Ahmad Azri Saufi | ||||
SHAH ALAM, 31 Mei : 140 pemimpin pelbagai agama dan rumah ibdata di Selangor menyertai program dialog antara agama yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor baru-baru ini. (Gambar: Sebahagian dari ketua-ketua agama yang hadir bergambar bersama Ronnie Liu) (Gambar: Dr Halimah menyampai cenderahati kepada salah seorang peserta) Pemuda PAS bantah Konsert MTV Word Stage
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 31 Mei 2011
JANGAN SAMPAI KITA MENENTANG MUSUH POLITIK KITA..BILA KITA BERKUASA...KITA JUGA MENGANJUR PERKARA MUNGKAR DAN MAKSIAT...UNDANG BALA SEMUA INI...
BILA HANYA NAMPAK DUNIA SAJA...TAK NAMPAK AKHIRAT SERTA NERAKA...UNDANG2 ALLAH PUN DICABUL...NI KAN PEKERJA...FAHAM2 JE LAH....
Mei 31, 11
12:54pm
Malah, ia dilihat mula diedarkan di laman maya, khususnya di Facebook beberapa hari kebelakangan ini.
Bagi jawatan timbalan presiden, umum melihat wujudnya tiga 'chai'. Kumpulan ulama kali ini dilihat berpecah dua manakala kumpulan profesional teguh di belakang calon timbalan mereka Mohamad Sabu.
Menariknya Nasharudin Mat Isa (penyandang) dan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat percubaan pertamanya ke jawatan itu masing-masing berkongsi chai yang sama.
Sumber-sumber memberitahu, dalam senarai chai yang disebut-sebut, Mohamad Sabu -- yang dilihat keseorangan -- kali ini disokong kuat golongan profesional dari kumpulan Erdogan.
Mohamad digandingkan dengan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan penyandang naib presiden Datuk Mahfuz Omar.
"Jika perwakilan tidak mahu (memilih) kumpulan ulama, mereka akan memilih tiga tokoh ini," kata mereka kepada Malaysiakini.
Ulama berkongsi chai
Bagi 'chai' Nasharudin dan Tuan Ibrahim pula, sumber-sumber berkata, mereka bergandingan dengan dua tokoh ulama -- ketua penerangan Idris Ahmad, exco kerajaan Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah -- bersama-sama penyandangnya Salahudin Ayub.
Menurut sumber-sumber, Salahudin yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan Erdogan digandingkan pula dengan kumpulan itu ekoran pendekatan kempennya yang dilihat 'play safe' dan cuba meraih sokongan kedua-dua pihak.
Pemimpin yang mendokong kepimpinan ulama antaranya anak murysidul am Nik Abduh Nik Aziz, exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan beberapa pesuruhjaya negeri -- Salleh Man (Pulau Pinang), Zulkefly Mohamad Omar (Negeri Sembilan) dan Dr Mahfodz Mohamed (Johor).
Sehubungan itu, pemerhati politik berpendapat, peluang Nasharudin untuk menang dilihat "luntur" susulan kemasukan Tuan Ibrahim bertanding jawatan nombor dua parti.
Apatah lagi, Tuan Ibrahim yang selebriti agama dan tokoh ulama yang dikatakan sesuai untuk menggantikan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di masa depan.
Sementara untuk jawatan naib presiden, walaupun pertembungan dijangka sengit, tetapi Mohammad Nizar dan Idris dilihat agak kedepan buat masa ini.
Mohammad Nizar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak berpeluang besar menang kerana cukup populariti dan dianggap 'selebriti' PAS. Manakala "kerajinan" Idris mengeluarkan kenyataan media sejajar tugasnya amat membantu.
Mei 31, 11
1:22pm
Ketua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.
Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.
"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.
"Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis,” kata Rafizi kepada wartawan hari ini.
Mei 31, 11
1:56pm
Namun kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kesannya lebih buruk kepada negara jika kerajaan terus mengekang kenaikkan harga itu.
"Ini bukan soalan populariti. Sudah tentu, kita tidak akan jadi popular apabila harga apa-apa sahaja dinaikkan.
"Tetapi kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Jika kita kekalkan harga rendah dan membiarkannya memberi kesan kepada perbelanjaan persekutuan hanya untuk menggembirakan orang ramai, pada jangka panjang rakyat akan merana dan ini tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan,” kata Muhyiddin.
Bercakap kepada wartawan selepas melancarkan bangunan baru Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya, katanya negara terpaksa berdepan dengan harga tenaga yang terus melambung.
"Ini bukan mengenai populariti ataupun tidak. Ini mengenai menghadapi kenyataan, ini fenomena global. Harga minyak mentah seluruh dunia sudah meningkat,” katanya.
"Jadi adakah kita mahu jadi popular dalam jangka pendek dan membiarkan rakyat merana dalam jangka panjang?” katanya.
Mei 31, 11
1:41pm
"Saya, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Menteri Sumber Manusia Dr S Subramaniam akan menimbulkan perkara itu dan membuat rayuan kepada kabinet esok,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Rayuan itu akan dikemukakan berikutan mesyuarat pemimpin parti komponen BN yang diadakan sebelum sidang akhbar ini.
Ahli politik, NGO, pelajar yang kecewa dan ibu bapa berang kerana ramai pelajar cemerlang gagal mendapatkan biasiswa JPA. Ada juga yang ditawarkan tempat di universiti tempatan sedangkan mereka memohon untuk belajar di luar negara. Ada pula yang ditawarkan biasiswa untuk program diploma sedangkan mereka mahu mengikuti program matrikulasi.
Nazri, bagaimanapun menafikan ketidak-sepadanan itu berlaku dan tidak ada masalah dengan pemberian biasiswa JPA. Katanya rasa tidak puas hati timbul kerana orang ramai tidak memahami kriteria dan proses pemberian biasiswa.
Mei 31, 11
12:55pm
Kumpulan yang mendakwa mewakili pekerja yang tertindas itu pada Sabtu lalu menggantung kain rentang menunjukkan rakan-rakan mereka dalam keadaan digari dan menuntut pembelaan.
Bagaimanapun beberapa jam kemudian Western Digital menanggalkan kain rentang itu dan apabila ditanya mengapa mereka berbuat demikian sekumpulan lelaki yang memakai jaket syarikat berkenaan enggan mengulas.
Western Digital yang pernah memenangi anugerah 'Majikan Terbaik di Asia 2009' didakwa tidak menyediakan permit bagi sekurang-kurangnya 1,000 pekerjanya yang telah berkhidmat selama dua tahun di Malaysia.
Pada Mac lalu, penerbitan Indonesia Tempo Interaktif melaporkan pegawai syarikat berkenaan telah berjumpa dengan dengan perwakilan kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur bagi menjelaskan situasi membabitkan kira-kira 6,000 pekerja mereka.
Ia memetik pegawai kedutaan berkata syarikat itu sedang menyelesaikan masalah tersebut peringkat demi peringkat dan hanya menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan pejbat kedutaan.
Bagaiamanpun bagi seorang pekerja Ully Suryana (bukan nama sebenar, nama ditukar bagi melindungi identiti pekerja) semua itu tidak benar. Katanya pekerja diambil melalui sebuah agensi di Indonesia yang mempunyai perjanjian terus dengan Western Digital berhubung permit kerja.
“Mengikut perjanjian, Western Digital berkata syarikat akan menyimpan passport pekerja tetapi akan memberi mereka permit kerja agar mereka boleh bergerak bebas,” katanya.
Suryanti, yang berusia awal 20an mendakwa tidak lama dulu Jabatan Imigresen menyerbu salah sebuah asramaa dan menahan semua pekerja kerana tidak mempunyai permit kerja.
Kejadian terbaru, berlaku minggu lalu apabila lima pekerja yang berpakaian tidur ditahan atas alasan yang sama. Mereka dikurung selama tiga malam di lokap sebelum dibebaskan tanpa sebarang sebab.
Sehubungan itu, katanya, laporan media bahawa PKR tidak membayar sewa bagi tempoh 30 bulan adalah tidak benar.
"Setahu kami, tiada sebarang perbincangan tentang perkara ini... (PKR) telah tunaikan tanggungjawab seperti termaktub dalam perjanjian sewaan," katanya.
Katanya, mereka hanya menyedari masalah itu apabila mendapat surat daripada bank berhubung perkara itu.
Minggu lalu, dilaporkan bangunan itu akan dilelong oleh Addin Bank pada 0 Jun selepas pemiliknya gagal membayar balik pinjaman.
Pemimpin PKR mengakui parti itu membayar sewa RM20,000 seperti termaktub dalam perjanjian yang ditandtangani pada 2008. Bagaimanapun, Free Malaysia Today yang memetik sumber memaklumkan perkara itu tidak benar.
ATAP GENTING...ATAP RUMBIA....KAYA RAYA MANA PUN...MATI TETAP DATANG...KEMEWAHAN YG ADA TAK BOLEH DIBAWA...AMALAN BAIK JUGA MENJADI PEMBELA.....
Mei 31, 11
11:21am
Tindakan kira-kira 120 orang yang menyertai kumpulan itu tidak disenangi kira-kira 20 lagi yang berkelah di pantai itu.
Mereka, yang mengaku penduduk tempatan, meminta aktivis Save Malaysia beredar kerana didakwa mencemarkan pantai.
'Selamatkan Malaysia' mengadakan bantahan pagi ini di pantai peranginan Teluk Cempaka, lokasi di mana sembilan anggota panel IAEA yang mengkaji kesesuaian pembinaan kilang itu menginap.
Ia juga lokasi rundingan awam dijalankan.
Kumpulan 20 orang itu kemudiannya dilihat mahu menyuraikan Save Malaysia dengan kasar tetapi dihalang pihak polis.
Bagaimanapun, perkara itu terus mengundang kemarahan pihak itu yang mendakwa penunjuk perasaan itu bukan orang tempatan.
"Kami memang daripada Kuantan, ini Tanah Melayu!" kata seorang lelaki yang dikenali sebagai Azman Attar ketika ditanya sama ada mereka mewakili mana-mana kumpulan.
Save Malaysia -- pimpinan pengerusinya Tan Boon Teet -- kemudiannya hanya duduk dan menunggu di penjuru pantai dan meninggalkan tempat itu kira-kira jam 9.30am.
Sementara kumpulan yang menyokong projek Lynas masih tetap di situ.
Mei 31, 11
10:23am
Ini di sebalik jaminan kerajaan persekutuan bahawa projek yang sedang dibina di Gebeng berhampiran Kuantan, Pahang oleh syarikat perlombongan Australia itu akan dipamerkan untuk tatapan orang ramai.
Malaysiakini mengunjungi satu daripada dua lokasi di Kuala Lumpur yang mempamerkan laporan berkenaan semalam. Namun tinjauan kami di lokasi berkenaan - Perpustakaan Negara - mendapati ia ditutup.
Menurut papan kenyataan di luar bangunan itu, perpustakaan ditutup pada Isnin. Ia dibuka setiap Selasa hingga Ahad.
Wartawan tempatan juga menghubungi ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya tetapi diberitahu oleh pegawai bertugas bahawa perpustakaan JAS juga ditutup setiap Isnin.
"Awak terpaksa datang pada hari Selasa jika ingin membaca laporan itu,” kata pegawai berkenaan.
Namun, Malaysiakini berjaya mendapatkan laporan itu di ibu pejabat JAS Selangor di Shah Alam, selepas membuat beberapa panggilan telefon ke beberapa pejabat cawangannya.
Bagaimanapun wartawan hanya dibenarkan menyalin laporan berkenaan yang setiap satunya setebal dua inci dengan tulisan tangan. Membuat salinan penduaan melalui mesin fotostat atau merakamkan gambar dilarang sama sekali.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri minggu lalu mengumumkan bahawa orang ramai boleh menyemak kedua-dua laporan EIA dan RIA selama sebulan bermula 30 Mei.
Tindakan itu dilihat sebagai usaha kerajaan bagi mententeramkan kemarahan orang ramai yang membantah projek kontroversial oleh Lynas Advanced Material Plant (Lamp) itu.
Sesetengah rakyat bimbang projek itu akan bertukar menjadi satu bencana jika tidak diuruskan dengan betul kerana Malaysia akan mengimport radiasi melalui nadir bumi yang dibawa masuk ke negara ini untuk diproses.
Projek belum berjalan, penduduk mula terima tempias
http://www.drazmanibrahim.com/ |
Aktiviti pembersihan hutan paya gelam dan pembinaan prasarana ternakan udang i-SHARP oleh pemaju Blue Archipelago Berhad di Kampung Nyatoh, Permaisuri, Setiu mula ‘menempiaskan hasil’ kepada penduduk di sekitar Kampung Rhu Sepuluh dan kawasan berdekatan apabila populasi kera yang sebelum ini menjadikan kawasan hutan ini sebagai habitat semulajadi mereka mula menunjukkan ‘protes’ di atas kerakusan tangan-tangan manusia mengorbankan kedamaian alam sekitar yang dihuni mereka sekian lama demi keuntungan projek i-SHARP yang dikatakan akan mencecah ratusan juta ringgit setahun. Kehilangan habitat asal ditambah lagi dengan kerancakan kerja-kerja pembinaan memaksa populasi kera ini berkeliaran menjadikan kawasan kampung sekitar terutamanya di Kampung Rhu Sepuluh yang mula dilanda fenomena baru yang menganggu keselesaan dan ketenteraman serta rasa bimbang para ibu-bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka. Ketua PAS Cawangan Rhu Sepuluh yang mesra dipanggil Abang Him ketika menghubungi Pengerusi i-BANTAH semalam memaklumkan, projek belum lagi berjalan, udang belum lagi diternak malah meninjau secara umum kerja-kerja pembinaannya, kelihatan masih jauh lagi untuk disiapkan tetapi kumpulan kera ‘berkunjung’ menjadi tetamu baru yang tidak kami undang bukan setakat mula menganggu kehidupan seharian penduduk malah kami yang sedang sembahyang berjamaah di surau pun turut sama dikunjungi kera-kera yang melompat masuk ke surau. Ternyata kebimbangan yang berulang kali disuarakan i-BANTAH berkaitan impak alam sekitar dan ekosistem terhadap perlaksanaan projek i-SHARP ini mula menampakkan kenyataannya. Antara kebimbangan berfakta yang berulang kali disuarakan i-BANTAH, tetapi terus dipandang sepi pihak berwajib: Kemusnahan Habitat Bagi Hidupan Liar Hutan Gelam Air Tawar adalah habitat bagi spesis kera serta hidupan liar terancam seperti Tapir (Tapirus indicus), Tenggiling (Manis javanica), Kongkang (Nyticebus coucang), Bangau China (Egretta eulophotes dan Burung Botak Kecil (Leptoptilos javanicus). Spesis hidupan liar terancam seperti tuntung juga menerima impak kerana tuntung bergantung kepada kawasan tersebut untuk bertelur. Jelas! Kera antara yang terawal menunjukkan ‘protes’! Pertarungan merebut kepentingan antara alam dan manusia tidak akan berakhir dengan situasi menang-menang. Yang kuat akan menang dan ada yang akan menjadi korban. Kemusnahan Kawasan Pembiakan Hidupan Laut Pengaliran sisa buangan (effluent) dari projek i-SHARP yang mengandungi kepekatan garam yang tinggi disebabkan penggunaan air laut sepenuhnya, akan mengubah ekosistem Sungai Chalok dan Sungai Setiu serta Lagun Setiu lalu menjejaskan hidupan di dalamnya. Lagun Setiu di samping merupakan kawasan pembiakan hidupan laut, juga merupakan tempat perlindungan dan asuhan bagi pelbagai hidupan laut seperti ikan, udang, ketam, siput dan kerangan yang menjadi sumber pendapatan nelayan. Tabung Perlindungan Hidupan Liar Dunia (WWF) cawangan Malaysia menyatakan kira-kira 60% anak ikan kerapu dan benih tiram untuk ternakan di Malaysia datangnya dari kawasan Setiu. Tempiasnya belum lagi dirasakan lantaran ternakan udang belum lagi bermula, tetapi ianya akan menyusul. Ketika itu siapa yang akan tampil memikul tanggungjawab terhadap kemusnahan ini? Air Sungai Menjadi Toksik dan Tercemar Ubat-ubatan dan baja yang digunakan dalam industri akuakultur mengandungi bahan kimia. Sebahagian daripada bahan kimia ini adalah toksik kepada hidupan laut dan menjurus kepada kemerosotan sumber laut. Selain itu ia akan menyebabkan pencemaran air bawah tanah dan permukaan. Sisa akuakultur yang mengandungi kandungan bahan nutrient, bahan kimia dan ubat-ubatan yang dialirkan ke sungai juga akan menjejaskan kualiti air sungai. Kandungan nutrient daripada najis dan makanan udang yang tidak dimakan menggalakkan pertumbuhan alga (eutrofikasi) yang akan mengurangkan kandungan oksigen di dalam sungai. Kekurangan oksigen di dalam sungai boleh membunuh hidupan di dalamnya. Sangkar Penternakan Ikan Penduduk Tempatan Terjejas Terdapat projek akuakultur dalam sangkar dijalankan penduduk setempat di kawasan hilir Sungai Setiu seperti penduduk Kampung Fikri. Sangkar-sangkar akuakultur milik penduduk tempatan ini akan terjejas akibat dari pengaliran air sisa buangan kolam udang seperti pencemaran bahan kimia, penyebaran penyakit serta peningkatan kadar kemasinan air sungai. Kehilangan Tanah Pertanian Sebanyak lebih 200 ekar tanah yang diusahakan untuk aktiviti pertanian di Kampung Banggol telah diambil untuk menjalankan projek akuakultur ini. Saguhati antara RM3,000 – RM5,000 yang dibayar untuk satu lot tanah RTB dengan keluasan 2.4 ekar tak banyak memberi makna berbanding kehilangan pergantungan petani kepada hasil pertanian yang dimusnahkan menyebabkan mereka kehilangan sumber pencarian. Walaupun dijanjikan peluang pekerjaan di kawasan projek, tetapi tinjauan Pengerusi i-BANTAH mendapati buat masa ini tenaga kerja dari Indonesia, Bangladesh dan Kemboja masih mendominasi. Janji adalah suatu janji tetapi situasi semasa itu yang dilihat. i-BANTAH tidak menyatakan pemaju berbohong, tetapi mohon diberikan penjelasan. Banjir Kawasan yang sedang dibangunkan adalah kawasan paya bertanah rendah yang terdedah kepada kesan pasang surut Sungai Chalok dan dilimpahi air ketika musim banjir. Dari segi ekosistem, kawasan paya bertanah rendah dikategorikan sebagai kawasan takungan air. Lantas, untuk mengelakkan kawasan projek bernilai jutaan ringgit ini ditenggelami air banjir, kerja-kerja tebus guna tanah sedang dilakukan supaya kolam udang berada di aras yang lebih tinggi dari air banjir. Keadaan ini akan menyebabkan aliran air itu beralih ke kawasan yang lebih rendah di sekitar tapak projek dan ini akan menyebabkan air membanjiri kawasan penempatan penduduk sekitar. Tunggulah musim tengkujuh akan datang dan phenomena ini cukup akan menjadi kebimbangan. Hakisan Tanah dan Pemendapan Tanah Kegiatan pembersihan tanah dan penambakan tanah serta pembinaan infrastruktur i-SHARP telah dan akan menyebabkan berlakunya hakisan dan pemendapan di Sungai Chalok. Hakisan tanah yang disebabkan oleh aktiviti pembukaan tanah ini meningkatkan pengaliran sedimen ke dalam sungai dan menyebabkan pemendapan di dalam sungai sekaligus mengeruhkan Sungai Chalok. Masalah Sosial i-SHARP digembar gemburkan akan menjanjikan sebanyak 1,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Peluang pekerjaan sebanyak ini adalah mustahil untuk dijawat penduduk tempatan. Sekiranya peluang-peluang pekerjaan ini tidak dipenuhi, potensi untuk mendapatkan pekerja warganegara asing adalah tinggi. Kenyataannya telah mula terserlah. Jemputlah meninjau di kawasan projek walaupun kita adalah tetamu yang tak diundang tetapi kita adalah rakyat yang berhak mengetahui apa yang sedang berlaku di sekitar kita. Lihatlah siapa yang sedang bekerja. Kebanyakkannya Indonesia, Bangladesh dan Kemboja! Ini akan menyebabkan perubahan struktur sosial tempatan dan adalah tidak mustahil akan berlakunya masalah sosial dan kejutan budaya di kawasan setempat. Akhirnya, kenapa pentadbiran Menteri Besar Ahmad Said hanya mengembar-gemburkan kemegahan projek yang masih samar kononnya untuk menjadikan Setiu sebagai hub pengeluaran udang terkemuka tetapi membisu dengan kesan negatif yang mula dirasai penduduk. Lantaran itu, i-BANTAH mengulangi tuntutan ini kepada pihak kerajaan negeri kerana pengurnian ribuan hektar tanah kerajaan kepada pemaju Blue Archipelago Berhad dengan status pajakan selama 30 tahun bukan suatu isu remeh :
|
ALLAH MAHA KUASA...TIADA BANDINGAN....YANG BERSALAH TETAP BERSALAH...BERKUASA MACAMANE PUN...JIKA ALLAH NAK TUNJUK...ALLAH AKAN TUNJUKKAN...
Ahmad Lutfi Othman | ||||||||
Teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 timbul lagi. Memang begitulah. Melepasi tempoh tiga tahun penggal Parlimen, selalunya ramalan dan jangkaan tarikh pilihan raya hangat dibincangkan. Bualan mengenainya heboh diperkatakan terutama selepas memerhati gelagat Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mutlak untuk mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong. "Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina -- ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi tetapi Cina tidak," kata Anwar.
|
BUKAN SESUATU PUAK@PARTI ATAU INDIVIU TERTENTU SAJA BOLEH MENTADBIR...PENTADBIR YG BAIK IALAH BERILMU DAN IBADAHNYA KUAT...AMANAH SERTA TINGGI AKHLAK
Harakahdaily | ||||
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Barisan Nasional (BN) yang menguasai kerajaan sekarang terus membela syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP). Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen berkata, beban subsidi mereka kini ditanggung oleh rakyat dan pemain industri yang lain dengan kenaikan berterusan tarif elektrik secara puratanya sebanyak 7% . Katanya, IPP yang ditubuhkan pada tahun 1996 menjadi pengeluar utama sumber bekalan tenaga elektrik negara dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula bertindak sebagai pemborong menyebabkan kos pengeluaran sumber tenaga ini begitu tinggi kerana margin keuntungan dikaut oleh dua pihak sebelum sampai kepada rakyat. Ini, ujarnya belum termasuk lagi pemain industri lain yang dijangkakan akan menaikkan harga jualan produk mereka selaras dengan kenaikan tarif eletrik yang dikenakan ke atas kilang-kilang mereka. Semalan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mengumumkan kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun (esok) sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Menurut Herman, IPP menjana elektrik mengunakan janakuasa yang dioperasikan dengan gas asli yang dibeli dari Petronas dengan hanya perlu membayar sebahagian sahaja kosnya dan bakinya disubsidi oleh kerajaan mengunakan wang rakyat. “Walaupun menerima subsidi yang tinggi namun IPP masih lagi menuntut kenaikan tarif. Kerajaan yang dalam rangka mengurangkan beban subsidi negara kini mengalihkan beban itu kepada rakyat pula,” ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, kenaikan tarif 7% mungkin kecil kepada pemimpin BN kerana bil mereka ditaja oleh Kerajaan Malaysia menggunakan duit rakyat. Tambahnya, tetapi nilai itu amat besar kepada pemain industri dan rakyat yang mengunakan elektrik 301kW ke atas. “Bagaimana pengusaha restoran dan peniaga-peniaga runcit pula?” soalnya. Menurutnya, mereka juga antara pengguna sumber yang banyak kerana beroperasi lebih dari 12 jam sehari. Maka, katanya tidak mustahil mereka akan meningkatkan nilai harga jualan mereka yang akhirnya rakyat sebagai pelanggan akhir juga terbeban. Beliau menambah, pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan yang ditamat pada Disember 2011 pula akan menyebabkan sebahagian besar isi rumah dari 5.94 juta akan terkesan. Katanya, rakyat masih boleh menerima kadar yang lebih rendah jika Kerajaan memberikan hak pengeluaran sumber tenaga elektrik terus kepada TNB dan menghapuskan IPP sebenarnya. Tambahnya, untuk apa BN masih mahu terus menyara dan membela IPP sedangkan sebelum 1996, kualiti sumber elektrik negara tidaklah teruk sangat dan TNB pun telah menjalankan penambahbaikan dalam perkhidmatan mereka. Manurutnya, apabila pengeluaran sumber tenaga diberikan secara mandatori kepada IPP maka kos elektrik bertambah dua kali ganda dan sampai bila-bila pun rakyat akan terus menjadi mangsa. Oleh itu, katanya DPPWP menuntut penjelasan Kerajaan berhubung nilai sebenar subsidi yang dibayar kepada IPP dan juga TNB. “Sudah sampai masanya Kerajaan mengambil alih aset dan kepentingan dalam IPP melalui TNB bagi mengurangkan kos pengeluaran,” ujarnya. Katanya, dengan menghapuskan peranan IPP sahajalah tarif eletrik dapat dikurangkan dan rakyat mampu menerima kadar yang lebih murah dari hari ini. “Rakyat hanya ada satu pilihan untuk mencapai impian menghapuskan IPP ini iaitu dengan menolak BN dan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat melaksanakan dasar-dasar yang lebih menguntungkan rakyat,” katanya lagi.
|
AGAK SUKAR NAK DIFIKIRKAN...KIRA FIKIR BODOHLAH....TAK KAN RUGI BISNES TIADA PERSAINGAN@BISNES MACAM KITA SATU2NYA SAJA DI SATU2 TEMPAT.....
Perbincangan itu bagi memperkemas pengurusan penghantaran dan perlindungan terhadap pekerja dan majikan selepas Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah dari republik itu ke Malaysia kira-kira dua tahun lalu.
MoU baru itu yang dimeterikan, merupakan pindaan kepada MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia ke Malaysia 2006, sekaligus menamatkan pembekuan sementara Indonesia terhadap penghanatran pembantu rumah negara itu ke Malaysia.
Bagaimanapun Indonesia hanya akan mula menghantar pembantu rumah dalam masa dua minggu lagi setelah selesai segala persiapan mengikut MoU baru.
Kepentingan tiga pihak
MoU itu mengambilkira kepentingan tiga pihak iaitu pekerja, majikan dan agensi pekerjaan selain menggariskan dengan jelas tanggungjawab masing-masing.
Antara perkara utama yang disepakati kedua-dua negara melalui semangat kerjasama dan tolak ansur itu ialah majikan Malaysia dijamin mendapat pembantu rumah ganti atau ganti rugi wang pendahuluannya daripada agensi pekerjaaan berkaitan jika pembantu rumah mereka melarikan diri, tidak cekap atau tidak lulus pemeriksaan kesihatan dalam tempoh enam bulan.
Di pihak pekerja pula mereka dibenar memegang pasport sendiri selain bercuti sehari dalam seminggu manakala sebuah badan yang dikenali sebagai Pasukan Petugas Bersama yang ditubuhkan di kedua-dua negara akan menjadi badan pengawas kepada pelaksanaan MoU itu.
Kedua-dua negara bersetuju untuk menyerahkan soal gaji pembantu rumah Indonesia kepada kuasa pasaran namun pihak Indonesia akan menentukan bahawa gaji yang akan ditawarkan majikan Malaysia tidak kurang daripada gaji minimum di Indonesia.
Gaji minimum
Gaji minimum di Indonesia berbeza mengikut kawasan dan yang paling tinggi ialah di Jakarta iaitu Rp1.2 juta tetapi masih ada pembantu rumah di Jakarta yang di bayar gaji dari Rp600,000 hingga melebihi Rp1.2 juta.
Majlis pemeterian MoU malam ini diadakan sembilan bulan selepas Malaysia dan Indonesia mencapai kata sepakat memuktamadkan peruntukan-peruntukannya pada (JWG) mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama bulan Ogos tahun lalu.
Malaysia diwakili Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam manakala Indonesia diwakili Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar pada majlis penandatanganan MoU baru itu.
Pada sidang akhbar kemudian, Dr Subramaniam menjelaskan bahawa dengan
penghantaran secara rasmi, pembantu rumah selepas ini, perlindungan dan kebajikan mereka akan lebih terjamin sebagaimana yang dinikmati pekerja tempatan.
Memerlukan masa
Muhaimin berkata Indonesia memerlukan masa sehingga dua minggu untuk membuat segala persediaan mengikut ketetapan yang disepakati.
Difahamkan esok perbincangan peringkat pegawai akan memuktamatkan mengenai kos pengambilan pembantu rumah Indonesia, yang dicadangkan pada kadar yang lebih rendah iaitu RM4,511 namun ia akan bergantung kepada persetujuan.
Malaysia dan Indonesia telah menandatangani Surat Hasrat (LOI) untuk MoU baru itu pada 18 Mei tahun lepas ketika rundingan tahunan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Kuala Lumpur.
LOI itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar.
- Bernama
Mei 31, 11
8:50am
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.
Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.
"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.
"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.
Mei 31, 11
9:14am
Ini bermakna 4.4 juta atau 75 peratus pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
Katanya bagi penggunaan industri yang bervoltage rendah di bawah 200 kW setiap jam atau kurang, kenaikan dalam bil elektrik mereka tidak sepatutnya melebihi 6.2 peratus.
“Gerai-gerai, sebagai contoh, secara kasar bayar tambahan RM4.60. Jika kita bahagikan kepada 30 hari, ia cuma 15 sen sehari,” kata Che Khalib said.
Struktur tarif baru itu terpaksa dilaksankan katanya kerana kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menaikkan harga gas asli kepada pengeluar tenaga pada kadar RM3 bagi setiap mmBtu.
Ini bermakna bil gas TNB akan naik sebanyak RM1.5 bilion.
Meskipun kerajaan membenarkanTNB untuk menaikkan tarif sebanyak dua peratus, Che Khalib berkata syarikat itu terpaksa menanggung bebanan kos yang lebih tinggi bagi menampung operasinya.
TNB membeli arang batu pada harga purata US$80 setiap tan pada suku pertama tetapi membelanjakan purata USD$103.8 setiap tan pada suku kedua 2011.
“Harga arang batu kini mencecah lebih US$120 setiap tan... TNB tidak dapat menampung kos arang batunya buat masa ini.
“Pada 2004, terdapat permohonan untuk menyemak tarif tetapi kerajaan menangguhkannya. Pada 2006, kerajaan meluluskan kenaikan tarif sebayak 12 peratus.
“Pada Julai 2008 kerajaan melaksanakan penyelarasan 24 peratus kepada tarif berikutan kenaikan 123 peratus dalam harga gas asli,” katanya.
Mei 30, 11
7:38pm
Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.
"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.
Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.
"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.