Rabu, 30 November 2011

ALLAH TAHU SAPE BANGSAT..JAHANAM..MEMBELAKANG ISLAM...DALAM DUNIA SEMUA DEBIK DADA..AKHIRAT JANGAN PELUH SAMPAI MELEPASI TUBUH KITA...

PRU-13: 'Orang lama pun boleh servis'

Umno ditegur supaya tidak terlalu mementingkan calon boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang kerana terdapat faktor lain yang perlu diambil kira.

NONESuara yang 'menyongsang arus' itu kedengaran dalam sesi perbahasan dalam persidangan Pemuda Umno di Kuala Lumpur hari ini.

"Orang lama pun boleh servis. Bukan calon winnable (boleh menang) saja perlu diambil kira, tetapi juga yang setia pada parti," kata wakil Sabah, Mohd Joh Wid.

Membandingkan dengan suasana waktu perang, beliau berkata pelbagai perkara perlu diambil kira dalam menangani pihak lawan.

Selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menegaskan perlunya calon boleh menang dalam pilihan raya akan datang, pemerhati politik berpandangan terdapat kerunsingan di kalangan calon lama yang mungkin tidak terpilih.

Sementara itu, wakil Perlis Mohd Mohsin Yusof berpendapat, perlu ada "perjanjian" dalam pilihan raya depan berhubung isu itu.

NONE"Siapa pun calon kita terpaksa terima walaupun sakit sikit.

"Kalau boleh, adakan perjanjian, tak kira sama ada lisan atau bertulis, (supaya) yang penting menang. (Isu) yang lain kita jawab kemudian," katanya.

Sementara itu, perwakilan Johor, Mohd Fadil Muskon pula menyarankan Umno supaya turut mempertimbangkan soal calon yang layak di samping yang boleh menang.

"Calon boleh menang saja tak cukup. Kita juga kena ada qualified candidate (calon yang layak). Dengan kombinasi ini barulah kita akan berpeluang dalam pilihan raya akan datang," katanya.


Perwakilan dakwa penyokong DAP 'bangsat'

Perbahasan dua perwakilan Pemuda Umno hari ini mensasarkan serangan mereka terhadap DAP dan PAS - parti gabungan dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang dan Kedah.

Kedua-dua negeri itu kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

NONEPerwakilan daripada Pulau Pinang Syeikh Husin Maidin mendakwa DAP mentadbir di pulau mutiara sepanjang tiga tahun di negeri itu dengan bersikap "memusuhi Islam dan Melayu".

Bahkan Sheikh Husin yang juga ketua Pemuda Umno Pulau Pinang mendakwa dua lagi rakan gabungan Pakatan - PAS dan PKR - dayus dan diam membisu dengan tindakan DAP yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Dalam ucapan perbahasannya, beliau memberikan contoh beberapa langkah yang dibuat oleh Lim, antaranya mengumumkan dalam Dewan Undangan Negeri bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri itu.

Syeikh Ismail juga mendakwa PAS dan PKR membisu terhadap tindakan Lim yang didakwa membatalkan perarakan Maulidul Rasul.

"Tiba-tiba mereka batalkan perarakan Maulidul Rasul. Surat rasmi kita ada. Dia memusuhi Melayu dan Islam secara terbuka. Rasis.

"Siapa saja, Melayu, Cina, India yang menyokong DAP, depa mereka daripada bangsa bangsat (perwakilan tepuk). Saya ulang sekali lagi, DAP adalah bangsa bangsat. mampuih pi depa nak kata apa, katalah. Saya bercakap demi Allah dan Rasul," katanya.

NONESelain itu, katanya, Lim juga didakwa merobohkan gerai-gerai milik Melayu yang didakwanya tidak mahu orang Melayu berjaya di Pulau Pinang serta tiada pampasan kepada nelayan Melayu yang terjejas akibat pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua.

"PAS diam, bapuk. PKR (pun) diam... Saya minta dayus-dayus PAS dan PKR jawab (isu-isu ini)," katanya.

Sementara, perwakilan Kedah Badrul Hashim Hashim berkata rakyat di negeri ini kini asyik didendangkan dengan slogan "Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua" yang diperkenalkan oleh kerajaan yang diketuai Menteri Besar dari PAS Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau mendakwa kerajaan Pakatan gagal mengotakan janji yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu, malah mempersoalkan tentang pelaksanaan janji-janji tersebut, dengan memberi contoh projek perumahan yang dijanjikan, antaranya di kawasan Yan dan Baling.

"Tetapi di mana hujung projek ini... Tidak ada rumah... Tidak ada penyelesaian untuk menunaikan janji.

"(Ini semata-mata) gula-gula pilihan raya, retorik politik untuk mendapatkan sokongan dalam pilihan raya," katanya.

NONESehubungan itu, beliau yang juga ketua Pemuda Umno Padang Terap menyifatkan polisi kerajaan negeri "tidak jelas, tidak ada keikhlasan sejajar dengan apa yang dijanjikan".

Manakala, perwakilan Perak Khairul Azwan Harun membidas kenyataan pemimpin DAP Nga Kor Ming yang didakwa menggelar Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai 'hitam metalik"

"Hati DAP lebih hitam... Marilah sama-sama kita robek, cungkil betapa hitamnya (hati) DAP.

"Kita jangan risau, khuatir untuk teruskan usaha menceritakan keburukan pimpinan DAP yang bersikap rasis, "katanya.

Bahkan Khairul Azwan berkata wujudnya pemimpin India dalam DAP "tidak senang" susulan dari kenyataan Nga itu.


Khairy dedah 'Formula 6 Jahanam' pembangkang

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mendedahkan formula "6 Jahanam" yang didakwanya cubaan pembangkang yang berangan-angan untuk melaksanakan formula "kehancuran negara".

NONESambil mengambil kisah dari filem P Ramlee '6 Jahanam', Khairy menempelak pembangkang berhubung cubaan tersebut yang disifatkannya "polemik politik pembangkang jijik".

Enam formula tersebut yang didakwa akan dilaksanakan adalah menjahanamkan sistem demokrasi, menjahanamkan sistem pentadbiran, menjahanamkan maruah negara, menjahanamkan sejarah negara, menjahanamkan jati diri bangsa, dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.

"Pada mereka sistem demokrasi itu tidak wujud di bawah pentadbiran BN. Pada mereka BN adalah pencuri pilihan raya, menidakkan suara rakyat dan menggunakan serba macam taktik kotor untuk kekal berkuasa.

"Jika benarlah pakatan pembangkang mendukung demokrasi, mengapa sehingga hari ini mereka tidak pernah melahirkan rasa kesal mengenai insiden September 16?

"Sedarkah kita, propaganda rampasan September 16 adalah satu bentuk penghinaan kepada amalan demokrasi yang wajar dirakam sebagai satu detik hitam dalam sejarah negara," katanya.

'Tiup api kebencian'

Beliau juga membidas pembangkang yang didakwanya menghasut rakyat dengan meniupkan api kebencian kepada kerajaan dengan menggunakan kebangkitan "Arab Spring" tatkala idea mengadakan perhimpunan BERSIH,

NONE"Matlamat mereka bukannya pemerkasaan sistem pilihan raya yang adil. Sebaliknya ia adalah wahana menyebarkan debu-debu sangsi yang akan menimbulkan kekacauan yang maha kelam kabut dalam sesebuah negara berdaulat," katanya bagi menghuraikan formula pertama.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar bertemakan "Memacu Generasi, Melakar Tranformasi" di PWTC hari ini.

Khairy juga turut menempelak timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengumumkan hasrat PKR untuk memecah tembok penjara bagi membebaskan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sekiranya didapati bersalah dalam kes liwatnya.

"Semestinya ini bukan kenyataan pendukung demokrasi yang sebenar. Undang-undang negara, sistem kehakiman negara semuanya tidak diendahkan.

"Sudah terang lagi bersuluh, keluar dari mulut mereka sendiri, agenda mereka hanya satu, iaitu memastikan Anwar menjadi perdana menteri Malaysia dengan apa jua cara - halal atau haram. Dan konsep demokrasi ini hanya menjadi alat bermusim ke arah sasaran sempit mereka," katanya sambil menegaskan demokrasi negara menjadi mangsa pertama di bawah kerakusan pakatan tersebut.

Khairy juga mempersoalkan pembangkang yang masih gagal mengemukakan 'kabinet bayangan' berbanding BN yang berupaya mentadbir negara dan mengutamakan semangat setiakawan dalam pemilihan jemaah kabinet.

'Tiga kepala satu badan'

"Yang mereka ada, 3 penyelia untuk satu portfolio - tiga kepala, satu badan. Bayangkan kalau mereka perlu menubuh kabinet di masa hadapan - siapa perdana menterinya? Anwar, Guan Eng atau Haji Hadi?," katanya.

NONESelain itu, beliau juga menempelak pembangkang yang didakwanya angkuh kerana mahu mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan

"Pembangkang tabur statistik bahawa nisbah penjawat awam dengan penduduk di Malaysia adalah tinggi dan membebankan.

"Tetapi mereka sengaja menyembunyikan hakikat bahawa negara-negara lain tidak mengambil kira golongan anggota keselamatan dan warga pendidik sebagai kakitangan awam.

"Sedangkan di Malaysia, dua golongan ini merangkumi lebih 50 peratus daripada semua penjawat awam. Maka, sudah pastilah nisbah kita lebih tinggi daripada negara-negara lain," katanya.

NONEBeliau juga mempersoalkan terhadap apa akan berlaku kepada pentadbiran undang-undang sekiranya pembangkang mentadbir negara ini.

"PAS mahu laksanakan hudud, tetapi DAP pula minta langkah mayat mereka dulu. Jika Pakatan mengambil alih Kerajaan Persekutuan, apakah akan ada undang-undang berbeza di negeri berbeza?

"Apakah definisi jenayah sendiri akan berubah mengikut geografi? Kalau mencuri di Kelantan, potong tangan. Kalau di KL, sumbat penjara. Kalau di Pulau Pinang, itu kita tengok dulu apa kata Khalifah Lim Guan Eng.

"Inilah realiti yang akan berlaku sekiranya kita benarkan pakatan pembangkang yang tandus persefahaman mengambil alih kepimpinan negara," katanya.


Perwakilan bangkitkan isu baju dalam RM26,000

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin didakwa menuduh seorang pemimpin Wanita Umno hidup bermewah-mewah, antaranya dengan memakai baju dalam berharga RM26,000.

NONEPerwakilan Wanita Selangor, Datuk Habibah Mohd Yusof bekata, dakwaan itu dibuat dalam sebuah ceramah di Perak sebelum ini.

"Jadi jaga diri masing-masing dari mata orang PAS. Orang PAS ini tak ada modal," katanya disambut gelak ketawa lebih 900 perwakilan.

Habibah berkata demikian ketika membentang usul menerima ucapan dasar Ketua Wanita Shahrizat Jalil di ibu negara hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut dakwaannya itu.

'Pendedahan' itu dipercayai ekoran serangan berterusan pembangkang terhadap apa yang didakwa mereka sebagai gaya hidup mewah pemimpin Umno.

Antara yang dikaitkan dengan dakwaan hampir sama isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang didakwa memiliki cincin berlian RM24 juta.

Rosmah bagaimanapun menafikannya.

Sementara itu, menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika diminta mengulas dakwaan itu berkata beliau terkejut dengan fitnah yang dilontarkan oleh pemimpin Umno berkenaan.

“Saya ingin sekali melihat klip (video) jika beliau mempunyai bukti! Masa, tarikh dan sebagainya!” katanya dalam sms ringkas kepada Malaysiakini.


Politik Umno-PAS semakin belakangi adab Islam

Pergeseran di antara dua parti politik terbesar Melayu Malaysia kini semakin getir. Baik Umno mahupun PAS, masing-masing tidak mahu mengalah. Ego dan ketaksuban dan assabiyah semakin menjadi-jadi hingga gelagat kedua-duanya sudah masuk langkah menyanggah ajaran Islam sendiri.

pas umno general election 021104Pastinya ini adalah sesuatu yang malang bagi umat Melayu. Namun apabila dilihat dari sudut pengalaman politik umat Islam sejagat, ia bukanlah sesuatu yang boleh dianggap luar biasa.

Dalam sejarah umat Islam, perbalahan yang membawa pertumpuhan darah bukanlah sesuatu yang baru. Dalam Perang Jamal dan Perang Siffin, ramai yang terkorban kerana cuba menegakkan kebenaran menurut kacamata masing-masing.

Yang menyedihkan pertempuran berdarah ini membabitkan sahabat kerabat baginda Rasulullah SAW sendiri. Namun Rasulullah SAW semasa hayat baginda sudah menyimpulkan bahawa perbedaan pendapat di kalangan umat sebenarnya adalah satu rahmat; sekurang-kurangnya tidak semua umat akan tersesat oleh kerana pegangan yang tidak menepati kebenaran.

Menyatupadukan umat

Pengajaran daripada Rasulullah berhubung perbedaan pandangan ini bukanlah bermaksud bahawa Baginda bersikap pesimis apatah lagi fatalistik sehingga putus harapan bahawa umat boleh bersatu. Malah sebaliknya, petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT menerusi malaikat Jibrail kepada Rasulullah banyak mengandungi pedoman yang jelas, tegas dan tuntas betapa perpaduan adalah anak kunci keredhaan Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh” Surah Al Jumaah ayat 4.

NONEMalah di samping itu Allah juga membimbing umat Nabi Muhammad SAW supaya sentiasa mengutamakan usaha untuk menyatupadukan umat yang bersengketa. Lantas muslimin dipimpin supaya mengambil sikap diplomatik dan adil terhadap mana-mana pihak muslimin yang bertikai.

“Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil. Sesungguhnya, Allah mencintai orang yang berlaku adil.” Al Hujurat ayat 9.

Di sini adalah jelas bahawa dalam menemukan pihak-pihak muslimin yang bertikai satu prinsip mesti dipatuhi - keadilan. Secara adil, pihak ketiga yang cuba mendamaikan umat yang bersengketa mestilah menggunakan neraca keadilan dan wajib berpihak kepada golongan yang teraniaya sehingga wajib menggunakan kekerasan bagi membela yang tertindas.

Menzalimi saudara seagama

Apabila pihak yang menzalimi saudara seagama mereka sudah dapat ditundukkan dan lunak kepada perintah Allah, langkah seterusnya yang perlu diambil ialah mendamaikan mereka. Ini bermakna sikap kepala batu dan hanya mahu menang sahaja harus diketepikan.

NONESehubungan itu, perbalahan Umno dengan PAS dan pada peringkat tertentu meliputi Parti Keadilan Rakyat (PKR), mesti dihalakan kepada penghujungnya - perdamaian! Ini perintah Allah. Gunakanlah hujah apapun jua, perintah Allah tidak boleh disanggah apatah lagi dikesampingkan begitu sahaja.

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” al Hujurat ayat 10.

PAS dan Umno harus mengambil iktibar daripada perintah Allah yang cukup jelas ini.

Allah tidak akan menurunkan rahmatNya ke atas orang yang memandang remeh ketetapanNya ini.

Cemuh mencemuh

Episod persaingan Umno-PAS kini nampaknya bukan sahaja tidak menjuruskan ke arah mencari rahmat Allah malah menjadi semakin meruncing dan mungkin menikam dasar keimanan masing-masing. Malah pergeseran politik muslimin kedua-dua belah pihak seolah-olah menunjukkan keangkuhan terhadap perintah dan larangan Allah.

NONECemuh mencemuh, fitnah memfitnah serta benci membenci semakin semarak dihamburkan oleh pengikut dan pemimpin kedua-dua belah pihak; seolah-olah tidak pernah menerima perintah Allah SWT.

“Wahai orang-orang beriman janganlah sesuatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olok)…” al Hujurat ayat 11.

Malangnya, apa yang dilihat dihamburkan oleh pemimpin dan pengikut PAS dan Umno hari ini dan kemudian disebarkan oleh media milik masing-masing serta dilebarkan oleh alam siber benar-benar tidak menghiraukan firman Allah.

“Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Al Hujurat ayat 11.

Nauzubillah. Bagi politikus muslim tetapi tidak menghiraukan peringatan Allah ini seharusnya mereka insaf bahawa tindak tanduk mereka dalam percubaan menundukkan saingan politik mereka mungkin bukan sahaja tidak mendapat rahmat Allah malah akan menggolongkan mereka dalam kategori manusia yang zalim di sisi Allah!

Bersandar adab

Rukun politik menurut Islam bersandar adab. Sementara paksi adab yang baik ialah keadilan. Adilkah Pas yang berulang-ulang kali menuduh Umno tidak memperjuangkan Islam kerana gagal meyakinkan kerabat politik mereka yang bukan Islam seperti MCA, MIC dan lain-lainnya untuk memahami Islam?

Malah, sebaliknya ada pemimpin dan penyokong PAS yang menuduh Umno bertanggungjawab menggalakkan mereka untuk mengutuk undang-undang Allah seperti hudud misalnya!

azlanJika benar demikian, apakah keadaannnya yang menyebabkan PAS tidak berjaya dalam banyak pilihanraya umum untuk menawan Gua Musang di Kelantan misalnya, kerana gagal meyakinkan sebilangan besar pengundi dari keturuan Orang Asal akan keadilan dan kebesaran Islam?

Apakah pula yang telah dilakukan oleh PAS untuk mengajak pribumi Sabah dan Sarawak untuk mengikuti ajaran Islam sehingga ia sering gagal sebegitu teruk dalam pilihanraya di kedua-dua negeri itu? Mesti ada yang tidak kena dengan usaha dakwah PAS! Atau, PAS lebih mengutamakan persaingan politik daripada kebenaran?

Umno ada cacatnya. Begitu juga PAS. Malangnya, kedua-duanya berasa pihak dan hujah mereka sahaja yang benar. Malah, pemimpin PAS berkali-kali menyatakan kesediaan untuk membubarkan parti itu jika Umno bersetuju untuk melaksanakan ajaran Islam di negara ini dan menyertai Umno!

NONEUmno bukan sempurna Islamnya. Begitu juga PAS. Yang Maha Sempurna adalah Allah. Petunjuk daripadanya sudah sedia diperturunkan oleh Rasulullah kepada seluruh umat Islam; termasuk Umno dan PAS.

Hanya nafsu yang menghalang mereka berdamai dan berlaku adil. Jika umat Islam mula menunjukkan kejengkelan mereka terhadap Umno dan PAS yang kini nampaknya lebih senang bermuafakat dengan bukan Islam, jangan kesal nanti sebagai pihak yang mendakwa mahu mengikut ajaran Islam kelak akan terperosok di neraka kerana sebenarnya mereka amat berdosa membiarkan umat tidak terpimpin kerana didorong ego dan nafsu serakah ingin berkuasa.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Zainal Salleh adalah bekas penjawat awam dan aktif dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Beliau sekarang menjadi seorang penulis bebas.


Tiada ulasan: