BN juga janji air percuma di Selangor
VIDEO | 1.17 min
Dalam rangka menawan semula Selangor, BN juga akhirnya menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada seluruh rakyat Selangor - janji yang sama dengan manifesto Pakatan Rakyat pada 2008 dan sudah pun dilaksanakan.
Malah, dalam manifesto BN Selangor yang dilancarkan malam ini, BN juga berjanji menukar meter bekalan air pukal, yang digunakan di rumah pangsa dan kondominium, kepada meter individu secara percuma.
Sebelum ini, penghuni rumah pangsa menghadapi masalah mendapatkan air percuma kerana kediaman mereka menggunakan meter pukal yang diselia oleh pihak pengurusan bangunan berkaitan.
Isu air di negeri itu sentiasa menjadi pertikaian berpanjangan antara kedua-dua BN dan Pakatan, termasuk dalam isu cubaan mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) oleh kerajaan negeri.
Ia antara janji Pakatan yang paling popular, yang dilihat menjadi katalis kepada kejayaan Pakatan merampas negeri terkaya di Malaysia itu dalam pilihan raya umum ke-13 lima tahun lalu.
Sementara itu, manifesto BN yang diumumkan malam ini menggunakan tema "Keamanan Kestabilan, Kemakmuran" menumpukan kepada enam agenda utama, iaitu:
Masyarakat lebih prihatin lebih penyayang
Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera
Perumahan lebih mampu milik
Selangor lebih inovatif, lebih daya saing
Selangor lebih progresif
Selangor lebih mesra, alam lebih bersih
Dalam rangka menawan semula Selangor, BN juga akhirnya menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada seluruh rakyat Selangor - janji yang sama dengan manifesto Pakatan Rakyat pada 2008 dan sudah pun dilaksanakan.
Malah, dalam manifesto BN Selangor yang dilancarkan malam ini, BN juga berjanji menukar meter bekalan air pukal, yang digunakan di rumah pangsa dan kondominium, kepada meter individu secara percuma.
Sebelum ini, penghuni rumah pangsa menghadapi masalah mendapatkan air percuma kerana kediaman mereka menggunakan meter pukal yang diselia oleh pihak pengurusan bangunan berkaitan.
Isu air di negeri itu sentiasa menjadi pertikaian berpanjangan antara kedua-dua BN dan Pakatan, termasuk dalam isu cubaan mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) oleh kerajaan negeri.
Ia antara janji Pakatan yang paling popular, yang dilihat menjadi katalis kepada kejayaan Pakatan merampas negeri terkaya di Malaysia itu dalam pilihan raya umum ke-13 lima tahun lalu.
Sementara itu, manifesto BN yang diumumkan malam ini menggunakan tema "Keamanan Kestabilan, Kemakmuran" menumpukan kepada enam agenda utama, iaitu:
- Masa depan lebih cerah.
- Masyarakat lebih prihatin, lebih penyayang.
- Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera.
- Perumahan lebih mampu milik.
- Selangor lebih inovatif, lebih daya saing.
- Selangor lebih progresif.
- Selangor lebih mesra, alam lebih bersih.
- Bantuan Sara Hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak
- Klinik Rakyat 1Malaysia di seluruh Selangor dan penubuhan pusat setempat untuk hemodialisis, penyakit kronik dan kesuburan wanita.
- Naik taraf Taska KEMAS kepada PERMATA
- Pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas di bandar utama
- Semakan dan penurunan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yangdinaikkan kerajaan pakatan pembangkang
- Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah PPRyang berdaftar dengan e-Kasih
- Perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan taman perumahan dengan stesen KTM Komuter, LRT dan MRT
- Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan bandar dan separuh bandar
- Biasiswa Kecil Yayasan Selangor RM80 sebulan untuk pelajar sekolah rendah dan RM150 untuk pelajar sekolah menengah yang memerlukan
- Baju seragam sekolah dan beg sekolah percuma kepada pelajar sekolah miskin
- Kupon pengangkutan 'Sayangi Selangor' percuma ke sekolah untuk pelajar miskin yang layak
Masyarakat lebih prihatin lebih penyayang
- Dana khas aktiviti kemasyarakatan RM5,000 setahun kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru
- Dana khas pengurusan RM5,000 sebulan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)berdaftar
- Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukan RM5,000 setahun
- Dana khas RM5,000 setahun kepada JK Penduduk Ladang (JKPL)
- Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab sosial tempatan berdaftar dan Persatuan Perkhidmatan Awam negeri Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk Rukun Tetangga tempatan
- Bantuan kewangan, pengurusan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam berdaftar
- Menyedia dan menaiktaraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam di semua sembilan buah daerah di Selangor
- Menyediakan kemudahan WIFI dan Pusat Jalur Lebar percuma untuk komuniti di kawasan strategik seluruh Selangor
- Menyediakan kemudahan taman tema, pusat rekreasi tempatan dan kemudahan sukan di setiap daerah untuk rakyat terutama golongan sudah berkeluarga
Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera
- Menaiktaraf dan menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada 12 kepada 14 PBT baharu: Majlis Perbandaran Bangi dan Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan)
- Bandar dan komuniti selamat (Selangor safe city) di kesemua 14 PBT akan diperluas ke seluruh Selangor menjelang 2020.
- Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk mencegah jenayah, keselamatan dan bencana.
- Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah
- Menyediakan pasukan Rapid Response Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana.
- Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di semua 14 PBT untuk bantu permasalahan rakyat dan memperkasa sistem maklum balas kerajaan dan fasilitasi janji Manifesto BN Selangor.
Perumahan lebih mampu milik
- Kembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor
- Skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana
- 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggiran/luar bandar bernilai RM50,000
- 15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan di bawah RM80,000
- Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk Bekas Tentera, Polis dan Penjawat Awam/agensi kerajaan negeri
- Perumahan awam dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) untuk masyarakat pinggiran/luar bandar dan pekerja ladang
- Lif, utiliti gunasama dan penyelenggaraan mengecat bagi rumah pangsa PKNS dan rumah kos rendah PPR - perbelanjaan berkaitan akan ditanggung kerajaan negeri
- Air percuma 20m padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma
- Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB
- Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda
- Menyediakan dan menambah bilangan Rumah Transit Rakyat Sayangi Selangor untuk individu bujang dan baru berkeluarga yang baru berhijrah ke kawasan bandar seperti Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang
- Pembukaan kawasan baharu petempatan tersusun dengan kemudahan infrastruktur dan bayaran premium minimum di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selayang, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang.
Selangor lebih inovatif, lebih daya saing
- Mengembalikan peranan utama Yayasan Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Universiti Selangor sebagai institusi kecemerlangan pendidikan anak Selangor
- Peruntukan pembayaran sekaligus sebanyak RM500 bagi setiap kelahiran baharu anak Selangor sebagai deposit awal tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional
- Biasiswa untuk golongan miskin dan Pinjaman Boleh Ubah sehingga RM80,000 untuk anak Selangor cemerlang ke universiti untuk ijazah pertama
- Baucar Buku Sayangi Selangor RM200 untuk pelajar Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
- Baucar Siswa Sayangi Selangor sebanyak RM1,000 bagi anak Selangor yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi kursus Diploma dan RM1,500 bagi Ijazah Sarjana Muda
- Interaktif Tuisyen Rakyat Sayangi Selangor, tuisyen percuma untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM secara dalam talian
- Meluaskan Kedai Buku 1Malaysia
- Tabung Khas Pendidikan RM10 juta bagi anak-anak pekerja ladang dan Orang Asli
- Meneruskan penubuhan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor
- Menubuhkan MRSM Yayasan Selangor untuk anak Selangor yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah
- Menaiktaraf Sekolah Rendah Agama JAIS dari segi prasarana dan kurikulum pendidikan
- Semakan semula yuran persekolahan tahunan Sekolah Rendah Agama, Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebagai galakan pembentukan sahsiah generasi muda Selangor
- Menaikkan gaji atau elaun minimum guru SAR, SRA dan KAFA kepada RM1,500
- Menaiktaraf SRJK (C) dan SRJK (T) terpilih di kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan sekolah berprestasi tinggi untuk rakyat Selangor
Selangor lebih progresif
- Membangunkan Koridor Baharu 'Selangor Global Logistic Hub' di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan KLIA Sepang, menarik pelaburan asing dan membuka 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor
- Pusat Transformasi Bandar di kesemua 14 PBT bagi menjana ekonomi dan IKS rakyat setempat, sebagai sokongan kepada Selangor Global Logistic Hub
- Pusat khidmat setempat BISNES SELANGOR untuk mengurangkan kerenah birokrasi berkaitan perniagaan dan industri
- Skim Mikrokredit Sayangi Selangor: Dana - RM250 juta untuk modal permulaan perniagaan
Selangor lebih mesra, alam lebih bersih
- Modenisasi pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baharu
- Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor sehingga RM40,000 bagi rakyat yang ingin menyertai program Feed In Tariff menggunakan Tenaga Solar
- Program
dan Insentif Khas bagi pengurusan tenaga alternatif diperbaharui dan
pemeliharaan alam sekitar yang efisien dan mesra untuk rumah, premis
perniagaan dan perindustrianDalam protes, BN PP pertahan senarai 'muktamad'BN Pulau Pinang tidak akan menyemak semula senarai calon mereka walaupun dibantah pihak yang digugurkan atau tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke13 pada 5 Mei ini.
Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata, senarai itu sudah dimuktamadkan kerana parti sudah membuat pendirian berhubung sabotaj dalaman.
Ditanya tentang tiga pemimpinnya yang mengisytiharkan perang kerana digugurkan, Teng (kiri) berkata: "Terpulang kepada mereka hendak bertanding sebagai bebas".
"Tidak banyak yang dapat saya lakukan kerana mereka meletakkan kepentingan sendiri di atas kepentingan parti."
Malam tadi, Penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan, bekas anggota Parlimen Tasik Gelugor Shariff Omar dan penyandang kerusi Sungai Dua Jasmin Mohammed mengisytiharkan perang terhadap BN apabila tidak terpilih sebagai calon.
Mohan bercadang bertanding bawah tiket Parti Kesejahteraan Insan (KITA) dan Shariff mahu menjadi "wakil bebas mesra Pakatan".Calon BN Tanjung Bidara tarik diriCalon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara Datuk Kapt (B) Ab Karim Sulaiman hari ini menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ab Karim, 65, yang juga pengerusi jawatankuasa kerja raya dan kemudahan awam Melaka membuat keputusan itu atas faktor kesihatan dan telah menghantar surat rasmi kepada Pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada sebelah tengah hari.
Sehubungan itu, Mohd Ali ketika ditemui di kediamannya di Seri Bendahara mengumumkan pesara guru, Md Rawi Mahmud, 60, yang juga ahli jawatankuasa Umno Bahagian Masjid Tanah menggantikan tempat Ab Karim selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Surat tauliah akan diperolehi petang ini... beliau (Md Rawi) dikenali oleh pengundi di Masjid Tanah," katanya.
Pada PRU12, Ab Karim mengalahkan calon PAS, Imran Abdul Halim dengan majoriti 3,383 undi.
- Bernama
Waran tangkap terhadap peniaga kes rosak bendera BNMahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang peniaga kerana gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan merosakkan bendera BN yang dipasang di Taman Seri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam minggu lepas.
Majistret Nurul Syahida Zainal membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Aqeeb Lizalman Nordin Zamery supaya waran tangkap dikeluarkan ke atas R.Chandran, 47, dari Taman Seri Muda, kerana gagal hadir di mahkamah.
Chandran bakal dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh hukum dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Nurul Syahida menetapkan 16 Mei ini sebagai tarikh sebutan bagi mengetahui status waran tangkap dan seterusnya pertuduhan akan dibacakan terhadap peniaga itu jika beliau hadir.
Sementara itu GEORGE TOWN, dua pekerja parti dilapor diserang ketika memasang bendera parti di Jalan Perak tengah malam semalam.
Menurut jurucakap pilihan raya polis kontinjen negeri ACP Roslee Chik, mereka yang berumur 21 dan 53 tahun itu diserang sekumpulan individu menggunakan topi keledar dan kayu.
"Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala serta muka sehingga terpaksa menerima lebih 20 jahitan. Mangsa yang berumur 53 tahun itu koma, tetapi kini berada dalam keadaan stabil," katanya kepada pemberita hari ini.
Sehubungan itu, polis sedang mengesan lima suspek berusia antara 20-an hingga 30-an yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.
Roslee meminta saksi tampil membuat laporan.
Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Di SEREMBAN pula, polis sehingga kini menerima tujuh laporan berhubung perbuatan khianat yang dilakukan terhadap poster dan bendera pelbagai parti politik di negeri ini menjelang PRU13.
Jurucakap media bagi PRU13 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) negeri Superintenden Muhamad Hanifah Abdul Malek berkata antara perbuatan khianat itu adalah membakar dan mengoyak bendera serta melempar cat ke atas poster parti politik.
"Sejak 9 April lepas, ada tujuh laporan kes khianat diterima polis dan antara kawasan yang terlibat ialah Kuala Pilah, Jelebu, Port Dickson dan Nilai.
"Bagaimanapun, setakat ini, belum ada tangkapan dan polis sedang melakukan pemantauan di semua kawasan," katanya dalam sidang akhbar di IPPK hari ini.
Beliau berkata mereka yang ditangkap melakukan perbuatan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Muhamad Hanifah berkata semua penyelia atau ketua jentera parti politik pada PRU kali ini diminta memantau pergerakan anggota mereka agar tiada yang terlibat dalam perbuatan khianat itu.
"Anggota jentera parti politik juga dinasihat untuk menjaga keselamatan diri masing-masing agar tidak membahayakan diri ketika melakukan pemasangan bendera dan poster parti mereka," katanya.
- Bernama
Raja Mohd Shahrim · Ikuti · Pengulas Tertinggi · 1,939 orang pelanggan
Kes penyokong PKR yg diparang oleh samseng UMNO BERNAMA tak nak lapurker bilaa nak naik mahkamah..??
Abdul Rahim Nordin · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Loading... ██████████████] 99% · 3,846 orang pelanggan
Lim Mei Ren · Pengulas Tertinggi · UKM, Malaysia
Bendera BN rosak cepat dapat tangkap si perosaknya, bendera PR rosak, buat-buat tak nampak...apa lah ni, macam dacing BN berat sebelah!!
Mohd Faizal Awang · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Port Moresby, Papua New Guinea
Amran Musa Pekida bodoh dan penipu, Bendera PR lagi banyak hilang.. ada faham!! buat report polis pun pasti akan dibakulsampahkan. Kami pro PR tau mcmana nak baca berita dari BERNAMA ni. Kalau diberitakan penyokong PR merosakkan bendera BN...yang sebenarnya Penyokong BN yang merosakkan bendera PR.
Pengamal Sains Jenayah · USM Penang
hoi polis. jgn tutup kes ni. jgn jual nama dpp. dpp pul tlg buat kerja elok@. jgn sampai kami p ludah muka u all
Abedee Dee · Pengulas Tertinggi · Sek pondok-pondok
lamaaaa dahhh dacingg tuu berat sebelahhh...TUKARlah
Izurudden Abuhanifah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Hamba Allah SWT Umat Rasulullah SAW
pasal bendera kena tetak dgn parang.mangsanya org PR.zalim.ganas sguh setan sundal yg tetak dia ni.
Wan Mazlan · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan
Amran Pekida:....kepala otak ko yang xder bendera PR dikacau, bukan setkt kacau...dibakar terus pun ada ......ko tak baca paper ke...opss, lupa perkara nie tak akan keluar dalam suratkhabar UMGOK...ko nie BODOH, BAHLOL, TOLOL, BENGONG dan macam-macam lagi lah....
Halim Mat Ail · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Maktab Perguruan Persekutuan
Oh Malaysiaku, ....... merosak bendera BN, ...... seorang penyokong sebuah parti politik cedera ditetak. Awat tak cakap je sebuah parti politik tu sebagai PARTI PAS. Knp merosak bendera BN tu tak pula di tulis merosak bendera sebuah parti politik... BERNAMA n UTUSAN sama shj
Bala Singan · Ikuti · Pengulas Tertinggi
KEBUDAYAAN KIBARKAN BENDERA TAK LAKU LAGI, HATI RAKYAT DAH BERSEDIA UNTUK UNDI PAKATAN RAKYAT, ,,,,, BN MASIH PAKAI KEBUDAYAAN 60AN, RAKYAT TAK KISAH BENDERA2 INI TAK RISAU....
Isa Bin Ahmad Isma · Pengulas Tertinggi · Sulaiman
abis yg merosakan bendera pakatan apa tindakan polis pulak
Mohd Rashid Abdullah · ITK
Tadi aq baru lalu kat Jln ke Kg Kerinci. Bendera parti baik PR mahu pun BN kiri kanan jalan berserabut banyaknya. Jln sepanjang tak sampai 3 km tu terdapat tidak kurang dari 10 pondok yg dinaikkan di petak letak kereta. Apa kejadah nak naik begitu bnyak pondok.Tempat letak kereta dah kurang. Harap Kerajaan sementara atau Majlis daerah dpt buat sesuatu. Bila dah ramai tu mulalah cari pasal antara satu sama lain. Aq cadangkan xpayah pasang2 bendera menyemakkan kawasan ja. Pondok pulak hanya 1 bagi tiap calon didepan pusat mengundi. Bendera boleh dipeggang bukan dipacak atau digantung. Beraraklah kamu keliling pekan/kg dgn memegang bendera tsb. xdalah kes kena pukul. Aq rasa pengerusi SPR ni dipecat ja xlayak dah.
Pejuang Sunnah
Bahayanyaa.. ni bukan berat sebelah lagi dah.. dah terputus tali dacing! "Jadi dacing dah rosak"...TAK BOLEH PAKAI DAH.... berselerak kes Bendera PR dibuang, dipatahkan, dibakar.. malah markas pun dirosakkn. PR bangun kita pun buat byk2 report! tgk mana yg nak diadili... DIAM SAHAJA PUAK-PUAK NI makin lama MAKIN MELAMPAU. Patut diajar spt KES SAMAN PAPAGOMO.
Jebat Zul · Pengulas Tertinggi · Executif Consultant & Financial Planner di Self Employed (Business)
Kalau dalam laporan tiada d sebut parti mana yg bertanggungjawab, bermakna ianya adalah BN. Siapa lag yg sanggup bawa budaya gengterism kalau tak BN, ini lah yg pemimpin mereka kata akan wujud huru-hara, tapi yg peliknya PDRM masih tak tangkap pemimpin yg membawa hasutan tersebut? Spt Maddey Kutty Mamak IC, Mohidin Jawa dan Sharizat Lembu.
Wan Rohadi · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Sendiri
Yany buang bendera dacing tu orang kuat M.Taib ,sebab orang yg. M.Taib taja tiada dlm. senarai calun. Maka M. Taib pun masuk PAS. Padam muka ..BN.
Tombak Combat · Pengulas Tertinggi · Kajang, Malaysia
mungkin juga penyokong parti2 lain akan berlaku ganas kerana polis berpihak kepada umno bn . risis dan tidak berlaku adil .
Zexx Zainol · Pengulas Tertinggi · Implementation Manager di Ericsson AB
anggota jentera parti gabungan Pakatan Rakyat kenalah berhati2 dan menjaga keselamatan diri masing2,,,,,,, anggota jentera parti gabungan bn Jangan Takut,,,,, anda dilindungi undang2.
Johnny Tung · Pengulas Tertinggi
Petugas yang pasang bendera tu cuma ambik upah je, janganlah susahkan dia orang. Mereka tu pendapatan rendah, dan cuma mencari rezeki 5 tahun sekali, kenapa lah nak cederakan mereka?
Lima Papah · Pengulas Tertinggi · University of entahmano
kalu masih lagi belum kena tangkap kita boleh tahu dari pihak mana satu ek.... Kalu pihak PR dah sampai kes masuk mahkamah... so paham2 aje le ek???
An Kg Pening Lalat · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Slave and boss di The Unemployed Foundation
Tak payah menyemak bendera dan poster. Cukup pasang kat bilik gerakan masing2.
Amran Musa Pekida · Pengulas Tertinggi · SMK SRI SKUDAI
kasihan petugas BN, diancam samseng pembangkang. ko ingat ko samseng sgt? ko org pembangkang x jupe aku gi. aku tumbuk muka ko br ko tahu makna perpaduan melayu. puih
Abdul Rahim Nordin · Ikuti · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Loading... ██████████████] 99% · 3,846 orang pelanggan
Azmi Mohd Amin
Next pilihanraya haramkan penggunaan poster. Kempen melalui tv @ internet je. Kalau gaduh pun taklah sampai koma @ kena parang
Huswan Imad · Pengulas Tertinggi · Sek.men.ren.kangkong
Eh cepatnya bertindak bila bendera BN dirosakan, tapi bila bendera dari PR dibuang ke longkang dan dibakar apa tindakan polis terhadap orang yang terlibat itu?
DAP cabar MIC nyata pendirian ke atas Zul NoordinPenyandang kerusi parlimen Puchong Gobind Singh Deo mencabar pemimpin MIC dan calon BN untuk menyatakan pendirian ekoran tindakan parti berkenaan menamakan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin sebagai calonnya untuk kerusi parlimen Shah Alam.
Cabarannya itu timbul ekoran tuntutan dari kumpulan NGO dan parti politik mewakili masyarakat India yang masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf Zulkifli atas satu kenyataan didakwa menghina penganut Hindu.
Menurut Gobind, keputusan BN untuk menamakan Zulkifli sebagai calon itu merupakan satu tamparan oleh Umno kepada MIC dan juga pemimpin India lain dalam parti tersebut.
"Pemimpin MCA dan semua calon BN mesti membuat pendirian. Adakah mereka menyokong pencalonan Zulkifli dan pilihan perdana menteri untuk (kerusi) Shah Alam?," kata Gobind.
Kenyataannya itu merujuk kepada kenyataan Zulkifli dalam satu video yang antara lainnya menceritakan perbualan pemimpin PERKASA itu dengan seorang penjual berhala Hindu di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir.
Perbualan itu antaranya memuatkan persoalan sekitar kenapa tuhan di kedai itu tidak menahan air daripada memasuki kedai itu.
Zulkifli memohon maaf atas kenyataan tersebut, yang menurutnya dibuat ketika beliau taksub dengan ideologi PAS.
Kumpulan NGO mewakili masyarakat India bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataan maaf itu.
Dalam kenyataan hari ini, Gobind turut menimbulkan mengenai kemarahan pemimpin MIC ke atas pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia Ridhuan Tee Abdullah sebelum ini, atas satu tulisan yang turut mengguris perasaan masyarakat India.
Malah, pemimpin MIC Vell Paari juga sebelum ini mengancam untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat sekiranya tiada tindakan dikenakan ke atas Ridhuan.
Tulisan Ridhuan, yang disiarkan Sinar Harian pada pertengahan Februari lalu, antara lainnya mempersoalkan perayaan Thaipusam dan pembinaan rumah ibadat bukan Islam selepas pilihan raya umum ke-12.
"Pernahkah kita bersungut ketika perayaan Thaipusam? Seminggu sebelum perayaan, seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak.
"Kenderaan diparkir sesuka hati. Lautan manusia satu warna berhimpun, seolah-olah tidak ada warna lain lagi di negara ini," kata Ridhuan dalam tulisan berkenaan.
Akhbar Sinar Harian terpaksa memohon maaf atas penyiaran tulisan berkenaan, namun ia tetap dipertahankan PERKASA yang berpendapat Ridhuan tidak perlu meminta maaf.
Sehubungan itu, menurut Gobind, tindakan Najib menamakan Zulkifli sebagai 'calon transformasi' di Shah Alam merupakan tindakan yang tidak mempedulikan perasaan masyarakat India.
"MIC perlu menyatakan pendirian atas perkara yang amat serius ini. Mereka tidak boleh bercakap berdentam-dentum, dan kemudian meminta rakyat Malaysia menyokong BN.
"Jika MIC terus berdiam diri, yang mana mereka mungkin berbuat demikian kerana tiada keberanian untuk berdepan dengan Umno bagi mempertahankan masyarakat India, maka Vell Paari mesti melakukan sepertimana yang diancamnya sebelum ini, iaitu keluar dari MCA dan menggesa orang India agar tidak menyokong BN dalam pilihan raya kali ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan