Warga emas dihentikan bantuan sejak 3 tahun lalu
Harakahdaily, | 06 Apr 2013 |
(Zulfikar [3 dari kiri] bersama dengan makcik Isah yang dihentikan bantuannya)
KOTA KINABALU: Seorang warga emas hari ini meluahkan rasa kesal berikutan Skim Bantuan Orang Tua yang diterima dari Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am itu dihentikan sejak tiga tahun lalu.
Isah Arip, 70, berkata, kali terakhir dia menerima wang bantuan sebanyak RM300 sebulan itu adalah pada Disember 2010.
“Saya sudah pergi ke Jabatan Kebajikan beberapa kali untuk membuat permohonan, salinan kad pengenalan, gambar juga sudah diberi namun tidak juga dapat sampai sekarang,” katanya yang tinggal di Kampung Unggun Jaya, dekat Menggatal di sini.
Isah berkata, dia juga tidak menerima apa-apa notis berkaitan bantuan yang diterima itu daripada pihak terbabit sama ada dipotong atau sebaliknya.
Katanya lagi, bantuan itu sangat diperlukan untuk membeli keperluan harian dan sara hidup, kerana usianya yang meningkat menyebabkan dia tidak mampu bekerja lagi.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Sepanggar, Zulfikar Abd. Mijan yang turut menemui warga emas terbabit memaklumkan bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Sabah perlu memberikan penjelasan terhadap permasalahan ini dan menyelesaikan beberapa tuntutan ini sehingga selesai.
“Kita minta pihak yang bertanggungjawab, tampil memberi penjelasan dengan baik dan dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan sewajarnya,” ujar beliau.
PAS tanding 3 Parlimen 12 Dun di Negeri Sembilan
Anis Nazri, | 06 Apr 2013 |
Perkara itu disahkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani kepada Harakahdaily, hari ini.
Tambah Taufek, dari keseluruhan lapan kerusi parlimen di negeri itu, PAS bertanding di tiga kerusi, manakala 12 kerusi dari 36 kerusi Dun.
Menurut Tufek, berdasarkan perbincangan dengan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan, keputusan itu diambil secara bersama bagi memastikan Pakatan Rakyat dapat menawan Negeri Sembilan.
"Pada 10 April, (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustafa (Ali) akan ke parlimen Jempol untuk mengisytiharkan calon PAS bagi kerusi Jempol secara rasmi," kata beliau.
Manakala, bagi calon-calon lain, PAS bersama PKR dan DAP bersetuju untuk mengumumkan senarai penuh calon Pakatan Rakyat Negeri Sembilan tiga hari sebelum tarikh penamaan calon yang diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pakatan Rakyat Negeri Sembilan memerlukan pertambahan hanya tiga kerusi Dun bagi mendapatkan 'simple' majoriti bagi membolehkan mengambil alih kerajaan negeri.
Pada pilihan raya umum lalu, PR memenangi 15 kerusi daripada 36 kerusi Dun, manakala tiga kerusi daripada lapan kerusi parlimen.
Pada Mahathir, Umno alat permainan sahaja
Aspan Alias, | 06 Apr 2013 |
UMNO ini selalu menjadi mangsa pemimpin mereka sendiri. Dalam UMNO sedang lemah dan hampir lemas Dr Mahathir pernah berkata UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya. Mahathir pernah dengan lantang berkata ‘yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan yang bijak masuk DAP’. Mahathir sedar itu semua. Begitu juga Daim yang mengatakan hanya tiga negeri sahaja yang akan kekal dengan BN, yang lain semuanya kalah.
Sekarang kedua-duanya mundar-mandir memberikan sokongan dan berkempen untuk parti yang Mahathir anggap sudah busuk sampai ke usus itu. Daim pula bertukar angin dan kembali menyokong Najib yang beliau pandang rendah itu. Sekarang Najib pula yang mampu untuk membawa pembaharuan untuk negara. Saya selalu berkata yang mereka berdua ini tidak boleh dipercayai kata-kata mereka.
Dr Mahathir dan Daim itu adalah pemimpin yang tidak mahukan UMNO itu kuat agar mereka sentiasa menjadi orang penting di mata parti dan pimpinan yang ada sekarang. Semasa UMNO itu dianggap kuat, maka Mahathir akan memberikan segala perkara buruk terhadap UMNO dan isu yang dimainkan oleh Mahathir terhadap UMNO itu bukannya isu yang kecil bahangnya kepada parti itu. Jika UMNO kuat Mahathir merasakan beliau akan tidak diperlukan lagi. Jika UMNO lemah, maka beliau akan menjadi penting dan berharap pimpinan UMNO akan sentiasa bersandar kepada beliau.
Sekarang ini UMNO sudah tidak boleh diperbaiki lagi dan salah seorang orang penting kepada kekusutan dalam UMNO itu adalah dicipta oleh Mahathir. Sekarang beliau menjadi penting dan beliau sendiri sudah menjadi ‘panic’ kerana kekalahan UMNO itu adalah satu kejadian yang tidak mustahil lagi sekarang ini. Dalam keadaan sekarang Mahathir terus berlegar di setiap peringkat menyanyikan lagu UMNO itu sebagai penyelamat bangsa dan negara.
Jika kita cuba hendak selarikan dengan komen beliau yang UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya tahun lepas, bagaimana pula beliau boleh mendesak rakyat untuk kembali menyokong UMNO yang beliau sendiri merasakan parti yang sudah busuk sampai ke ususnya itu? Pimpinan UMNO semasa beliau menganggapnya sebagai busuk dahulu masih memegang kuasa parti itu.
Ini adalah dalil yang pemimpin seperti Mahathir itu hanya memerlukan parti yang memerlukan beliau sahaja yang memerintah walau sebusuk mana pun parti itu. Yang penting bagi beliau, Mahathir hanya memerlukan pihak mana yang boleh memberikan dan memenuhi kehendak beliau sahaja untuk memerintah.
Mahathir akan mempersetankan kehendak dan harapan rakyat. Harapan yang perlu dipenuhi hanyalah harapan beliau sahaja dan menjadikan pimpinan UMNO sebagai buah ‘DAM’ sahaja dan boleh ditolak dan disorong ke depan dan ke belakang mengikut kehendak dan kemahuan beliau sahaja.
Jika parti ini masih mentadbir kita, apakah harapan rakyat ramai pada masa depan? Parti ini sudah dijadikan alat permainan oleh Mahathir yang tidak puas-puas dengan kemahuan keluarga dan kepentingan kroni-kroni beliau.
Sebenarnya Mahathir mahukan UMNO menang tipis kerana beliau hendak terus menjadi orang penting dan kali ini beliau akan memulakan proses pengambilalihan kuasa dari Najib untuk diserahkan kepada Muhyiddin. Beliau merasakan permainan beliau ini akan terus berjaya lagi kali ini.
Itu sebabnya saya tidak dapat mengalihkan persepsi saya terhadap Mahathir yang selagi UMNO lemah selagi itulah pimpinan UMNO akan di ‘gomeng’ kepala mereka sekehendak hati beliau.
Mahathir tidak pernah mahukan kepimpinan UMNO yang kuat untuk kepentingan beliau sehinggakan UMNO itu tidak lagi mempunyai harapan untuk pulih dan parti itu tidak mungkin pulih sampai bila-bila.
Justeru itu, tidak salah ahli-ahli UMNO itu memberikan sokongan kepada pihak lain kerana mereka hanya menjadi alat untuk kepentingan mereka yang sudah ketagih dengan kuasa melakukan apa-apa jua terhadap rakyat.
Mahathir sedang menggunakan saki-baki pengaruh beliau dengan sepenuhnya untuk melaga-lagakan rakyat jika perlu, semata-mata untuk kepentingan beliau selama beliau masih hidup. Beliaulah orang yang paling sibuk sekarang ini. Tidak ada sesiapa yang lebih penting dalam negara ini selain dari Mahathir.
Mahathir membuatkan UMNO berperang sesama sendiri, harta rampasan perang beliau dan Daim yang kumpul. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Pendidikan telah jadi fokus Azizan di Kedah
Harakah, | 06 Apr 2013 |
(Azizan bergurau bersama wartawan Harakah dan pegawainya selepas wawancara)
ALOR SETAR: Selepas berjaya membina Kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, kerajaan negeri Kedah memberikan tumpuan untuk membina Maahad Tahfiz Sains pula.
Ia akan dibina di Pulau Tuba, Langkawi dengan perbelanjaan sebanyak RM40 juta.
Namun, oleh kerana masalah teknikal sedikit, pembinaannya belum selesai.
Buat sementara ini ia dibuat di Kulim. Tidak ramai pelajar yang diambil untuk permulaan ini, hanya hanya 50 pelajar sahaja setahun.
Dalam masa dua tahun, sudah ada 100 pelajar sahaja pelajar yang belajar di sini.
Demikian kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Diraja Azizan Razak dalam wawancara khasnya dengan Harakah baru-baru ini.
Menurut Azizan, "Sebaik saya menerajui kerajaan, saya telah memfokuskan kepada pendidikan."
Ikuti wawancara sepenuhnya dengan MB Kedah ini dalam Harakah edisi Isnin ini yang akan berada di pasaran mulai esok.
Tolak mulakan misi jelajah seluruh negara
Harakahdaily, | 06 Apr 2013 |
Acara yang disebut mereka sebagai 'pelepasan wira-wira Tolak' itu berlangsung di stesen Kuala Lumpur Sentral pagi tadi.
Kumpulan itu akan bergerak dengan menaiki komuter menuju ke Nilai sebelum ke Seremban dan seterusnya ke Melaka untuk lokasi hari ini.
Sementara itu, kumpulan ini akan meneruskan perjalanan ke Johor esok.
Terdahulu, mereka turut melafazkan ikrar anak muda tolak Umno BN sebelum memulakan perjalanan.
Sementara itu semalam, gabungan NGO pelajar ini turut mengadakan sudut pidato di Masjid Negara sejurus solat Jumaat.
Hampir 200 orang menyertai sudut pidato tersebut biarpun didakwa berdepan gangguan dan provokasi dari penyokong parti politik tertentu yang tidak senang dengan kehadiran mereka.
Antara yang berucam dalam program itu semalam termasuk Pengerusi Tolak Muhamad Azan Safar, wakil Gamis Ahmad Afif, Pengerusi Ameerah Fareedah Samad serta Setiausaha Pemuda KLSCAH Siah Kwong Liang.
Pada program itu, sebanyak 500 helai risalah mengandungi mesej mengapa rakyat perlu tolak Umno BN diedarkan kepada orang ramai.
Pakatan dapat 120 Parlimen, 9 negeri
Harakah, | 06 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS tidak menolak jangkaan bahawa Pakatan Rakyat mendahului BN sekurangkurangnya 120 kerusi Parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 serta dapat menguasai sembilan negeri.
Itu adalah unjuran PAS.
Laporan daripada strategis ‘war room’ Umno pula mendedahkan BN akan hilang 20 kerusi sebaik Parlimen dibubar kerana masalah calon dan perebutan kerusi yang meruncing.
Perkembangan ini benar-benar mencemaskan Najib Tun Razak dan BN seluruh negara.
Itulah laporan muka depan Harakah edisi Isnin. Dapatkan naskah anda mulai esok.
PRU13: PAS Perak isytihar calon 9 April
Muhammad Faeez Azahar, | 06 Apr 2013 |
IPOH: PAS Perak akan mengsiytiharkan senarai calon yang akan bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti pada 9 April ini.
Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pengisytiharan tersebut akan dibuat dalam satu majlis di Pasir Panjang, Manjung.
Katanya, setakat ini proses pemilihan calon sudah selesai 100 peratus dan tidak ada sebarang masalah yang timbul.
“Pemilihan calon selesai tanpa sebarang masalah dan jika tidak ada aral yang melintang PAS Perak akan mengisytiharkan pada 9 April ini di Pasir Panjang, Lumut,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak.
Mengulas lanjut, Ustaz Abu Bakar menggesa semua ahli serta penyokong PAS dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja pilihanraya.
Katanya, dalam masa yang ada ini, semua pihak berperanan besar untuk membantu menarik sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat itu sendiri.
Semua ahli juga, katanya hendaklah sentiasa bersama-sama rakyat dan berusaha memberi kefahaman yang jelas tentang perjuangan PAS untuk menegakkan kalimah Allah di Negara ini.
Ujarnya, manifesto yang ditawarkan hendaklah disebar luaskan kepada semua masyarakat pelbagai khususnya golongan atas pagar dan orang Umno.
“Yang diberi amanah hendaklah bekerja lebih kuat manakala yang tidak berjawatan juga mempunyai tanggungjawab besar untuk menyampaikan mesej dan maklumat kepada masyarakat,” jelasnya lagi.
Dalam suasana pilihanraya ini, beliau meminta supaya semua ahli dan pendokong mendekatkan diri kepada Allah dengan mengadakan munajat dan solat hajat kepada Allah agar memberi perlindungan kepada semua jentera.
“Semua ahli PAS juga diseru mengadakan qunut nazilah dan solat hajat supaya Allah jauhkan diri kita daripada sebarang ancaman, kezaliman dan pihak yang berusaha untuk melakukan huru-hara dan penganiayaan,” jelasnya.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Pertahanan dilihat menjadi “lubuk emas” bagi Umno-BN
apabila kroninya mengaut komisen pembelian peralatan persenjataan yang
tinggi daripada harga sebenar,” kata bekas Ketua Staf Logistik Markas
Logistik Udara, Laksamana (B) Imran Abdul Hamid.
Katanya, pendedahan terbaru tentang projek binaan kapal tempur persisir pantai (Littoral Combat Ships) yang nilainya daripada RM6 bilion sebelum ini meningkat kepada RM9 bilion setelah diluluskan Parlimen, menjadi bukti realiti ini.
Jelasnya, berdasarkan pengalamannya dalam TLDM, kapal tersebut tidak mempunyai keperluan dalam senarai peralatan bagi membantu kekuatan angkatan tentera.
Sila baca sepenuhnya laporan ini dalam Harakah cetak edisi Isnin mulai esok.
Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pengisytiharan tersebut akan dibuat dalam satu majlis di Pasir Panjang, Manjung.
Katanya, setakat ini proses pemilihan calon sudah selesai 100 peratus dan tidak ada sebarang masalah yang timbul.
“Pemilihan calon selesai tanpa sebarang masalah dan jika tidak ada aral yang melintang PAS Perak akan mengisytiharkan pada 9 April ini di Pasir Panjang, Lumut,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak.
Mengulas lanjut, Ustaz Abu Bakar menggesa semua ahli serta penyokong PAS dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja pilihanraya.
Katanya, dalam masa yang ada ini, semua pihak berperanan besar untuk membantu menarik sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat itu sendiri.
Semua ahli juga, katanya hendaklah sentiasa bersama-sama rakyat dan berusaha memberi kefahaman yang jelas tentang perjuangan PAS untuk menegakkan kalimah Allah di Negara ini.
Ujarnya, manifesto yang ditawarkan hendaklah disebar luaskan kepada semua masyarakat pelbagai khususnya golongan atas pagar dan orang Umno.
“Yang diberi amanah hendaklah bekerja lebih kuat manakala yang tidak berjawatan juga mempunyai tanggungjawab besar untuk menyampaikan mesej dan maklumat kepada masyarakat,” jelasnya lagi.
Dalam suasana pilihanraya ini, beliau meminta supaya semua ahli dan pendokong mendekatkan diri kepada Allah dengan mengadakan munajat dan solat hajat kepada Allah agar memberi perlindungan kepada semua jentera.
“Semua ahli PAS juga diseru mengadakan qunut nazilah dan solat hajat supaya Allah jauhkan diri kita daripada sebarang ancaman, kezaliman dan pihak yang berusaha untuk melakukan huru-hara dan penganiayaan,” jelasnya.
Kementah lubuk emas Umno - Laksamana Imran
Harakah, | 06 Apr 2013 |
Katanya, pendedahan terbaru tentang projek binaan kapal tempur persisir pantai (Littoral Combat Ships) yang nilainya daripada RM6 bilion sebelum ini meningkat kepada RM9 bilion setelah diluluskan Parlimen, menjadi bukti realiti ini.
Jelasnya, berdasarkan pengalamannya dalam TLDM, kapal tersebut tidak mempunyai keperluan dalam senarai peralatan bagi membantu kekuatan angkatan tentera.
Sila baca sepenuhnya laporan ini dalam Harakah cetak edisi Isnin mulai esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan