Khamis, 4 April 2013

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT ATAU PEMIMPIN TIBAI HAK RAKYAT

Pelajar sekolah nak saman Utusan?

Era Pasca, 04 Apr 2013




Seorang Pelajar Sekolah Pondok hari ini menegaskan beliau di fitnah oleh UTUSAN dan UMNO, malah beliau berasa amat malu apabila di kaitkan dengan UMNO.

Ini kerana umum mengetahui UMNO merupakan saekor parti lucah, kata beliau bagaimana seorang yang berlatar belakangkan Pelajaran Agama Islam boleh menyertai UMNO yang penuh dengan perbuatan mungkar ini.

"Ini amat memalukan saya serta sekolah saya."

Apabila di tanya oleh wartawan Ajensi Fakap EP adakah tindakan saman fitnah dan saman malu akan di ambil, kata beliau,

"kesian dengan UTUSAN saman yang sebelum ini dengan pemimpin-pemimpin PAS, PKR dan DAP pun mereka tak settle lagi, mana tergamak saya nak saman UTUSAN lagi, apa-apa pun saya serahkan perkara ini kepada barisan Peguam dalam PAS."


Klik untuk baca penuh laporan dalam blog Era Pasca

Anwar ulangi pelawaan debat dengan Najib

Harakahdaily, 03 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mengulangi pelawaannya untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak berhubung manifesto masing-masing.

Katanya, Najib boleh mengemukakan tawaran BN bagi mempertahankan rekod pemerintahan parti itu, manakala beliau pula akan membentangkan dasar kebajikan yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

"Sebagai mukadimah kempen Pilihan Raya Umum ke-13, Pakatan Rakyat mengulangi pelawaan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mempertahankan rekod Barisan Nasional dan kepada kami untuk membentangkan kebijakan dasar Pakatan Rakyat dalam sebuah debat, supaya rakyat boleh membuat pilihan yang bermaklumat dan adil," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan terus mengambil pendekatan politik matang berasaskan pembentangan dasar untuk dinilai oleh rakyat.

Menurut Anwar, kempen yang positif adalah bertepatan dengan harapan rakyat yang mahukan sebuah negara yang progresif, adil dan maju.

"Kami bertekad untuk bersama-sama mempertahankan keamanan negara dan menggesa supaya tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekacauan.

"Kami mengalu-alukan kenyataan Dato’ Seri Najib Razak yang menjamin peralihan kuasa yang aman sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 ini," katanya lagi.

Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat menaruh sepenuh keyakinan bahawa pasukan keselamatan akan bertindak secara profesional dan berlaku adil demi menjaga ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen.

Sehubungan itu katanya, rakyat kini mempunyai peluang yang terbuka untuk membuat pilihan bagi memberi mandat kepada kerajaan baru.

Tegasnya, seluruh rakyat Malaysia perlu merebut peluang ini untuk memilih sebuah kerajaan yang berwibawa, bertanggungjawab, bersih dari rasuah dan beriltizam kuat mahu memastikan Malaysia yang gagah.

Bungalow Raja Nong Chik lebih RM15 juta di TTDI Hill?

Milo Suam, 03 Apr 2013
SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan gambar sebuah rumah bungalow paling besar di TTDI Hills Kuala Lumpur. Menurut pengirim, bungalow tersebut dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin bakal calon Parlimen Lembah Pantai.



Klik untuk baca sepenuhnya laporan blog Milo Suam.

Najib dah bayangkan Umno akan kalah kali ini

Anak Sungai Derhaka, 03 Apr 2013


Di samping gelabah hingga tersasul menyebut tarikh pembubaran Parlimen yang berkuatkuasa hari ini, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang merupakan Presiden UMNO telah membayangkan akan kekalahan yang akan UMNO/BN hadapi.

Bekas Perdana Menteri Malaysia itu dalam pengumumannya telah menyebut tarikh pembubaran Parlimen ialah 03 April 2012 bukannya 03 April 2013.. lihat videonya di ( SINI )

Dipercayai ianya akibat gelabah memikirkan nasibnya selepas Pilihanraya nanti kerana beliau telah membayangkan akan kehilangan kuasa yang akan UMNO/BN hadapi.

Katanya "Saya juga ingin menyeru, jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ia akan berlangsung secara aman dan tertib. Ini iltizam kita untuk menjunjung prinsip demokrasi,".

Klik untuk baca ulasan penuh Anak Sungai Derhaka

400 tentera dianiayai pemaju tak berlesen

Harakahdaily, 03 Apr 2013
KOTA BHARU: Anehnya bagaimana sebuah syarikat pemaju boleh menawarkan projek perumahan kepada ramai anggota tentera, sedangkan ia dikatakan tidak berlesen.

Lebih pelik lagi syarikat itu difahamkan telah membuat tuntutan kesiapan pembinaan sehingga 100 peratus, sedangkan hanya 80 peratus projek disiapkan.

Seorang anggota tentera mendakwa pemaju terbabit dikatakan telah mendapat bayaran, sedangkan rumah yang dibina syarikat berkenaan masih tidak siap sehingga sekarang.

Beliau juga mendakwa ada projek syarikat itu yang belum dimulakan, namun pemaju telah mendapat bayaran sehingga 100 peratus.

“Berdasar kepada siasatan dan semakan pemilik syarikat terbabit sekarang hidup mewah hasil kegiatan yang dijalankan.

“Orang berkenaan difahamkan seorang pemimpin Umno yang menetap di sini didapati memiliki banyak kereta mewah dan rumah besar,” katanya yang enggan mendedah identiti ketika ditemui di sini.

Difahamkan hampir 400 anggota tentera yang membeli rumah diurus syarikat terbabit di banyak tempat di Kelantan, namun sehingga sekarang rumah yang dibeli mereka tidak siap.

Syarikat terbabit yang berpejabat di Kota Bharu dikatakan menemui anggota tentera di kem di seluruh negara bagi menawarkan projek rumah yang dibinanya.

Anggota tentera terbabit memberitahu beliau membeli rumah teres dibina syarikat berkenaan di Kubang Golok, Bachok pada 2007 dengan harga RM83,000 namun sehingga sekarang belum siap.

Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang

PRU13: Teras gesa rakyat realisasikan perubahan

Harakahdaily, 03 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Setelah pembubaran parlimen diumumkan hari ini, Teras Pengupayaan Melayu (Teras)  menggesa rakyat merealisasikan perubahan dalam PRU13. “Terlalu banyak isu yang telah didedahkan dalam cara negara diuruskan selama ini. Perubahan politik negara adalah satu-satunya pilihan,” ujar Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Katanya, rakyat telah dapat menimbangkan bagaimana kepincangan ekonomi dan salah guna kuasa telah berlaku sehingga rakyat akan terbeban di masa depan.
Beliau berkata, rakyat perlu faham betapa kuasa mereka untuk memberi mandat kepada kerajaan tidak boleh digadai hanya dengan menerima suapan yang sebenarnya hanya berjangka pendek.


Teras juga, ujarnya mengambil perhatian berat kedudukan korporat negara yang paling penting kepada ekonomi negara iaitu Petronas  kini telah tersasar dari dasar asal apabila kerajaan mengenepikan kepentingan ribuan syarikat Bumiputera.

“Kami juga menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang mempunyai agenda perubahan sosial yang kuat untuk menghindari masyarakat menghadapi keruntuhan akhlak dan jenayah yang semakin meningkat.


“Kami menyeru agar pengundi  muda menterjemahkan kemahuan mereka untuk sosioekonomi dan politik negara berubah kepada keadaan yang lebih baik dalam PRU13 ini,” ujarnya lagi.

Tambahnya, terlalu banyak yang perlu diperhatikan oleh golongan muda supaya masa depan negara tidak terus berada di tangan mereka yang mengekalkan sistem yang membenarkan penyalahgunaan kuasa.

PRU13: PAS jangka hari mengundi 27 April

Anis Nazri, 03 Apr 2013


KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan tarikh pembuangan undi pilihan raya umum ke-13 pada 27 April, manakala 13 April sebagai tarikh penamaan calon.

Justeru, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli menggesa semua jentera parti di setiap peringkat menggunakan tarikh tersebut bagi memandu gerak kerja.

Tambah beliau, biarpun PAS sudah lama bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum, dengan tarikh jangkaan ini diharapkan jentera parti akan lebih giat dlakukan.

"Tarikh-tarikh ini boleh jadi mungkin akan berubah.  Tetapi, sehingga kini, saya seru semua jentera agar bergerak berpandukan tarikh ini," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Hatta berkata PAS akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada PRU13 ini sebelum tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau percaya, akan ada pengumuman awal bagi calon-calon yang diputuskan, yang dilihat boleh membawa impak positif kepada kempen Pakatan Rakyat.

PAS Perlis merupakan negeri pertama yang mengumumkan bakal calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Pengumuman itu dibuat kira-kira 15 minit sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen, pada 11.35 pagi tadi.

Tiada ulasan: