Khamis, 4 April 2013

DAH BUBAR...KITA TENGOK SAPE YANG TUMBANG

PRU13: Gerak kerja PAS lebih baik dari 2008

Khairul Azlam Mohamad, 03 Apr 2013


MARANG: Mesej PAS kepada rakyat agar dapat membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13 ) ini ke arah yang lebih baik bagi menyelamatkan negara dan rakyat seluruhnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan mengemukakan calon-calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini di kalangan yang paling bertanggungjawab serta beramanah.

“Mesej kita (PAS) kepada rakyat Malaysia seluruhnya supaya membuat (perubahan) yang menyelamatkan negara dan rakyat secara yang menyeluruh.

“Insya Allah, kita akan kemukakan calon-calon yang paling bertanggungjawab, yang paling menunaikan amanah sama ada dibuktikan melalui kerajaan-kerajaan yang kita (Pakatan Rakyat) perintah, melalui kawasan-kawasan yang sudah dimenangi, melalui Pusat-pusat Khidmat Masyarakat yang dilakukan di kalangan kita (PAS) kepada rakyat sepanjang tahun 2008 hingga 2013 dan rakyat dapat menilainya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya di Kampung Rusila, ekoran pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, hari ini.

Menurutnya, meski pun PAS belum lagi sebagai sebuah parti yang memerintah kerajaan Pusat tetapi dapat menunaikan tanggungjawab mengikut kemampuan dengan penuh keikhlasan.

Sehubungan itu, Presiden PAS turut mengulangi penegasan parti bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya kali ini.

“Alhamdulillah, kita telah selesai membuat penyusunan dan pembahagian dengan sebaik-baiknya. Malah, lebih baik dari pilihan raya tahun 2008 di mana gerak kerja dan jentera kita lebih baik dari masa-masa yang lalu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mendesak agar kerajaan Barisan Nasional berlaku adil dan telus dalam pilihan raya umum kali ini.

Katanya, perlawanan politik dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi mesti diadakan di atas ‘padang’ yang sama rata.

“Harapan kami, pilihan raya secara demokratik dalam erti kata yang sebenar dapat dilaksanakan. Sebagaimana di tempat lain menjalankan demokrasi sebenar seperti di Indonesia, Filipina, Thailand, Mesir dan termasuk di negara lain yang sentiasa membuat pembaharuan,” tegasnya di hadapan 30 pengamal media di negeri ini.

Selain itu, Ustaz Abdul Hadi turut menasihatkan semua pengamal media agar menjalankan kerja secara ikhlas, jujur dan profesional.

“Cuma saudara kena catit apa yang kita lapor. Itu hal saudaralah. Tunaikan secara profesional sebagai wartawan. Kita tahu di Malaysia ini, yang atas macam-macam ceritalah. Kita (PAS) akan bagi kerjasama dan laluan kepada wartawan, jaga keselamatan. Media rakan kita,” ujarnya.

Hadir sama pada sidang media tersebut Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Timbalan DHPP negeri, Jefri Chua.

Pengumuman Najib bukti Nazri penipu...

Omak Kau, 03 Apr 2013


Semalam beriya-iya Nazri Aziz Menteri jaga Parlimen bercakap parlimen tidak akan dibubarkan hari ini.. Akhirnya terbukti Najib dengan nada sedih baru saja mengistiharkan secara langsung melalui semua stesen TV bahawa parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini.

Pengistiharan itu membuktikan yang Nazri Aziz adalah antara pemimpin UMNO paling kuat menipu.

Pemimpin penipu secara terang dan jelas ini tidak layak lagi diangkat sebagai pemimpin.

Baca sepenuhnya dalam blog Omak Kau

Kumpulan Exist cipta lagu untuk Anwar Ibrahim?

Milo Suam, 03 Apr 2013



LAGU terbaru bertajuk "pasti kau ingin" sebuah lagu berentak rock kini boleh ditonton melalui YouTube. Difahamkan lagu berentak rancak tersebut dicipta oleh Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi dari kumpulan Exist.

Suara penyanyi rasanya dinyanyikan oleh Joey, vokalist baru kumpulan Exist. Manakala drummer Ujang dan bassist Musa Radhi. Guitarist rasanya tentulah Along Exist, tapi gua tak nampak muka along dalam video klip ni. Gua cuma nampak Musa dan Ujang je.



Baca sepenuhnya dalam blog Milo Suam

PRU13: Antara umpan dan tawaran untuk anak muda

Fareedah Samad, 03 Apr 2013
Ameerah Malaysia menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan pembubaran Parlimen Malaysia pada hari ini.

Walaupun rakyat dibiar menunggu selama lebih setahun selepas ura-ura pembubaran parlimen yang kononnya akan berlaku lebih awal, tetapi selepas lebih 5 tahun dari tarikh pembuangan undi PRU12, Perdana Menteri akhirnya berani membuat pengumuman tersebut.

Tarikh pembubaran yang sememangnya menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia kerana pertama kali dalam sejarah negara tempoh pentadbiran kerajaan yang paling lama berlaku. Yang paling memeranjatkan, rakyat terpaksa melihat Dewan Undangan Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri pada 28 Mac yang lalu.

PRU13 menjanjikan pertandingan yang paling sengit di antara dua koalisi politik terbesar dalam negara iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Di kalangan anak muda, perbezaan ketara yang dapat dilihat dalam pendekatan kedua-dua  koalisi ini adalah pemberian umpan dan tawaran.

Di pihak Barisan Nasional dilihat lebih gemar memberi umpan berupa pemberian “one-off” seperti BR1M, Baucer Buku 1Malaysia, rebat telefon pintar dan bermacam-macam lagi. Semua ini hanya dapat membantu meringankan sedikit beban rakyat dalam jangka masa yang pendek.

Isu yang paling menjengkelkan adalah kenyataan Perdana Menteri yang mana mengatakan pemberian BR1M RM500 cukup untuk menampung perbelanjaan makan minum keluarga selama setahun?

Di peringkat anak muda memandang pemberian bantuan jangka masa pendek ini tidak lebih daripada umpan pilihanraya di mana kehidupan selepas pilihanraya sekiranya Barisan Nasional terus memerintah, belum pasti menjanjikan masa depan yang cerah.

Hal ini berbeza dengan tawaran yang dinyatakan oleh Pakatan Rakyat. Dengan tawaran turun harga minyak, hapus tol, turun tarif elektrik dan cas air; semua ini mampu memberikan jaminan penurunan harga barang kepada rakyat.

Bukti kerajaan Selangor yang mampu memberi 20 meter padu air percuma walaupun hanya berkuasa di peringkat negeri, cukup untuk meyakinkan rakyat komitmen Pakatan Rakyat dalam memberi kehidupan yang lebih selesa kepada semua.

Selain itu tawaran pendidikan percuma, turun harga kereta dan pelaksanaan gaji minimum pasti mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat selama ini.

Semua ini dapat meningkatkan kuasa beli rakyat dalam jangka masa panjang dan faktanya, daripada keseluruhan tawaran Pakatan Rakyat ini, setiap rakyat boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan mereka sehingga RM500 sebulan.

Apa yang jelas, Pakatan Rakyat terlebih dahulu berani mengisytiharkan manifesto Pakatan Harapan Rakyat kepada seluruh warga Malaysia berbanding Barisan Nasional.

Manifesto pilihanraya yang julung-julung kali diumumkan oleh Pakatan Rakyat ini sememangnya memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia dalam menjamin pembinaan negara bangsa yang berprestasi tinggi.

Rakyat juga terus menanti pengumuman manifesto di pihak Barisan Nasional yang dikatakan akan diumum sejurus selepas Parlimen dibubarkan.

Bagi anak muda, inilah budaya politik baru yang ingin disemai yakni pertandingan di antara agenda parti dengan agenda parti yang lain. Bukannya pertandingan baling batu, simbah cat dan berlawan kata-kata kesat.

Ameerah Malaysia juga mendesak agar Datuk Seri Najib memberi jaminan akan janji beliau bahawa proses pilihanraya dan peralihan kuasa akan berlaku dalam keadaan yang aman.

Di peringkat jentera Ameerah dan Muslimat Muda PAS, kita sememangnya telah lama bersedia untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Telah kedengaran suara-suara pengundi kali pertama yang tidak sabar-sabar lagi untuk mengundi. Jelas kelihatan juga kumpulan anak muda yang sudah tidak sabar-sabar mencipta sejarah perubahan di negara ini.

Ameerah akan memastikan setiap mereka ini akan disantuni oleh jentera Muslimat Muda PAS bagi memastikan undi pengundi muda akan terus berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Justeru, kami menyeru kepada semua anak muda di luar sana untuk bersama-sama dengan kami dalam menjadi sukarelawan PRU13 bagi menyampaikan agenda Pakatan Rakyat kepada semua pengundi muda  di luar sana.

Sejarah telah membuktikan perubahan itu pasti akan berlaku di atas kesedaran rakyat dan kitalah anak-anak muda yang akan menggerakkan kesedaran tersebut. Salam ubah untuk masa depan! Siap siaga untuk kemenangan!

Penulis ialah Pengerusi Ameerah, Lajnah Politik Muslimat Muda Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Tiang lampu tumbang tidak tahan pikul bendera Umno/BN

Omak kau, 03 Apr 2013



Di Taiping, Perak sebatang tiang lampu walaupun dipasang teguh bersimen konkrit tapi akhirnya tumbang jua kerana tidak mampu nak pikul bendera UMNO/BN yang disalut disekeling batang tiang lampu tersebut.

Tiang lampu ini tumbang bukan dilanggar pun...Tumbang begitu saja tanpa ribut dan angin.

Dulu ada satu pokok mati, ini kali satu tiang lampu jalan pula runtuh tumbang.

Apakah memberi petanda yang UMNO akan mati dan tumbang pada PRU 13 ini?

Klik untuk baca laporan penuh dalam Blog Omak Kau

Tiada ulasan: