Selasa, 1 November 2011

JANGAN HERAN MEREKA MENENTANG..PERTIKAI HUDUD SEBAB MEREKA TAK BERIMAN..JANGAN BERIMAN MENENTANG HUDUD...ROSAK.IMAN

Projek feedlot RM73j diakui untuk keluarga Shahrizat
Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet.

Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NONENamun, Noh (kanan) menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan.

"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu.

Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.

"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya.

Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd.

"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu.

Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan.

Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain.

Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.

Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta.

Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.



Mat rempit dakwa KM Pulau Pinang rasis

Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.

NONEKumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Topi kaledar

Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.

NONEAdalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri melalui Jalan Street Light.

Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.

Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan “Guan Eng tipu Melayu” tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab.

NONEKetua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka.

"Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan.

Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Kata Gan, selain Sabaruddin, empat individu lain ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil.

Hudud: PAS dakwa presiden MCA ceroboh dasar Islam
PAS mengecam tindakan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang didakwa menceroboh dasar Islam dan melampaui batas susila bermasyarakat yang menghormati antara agama, melalui komennya tentang hukum hudud.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara.

"Namun PAS kesal sikap campur tangan melampau beliau (Chua) akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (atas).

Chua pada 29 Oktober lalu dilaporkan berkata, hasrat PAS melaksanakan hudud akan memberi kesan besar terhadap pelaburan langsung asing dan kedatangan pelancong.

Katanya, kecuali negara yang kaya dengan sumber asli, pelaksanaan hudud menyebabkan mereka terbelakang, lapor The Star.

chua soi lekBercakap kepada pemberita di sebuah tokong di Johor Bahru, Chua (kanan) juga dilaporkan mendakwa masyarakat bukan Islam akan turut terjejas daripada segi ekonomi dan pendidikan.

Dalam kenyataannya hari ini, mengambil contoh Arab Saudi, Tuan Ibrahim berkata, pengalaman negara itu melaksanakan hudud menunjukkan hasil berbeza dengan andaian Chua apabila berjaya menjadi rakan pelabur utama China dan Barat.

"Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam," katanya.

Jingga 13 lapor polis

Bagaimanapun, menurut Tuan Ibrahim lagi, kenyataan Chua hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA.

"Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam," dakwanya.

jingga 13 police report mca president chua soi lek hudud 311011Sementara itu, NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat Jingga 13 hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Chua itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira 2.30 petang ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, Ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa menyifatkan kenyataan presiden MCA itu sebagai "biadap" dan didakwa mempertikaikan hukum Islam.

"Chua Soi Lek perlu bertanggungjawab dan beliau harus memohon maaf kerana kenyataannya (dikhuatiri) boleh menggugat kestabilan dan keharmonian agama di negara ini," katanya.

Manakala itu, dalam kenyataan yang diedarkan, NGO itu mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung lesen penerbitan The Star kerana menyiarkan kenyataan Chua.

Warga Malaysia luar negara fail saman ke atas SPR
Sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi.

Keenam-enam mereka yang bekerja di United Kingdom memohon untuk didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya ke-13 akan datang.

Sebaliknya, SPR hanya mendaftarkan mereka sebagai pengundi biasa yang mesti kembali ke negara untuk membuang undi secara fizikal.

Antara ‘litigant’ itu, Dr Teo Hoon Seong dalam dalam kenyataan medianya berkata hak untuk mengundi adalah asas bagi demokrasi.

“Menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan setiap warga negara diberi layanan adil mengikut undang-undang yang membenarkan mereka melaksanakan hak berkenaan,” katanya.


Wakil BN persoal 'kejayaan' P Pinang kurangkan hutang

Penduduk Pulau Pinang perlu diberitahu bahawa “kejayaan” kerajaan negeri mengurangkan hutangnya daripada RM630 juta kepada hampir RM30 juta adalah kerana pemindahan milik secara pajakan aset air kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) dan bukannya secara tunai, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

NONE"Saya tertanya-tanya kalau dalam tempoh tiga setengah tahun boleh bayar hutang RM600 juta, banyak mana (wang) yang telah dikumpulkan oleh kerajaan negeri?” kata Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012 bagi negeri itu.

Isnin lalu, ketika membentangkan rang undang-undang berkenaan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berhutang sebanyak RM630.13 juta pada Mac 2008 tetapi sehingga September tahun ini, jumlah hutang telah berkurangan kepada RM29.66 juta disebabkan antara lain penghijrahan aset air kepada PAAB melalui perjanjian yang ditandatangani pada 2 Jun lepas.

Dalam perbahasannya, Azhar yang juga ketua pembangkang di dewan itu, meminta kerajaan negeri menjelaskan mengapa sejak pakatan DAP, PKR dan Pas memerintah Pulau Pinang tahun 2008, tiada rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan negeri.

"Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) buat apa? Ini untuk kepentingan rakyat. Perkara ini dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara,” katanya.

- Bernama


Ridhuan Tee: Tolak ansur akan 'ditolak beransur-ansur'
Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Dr Ridhuan Tee Abdullah menegaskan perlu ada penegasan dalam melaksanakan Islam, termasuk dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

azlan"Tidak boleh terlalu bertolak ansur kerana, jika tidak, kita akan ditolak secara beransur-ansur," kata penceramah terkenal itu.

Katanya, jika perkara itu dibiarkan, orang Melayu dan Islam yang dilindungi perlembagaan akan diratah dan dimamah oleh "gerakan hak asasi manusia" yang diibaratkannya sebagai "wabak komunis".

"Percayalah, jika orang bukan Islam, sudah lembut dengan Islam, sudah tentu persepsi mereka terhadap Islam sudah mula kendur. Ini tidak, sebut sahaja Islam, akan ditentang daripada pelbagai sudut, sedangkan Islam tidak bersangkut-paut pun dengan mereka.

"Lebih-lebih lagi, kita tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal agama mereka. Kenapa mereka begitu berani? Pasti ada gerakan lain di sebalik keberanian ini," tulis Ridhuan dalam blognya yang mengulas isu pelaksanaan hudud yang cuba dilaksanakan Kelantan.

NONEMantan ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor (kanan) dilapor memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."

Menyokong kenyataan Rahim itu, Ridhuan mendakwa ramai yang berselindung di sebalik gerakan itu melalui "perancangan jahat" untuk menghapus dan melunturkan kesucian agama Islam.

"Jika gerakan ini tidak dibendung, tidak mustahil nanti ia akan merosakkan sesebuah peradaban sesuatu bangsa dan negara, terutama negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu ini. Gerakan ini sedang berlaku di Malaysia.

"Atas nama kebebasan, mereka mahukan kita mengiktiraf apa jua yang dirasakan sesuai dengan cita rasa dan keseronokan manusia, termasuklah memurtadkan Melayu Islam yang dilindungi oleh perlembagaan," coretnya lagi.

Karpal: Penjenayah bebas di bawah hukum hudud
Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud .

Karpal, seorang peguam yang berpenfgalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.

NONEKatanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.

Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.

"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi.

NGO Islam gesa Pahang halang konsert 'gay'
NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pahang menuntut kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap bantahan pelbagai pihak terhadap konsert rock Elton John di Genting Highlands bulan depan.

Yang Dipertuanya Rushdan Abdul Halim berkata, konsert itu akan memberi kesan kepada sosiobudaya masyarakat setempat, terutama remaja Melayu Muslim.

NONE“Seseorang yang telah menjadi ikon kepada golongan gay atau homoseksual yang sememangnya bertentangan dengan Islam dan nilai murni masyarakat bertamadun tidak harus dibenarkan untuk membuat pertunjukan konsert di negara ini kerana ia akan menjadi ikutan atau idola kepada remaja yang kini dilaporkan menghadapi krisis kecelaruan identiti yang membimbangkan,” katanya.

Agensi berita antarabangsa AFP pada 25 Oktober lalu melaporkan, seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert yagn dijadual pada 22 November ini kerana didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Pendirian itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya oleh bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menasihatkan supaya parti Islam itu tidak meniru pendekatan kumpulan Taliban.

Pemuda MCA mendakwa Pemuda PAS mempolitikkan aktiviti sosial dan bakal menjejaskan sektor pelancongan di negara ini.

Gaya hidup songsang

Manakala Setiausaha agung MCA Chai Kim Sen (bawah) pula berkata, PAS tidak henti-henti menimbulkan masalah dengan memberikan kenyataan yang tidak masuk akal.

Dalam kenyataannya hari ini, Rushdan berkata, oleh kerana Genting Highlands berada dalam negeri Pahang, sudah pasti pihak berkuasa negeri mempunyai kuasa untuk menghalangnya daripada berlangsung.

“Sebagai umat Islam azlanyang bertanggungjawab, kita tidak seharusnya bimbang kepada kebebasan bukan Muslim kerana majoriti bukan Muslim yang berpegang kepada agama dan nilai murni manusia bertamadun juga tidak akan suka muda mudi mereka terpengaruh dengan cara hidup gay dan mereka hidup dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama negara, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menurut beliau, kebebasan beragama kepada bukan Islam yang digariskan perlembagaan berkaitan upacara atau amalan agama, tetapi bukan cara hidup songsang yang mengenetepikan semua nilai agama.

Beliau berkata, ISMA menuntut supaya konsert tersebut dinilai semula dan diambil tindakan sewajarnya kerana ia telah berulang dua kali selepas persembahan artis antarabangsa Adam Lambert tahun lalu.

“Konsert yang dirancang daripada kumpulan artis gay ini menunjukkan seolah-olah ada pihak tertentu ingin membuat promosi gaya hidup songsang (gay) mereka ke negara Malaysia,” kata Rushdan.

Pairin: PATI di Sabah ibarat 'pekung perlu dibedah'
Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah umpama satu 'pekung' dalam badan 1Malaysia yang perlu dibedah, diubati dan dibuang, kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata ini kerana masalah itu masih lagi kekal dalam pemikiran rakyat Sabah walaupun sudah banyak langkah dan tindakan yang dirancang dan dibuat oleh pihak kerajaan termasuk Program 6P di Semenanjung dan 5P di negeri ini.

NONE"Kita mengharapkan program-program ini akan terus dilaksanakan dan berjaya. Ini kerana kita sedia maklum dengan keadaan yang kita terima daripada pentadbir-pentadbir yang lalu.

"Laporan dan tafsiran bahawa jika masalah kehadiran PATI tidak diselesaikan dengan betul, ia mungkin terus menjejaskan keselamatan dan ketenteraman kedaulatan negara dan mengancam keselamatan rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Tahunan PBS yang Ke-26 di Dewan KDCA, di Penampang, semalam.

Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Salleh Said Keruak dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata PBS menyokong semua usaha kerajaan selama ini untuk menangani masalah PATI termasuklah penggunaan sistem biometrik.

"Tetapi dengan laporan adanya 'Projek IC' daripada pelbagai sumber, rakyat tempatan masih menunggu maklum balas daripada kerajaan atas permohonan daripada beberapa parti komponen BN, termasuk PBS supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membuat penyelesaian muktamad ke atas masalah ini," katanya.

Sehubungan itu, PBS meminta supaya penubuhan suruhanjaya itu dapat dilaksanakan pada tahun 2012.

Pairin juga berharap isu-isu lain termasuk peluang pekerjaan, royalti minyak, perkongsian kuasa dan peluang kontraktor dari Sabah diberi perhatian.

Beliau berkata isu-isu itu perlu didengar dan diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Pairin berkata PBS turut menyokong penuh saranan Timbalan Perdana Menteri yang menyeru semua bekerja keras dan sebagai satu pasukan, untuk memastikan kemenangan BN dengan lebih cemerlang pada pilihan raya akan datang.

- Bernama

Isu cabul: Laporan polis dibuat pada portal Umno

Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini membuat laporan polis terhadap laman web Umno kerana didakwa memetik laporan palsu dan memfitnah majikannya.

Zairil Khir Johari berkata, sehingga hari ini, terdapat sembilan laporan dimuatkan dalam Umno-Online yang mendakwa anak Lim mencabul seorang pelajar perempuan dan beliau dikatakan membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar itu.
NONE
"Yang paling teruk sekali, laporan-laporan tersebut terus disiarkan dan dimainkan dengan semberono walaupun bukti sudah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk membidas tuduhan-tuduhan yang liar itu," katanya.

Sebelum ini, beberapa penulis blog pro-Umno mendakwa anak remaja Lim mencabul kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan sekolah.

Dalam kenyataan hari ini, gadis yang dituduh Anya Ann Corke, pemain catur terkemuka, Lim dan pengetua sekolah berkenaan menafikan kejadian itu.

NONEBeliau juga mendakwa laman itu memetik "laporan palsu" yang didakwa disiarkan oleh akhbar Cina Guang Ming Daily berhubung perkara itu.

Sembilan laporan berkaitan dimuatkan antara 18 hingga 28 Oktober lalu.

Justeru, beliau berpendapat, Umno-Online melakukan kesalahan jenayah bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Hubungan komunis: Umno hipokrit, kata Mahfuz
Ahli parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan Umno yang membuat perjanjian persefahaman dengan kerajaan komunis China tetapi membangkitkan sentimen untuk mengaitkan pembangkang dengan komunisme.

NONEMahfuz (kanan) berkata, Umno bertindak “hipokrit” dengan bertindak demikian walhal parti itu membuat hubungan dengan Parti Komunis China yang didakwa banyak menyokong Parti Komunis Malaya sebelum ini.

"Sesiapa yang cuba angkat perjuangan komunis dianggap pengkhianat sedangkan dalam masa sama Umno jalinkan hubungan dengan komunis China.

"Banyak pemimpin Parti Komunis Malaya ini telahpun berhijrah ke China dan dapat perlindungan di China. Jadi apa perlu Umno adakan hubungan tersebut?

"Inilah hipokrasi politik umno dalam isu Mat Indera (bawah) yang kaitkan (pembangkang) dengan komunis, sedangkan perbincangan kami adalah untuk memperbetulkan sejarah," kata Mhafuz lagi dalam sidang media di parlimen hari ini.

mat inderaBeliau mengulas perkara itu kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan timbalan menteri luar negeri di Dewan Rakyat sebelum itu.

Dalam soalannya, Mahfuz bertanya sama ada kerajaan maklum bahawa memorandum persefahaman yang ditandangani Umno pada Ogos lalu itu dibuat dengan parti komunis "yang bekal senjata kepada Parti Komunis Malaya dan mungkin juga bunuh polis Bukit Kepong?"

Dalam jawapannya, timbalan menteri dalam negeri, Datuk Richard Riot sekadar berkata China kini berbeza kerana mengamalkan dasar pintu terbuka.

"Dulu (tafsiran negara) komunis adalah ideologi guna pintu tertutup, tapi sekarang komunis pun dah buka negara mereka," katanya lagi.

Maka, tidak timbul masalah untuk membuat hubungan dengan negara berkenaan, kata ahli parlimen Serian itu lagi.

  • Mohd Rejab Ahmad · · Pengulas Tertinggi · ICTC
    TS Abdullah Ahmad, TS A Samad Ismai dan Datuk Abdullah Majid-tiga orang kuat UMNO satu ketika dulu pernah dilabelkan sebagai komunis disebabkan tidak sealiran dengan pemerentah pada ketika itu.Label ini dihapuskan sebaik sahaja Tun M naik sebagai PM.Inilah contoh justifikasi komunis pada BN.
  • Gohhoe Hoe · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Kerajaaan BN , kerajaan yang pragmatic membuat segala yang baik untuk Negara dan Rakyat. Negara kita bukanlah satu system yang tertutup , hubungan kita dengan Negara luar adalah kerana kita bergantung besar kepada perdangangan antarabangsa.

    Tun Razak seorang yang berpandangan jaul , keberanian untuk mengambil langkah pertama mendirikan hubungan diplomatic dengan RRC telah banyak membawa perubahan positif untuk Negara , rantau ini dan dunia.

    DSAI tak setanding , kawan baik nya Cuma Turki , Philipine, AS dan setengah Negara Asia Barat , kata kata bahawa dia disukai ramai tak betul berapa kai dia kunjung ke China , Thailand , Mymar , Viennan , Kemboja , Korea Utara , dan Cuba selepas 2002. Apa yang MP Pokok Sena bentangkan tak relevan sekali
    • Raja Mohd Shahrim · Pengulas Tertinggi
      Bro Goh.. inilah permainan politik, pemimpin selalu cakap lain buat lain, komunis perlu bagi mengimbangi kuasa barat, pokok sena pun betul sebab berhujah dgn fakta..
    • Topi Hijau · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      yang d maksud kan adalah jalinan kerjasama MoU antara
      UMNO dan Parti Komunis China ye... bukan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China....jngan tertipu dngan auta dari puak2 umno ni
    • Sepat Laut · Pengulas Tertinggi · University of Nottingham
      Kenapa hamPAS tibe2 berminat sangat nak membela komunis yang kejam ni? Sebabnya PAShit ni dah jadi kuda tungangan DAPig. DAPig x payah bukak mulut pon nak hidupkan komunis ni sebab setan2 PAShit dah ke depan dulu. hidup FUCKatan!!!!
    • Shah Rukh Din · Top Commenter · Works at PMB Pensioner now join RTM
      bro goh..isunya skrg ttg sikap hipokrit umno/bn...senang2 tuduh yg xsehaluan dgn mrk sbg komunis..tp dlm senyap mrk jalin hubungan dgn PARTI KOMUNIS CHINA...inilah perangai hipokrit umno/bn......nk komen fahamkan isu dulu la bro.....
    • Ahmad Hj Saad Ahmad · Top Commenter
      Sepat Laut biar lah apa org pakatan nak komen apa pun...PRU 13 nanti pakatan akan kalah gak...sebab rakyat dah pakat nak jatuhkan pakatan kelaut..dan terima je lah seadanya nanti...rasa tak suka pindah dari Malaysia hu hu hu
    • Topi Hijau · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
      Sepat Laut : ko ni paham ke tak ? sape yg bela komunis ? kan umno yg berMoU ngan parti Komunis....ke ko ni demam lagi
    • Ahmadzavroski Zavroski · Top Commenter · Dungun, Terengganu, Malaysia
      Sepat Laut Umngok sume betulkan..Umngok banyak tolong melayukn dan Umngoklah yang buat ko jadi bacul dan penakut....
    • Mrvan Long
      Sepat Laut ada lg binatang ini ingatkan dah mampus1!!!!!!!!!!!!!
    • Rizman Zainal · Top Commenter
      Sepat Laut kalau setakat nak komen maki2 tu tak payah le. Menunjukkan kebodohan sendiri je. Nak komen pun biar lah dgn hujah. Malu je bukan diri sendiri malah UMNO gak coz ada penyokong yg dangkal dan bengal mcm awk.
    • Sepat Laut · Top Commenter · University of Nottingham
      Topi Hijau hahaha. korang dengar la si mampos ni kencing korang. Padahal kerajaan buat hubungan dengan kerajaan china untuk tarik pelabor. Supaya anak2 malaysia ni ade keje, boleh bagi anak bini makan. Bukan die buat mou nak amik pahaman tak bertuhan negara china tu sengal. Bukan yang macam abang mat babu korang buat tu.Menyokong komunis x tentu arah ikut telunjuk DAPig. itu namanya anjing tunggangan DAPig.
    • Azura Manja · Top Commenter · Works at UNEMPLOYED!!!!!
      Sesiapa yang nak mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan mana-mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya. - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man..:)
    • Ariff Wan · Top Commenter · Works at Bekerja sendiri
      Sepat Laut ...Komonis lg baik dr UMNO....UMNO pengecut....
  • Veruk Umno · · Sekolah Menengah Perempuan Bukit Kuda Klang
    dulu komunis china tertutup kini terbuka! sama juga israel! dulu tertutup kini terbuka setelah APCO menjadi penasihat umno/bn 1malaysia! semangat freemason iluminati lah katakan!(*_*) umno is dead! sebab pemimpin umno anti al quran! anti islam! pro komunis! pro zionis!(*_*) 1 lagi projek tipu melayu telah berjaya!(^_^) juak2 umno lembu yg di tarik hidungnya!(^_^) tidak akan mengerti walau sebaris ayat pun dari tuan agama syaitan mereka!(*_*).
  • Hadi Kamaruzzaman · Top Commenter · Ipoh, Perak
    dlm UMNO tidak d kira musuh selagi tiada usaha menentg mereka. tak kish la Zionis ka, Komunis ka. warga asing ka. tp bg mereka yg menentg atu cuba menjatuhkn UMNO akn d kira sbg musuh x kira wlupn rkyt snirik. British tdk menjadikan UMNO musuh, sbb UMNO berjuang bersama2 british, apabila UMNO berjuang bersama British si penjajah, sec tdk lgsg UMNO bersepakat dgn penjajah menentg pihk yng menentg penjajahan. persoalany adakah menentg pnjajah itu penderhaka, pengkhianat, petualang sdgkn mereka yg bersekongkol kpd trjadiy penjajahan d kira wira...
  • Marimuthu Pachayappan · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
    Bukan tu je. Masa Jepun jajah negara kita, rakyat dizalimi. Masa Tun Mahathir amalkan konsep pandang timur.....Semua pemimpin politik dari BN dan Pakatan tak de idea yang lebih matang lagi ke....asyik nak cakap isu seks, komunis dan sebagainya..... tak tau cakap tentang isu nak tingkatkan ekonomi dan kebajikan rakyat ke......
  • Shabudin Hj Ismail · Uum sintok kedah
    Saya sebagai warga Malaysia merayu dan menyeru kpd semua kepimpinan UMNO, PAS, PKR duduk semeja bincang hal berkaitan org Melayu Islam dan rakyat Malaysia amnya.sudah 54 tahun Malaysia keadaan apa yg kita sekarang.Apakah kita mahu Malaysia seperti Libya dan setengah negara Arab yg hancur musnah harta benda, musnah maruah bangsa. sekiranya Malaysia ada sumber minyak yg banyak nescaya pihak barat /US akan menggunakan taktik seperti berlaku di Libya. Bila Mohd Gadafi diguling dan di bunuh oleh rakyatnya sendiri ada 12 kebaikan yg dibuat oleh M.Gadafi di ketahui penduduk dunia. Masalah sekarang pemimpin2 parti melayu tak mahu berunding tak mahu tolak ansur penting diri sendiri, penting kekayaan sendiri/keluarga..20 tahun lagi jika masalah x dpt di atasi , kemungkinan kita hilang maruah, hilang ketuanan, hilang segalanya...masa tu menangis air mata darah sekali pun tak berguna.
  • Han N Jus · Top Commenter · Smk agaseh
    salam suma, komunis dgn pengganas komunis zaman chin peng dl sgt jauh bezanya.fahaman komunis walaupun x mempercayai tuhan tp klu kena crnya ianya x la ganas mcm PKM 2.masalahnya PKM ala chin peng lebih bertunjangkan keganasan.itu sbb lah kebanyakan penduduk tanah melayu waktu 2 x sokong PKM.SOALAN? ADAKAH REPUBLIC RAKYAT CHINA SKRG SAMA DGN PKM TIME CHIN PENG TU.wasalam.
    • Sepat Laut · Top Commenter · University of Nottingham
      Sama je... Jangan kata agama islam. Dalai Lama nak ajar agama Buddha pun depa tibai. Ni la fahaman tak bertuhan yang FUCKatan sibuk2 nak perjuangkan
  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years old
    klu umno jalin hbungan dgn kerajaan cina boleh terima ia atas saluran antara ekonomi dan utk kemudahan hubungan rakyat 2 negara tp klu jalin hubungan dgn parti komunis maka umno sama saja dgn mat sabu yg iktiraf komunis sbgai pejuang kemerdekaan.





Tiada ulasan: