Selasa, 15 November 2011

LIHAT@FIKIRLAH SECARA WARAS..AGAK2 SAPE BETUL...SIASATLAH DIDUNIA...TAK TELUS ...AKHIRAT SEMUA TELUS...MEREKA KAKI SONGLAP TAK BOLEH LARI...

UKM4 gambarkan ditangkap macam drama Tamil

Bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di mahkamah menyifatkan penahanannya oleh polis semasa pilihan raya kecil tahun lalu umpama aksi drama Tamil.

NONEHilman Idham - kini pembantu kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali - berkata, ketika insiden di Hulu Selangor itu, kira-kira sepuluh individu yang tidak dikenalinya, tiba-tiba tampil mencekupnya sewaktu ingin beredar dari sebuah kedai makan.

Menceritakan detik itu, Hilman berkata, beliau sedang beredar bagi mencari jalan membantu dua lagi rakannya - Ismail Aminuddin dan Woon King Chai - yang sudah ditahan polis semasa sekatan jalan raya.

"Ini cerita macam drama tamil. Di kedai makan tu, tengah saya minum, Ismail SMS saya beritahu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dah datang. (Dia kata) macam mana ni. Ismail dah (risau). Saya kata, tak apalah, saya cari jalan macam mana nak tolong. Saya telefon peguam untuk bantu.

"Bila saya bangun dari tempat itu, kedai makan ini penuh (dengan pelanggan). Saya ini sudah pesan makanan. Air dah sampai, makan belum. Saya kata, tak boleh ini, kawan-kawan sudah kena tangkap ni, kita cari jalan macam mana nak bantu.

"(Saya cakap) kita keluar daripada situ sekarang. Kita batal (pesanan) makan, saya habiskan minuman saya, separuh sahaja. Saya bangun. Bila saya bangun, satu kedai, bangun tangkap saya. Saya rasa dalam lingkungan 10 hingga 12 orang," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Ditahan kali kedua

Selepas dibebaskan dengan jaminan, Hilman berkata beliau mengarahkan tiga lagi rakannya pulang sebelum beliau datang semula mengambil van pada keesokkan hari.

NONENamun, pada keesokannya, Hilman sekali lagi ditahan buat kali kedua. Ia berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang bersama pensyarahnya yang mahu membuat analisis pilihan raya itu.

Tindakan itu, dakwanya mencetuskan kemarahannya kerana undang-undang dan perlembagan negara menjamin hak individu untuk berada di mana sahaja.

Susulan ditahan, mereka dihadapkan ke mahkamah universiti kerana didakwa berkempen semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Bagaimanapun selepas beberapa kali penangguhan prosiding, mahkamah universiti akhirnya memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan pada Julai lalu.

NONESementara Woon - kini bergiat sebagai pembantu kepada anggota parlimen MCA - yang hadir bersama Hilman turut ketawa mendengar semula kisah penahanan rakannya itu pada 22 April tahun lalu itu.

Menyambung kisahnya, Hilman berkata, ketika itu bukan sahaja beliau mahu menemui dua rakannya yang ditahan, tetapi pegawai KPT juga mencarinya sejurus sahaja turun daripada kereta.

"Hah, (pegawai KPT bertanya) mana Hilman? (Saya soal kembali) Hilman? (Saya) tak tahu," celah Woon sambil memberitahu pegawai itu tidak percaya dengan jawapan itu.

Hilman mengandaikan mungkin terdapat operasi bersepadu Hal Ehwal Pelajar (HEP) semua universiti bagi memantau pelajar di sana.

Ini kerana, tambahnya, sebuah kereta Wira berwarna hitam tertulis "bahagian keselamatan Universiti Malaya" (UM) dilihat di kawasan berdekatan.

Sekatan polis

Bagi Woon pula, beliau tidak menjangkakan kali pertama menjejakkan kaki di Hulu Selangor dengan van sewa akan menyebabkannya ditahan polis.

hulu selangor by election bottle throwing incident 170410 03"(Oleh) kerana kami bertiga tidak tahu tempat, tak tahu nak pergi mana. Hilman pun ajak seorang kawan dia untuk menjadi tukang tunjuk (jalan). Selepas (kami) datang dengan van, dia datang dengan kereta dia, penuh dengan risalah politik, sebab pemuda ini dah duduk lama di sana (untuk) berkempen.

"Jadi, kita minta Hilman dengan Azlin, pergi ke kereta dia. Takkan kita berempat nak ikut daripada belakang, tak sopanlah. Jadi, dia pun pindahkah risalah yang berbalut ke dalam belakang van kami. Dan Hilman dan Azlin tumpanglah kereta dia. Dia pun jalan.

"Jalan, jalan, sampai kepada sekatan polis, kereta dia lepas, van kami ditahan. Jadi, polis pun tanyalah, mana kad matriks. Dan kami pun tanya (balik), kad matriks apa? Tak ada, mana ada. Lepas tu kami pun bekerjasama dengan polis. Dia (polis) pun ambil kad pengenalan kami, ambil maklumat lengkap. Dia (polis) tahan kami lama, di tepi jalan," katanya.

NONEMenurut Woon lagi, selepas 40 minit ditahan, pegawai UKM yang datang dengan beberapa buah kereta - didakwa bersama penolong pendaftar dan dan pegawai keselamatan - muncul dan mahu mereka ditahan kerana pelajar universiti "tak patut berada di situ".

"Jadi polis pun tengoklah, OK. Dia pun kata, dia nak tengok van. Dia pun buka van, periksa beg kami (dan) jumpa risalah. Dia kata, kenapa ada risalah politik ini. Kamu datang berkempen ke? Kami kata tidak, ini bukan benda kami.

"Lepas tu, langsung saya hubungi kawan kami yang datang buat tunjuk (arah), untuk sahkah benda (risalah) ini dia punya. Dia tumpangkan sahaja," katanya sambil menambah mereka kemudiannya dibawa ke balai polis selepas berbincang dan mengambil gambar.

Susulan itu, Woon menghubungi peguam Latheefa Koya untuk mendapat nasihat sehingga mereka menyedari bahawa penahanan mereka atas alasan tidak menyerahkan kad pengenalan.

Pakar: 'Cara Dr M' boleh elak campurtangan istana
ADUN Pakatan Rakyat Selangor boleh menggunakan peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri, yang dikenali sebagai "formula Mahathir", bagi membendung dakwaan campurtangan Sultan - yang menitahkan supaya mereka meluluskan satu rang undang-undang - yang bercanggahan dengan prinsip integriti, kata pensyarah undang-undang Prof Abdul Aziz Bari.

NONE"Pakatan sepatutnya berbincang dengan pihak luar. Jika mereka melakukannya, rang undang-undang itu tidak akan dilululuskan.

"Sekarang, ia adalah fait accompli, ADUN terbabit hanya boleh menyalahkan diri mereka sendiri, tetapi ia boleh menjadi pengajaran kepada pihak lain," kata pakar perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang banyak menulis tentang peranan institusi diraja.

Menurut Abdul Aziz, "formula Mahahthir" itu merupakan peruntukan, di peringkat pusat dan undang-undang tubuh negeri, yang dimasukkan dalam perlembagaan oleh pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1994 untuk membelakangkan pihak istana dalam penggubalan undang-undang.

"Secara tekninal, seseorang boleh berhujah bahawa ia tidak sah - atau menyalahi perlembagaan - kerana dibuat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, seperti keperluan dalam Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, tetapi itu perkara lain.
K'jaan dibidas, berbelanja sebelum Bajet dilulus
Kementerian Pelajaran dibidas oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana mengedarkan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah yang disenaraikan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan Bajet 2012 yang belum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

NONE"Rang undang-undang masih dibahaskan di Dewan. Bagaimana wang boleh dibelanjakan sebelum peruntukan itu diluluskan?” soal M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) kepada timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee.

Kulasegaran menimbulkan perkara itu mengikut Peraturan Tetap 66(4), yang memperincikan butiran sebelum rang undang-undan pembekalan itu akan menjadi bajet perbelanjaan kerajaan.

Bagaiamanapun, Kiandee menolak perkara itu dengan alasan ia bukan di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat dan peraturan tetapnya.

"Ini tiada kaitan dengan Dewan. Ini urusan kementerian. Mereka sepatutnya tahu apa yang mereka lakukan.

"Saya hanya boleh memantau peraturan tetap yang berkaitan perjalanan Dewan. Ini isu luar, tidak peraturan tetap yang dicabuli,” katanya lagi.

Bantuan persekolahan RM100 itu masih disenaraikan sebagai perbelanjaan dan sedang didebatkan bagi cadangan rang undang-undang Bajet 2012.

azlanBagaimanapun, Khamis lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata wang bantuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu yang akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011. Bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan.
"Mengikut Seskyen 11(2A) dan (2B) Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, rang undang-undang akan menjadi undang-undang dalam 30 hari, dengan atau tanpa tandatangan Sultan," katanya ketika dihubungi.


SPRM serah siasatan projek Fidlot pada polis

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kes projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil untuk disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut suruhanjaya itu, keputusan itu dibuat setelah merujuk kepada bahagian perundangan dan pendakwaannya yang mengaklasifikasikan aduan yang diterima bawah kesalahan Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak PDRM," kenyataan itu dipetik.

"Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM (Akta Pencegahan Pencegahan Rasuah Malaysia) 2009."

Kenyataan itu juga memaklumkan, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada pengadu yang bersetuju dengan tindakan itu.

NONESementara itu, NGO Jingga 13 sebagai pengadunya berkata, mereka dimaklumkan kes itu akan disiasat bawah Seksyen 409 melibatkan kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekhidmat awam.

"Jingga 13 meminta agar pihak PDRM mengambil sikap telus dan profesional serta segera menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes berprofil tinggi ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah dipecah amanah tanpa rasa bersalah; dan bertanggungjawab melakukan jenayah dan mengkhianati rakyat Malaysia," kata Penyelarasnya Fariz.

Pengadu: Prasangka berlarutan

NGO yang dikaitkan dengan PKR itu pada 11 November membuat laporan pada SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk membeli kondominium mewah RM9.8 juta One Menerung di Bangsar, Kuala Lumpur.

Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) digunakan untuk pembelian seunit projek berprestij itu.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu merupakan penyelewengan dan bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Menurut seksyen itu, penjawat awam atau agen yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan dengan hukuman sebatan dan denda.

azlanDalam kenyataannya hari ini, Fariz juga mengucapkan terima kasih atas komitmen SPRM yang bertindak profesional terhadap aduan pihaknya.

Sementara itu, Setiausaha Jingga 13 Sharifuddin Shafi Muhammad pula mendesak Shahrizat meletakkan jawatan kerana penglibatan keluarganya didakwa "mendatangkan prasangka yang berlarutan".

Malah, katanya, "pendedahan lengkap" beberapa pemimpin PKR gagal dijawab dengan fakta oleh menteri yang didakwa bersikap berdolak dalik.

"Jingga 13 juga benar-benar amat hairan sehingga kini seluruh ahli Wanita Umno terus membisu dengan skandal NFC yang melibatkan ketuanya," katanya.


Kerja 9 jam: Guru bukan tikus putih
Pemuda PAS mendesak kerajaan membatalkan projek perintis sistem waktu bekerja sembilan jam bagi guru sekolah kerana ia didakwa "tidak wajar" dan "tidak munasabah".

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, langkah itu bukan sahaja membazir, malah guru juga tidak boleh dijadikan "tikus makmal" dalam sistem pendidikan negara.

"Bahkan, banyak perkara berlaku dalam alam perguruan di luar daripada silibus pembelajaran (kendalian) mereka, justeru mengapa mereka perlu dibebankan dengan kajian perintis seperti ini?" kata Riduan.

Warga pendidik juga, tambah Riduan, terpaksa hadir ke program kokurikulum, sukan tahunan, aktiviti riadah di luar darjah, lawatan sambil belajar dan kursus wajib yang mesti diikuti.

"Bagaimana pula kerajaan boleh melahirkan murid yang cemerlang jika guru yang mengajar pelajar sering letih, lesu dan hilang semangat kerana perlu memenuhi masa bekerja seperti tenaga profesional yang lain?" soalnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan juga berkata, suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah menyebabkan banyak perkara memerlukan inisiatif sendiri kumpulan itu, termasuk mengeluarkan duit kocek sendiri.

PAS Sarawak cadang ikut masa pekerja biasa

wee ka siongTimbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong kelmarin dilaporkan berharap guru di empat negeri terlibat - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - tidak risau kerana kerajaan hanya membuat percubaan.

Sambil menegaskan ia bukan kata putus, Wee berkata, apabila projek rintis itu meyakinkan dan kesimpulan konkrit dibuat, barulah ia akan diperluas ke seluruh negara.

Projek yang akan dilaksanakan mulai Januari depan di empat negeri terbabit berasaskan kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

sarawak pas deputy commissioner iii jofri jaraieeSementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee (kanan) berkata, lebih baik kerajaan melaksanakan sistem waktu kerja guru seperti pekerja biasa antara jam 8 pagi hingga 5 petang, dengan lima hari bekerja dan dua hari cuti.

Katanya, melalui sistem itu, tugas harian boleh diselesaikan di pejabat dan pelajar juga boleh terus menyelesaikan tugasan harian di sekolah tanpa perlu dibawa balik ke rumah.

"Bagaimanapun, ini adalah tugas Kementerian Pelajaran untuk membuat kajian sepenuhnya agar semua pihak berpuas hati terhadap sebarang cadangan yang telah dikemukakan," katanya.


Dakwaan ditangkap khalwat: MB buat laporan polis
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah kononnya beliau ditangkap khalwat.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Wan Ahmad Nizam Wan Hakim di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 3.35 petang.

terengganu ahmad said and state assembly 130509"Saya diarah untuk membuat laporan polis berhubung fitnah itu, dan bersama ini saya serahkan bahan cetak fitnah tersebut (kepada polis) bagi membantu siasatan," kata Wan Ahmad Nizam kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Katanya pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu yang melakukan perbuatan memfitnah itu.

Sebelum ini, Ahmad berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau kononnya ditangkap khalwat.

- Bernama


PKR: Kondo mewah NFC mungkin tak bawa untung
Pembelian kondominium berharga RM10 juta seunit oleh anak syarikat projek penternakan lembut, Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) adalah perbelanjaan tidak berhemat khususnya ketika pasaran hartanah mewah yang mengalami trend penurunan, kata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli.

NONEBercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata hujah yang dikemukakan adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik.

Memetik statistik oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH), beliau berkata bahawa terdapat 66,328 unit kondominium mewah di negara ini yang masih belum dijual.

"Pasaran hartanah mewah, terutamanya bagi kondominium mewah seperti yang dibeli oleh NFC, dijangka akan mengalami penurunan harga dari tahun 2010 dan tahun-tahun akan datang," kata Rafizi (kiri), seorang akauntan bertauliah yang pernah berkhidmat sebagai pengurus kanan di syarikat petroleum negara, Petronas.

"Ini satu keputusan yang gila. Saya tidak mempunyai kata-kata (untuk menghuraikannya) - jarang dibuat, tidak pernah didengari, malah pelik untuk melabur dalam kondominium mewah sebagai pelaburan jangka pendek terutamanya ketika pasaran yang lembap.

NONE"Mungkin syarikat-syarikat pelaburan hartanah atau syarikat induk tertentu melakukannya tetapi ia sudah pasti sesuatu yang ganjil, apa lagi pelaburan yang dilakukan oleh sebuah syarikat penternakan lembu,” katanya.

Rafizi mengulas kenyataan ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar.

Menurut Khairy, pembelian kondominium itu dibuat supaya syarikat itu mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembunya mengalami kelewatan operasi.

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

NONE"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

Bagi, Rafizi, wang tunai berlebihan itu sepatutnya digunakan untuk pelaburan mudah tunai seperti pasaran ekuiti ataupun dalam simpanan tetatp jangka pendek dan bukannya dalam pelaburan hartanah.
Dakwaan penyelewengan bermotif politik, kata menteri
Dakwaan berlaku penyelewengan dalam projek pembangunan luar bandar di Sabah yang melibatkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah adalah tidak benar dan bermotifkan politik, kata menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

NONEBeliau berkata semua projek melibatkan kementerian itu yang dibuat secara tender terbuka dan dibida ribuan syarikat termasuk dari Semenanjung, perlu melalui pelbagai peringkat tapisan membabitkan Kementerian Kewangan, Jabatan Kerja Raya, wakil kerajaan di peringkat negeri termasuk kementeriannya sendiri.

Katanya, kementerian melalui jawatankuasa khas yang melibatkan wakil pihak berkenaan, menetapkan kriteria tertentu dan pembida terendah tidak semestinya ditawarkan tender projek.

"Contohnya, sesuatu projek mungkin menelan kos RM100 juta, jika ada syarikat membida RM20 juta, cuba anda bayangkan bolehkah mereka melaksanakan projek yang bernilai RM100 juta itu hanya kerana mereka pembida terendah. Adakah kami terpaksa akur dan memberikannya kepada syarikat itu?" katanya kepada pemberita.

NONEBeliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik ahli parlimen Kota Kinabalu DAP Dr Hiew King Cheu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan luar bandar di Sabah, yang diberikan menerusi kementerian itu.

Mohd Shafie berkata beliau yakin pihak yang membuat dakwaan itu sedar akan prosedur dan keperluan yang perlu dipenuhi kementeriannya berhubung projek tersebut, namun mereka ingin meraih perhatian politik.

Beliau berkata kelulusan akhir yang dipersetujui jawatankuasa itu akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan sebelum kata putus berhubung pemberian kontrak dimuktamadkan.

"Maksudnya di sini ada peringkatan dalam kelulusan, jadi tidak bermakna keputusan akhir dibuat oleh kementerian atau jawatankuasa itu sendiri kerana ia melibatkan lain-lain kementerian dan juga pihak kerajaan negeri," katanya.

Dalam laporan itu, Hiew mendakwa penyelewengan tersebut membabitkan 49 projek, yang merupakan sebahagian daripada 209 projek pembangunan luar bandar yang diberikan kementerian berkenaan untuk dilaksanakan bagi tempoh 2011 dan 2012.

- Bernama

Tiada ulasan: