebih 54 tahun yg lalu.
- Ehwan Edin · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
- Gin Marvel · Subscribe · Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaNurul Mohamad, awak kata "Cuma yg saya kesalkan, ada masanya sesetengah daripada kita ni terus tertutup hatinya untuk menilai sesuatu. Menabur fitnah untuk sesuatu perkara yang kita sendiri tak pasti dah jadi perkara biasa kerana hati dah terlalu penuh dengan perasan benci".
Itulah yg sebenarnya berlaku pada ketika ini dari alam parti UMNO. Apa yg perlu rakyat buat ialah dengan tukar kerajaan pada next election. Joe's Jfk, relax bro...jangan melenting. Jangan kita jadi sprt pencacai tegar ameno. Nurul cakap ada benarnya juga. Tapi saya juga setuju bahawa DSAI memecahkan melayu UMNO atasan yg korup sahaja dan DSAI juga bukan memusuhi semua ahli UMNO. - Wan Adib Wan Roslan · Top CommenterBaddirol Hisham Haji Maarof, kat mana awk tau yg kita dlm PR x buat solat hajat? Awk ada dlm PR ke? Klau setakat cakap kat luar, bek x payah. Ada byk perkara yg telah berlaku kebelakangan ini, hanya org yg membuka mata & minda sj yg akan nmpak. Smentara org2 yg butakan mata/minda & asyik dibuai oleh media perdana kaki tipu, smpai bila pun akan tetap x nmpak. Demo 901 adalah satu bentuk sokongan moral, bukan makna klau kita buat demo tu, kita x buat solat hajat/x yakin pd solat hajat. Ini adalah ikhtiar secara luaran dgn bagi sokongan moral...
- Wan Adib Wan Roslan · Top CommenterDb, saya suka dgn pendapat awk. Cuma kita kena lebih berhati2 dlm memberi pendapat. Jgn ada klau boleh so call 'buat2 citer'. Kita x nak kita dilihat sama dgn pihak sebelah sana, yg asyik buat fitnah & reka cerita. Just teguran. Tapi sekiranya citer awk kat atas tu betul 100%, u r welcome...
- Dato'Dr Agus · Top Commenter
- Nurul Mohamad · Top Commenter · Ampang, Kuala Lumpur
- Nurul Mohamad · Top Commenter · Ampang, Kuala Lumpur
- Mohammad Ismail · Top Commenter
- Marjan Junid · Top Commenter
- Gin Marvel · Subscribe · Top Commenter · Kuala Lumpur, MalaysiaAsalkan Bukan Umno (ABU) wahai saudari Nurul Mohamad. Jika Nurul kata tidak ada yg meyakinkan, cuba lihat di negeri2 pentadbiran pembangkang. Cuba lihat di Selangor, mati dapat duit, air free 20meter padu, balajaq pandai masuk Universiti dapat RM 1000, lahir anak sampai anak umo 18 dapat duit. Bagaimana Selangor boleh buat begitu? Jawapannya adalah dari pentadbiran yg mengutamakan rakyat. Di P.Pinang ada hutang di tinggalkan UMNO berbilion, tetapi kini mempunyai lebihan pendapatan. Bagaimana? Pengurusan tatakelola yg baik. Janganlah diskriminasi DAP di P.Pinang sedangkan dahulu parti Gerakan juga di tadbir oleh orang cina selama lebih 20 tahun.
- Muhamad Shamirul · 18 years old
- Wan Adib Wan Roslan · Top CommenterNurul Mohamad, mcm ni lah wahai cik nurul yg come lote (cakap klantan). Saya tau knape awk berpendapat begini. Awk kata x ada parti yg menyakinkan utk ganti umno/bn sbb awk byk sgt dihidangkan dgn berita media arus perdana yg mmg kaki tipu & kaki merapu. Cuba nurul berhenti sejenak dari tgk berita sebegini, klau x pun sila tgk juga berita alternatif (sperti harakah/suara keadilan). Insyaallah nurul akan dpt tau apa hakikat sbnarnya ttg politik tanahair. Dan bukan apa yg kita dipaksa utk percaya dlm media arus perdana. Wassalam...
- Nurul Mohamad · Top Commenter · Ampang, Kuala Lumpur
- Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
- Bun Rhot NoorGin Marvel ...fakta ekonomi mana..ada tertulis dalam fakta ke sharizat yang dapat 250juta ? bukan nfc ? nfc tu ada tulis sharizat ke? ..kalau bercerita pasalfakta ekonomi biarlah berfakta yang sejati bukan di tokok tambah ikut sesedap rasa....aku bukan sukasangat pasal nfc, ko tu mesti cakap serupa bikin..
- Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
Tiada ulasan:
Catat Ulasan