Sabtu, 6 April 2013

PERKEMASKAN CALON2 YANG BERSIH DAN TAKQWA....JANGAN LETAK CALON BERMASALAH DAN KAKI MAKSIAT SERTA KAKI SONGLAP

[Jenaka Pilihan] Patutlah Najib sugul ketika bubar Parlimen…

http://anakmudamalaysia.com, 06 Apr 2013
Ceramah BN

Apa sudah jadi, bendera parti bangla yang pasang, buat program tiada yang datang… Namun jangan kita silap kira, mungkin program dalam gambar di atas tidak menyediakan topi, tshirt. beehon dan kuih koci maka tiada yang hadir… Kalau ada semua itu termasuk cabutan bertuah, pasti ramai datang…

Apakah TS Khalid kekal di Ijok?

Harakahdaily, 06 Apr 2013

(Orang ramai berrebut untuk bersalam dengan Khalid dan ustaz azhar di Masjid Ijok)

SHAH ALAM: Di manakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini masih lagi menjadi tanda tanya.

Ini berikutan kenaikan mendadak pengundi luar di DUN Ijok yang kini diwakili oleh Menteri Besar Selangor itu.

Menurut sumber, 3,000 Bangladesh telah didaftarkan di kawasan itu kerana calon Umno dijangka akan bertanding semula di situ.

Dalam pilihan raya kecil Ijok, calon MIC, K Partibhan dipilih dan menang. Namun Partibhan tidak diletakkan dalam pilihan raya umum dan Khalid menang dalam pilihan raya umum itu.

Ekoran itu, para pegawai Khalid dikatakan berusaha untuk mempastikan beliau menang dalam pilihan raya kali ini dan mengelakkan diri dari terperangkap dalam permainan kotor lawannya itu.

(Orang India Bestari Jaya yang menyertai majlis Khalid dan Ambiga)

Media ada melaporkan Khalid akan ke Port Klang dan ada juga yang berkata beliau akan ke Bukit Melawati.

Namun kedua-dua kerusi itu bukanlah kerusi yang selamat. Jika begitu lebih baik Khalid kekal di Ijok.

Dalam pilihan raya umum lalu, Khalid mendapat 7,196 undi berbanding lawannya, Datuk Mohamed Sayuti Said dari BN 5,276. Khalid menang dengan majoriti 1,920 dalam kawasan 50 peratus Melayu itu.

"Kerusi yang sesuai untuk Khalid adalah Bukit Lanjan kawasan DUN Elyzabeth Wong yang dikatakan akan berpindah ke kerusi Parlimen Petaling Jaya Selatan.

"Satu lagi adalah bertukar dengan Dr Nasir Hashim di Kota Damansara," kata sumber yang rapat dengan pejabat MB itu.

Namun Khalid dikatakan bertegas mahu kekal di Ijok walaupun terpaksa kalah dalam pilihan raya ini.

"Khalid orang yang tidak ada kepentingan diri. Harga diri lebih penting bagi beliau. Jika dia ke Bukit Lanjan, dia akan dituduh Umno lari dari kerusi Melayu ke kawasan kerusi Cina.

"Jadi, mengenali Tan Sri (Khalid), saya yakin dia akan bertegas mahu mempertahankan Ijok walaupun berhadapan dengan risiko kalah," kata sumber itu.

Sokongan yang melonjak kepada Khalid sejak kebelakangan ini di Ijok menambahkan lagi semangat beliau untuk kekal di Ijok walaupun berdepan dengan permainan kotor pihak lawan itu.

Semasa ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Ijok baru-baru ini, 12,000 orang telah menyertai majlis yang turut disertai Khalid itu.

"Memang antara sebab orang datang kerana Ustaz Azhar tetapi apabila bersalam, orang ramai berebut untuk bersalam dengan Tan Sri," kata satu sumber.

Majlis di Bestari jaya yang turut disertai oleh Datuk Ambiga Srenevasan juga mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat India di situ.

Kira-kira 5,000 orang khasnya masyarakat India temepatan menyertai majlis bersama Khalid dan Ambiga itu.

Di majlis itu, orang-orang India juga nampaknya sangat positif dengan Khalid tambahan lagi calon Umno akan bertanding di Ijok kali ini.

Antara calon Umno yang disebut-sebut bakal bertanding di Ijok adalah Datuk FD Iskandar, seorang usahawan Melayu yang berjaya dan naik dengan kekuatan peribadi.

Iskandar disebut Umno melalui laman webnya antara calon MB Selangor di kalangan Umno.

Banner paling lawak dari BN...

http://paklongonline.blogspot.com, 06 Apr 2013
Kesian kat pagaq tuh, sapa la punya kerja pi gantung nih kat situ...!

Jangan terpengaruh agenda Umno tentu tarikh p'raya

Muhammad Faizal, 06 Apr 2013
JOHOR BAHRU: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak terpengaruh dengan agenda Umno yang mahu mengaitkan tarikh pilihanraya umum ke-13 (PRU13) dengan peristiwa berdarah 13 Mei.

Menurut beliau, SPR perlu profesional dan sewajarnya mengelak dari sebarang perkara yang boleh membawa kepada ketegangan dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU13) nanti.

"Kita mengharapkan supaya tarikh PRU13 tidak ada kena mengena dengan 13 Mei dan ianya boleh dielakkan sekiranya SPR bersikap profesional.

"Kita tidak mahu SPR terperangkap dengan agenda umno dan memang sejak kebelakang ini mereka cuba memainkan isu perkauman dan isu 13 Mei dengan tujuan untuk menakutkan rakyat," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di sini.

SPR dalam kenyataannya semalam memaklumkan pihaknya akan bermesyuarat khas pada 10 April ini bagi menentukan beberapa tarikh penting bagi perjalanan PRU13 ini.

Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, antara tarikh yang akan ditentukan dalam mesyuarat tersebut ialah tarikh penamaan calon, tarikh pengundian termasuk pengundian awal serta menentukan daftar pemilih bagi pilihan raya tersebut.

SPR mempunyai tempoh 60 hari bagi mengadakan pilihan raya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran parlimen pada 3 April lalu.

Mengikut tradisi beberapa pilihan raya sebelum ini, tarikh pengundian berlaku selepas 24 hari parlimen dibubarkan.

Jika trend itu diambil kira, ramai menjangkakan tarikh pengundian PRU13 mungkin diadakan pada 27 April ini.

Bagaimanapun, terdapat juga desas-desus kemungkinan tarikh pengundian akan dibawa ke bulan depan dan mungkin menghampiri 13 Mei yang dilihat boleh dijadikan modal kempen buat Umno BN untuk memainkan isu tragedi 13 Mei dalam kempen mereka.

Salahudin ketika diminta mengulas lanjut berhubung isu 13 Mei yang dibangkitkan Umno itu berkata, isu itu sengaja dimainkan untuk menakutkan rakyat agar tidak membuat perubahan.

Menurutnya lagi, agenda itu cukup jelas apabila terdapat papan iklan yang dinaikan membayangkan kononnya kekacauan akan berlaku pada pilihan raya kali ini.

"Memang agenda mereka untuk menakutkan rakyat dan mengimbaukan kembali rakyat untuk ingat 13 Mei.

"Sedanggkan peristiwa tersebut telah lama berlaku, ia bukan masanya masyarakat Malaysia untuk mengingati peristiwa yang telah berlalu," sambung beliau.

Salahuddin juga menyatakan komitmen Pakatan Rakyat untuk memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ianya akan berlangsung dengan aman dan mengikut undang-undangg.

"Masyarakat Malaysia juga harus menilai keamanan yang berlaku pada lima buah negeri apabila berlakunya perubahan selepas pilihanraya 2008," katanya.

KTMB diminta perkemas koch keretapi

Syed Abdullah Syed Osman Jamalulail,

Diperhatikan koch-koch yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak begitu mengambil berat untuk menjaga kebersihan dan kebanyakan kerusi untuk penumpang juga didapati berkeadaan lusuh dan rosak serta koyak-rabak disana sini.

Tandas yang kotor dan pintu otomatik yang tidak berfungsi  menambahkan lagi bunyi bising yang tidak menyenangkan penumpang. Begitu juga kebanyakan TV yang dipasangkan disetiap koch juga saperti hanya sebagai hiasan sahaja tetapi langsung tidak dibuka untuk tontonan penumpang.

Koch khas untuk kantin yang ada hanya menjual air minuman dan beberapa keping roti sandwish atau makanan segera sahaja yang mana sepatutnya kantin untuk keretapi ini terutama sekali bagi perjalanan jauh saperti dari Butterworth keSingapura hendaklah menyediakan jualan makanan yang berkhasiat sedikit saperti makanan nasi,mee rebus atau mee goreng dan nasi lemak serta kueh mueh sebagai menunya.

KTMB perlu diperbaiki lagi atau jika perlu dinaikkan taraf setanding dengan penumpang kapal terbang dimana dicadangkan supaya untuk perjalanan jauh itu dimasukkan juga harga pakej makanan supaya penumpang tidak merasa lapar disepanjang perjalanan yang kadangkala mengambil masa lebih kurang 12 jam didalam koch yang sama.

Ketepatan masa kedestinasi untuk kita sampai juga selalunya tersasar yang kadangkala melebihi berpuluhan minit atau berjam-jam juga menjadikan penumpang begitu gelisah kerana berkemungkinan akan tergendalanya urusan-urusan penting atau keluarga yang menunggu juga agak lama distesen-stesen keretapi yang ditujukan itu.

Kalau KTMB mahukan kepercayaan penumpang dan menjadikan KTMB sebagai pengangkutan awam yang diunggul lagi berdisiplin ialah dengan memberikan perkhidmatan yang memuaskan termasuk juga ketepatan masa yang begitu penting kepada kami sebagai pelanggan atau penumpang tetap KTMB.
Perlu dingatkan bahawa suatu ketika dahulu KTMB kurang mendapat sambutan semata-mata adalah kerana ketetapan masa sebagaimana yang dijanjikan itu selalu tersasar.

KTMB juga adalah salah satu rangkaian pengangkutan awam yang agak popular kepada pelancong dari luar yang berkunjung kenegara kita ini dan sepatutnya kita menjaga kebersihan dan menjaga waktu serta mempunyai taraf setanding dengan pengangkutan awam mereka saperti terdapat diLondon,Paris atau Tokyo yang mementingkan ketetapan waktu destinasi untuk ditujukan itu.

Syed Abdullah Syed Osman Jamalulail
Ampangan, Seremban

Datuk SUK dilantik ketuai JK tangani banjir

Harakahdaily, 06 Apr 2013
GEORGE TOWN: Setiausaha kerajaan negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus (gambar) telah dilantik mengetuai Jawatanakuasa Krisis Bencana Untuk Menangani Banjir Kilat Di kawasan George Town ekoran hujan lebat pagi ini.

Perlantikan ini diumumkan oleh Ketua Menteri kerajaan sementara Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataannya.

Perlantikan ini di buat bagi memastikan sistem pengurusan krisis bencana masih beroperasi sungguhpun Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sudah dibubarkan semalam dan kerajaan negeri dalam status “caretaker”.

Mengikut laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, jumlah air hujan turun dalam masa yang singkat ini ialah 85 mm di Sungai Pinang, 90 mm di Kolam Dondang, 107mm di Lorong Batu Lanchang, di Jalan Scotland 83mm, di Kolam Air Hitam ialah 114mm, di Bukit Bendera 168mm, 83mm di Jalan P. Ramlee dan 141mm di Sungai Air Terjun.

Hujan sekitar 60 mm dikira lebat.

Sungguhpun air hujan sudah henti, keadaan banjir bertambah buruk di kelima-lima sungai kecil yang mengalir ke Sungai Pinang kerana air laut yang pasang.

Keadaan hujan lebat dan air laut yang pasang secara serentak memburukkan lagi keadaan banjir kilat kerana air tidak dapat alir keluar. Untuk makluman, air laut pasang yang paling tinggi adalah pada 10 pagi pada tahap 3.26 meter dan sekarang sudah  mulai surut bersama dengan air hujan.

"Saya bersyukur tidak ada kecederaan atau kehilangan nyawa sehingga sekarang. Datuk Farizan menyatakan pemindahan penduduk tidak diperlukan. Datuk Farizan juga memaklumkan kepada saya 4 kontraktor telahpun dipanggil untuk kerja-kerja kecemasan membersihkan sungai akibat hujan lebat pagi ini," kata Lim Guan Eng.

2 kontraktor yang dipanggil oleh JPS ialah Syarikat Malinaz untuk Sungai Pinang serta Map & Ammar untuk Kampung Masjid dan di depan Flat Zainal Abidin serta Sungai Air Hitam.

2 kontraktor MPPP ialah Syarikat Azah dan Syarikat Farah Enterprise yang sedang urus kerja-kerja pembersihan sekitar Jalan Masjid Negeri.

"Saya telah meminta ahli-ahli EXCO seperti Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Wong Hon Wai dan Law Choo Kiang serta bekas ADUN Jagdeep Singh, Tey Ee Cheu dan Koid Teng Guan untuk turun padang.

"Saya ingin meminta maaf kepada penduduk-penduduk yang terjejas oleh banjir kilat bahawa saya tidak dapat bersama-sama turun padang kerana kini di Johor untuk upacara adat Qing Ming membersihkan kubur nenek moyang saya," kata Lim Guan Eng dalam kenyataannya.


LIM GUAN ENG

Umno Gua Musang pecah dua

Harakah, 06 Apr 2013
GUA MUSANG: Kalau sebelum ini Gua Musang dianggap kubu Umno di Kelantan, namun sekarang situasi itu sudah berubah.

Tengku Razaleigh Hamzah tidak lagi diberi laluan mudah untuk mempertahan kerusi yang disandangnya.

Malah Umno Gua Musang sekarang berpecah kepada dua iaitu Umno Semangat 46 dan Umno Baru.

Umno Baru yang diketuai bekas ketua bahagian, Mohd Saupi Deraman dikatakan semakin berpengaruh.

Malah beliau turut bergabung dengan Ketua Wanita, Hazani Mohd Noor, Ketua Pemuda, Datuk Bazlan Baharuddin dan beberapa lagi anggota jawatankuasa termasuk Wahad Yunus serta Aziz Mamat.

Manakala kumpulan Tengku Razaleigh hanya disertai Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan Adun Galas, Abdul Aziz Yusoff.
Baca laporan penuh dalam Harakah edisi Isnin mulai esok.

Kerajaan sementara: Pulang semua kemudahan termasuk kenderaan

Harakah, 06 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Semua pegawai kerajaan negeri Selangor mesti memulangkan kemudahan milik kerajaan negeri melainkan untuk tujuan rasmi termasuk semua kenderaan rasmi dan aset kerajaan negeri semasa kerajaan sementara.

Peraturan tegas itu terkandung di dalam surat pekeliling Selangor yang dikeluarkan pada 19 Februari - menggariskan agar tiada polisi baru, kontrak, projek pembangunan mahupun perlantikan jawatan dibuat semasa menjadi Kerajaan Sementara.

Ia melambangkan Pakatan Rakyat komited menguruskan Kerajaan Sementara secara telus selepas pembubaran Parlimen diumumkan Perdana Menteri Rabu lalu.


Laporan penuh dalam Harakah yang boleh dibaca mulai esok.

Pilihan raya dan harta awam

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 04 Apr 2013
Apabila kita membaca Sirah Nabi SAW kita merasa betapa kita umat Islam khususnya kepimpinan negara-negara umat Islam amat jauh dari mengambil teladan dari sirah baginda yang agung. Sekalipun nama Nabi Muhammad SAW itu sering digunakan oleh pelbagai pihak termasuk golongan politik, namun realitinya kita lebih banyak menggunakan lebel dari mengambil isinya.

Menjelang pilihanraya, tentu pelbagai pihak akan menyebut nama Nabi SAW seakan merekalah yang paling dekat dengan ajaran baginda. Ada yang mengaku keturunan Nabi SAW untuk menebalkan poket dan mendekatkan diri kepada penguasa. Ada yang mengakui kononnya ‘salafi’ bermanhaj salaf konon padahal merekalah yang menyimpang dari maqasid agama yang dibawa oleh Nabi SAW. Ada yang membangkitkan soal perkauman, lalu menyatakan perjuangannya diajar oleh Nabi SAW. Golongan politik pula akan menggunakan sesiapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menguntung kehendak politik mereka. Jika nama Nabi s.a.w boleh dijual, mereka mungkin akan menjualnya untuk mendapatkan untung politik.

Tidak Pelik

Kita jangan hairan jika orang politik mempunyai pelbagai watak terutama musim pilihanraya ini. Kita mungkin melihat mereka bagaikan wali yang suci dengan penuh tawaduk bersujud di depan khalayak ramai dan media. Kemudian kita juga mungkin mendapati mereka penuh kerakusan kuasa, meratah harta awam, membohongi rakyat jelata, berjanji dusta dan menipu semahunya. Kesemuanya mungkin bagi yang menjadikan kuasa matlamat kehidupan mereka. Tidak kira apa jenama parti sekalipun, jika penyakit gila kuasa bersarang dan menguasai salur darah dan nafas seseorang, dia ketagih kuasa dan mungkin melakukan apa sahaja.

Hudaibiyah


Saya amat kagum dengan kejujuran Nabi SAW dalam melaksanakan janji yang dimenterai dan tidak pernah khianat kepada persetujuan yang dibuat. Perjanjian Hudaibiyah yang dibuat pada tahun keenam hijrah antara bukti yang mengkagumkan. Ramai juga sahabat tidak bersetuju dengan isi perjanjian tersebut yang dimenterai antara Nabi SAW dengan kaum Quraish Mekah yang terkenal sejak dari hari awal terus menerus memerangi Islam. Suhail bin ‘Amr mewakili pihak Quraish bagi memeterai perjanjian tersebut. Antara isi perjanjian yang dipersetujui ialah sesiapa dalam kalangan Quraish yang pergi kepada pihak Muhammad (kaum muslimin di Madinah) tanpa keizinan keluarganya hendaklah dipulangkan kepada pihak Quraish. Sesiapa dalam kalangan mereka yang bersama Muhammad yang pergi kepada pihak Quraish, tidak dipulangkan kepada pihak Muhammad’. (Isi perjanjian ini disebut dalam pelbagai riwayat dari al-Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dll).

Nabi SAW telah bersetuju dengan kandungan perjanjian ini. Ditakdirkan semasa perjanjian dimeterai, anak Suhail bin ‘Amr sendiri yang dipanggil Abu Jandal yang menganut Islam datang kepada Nabi SAW dalam keadaan dirantai kerana disiksa oleh bapanya. Dia berjaya melarikan diri dari kepungan lalu datang mendapatkan Nabi SAW dan kaum muslimin. Kata Suhail kepada Nabi SAW: “Wahai Muhammad! Ini perkara pertama yang aku tuntut engkau laksanakan bagi perjanjian ini, engkau hendaklah kembalikan dia kepadaku”. Nabi SAW cuba memujuk Suhail dengan pelbagai cara agar mengecualikan kes Abu Jandal ini. Namun Suhail tetap berkeras dengan isi perjanjian tersebut. Para sahabat begitu sedih melihat Abu Jandal yang menganut Islam tetapi disiksa dengan begitu dahsyat oleh bapanya. Dia dirantai dan dipukul.

Baginda Nabi SAW terpaksa mengembalikan Abu Jandal kepada bapanya disebabkan perjanjian tersebut. Abu Jandal menjerit dengan suara yang kuat menyebut:

“Wahai kaum muslimin! Tergamak kamu mengembalikan daku kepada puak syirik yang akan menyiksa daku kerana agamaku?!”. Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Jandal: “Wahai Abu Jandal! Bersabar dan haraplah pahala. Sesungguhnya Allah akan menjadikan untuk engkau dan mereka yang tertindas bersamamu jalan keluar. Kita telah mengikat perjanjian dengan kaum Quraish. Kita terpaksa patuh dan mereka juga kena patuh. Kita sama sekali tidak mengkhianati mereka”. (Riwayat Ahmad dan sebahagiannya dari al-Bukhari dan Ibn Ishaq).

Janji Ditepati

Demikianlah setianya Nabi SAW kepada perjanjian. Walaupun para sahabat ramai yang tidak bersetuju dan mencadangkan peperangan, namun bukanlah seorang nabi jika baginda mengkhianati perjanjian. Memamng, jika kaum muslimin memilih perang kemungkinan besar mereka boleh menang, buktinya dua tahun kemudian disebabkan Quraish sendiri yang melanggar perjanjian, Nabi SAW pun menawan Mekah pada tahun kelapan hijrah. Namun Nabi SAW tidak memilih perang atas strategi politik baginda yang kemudiannya terbukti amat berkesan.

Jika perjanjian dengan musuh Islam dipatuhi oleh Nabi SAW tanpa khianat, apatah lagi jika kita berjanji sesama muslim ataupun antara pemerintah dan rakyat. Setiap pihak, terutama yang mengaku muslim, yang sering menggunakan nama Nabi Muhammad SAW lebih wajar untuk mematuhi persetujuan yang disepakati.

Setiap parti dalam negara ini sudah ada kerajaan samada pusat ataupun negeri. BN dan PR juga sama. Pada musim piliharaya, mereka tidak boleh menggunakan harta negara ataupun negeri yang menjadi milik semua untuk kepentingan parti mereka. Kereta kerajaan, harta kerajaan dan kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan secara khusus untuk kempen kepentingan diri ataupun parti.

Khianat


Mereka tidak boleh datang berkempen diri ataupun parti menggunakan kereta ataupun apa sahaja harta awam. Bukan semua sokong BN ataupun PR. Jika yang pro-BN redha, yang pro-PR mungkin tidak redha. Jika yang pro-PR redha, yang pro-BN mungkin tidak redha. Jika kedua pihak redha meredhai dalam membelasah harta awam, mungkin mereka yang tidak pro BN atau PR tidak redha. Maka, mereka jangan khianat amanah yang diberikan di tangan mereka.

Demikian juga media awam yang dibayar oleh harta kerajaan, hendaklah bebas dari kepentingan mana-mana parti politik. Sekian lama sejak merdeka, pihak penguasa sering ‘merembat’ habis-habisan media-media awam ini, termasuk TV Hijrah yang kelihatan ‘agama’ yang turut digunakan untuk kempen. Padahal ia dibiayai oleh harta awam yang menjadi milik bersama.

Dalam negara demokrasi yang berjanji satu proses pilihanraya yang adil, janji wajib itu dilaksanakan. Saya akur, telah berlaku usaha pembaikan pengurusan pilihanraya kita untuk membolehkan ia lebih adil. Kita hargai. Namun masih ada ruang yang patut dibaiki. Saya tidak fanatik mana-mana parti. Bukan juga penjilat mana-mana pemimpin kerajaan ataupun pembangkang. Saya juga tidak beriman dengan kejujuran mana-mana parti yang sedia ada itu. Namun setiap rakyat memerlukan maklumat yang saksama untuk dia membuat pilihan. Media awam patutnya memainkan peranan tersebut. Jika ada media yang dimiliki oleh pihak-pihak tertentu, pihak lain juga patut diberikan lesen memiliki media mereka untuk membolehkan mereka menyiarkan pandangan mereka. Mana-mana pihak yang sanggup membentuk kerajaan yang memberikan hak tersebut, wajar disokong.

Akhirnya, setelah ruang mengenali setiap pihak dibuka secara adil, bermula dari mereka di universiti sehingga atuk dan tok wan di kampong dapat berfikir semampunya apa yang menjadi hasrat mereka sebagai rakyat, mereka pun mengundi. Undian itu mempunyai harga dan maruah diri rakyat. Percayalah, jika ruang sepenuh dibuka pun, tidak semestinya mereka akan menukar kerajaan ataupun memilih pembangkang. Jika mereka menukar pun, itu hak mereka yang diberikan oleh sebuah negara yang adil.

http://drmaza.com

Tiada ulasan: