Ketika Dewan Rakyat bersiap sedia untuk perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, hari ini, beberapa kumpulan pejuang hak asasi mengadakan demonstrasi bagi membantah penggubalan akta baru itu.
Sambil menuntut hak perlembagaan dilindungi, aktivis hak sivil yang diketuai oleh NGO, Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB) berkumpul di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen.
Menghairankan, jumlah polis yang dikerahkan bagi mengawal perhimpunan itu adalah minimum.
"Kami mahu Parlimen tarik balik rang undang-undang yang zalim ini serta-merta kerana ia adalah tidak sah dan menindas.
"Walaupun sekali pandang, permit polis tidak lagi diperlukan, namun sebenarnya, ia mengenakan lebih banyak sekatan lebih tidak munasabah dan memperuntukan denda besar. Ini menjadikannya lebih buruk daripada peruntukan yang sedia ada di bawah Akta Polis," kata penyelaras Suaram, E Nalini.
Menurutnya lagi, rang undang-undang itu juga bukan setakat menyekat kebabasan awam tetapi juga menghina kebijaksanaan rakyat.
Perhimpunan itu turut disertai oleh pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin-pemimpin dari Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerit).
Undang-undang zalim
Kira-kira 50 penyokong yang hadir hari ini membawa Jalur Gemilang dan kertas berwarna kuning yang dicetak dengan perkataan “Perkara 10 perlembagaan jamin kebebasan berhimpun”.
"Rang undang-undang ini adalah yang zalim, kami harap ia akan ditarik balik serta-merta ... jangan sekalipun percaya ini boleh memberi kebebasan untuk berhimpun," kata Ambiga.
"Bagi saya rang undang-undang ini merampas kebebasan berhimpun, ia mengambil balik hak yang dijamin oleh perlembagaan," katanya yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam
Menurut Ambiga lagi, rang undang-undang baru itu, lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis dan bercanggah dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pembaharuan pada malam sebelum Hari Malaysia, 15 September lalu.
Ahli parlimen Pakatan Rakyat juga turut serta dalam tunjuk perasaan ini.
Dikenali sebagai Kempen 'Kebebasan Kebebasan Berhimpun' atau KKB. ia bermula dengan demonstrasi kecil di hadapan Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, kumpulan itu dijangka menarik sokongan yang lebih
besar apabila ia mengadakan kempen di KLCC pada jam 2 petang Sabtu ini.
"Anda tidak perlu membawa apa-apa pelekat atau kain rentang. Mari kita tunjukkan kepada polis bagaimana kita boleh berdemonstrasi pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan persediaan yang paling mudah - kita hanya akan pakai kuning.
"Jika anda mahu beri mesej yang lebih jelas, bawa bendera Malaysia. Bendera itu mewakili kebebasan kita," kata penyelaras kempen tersebut, Wong Chin Huat (atas, berbaju kuning).
"Peruntukan di dalam Undang-Undang Perhimpuan Aman yang mana menetapkan denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah, membolehkan kerajaan mengheret ahli-ahli Parlimen Pakatan ke muka pengadilan jika melakukan ceramah, penjelasan dan perhimpunan, yang merupakan salah satu cara untuk Pakatan Rakyat terus memberi penjelasan kepada rakyat.
"Undang-Undang Perhimpunan Aman ini merupakan satu cara untuk menghalang Pakatan memberi penjelasan kepada rakyat secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan itu diadakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pemansuhan tiga proklamasi darurat - yang menurutnya hanya satu perkara kecil yang seharusnya telah dilaksanakan lama dulu - seharusnya membawa kepada kebebasan demokrasi yang lebih baik di Malaysia.
"Tetapi malangnya, pemerintah tidak mengotakan janji mereka dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat dan sekaligus melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.
Tiga proklamasi darurat itu ialah:
(i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak;
(ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan
(iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan.
"Kita gembira kerana perdana menteri menerima cadangan-cadangan Pakatan Rakyat, khususnya setelah Rang Undang-Undang Pemansuhan Darurat yang dicadang Pakatan Rakyat ditolak Speaker Dewan Rakyat pada April 2011," katanya.
Tambahan lagi, katanya, pendirian perdana menteri yang diwakili Datuk Seri Nazri Aziz begitu berbeza pada 16 Mac 2011 apabila dalam jawapan parlimen beliau kepada soalan ahli parlimen Lembah Pantai tentang kesediaan memansuhkan serta-merta pengisytiharan darurat: "Pada pandangan kerajaan, Proklamasi Darurat pada tahun 1969 masih wajar dikekalkan atas sebab yang berikut:
(a) Adalah wajar bagi kerajaan untuk mengekalkan Proklamasi Darurat pada tahun 1969 kerana jika tidak, undang-undang yang telah diperbuat semasa Proklamasi Darurat sedang berkuatkuasa akan terhenti berkuatkuasa mengikut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dan ini akan menimbulkan kesukaran kepada kerajaan untuk mengawal jenayah untuk isu-isu yang melibatkan ketenteraman awam; dan
(b) Kemungkinan terdapat keperluan supaya undang-undang diperbuat dengan segera oleh YDPA semasa Parlimen tidak bersidang bagi menangani masalah berhubung dengan keselamatan negara antaranya yang melibatkan ancaman pengganas serta keselamatan dan ketenteraman awam yang tidak diliputi di dalam undang-undang sedia ada.
"Pun begitu, kami alu-alukan pemansuhan ini kerana menandakan suara rakyat tidak dapat dihadang oleh kerajaan lagi," katanya lagi.
Pembangkang, menurut Anwar, telah lama membawa usul untuk memansuhkan proklamasi darurat sejak lama dulu iaitu sejak 1979.
"Malahan Pakatan Rakyat telah membawa usul untuk memperkenalkan Akta Pemansuhan Darurat untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac lepas tetapi yang melibatkan pemansuhan kesemua proklamasi darurat dan beberapa undang-undang serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan apabila diperkenalkan Proklamasi Darurat ini," katanya.
Lamanweb peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah digodam.
Menurut pos sebuah blog terkemuka pro-Pakatan Rakyat - Milo Suam - ia berlaku awal pagi ini.
Penggodam meninggalkan nota yang mendakwa lamanweb tersebut
digodam oleh "Tofan Batam". Batam adalah sebuah kepulauan Indonesia di selatan Singapura.
Beberapa jam kemudiannya, penggodam meletakkan gambar baru seorang budak kencing ke atas dua bendera Malaysia.
Apabila Malaysiakini menyemak lamanweb itu lewat petang ini, imej tersebut telah digantikan dengan notis yang menyatakan bahawa lamanweb tersebut dalam penyelenggaraan.
Lamanweb Najib digodam dua hari selepas Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti selepas seri 1-1 dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 di Jakarta.
"Suruhanjaya ini, menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan membuka ruang untuk perbincangan dan wacana awam mengenai kebebasan berhimpun sebelum menjadikan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 itu sebagai suatu akta.
“Ia mesti memastikan bahawa peruntukan-peruntukannya selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia," kata pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut beliau, walaupun Suhakam, badan berkanun yang ditubuhkan untuk menasihati kerajaan berhubung isu-isu hak asasi manusia,- mengalu-alukan rang undang-undang itu, namun beberapa cadangannya berhubung akta yang digubal itu tidak dimasukkan.
Cadangan itu, kata Hasmy, diberikan semasa satu perjumpaan dengan Peguam Negara pada bulan lalu.
Tegasnya, Suhakam menekankan bahawa hak rakyat untuk meluahkan suara mereka melalui perhimpunan aman awam mesti dilindungi.
"Sebahagian daripada peruntukan di bawah rang undang-undang itu mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis. Semua ini, sekali gus menjejaskan hak orang ramai untuk menganjurkan atau menyertai perhimpunan aman," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, di sebalik bantahan dan demonstrasi yang menuntut ia ditarik balik.
Bagaimanapun perbahasan bagi rang undang-undang itu yang dibentangkan bagi bacaan kali pertama Selasa lalu, akan diadakan pada Selasa depan.
Perbahasan sebelum ini dijadualkan pada 24, 29 November dan 1 Disember.
Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga Selasa kerana cuti awam sempena Awal Muharam yang jatuh pada Ahad ini.
Sambil menyokong penarikan tiga pengisytiharan darurat yang berlarutan selama 40 tahun, katanya, rang undang-undang Perhimpunan Aman tidak perlu wujud dalam sesebuah negara demokrasi.
“Pembatalan (Akta Darurat) tidak menjadi persoalan besar. Walaupun PM menyebut kelonggaran besar diberi, namun (terbukti) hukuman lebih berat (dicadangkan) iaitu hukuman denda RM20,000.
“Pengecualian tidak dilihat dengan teliti. Walaupun Akta Darurat dibatal dan kita sokong, namun cadangan rang undang-undang itu masih bersifat mengongkong dan membelenggu rakyat,” katanya.
Beliau merujuk cadangan rang undang-undang itu yang memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan