Khamis, 18 April 2013

BILA KITA DAH NAMPAK LEMAH....HINGGA TAK CUKUP CALON...BANYAK CALON TERLEPAS WALAUPUN DISARING

Senarai Penuh Calon Pas Kelantan
Posted on Thursday, April 18 @ 10:14:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan ahlinya, sama ada yang disenaraikan dan tidak tersenarai, menerima keputusan yang dibuat pimpinan parti bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Senarai penuh calon PAS Kelantan yang diumumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob bagi kerusi parlimen dan Datuk Mohd Amar Abdullah bagi kerusi Dun seperti berikut:-

Tumpat

Parlimen - Datuk Kamarudin Jaffar
Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim
Pasir Pekan – Datuk Ahmad Yakob
Wakaf Bharu – Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Pengkalan Chepa

Parlimen – Dr Mohd Izani Hussin (baru)
Kijang – Wan Ubaidah Omar
Chempaka – Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Panchor – Datuk Mohd Amar Abdullah

Kota Bharu

Parlimen – Datuk Takiyuddin Hassan (pindah)
Tanjong Mas – Rohani Ibrahim
Kota Lama – Datuk Anuar Tan Abdullah
Bunut Payong – Dr Ramli Mamat (baru)

Pasir Mas

Parlimen – Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (baru)
Tendong – Mohd Rozi Muhammad (baru)
Pengkalan Pasir – Hanifa Ahmad
Chetok – Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman

Rantau Panjang

Parlimen – Siti Zailah Mohd Yusoff
Meranti – Datuk Nasuruddin Daud
Gual Periuk – Ustaz Mohamad Awang
Bukit Tuku – Abdul Rasul Mohamad (baru)

Kubang Kerian

Parlimen – Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (pindah)
Salor – Datuk Husam Musa
Pasir Tumbuh – Ustaz Abdul Rahman Yunus (baru)
Demit – Mumtaz Mohd Nawi (baru)

Bachok

Parlimen – Ustaz Ahmad Marzuk Saari (baru)
Tawang – Ustaz Hassan Mohamood
Perupuk – Huzaimi Che Hussin (baru)
Jelawat – Abdul Aziz Kadir

Ketereh

Melor – Dr Yusnan Mohd Yusoff (baru)
Kadok – Haji Azamin Mohd Noor
Kok Lanas – Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud (baru)

Tanah Merah

Bukit Panau – Datuk Abdul Fattah Mahmood
Gual Ipoh – Wan Yusoff Wan Mustafa
Kemahang – Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman

Pasir Puteh

Parlimen – Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (pindah)
Selising – Drs Saipul Bahrin Mohamad
Limbongan – Ustaz Nazlan Mohamad (baru)
Semerak – Wan Hassan Wan Ibrahim
Gaal – Tuan Mazlan Tuan Mat (baru)

Machang

Pulai Chondong – Zulkifli Mamat
Temangan – Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan
Kemuning – Ustaz Rosli Ismail (baru)

Jeli

Parlimen – Mohd Apandi Mohamad
Bukit Bunga – Sufely Abdul Razak
Air Lanas – Ustaz Abdullah Ya’kob

Kuala Krai

Parlimen – Dr Mohd Hatta Ramli
Mengkebang – Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman
 Dabong - Ku Mohd Zaki Ku Hussin
Manik Urai - Mohd Fauzi Abdullah

Gua Musang

Parlimen - Datuk Hj Wan Abdul Rahim
Galas - Ustaz Abdullah Hussein

Calon PKR untuk parlimen dan Dun juga diumumkan iaitu Parlimen Ketereh, Ab Aziz Kadir, Dr Zawawi Wan Ismail (Machang) dan Nik Mahmud Nik Ab Aziz (Tanah Merah).

Bagi Dun pula ialah Mohd Azihan Che Seman (Nenggiri), Shahrom Ibrahim (Pengkalan Kubur) dan Ramlan Mat (Kuala Balah). 

 Senarai calon PAS Pahang
Posted on Thursday, April 18 @ 09:38:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh WTKO

Majlis pengisytiharan calon PAS Pahang di Dataran Kerdau Pahang berjalan dengan lancar. Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperkenal setiap calon PAS yang bertanding di DUN Pahang.

Majlis pengisytiharan majis yang dipengerusikan Ketua Penerangan PAS Pahang Ustaz Suhaimi Saad berahkhir dengan ikrar baiah yang diketuai Tuan Ibrahim.
Manifesto Pakatan Rakyat peringkat Pahang turut dilancarkan malam semalam, di mana PR Pahang mengikut jejak Selangor untuk menawarkan bekalan air percuma untuk 20m3 yang pertama kepada warga Pahang.

Berikut adalah senarai calon PAS Pahang.

N.2 Jelai Abdul Karim Nor

P.79 Lipis: Mahyudin Ghazali
N.3 Padang Tengku: Roslan Zainal
N.8 Dong: Tengku Shah Amir Tengku Perang

P.81 Jerantut: Dr Hamzah Jaafar
N.9 Tahan: Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin
N.11 Pulau Tawar: Yohanis Ahmad

N.12 Beserah: Andansura Rabu
N.15 Tanjung Lumpur: Rosli Abdul Jabar
N.16 Inderapura: Syed Anis Syed Husain

N.17 Sg. Lembing: Sulaiman Mohd Derus
N.19 Panching: Yusof Embong

N.20 Pulau Manis: Othman Bakar
N.21 Peramu Jaya: Abu Kassim Manaf

P.86 Maran: Mujiburrahman Ishak
N.24 Luit: Mohd Shahrul Nizam Abd Halif
N.26 Chenur: Hasenan Haron

P.87 Kuala Krau: Shahril Azman Abd Halim
N.28 Kerdau: Kamal Shaari
N.29 Jengka: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

P.88 Temerloh: Nasruddin Hassan
N.32 Kuala Semantan: Syed Hamid Syed Mohamad

N.36 Pelangai: Abd Hamid Bahatim
N.37 Guai: Musaniff Abd Rahman

P.91 Rompin: Nuridah Salleh
N.40 Bukit Ibam: Syukri Ahmad

N.42 Tioman: Mohd Fadzli Mohd Ramly.

 Moga tenang semasa di sana.........
Posted on Thursday, April 18 @ 09:04:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh: tokpepijat

"

Moga dia ambil iktibar di sana......
Setelah Katak Peliharaannya tidak dipilih di Golden Land

Moga dia ambil iktibar di sana.......
Setelah Budak Oxford yang dibencinya masih di Rembau

 Moga dia ambil iktibar di sana.......
Setelah Si Joe yang menyekatnya  ke PWTC masih di Kubang Pasu

Moga dia ambil iktibar di sana.......
Setelah anak emasnya di hantar ke Black Water untuk dimatikan karier politiknya

Moga dia ambil iktibar di sana......
Setelah Si Iron Lady Malaysia tidak termakan bodekkannya........

Dan moga dia tenang, ambil iktibar dan tahu mengapa dia dihantar ke sana....

Majlis Pengebumian Si Iron Lady Britain......

Setiap yang hidup pasti merasai mati.

Moga tenang semasa di sana.........

 Doc...anda dah jadi penyapu buruk...
Posted on Wednesday, April 17 @ 21:03:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

" Buat sekiannya kali, Dr Mahathir terduduk dan terkedu apabila Team Najib-Rosmah(NR) tidak melayan permintaannya bahkan menghinanya pula.

Walaupun cuba memuji dam mengampu Rosmah dengan mensyorkan agar buku biografi Rosmah dibaca oleh budak-budak sekolah malangnya Rosmah melihat mengikut sisinya sendiri.

Barangkali bagi Rosmah, Mahathir menyindirnya.

Nah! Rasakan ! Terimalah pukulan "maut" dari team Najib-Rosmah ke atas team Mahathir-Muhyiddin (MM).

Bayangkan pertarungan dan peperangan kedua puak ini sudah lama berlaku. Hanya orang celik politik dapat bayangkan betapa dahsyatnya "peperangan". ini.

Cuba lihat bagaimana team MMn cuba provokasikan tentang huru hara PRU 13. PMNajib membalasnya dengan memberi jaminan keamanan untuk peralihan kuasa.

Kemuncaknya, dikala Mahathir beriya-iya mahu Si Katak Ibrahim Ali bertanding di Pasir Mas, team NR dengan selambanya mengangkat Zul 1/10 sebagai calon di Shah Alam.

Bahkan team NR menghantar anak Mahathir ke"jirat" untuk bertanding di kubu kuat PAS Ayer Hitam, Musuh ketat Mahathir seperti Khairy dan Johari Baharom masih kekal untuk pertahankan kerusi di Rembau dan Kubang Pasu.

Cumanya satu sahaja berita gembira buat Mahathir diambang sore usianya iaitu Pak Lah tidak di calonkan dalam PRU 13.

Ya Allah panjangkan usia Mahathir agar dia dihina sehina-hinanya sepertimana dia menghina insan lain seperti ulamak PAS,Anwar,tahanan ISA dan orang Cina.

Dunia sedang menanti saat Mahathir dipapah naik tangga mahkamah di Putrajaya! 

Doc...anda dah jadi penyapu buruk...

  Nampaknya PAS sudah menang satu kerusi DUN sebelum penamaan calon
Posted on Thursday, April 18 @ 08:42:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh Aspan Alias

Benarkah calon-calon BN itu merupakan calon yang di kehendaki rakyat setempat dan ‘winnable’? Siapa yang menentukan mereka itu ‘winnable’ atau tidak ‘winnable’? Kalau benar mereka dipilih dari mereka yang ‘winnable’, kenapa banyak penolakan terhadap calon-calon-calon mereka sejak pengumuman senarai calon tiga hari yang lepas?

Seandainya perisikan untuk mencari calon yang ‘winnable’ itu benar-benar tepat kenapa calon DUN Johol di Kuala Pilah ditolak mentah-mentah malam tadi oleh orang-orang UMNO dan BN sendiri? Calon yang telah dipilih oleh BN, Ustaz Fadzil Kasim ditolak ramai-ramai oleh orang-orang UMNO sendiri sehinggakan Ustaz ini terpaksa dikawal oleh polis semasa hendak pergi ke kereta beliau?

Dulu, penyokong UMNO membaling telor dan batu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat apabila berada di tempat ceramah di banyak tempat dalam negara ini, sekarang mereka melakukan perkara yang sama terhadap calon ‘winnable’ sendiri.Apa sudah jadi? Sekarang dibanyak kawasan banyak berlaku ahli-ahli UMNO dan BN berdemonstrasi dengan sepanduk-sepanduk menolak calon-calon yang di pilih oleh parti.

Presiden UMNO selalu menyebut yang calon BN kali ini adalah dikalangan mereka yang di terima rakyat tetapi keadaan sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Dulu-dulu memang biasa calon yang di pilih pimpinan itu di tolak tetapi tidak pula sampai calon itu di tolak oleh ahli partinya sendiri sehingga terpaksa di kawal oleh Polis?

Insiden seperti ini berlaku di mana-mana sejak dua hari yang lepas. Ia berlaku di Selangor, Perak dan Kedah sehinggakan banyak bilek gerakan BN terpaksa di tutup. Bagaimana BN boleh mengaku yang UMNO akan kembali memerintah Selangor sedangkan bilek gerakan ada yang terpaksa di tutup? Keadaan ini boleh diibaratkan seperti pesawat yang terhempas sebelum berlepas?

Apa yang berlaku di Johol itu adalah disebabkan calon-calon UMNO di penuhi oleh orang-orang Mohammad Hasan sahaja. Mohamad Hasan nampaknya tidak ‘magnanimous’ sebagai pemimpin negeri. Beliau sedang berlawanan dengan kehendak rakyat.

Dulu kita di Negeri Sembilan anggap Mohammad ini adalah seorang pemimpin yang datang dari langit tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukan beliau hanya hendak cenderung untuk memilih kelompok belliau sahaja. Pucuk pimpinan negeri yang hebat sepatutnya telus dan berani menurunkan calon-calon yang lebih canggih dari beliau sendiri.

Oleh itu ramai menalipon saya yang PAS DUN Johol hampir pasti memenangi satu kerusi sebelum pun pilihanraya itu diadakan. Kalau begitu keadaannya DUN Johol ini akan di wakili oleh Uztaz Norazman yang di terima ramai bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS tetapi juga oleh rakyat yang ramai.

Maka calon PAS lah yang lebih ‘winnable’ di Johol itu bukannya calon Menteri Besar Mohammad Hasan. Sesungguhnya Uztaz Fathil itu adalah calon Mohammad Hasan, bukannya calon UMNO/BN.

Kalau saya berada di tempat Uztaz Fathil, saya akan pergi berjumpa Mohammad Hasan dan berkata, “Tok Mat, den tak naklah jadi calon Johol ni, sobab den di tolak rakyat. Macam mano nak jadi wakil rakyat?”

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di DUN Johol, tetapi berlaku juga di DUN Juasseh dan Seri Menanti. Dalam keadaan terdesak seperti ini, Mohammad masih hendak berpuak-puak.Kalau Mohammad masih ada sisek kepimpinan beliau perlu menukar calon-calon Juasseh dan Seri Menanti itu. Masih ada masa untuk membetulkan keadaan.

Kasih Mohammad ini bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Mohammad telah memecah belahkan semua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan. Itulah yang akan terjadi jika politik negeri diserahkan kepada ‘political novice’ seperti Mohammad Hasan ini.

Bagi Pakatan Rakyat, pandai-pandailah mendekati rakyat. Jangan pulak berlaku seperti yang berlaku dalam UMNO. Saya mengingati PR kerana dalam PR sendiri terutamanya dalam PKR, ada unsur-unsur ini wujud.

Jangan bersikap angkuh hanya kerana sudah nampak peluang untuk mendapat mandat itu agak cerah. PKR wajar belajar dari kesilapan UMNO dan BN. Jangan buangkan air di tempayan terlalu cepat.  Tunggu hujan turun dulu. Kalau hendak menembak pelandok, jangan bersorak dahulu sebelum menembak. Nanti pelanduk itu akan lari sebelum sempat menembaknya.

Setahun dua dahulu saya selalu membayangkan yang ratusan ribu ahli-ahli UMNO akan keluar parti melalui peti-peti undi dalam PRU13 ini. Nampaknya seperti biasa telahan saya itu tidak meleset.

Melakukan telahan yang tepat dalam isu ini tidak perlu mempunyai Phd atau Doctorate dalam kejuruteraan seperti taraf pelajaran calon-calon BN yang di umumkan oleh Najib itu. 
 
 Lagi Ahli PAS Calon BN - Adakah ini Trojan Horse??
Posted on Thursday, April 18 @ 08:51:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Oleh H'daily

Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini mendedahkan calon BN di Dun Manjoi yang diisytiharkan oleh Pengerusi BN Perak, Dato’ Dr Zambry Abd Kadir semalam adalah ahli PAS.  

Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, calon tersebut, Muhammad Ziad Zainal Abidin, 38, telah menyertai PAS pada tahun 1997.
 
Katanya, sehingga hari ini, menantu kepada Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali itu tidak pernah mengumumkan dirinya keluar daripada parti.
Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat ahli serta penyokong Umno di Manjoi tidak mengetahui tentang identiti Ziad termasuklah dirinya pernah menyertai parti lawan.
Zaid katanya dikatakan baru aktif di bahagian Tambun dan baru sahaja dilantik sebagai bendahari bahagian tersebut.

“Persoalan timbul, adakah beliau sudah keluar daripada PAS?,” soal beliau ketika sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

Hadir sama ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Ustaz Hakim Mohd Nor, Safarizal Saleh dan Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, pencalonan Ziad seolah-olah BN Perak ketandusan calon yang ‘winnable candidate’ dari kalangan ahli serta pimpinannya.

Jelasnya, pihaknya turut mempersoal adakah BN Perak khasnya telah menyemak latar belakang calon-calonnya sebelum mereka diberikan tanggungjawab sebagai calon.

Ketika ditanya penglibatan Ziad di dalam PAS, Raja Iskandar berkata, beliau tidak memegang mana-mana jawatan tetapi beliau banyak membantu gerak kerja parti termasuklah ketika pilihanraya 2008 yang lalu.

Ujarnya, Ziad telah mendaftar keahliannya pada 5 Oktober 1997 dengan kaedah daftar terus bernombor 0441563.

“PAS Perak mengalu-alukan pencalonan Ziad sebagai calon dan kami mengucapkan maju jaya kepada beliau dalam pilihanraya ini,” jelasnya lagi.

Pas Bagan Parit Sulong shared Wong Fei Hung's photo.
TIDAK TAHU NAK CAKAP APA!!!!!!!!... NAJIB UMUMKAN DUA BEKAS AHLI PARLIMEN YANG ADA MASALAH MORAL SEBAGAI CALON "WINNABLE" DI PARLIMEN GOMBAK DAN AMPANG!!!!!!

Nampaknya UMNO Selangor sudah ketandusan calon peringkat kritikal gaban.

Terpaksa bawa masuk balik dua bekas Ahli Parlimen yang tidak dibenarkan bertanding zaman Pak Lah tahun 2008 yang lalu atas alasan moral, untuk menjadi "winnable" candidate bagi UMNO di Parlimen Gombak lawan Azmin Ali dan di Ampang bertempur dengan Zuraida Kamaruddin.

Rahman Ismail pernah dikaitkan dengan skandal beliau dengan Exco Wanita Norhayati Onn manakalan Dr Rodziah Talib kena tangkap khalwat dengan pembantunya oleh suaminya sendiri sampai bercerai berai.

Rahman Ismail bagi Parlimen Gombak dan Rozaidah Talib Parlimen Ampang.

Sungguh teruk betul UMNO Selangor yang bertempik siang dan malam dengan slogan Sayangi Selangor Yakini BN sedangkan kepimpinan UMNO Selangor dibawah Najib Razak langsung tidak menunjukkan kasih sayang kepada rakyat Selangor dengan menampilkan calon-calon yang banyak bagasi untuk berdepan dengan calon Pakatan Rakyat.

Kisah lebih detail akan menyusul.

http://omakkau.blogspot.com/2013/04/tidak-tahu-nak-cakap-apa-najib-umumkan.html

Syabab Pas Kampar shared Wally Bandits's photo.
Calon UMNO/BN Ampang tiada rekod Nikah(baru) di JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR?
by oren reformis

Calon Umno/BN kawasan Ampang  berstatus Janda ataupun bersuami?

Hari ini status calon tersebut menjadi satu topic paling panas diperkatakan di seluruh kawasan Ampang,maklumlah di samping comel,gebu,mengiurkan Pemuda-pemuda Umno.tipulah jika menyatakan beliau tidak comel langsung,jika dibandingkan dengan Ummi Hafilda jauh panggang dari api.

Bukan perkara itu yang dipersoalkan disini,malah menjadi tanda tanya kepada pengundi kawasan Ampang yang ingin tahu status beliau,Jandakah atau Isteri orang,jika janda,pemuda-pemuda Umno ada peluanglah lagi utk mengisi kekosongan hatinya,dan jika Isteri orang,ada peluang jugak,(Peluang tengok dari jauh).

Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua bakal calon Umno/BN akan disaring dalam semua segi.tetapi bolehkah di percayai saringan-saringan yang dicanang kepada pengundi-pengundi tersebut?

Sekarang topic sembang yang mejadi paling hangat di pasaran Ampang tentang Status Dr Rodziah Talib JANDA atau ISTERI ORANG,adakah ia benar ataupun tidak. Mungkin akan ada kenyataan selepas ianya diperkatakan nanti?,maklumlah perkara ini melibatkan MORAL calon Umno/BN,yang mana akan menentukan kalah atau menang Umno/BN kawasan Ampang

Setelah membuat pengamatan dan sedikit siasatan tentang calon UMNO/BN tersebut,dari sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)didapati rekod beliau berstatus "Janda" tiada rekod perkahwinan seperti yang beliau istiharkan itu.mungkin beliau berkahwin di monggolia dan tidak didaftarkan di negara ini kot.

Penulis bukanlah berniat utk menuduh ataupun memfitnah,tidak sesekali,penulis bukanlah macai-macai Umno/BN yang menjadikan fitnah sebagai santapan rohani setiap hari,apa yang penulis inginkan adalah penjelasan untuk diri penulis dan pengundi-pengundi kawasan Ampang..ianya untuk kebaikan Umno/BN juga kan?

Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah,Status beliau Dr Rozaidah Talib dah kawin ke belum?,kahwin dimana?daftar dimana?

Ianya terus menjadi tanda tanya kenapa tiada Rekod perkahwinan "BARU" Dr Rozaidah Talib daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Jika persoalan ini gagal ditangani dengan baik,penulis percaya Pengundi kawasan Ampang akan teragak-agak utk mengundi Umno/BN kerana Calon yang di tandingkan tidak menepati Syariah ISLAM,antara bab Aurat,nikah/kahwin.bab dia nusyuz terhadap bekas suami dia tu juga akan menjadi pertimbangan pengundi kawasan Ampang.

Tiada ulasan: