Isnin, 28 November 2011

PANDANGANNYA...IA DAPAT TANYA SEMUA...IA AGAK2@RASA2....PENENTU ALLAH...aLLAH PENGHUKUMNYA...HATI2 SEMUA DALAM KEKUASAAN ALLAH..TAHU MANA BETUL

PRU: Anwar mahu bersihkan PKR dari pengkhianat
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, langkah itu penting memandangkan pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kepada PKR dan juga lanskap politik negara.

Anwar juga berkata proses berkenaan juga penting memandangkan parti itu kini sudah dua kali ganda lebih kuat berbanding ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.

pkr congress 2011 271111 anwar speech 01"Dari awal saya kata kita akan saksikan pengkhianatan. Setiap pilihan raya kecil (ada wakil rakyat PKR) lompat. Dekat pilihan raya umum lagilah, harga kian naik," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Kelapan di Pulai, Johor.

Memetik ucapan setiausaha agung, Saifuddin Nasution sebelumnya, Anwar berkata Nabi Muhammad SAW sendiri tidak akan memaafkan pengkhianat walau tetap memaafkan orang kafir Quraisy yang diperanginya sebelum itu.

Anwar membangkitkan perkara itu dalam latar kongres yang kali pertama diadakan di Johor – kawasan yang tidak pernah dimimpikan untuk dijelajahi PKR pada pilihan raya 2008, katanya.

Namun, dengan keterbatasan pengaruh itu, PKR dan Pakatan Rakyat tetap berjaya menawan lima negeri pada 2008, katanya yang turut memberi amaran kepada golongan yang mahu mencari peluang dalam parti.

"Kalau khianat, terajang awal-awal. Jangan tolak ansur dengan pengkhianat. Kekuatan Umno hanya beli orang sebab dia ada wang. Wang apa? Wang rasuah. Kalau (semangat) kuat tak ada apa yang dapat patahkan kita.

"Kalau PKR kekal mantap, tiga parti ini (PAS-PKR-DAP) tetap bersatu, kita akan tawan Putrajaya," katanya lagi disambut tepukan para perwakilan.

Anwar bagaimanapun mengakui bahawa tindakan seorang demi seorang wakil rakyatnya yang berpaling tadah sebelum ini merupakan kesilapannya sendiri kerana salah memilih calon.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kepada anggota jentera partinya yang kelihatan terlalu "lumayan" selepas memenangi pilihan raya 2008.

"Saya setuju, ada percubaan untuk meronyeh dan merosak cita-cita ini. Ada ahli majlis nampak terlalu lumayan. Ini buka ruang untuk kita tegur.

"Saya beri ingatan, setuju dengan lontaran setiausaha agung, jangan andaikan kerana mahu ke Putrajaya kita sanggup bertolak ansur di kalangan jentera," katanya lagi.

Malah, beliau turut memberi amaran untuk tidak memberi peluang lagi kepada "orang yang tak layak" dan yang tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Terdahulu, setiausaha agung Saifuddin Nasution dalam ucapannya dengan berang menempelak wakil rakyat tertentu parti itu yang tidak dapat menghadirkan diri ke program berkenaan.

"Saya kecil hati sebab ada wakil rakyat yang tak dapat datang. Kita tak boleh jadi wakil rakyat, ahli parlimen atau apa sekalipun tanpa platform parti.

"Ada 365 hari setahun, bloklah tiga hari untuk kongres. Apa alasan tak dapat datang? Tak ada duit?

"Kalau PKR nak mulakan budaya baru, mulakan sekarang. Tak ada tempat untuk oportunis dalam parti," katanya lagi.

Khalid: Tunjukkan PKR mampu tadbir Johor
Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menawarkan formula mudah untuk PKR menawan hati pengundi Johor – tunjukkan bahawa parti itu mampu mentadbir negeri berkenaan dengan lebih baik tanpa rasuah.

Katanya, PKR tidak akan dapat meraih simpati pengundi Johor dengan hanya menghamburkan cercaan ke atas Umno.

"Kita kata dia juga penyamun penyangak itu tidak akan selesai. Kita mesti tunjukkan dalam dasar Selangor berapa peratus rakyat melayu yang mendapat (keuntungan)," katanya dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Kelapan hari ini.

Katanya lagi, rakyat juga perlu diberitahu bahawa pentadbiran yang baik masih boleh dicapai tanpa Umno.

"PKR dan Pakatan Rakyat akan menjalankan tugas itu dengan lebih baik. Saya berasaskan kepada dua prinsip – pertama kita mesti tunjukkan kepada mereka bahawa kita punya 'delivery' (penyampaian) untuk tunjukkan hasil.

"Selepas penyampaian, kita mesti buktikan kepada mereka kita boleh dipercayai. 'Anda boleh percaya kepada kita sebab kita boleh laksanakan.

"Tiga tahun sembilan bulan kita buktikan pengurusan di Selangor, kita laksanakan. Itu sebab saya berani bersalam dengan saudara sebab saya percaya pada diri saya, saya buat apa yang terbaik untuk saudara," tambahnya.

Katanya lagi, prestasi berkenaan boleh dilihat melalui belanjawan lebihan yang berjaya dirangka Pakatan Selangor, termasuk lebihan yang direkodkan oleh Menteri Besar Incorporated sebanyak RM600 juta.

"Malah saya sanggup peruntuk RM15 juta untuk nyatakan kepada Umno kalau ada kita lakukan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah, ini duitnya untuk kita bagi hadiah cari kesalahan tersebut.

""Umno takut dengan perkara ini yang tunjukkan reformasi kita. Jadi percayalah kita boleh pergi ke Johor dan kita boleh beritahu orang Johor, reformasi akan diteruskan di Johor.

"Reformasi akan lebih mantap di Johor dan kalau Johor airnya pun tak reti kira, Selangor akan tolong kira," katanya yang merujuk kepada satu perjanjian yang ditandatangani kerajaan negeri Johor untuk menswastakan harga air negeri itu.

Katanya, langkah berkenaan menyebabkan tarif air negeri Johor menjadi yang termahal di Malaysia sedangkan Selangor mampu memberi bekalan air percuma kepada rakyatnya.

"Kalau pasukan kita diberi mandat di Johor, dalam masa dua tahun, Johor akan lebih baik daripada negeri lain di semenanjung," katanya lagi.


Perwakilan: Jangan layan PSC, segerakan BERSIH 3.0
Naib ketua pemuda PKR, Azmizam Zaman Huri berkata pemimpin parti itu tidak sepatutnya melayan jatawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya kerana jawatankuasa itu dijangka tidak akan menerima tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH.

Sebaliknya, beliau menuntut supaya satu lagi perhimpunan, BERSIH 3.0 diadakan segera untuk menjamin peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

"Saya cadangkan jangan layan PSC, kita dah tahu keputusannya, mereka tak boleh layan tuntutan BERSIH.

"Kongres (AMK) dah putuskan, jalan terbaik untuk ambil alih Putrajaya untuk sedarkan pemimpin Umno-BN, suka atau tidak kita kena adakan juga perhimpunan BERSIH 3.0."

Katanya, PSC hanya akan melengahkan lapan tuntutan BERSIH untuk pilihan raya bersih dan adil dan keputusan itu hanya "akan sakitkan hati kita."

Beliau juga mendakwa, BN juga semakin giat mendaftar warga asing untuk diberikan kad pengenalan untuk membolehkan mereka dijadikan pengundi dalam pilihan raya akan datang.

"Jangan tunggu Februari, kalau boleh bulan depan kita buat (perhimpunan). Jangan buang masa," katanya lagi dalam ucapan berapi-api di Kongres Nasional PKR Kelapan hari ini.

Jika tidak, beliau mendakwa, lagi banyak warga asing dapat kad pengenalan melalui program 6P.

Tambahnya, satu lagi perhimpunan akan dijalankan di Stadium Shah Alam pada 4 Disember untuk menghantar mesej supaya pilihan raya tidak akan diadakan sebelum lapan tuntutan BERSIH ditunaikan.



Pesara: Mengapa Pakatan sukar tawan Putrajaya
Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.

ng chak ngoon complain to psc 271111Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon (kanan) yang menyifatkan dirinya sebagai
seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain.

Graf itu, kata Ng di sesi pendengaran di Kota Kinabalu semalam, digariskan mengikut jumlah pengundi kawasan pilihan raya bagi pilihan raya umum 2008.

"Semua di sebelah kiri (biru) dimenangi oleh BN, di sebelah kanan (merah) dimenangi oleh pembangkang. Kawasan pilihan raya BN sangat kecil dan kawasan pembangkang sangat besar. Jadi, apa yang berlaku di sini?"

Beliau mendakwa, ia bukan secara kebetulan yang semua orang di kawasan yang besar suka pembangkang dan semua orang di kawasan pilihan raya kecil suka BN.

NONESebaliknya, Ang mendakwa kawasan BN dipecahkan menjadi
kawasan yang lebih kecil untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka.

Menurutnya, kawasan pilihan raya yang paling kecil - Putrajaya yang diwakili BN - hanya mempunyai 6,008 pengundi - tetapi kerusi Kapar - yang dimenangi pembangkang - mempunyai 112.224 pengundi, iatu 17 kali lebih daripada Putrajaya.

"Jika kita pecahkan Kapar kepada saiz Putrajaya, anda akan mempunyai 17 ahli parlimen dari Kapar dan bukannya seorang sahaja."

Jika semua kerusi sama saiznya, kata Ng, pilihan raya umum lepas akan menyaksikan keputusan di mana BN dan Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai perbezaan tujuh kerusi di Parlimen dan bukannya 140 dan 82 seperti dalam keputusan sebenarnya.

Beliau juga menganggarkan jika sesebuah parti bergantung kepada semua kerusi kecil untuk memegang kuasa, maka ia hanya akan memerlukan 15.4 peratus daripada jumlah undi untuk membentuk majoriti di Parlimen.

Oleh itu, katanya, jka pembangkang fikir mereka boleh menawan Putrajaya, mereka boleh lupakan sahaja niat tersebut.

    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      pilihanraya yang x adil....!! umngok Be End memang penipu... dulu kini & selamanya.....!!!
    • Nor Safiq Jainuddin · Pengulas Tertinggi
      Tp adakah kehendak 112,224 sama seperti kehendak 6008 orang di putrajaya? berbaloi ke nak pecahkan 112224 orang di Kapar tu kepada 17 bahagian?
    • Abd Malik Arip · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Freelancer photographer
      dulu aku pernah bgtau kwn yg pro pakatan, dia tak caya...memang betul pa org ni kata..
  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Kalau umno tak main busuk.
    awal saja... umno hilang dibumi malaysia.
    SPR sdn Bhd mili syarikat umno ,
    JPN sdn Bhd milik syarikat umno.
    PDRM sd bhd milik syarikat umno.
    ...Lihat seterusnya..
    • Tukang Kitai
      kalau DAP xmain busuk.. dah lama lenyap kat bumi Malaysia ni... duk balik TONGSAN la...
    • Amran-dora Dora · Pengulas Tertinggi
      Tukang Kitai nak celah sikit DAP yang mana atau negeri mana punya DAP akan balik tongsan
    • Black Majesta Abu · Bekerja di NATSYS TECHNOLOGIES SDN BHD
      Tukang Kitai +BETULKAH?
    • Adnan Nan · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
      Erm..aku ras rase la..atau aku agak2 la..klu kaum cine tak berniage kat Msia yg ade cume skdr KAMPONG2 yg rumah hanye berasaskn btg kayu2,pohon buluh2 n atap daun2 rumbie.
    • Eddy Ermy Othman · Pengulas Tertinggi
      tengok la sikit komposisi kaum di putrajaya dan kampar. Ada makna ni, mungkin DAP ada niat sesuatu...
    • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
      Tukang Kitai
      standard cybertrooper umno macam budak tadika... tak perlu layan . ... bikin maluota melayu .
    • Ayoh Chik
      Tukang Kitai : kitar taik lebih baik
    • Rosli Omar · Pengulas Tertinggi · SABS Kuantan
      Tukang Kitai DAP nk main busuk mcmn sbb semua agensi yg kawal pilihanraya dlm kuasa umno.kalau nk main busuk memang tkde peluang...tk mcm umno..semua agensi kerajaan yg penting jd anak angkat.ada satu ayat utk yahudi umno..UMNO KALAU TK MENIPU BERDOSA....
    • Adnan Nan · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
      Rosli omar.itu falsafah baru tu.he..he..tepat n bertenage..ha..ha..
    • Rosli Omar · Pengulas Tertinggi · SABS Kuantan
      Adnan Nan yup falsafah yg paling sesuai utk seisi keluarga umno..dh dgr lagu baru umno..?kalau blm dgr pergi kt youtube search...lagu baru umno...mesti best lagu tu..kalau masuk muzik2 gerenti blh menang
    • Bakar Najib · Pengulas Tertinggi · SM Tun Perak Muar
      Rosli Omar . Gu like UMNGOK KALAU TAK MENIPU BERDOSA. Tepak sekali.
    • Diga Gamindal · · Pengulas Tertinggi · IBKL, UNY & UPM
      Tukang Kitai
      geng....jgn lupa lah...urang Melayu pun asal dari China...so semua balik pi Yunan lar...sebab di sanalah kg halaman asal Melayu Proto (2,500 BC) dan Melayu Deutro (1,500 BC)....
      ...jangan lupa sejarah asal-usul anda....
    • Lim Wee Foo · Pengulas Tertinggi
      Tukang Kitai , mamakhathir balik India, najib balik indonesia, muhiddyn balik jawa, indonesia..
    • Lim Wee Foo · Pengulas Tertinggi
      pergilah kawasan itu dan campaign kepada pengundi sana..ambil balik putrajaya.
    • Mohd Ayub Harun · Pengulas Tertinggi
      Barisan Neraka (BN)
      “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113). Semoga Allah melaknat ke atas BN serta sekutu2nya di atas kezaliman yang telah mereka lakukan....amin..
    • Faroway Iman · UNIDIATAS AWAN
      Tukang Kitai , xperlu la [erkauman sgt kut,, rasanya MIC, MCA dan lain2 parti kompenan perlu kekal ka bersama Parti Melayu yang Anti Tertegaknya Perundangan ISLAM ??? DAP saja ka yg patut diusir?? Bumi ini milik mereka2 yg bersama kebenaran ..
    • Soapman Soapmin · Pengulas Tertinggi
      Tukang Kitai DAP tarak main busuk ma...lu punya ketiak laaaa busuk sama cam lu punya mulut maaa.....
  • Pakngah Rock · Pengulas Tertinggi · Kuli batak di PENCARI ROTAN
    Hosni Mubarak yang memenangi 98% jumlah undi, akhirnya kecundang juga di tangan rakyat Mesir. Jika rakyat terus dibohongi dalam sistem pilihanraya, rakyat akan turun ke jalan raya sama seperti apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir.
    • Amran-dora Dora · Pengulas Tertinggi
      Pakngah rock,jom apa tunggu lagi kita sama2 gerak kan BERSIH 3 Ok tak pakngah rock
    • Tengku Utara · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Hino pilot
      Tiada Kerajaan uang kekal berkuasa jika bersifat kejam dan menindas,Hosni mubarak dan muamar gadafi adalah contoh....mungkin Najib akan menyusul pergi....
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Ya, samada dgn cara lembut ataupun kasar. Dan, samada kalah dlm pilihanraya atau dijalanraya. Rakyat malaysia dah cukup bersedia...
  • Farouk Harakiri · Pengulas Tertinggi · Ground Support Engineer Team di MAS engineering Depot Subang
    dalam byk byk ulasan dan perangkaan.. yang inilah nyang terbaik dan paling jelas sekali untuk kita semua fahami.. Bertapa cerdiknya UMNO dan SPR untuk menipu kita sebagai warga malaysia.
    Dan sebagai warga malaysia yang memerlukan perhatian wakil2nya.. apakah mampu seorang wakil rakyat untuk mewakili sejumlah ratusan ribu rakyat untuk di kawasan nya/

    kita hanya di kaburkan dengan undi hantu dan POS tetapi isu besar di sini adalah persempadanan kawasan, mari kita lihat kawasan kawasan pilihan raya di Negeri Johor, Sabah dan Sarawak..
    Mengapa di negeri2 ini kerusi parlimen nya boleh mewakili 35% keseluruhan kerusi Parlimen di negara ini?

    SPR memang celaka.
    • Muhammad Akid
      SPR - Suruhanjaya Penipuan Rakyat! Suruhanjaya Pengampu Rosmah!
    • Bravo Zulu · Kota Kinabalu
      Aku betulkan sikit statement ko farouk hahahakiririr, betulkan sebab ko kurang bijak, negeri yang yang mewakili 35% kerusi parlimen kerana wakil rakyat kawasan tersebut berjiwa rakyat dan membantu rakyat. wakil rakyat yang ada dinegeri tersebut tak perlu ditukar kerana mereka memang cemerlang. pada aku klu wakil rakyat pembangkang nak menang dinegeri tersebut mereka kena cemerlang lebih dari yang telah ditunjukkan oleh yg sedia ada. rakyat sekarang sangat bijak kerana air liur je belum mampu memberi kepercayaan. tq
    • Bakar Najib · Pengulas Tertinggi · SM Tun Perak Muar
      Bravo Zulu . Ni Pronto bercakap. Sebenarnya kau yg tidak bijak bukan Farouk. Orang Kera.....jaan ni semua otak mereka dah dipengaruhi untuk membodek. Yg bijak pandai (kau tak termasuk dlm kategori ni) dan kuat kerja dah tak penting lagi sbb orang yg kaki bodek mcm kau ni yg selalu naik pangkat. Tengok PAT kau tu. Bodoh tapi jadi gak PAT sbb dia raja bodek dlm ATM. Kau ni pasti tak baca Lapuran Ketua Audit Negara 2010. Tu lapuran kerajaan yg ada tinggal sikit integriti. Itu pun lewat 17 hari nak bentang kat Parlimen. Dah kena edit le tu. Jika tidak lebih banyak yg kita dpt baca ttg penyelewangan puak2 kau tu. Kau nak kata pemimpin kau cemerlang? Cermin muka dulu, baca lapuran Audit Negara tu dulu. Sbb tu kau ni aq kategorikan orang yg tidak bijak lagi. Kalau nak bijak baca semua maklumat dan pastikan kesahihan maklumat tu. Bukan nak bodek sana sini. Roger and out.
  • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
    Inilah sebenarnya mainan SPR dan BN selama ini, yang mana SPR akan mempersempadankan kawasan pilihanraya bila dirasakan BN akan tewas di kawasan tersebut. Saya amat setuju dengan PESARA ini.
  • Norhaizan Mahar Solehah · Pengulas Tertinggi · Pemilik di Solehah Boutique
    kerajaan pusat penipu.
    • Tengku Utara · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Hino pilot
      Kalau tak penipu bukan Be End
      .Ingat penipu ingat Be End..
    • Norhaizan Mahar Solehah · Pengulas Tertinggi · Pemilik di Solehah Boutique
      neural minda: bagi bukti????
    • Tengku Utara · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Hino pilot
      Norhaizan Mahar Solehah antaranya Isa!
    • Bakar Najib · Pengulas Tertinggi · SM Tun Perak Muar
      Norhaizan Mahar Solehah . Nak bukti UMNGOK dulu, kini, selamanya menipu. Komisen RM500juta kat syarikat RM2 kepunyaan Razak baginda yg langsung tak ada pengalaman dlm kapal selam sebagai perunding, tak menipu duit rakyat namanya. Dua badut yg meletupkan Altantuya tapi siapa yg bagi arahan tak pula ditangkap. Ingat dua badut tu suka2 nak main C4. Nak keluarkan C4 mesti dari arahan orang atasan. Siapa? Rekod Altantuya masuk ke Malaysia boleh hilang. Arahan siapa ? Semua ni bukan menipu ke? Kau ingat persempadanan kawasan pilihan raya tak menipu ke? Baca dulu kenyataan Ng Chak Ngoon kat atas tu dulu. Guna jentera kerajaan masa kempen PRK atau PRU tak menipu ke? Tengok MP/ADUN UMNGOK, kekayaan melampau mereka datang dari mana? Contoh terbaik Khair Toyo. Menteri Agama UMNGOK pun boleh buat rumah sampai RM5 juta. Itu MB dan menteri. Yg atas ats tu berapa pulak? Dari mana dpt duit banyak tu. Suruh jelas diam je. Cakap le anak bagi ke, duit simpanan ke, duit untung pelaburan ke atau ada orang sponser. Kalau diam tu menipulah namanya. Baca Lapuran Ketua Audit Negara (bukannya Laporan PKR atau Harakah atau MKini) kau akan tahu berapa banyak UMNGOK dah tipu rakya. Itu pun aq rasa dah kena edit sbb 17 hari lewat bentang. Kalau tidak lagi banyak penipuan yg dapat kita baca. Ini baru sikit je yg aq tulis. Kalau nak cakap pasal UMNGOK menipu ni, sehari suntuh nak tulis tak habis. Nak bukti lagi?
  • Leeboroy Perutboroy · Pengulas Tertinggi
    ITU TAK TERMASUK BANTUAN PENGUNDI WARGA LUAR NEGARA YANG DIBERI MYKAD... KOMPOM BE END AKAN TERUS BERKUASA... KENA CEPAT LANCARKAN BERSIH 3.0.
  • Pengundi Pas Kedah · · Pengulas Tertinggi · Sekolah Politik PAS
    PAS dok bercakap lama dah isu ni! contoh di Pendang, Kedah pun mcm tu...pengundi di Parlimen Pendang ada lebih 60,000 kalau nk dibandingkan dgn Parlimen Putrajaya tu...bermakna hampir 10 kali ganda....itu sbb bila buat persempadanan semula, kemenangan kpd umno be end selalu yg jadi perkiraan...bukannya keadilan....sbb itulah kita kata SPR ni mcm parti komponen umno.
  • Muhd Ashraf Abdullah
    ada logik.. tp ape pun pakatan kena cuba sampai berjaya.. susah dahulu senang kemudian.. biasa la hero kalah dulu..
  • Mohd Shahrul Muda
    sesiapa yg menipu mmg tidak akan berkat hidupnya...kerajaan yg menipu akn pupus jua akhirnya..

Tiada ulasan: