Selasa, 8 November 2011

JENAYAH DIMANA MANA..MAKA HUKUM ALLAH YANG SETIMPAL HUKUMNYA..KERANA ALLAH MEMBUAT SEGALA2NYA..KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI.MANUSIA JE BERLAGAK PANDAI

Halang motosikal dicuri: Pelajar M'sia mati dibunuh
Seorang pelajar Malaysia mati dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandar Malang, Jawa Timur, malam tadi.

Maklumat awal berdasarkan laporan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, pelajar itu dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, penuntut Fakulti Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 malam itu, Pereira dilaporkan ditetak dengan senjata tajam oleh pencuri berkenaan dan mati di tempat kejadian.

Education Malaysia (EM) (dahulu Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia sedang mendapatkan butiran rasmi mengenai kejadian itu daripada pihak polis Indonesia dan menguruskan pengiriman pulang mayatnya ke Malaysia.

Pereira berasal dari Klang, Selangor.

Atase Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun, telah berlepas ke Malang dengan pesawat paling awal hari ini.

Seramai 173 pelajar Malaysia kini menuntut di Malang, dan daripada jumlah itu, 161 belajar di Universiti Brawijaya.

- Bernama

Kes pemerasan: Tujuh anggota polis Johor ditahan
Tujuh anggota polis ditahan selepas disyaki terlibat dalam satu kes pemerasan di Johor Baharu dua hari lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata semua mereka ditahan pada jam 3 pagi di kawasan Plentong di Johor Baharu oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara yang diketuai ASP Tan Yang Siong selepas bertindak dari satu aduan.

"Mereka terdiri daripada anggota sekatan jalan raya yang beroperasi di lokasi sekatan jalan di kawasan pentadbiran Balai Polis Plentong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Mokhtar berkata semua anggota polis berumur 20 hingga 35 tahun itu kini direman semalam empat hari.



Doktor MJ didapati bersalah sebabkan kematian
Doktor peribadi kepada Michael Jackson, Conrad Murray didapati bersalah hari ini kerana menyebabkan kematian raja pop itu pada Jun 2009 lalu.

michael jackson funeral memorial service 080709 03Sebaik mahkamah memberikan keputusan juri itu, sanak saudara dan kenalan Michael kedengaran bersorak gembira. Sesetengah mereka kelihatan menangis di luar mahkamah.

Keputusan itu diumumkan selepas mahkamah bersidang selama enam minggu.

Keluarga Michael yang diketuai ibunya, Katherine dan ayahnya Joe turut berada di dalam mahkamah untuk mendengar penghakiman berkenaan dengan anggota media dan peminat Michael berkumpul di luar.

michael jackson death 260609 03Murray berdepan penjara empat tahun dan beliau juga bakal menghadapi penggantungan daripada menjalankan khidmat perubatan.

Doktor itu didapati bersalah kerana memberi ubat propofol berlebihan dalam usahanya membantu raja pop itu tidur di kediaman penyanyi itu di Los Angeles selepas berlatih untuk konsert baru di London.

Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Los Angeles yang bermula pada 27 September lalu, menyaksikan seramai 49 saksi - 33 saksi untuk pendakwaan manakala 16 saksi pembelaan memberikan keterangan masing-masing.

- AFP

  • Zakwan Zahari · Pengulas Tertinggi · Harvard University
    Parti yang layak memerintah negara pada masa akan datang adalah Parti Gabungan PAS, PKR & DAP ( PAKATAN RAKYAT ).

    Sila Promosikan Halaman Ini. Cadangkan pada rakan-rakan anda ok!
    Description
    Himpunan Rakyat Malaysia Yang Mahukan Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia Pada PRU Akan Datang. Tumbangkan Barisan Nasional & Gantikan Dengan Pakatan Rakyat.
  • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
    Pembunuh Mj mungkin dijatuhkan hukuman bersalah, tapi hukumannya hanyalah 4 thn penjara sj. Dia hanyalah 'tool' pd suatu yg lebih besar, itulah 'illuminati' (penyembah iblis/syaitan & pasukan Dajjal). Illuminati sbnarnya telah lama mengggunakan medium muzik utk meracuni fikiran masyarakat dunia spaya bergerak/bertindak ikut acuan mereka. Masyarakat dunia diracuni oleh illuminati melalui muzik secara yg mereka x sedari. Mj adalah kalangan artis yg menentang agenda illuminati ini. Krn itulah, dia mangsa pd pembunuhan illuminati ini. Bagi illuminati, ssiapa artis yg x menyumbang pd agenda jhtnya, bahkan menentangnya, maka mereka itu bakal ditamatkan dgn 2 cara. Pertama, artis itu akan dimusnahkan kariernya dgn cara dilabelkan sbagai artis x bermoral dimata masyarakat. Ini telah berlaku pd Mj, apabila dia dituduh/difitnah dgn tohmah...Lihat seterusnya..
    • Pelangi Malam · Pengulas Tertinggi · UUM
      MJ mempunyai jutaan pengikut yg fanatik. Bagaimana pula andainya MJ akan jd sbagaimana Cat Steven (Yussof Islam)? Tentunya MJ akan cuba dihapuskan sblum pkara ini berlarutan.

      Moral of the story, perjuangan dalam islam tidak ada jalan mudah. Tekanan demi tekanan akan terus diterima hatta dari org yg mengaku Islam sendiri.

      Al-fatihah, utk MJ (Mikael)
  • Daniell Rommelz · Top Commenter · Sekolah budak-budak nakal
    UNDILAH BN UNTUK MENYELAMATKAN RAKYAT DAN NEGARA.
  • Jamaluddin Hj Ahmad · Top Commenter · National Restaurant Association of America, Cicago
    Masih menjadi tanda tanya samada MJ dikebumikan di kubur kristian atau kubur islam.....
  • Mohd Sufie
    hancur la malaysia kalau pr memerintah.kalau org mcm ambiga di agongkn.
  • Mat Seman Muhamad
    sudah2lah, lg pun MJ dah pun mati.
  • Jai Gentwo · Top Commenter · Works at Kementerian kesihatan
    korang ni dah merapu la,, balik2 politik, taksub sgt,,, ni pasal MJ,, cr la kolum politik,,, sekian, terima kasih.
  • Roberto Mancini · Product Manager at Hewlett-Packard s r.o.
    di AMERICA pun ada mahkamah kangaroo mcm kat malaysia jgk, orang lain mati, tak pasal2 doktor peribadi kene penjara, menurut media amerika kematian mj bkn disebabkan propofol tp di sebabkan pengambilan xanax yg berlebihan hingga melemahkan sistem saraf dan seterusnya menganggu otak mj hingga menghadapi penyakit sukar utk tdo n hilang selera mkn, kurangnya dos xanax, propofol tpaksa digunakan krna kesukaran nak nak tdo....pengambilan dos yg tinggi menyebabkan kematian mj^^^ ini sume keje rekaan FBI nak mengelirukan dunia kononnya dr conrad murray yg bersalah, mana mungkin dr conrad yg di bayar gaji oleh mj boleh membunuh BOSS dia. fikir2kan lah...
  • Rezal Syadanie Abd Rani · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    dia ni scapegoat je..kambing hitam..nak tutup kes. padahal ada hidden hand yang mengarahkan MJ dibunuh..apa2hal pun sudah takdir Allah yang menentukan segalanya..itu hanyalah penyebab..

Tiada ulasan: