Rabu, 23 November 2011

BILA HAK KITA SELALU DINAFI...SELALU DIBOHONG...HAK KITA SELALU DIKEBAS...BILA MEREKA MENAFI SEMUA TUDUHAN...AKHIRAT KITA LIHAT BAGAIMANA MENAFINYA

BERSIH : Saya nampak gas pemedih ditembak ke hospital
Seorang saksi yang memberi keterangan pada siasatan awam Sruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, berkata, polis melepaskan gas pemedih mata berhampiran Hospital Bersalin Cina di Kula Lumpur dan turut menggunakan meriam air ke atas orang ramai yang berada di pintu masuk Hospital Tung Shin.

NONEYap Jee Kit (kiri), yang berkhidmat sebagai pembantu kepada exco Selangor, Elizabeth Wong juga mendakwa dirinya didera secara fizikal dan dicerca oleh pihak polis semasa ditangkap.

Katanya, pada hari kejadian, petang 9 Julai itu, beliau berjalan dari Brickfields untuk menuju ke Menara Maybank dengan memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0.

Menurutnya, dalam perjalanan itu, beliau juga melihat ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ditangkap ketika cuba berunding bagi pihak lebih 5,000 orang supaya pihak berkuasa membenarkan mereka melepasi sekatan polis.

"Terdapat ramai anggota polis pada hari itu dengan juga anggota dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Kami hanya berkumpul di sana sambil melaungkan beberapa slogan apabila polis memberi amaran dan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di Jalan Pudu.

"Sivarasa dan beberapa ahli politik lain yang cuba untuk berunding dengan pihak polis supaya orang ramai ridak dihalang tetapi sebaliknya, beliau pula ditangkap," katanya.

Akibat terkena gas pemedih mata, sebahagian daripada mereka mengambil keputusan untuk berlindung di dalam kawasan Hospital Tung Shin Hospital dan katanya, ketika itu, melepaskan tembakan meriam air ke arah orang ramai.

NONE"Saya dapat lihat ini dengan jelas dan beberapa daripada kami berlari mencari perlindungan ke Hospital Bersalin Cina yang terletahan bersebelahan.

NONE"Polis kemudian melepaskan tembakan beberapa kanister gas pemedih mata ke arah tempat letak kereta Hospital Bersalin Cina dan mulu meluru ke arah orang ramai.

Keterangan Yap pada hari kelima siasatan awam ini, bercanggah dengan kenyataan pihak berkuasa yang mempertahankan bahawa tiada gas pemedih mata dilepaskan di Hospital Tung Shin.

Pihak polis dan juga Kementerian Kesihatan pada mulanya menafikan bahawa tembakan meriam air dilepaskan ke perkarangan hospital.

Namun, bukti-bukti, khususnya gambar dan rakaman video yang tersebar di Internet memaksa pihak berkuasa menukar pendirian mereka.


MAIS larang Aziz Bari bentang kertas kerja di KUIS

Profesor undang-undang Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini didakwa kritikal terhadap Sultan Selangor, telah dilarang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) daripada membentangkan kerta kerja di satu seminar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Terletak di Kajang, KUIS merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh MAIS, yang terletak di bawah bidangkuasa Sultan Selangor.

NONEAziz dijadual membentangkan kertas kerja di seminar itu pagi esok.

Bagaimanapun, katanya, pagi tadi beliau menerima notis yang
memaklumkan bahawa seseorang di MAIS, yang mendakwa rapat dengan istana Selangor, telah meminta pihak penganjur menggugurkan kertas kerjanya.

Katanya, pihak penganjur telah merayu kepada mereka untuk mengekalkan beliau seperti yang dijadualkan kerana orang ramai datang ke seminar itu untuk mendengar ucapannya.

Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa seminar tersebut telah dirancang lebih daripada tiga bulan yang lalu.

Pakar undang-undang itu menjadi tajuk utama akhbar bulan lalu apabila polis menyiasatnya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung komennya mengenai titah Sultan Selangor berhubung 'pemeriksaan' Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap makan malam kesyukuran yang diadakan di Damansara Utama pada 3 Ogos.

Berikutan ini, UIA telah digantung perkhidmatan Aziz selama enam hari. Penggantungan itu ditarik balik selepas bantahan besar daripada pelbagai pihak, termasuk pelajar universiti di seluruh negara dan para ahli akademik.


Mahkamah benar 72 pembeli kondo saman pemaju
Pembeli kondominium boleh menyaman pemaju kerana melanggar kontrak tanpa perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pembiaya mereka, demikian putus Mahkamah Rayuan, semalam.

Datuk Wira Low Hop Bing yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 merupakan undang-undang sosial yang perlu ditafsirkan secara liberal untuk pembeli rumah.

Beliau berkata Seksyen 22(C)(1) akta itu memberikan hak kepada pembeli rumah untuk memulakan tindakan undang-undang atas namanya sendiri terhadap pemaju perumahan atau mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa perkara yang berbangkit daripada perjanjian jual beli antara pembeli rumah dan pemaju, melainkan jika perjanjian itu menyatakan niat sebaliknya iaitu bahawa dia perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pembiaya sebelum boleh menggunakan haknya untuk mengemukakan saman.

Low berkata Mahkamah Rayuan berpendapat seorang pembeli rumah itu perlu mendapatkan kebenaran daripada pembiaya untuk memulakan tindakan undang-undang sekiranya perjanjian jual beli menyatakan sedemikian.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam kes ini, mahkamah tidak dapat mencari apa-apa niat yang dinyatakan dalam perjanjian yang memerlukan persetujuan tersebut dan dengan itu, kebenaran bertulis tidak diperlukan.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu ketika membenarkan 72 pembeli kondominium menghidupkan semula saman mereka terhadap syarikat pemaju Debir Desa Development Sdn Bhd dan 13 defendan lain, serta mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Linton Albert itu, turut mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 29 Nov lalu, yang menolak saman berkenaan selepas membenarkan bantahan awal defendan yang mendakwa pembeli tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan saman kerana mereka tidak mendapat persetujuan bertulis daripada pembiaya untuk berbuat demikian.

Semua plaintif merupakan pembeli 57 unit kondominium Medan Putra di Bandar Menjalara, Kepong. Mereka antara 93 pembeli yang menyaman Debir Desa Development dan 13 lagi pada Januari 2003 kerana melanggar terma dalam perjanjian jual beli.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memutuskan 21 pembeli lain boleh menyaman defendan kerana mereka telah mendapat kebenaran bertulis penuh atau bersyarat daripada pembiaya masing-masing.

Dalam penyataan tuntutan, pembeli mendakwa terdapat banyak retakan di bahagian luar dan dalam lantai, dinding, balkoni, tangga dan rasuk kondominium mereka.

Defendan pula mendakwa kondominium itu dibina mengikut terma dalam perjanjian jual beli.

Pembeli kondominium diwakili peguam Datuk Harpal Singh Grewal dan Harwinder Kaur manakala defendan oleh Christopher Foo, Mark Labroy dan SY Hiew.

- Bernama


  • Muhammad Hafidz Abdullah · Pengulas Tertinggi · Owner/ President di Kelab MHA
    UNDILAH BN kalau anda hendak ditipu oleh BN sepanjang hidup anda akan menyesal
    • Urut Tradisional Wali · Selangor, Selangor, Malaysia
      yang di atas itu pemaju tipu bukan BN tipu napa lah ko org taknak pakai otak sebelum cakap semua BN NG UMNO salh pas dap pkr betol je akai ada ke.sendiri takb boleh fikir ke yang mane baik yang mane buruk ,jangan taksuk sagat lah ng pakatan rakyat
    • Nimzo Indy
      Urut Tradisional Wali : Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Benda ni semua dh diajar oleh pemimpin kita skg ni. Sbb tu dorg ikut. Sbb tu kena pilih pemimpin lain krn minda kita blm lg merdeka. Slagi minda blm merdeka, slagi tu negara xkn maju. Slagi tu byk penipuan disana sini. Sila pk skit dlm konteks yg luas. Jgn duk dlm tempurung.
  • Zakwan Zahari · Pengulas Tertinggi · Harvard University
    Betul2 Muhd Hafidz...
    Parti yang layak memerintah negara pada masa akan datang adalah Parti Gabungan PAS, PKR & DAP ( PAKATAN RAKYAT ).
    Sila Promosikan Halaman Ini. Cadangkan pada rakan-rakan anda ok!
    Himpunan Rakyat Malaysia Yang Mahukan Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia Pada PRU Akan Datang. Tumbangkan Barisan Nasional & Gantikan Dengan Pakatan Rakyat.
    Kami Boikot Utusan Malaysia, UMNO Kaki Fitnah, Gelombang Reformasi II, Perajurit Keadilan, Kami Boikot Buletin Utama TV3.
  • Mohd Zaidi Bin Ghazali · Universiti Sains Malaysia
    ya... undilah BN. Dapat seratus.. mereke buat kandang lembu kat KONDO.. ya... ya.. undilah BN. HIDUP Barang Naik. Eh.. apa lak barang naik... Hidup Aku...
  • Boyak Lanji Lapar · Pengulas Tertinggi
    UNDILAH BN... KEPADA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT YANG SUDAH JEMU MENYOKONG PAKATAN RAKYAT, MAKA SOKONGLAH BN... ANDA AKAN DIBERI BAUCER RM 100 UNTUK SHOPPING DI SERIKIN...LIHATLAH BETAPA PRIHATIN KERAJAAN BN KEPADA ANDA...INGAT PANGKAH DACING.
  • Putra Rayyan · Pengulas Tertinggi
    Undi la pakatan rakyat sebab Pemaju tak akan menipu anda lagi..bodonnya pya statament dari Hafidz...apa kena mengena pemaju dengan BN..yg ko pegi sign SNP tu kenapa...bangang sungguh pemikiran puak fuckatan rakyat
  • Shahrulzaman Shafie · Pengulas Tertinggi
    FIKIR DUA KALI JIKA HENDAK MENGUNDI SAMA ADA HENDAK MELALUI KEPAHITAN SAPERTI DULU DAN SEKARANG ATAU MEMBUAT PERUBAHAN.JANGAN TERPENGARUH DENGAN JANJI MANIS DAN SOGOKAN WANG KONONNYA UTK MERINGANKAN BEBAN RAKYAT. SELEPAS MEREKA MENANG SEKALI LAGI KITA AKAN DIBEBANKAN DENGAN BERMACAM BEBAN.CUKUPLAH SAMPAI KINI. PRU 13 AKAN SAMPAI UTK MEMBUAT PERHITUNGAN. APA LAGI JARI KITA AKAN MEMBUAT PERHITUNGAN DENGAN MEMANGKAH KERTAS UNDI UTK MELENYAPKAN LANUN LANUN INI.
  • Ismail Mohamad Yusof Ismail · Bekerja di JBPM
    saya sangat setuju. setiap pemilik rumah perlu meneliti pelan kelulusan daripada agensi teknikal sekira nya tidak menepat undang-undang perlu di pertikaikan
  • Shahrulzaman Shafie · Pengulas Tertinggi
    Baru kini pembeli rumah dapat pembelaan pada masa dulu pembeli rumah selalu ditindas walau pon perjanjian sudah ditanda tangani kebiasaan nya pembeli menanggong risiko dengan berbagai bayaran dan pihak pemaju selalunya mungkir janji.Apa tah lagi rumah yg terbengkalai tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa yaitu menteri BN saolah olah mereka bersongkol dengan pemaju.Harapkan menteri untuk menolong walaupon surat dihantar hanya saperti batuk ditangga sahaja.Kita yg membeli rumah terpaksa menanggong segala kerenah pemaju perumahan.
  • Mohd Razali Yaacob · Pengulas Tertinggi
    Terima kasih kpd Dato Wira Low Hop Bing kerana memberi keadilan kpd pembeli.Selama ini pembeli rumah yang ditipu tidak ada cara lain untuk mengajar pemaju perumahan.

Suhakam lawat lokasi kemalangan Mat Sabu
Selepas tiga sesi soal-siasat saksi, inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 petang tadi, melawat lokasi kemalangan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

NONEPada kejadian itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa kereta polis merempuh motosikal yang diboncengnya.

Hari ini, pasukan polis yang diketuai oleh ACP Jamaluddin Abdul Rahman, cuba melakonkan semula bagaimana pemimpin kanan PAS itu boleh terjatuh.

Sambil menunjukkan kesan tayar yang masih kelihatan di tepi tebing jalan Persiaran Persekutuan, berhampiran Jalan Travers, Jamaluddin berkata motorsikal yang dibonceng Mat Sabu hilang kawalan selepas terlanggar tebing jalan sehingga menyebabkan dirinya dan penunggang motorsikal itu jatuh.

Hadir sama adalah pemandu kereta Proton Waja polis yang didakwa Mat Sabu melanggar mereka, iaitu L/Cpl Muhamad Fauzi Mustafa, dan pegawai penyiasat ASP Che Aziz Md Isa yang merupakan saksi hari ini.

Polis diberi lebih kuasa sekat perhimpunan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dicadangkan akan memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun.

Seksyen 15 rang undang-undang itu menyatakan polis boleh mengenakan sekatan ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

NONESeksyen 15 (2) (h) pula membenarkan Ketua Polis Daerah membuat keputusan mengenai:

  • tarikh, masa dan tempoh perhimpunan;
  • tempat perhimpunan;
  • cara perhimpunan;
  • kelakuan peserta semasa perhimpunan;
  • pembayaran kos pembersihan akibat daripada mengadakan perhimpunan;
  • apa-apa faktor alam sekitar, sensitiviti budaya atau agama dan kepentingan sejarah yang ada pada tempat perhimpunan;
  • kebimbangan dan bantahan orang yang mempunyai kepentingan; atau apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh pegawai yang menjaga daerah polis berhubung dengan perhimpunan itu.

Mereka yang melanggar sekatan dan syarat boleh didenda tidak melebihi RM10, 000.

NONESebelum ini, perkara-perkara berkaitan perhimpunan awam diselia mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1964, yang menyatakan bahawa permit mesti diperolehi bagi mana-mana perhimpunan awam tetapi tidak syarat-syaratnya tidak dinyatakan secara terperinci.

Sekiranya penganjur tidak bersetuju dengan larangan itu, rayuan boleh dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri yang perlu memberikan jawapannya dalam masa enam hari.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini tidak menetapkan sama ada keputusan menteri adalah muktamad atau sama ada ia boleh dicabar di mahkamah.

Ia juga menyatakan bahawa perhimpunan perlu mengambil kira sensitiviti budaya dan agama, tetapi butiran tidak ditakrifkan.

Tempat larangan

Seksyen 25, rang undang-undang itu pula menyatakan bahawa menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana tempat sebagai suatu tempat perhimpunan
yang ditetapkan.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Ia juga menetapkan, bagi mengelakkan keraguan, mana-mana orang yang menganjurkan atau menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai tanggungjawab yang sama sebagaimana seorang penganjur dan peserta.

Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.

  • Empangan, takungan dan kawasan tadahan air
  • Loji rawatan air
  • Stesen penjana elektrik
  • Stesen minyak
  • Hospital
  • Balai bomba
  • Lapangan terbang
  • Landasan keretapi
  • Terminal pengangkutan awam darat
  • Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina
  • Tempat ibadat
  • Tadika dan sekolah

Lim: Ini rang undang-undang perhimpunan haram
DAP kecewa dengan tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang perhimpunan aman yang dianggap bertentangan dengan janji perdana menteri untuk memberi lebih kebebasan dalam membuat perhimpunan.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rang undang-undang berkenaan memberi kuasa yang luas kepada polis untuk menahan individu yang menyertai perhimpunan.

"Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak," katanya lagi yang berpendapat undang-undang tersebut lebih menyekat.

Beliau berkata demikian dengan merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.

Lim turut mempertikaikan peruntukan undang-undang berkenaan yang melipatgandakan jumlah denda yang boleh dikenakan kepada peserta dan penganjur terlibat.

Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

Seksyen 21(3) dalam dokumen sama turut memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.

Malah, rang undang-undang yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini turut meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

"Maknanya semua tempat pun tak boleh berhimpun. Dalam hutan pun tak boleh sebab mungkin ada loji rawatan air," kata Lim dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Selain loji rawatan air, kawasan larangan juga meliputi tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah, kata Lim.

Menurut rang undang-undang tersebut, polis mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan sekiranya diadakan di kawasan berkenaan atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan larangan tersebut.

"Dulu tempat-tempat ini tidak ada dinyatakan... Jadi mungkin boleh dinyatakan menteri tempat-tempat yang dibenarkan (untuk berhimpun," katanya lagi.

Ditanya mengenai tawaran kerajaan sebelum ini untuk mengadakan perhimpunan di dalam stadium, seperti yang dilakukan Perhimpunan Sejuta Umat, Lim berkata beliau langkah seperti itu perlu mengambil kira perhimpunan pada skala kecil.

"Kalau (jumlah peserta perhimpunan) kecil tak perlu buat di stadium. Kalau tidak, mungkin BERSIH saja yang boleh buat perhimpunan di stadium," katanya lagi.


  • Saiful Anuar · Pengulas Tertinggi
    ahaha.sudah cukup rasanya kami rakyat di kawal dengan undang2 yg hanya bertujuan menyelamatkan bee end.... PRU13 akan menentukan semuanya.
    • EP Ng · Pengulas Tertinggi · Caen, France
      Hanya perhimpunan BN dipanggil perhimpunan aman. Perhimpunan lain semua panggil perhimpunan haram.
    • EP Ng · Pengulas Tertinggi · Caen, France
      Mereka nak undang-undang ini supaya mereka dapat demonstrasi kalau PRU kalah.
    • Azhar Daeng · Pengulas Tertinggi · Sungai Buloh
      Cukup lah.. buat undang2 utk kepentingan sendiri
  • Fazly Ghazali · Pengulas Tertinggi · UTMKL
    inilah rang undang2 paling gampang pernah aku jumpa!
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi · North Pole, Alaska
      hahaha.. baru aku rasa aman..
    • Lim Swee Chan Charles · Pengulas Tertinggi · Setapak High School
      Zulkifli Marzuki : KUTU BABI UMporNO.. ko rasa aman? dari tahun 1957 hingga hari ini UMporNO merentah, dah berpuluh2 akta telah digubal semata2 nak amankan KUTU BABI2 UMporNo namun tidak juga aman.Selepas ini akan ada lagi akta yg akan digubal semata2 nk aman kan UMporNO namun percayalah mereka tidak akan aman kerana UMporNO hanya merancang sebagaimana Hosni Mubarak merancang namun ALLAH adalah MAHA perancang.
    • Jass Abd Latif · S.M.K.A Sheikh Abdul Malik Kuala Terengganu
      Lim Swee Chan Charles ...Allah maha perancang..betul2
    • Nazzwan Aiman Mertesacker Ams · · Pengulas Tertinggi · Taylor's University College
      Lim Swee Chan Charles KO TU KUTU BABI DAP LAGI SIAL .. PAKATAN KENCING RAKYAT (PAKATAN KELENTONG RAKYAT) PKR.. MELAYU JANGAN JADI BARUA DAP BODO
    • Isjamal Nordin
      undang2 mengarut, serupa mcm langsung tk boleh berhimpun..hancus
    • Mohd Ikram · Pengulas Tertinggi · Dungun, Terengganu, Malaysia
      Nazzwan Aiman Mertesacker Ams cubaan baik nak lagakan Cina/Melayu...ni la keje BN ngan Umno:)
    • Zizi Ariffin · Pengulas Tertinggi
      Ini undang2 untuk si bacul dan dayus jer..!
    • Price Patrick Sumithiran · Pengulas Tertinggi · UTAR Setapak
      Fazly Ghazali,, saya setuju..Bn memang pandai putar belit..
    • Haji Mohd Yusof Muda · Pengulas Tertinggi · Maktab Perguruan Sultan Idris
      ....manusia merancang, Allah juga merancang tetapi sebaik-baik peracangan adalah perancangan Allah...maksud al-Quran.
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi · North Pole, Alaska
      Price Patrick Sumithiran : penyokong juak PR mmg selalu kena belit..
      buat la lagi keje bodoh yg tak berfaedah.. ngeee
    • Alan Tea · Pengulas Tertinggi · Partner di MAXTEAM GLOBAL NETWORK
      MELAYU pun x sokong BNmelayu.
    • Price Patrick Sumithiran · Pengulas Tertinggi · UTAR Setapak
      Zulkifli Marzuki penykong pr selalu kena belit..bukan semua satu je..nama dia Kawat Duri@anak gampang al-qaeda....yg lain semuanya ok.. yg sokong bn ni lagi bodoh terpedaya dengan putar belit pemimpin dia..ingat kalau sesebuah kerajaan mempunyai kuasa macam ni, memang rakyat yg akan merana kerana bila giliran keluarga kamu susah kerana rasuah dan salahgunakuasa pemimpin bn, masa tu mana nak demo? jadi jgn fikir pasal diri sendiri je..fikir untuk kebaikkan negara..bukan untuk kebaikan mana2 ahli politik...we make use of politicians..not politicians make use of us..
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi · North Pole, Alaska
      Alan Tea : fakta atau auta... hehe.. podahhh.. winkkk..
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi · North Pole, Alaska
      Price Patrick Sumithiran : sorry la bro.. fakta ko mmg merapu.. keluarga aku makin senang.. tak minta sedekah pun.. masalah ko aku tak tau lah.. dan aku tenguk pemimpin PR semuanya kaya raya dibawah pemerintahan BN.. PUAK penyokong PR jer yg terpedaya dgn tipu muslihat putar belit pemimpin PR.
    • Price Patrick Sumithiran · Pengulas Tertinggi · UTAR Setapak
      Zulkifli Marzuki... “If the freedom of speech is taken away then dumb and silent we may be led, like sheep to the slaughter.” -George Washington[presiden Amerika syarikat pertama]....................kepada kawan2 melayu yg tidak faham, dlm bahasa malaysia bermaksud,"Jika kebebasan bersuara diambil, maka bisu dan senyap kita boleh dipimpin, seperti kambing biri-biri untuk disembelih."-George Washington
    • Jason Lee Lee · Pengulas Tertinggi
      Bodoh,bahlol,haram jadah,bangsat,sial,lahanat,bingai,bongok, Nazzwan Aiman Mertesacker Ams
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi · North Pole, Alaska
      Price Patrick Sumithiran : apa kata ko pergi jadi warga US.. so ko boleh bebas buat apa yg ko suka.. ini malaysia ada cara tersendiri.. tak perlu ikut cara org lain.. kita dah merdeka la bro.
    • Price Patrick Sumithiran · Pengulas Tertinggi · UTAR Setapak
      Zulkifli Marzuki keluarga saya tak apa2 baik je..tapi kita tak pentingkan diri kita sendiri..itulah perbezaannya.kita juga fikir untuk org yg bersusah payah..mungkin pemimpin pr kaya, tapi asalkan cara mendapat kekayaan itu halal dan tidak menyalahi mana2 undang2 ok la tu..kalau dia kerja kuat kenapa pulak dia tak boleh nikmati kekayaan?
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi · North Pole, Alaska
      Price Patrick Sumithiran : sedar pun ko yg kekayaan pemimpin puak PR tu di bawah pemerintahan BN kan.. so apa masalahnya.. ko dan puak ko pun boleh kaya kalau ikut cara pemimpin PR ko bekerja. maknanya pemerintahan BN tak menganiaya pemimpin dan puak PR utk kaya pun.
    • Price Patrick Sumithiran · Pengulas Tertinggi · UTAR Setapak
      Zulkifli Marzuki tak henti2 merapu..Kawat Duri dan ko ni mentaliti sama je..Malaysia ini sebuah negara demokrasi..ayat2 yg saya kemukakan telah disebut oleh presiden amerika yg mengambil berat pasal kebebasan bersuara..kerana itulah pada hari ini rakyat amerika boleh bersuara secara bebas dan kerajaan mereka tak boleh putar belit ngan rakyat mereka...dia tu pemimpin yg mempunyai pandangan jauh..bukan macam pemimpin bn, apa yg berlaku kepada negara dia kisah asalkan boleh masyukkk sudah cukup..
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi · North Pole, Alaska
      Price Patrick Sumithiran : kebebasan US tapi menindas negara lain.. ingin jadi POLIS DUNIA.. suka suka pegi perang negara lain.. inikah negara yg ko ingin jadikan contoh.. jgn terpedaya la bro hanya dgn kata kata manis.
    • Price Patrick Sumithiran · Pengulas Tertinggi · UTAR Setapak
      Zulkifli Marzuki bro jgn ingat saya ni bodoh..saya tahu pasal AS....mereka tu hanya suka jaga kepentingan mereka shj..tapi yg saya nak kamu lihat ialah cara mereka layan rakyat mereka..adakah mereka bom rakyat mereka? ada ke undang2 macam ini di AS? kalau nak banding biar betul bro..yg terpedaya kamu bukan saya..saya tahu membezakan cara kerajaan lain melayan rakyat mereka..inilah jadinya kalau tengok tv3 suku je..yg AS bom negara ini negara itu saya setuju dengan kamu.kadang2 perbuatan mereka ada justifikasi kadang2 memang mengarut..tapi jgn salah banding..lihat bagaimana rakyat amerika dilayan oleh kerajaan mereka..buat perbandingan betul..
    • Price Patrick Sumithiran · Pengulas Tertinggi · UTAR Setapak
      Zulkifli Marzuki pemimpin bn kaya macam mana? ada lihat laporan audit tak? pengurusan wang rakyat macam mana dibawah bn? kalau diteruskan macam ini saya tak hairan negara ini jadi bankrap..yg saya cakap pasal kekayaan pemimpin pr kalau dia kerja kuat dan cara halal memang dia berhak nikmati kekayaan tersebut..jgn syiok sendiri hanya bawah bn boleh jadi kaya..pemimpin bn tak menganiaya rakyat untuk kaya? kalau la projek feedlot itu diberikan kepada petani2/pengusaha yg berkebolehan, memang mereka boleh jadi kaya..kalau beri kepada kroni tapi projek kurang produktif itu bukan aniaya ke? wang berbillion ringgit dibazir padahal boleh diguna untuk membuat sistem pengangkutan yg lebih efisien..bukan aniaya rakyat ke tu? hehehe..pelik..
    • Jamaliah Ariff · Pengulas Tertinggi
      Zulkifli Marzuki ke Najib nak prepare bungkus Bee End...
    • Raja Rimba · · Pengulas Tertinggi · UC Berkeley
      SAKSIKAN VIDEO TANDA2 KIAMAT - ARTIS DIPUJA HINA NABI. ANDA NILAI SENDIRI... http://bit.ly/w1J4Ma
    • Omar Ismail Syikh · Universiti of texes
      istihar je lah malaysia nie negara komunis abis cerita
    • Natureboy Azmie · Pengulas Tertinggi
      Nazzwan Aiman Mertesacker Ams : ....."Any fool can criticize, condemn, and complain but it takes character and self control to be understanding the real situations..."
    • Zainol Abidin Ben Ali
      Lim Swee Chan Charles hong kong,taiwan,singgapore,tanah besar china terbentang luas untuk anda saperti kata perpatah melayu saperti belut pulang ke lumpur..selamat jalan
  • Ariff Wan · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Bekerja sendiri
    Dasar UMNO munafik..mcm ini lah jdnya...
    • Pondok Usang · Pengulas Tertinggi
      bila kepercayaan dan pegangan dah hilang,bayang-bayang sendiri pun di kata lembu.itulah menteri bee end yang baru mendapat kelulusan dari kandang lembu
    • Zizi Ariffin · Pengulas Tertinggi
      makin ke dalam lah telo2 orang melayu..!
  • Khirrudi Kajaga · Pengulas Tertinggi · ATM graduate
    bukan kita tak tau, itu UMNO penipu. banyak perkara dia sudah tipu. ISA tiada, tapi tahanan tanpa bicara ada. himpun boleh , tapi tidak ada permit. kenapa kita mesti percaya pada BN. tumbangkan saja. jgn bincang lagi, dudok dengar saja. pilihanraya, buang itu Hantu raya.
  • Izmil Amri · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Mara
    Ghani tak buleh nak mai berhimpun depan Komtar bawak keranda dah aa lagu ni punya gaya. Apa punya undang-undang bodoh macam ni. Habislah lu Barisan Nasional. Mat Rempit nak buat gathering tepi jalan pun dah tak boleh ini macam.
    • M Ganeson Munu · Pengulas Tertinggi
      polis tangkap ke .. kan semua dah tahu siapa target polis..
  • Mohan Kumar · Kawasaki-shi, Kanagawa, Japan
    Kalau mcm nie, nmpk gaya tak boleh pegi maraikan majlis perkahwinan kawan2 la.. tak pun kalau nak kawin kena pi mintak permit polis dulu pasal ramai org nak mai...
  • William Lau · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kerja sendiri
    Kita harapkan kerajaan PR saja dapat memerintah Malaysia selepas PRU13. jika tak malaysia akan jadi polis raja di malaysia.
  • Adam Sejodoh · Pengulas Tertinggi
    Ini jelas rakyat dibohongi mentah-mentah oleh omno. Omno tidak boleh disimpan dan diberi muka lagi. Cukup dah omno membuleh RAKYAT.. Undi PR dalam PRU ke-13..
  • Prakash Rathakrishnan · Pengulas Tertinggi · Welder di Cargotec
    ....nak takut2kan kita pulak....pengajur org kaya denda 10k...penyokong2 ( individu ) miskin denda 20k....memang bijak....selalunya penyokong ( rakyat ) yg menjadi mangsa...buat rang undang2 utk memperisaikan parti ( BN ) bkn utk kepentingan rakyat dan negara....
  • Love Peace · Pengulas Tertinggi
    Tak lojik betul dengan undang-undang ini. Saat boleh berhimpun tapi polis boleh tangkap, saat boleh himpun tapi dekat tempat-tempat seperti bla-bla-bla tak boleh.APA ini semua, pi tepi laut dan berhimpunkah? Nanti kata janga ganggu Ikan, Ketam, bla..bla...bla.. Lawak Bodoh Betul dengan Gov Malaysia ini..
    • Mohdrosli Othman · Pengurus Syarikat di Berniaga Sendiri
      kalau dah ada undang2 camni..dah tak bebas lagi dah..sure tk dapat permit punyalah..kalau dapat pun jadilah perhimpunan tu macam morning briefing atau morning assembly kat sekolah..alahai..macam british buat kat org melayu je..

Tiada ulasan: