Posted on Wednesday, April 17 @ 01:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: abuluqman
"

Datuk Sharif Omar & rakan2 umum nak bertanding tiket bebas di Parlimen & Dun2 dalam Tasek Gelugor..??? dalam perebutan menjadi wakil rakyat...mampus luuuuuuuuu..
Berita selanjutnya Klik SINI
Dato sharif Omar .. Mantan Timbalan Menteri Pertanian
Datuk
Sharif Omar & rakan2 umum nak bertanding tiket bebas di Parlimen
& Dun2 dalam Tasek Gelugor..??? dalam perebutan menjadi wakil
rakyat...mampus luuuuuuuuu..
Klik Video SINI ..
Posted on Wednesday, April 17 @ 12:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: imamsurau
"
Abdul Hadi menerima borang keahlian Kelab Dewan Himpunan Pas Jelebu, malam kelmarin.JELEBU – Pas tidak boleh berbaik dengan Umno kerana Umno parti kebangsaan yang fanatik kepada perkauman.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, Umno mengamalkan sikap fanatik kaum dan sanggup menzalimi kaum lain.
“Islam mengajar kita sayang kepada bangsa dan ianya tidak salah, Melayu sayang Melayu tak salah, India sayang bangsa India tak salah, Cina sayang kaum Cina tak salah tetapi sayang kepada bangsa dan menzalimi kaum lain salah, tidak betul dan dilarang dalam Islam.
“Ini sebab Pas tak boleh baik dengan Umno kerana Umno parti kebangsaan yang fanatik kaum. Ini bukan contoh Islam, Islam tak ajar macam ini. Ini contoh Umno yang tak ikut ajaran Islam, sebab itu kita wajib buat perubahan,” katanya ketika berucap pada ceramah di Markas Pas Kampung Peradong, Jelebu, di sini, malam kelmarin.
Hadir sama, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani dan Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke.
Turut serta, calon Pas Dun Sungai Lui, Nor Anif Selamat; calon Pas Parlimen Jelebu, Aiman Athitrah Al Jundi dan calon Pas Dun Klawang, Dr Rosli Yaakop.
Menurut Abdul Hadi, pelbagai kaum di negara ini bukan satu masalah kepada Pas tetapi kekuatan.
“Kalau kita adun pelbagai bangsa ini dengan baik ia akan menjadi satu kekuatan. Orang Melayu ada kebolehan, orang Cina ada kebolehan begitu juga orang India.
“Kita satu kebolehan ini untuk bina kekuatan, dengan syarat jangan melaga-lagakan kaum,” katanya.
sumber
PR menang rakyat senang, BN menang Kroni & anak beranak BN senang!
Posted on Wednesday, April 17 @ 11:16:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: notan
"
Inilah menteliti penyokong dan ahli BN yang sudah kenyang memakan harta rakyat dan mahu rakyat kampungan terutamanya percaya kepada mereka.Tetapi bagi rakyat yang tidak berminat dengan harta rakyat, minda mereka pasti akan terbuka dan akan melihat semua kemungkinan berdasarkan apa yang berlaku dan dilakukan oleh kedua kedua pemimpin BN dan PR.Mereka akan lebih mudah faham dengan perbezaan antara BN dan PR, mereka akan lebih cepat menghadamkan semua bahan dan cerita cerita yang dipaparkan berkaitan kedua dua parti in, sama ada BN atau PR yang akan membawa kesenangan kepada rakyat.
BN adalah parti perasuah besar. Dari pemimpinnya sehinggalah kepada budak suruhannya semuanya pemakan rasuah.Di antara mereka ada yang dilantik sebagai JKKK dengan gaji RM800.00 sebulan dan dengan gaji sebanyak inilah JKKK boleh buat harta sehingga bersusun kereta di rumahnya yang sudah cukup besar bagi seorang yang bergaji sebanyak itu.JKKK ini pulalah yang menjadi agent menyampaikan maklumat yang tidak benar dan mengugut warga kampungan yang duduk di bawah tempurung terutamanya penerima rumah PPRT dan bantuan tahunan seperti BR1M.
JKKK mereka akan kata hanya BN yang layak memerintah(dan layak merompak harta rakyat) sambil mengugut penerima rumah PPRT serta bantuan tahunan bahawa BN akan rampas kembali rumah tersebut kalau mereka mengundi PR.Ditunjukkan kepada penerima yang selama ini duduk di bawah tempurung bagaimana mereka boleh tahu sekiranya penerima bantuan tersebut memilih calon PR.
Kejinya BN dan tentera suapan mereka menipu warga kampungan tetapi mereka tidak boleh menipu warga Malaysia jauh lebih cerdik dari mereka.Apa yang cuba mereka lakukan samalah seperti belalang yang mahu mengajar helang menerkam mangsa.Bodohnya golongan ini kerana saban hari menipu dalam suasana sudah ramai warga Malaysia yang mengetahui cerita sebenarnya.
Apa cerita sebenarnya? Cerita sebenarnya ialah rakyat akan senang lenang kalau PR menang PRU 13.Kenapa rakyat akan senang? Sebab banyak kerumitan rakyat akan diatasi.Harga minyak insyaallah akan menjadi murah, kos dan pembiayaan pendidikan pula akan diminimakan dengan terhapusnya PTPTN dan lain lain kos yang boleh ditanggung oleh kerajaan, kemudahan kesihatan akan diperbetulkan, tol tol di jalan raya akan terhapus sekaligus mengelakkan kesesakan lalulintas.
Tetapi BN macam biasa akan mendakwa negara tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk melakukan semuanya.Tambahan pula dakwa mereka, penghapusan tol akan menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan serta ubat ubatan percuma akan menyebabkan doktor swasta akan hilang punca pendapatan mereka.Dakwaan yang pesimis serta tidak yakin dengan rezeki pemberian ALLAH sedangkan yang mendakwa ini, mykadnya menunjukkan beragama Islam!
Tetapi sebenarnya dakwaan seumpama ini hanya mahu rakyat memilih BN lagi.Dengan itu agenda merompak harta rakyat boleh diteruskan oleh mereka mereka ini dan yang akan susah ialah rakyat kerana masih perlu membayar harga minyak yang tinggi, masih perlu mengemis PTPTN kalau anak anak berjaya ke IPT.
Bezanya kalau PR perintah ialah tiada kebocoran wang negara ke akaun kroni dan anak beranak BN dan dengan menyelamatkan wang yang bocor ini pun sudah cukup untuk menampung sebahagian besar kos pendidikan dan kesihatan untuk rakyat, belum lagi diambil kira wang hasil minyak dan lain lain hasil kurnian ALLAH yang selama ini sebahagian besarnya juga dialirkan ke akaun kroni dan anak beranak BN.
Jadi jangan jadi bodoh kerana percaya dengan dakwaan negara akan bangkrap kalau PR perintah!
Cakap tak serupa bikin
Posted on Wednesday, April 17 @ 11:12:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: anaabdullah
"
Sebut
sahaja nama Ibrahim Ali teringat penulis waktu bertanding Piliahanraya
kecil atas tiket bebas di DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas Kelantan.Pertandingan itu direstui oleh PAS atas alasan calon PAS boleh menang apabila undi berpecah tiga pada hemat penulis sangat tidak wajar.
Bayangkan
apabila undi berpecah tiga. Sudah tentu boleh merugikan calon PAS
berbanding lawan dua penjuru yang mana penyokong Ibrahim memberi undi
kepada calon PAS.
Keputusan yang salah
pernah dibuat oleh PAS calon PAS kalah ditangan calon Umno kerana hilang
400 undi yang mengundi Ibrahim Ahli.
Persoalan
yang timbul, pasti kemahiran membuat keputusan sering tidak berlaku
disebabkan sangat yakin dan percaya dengan cakap tak serupa bikin
Ibrahim Ali.
Selepas itu PAS Pusat telah
mengulangi perkara yang sama membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas
tiket PAS di Parlimen Pasr Mas atas sebab mahukan suara Ibrahim Ali di
parliman.
Suara yang menjadi harapan untuk
membela Pas akhirnya jadi “kaparah” yang sangat parah apabila Ibrahim
Ali jadi jurucakap umno/BN dalam parlimen.
Bukan
setakat itu sahaja malahan suara itu jadi peluru perpandu meledakan PAS
secara beterusan disamping memburuk buruk menteri besar Kelantan dan
pucuk kepimpinan Pas Pusat.
Justeru itu, cerita
Ibrahim Ali yang tidak mendapat restu umno untuk bertanding di Pasir
Mas PRU 13 5 mei ini sepertimana yang diberi kepada Zulkifli Norddin
bertanding di Sham Alam lawan Khalid samad itu akan bertanding sebagai
calon bebas di parlimen Pasir Mas.
Atas sebab
malu bercakap besar atau dengan kata lain bercakap tak serupa bikin itu
dan menyahut akan bertanding juga PRU 13, 5 mei depan, kerana dia 400,
ahli dalam perkasa yang diterajuinya.
Beliau
boleh menang mudah jika memindah 400 ratus ahli perkasa untuk menjadi
pengundi parlimen Pasir Mas. Mungkin dia sudah berbuat demikian. Sebab
itu dia pernah bercakap jangan pandang remeh dengan penyokongnya.
Kalau belum berbuat demikian, sudah barang tentu dia akan kalah dan hilang wang pertaruhan.
Mengapa?
Kerana sejarah telah membuktikan, pada pilihanraya kecil pengkalan
Pasir dulu dia hanya dapat 400 undi sahaja satu DUN. Jika empat DUN- 400
kali 4, bermakna 1,600 undi sahaja. Jika lebih pun dapatlah 3,000 undi.
Tweet Penyanyi Faizal Tahir Menzahirkan Rasa Dirinya Serta Seluruh Keluarganya Cukup Terhina Dengan Pemilihan Zulkifli Noordin
Posted on Wednesday, April 17 @ 11:00:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Omak Kau

Tweet penyanyi faizal tahir menzahirkan rasa dirinya serta seluruh keluarganya cukup terhina dengan pemilihan zulkifli noordin sebagai calon bn di parlimen shah alam tersebar luas di alam maya sejak semalam!!!!!
Sejak diberitahu kepada umum bahawa Najib Razak sebagai Pengerusi Barisan Nasional merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah memilih Zulkifli Noordin sebagai calon mesra BN untuk kerusi Parlimen P108 Shah Alam, maka tersebarlah tweet di alam maya dari penyanyi popular Faizal Tahir yang meluahkan rasa dirinya serta keluarganya yang bermaustatin di Bandar Shah Alam merasakan diri mereka cukup-cukup terhina.
Apakah perasaan dihina begitu rupa akan diterjemahkan dalam bentuk undi nanti?
Tekaan anda kalian sama baiknya dengan saya.
Jangan biarkan diri kita terus menerus dihina dan diperlekehkan oleh para pemimpin UMNO.
KEKALKAN SELANGOR UBAH PUTRAJAYA...YAKINI SELANGOR TOLAK UMNO.
Sumber: omakkau.blogspot.com
Posted on Wednesday, April 17 @ 11:00:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Omak Kau

Tweet penyanyi faizal tahir menzahirkan rasa dirinya serta seluruh keluarganya cukup terhina dengan pemilihan zulkifli noordin sebagai calon bn di parlimen shah alam tersebar luas di alam maya sejak semalam!!!!!
Sejak diberitahu kepada umum bahawa Najib Razak sebagai Pengerusi Barisan Nasional merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah memilih Zulkifli Noordin sebagai calon mesra BN untuk kerusi Parlimen P108 Shah Alam, maka tersebarlah tweet di alam maya dari penyanyi popular Faizal Tahir yang meluahkan rasa dirinya serta keluarganya yang bermaustatin di Bandar Shah Alam merasakan diri mereka cukup-cukup terhina.
Apakah perasaan dihina begitu rupa akan diterjemahkan dalam bentuk undi nanti?
Tekaan anda kalian sama baiknya dengan saya.
Jangan biarkan diri kita terus menerus dihina dan diperlekehkan oleh para pemimpin UMNO.
KEKALKAN SELANGOR UBAH PUTRAJAYA...YAKINI SELANGOR TOLAK UMNO.
Sumber: omakkau.blogspot.com
Rakyat mahu harga minyak turun.
Posted on Wednesday, April 17 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: mohdnoorawang
"
Rakyat
Malaysia mahu harga mimyak atau bahan bakar (petrol/diesel) turun harga
serendah yang mungkin. Harga minyak atau bahan bakar tinggi boleh
menyebabkan kadar inflasi tinggi. Jika kadar keniakan inflasi tinggi
menjadikan harga barang pengguna dapur dan semua harag barang melambung.
Malaysia kaya dengan sumber petroleum, tapi harga petrol dan disel sangat mahal berbanding negara pengeluar mimnyak sedunia. Negara Venezuela harga minyak seliter RM0.16. Malaysia harga seliter minyak RM2.70.
Jika pakatan rakyat menang dan berkuasa di Putrajaya. Dicadangkan selepas 5/5/2013 atau bermula 6/5/2013 pakatan rakyat menurunkan harga petrol dan diesel serendah yang mungkin.
Rakyat memberi cadangan harga petrol RM1.30 seliter dan harga disel seliter RM1.20. Jika kadar harga tersebut boleh dilaksankan oleh kerjaan pakatan rakyat semua harag barang pengguna wajib diturun serta merta.
Jadi rakyat dan anda yang menentukan turun atau tidak harga minyak selepas 5/5/2013. Anda berkuasa menentukannya. Kepada 13 juta pengundi buatlah keputusan yang bijak jangan biarkan UMNO/BN menjadi lanun dan perompak waktu siang dan waktu malam makan rasuah."
Posted on Wednesday, April 17 @ 02:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: mohdnoorawang
"
Rakyat
Malaysia mahu harga mimyak atau bahan bakar (petrol/diesel) turun harga
serendah yang mungkin. Harga minyak atau bahan bakar tinggi boleh
menyebabkan kadar inflasi tinggi. Jika kadar keniakan inflasi tinggi
menjadikan harga barang pengguna dapur dan semua harag barang melambung.Malaysia kaya dengan sumber petroleum, tapi harga petrol dan disel sangat mahal berbanding negara pengeluar mimnyak sedunia. Negara Venezuela harga minyak seliter RM0.16. Malaysia harga seliter minyak RM2.70.
Jika pakatan rakyat menang dan berkuasa di Putrajaya. Dicadangkan selepas 5/5/2013 atau bermula 6/5/2013 pakatan rakyat menurunkan harga petrol dan diesel serendah yang mungkin.
Rakyat memberi cadangan harga petrol RM1.30 seliter dan harga disel seliter RM1.20. Jika kadar harga tersebut boleh dilaksankan oleh kerjaan pakatan rakyat semua harag barang pengguna wajib diturun serta merta.
Jadi rakyat dan anda yang menentukan turun atau tidak harga minyak selepas 5/5/2013. Anda berkuasa menentukannya. Kepada 13 juta pengundi buatlah keputusan yang bijak jangan biarkan UMNO/BN menjadi lanun dan perompak waktu siang dan waktu malam makan rasuah."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan