1.7 juta ekar ditarah tak masuk akal - TMB
Aslani M, | 04 Apr 2013 |
KOTA BHARU:
Umno mendakwa 1.7 juta ekar tanah ditarah, sedangkan keluasan Kelantan
ialah 3.7 juta ekar. “Ini langsung tidak masuk akal,” kata Timbalan
Menteri Besar.
Datuk Ahmad Yakub berkata, angka yang didakwa pihak terbabit tidak munasabah kerana mereka cuba gambarkan 46 peratus bumi Kelantan ditarah.
“Sedangkan keluasan tanah kerajaan di seluruh negeri ialah 1,003,149 ekar. Hanya kawasan tersebut sahaja dilulus bagi pembangunan.
“Pembangunan tanah itu bagi mendatangkan hasil kepada kerajaan bagi menjaga kepentingan rakyat, lebih-lebih lagi Kelantan banyak dinafikan hak oleh Kerajaan Persekutuan.
“Paling jelas hak royalti petroleum telah dikhianati pemimpin Umno dan Barisan Nasional,” katanya di sini.
Sebelum ini Umno Kelantan mendakwa kawasan hutan seluas 1.7 juta ekar di negeri ini ditarah. Malah risalah percuma mengenainya diterbit Gerakan Bertindak Selamatkan Tanah Rakyat Kelantan diedar di merata tempat.
Pemimpin Umno termasuk presidennya, Datuk Seri Najib Razak juga mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan jawatan Menteri Besar Perak diberi kepada Adun PAS pada Mac 2008.
Bagaimanapun blogger Umno yang melemparkan tuduhan tersebut menarik balik kenyataan fitnah yang dilemparkan. Malangnya pemimpin Umno masih lagi menjaja isu terbabit.
Ahmad berkata, kerajaan negeri hanya boleh melaksanakan pembangunan di atas tanah kerajaan.
Beliau juga memberitahu pembangunan ladang komersial yang dilaksanakan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dengan kerjasama syarikat swasta bukan secara pajakan.
“Dakwaan yang mengatakan Ladang Rakyat menjual tanah kepada tauke Cina tidak benar dan tak berasas. Ladang Rakyat ditubuh melalui Enakmen Perbadanan.
“Adalah menyalahi undang-undang dan Enakmen Perbadanan apabila Ladang Rakyat menjual tanah kepada syarikat sama ada milik Cina atau Bumiputera.
“Malah, pemajuan tanah tidak melibatkan pemberian pajakan dan syarikat hanya terlibat sebagai pemaju projek sahaja, bukan sebagai tuan punya atau pemajak tanah,” katanya.
Timbalan Menteri Besar juga menjelaskan tiada tanah yang diusahakan rakyat terbabit dengan pembangunan ladang tersebut.
Bagaimanapun kata beliau sekiranya didapati tanah kerajaan diteroka penduduk setempat, Ladang Rakyat membuat perundingan bagi menyelesaikannya.
Misalnya di Lubok Bongor, Jeli dan di Kandek, Dabong seramai 177 penduduk menyerah tanah yang pernah diusahakan mereka kepada kerajaan untuk dimajukan. Mereka pula diserap sebagai peserta Ladang Rakyat.
“Proses ini dipanggil program pemutihan Ladang Rakyat daripada kawasan terokaan. Sedangkan pada peringkat awal kawasan dilulus kepada Ladang Rakyat seluas 80,898 ekar, namun hanya 66,589 ekar dibangunkan.
“Seluas 14,309 ekar lagi ditinggalkan kepada peneroka terbabit. Kawasan itu akan diberi geran hak milik kepada penduduk yang terlibat,” ujarnya.
Apabila kita membaca Sirah Nabi SAW kita merasa betapa kita umat
Islam khususnya kepimpinan negara-negara umat Islam amat jauh dari
mengambil teladan dari sirah baginda yang agung. Sekalipun nama Nabi
Muhammad SAW itu sering digunakan oleh pelbagai pihak termasuk golongan
politik, namun realitinya kita lebih banyak menggunakan lebel dari
mengambil isinya.
Menjelang pilihanraya, tentu pelbagai pihak akan menyebut nama Nabi SAW seakan merekalah yang paling dekat dengan ajaran baginda. Ada yang mengaku keturunan Nabi SAW untuk menebalkan poket dan mendekatkan diri kepada penguasa. Ada yang mengakui kononnya ‘salafi’ bermanhaj salaf konon padahal merekalah yang menyimpang dari maqasid agama yang dibawa oleh Nabi SAW. Ada yang membangkitkan soal perkauman, lalu menyatakan perjuangannya diajar oleh Nabi SAW. Golongan politik pula akan menggunakan sesiapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menguntung kehendak politik mereka. Jika nama Nabi s.a.w boleh dijual, mereka mungkin akan menjualnya untuk mendapatkan untung politik.
Tidak Pelik
Kita jangan hairan jika orang politik mempunyai pelbagai watak terutama musim pilihanraya ini. Kita mungkin melihat mereka bagaikan wali yang suci dengan penuh tawaduk bersujud di depan khalayak ramai dan media. Kemudian kita juga mungkin mendapati mereka penuh kerakusan kuasa, meratah harta awam, membohongi rakyat jelata, berjanji dusta dan menipu semahunya. Kesemuanya mungkin bagi yang menjadikan kuasa matlamat kehidupan mereka. Tidak kira apa jenama parti sekalipun, jika penyakit gila kuasa bersarang dan menguasai salur darah dan nafas seseorang, dia ketagih kuasa dan mungkin melakukan apa sahaja.
Hudaibiyah
Saya amat kagum dengan kejujuran Nabi SAW dalam melaksanakan janji yang dimenterai dan tidak pernah khianat kepada persetujuan yang dibuat. Perjanjian Hudaibiyah yang dibuat pada tahun keenam hijrah antara bukti yang mengkagumkan. Ramai juga sahabat tidak bersetuju dengan isi perjanjian tersebut yang dimenterai antara Nabi SAW dengan kaum Quraish Mekah yang terkenal sejak dari hari awal terus menerus memerangi Islam. Suhail bin ‘Amr mewakili pihak Quraish bagi memeterai perjanjian tersebut. Antara isi perjanjian yang dipersetujui ialah sesiapa dalam kalangan Quraish yang pergi kepada pihak Muhammad (kaum muslimin di Madinah) tanpa keizinan keluarganya hendaklah dipulangkan kepada pihak Quraish. Sesiapa dalam kalangan mereka yang bersama Muhammad yang pergi kepada pihak Quraish, tidak dipulangkan kepada pihak Muhammad’. (Isi perjanjian ini disebut dalam pelbagai riwayat dari al-Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dll).
Nabi SAW telah bersetuju dengan kandungan perjanjian ini. Ditakdirkan semasa perjanjian dimeterai, anak Suhail bin ‘Amr sendiri yang dipanggil Abu Jandal yang menganut Islam datang kepada Nabi SAW dalam keadaan dirantai kerana disiksa oleh bapanya. Dia berjaya melarikan diri dari kepungan lalu datang mendapatkan Nabi SAW dan kaum muslimin. Kata Suhail kepada Nabi SAW: “Wahai Muhammad! Ini perkara pertama yang aku tuntut engkau laksanakan bagi perjanjian ini, engkau hendaklah kembalikan dia kepadaku”. Nabi SAW cuba memujuk Suhail dengan pelbagai cara agar mengecualikan kes Abu Jandal ini. Namun Suhail tetap berkeras dengan isi perjanjian tersebut. Para sahabat begitu sedih melihat Abu Jandal yang menganut Islam tetapi disiksa dengan begitu dahsyat oleh bapanya. Dia dirantai dan dipukul.
Baginda Nabi SAW terpaksa mengembalikan Abu Jandal kepada bapanya disebabkan perjanjian tersebut. Abu Jandal menjerit dengan suara yang kuat menyebut:
“Wahai kaum muslimin! Tergamak kamu mengembalikan daku kepada puak syirik yang akan menyiksa daku kerana agamaku?!”. Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Jandal: “Wahai Abu Jandal! Bersabar dan haraplah pahala. Sesungguhnya Allah akan menjadikan untuk engkau dan mereka yang tertindas bersamamu jalan keluar. Kita telah mengikat perjanjian dengan kaum Quraish. Kita terpaksa patuh dan mereka juga kena patuh. Kita sama sekali tidak mengkhianati mereka”. (Riwayat Ahmad dan sebahagiannya dari al-Bukhari dan Ibn Ishaq).
Janji Ditepati
Demikianlah setianya Nabi SAW kepada perjanjian. Walaupun para sahabat ramai yang tidak bersetuju dan mencadangkan peperangan, namun bukanlah seorang nabi jika baginda mengkhianati perjanjian. Memamng, jika kaum muslimin memilih perang kemungkinan besar mereka boleh menang, buktinya dua tahun kemudian disebabkan Quraish sendiri yang melanggar perjanjian, Nabi SAW pun menawan Mekah pada tahun kelapan hijrah. Namun Nabi SAW tidak memilih perang atas strategi politik baginda yang kemudiannya terbukti amat berkesan.
Jika perjanjian dengan musuh Islam dipatuhi oleh Nabi SAW tanpa khianat, apatah lagi jika kita berjanji sesama muslim ataupun antara pemerintah dan rakyat. Setiap pihak, terutama yang mengaku muslim, yang sering menggunakan nama Nabi Muhammad SAW lebih wajar untuk mematuhi persetujuan yang disepakati.
Setiap parti dalam negara ini sudah ada kerajaan samada pusat ataupun negeri. BN dan PR juga sama. Pada musim piliharaya, mereka tidak boleh menggunakan harta negara ataupun negeri yang menjadi milik semua untuk kepentingan parti mereka. Kereta kerajaan, harta kerajaan dan kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan secara khusus untuk kempen kepentingan diri ataupun parti.
Khianat
Mereka tidak boleh datang berkempen diri ataupun parti menggunakan kereta ataupun apa sahaja harta awam. Bukan semua sokong BN ataupun PR. Jika yang pro-BN redha, yang pro-PR mungkin tidak redha. Jika yang pro-PR redha, yang pro-BN mungkin tidak redha. Jika kedua pihak redha meredhai dalam membelasah harta awam, mungkin mereka yang tidak pro BN atau PR tidak redha. Maka, mereka jangan khianat amanah yang diberikan di tangan mereka.
Demikian juga media awam yang dibayar oleh harta kerajaan, hendaklah bebas dari kepentingan mana-mana parti politik. Sekian lama sejak merdeka, pihak penguasa sering ‘merembat’ habis-habisan media-media awam ini, termasuk TV Hijrah yang kelihatan ‘agama’ yang turut digunakan untuk kempen. Padahal ia dibiayai oleh harta awam yang menjadi milik bersama.
Dalam negara demokrasi yang berjanji satu proses pilihanraya yang adil, janji wajib itu dilaksanakan. Saya akur, telah berlaku usaha pembaikan pengurusan pilihanraya kita untuk membolehkan ia lebih adil. Kita hargai. Namun masih ada ruang yang patut dibaiki. Saya tidak fanatik mana-mana parti. Bukan juga penjilat mana-mana pemimpin kerajaan ataupun pembangkang. Saya juga tidak beriman dengan kejujuran mana-mana parti yang sedia ada itu. Namun setiap rakyat memerlukan maklumat yang saksama untuk dia membuat pilihan. Media awam patutnya memainkan peranan tersebut. Jika ada media yang dimiliki oleh pihak-pihak tertentu, pihak lain juga patut diberikan lesen memiliki media mereka untuk membolehkan mereka menyiarkan pandangan mereka. Mana-mana pihak yang sanggup membentuk kerajaan yang memberikan hak tersebut, wajar disokong.
Akhirnya, setelah ruang mengenali setiap pihak dibuka secara adil, bermula dari mereka di universiti sehingga atuk dan tok wan di kampong dapat berfikir semampunya apa yang menjadi hasrat mereka sebagai rakyat, mereka pun mengundi. Undian itu mempunyai harga dan maruah diri rakyat. Percayalah, jika ruang sepenuh dibuka pun, tidak semestinya mereka akan menukar kerajaan ataupun memilih pembangkang. Jika mereka menukar pun, itu hak mereka yang diberikan oleh sebuah negara yang adil.
http://drmaza.com
PETALING JAYA: Kesemua Dewan Undangan Negeri (Dun) dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat akan dibubarkan selewat-lewatnya esok bagi membolehkan pilihan raya ke-13 diadakan bersekali dengan Pusat.
Bagaimanapun Selangor menjadi negeri pertama dibawah Pakatan Rakyat yang membubarkan Dun hari ini.
Hari ini juga kesemua Menteri besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat bermesyuarat di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana di Petaling Jaya.
Antara yang hadir Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun tidak hadir kerana hadir ke Istana Alam Shah di sini bagi majlis menandatangani watikah pembubaran Dun Selangor oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sementara itu, Ustaz Azizan pada sidang media selepas mesyuarat itu hari ini memberitahu beliau telah menghadap Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di ibu negara pagi ini dan telah mendapat perkenan baginda bagi pembubaran Dun Kedah.
"Esok pada pukul 9.40 pagi, saya akan menghadap Jemaah Pemangku Sultan di Istana Anak Bukit (Kedah) untuk memaklumkan perkenan baginda sultan untuk membolehkan Dun dibubarkan," katanya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada sidang media sama pula memberitahu beliau akan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V malam ini di Istana Negeri di Kubang Kerian.
Sementara itu, Guan Eng pula berkata beliau telah bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas hari ini untuk mendapatkan persetujuan bagi pembubaran Dun Pulau Pinang esok.
Kuala
Lipis memang tidak dapat dipisahkan dengan nama Siti Nurhaliza. Sejak
beliau popular, nama Kuala Lipis tiba-tiba menjadi sebutan biasa kepada
rakyat Malaysia. Berbanding sebelumnya, orang akan tertanya-tanya di
manakah tempat tersebut. Walhal, Kuala Lipis merupakan bekas ibu negeri
Pahang, dan tempat kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib
Tun Razak. Di Lipis juga wujud antara sekolah tertua di Malaysia iaitu
Sekolah Menengah Clifford (sekarang SMK Clifford). Di sekolah ini
jugalah beberapa tokoh negara pernah belajar termasuklah Sultan Pahang
sendiri, Sultan Ahmad Shah, Tun Muhamad Ghazali Shafie, Ishak Haji
Muhammad (Pak Sako) dan Siti Nurhaliza.
Berbalik kepada isu pilihan raya, secara peribadi, dalam suasana politik Malaysia yang tidak matang pada hari ini, lebih afdal sekiranya Datuk Siti tidak terbabit dalam politik – kekal dalam status neutral.
Parlimen Kuala Lipis merupakan antara kawasan milik Umno-BN sejak merdeka. Musuh tradisi Umno BN di kawasan ini sudah tentulah PAS, walaupun dalam beberapa kali pilihan raya Semangat 46 dan PKR pernah bertanding. Parlimen Lipis mempunyai tiga kawasan Dun iaitu N3 Padang Tengku, N4 Cheka dan N5 Benta. Parlimen dan ketiga-tiga Dun tersebut dimenangi oleh BN. Namun majoriti undi yang di terima BN tidak lah terlalu tinggi iaitu Padang Tengku (1,188), Cheka (1,280), dan Benta (1,358).
Dari Segi pecahan kaum di Parlimen Lipis, bangsa Melayu mewakili 76.81 peratus, Cina 17.44 peratus, India 5.75 peratus dan selebihnya lain-lain bangsa.
Sehingga kini tiada lagi keputusan yang jelas parti manakah yang akan mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen. Namun bagi kerusi Dun, PAS bakal meletakkan Roslan Zainal sekali lagi di Padang Tengku. Baki dua Dun lagi mungkin ditandingi parti komponen Pakatan Rakyat.
Bagi PAS, sudah tentulah tertumpu kepada Padang Tengku. Pecahan kaum di Dun Padang Tengku ialah 93.18 peratus Melayu, 3.15 peratus Cina dan 3.67 peratus India.
Secara umumnya, peluang untuk PAS mencipta sejarah di Dun Padang Tengku tidak mustahil, apatah lagi perkembangan akhir-akhir ini yang melihat gelombang rakyat yang inginkan perubahan melanda seluruh pelosok negara.
Dalam pertemuan dengan YDP PAS Lipis, Ustaz Ishak Sat (Gambar kiri, berkopiah) dan Setiausaha PAS Kawasan Lipis, Muttacohiri Ludin Gambar Kanan), pelbagai program dan aktiviti telah diadakan demi meningkatkan sokongan dan undi seterusnya memenangi Dun Padang Tengku.
Menurut Muttacohiri, kebanyakan program dan aktiviti yang dilakukan ialah yang berkaitan golongan muda. Golongan ini lebih mudah diajak berbincang dan berfikiran agak terbuka. Antara program khas untuk golongan muda ini ialah pertandingan grand prix futsal.
Muttacohiri memaklumkan grand prix ini kepada lima zon. Pemenang setiap zon akan mewakili zon masing-masing untuk peringkat Dun pula. Kadangkala pihak PAS kawasan tidak menonjolkan imej parti dalam aktiviti sukan ini. Tujuannya supaya anak muda daripada pelbagai pihak dapat menyertainya dengan selesa.
Menurutnya lagi, aktiviti sebegini lebih berkesan menarik golongan muda khususnya golongan atas pagar untuk didekati. Pada masa masa yang sama program usrah, kuliah dan sebagainya tetap diteruskan seperti biasa bagi memantapkan lagi kefahaman ahli tentang perjuangan Islam dan PAS.
Selain mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, masalah setempat dijangka menjadi pemangkin utama PAS untuk mencipta kemenangan. Antara isu besar termasuklah permohonan tanah yang terlalu lama dan isu air. Selain itu, isu pembinaan kilang simen di Merapoh turut mendapat perhatian penduduk setempat.
Bagi Ishak Sat, Isu tanah dan air menjadi topik utama dalam kalangan penduduk setempat. Bagi isu tanah misalnya, ada sesetengah pemohon telah pun meninggal dunia. Status permohonan mereka tergantung begitu sahaja. Sementara di sesetengah kawasan seperti Pagar Sasak, isu air masih tidak selesai.
Menurut Ishak lagi, seorang bekas menteri pernah datang dan berjanji isu air akan selesai dalam tempoh dua minggu, namun sehingga kini tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Bahkan, Menteri Besar Pahang sendiri pernah turun ke kawasan ini dan berjanji akan membina dewan orang ramai, tetapi rata-rata penduduk berbisik sesama sendiri bahawa mereka bukan mahukan dewan orang ramai, tetapi geran tanah.
PAS Pahang menyedari hal ini dan telah memasukkan isu tanah ini dalam manifestonya. Oleh itu, Ishak yakin, jika kedua-dua isu ini digembeling dengan baik, harapan untuk merampas Dun Padang Tengku menjadi kenyataan.
Dun Padang Tengku mempunyai 19 Unit Peti Undi iaitu Merapoh, Aur Gading, Teluk Gunung, Pagar Sasak, Seberang Jelai, Berchang, Relong, Padang Tengku, Gua, Sungai Temau, Kechau, Petola, Tanjung Jambu, Selborne, Tempoyang, Mentara, dan Bapong. Sementara dua lagi UPU ialah Felda Kechau dan Felda Sungai Temau.
Berdasarkan PRU12 yang lalu, PAS telah menang di lima UPU dan untuk menawannya PAS mesti menang di 2/ 3 UPU. Kekalahan besar sudah tentulah di kedua-dua kawasan Felda. Namun, akhir-akhir ini sudah ada perubahan dalam kalangan mereka dan di harapkan dapat diterjemahkan dalam bentuk undi.
Dalam kesempatan lain saya berkesempatan melawat bilik gerakan PAS di Surau Chabang Tiga yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pekan Merapoh. Saya bersama-sama beberapa AJK PAS kawasan bergerak dari Berchang ke Surau Chabang Tiga. Secara kebetulan mereka ada mesyuarat dengan AJK kampung berkenaan.
Seusai mesyuarat, saya berpeluang berbuatl-bual dengan Mohamed Hussin, Bendahari PAS cawangan Teluk Gunung yang juga lebih dikenali sebagai “Abe Kob” dan Ketua Pemuda cawangan Teluk Gunung, Abdullah.
Dalam perbualan santai itu, mereka berdua menyatakan bahawa masalah tanah merupakan topik utama penduduk setempat. Sesetengah daripada mereka telah memohon untuk mendapat geran sejak 30 tahun yang lalu, tetapi sehingga kini tiada sebarang perkembangan.
Antara perkara yang turut ditimbulkan ialah masalah kelahiran mereka iaitu walaupun mereka menetap di Pahang, namun kod negeri yang tertera di kad pengenalan ialah kod Kelantan. Kebanyakan penduduk di beberapa buah kampung di sekitar kawasan Merapoh ini berasal dari Kelantan. Mereka datang ke kawasan ini dan membangunkannya hingga menjadi sebuah kampung.
Namun, akibat kod kelahiran ini, timbul beberapa masalah termasuklah masalah mendapatkan biasiswa pendidikan dan sebagainya.
(Gambar: Abe Kob dan Abdullah -berbaju merah- di hadapan markaz PAS Chabang Tiga)
Menurut Abe Kob, masalah permohonan tanah bukan sahaja melanda penduduk yang menyokong pembangkang, malah penduduk yang menyokong Umno-BN pun tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan.
Selain tanah, isu terbaru yang melanda penduduk kawasan ini ialah perancangan kerajaan yang mahu membina kilang simen. Kedudukan kilang tersebut yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada penempatan penduduk boleh membahayakan kesihatan mereka. Bahkan, pembinaan kilang simen ini turut tidak dipersetujui oleh penyokong Umno-BN di kawasan ini.
Oleh hal yang demikian, beliau berharap, jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 nanti masalah ini dapat diselesaikan.
KUALA LUMPUR:
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melancarkan kod
etika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi panduan parti-parti politik
dan garis panduan kerajaan sementara.
Kod etika PRU13 itu menggariskan 13 perkara sebagai piawaian minimum bagi semua parti politik, calon serta petugas kempen, sukarelawan dan penyokong.
Antara yang ditekankan termasuklah larangan ucapan menghasut, memburuk-burukkan pribadi, kebebasan wartawan dan pemerhati serta larangan ugutan dan keganasan.
Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengerusi Bersama Bersih 2.0, yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini.
“Deklarasi IPU 1994 berkaitan Kriteria bagi Pilihan Raya Bebas dan Adil menetapkan piawaian yang diterima secara universal bagaimana mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.
“Resolusi IPU yang diterima pakai pada 20 April 2011 di Panama menekankan keperluan untuk mewujudkan rangka kerja pilihan raya yang berkesan.
"Adalah menjadi tanggungjawab parti-parti politik dan calon-calon untuk memastikan pematuhan kod ini oleh petugas kempen, sukarelawan dan penyokong masing-masing," katanya.
Ujar Ambiga, sebagai panduan, kempen yang mempunyai bahan kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak, mengandungi bahasa atau kelakuan kesat, penghinaan yang mencemar serta mengandungi tuduhan terhadap mana-mana individu disebabkan oleh etnik, jantina, agama dan kedudukan sosial adalah dilarang sama sekali.
Sementara itu, mereka hari ini turut melancarkan garis panduan kerajaan sementara bagi memastikan Kerajaan Pesekutuan dan Kerajaan Negeri bertindak sewajarnya supaya sebarang keputusan yang dibuat dalam tempoh ini tidak mengikat kerajaan yang dipilih kelak.
PULAU PINANG:
PAS Pulau Pinang akan mengumumkan nama-nama calon yang bakal bertanding
dalam Pilihanraya Umum ke 13 dalam mesyuarat Badan Perhubungan Negeri
malam ini kata, Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man (gambar).
Selepas sehari dua sambungnya, mungkin satu majlis pengumuman secara rasmi akan dibuat.
Jelas beliau lagi, kali ini PAS Pulau Pinang akan bertanding di enam kerusi berbanding lima kerusi iaitu Penaga, Sungai Dua,Permatang Berangan, Permatang Pasir, Bayan Lepas dan Sungai Acheh.
Manakala Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor tetap menjadi taruhan PAS sebagaimana tahun 2008.
"Malam ini saya akan kemukakan pada semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri sebelum kepada media dalam masa yang terdekat," ujarnya.
Menurutnya, untuk memastikan kemenangan PAS di negeri ini semua jentera PAS wajar menambah giatkan lagi usaha jentera secara menyeluruh supaya semua pergerakan berjalan serentak.
Kali ini tegasnya, PAS akan memastikan berlaku pertambahan kerusi untuk mengimbangi kedudukan kerusi PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Sementara itu, pengarah Pilihanraya PAS Negeri, Rosidi Hussain pula mengingatkan pertugas PAS usah lagi pandang kebelakang sebaliknya teruskan pacuan ke hadapan dengan bertemu rakyat atau pengundi seramai mungkin.
Manakala dari segi jentera, mereka wajar mencari kerja apa yang patut dan jangan sekali-kali mengharapkan kerja dari orang lain.
"Semua jentera PAS kena melipat gandakan supaya perjalanan dan aktivti kita terus maju dan ada perkembangan yang positif," tegasnya.
KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan sementara samada di peringkat pusat atau negeri mematuhi 11 perkara dalam menjalankan tugas mereka.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, ia diperlu dilakukan bagi memastikan kerajaan sementara berjalan lancar dan dihormati semua pihak.
"Bagi pihak PAS, saya dengan ini menyeru supaya Perdana Menteri dan seluruh pemegang jawatan di dalam badan Eksekutif, samada ahli kabinet Persekutuan mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya benar-benar mematuhi prinsip, amalan dan konvensyen berkaitan dengan Kerajaan Sementara secara sepenuhnya.
11 perkara itu adalah:
i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;
ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar
iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi
iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;
v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.
vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;
vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;
viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;
ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;
x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.
xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.
"Kami di pihak PAS dan Pakatan Rakyat akan memantau perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara-perkara di atas dilanggar," kata Mahfuz.
IPOH: PAS Perak mensasarkan 18 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen untuk dimenangi dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS Perak, Haji Asmuni Awi berkata, jumlah kerusi sasaran itu adalah berdasarkan peluang untuk menang di kerusi-kerusi berkenaan.
"Berdasarkan gerakerja yang telah dibuat, saya yakin kita boleh mencapai sasaran itu," kata Asmuni kepada Harakahdaily.
(Asmuni di depan salah satu Markas Pilihan raya di kawasan DUN Manjoi)
Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN.
Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Bukit Gantang dan Parit Buntar manakala kerusi DUN adalah Pasir Panjang, Selinsing, Titi Serong, Gunung Semanggol, Changkat Jong dan Lubuk Merbau.
Ekoran kemenangan itu, Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar.
Namun kerajaan Pakatan Rakyat Perak itu hanya bertahan 11 bulan sahaja apabila dua Adun PKR dan satu Adun DAP meninggalkan parti masing-masing menjadi Adun bebas yang menyokong BN.
Berdasarkan ranking di bilik gerakan PAS, DUN Pasir Panjang yang diwakili oleh Nizar menduduki tempat pertama.
Ia telah dimenangi oleh Nizar dengan majoriti 4,447 mengalahkan calon BN dari MIC, Vasan Sinnadurai.
Namun dalam pilihan raya akan datang ini Nizar disebut-sebut akan bertanding di Changkat Jering, salah satu DUN di bawah Bukit Gantang yang beliau menang dalam pilihan raya kecil lalu.
Tempat beliau di Pasir Panjang katanya akan ditandingi oleh seorang tokoh Muslimat kawasan Lumut.
Asmuni sendiri dikatakan akan bertanding di DUN Manjoi iaitu kawasan yang menjadi tanah tumpah darah beliau sehingga sekarang.
Dalam pilihan raya kali ini, PAS dijangka akan bertanding 22 DUN manakala PKR19 dan DAP 18.
DAP mempunyai peluang cerah untuk memenangi kesemua DUN yang ditandingi itu.
Untuk kerusi Parlimen pula, PAS dijangka akan bertanding tujuh kerusi, PKR 10 dan DAP tujuh.
KUALA LUMPUR:
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa
isterinya dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak
akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 sebagai respon kepada
dakwaan nepotisme dalam PKR.
"Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada di dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya,"katanya semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera petang semalam.
Jawapan Anwar ini memecahkan desas desus selama ini bahawa isteri beliau itu turut akan dicalonkan dalam pilihan raya umum ini.
Azizan dikatakan akan bertanding salah satu DUN di Selangor.
Ura-ura ini disambut oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan berkata Wan Azizah layak menjadi MB Selangor selepas ini.
Namu begitu ia dilihat negatif oleh beberapa pihak kerana Anwar dan anaknya Nurul Izzah Anwar sudah cukup untuk bertanding.
Anwar yang dilaporkan akan bertanding di Perak kali ini bagi melebarkan jangkauan pengaruhnya selepas bertapak di Permatang Pauh sejak sekian lama.
Namun sehingga kini Anwar masih belum tentukan kerusi manakah beliau akan bertanding.
Nurul Izzah pula disebut Anwar sebelum ini akan kekal di Lembah Pantai walaupun pelbagai pihak bimbang Nurul akan kalah kali ini.
Ini kerana, Umno berusaha keras untuk menawan kerusi itu termasuk memindahkan ramai pengundi Melayu yang berhampiran ke Lembah Pantai.
Antara mangsanya adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang turut akan mengundi di Lembah Pantai selepas mengundi di Selangor sebelum ini.
Datuk Ahmad Yakub berkata, angka yang didakwa pihak terbabit tidak munasabah kerana mereka cuba gambarkan 46 peratus bumi Kelantan ditarah.
“Sedangkan keluasan tanah kerajaan di seluruh negeri ialah 1,003,149 ekar. Hanya kawasan tersebut sahaja dilulus bagi pembangunan.
“Pembangunan tanah itu bagi mendatangkan hasil kepada kerajaan bagi menjaga kepentingan rakyat, lebih-lebih lagi Kelantan banyak dinafikan hak oleh Kerajaan Persekutuan.
“Paling jelas hak royalti petroleum telah dikhianati pemimpin Umno dan Barisan Nasional,” katanya di sini.
Sebelum ini Umno Kelantan mendakwa kawasan hutan seluas 1.7 juta ekar di negeri ini ditarah. Malah risalah percuma mengenainya diterbit Gerakan Bertindak Selamatkan Tanah Rakyat Kelantan diedar di merata tempat.
Pemimpin Umno termasuk presidennya, Datuk Seri Najib Razak juga mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan jawatan Menteri Besar Perak diberi kepada Adun PAS pada Mac 2008.
Bagaimanapun blogger Umno yang melemparkan tuduhan tersebut menarik balik kenyataan fitnah yang dilemparkan. Malangnya pemimpin Umno masih lagi menjaja isu terbabit.
Ahmad berkata, kerajaan negeri hanya boleh melaksanakan pembangunan di atas tanah kerajaan.
Beliau juga memberitahu pembangunan ladang komersial yang dilaksanakan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dengan kerjasama syarikat swasta bukan secara pajakan.
“Dakwaan yang mengatakan Ladang Rakyat menjual tanah kepada tauke Cina tidak benar dan tak berasas. Ladang Rakyat ditubuh melalui Enakmen Perbadanan.
“Adalah menyalahi undang-undang dan Enakmen Perbadanan apabila Ladang Rakyat menjual tanah kepada syarikat sama ada milik Cina atau Bumiputera.
“Malah, pemajuan tanah tidak melibatkan pemberian pajakan dan syarikat hanya terlibat sebagai pemaju projek sahaja, bukan sebagai tuan punya atau pemajak tanah,” katanya.
Timbalan Menteri Besar juga menjelaskan tiada tanah yang diusahakan rakyat terbabit dengan pembangunan ladang tersebut.
Bagaimanapun kata beliau sekiranya didapati tanah kerajaan diteroka penduduk setempat, Ladang Rakyat membuat perundingan bagi menyelesaikannya.
Misalnya di Lubok Bongor, Jeli dan di Kandek, Dabong seramai 177 penduduk menyerah tanah yang pernah diusahakan mereka kepada kerajaan untuk dimajukan. Mereka pula diserap sebagai peserta Ladang Rakyat.
“Proses ini dipanggil program pemutihan Ladang Rakyat daripada kawasan terokaan. Sedangkan pada peringkat awal kawasan dilulus kepada Ladang Rakyat seluas 80,898 ekar, namun hanya 66,589 ekar dibangunkan.
“Seluas 14,309 ekar lagi ditinggalkan kepada peneroka terbabit. Kawasan itu akan diberi geran hak milik kepada penduduk yang terlibat,” ujarnya.
Pilihan raya dan harta awam
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, | 04 Apr 2013 |
Menjelang pilihanraya, tentu pelbagai pihak akan menyebut nama Nabi SAW seakan merekalah yang paling dekat dengan ajaran baginda. Ada yang mengaku keturunan Nabi SAW untuk menebalkan poket dan mendekatkan diri kepada penguasa. Ada yang mengakui kononnya ‘salafi’ bermanhaj salaf konon padahal merekalah yang menyimpang dari maqasid agama yang dibawa oleh Nabi SAW. Ada yang membangkitkan soal perkauman, lalu menyatakan perjuangannya diajar oleh Nabi SAW. Golongan politik pula akan menggunakan sesiapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menguntung kehendak politik mereka. Jika nama Nabi s.a.w boleh dijual, mereka mungkin akan menjualnya untuk mendapatkan untung politik.
Tidak Pelik
Kita jangan hairan jika orang politik mempunyai pelbagai watak terutama musim pilihanraya ini. Kita mungkin melihat mereka bagaikan wali yang suci dengan penuh tawaduk bersujud di depan khalayak ramai dan media. Kemudian kita juga mungkin mendapati mereka penuh kerakusan kuasa, meratah harta awam, membohongi rakyat jelata, berjanji dusta dan menipu semahunya. Kesemuanya mungkin bagi yang menjadikan kuasa matlamat kehidupan mereka. Tidak kira apa jenama parti sekalipun, jika penyakit gila kuasa bersarang dan menguasai salur darah dan nafas seseorang, dia ketagih kuasa dan mungkin melakukan apa sahaja.
Hudaibiyah
Saya amat kagum dengan kejujuran Nabi SAW dalam melaksanakan janji yang dimenterai dan tidak pernah khianat kepada persetujuan yang dibuat. Perjanjian Hudaibiyah yang dibuat pada tahun keenam hijrah antara bukti yang mengkagumkan. Ramai juga sahabat tidak bersetuju dengan isi perjanjian tersebut yang dimenterai antara Nabi SAW dengan kaum Quraish Mekah yang terkenal sejak dari hari awal terus menerus memerangi Islam. Suhail bin ‘Amr mewakili pihak Quraish bagi memeterai perjanjian tersebut. Antara isi perjanjian yang dipersetujui ialah sesiapa dalam kalangan Quraish yang pergi kepada pihak Muhammad (kaum muslimin di Madinah) tanpa keizinan keluarganya hendaklah dipulangkan kepada pihak Quraish. Sesiapa dalam kalangan mereka yang bersama Muhammad yang pergi kepada pihak Quraish, tidak dipulangkan kepada pihak Muhammad’. (Isi perjanjian ini disebut dalam pelbagai riwayat dari al-Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dll).
Nabi SAW telah bersetuju dengan kandungan perjanjian ini. Ditakdirkan semasa perjanjian dimeterai, anak Suhail bin ‘Amr sendiri yang dipanggil Abu Jandal yang menganut Islam datang kepada Nabi SAW dalam keadaan dirantai kerana disiksa oleh bapanya. Dia berjaya melarikan diri dari kepungan lalu datang mendapatkan Nabi SAW dan kaum muslimin. Kata Suhail kepada Nabi SAW: “Wahai Muhammad! Ini perkara pertama yang aku tuntut engkau laksanakan bagi perjanjian ini, engkau hendaklah kembalikan dia kepadaku”. Nabi SAW cuba memujuk Suhail dengan pelbagai cara agar mengecualikan kes Abu Jandal ini. Namun Suhail tetap berkeras dengan isi perjanjian tersebut. Para sahabat begitu sedih melihat Abu Jandal yang menganut Islam tetapi disiksa dengan begitu dahsyat oleh bapanya. Dia dirantai dan dipukul.
Baginda Nabi SAW terpaksa mengembalikan Abu Jandal kepada bapanya disebabkan perjanjian tersebut. Abu Jandal menjerit dengan suara yang kuat menyebut:
“Wahai kaum muslimin! Tergamak kamu mengembalikan daku kepada puak syirik yang akan menyiksa daku kerana agamaku?!”. Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Jandal: “Wahai Abu Jandal! Bersabar dan haraplah pahala. Sesungguhnya Allah akan menjadikan untuk engkau dan mereka yang tertindas bersamamu jalan keluar. Kita telah mengikat perjanjian dengan kaum Quraish. Kita terpaksa patuh dan mereka juga kena patuh. Kita sama sekali tidak mengkhianati mereka”. (Riwayat Ahmad dan sebahagiannya dari al-Bukhari dan Ibn Ishaq).
Janji Ditepati
Demikianlah setianya Nabi SAW kepada perjanjian. Walaupun para sahabat ramai yang tidak bersetuju dan mencadangkan peperangan, namun bukanlah seorang nabi jika baginda mengkhianati perjanjian. Memamng, jika kaum muslimin memilih perang kemungkinan besar mereka boleh menang, buktinya dua tahun kemudian disebabkan Quraish sendiri yang melanggar perjanjian, Nabi SAW pun menawan Mekah pada tahun kelapan hijrah. Namun Nabi SAW tidak memilih perang atas strategi politik baginda yang kemudiannya terbukti amat berkesan.
Jika perjanjian dengan musuh Islam dipatuhi oleh Nabi SAW tanpa khianat, apatah lagi jika kita berjanji sesama muslim ataupun antara pemerintah dan rakyat. Setiap pihak, terutama yang mengaku muslim, yang sering menggunakan nama Nabi Muhammad SAW lebih wajar untuk mematuhi persetujuan yang disepakati.
Setiap parti dalam negara ini sudah ada kerajaan samada pusat ataupun negeri. BN dan PR juga sama. Pada musim piliharaya, mereka tidak boleh menggunakan harta negara ataupun negeri yang menjadi milik semua untuk kepentingan parti mereka. Kereta kerajaan, harta kerajaan dan kemudahan kerajaan tidak boleh digunakan secara khusus untuk kempen kepentingan diri ataupun parti.
Khianat
Mereka tidak boleh datang berkempen diri ataupun parti menggunakan kereta ataupun apa sahaja harta awam. Bukan semua sokong BN ataupun PR. Jika yang pro-BN redha, yang pro-PR mungkin tidak redha. Jika yang pro-PR redha, yang pro-BN mungkin tidak redha. Jika kedua pihak redha meredhai dalam membelasah harta awam, mungkin mereka yang tidak pro BN atau PR tidak redha. Maka, mereka jangan khianat amanah yang diberikan di tangan mereka.
Demikian juga media awam yang dibayar oleh harta kerajaan, hendaklah bebas dari kepentingan mana-mana parti politik. Sekian lama sejak merdeka, pihak penguasa sering ‘merembat’ habis-habisan media-media awam ini, termasuk TV Hijrah yang kelihatan ‘agama’ yang turut digunakan untuk kempen. Padahal ia dibiayai oleh harta awam yang menjadi milik bersama.
Dalam negara demokrasi yang berjanji satu proses pilihanraya yang adil, janji wajib itu dilaksanakan. Saya akur, telah berlaku usaha pembaikan pengurusan pilihanraya kita untuk membolehkan ia lebih adil. Kita hargai. Namun masih ada ruang yang patut dibaiki. Saya tidak fanatik mana-mana parti. Bukan juga penjilat mana-mana pemimpin kerajaan ataupun pembangkang. Saya juga tidak beriman dengan kejujuran mana-mana parti yang sedia ada itu. Namun setiap rakyat memerlukan maklumat yang saksama untuk dia membuat pilihan. Media awam patutnya memainkan peranan tersebut. Jika ada media yang dimiliki oleh pihak-pihak tertentu, pihak lain juga patut diberikan lesen memiliki media mereka untuk membolehkan mereka menyiarkan pandangan mereka. Mana-mana pihak yang sanggup membentuk kerajaan yang memberikan hak tersebut, wajar disokong.
Akhirnya, setelah ruang mengenali setiap pihak dibuka secara adil, bermula dari mereka di universiti sehingga atuk dan tok wan di kampong dapat berfikir semampunya apa yang menjadi hasrat mereka sebagai rakyat, mereka pun mengundi. Undian itu mempunyai harga dan maruah diri rakyat. Percayalah, jika ruang sepenuh dibuka pun, tidak semestinya mereka akan menukar kerajaan ataupun memilih pembangkang. Jika mereka menukar pun, itu hak mereka yang diberikan oleh sebuah negara yang adil.
http://drmaza.com
Negeri Pakatan bubar Dun selewat-lewatnya esok
Harakahdaily, | 04 Apr 2013 |
PETALING JAYA: Kesemua Dewan Undangan Negeri (Dun) dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat akan dibubarkan selewat-lewatnya esok bagi membolehkan pilihan raya ke-13 diadakan bersekali dengan Pusat.
Bagaimanapun Selangor menjadi negeri pertama dibawah Pakatan Rakyat yang membubarkan Dun hari ini.
Hari ini juga kesemua Menteri besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat bermesyuarat di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana di Petaling Jaya.
Antara yang hadir Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun tidak hadir kerana hadir ke Istana Alam Shah di sini bagi majlis menandatangani watikah pembubaran Dun Selangor oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sementara itu, Ustaz Azizan pada sidang media selepas mesyuarat itu hari ini memberitahu beliau telah menghadap Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di ibu negara pagi ini dan telah mendapat perkenan baginda bagi pembubaran Dun Kedah.
"Esok pada pukul 9.40 pagi, saya akan menghadap Jemaah Pemangku Sultan di Istana Anak Bukit (Kedah) untuk memaklumkan perkenan baginda sultan untuk membolehkan Dun dibubarkan," katanya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada sidang media sama pula memberitahu beliau akan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V malam ini di Istana Negeri di Kubang Kerian.
Sementara itu, Guan Eng pula berkata beliau telah bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas hari ini untuk mendapatkan persetujuan bagi pembubaran Dun Pulau Pinang esok.
P79 Lipis: Andai Siti Nurhaliza jadi calon...
Majdan Dagang, | 04 Apr 2013 |
Berbalik kepada isu pilihan raya, secara peribadi, dalam suasana politik Malaysia yang tidak matang pada hari ini, lebih afdal sekiranya Datuk Siti tidak terbabit dalam politik – kekal dalam status neutral.
Parlimen Kuala Lipis merupakan antara kawasan milik Umno-BN sejak merdeka. Musuh tradisi Umno BN di kawasan ini sudah tentulah PAS, walaupun dalam beberapa kali pilihan raya Semangat 46 dan PKR pernah bertanding. Parlimen Lipis mempunyai tiga kawasan Dun iaitu N3 Padang Tengku, N4 Cheka dan N5 Benta. Parlimen dan ketiga-tiga Dun tersebut dimenangi oleh BN. Namun majoriti undi yang di terima BN tidak lah terlalu tinggi iaitu Padang Tengku (1,188), Cheka (1,280), dan Benta (1,358).
Dari Segi pecahan kaum di Parlimen Lipis, bangsa Melayu mewakili 76.81 peratus, Cina 17.44 peratus, India 5.75 peratus dan selebihnya lain-lain bangsa.
Sehingga kini tiada lagi keputusan yang jelas parti manakah yang akan mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen. Namun bagi kerusi Dun, PAS bakal meletakkan Roslan Zainal sekali lagi di Padang Tengku. Baki dua Dun lagi mungkin ditandingi parti komponen Pakatan Rakyat.
Bagi PAS, sudah tentulah tertumpu kepada Padang Tengku. Pecahan kaum di Dun Padang Tengku ialah 93.18 peratus Melayu, 3.15 peratus Cina dan 3.67 peratus India.
Secara umumnya, peluang untuk PAS mencipta sejarah di Dun Padang Tengku tidak mustahil, apatah lagi perkembangan akhir-akhir ini yang melihat gelombang rakyat yang inginkan perubahan melanda seluruh pelosok negara.
Dalam pertemuan dengan YDP PAS Lipis, Ustaz Ishak Sat (Gambar kiri, berkopiah) dan Setiausaha PAS Kawasan Lipis, Muttacohiri Ludin Gambar Kanan), pelbagai program dan aktiviti telah diadakan demi meningkatkan sokongan dan undi seterusnya memenangi Dun Padang Tengku.
Menurut Muttacohiri, kebanyakan program dan aktiviti yang dilakukan ialah yang berkaitan golongan muda. Golongan ini lebih mudah diajak berbincang dan berfikiran agak terbuka. Antara program khas untuk golongan muda ini ialah pertandingan grand prix futsal.
Muttacohiri memaklumkan grand prix ini kepada lima zon. Pemenang setiap zon akan mewakili zon masing-masing untuk peringkat Dun pula. Kadangkala pihak PAS kawasan tidak menonjolkan imej parti dalam aktiviti sukan ini. Tujuannya supaya anak muda daripada pelbagai pihak dapat menyertainya dengan selesa.
Menurutnya lagi, aktiviti sebegini lebih berkesan menarik golongan muda khususnya golongan atas pagar untuk didekati. Pada masa masa yang sama program usrah, kuliah dan sebagainya tetap diteruskan seperti biasa bagi memantapkan lagi kefahaman ahli tentang perjuangan Islam dan PAS.
Selain mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, masalah setempat dijangka menjadi pemangkin utama PAS untuk mencipta kemenangan. Antara isu besar termasuklah permohonan tanah yang terlalu lama dan isu air. Selain itu, isu pembinaan kilang simen di Merapoh turut mendapat perhatian penduduk setempat.
Bagi Ishak Sat, Isu tanah dan air menjadi topik utama dalam kalangan penduduk setempat. Bagi isu tanah misalnya, ada sesetengah pemohon telah pun meninggal dunia. Status permohonan mereka tergantung begitu sahaja. Sementara di sesetengah kawasan seperti Pagar Sasak, isu air masih tidak selesai.
Menurut Ishak lagi, seorang bekas menteri pernah datang dan berjanji isu air akan selesai dalam tempoh dua minggu, namun sehingga kini tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Bahkan, Menteri Besar Pahang sendiri pernah turun ke kawasan ini dan berjanji akan membina dewan orang ramai, tetapi rata-rata penduduk berbisik sesama sendiri bahawa mereka bukan mahukan dewan orang ramai, tetapi geran tanah.
PAS Pahang menyedari hal ini dan telah memasukkan isu tanah ini dalam manifestonya. Oleh itu, Ishak yakin, jika kedua-dua isu ini digembeling dengan baik, harapan untuk merampas Dun Padang Tengku menjadi kenyataan.
Dun Padang Tengku mempunyai 19 Unit Peti Undi iaitu Merapoh, Aur Gading, Teluk Gunung, Pagar Sasak, Seberang Jelai, Berchang, Relong, Padang Tengku, Gua, Sungai Temau, Kechau, Petola, Tanjung Jambu, Selborne, Tempoyang, Mentara, dan Bapong. Sementara dua lagi UPU ialah Felda Kechau dan Felda Sungai Temau.
Berdasarkan PRU12 yang lalu, PAS telah menang di lima UPU dan untuk menawannya PAS mesti menang di 2/ 3 UPU. Kekalahan besar sudah tentulah di kedua-dua kawasan Felda. Namun, akhir-akhir ini sudah ada perubahan dalam kalangan mereka dan di harapkan dapat diterjemahkan dalam bentuk undi.
Dalam kesempatan lain saya berkesempatan melawat bilik gerakan PAS di Surau Chabang Tiga yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pekan Merapoh. Saya bersama-sama beberapa AJK PAS kawasan bergerak dari Berchang ke Surau Chabang Tiga. Secara kebetulan mereka ada mesyuarat dengan AJK kampung berkenaan.
Seusai mesyuarat, saya berpeluang berbuatl-bual dengan Mohamed Hussin, Bendahari PAS cawangan Teluk Gunung yang juga lebih dikenali sebagai “Abe Kob” dan Ketua Pemuda cawangan Teluk Gunung, Abdullah.
Dalam perbualan santai itu, mereka berdua menyatakan bahawa masalah tanah merupakan topik utama penduduk setempat. Sesetengah daripada mereka telah memohon untuk mendapat geran sejak 30 tahun yang lalu, tetapi sehingga kini tiada sebarang perkembangan.
Antara perkara yang turut ditimbulkan ialah masalah kelahiran mereka iaitu walaupun mereka menetap di Pahang, namun kod negeri yang tertera di kad pengenalan ialah kod Kelantan. Kebanyakan penduduk di beberapa buah kampung di sekitar kawasan Merapoh ini berasal dari Kelantan. Mereka datang ke kawasan ini dan membangunkannya hingga menjadi sebuah kampung.
Namun, akibat kod kelahiran ini, timbul beberapa masalah termasuklah masalah mendapatkan biasiswa pendidikan dan sebagainya.
(Gambar: Abe Kob dan Abdullah -berbaju merah- di hadapan markaz PAS Chabang Tiga)
Menurut Abe Kob, masalah permohonan tanah bukan sahaja melanda penduduk yang menyokong pembangkang, malah penduduk yang menyokong Umno-BN pun tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan.
Selain tanah, isu terbaru yang melanda penduduk kawasan ini ialah perancangan kerajaan yang mahu membina kilang simen. Kedudukan kilang tersebut yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada penempatan penduduk boleh membahayakan kesihatan mereka. Bahkan, pembinaan kilang simen ini turut tidak dipersetujui oleh penyokong Umno-BN di kawasan ini.
Oleh hal yang demikian, beliau berharap, jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 nanti masalah ini dapat diselesaikan.
Bersih lancar kod etika p'raya, kerajaan sementara
Anis Nazri, | 04 Apr 2013 |
Kod etika PRU13 itu menggariskan 13 perkara sebagai piawaian minimum bagi semua parti politik, calon serta petugas kempen, sukarelawan dan penyokong.
Antara yang ditekankan termasuklah larangan ucapan menghasut, memburuk-burukkan pribadi, kebebasan wartawan dan pemerhati serta larangan ugutan dan keganasan.
Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengerusi Bersama Bersih 2.0, yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini.
“Deklarasi IPU 1994 berkaitan Kriteria bagi Pilihan Raya Bebas dan Adil menetapkan piawaian yang diterima secara universal bagaimana mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.
“Resolusi IPU yang diterima pakai pada 20 April 2011 di Panama menekankan keperluan untuk mewujudkan rangka kerja pilihan raya yang berkesan.
"Adalah menjadi tanggungjawab parti-parti politik dan calon-calon untuk memastikan pematuhan kod ini oleh petugas kempen, sukarelawan dan penyokong masing-masing," katanya.
Ujar Ambiga, sebagai panduan, kempen yang mempunyai bahan kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak, mengandungi bahasa atau kelakuan kesat, penghinaan yang mencemar serta mengandungi tuduhan terhadap mana-mana individu disebabkan oleh etnik, jantina, agama dan kedudukan sosial adalah dilarang sama sekali.
Sementara itu, mereka hari ini turut melancarkan garis panduan kerajaan sementara bagi memastikan Kerajaan Pesekutuan dan Kerajaan Negeri bertindak sewajarnya supaya sebarang keputusan yang dibuat dalam tempoh ini tidak mengikat kerajaan yang dipilih kelak.
PAS Pulau Pinang umum calon malam ini
Mohd Sabri Said, | 04 Apr 2013 |
Selepas sehari dua sambungnya, mungkin satu majlis pengumuman secara rasmi akan dibuat.
Jelas beliau lagi, kali ini PAS Pulau Pinang akan bertanding di enam kerusi berbanding lima kerusi iaitu Penaga, Sungai Dua,Permatang Berangan, Permatang Pasir, Bayan Lepas dan Sungai Acheh.
Manakala Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor tetap menjadi taruhan PAS sebagaimana tahun 2008.
"Malam ini saya akan kemukakan pada semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri sebelum kepada media dalam masa yang terdekat," ujarnya.
Menurutnya, untuk memastikan kemenangan PAS di negeri ini semua jentera PAS wajar menambah giatkan lagi usaha jentera secara menyeluruh supaya semua pergerakan berjalan serentak.
Kali ini tegasnya, PAS akan memastikan berlaku pertambahan kerusi untuk mengimbangi kedudukan kerusi PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Sementara itu, pengarah Pilihanraya PAS Negeri, Rosidi Hussain pula mengingatkan pertugas PAS usah lagi pandang kebelakang sebaliknya teruskan pacuan ke hadapan dengan bertemu rakyat atau pengundi seramai mungkin.
Manakala dari segi jentera, mereka wajar mencari kerja apa yang patut dan jangan sekali-kali mengharapkan kerja dari orang lain.
"Semua jentera PAS kena melipat gandakan supaya perjalanan dan aktivti kita terus maju dan ada perkembangan yang positif," tegasnya.
PAS minta kerajaan sementara patuhi 11 perkara
Harakahdaily, | 04 Apr 2013 |
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, ia diperlu dilakukan bagi memastikan kerajaan sementara berjalan lancar dan dihormati semua pihak.
"Bagi pihak PAS, saya dengan ini menyeru supaya Perdana Menteri dan seluruh pemegang jawatan di dalam badan Eksekutif, samada ahli kabinet Persekutuan mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya benar-benar mematuhi prinsip, amalan dan konvensyen berkaitan dengan Kerajaan Sementara secara sepenuhnya.
11 perkara itu adalah:
i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;
ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar
iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi
iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;
v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.
vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;
vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;
viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;
ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;
x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.
xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.
"Kami di pihak PAS dan Pakatan Rakyat akan memantau perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara-perkara di atas dilanggar," kata Mahfuz.
PAS Perak sasarkan 18 Dun dan 4 Parlimen
Harakahdaily, | 04 Apr 2013 |
Pengarah Pilihan Raya PAS Perak, Haji Asmuni Awi berkata, jumlah kerusi sasaran itu adalah berdasarkan peluang untuk menang di kerusi-kerusi berkenaan.
"Berdasarkan gerakerja yang telah dibuat, saya yakin kita boleh mencapai sasaran itu," kata Asmuni kepada Harakahdaily.
(Asmuni di depan salah satu Markas Pilihan raya di kawasan DUN Manjoi)
Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN.
Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Bukit Gantang dan Parit Buntar manakala kerusi DUN adalah Pasir Panjang, Selinsing, Titi Serong, Gunung Semanggol, Changkat Jong dan Lubuk Merbau.
Ekoran kemenangan itu, Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar.
Namun kerajaan Pakatan Rakyat Perak itu hanya bertahan 11 bulan sahaja apabila dua Adun PKR dan satu Adun DAP meninggalkan parti masing-masing menjadi Adun bebas yang menyokong BN.
Berdasarkan ranking di bilik gerakan PAS, DUN Pasir Panjang yang diwakili oleh Nizar menduduki tempat pertama.
Ia telah dimenangi oleh Nizar dengan majoriti 4,447 mengalahkan calon BN dari MIC, Vasan Sinnadurai.
Namun dalam pilihan raya akan datang ini Nizar disebut-sebut akan bertanding di Changkat Jering, salah satu DUN di bawah Bukit Gantang yang beliau menang dalam pilihan raya kecil lalu.
Tempat beliau di Pasir Panjang katanya akan ditandingi oleh seorang tokoh Muslimat kawasan Lumut.
Asmuni sendiri dikatakan akan bertanding di DUN Manjoi iaitu kawasan yang menjadi tanah tumpah darah beliau sehingga sekarang.
Dalam pilihan raya kali ini, PAS dijangka akan bertanding 22 DUN manakala PKR19 dan DAP 18.
DAP mempunyai peluang cerah untuk memenangi kesemua DUN yang ditandingi itu.
Untuk kerusi Parlimen pula, PAS dijangka akan bertanding tujuh kerusi, PKR 10 dan DAP tujuh.
Anwar sahkan Azizah tidak bertanding
Harakahdaily, | 04 Apr 2013 |
"Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada di dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya,"katanya semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera petang semalam.
Jawapan Anwar ini memecahkan desas desus selama ini bahawa isteri beliau itu turut akan dicalonkan dalam pilihan raya umum ini.
Azizan dikatakan akan bertanding salah satu DUN di Selangor.
Ura-ura ini disambut oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan berkata Wan Azizah layak menjadi MB Selangor selepas ini.
Namu begitu ia dilihat negatif oleh beberapa pihak kerana Anwar dan anaknya Nurul Izzah Anwar sudah cukup untuk bertanding.
Anwar yang dilaporkan akan bertanding di Perak kali ini bagi melebarkan jangkauan pengaruhnya selepas bertapak di Permatang Pauh sejak sekian lama.
Namun sehingga kini Anwar masih belum tentukan kerusi manakah beliau akan bertanding.
Nurul Izzah pula disebut Anwar sebelum ini akan kekal di Lembah Pantai walaupun pelbagai pihak bimbang Nurul akan kalah kali ini.
Ini kerana, Umno berusaha keras untuk menawan kerusi itu termasuk memindahkan ramai pengundi Melayu yang berhampiran ke Lembah Pantai.
Antara mangsanya adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang turut akan mengundi di Lembah Pantai selepas mengundi di Selangor sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan