PRU13: PAS umum calon secara berperingkat
Salmiyah Harun, | 04 Apr 2013 |
Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, tempoh pengumuman calon-calon di peringkat negeri akan selesai sebelum hari penamaan calon.
"Kita akan umum calon berperingkat, mungkin kita akan minta pesuruhjaya negeri mengisytiharkan calon untuk negeri dia, sekarang Perlis sudah selesai.
"Selepas ini akan disusuli oleh negeri lain, yang pastinya sebelum penamaan calon," katanya kepada Harakahdaily sejurus selesai pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, petang tadi.
Sehingga hari ini, negeri Perlis telah selesai urusan pengisytiharan calon, dan pada malam ini dikuti oleh PAS Pulau Pinang.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Saleh Man akan mengumumkan nama-nama calon yang bakal bertanding dalam PRU13 dalam mesyuarat Badan Perhubungan Negeri yang akan diadakan pada malam ini.
PRU13: Nasrudin sedia terima amanah parti
Hazayani Zakaria, | 04 Apr 2013 |
Optimis PAS dapat meraih sokongan masyarakat di Temerloh khususnya orang muda, beliau berkata perubahan sikap pengundi sangat ketara akhir-akhir ini yang menuntut perubahan total berlaku dalam pemerintahan negara selepas PRU13.
"Sikap pengundi muda juga sangat berpihak kepada PR dalam banyak perkara. Tinggal lagi pergantungan tinggi kepada Allah swt, kesungguhan jentera, dan persefahaman serta kesepakatan antara jentera Pakatan, Insyaallah Pakatan akan berjaya dan menang di Parlimen Temerloh," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Nasrudin diisytiharkan bertanding di Parlimen Temerloh oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Selasa lalu.
Nasrudin juga berkata, sokongan kaum Tionghua juga sangat tinggi dan mereka menaruh harapan agar berlaku peralihan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat selepas PRU13.
Menyifatkan Temerloh sebagai kawasan berpotensi untuk PAS, beliau juga mengharapkan sokongan dan bantuan dari jentera parti.
Kerusi Temerloh disandang oleh Datuk Saifuddin Abdullah (BN) yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Pada PRU12 tahun 2008 lalu, Saifuddin memperoleh 21,381 undi mengalahkan Ahmad Nizam Hamid (PKR) yang mendapat 18,940 undi.
Jumlah pengundi adalah seramai 54,010 orang.
Saya pilih Jumaat, penghulu segala hari
Harakahdaily, | 04 Apr 2013 |
PETALING JAYA: "Saya pilih esok untuk membubarkan DUN Pulau Pinang kerana esok hari Jumaat, penghulu segala hari."
Itulah alasan yang digunakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika memilih hari esok Jumaat untuk membubarkan DUN Pulau Pinang.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas ketua-ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Semua menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Datuk Nik Aziz (MB Kelantan) dan Datuk Seri Azizan Razak (MB Kedah) menyertai sidang media itu kecuali Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang menyertai majlis membubarkan DUN Selangor di Istana Alam Shah, Klang.
Pagi tadi Lim Guan Eng menghadap TYT Pulau Pinang bagi memohon pembubaran DUN Pulau Pinang.
Beliau mencadangkan agar esok dipilih sebagai hari pembubaran dan diterima oleh TYT Pulau Pinang itu.
Dun Selangor dibubar dengan penuh istiadat
Harakahdaily, | 04 Apr 2013 |
(Sultan Sarafudin menandatangani surat pembubaran DUN Selangor dengan diperhatikan Khalid dan pegawai kerajaan dalam majlis yang penuh istiadat)
SHAH ALAM: Buat pertama kalinya dalam sejarah Selangor, Dewan Undangan Negeri dibubarkan dengan penuh istiadat.
Majlis itu diadakan di Istana Alam Shah, Klang petang tadi dengan upacara menghadap baginda Sultan Selangor oleh semua pimpinan utama kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sultan Selangor di majlis itu kemudiannya menandatangani watikah pembubaran Dun dengan disaksi oleh semua pembesar negeri dan para wartawan.
Ia turut ditandatangani oleh Khalid Ibrahim sebagai ketua kerajaan negeri Selangor.
Tiada pemimpin yang masih berlagak menteri
Harakahdaily, | 04 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Rakyat
memegang janji dan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan
segala kata-katanya mesti dibuktikan dengan tindakan, bukan hanya
perkataan semata-mata.
Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor sebagai respons kepada kenyataan Najib dalam pengumuman semalam bahawa sebarang peralihan kuasa selepas Pilihan raya Umum ke-13 akan berlangsung dengan aman.
“Komitmen beliau diungkapkan dengan usaha kerajaan sedia ada sentiasa menjunjung prinsip demokrasi, tekad transformasi politik yang dilaungkan serta serta komitmen dalam menghormati suara rakyat.
“Tindakan paling utama bagi membenarkan kata-katanya adalah beliau sepatutnya melantik PM dan kerajaan sementara bagi mentadbir negara tanpa diganggu oleh BN,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, ujarnya tidak ada pemimpin yang masih berlagak menteri turun merasmikan sesuatu aktiviti atau projek di kawasan dengan peruntukan kerajaan manakala pegawai-pegawai kerajaan bawahannya dikerah turun untuk berkempen bagi pihak dirinya.
Rakyat pula, kata beliau diberikan maklumat yang adil dan benar melalui sesi penerangan secara terbuka.
Beliau menabmah, rakyat tidak diugut dengan pelbagai tindakan sekiranya memilih parti yang lain dari pemerintah, diberi ganjaran atau habuan seperti hadiah dan lain-lain.
Selain itu, katanya lagi Najib perlu memastikan tiada kempen politik kotor seperti provokasi melampau, serangan peribadi, memfitnah, video lucah dengan tujuan mengaibkan dan lain-lain lagi.
Tambahnya, Najib perlu memberi jaminan bahawa media dibenarkan membuat liputan dengan adil dan bebas dengan semua pihak diberikan peluang berkempen dengan masa yang sama dan telah ditetapkan.
“Jika beliau mempunyai masa berjam-jam di televisyen, bebas berucap di mana sahaja dengan bersiaran langsung, berforum, beliau juga perlu memberikan peluang yang sama kepada Pakatan Rakyat, bukan hanya 10 minit seperti yang ditawarkan sekarang,” katanya.
Beliau berkata, Najib juga perlu memastikan tidak ada insiden keganasan dilakukan khususnya oleh penyokong-penyokong partinya terhadap penyokong lawan politik beliau.
“Beliau mesti berupaya menghalang penyokong partinya dari bertindak ganas serta memberi kuasa kepada pihak keselamatan menahan dan mengangkap pencetus keganasan termasuk dari penyokong partinya sendiri,” katanya.
Menurut Riduan, perjalanan pilihan raya pula perlu berlangsung dengan aman dan bersih tanpa ada cara kotor seperti manipulasi undi, penipuan dalam daftar pemilih, pengundi ragu, rakyat luar negara diberi kad pengenalan dan dibenarkan mengundi, pengundi yang dipindahkan dan lain-lain lagi.
Akhirnya, kata beliau Najib harus akur dengan kehendak rakyat serta menerimanya dengan hati terbuka.
“Jika rakyat menerimanya, beliau kembali memimpin negara namun jika rakyat menolak beliau, beliau menerima dengan hati terbuka,” katanya lagi.
Berdasarkan gambar Billboard 1Malaysia Najib yang tumbang di atas.. seorang pemilik Blog yang menyokong UMNO telah cuba menimbulkan fitnah dengan mengatakan ianya adalah angkara penyokong Pakatan Rakyat Pulau Pinang..
Apa yang ditulisnya ialah..
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendakwa menjadi mangsa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disifatkannya “nakal dan tidak jujur”.
SPRM juga tidak layak mendapat kerjasamanya, kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini.
Abdul Taib bagaimanapun menegaskan, beliau tidak gentar disiasat oleh badan anti-rasuah itu.
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu akan bertanding tujuh kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Pesuruhjayanya, Mohd Abdul Wahid Endut mengumumkan perkara tersebut paad sidang media di Pejabat PAS negeri, hari ini.
Katanya, PAS membuat keputusan tersebut setelah dipersetujui dalam perbincangan Pakatan Rakyat di peringkat pusat.
“Saya juga ingin maklumkan bahawa kita telah membuat keputusan setelah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, kita (PAS) akan bertanding di Terengganu ini tujuh kerusi parlimen daripada lapan kerusi parlimen.
“Insya Allah, jika tidak ada aral melintang pada 11 April 2013 ini, hari Khamis malam Jumaat bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang kita akan umumkan secara rasmi calon-calon kita yang mewakili parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13,” jelasnya di hadapan 15 wakil media.
Menurutnya, pengumuman calon PAS itu akan diadakan bersekali dengan PKR yang bertanding pada pilihan raya tersebut.
Beliau turut mengumumkan 40 peratus daripada calon PAS adalah muka baru yang bakal mewarnai pentas politik PAS.
Bahkan, katanya terdapat juga calon di kalangan wanita yang bertanding atas tiket PAS sebagai tanda penghargaan parti terhadap golongan berkenaan.
“Insya Allah, jika tidak ada apa-apa masalah akan dikemukakan calon di kalangan wanita. Ini sebagai semangat untuk kaum wanita,” ujarnya.
Klik untuk baca ulasan blog Omak Kau di sini.

Kempen ganas Pakatan dah bermula..?
Anak Sungai Derhaka, | 04 Apr 2013 |
Berdasarkan gambar Billboard 1Malaysia Najib yang tumbang di atas.. seorang pemilik Blog yang menyokong UMNO telah cuba menimbulkan fitnah dengan mengatakan ianya adalah angkara penyokong Pakatan Rakyat Pulau Pinang..
Apa yang ditulisnya ialah..
Taib enggan beri kerjasama pada SPRM
Omak kau, | 04 Apr 2013 |
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendakwa menjadi mangsa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disifatkannya “nakal dan tidak jujur”.
SPRM juga tidak layak mendapat kerjasamanya, kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini.
Abdul Taib bagaimanapun menegaskan, beliau tidak gentar disiasat oleh badan anti-rasuah itu.
PRU13: PAS Terengganu tanding 7 kerusi Parlimen
Khairul Azlam Mohamad, | 04 Apr 2013 |
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu akan bertanding tujuh kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Pesuruhjayanya, Mohd Abdul Wahid Endut mengumumkan perkara tersebut paad sidang media di Pejabat PAS negeri, hari ini.
Katanya, PAS membuat keputusan tersebut setelah dipersetujui dalam perbincangan Pakatan Rakyat di peringkat pusat.
“Saya juga ingin maklumkan bahawa kita telah membuat keputusan setelah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, kita (PAS) akan bertanding di Terengganu ini tujuh kerusi parlimen daripada lapan kerusi parlimen.
“Insya Allah, jika tidak ada aral melintang pada 11 April 2013 ini, hari Khamis malam Jumaat bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang kita akan umumkan secara rasmi calon-calon kita yang mewakili parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13,” jelasnya di hadapan 15 wakil media.
Menurutnya, pengumuman calon PAS itu akan diadakan bersekali dengan PKR yang bertanding pada pilihan raya tersebut.
Beliau turut mengumumkan 40 peratus daripada calon PAS adalah muka baru yang bakal mewarnai pentas politik PAS.
Bahkan, katanya terdapat juga calon di kalangan wanita yang bertanding atas tiket PAS sebagai tanda penghargaan parti terhadap golongan berkenaan.
“Insya Allah, jika tidak ada apa-apa masalah akan dikemukakan calon di kalangan wanita. Ini sebagai semangat untuk kaum wanita,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan