Ketua pergerakan itu, Zuraida Kamaruddin berkata, anggota wanita PKR akan digerakkan ke 13 ibu pejabat polis daerah untuk membuat laporan polis, antaranya ke atas Shahrizat dan juga suami menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.
Bercakap pada sidang media di bangunan parlimen hari ini, Zuraida berkata laporan polis juga akan dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan menteri pertanian sebelum ini.
Selain itu, anggota pergerakan berkenaan juga akan membuat laporan serentak, esok ke atas pengganti Muhyiddin di portfolio berkenaan, Datuk Seri Noh Omar, selain perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam sidang media sama, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof berkata tindakan untuk melaporkan kepada polis itu bukanlah satu serangan politik kepada Shahrizat sebagai ketua wanita Umno tetapi lebih kepada soal kebertanggungjawaban.
"Ini bukan soal politik tapi tentang undang-undang, tentang wang pembayar cukai. Ini melampaui daripada soal prestasi (NFC)," katanya.
Tambahnya, Shahrizat perlu dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya dalam kes ini.
"Tapi kita mahu tindakan (siasatan) dijalankan," katanya lagi.
Menurut persatuan itu, jika dana berkenaan dibekalkan kepada 500 ahlinya, mereka jamin mampu meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus dalam tempoh tiga tahun.
Pengerusi persatuan itu, Samad Kassim yang dipetik akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian hari ini, berkata kebanyakan ahlinya yang adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan dan sistem perbankan untuk memajukan ternakan masing-masing.
Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan yang sama.
"Ahli PPRNS memerlukan dana untuk memajukan lagi industri dan kita menjamin 30 peratus peningkatan pengeluaran produktiviti industri ternakan termasuk susu segar, daging, susu kerbau sapi, daging kambing dan baja organik selepas tiga tahun,” katanya kepada akhbar itu.
Menurut Samad lagi, dengan kemudahan dana itu, Malaysia mampu menjadi negara pengeksport produk lembu.
"Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia sepatutnya diberikan kepada penternak yang sudah lama dalam industri ini.
"Persatuan memohon kerajaan untuk memberi perhatian serius terhadap permintaan ahli-ahli bagi menjamin peningkatan industri ternakan di negara ini," katanya.
PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.
Kali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah.
“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar negara,... dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” katanya.
“Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?” soal Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang.
Beliau juga pada sidang akhbar di lobi parlimen itu mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.
Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri.
"Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya.
Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua syarikat dari Singapura itu.
Sebelum ini, PKR juga mendedahkan NFC turut menggunakan wang RM250 juta itu membeli dua buah kondominium mewah, One Menerong di Bangsar (atas, kanan) bernilai RM13.8 juta.
Hadir sama ialah Ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Straregi PKR, Mohd Rafizi Ramli.Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya.
Dalam satu kenyataan media, presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga ketua wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain meletakkan jawatan.
"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu di sini.
"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai menteri kerajaan pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.
Sambil menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, Rahmad juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.
"Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.
"Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," kata Rahmad.
Tak boleh nafi lagi
Menurut beliau, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.
"Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita.
"Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," katanya.
Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.
Bagaimanapun ia didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.
Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri itu berkaitan Fidlot telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," kata Bung.
Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, tindakan itu perlu diambil "demi memastikan negara tidak dipimpin oleh golongan yang melakukan penyelewengan".
"Pemuda PAS benar-benar berharap Datuk Seri Najib (Razak) menyucikan kabinetnya sebagaimana usaha beliau untuk menyucikan diri setelah selesai menunaikan ibadah haji," katanya.
Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.
Dihubungi Malaysiakini selepas itu, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat sebagai menteri pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat.
Dalam kenyataannya hari ini, Riduan berkata, pelucutan jawatan atau penggantungan juga perlu diambil dengan mengambil kira kes yang "amat berat" itu sudah menjadi perbualan umum dan ekoran kedudukan Shahrizat sebagai ketua Wanita Umno.
Sementara itu, dewan itu juga menggesa pihak polis mengambil tindakan segera dengan menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC yang dirujuk pada mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sharizat pada 9 November percaya isu NFC telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas TertinggiKes shahrizat ini hanyalah salah satu kes yg terbongkar, hasil dari laporan ketua audit negara. Yg sbnarnya, byk lagi kes2 yg tersembunyi yg tak diketahui oleh rakyat jelata. Mcm mana nak tau?? Tgk la hutang negara bertambah smpai dekat 1 TRILLION skrg, beb! Mcm mana boleh berlaku hutang yg semakin meningkat dari thn2 sblom ni, klau x hasil salah laku kerajaan be end & menteri2 kabinetnya? Dah tu, defisit memanjang sejak 14 thn lalu! Ini adalah track record utk negara yg bakal BANGKRAP!! Jgn dok caya apa idris jala cakap (ntah versi keberapa dah dia cakap berubah2). Mamat ni nak 'cover line' je tu atas arahan 'bosnya'. Yg nyata lagi bersuluh, kita akan terus menjunam kelembah 'BANGKPAPSI' selagi terus dibawah kepimpinan umno/bn yg korup ini! Ubah segera kerajaan ini dlm PRU13!!! Bukan sj shahrizat yg perlu digantung tugas, malah seluruh kerajaan umno/bn perlu digantung tugas dgn segera. SELAMATKAN MALAYSIA DLM PRU13!!...
- Mat Lipan · Pengulas Tertinggi · Pengurus penganggur di Pengurus penganggur
- Laksamana Chu Hai Ree · Pengulas Tertinggi · UTM SkudaiTu lah Sharizat... kau buat kerja jahat tak reti nak sorok..... buat kerja terang2... dah dapat dibuktikan.. tak dapat dah kau nak menyorok..... geng2 kau pun tak dpt lagi nak backup kau.. kesihan... he he he.
Ini kes yang dah kantoi..... yang disorok bawah karpet banyak lagi tu...- Laksamana Chu Hai Ree · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
- Mengkudu Hijau · Langgan · Pengulas Tertinggi · Stabk Kluang Johormenteri2 yg backup sharizat pon patut di siasat..takut2 ade yg dpt komisyen..
- Horatio Libau · SRK Ulu SG SiongSebenarnya beliau memang tak layak jadi menteri kerana telah kalah pada pilihanraya yang lepas. Sudah pasti ada sebab kenapa beliau ditolak oleh rakyat yg mengundi masa itu. Harap ini jadi pengajaran.
- William Lau · Langgan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kerja sendirimana bn akan gantung jawatan dia. kita cuma dapat menggunakan bahasa undi untuk ajar kerajaan bn. PR jadi kerajaan selepas pru13
- Mengkudu Hijau · Langgan · Pengulas Tertinggi · Stabk Kluang Johorm'sia x perlukan menteri mcm dia nie..
- Mohdjamil Jamil · Pengulas Tertinggi · San Francisco State University
- Celik Fikir · Pengulas Tertinggi · UKM
- Ramlee Abu Samah · Pengulas Tertinggi
- Pak Yeop Abdullah · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Politectnic, IpohMengkudu Hijau ...muslim mmg la muslim...tapi kalau tak mengamalkan ajaran ISLAM & SUNNAH Nabi dengan sebenar-benarnya...muslim kejadah apa?Tu yang nak di respect???ALLAH SWT pun takkan respect MUSLIM yang macamtu perangainya...Bagi ALLAH SWT neraka jahanam la tempatnya...wallahualam...
- Nuang Ibrahim · Pengulas Tertinggi
- Akik Desa · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak
- Little Rascal · Ipoh, Perakpelik gak..negara hutang besau sampai trillion..tp umno dan kroni untung million2..mcmana la bole dpt pemegang harta negara mcmni..
- Bamkorso Korso · Pengulas Tertinggi · Singapore ManagementKes Sharizat ni terbongkar juga akhirnya walaupun media dan para menteri malaun menafikannya. Lihatlah wahai rakyat Malaysia khususnya ahli2 UMNO, Ketua wanita UMNO yang kamu sanjungi tu menyelewengkan wang rakyat sebegitu banyaknya. Tak terbukakah akal kamu bahawa UMNO adalah Parti Penjahanam Negara dan parti Penipu Rakyat. Tengoklah Ketua UMNO sendiri (si Nazak) tak berbunyi walaupun sedikit, seolah2 merelakan perkara itu berlaku. Lihatlah dan fikirkanlah betapa hapraknya UMNO ni. khakktuuuiii.
- Sultan Amin · Pengulas Tertinggipelik penyamun tuduh pencuri, pdrm kata kes tutup. wayang kulit dah bermula.
- Radzi Ali · Langgan · Pengulas TertinggiTak cukup matang politik Pemuda PAS ni. Sepatutnya, isu ni diserang habis-habisan.Tapi jgn smpi minah tu dibuang. Biarkan dia trs jd bebanan. Jgn desak dilucut atau digantung. Apa yang perlu dibuat cuma sebarkan lagi berita ini pada org2 kg dan pedalaman. Kucar-kacirkan. Pihak lawan (BN) dah byk kali menyerang. Inilah pula masa untuk menyerang balas. Guna sehabis mungkin. Politik ini adalah peperangan. Pihak yang asyik bertahan tak kan mampu mencapai kemenangan. Perlu juga melancarkan serangan.
- Joe Cole · Pengulas Tertinggi · Colegio Francisco Antonio Zea de Usme
- Zainulfaqar Yaacob · Langgan · Pengulas Tertinggi · Journalist di Penangdaily.com1. Kaedah fiqh ada menyebut, "asal seseorang itu bersih dari kesalahan".
2. Tindakan Khalid Ibrahim sebelum ini memberi cuti rehat kepada Eli Wong untuk membolehkan proses siasatan dalam satu kes di Selangor berjalan lancar dan selesai wajar dipuji.
3. Tindakan segelintir kita desak Kak Izat digantung sekarang wajar dinilai semula sebab ISLAM AGAMA ADIL DAN MESTI DILIHAT ADIL.
Setuju?- Zainulfaqar Yaacob · Langgan · Pengulas Tertinggi · Journalist di Penangdaily.com4. Langkah kita memprotes Prof Aziz Bari digantung Universiti sebelum ini dipuji.
5. Mengapa tidak sekarang kita menyokong Kak Izat dibicarakan di Mahkamah sebab gantung jawatan tanpa dibuktikan bersalah adalah sesuatu yang tidak adil bagi sesiapa pun?
- Pak Yeop Abdullah · Pengulas Tertinggi · Ungku Omar Politectnic, IpohTU LAAA MENTERI DI KABINET NAJIB...rakyat dah tak percaya dahhhh...lantik gak bagi SENATOR...janji ada menteri...yang menang bertanding habuk pun tarakkk...aku kalau EZAM dia lantik jadi menteri...dah sah aku pangkah bebas lagik baikkk...haprak punya kaki...hahahahahahah
- Jaks Rmd · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, MalaysiaBAGAIMANA AGAKNYA KALAU ISU INI BERBANGKIT SAMADA DI JEPUN ATAUPUN KOREA?
SELAIN DARI LETAK JAWATAN, MALAH ADA YANG DI TANGKAP DAN DI DAKWA DI MAHKAMAH.
MALAHAN ADA JUGA YANG MEMBUNUH DIRI.
MALANGNYA ADA PEMIMPIN KINI SUDAH TIDAK TAHU ERTI MARUAH DAN HARGA DIRI. - Emeritus Intel · Pengulas Tertinggi · Casting Process Engineer di Aluminium alloy industrieslangkah yang paling perlu adalah sita semua harta menteri berkenaan sehingga siasatan selesai...menteri berkenaan juga perlu letak jawatan bagi membolehkan siasatan ini berjalan dengan telus(kalau tiada campur tangan politik).
- Saravannan Tangamalai · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITY KEBANGSAAN MALAYSIASya percaya PM Najib akn ambil tindakan menendang sarijat lembu....tapi tak tahu lah kalau rosmah kata jgn tendang. Sebab RM dpt komisen....
- Manman Mai · Pengulas Tertinggi
- Nizarasa Mohd Isa · Langgan · Pengulas Tertinggi · SMKSharizat tu wanita kesian dia nak digantung pula ...? buatlah apa yang perlu asalkan mengikut Perlembagaan Malaysia ...?
- Mazrab Kanan · Pengulas Tertinggikesian sharizat, ada orang suruh undur, ada orang suruh gantung, kalau ikut aku suruh dia terjun kondo tu dah le, sprm tentu setuju kan
- Jamaluddin Hj Ahmad · Pengulas Tertinggi · National Restaurant Association of America, Cicago
- Ella Yusof · UCLAPatutlah... Shahrizat tiap2 tahun buat majlis buka puasa untuk media bagi macam2. Rupanya duit bela lembu dalam kondo.
- Dzull Lello · Pengulas Tertinggi · Toreh getah di Usaha sendiribetul lah Mhijau, kan kak mah boleh ganti,, selama ni pun kak mah yg buat kerja dia..sbb.tu dia nak projek lain...
- Ardiee KurniaJgn potong tangan je... potong lidahnya sekali.. he..heee...
- Timothy Timbnyk lg menteri yg makan rasuah ni... gantung je semua tu...
- Yahya Jamil · Pengulas Tertinggi · N/A di Taylor LautnerNanti SPRM kata tiada bukti nak dakwa Shahrizat.
- Samil Arifin Arifin · Pengulas Tertinggi · Kota Bharubanyak duit tu klu selalu macam ni hancur negara
- Mahadzir Ibrahim · Langgan · Pengulas Tertinggi · Politeknik ungku omarbenar-benar berharap Datuk Seri Najib (Razak) menyucikan kabinetnya???..
- Noor Jan · Pengulas Tertinggi · Seri Garing Rawang
- Akik Desa · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak
- Akik Desa · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan