Selasa, 16 April 2013

NAK MAMPUS BERTANDING...ORANG SPIN HABIS KES ZINA DIHOTEL...DAN IA MENGAKU PULAK....ULAMAK UMNO NANTI TERKEDU ABIS....CALON2 LAIN PUN TERBABIT SAMA

Jika Holywood boleh cipta Avatar - Mahathir

Era Pasca, 16 Apr 2013


Ini baru di anggap dedah rahsia untuk kebaikan umat, bukan seperti macai UMNO dedah lucah yang tidak di ketahui kebenaran untuk mengaibkan mana-mana pemimpin.

Jika ada bukti dan sebgainya serah pada pihak bertanggung jawab untuk di adili bukan mengaib dan secara automatik memalukan dan menuduh seseorang itu.

Teringat kata Mahathir Mohammad Bapa Macai Semalaysia, "Jika Holywood boleh cipta movie avatar, mereka juga boleh mencipat konspirasi 9 11"

Klik untuk lihat laporan penuh blog ini.

Khianat: Markas PAS Felcra Nasarudin dibakar

Muhammad Faeez Azahar, 16 Apr 2013
IPOH: Markas Operasi PRU13 PAS Cawangan Felda Nasaruddin Belia dibakar dipercayai angkara perbuatan khianat pihak-pihak yang tertentu.

Ketua Cawangannya, Yusof Mat berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira awal 5 pagi semalam dan perkara tersebut disedari oleh penyokong PAS ketika melalui markas tersebut untuk solat Subuh di masjid.

Beliau berkata, ekoran kejadian tersebut menyebabkan bebarapa barangan termasuk kerusi, meja serta khemah markas operasi pilihanraya itu hangus terbakar.

“Saya segera ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat dan saya sempat memadamkan kebakaran daripada terus merebak,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya tidak menjangkakan kejadian itu berlaku kerana pihak PAS sentiasa berhubungan baik dengan semua pihak termasuk Umno-BN.

Insiden tersebut katanya pertama kali berlaku dan ianya dianggap tidak patut berlaku di Negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab ini dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi,” jelasnya lagi.

Akibat kejadian itu, pihaknya telah membuat laporan polis dan berharap pihak keselamatan dapat menjalankan siasatan dengan segera.

Beliau juga berharap pihak polis dapat membuat rondaan sekerap mungkin dalam musim pilihanraya ini agar insiden tersebut tidak berulang lagi.

Mengapa Presiden MCA takut bertanding kali ini

Omak Kau, 16 Apr 2013




Ini adalah pemandangan ceramah anjuran DAP di Rumah Pangsa Taman Anika, Melaka. Rumah pangsa yang dibina oleh kerajaan BN Melaka dan sudah pasti penerima BR1M tetapi hampir 85% penghuninya menyokong tegar DAP/PR pada PRU 13 ini.

Kalau penghuni rumah pangsa boleh berubah arah menyokong PR, cuba bayangkan warga kelas pertengahan yang tidak ramai layak menerima BR1M.

Ertinya rakyat dah cerdik... Beri BR1M rembat tapi undi tetap pada Pakatan Rakyat.

Klik untuk melihat laporan blogger ini seterusnya.

Perang belum mula, Umno sudah perang sesama sendiri

Omak Kau, 16 Apr 2013





Perang belum bermula, UMNO dah berperang sesama sendiri...

Bantah adik Setiausaha Agung jadi calon di DUN N32 Seri Setia lawan calon PKR/PR Nik Nazmi...Alamatnya terlingkup bungkus guyub UMNO di Selangor.

Bantahan ini sudah pasti ada kesan sampingan di semua DUN Negeri Selangor.

Klik untuk lihat lagi gambar

Pergg!!!..Politik lucah tidak luntur semangat rakyat

Omak Kau, 16 Apr 2013




Pemandangan Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Bersama-sama dengan DSAI di Kg Manjoi, Ipoh, Perak malam tadi 15hb April 2013... Peluang Perak kembali ke tangan PR amatlah cerah sekali.

Masih UMNO mau dan terus mendabik dada kata PR akan kalah teruk pada PRU 13 ini?

Klik blog Omak Kau untuk lihat lagi lautan manusia

 Umno nafi edar video seks?
Posted on Tuesday, April 16 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: anaabdullah

"Penulis boleh terima alasan bahawa umno tidak terbabit dengan edaran video seks setiausaha gung PAS Mustafa Ali.

Mengapa? Kerana dari segi bahasa umno adalah parti yang jelas tidak boleh buat macam apa yang diperlakukan oleh manusia.

Oleh itu, sangat wajar Umno hari menghantar surat tuntutan kepada Harakahdaily menuntut ia memohon maaf berhubung isu penyebaran klip video dan foto seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin tertinggi Pas.

Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu mendakwaHarakahdailly telah memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajukMustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat.

Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita yang disiarkan kelmarin mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.

Betul sungguh itu bukan kerja umno, tetapi ia adalah kerja orang umno sepertimana yang diperlakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sahabatnya, termasuk ditahan dibawah Akta ISA.

Kita masih belum lupa video seks mengenai Anwar Ibrahim tidak lama dahulu itu adalah kerja orang umno tetapi bukan kerja umno (parti) yang tidak ada kaki dan tangan tetapi ada kakitangan yang buat kerja jahat untuk menjatuhkan Anwar.

Kali ini kerja jahat itu dilakukan untuk jatuhkan Datuk Mustafa Ali dan parti PAS agar reputasi parti yang memperjaungkan islam tercemar.

Rakyat Malaysia percayai umno tetap terbabit dengan pengedaran video ssks yang kononnya ada kaitan dengan Mustafa Ali, kerana sejarah telah membuktikan apa apa yang diperlakukan keatas Anwar tiada kes yang boleh dibuktikan oleh mahkamah."


Najib Bogelkan Terengganu- Undi Kami Bukan Untuk BN.
Posted on Tuesday, April 16 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: lidahbenar

"Muka kami engkau ludah, hasil kami engkau rompak,

Kebajikan kami engkau persetankan, tahi dan lumpur engkau palitkan.

Undi kami bukan lagi untuk Barisan...

Isu penemuan minyak di blok PM307-Bertam mungkin telah tenggelam dek vidéo-video hebat yang tersiar hasil kepakaran manusia yang mensyukuri kelebihan yang dikurniakan kepada diri mereka. Namun lidah benar bangkitkan kembali isu Bertam kerana ini salah satu kayu pengukur terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN). Inilah penghargaan serta anugerah yang BN telah kurniakan terhadap Terengganu.

Rakyat Terengganu Ibarat Nyamuk.

Bagi PEMANGKU jawatan Perdana Menteri Malaysia sekarang, suara rakyat Terengganu ibarat bunyi bingit nyamuk yang mendatang. Meskipun desakan demi desakan, tuntutan demi tuntutan dibuat bagi mengembalikan HAK rakyat Terengganu, namun segalanya seperti usaha mencurah air ke daun keladi. Keegoan, kezaliman serta kerakusan pemimpin mengaburi keadilan. Murahnya maruah rakyat Terengganu apabila hasil negeri kurniaan Tuhan terhadap bumi Terengganu, dirampas sementah-mentahnya. Namun mereka lupa pada sejarah. Jatuhnya kerajaan Namrud adalah kerana nyamuk.

Bertam-Bukti Kerajaan BN Terengganu gagal membela hak Terengganu.

Sungguhpun Menteri Besar Terengganu pada awalnya lantang bersuara namun kedegilan Kerajaan Pusat mengatasi kuasa kerajaan negeri. Kes Bertam membuktikan kerajaan BN Terengganu gagal membela nasib rakyat Terengganu dan hanyalah Boneka UMNO kerana pada akhirnya, kepimpinan BN Terengganu perlu akur dan tunduk terhadap ''Raja dan Permaisuri'' yang memerintah. Kami sebagai rakyat Terengganu terasa dipinggirkan, dipermainkan serta dihina dengan jijiknya oleh pemimpin negara serta kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih Najib kerana membogelkan maruah kami!

Pembangunan Terengganu bukti ketelusan BN?

Sejarah Terengganu menyaksikan Pas dan BN pernah memerintah di negeri ini, namun pemerintahan kerajaan Pas hanyalah bertahan selama 5 Tahun. Selama pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, dimanakah pembangunan yang disumbangkan selaku negeri pengeluar minyak? Jutaan ringgit dibazirkan untuk penganjuran pesta Monsoon Cup. Benarkan Monsoon Cup itu menyumbang kepada pembangunan negeri? Atau sekadar menjadi syarat untuk mengenyangkan perut kroni-kroni untuk projek yang berkaitan? Apakah yang rakyat Terengganu nikmati sepanjang pemerintahan BN? Hanya tahi dan lumpur. Yang besar temboloknya bukanlah rakyat, tetapi rumah pemimpin-pemimpin serta kereta mereka yang semakin besar saiznya saban tahun. Ya, pembangunan itu ada tapi pada Stadium yang runtuh dan masih gagal dibangunkan sehingga ke hari ini. Oh ya, terima kasih kerajaan BN. Tanpa kerajaan BN, kami tidak akan mempunyai Zoo!!

PRU-13, kami akan hukum kerajaan BN.

Kepada kerajaan BN, kami rakyat Terengganu, kami sapu lendir yang diludahkan ke muka kami. Kami angkat tangan kelangit sebagai rakyat yang dizalimi. Jangan mimpi untuk menjejak kaki ke negeri kami sebagai pemerintah. Negeri kami bukan lagi untuk dizalimi.. Kuasa rakyat kuasa keramat. Kami akan bangkit menentang menuntut hak. Undi kami bukan untuk BN. Kepada rakyat Terengganu, kembalikan maruah yang dihina. Sedarlah bahawa selama ini, peluh rakyat Terengganu hanyalah untuk membajai kekayaan BN dan kroninya yang kini lena kekenyangan..
"

Tiada ulasan: