1. Pengurusan ekonomi amat penting bagi sesebuah negara untuk meletakkan rakyatnya dalam keadaan sejahtera, dan harmoni disamping memacu pembangunan dan kemajuan negara tersebut. Kejayaan dan kecemerlangan dalam pengurusan ekonomi sangat bergantung kepada keupayaan pengurus dan pentadbirnya. Tentunya nilai tertinggi pada graf keupayaan pengurus dan pentadbir itu ialah akhlaknya selain kemahiran, kreativiti, inovasi dan pengalaman. 2. Seringkali masaalah ekonomi yang dihadapi oleh negara kita bukanlah berpunca dari penurunan kadar bahan mentah atau sumber pendapatan, justeru umum menyedari bahawa negara kita antara negara yang makmur dengan limpahan rezeki kurniaan Allah swt dalam pelbagai kategori seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya. Masaalah yang dihadapi dalam pengurusan ekonomi negara ialah ketirisan, salah guna dana negara, pembaziran, rasuah dan penipuan. Inilah masaalah akhlak yang saya maksudkan. 3. Sebagai penyelamat ummah dan tamaddunnya, Nabi kita Muhammad saw telah diutuskan oleh Allah swt dengan membawa nilai akhlak yang tinggi dan sempurna selepas aqidah tauhid. Akhlak ini menjadi prinsip untuk melahirkan insan yang soleh, berintegriti dan seterusnya untuk membentuk sebuah masyarakat baik dan kerajaan yang adil serta telus [ Good Governance ] Sabda Rasulullah saw: انّما بُعثت لأُتمم مكارم الأخلاق Sesungguhnya Aku dibangkitkan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan Akhlak. 4. Ekonomi tidak akan stabil malah berpotensi untuk berlaku kemelesetan parah jika ianya diurus dan ditadbir oleh mereka yang tidak berakhlak sedang negara mempunyai sumber ekonomi dan asas pendapatan yang baik. Tidak keterlaluan jika saya tegaskan bahawa negara juga boleh jatuh bankrap dan tergadai angkara pengurus dan pentadbir ekonomi yang tidak berakhlak. 5. Implikasi dari ketiadaan akhlak ini biasanya akan melahirkan sifat rakus, tamak, haloba, alpa, sombong, bongkak dan angkuh pada pengurus dan pentadbir ekonomi negara sedang didepan mereka timbunan dana harta yang menjadi amanah rakyat untuk mereka urus tadbir. Firman Allah merakamkan kisah sang penguasa yang angkuh : إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). Sural Al Qasas : Ayat 76 - 78 6. Contoh mudah kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dapat dilihat melalui Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru - baru ini. a] Antaranya projek kerajaan yang diberi melalui runding terus dan tentunya ia dilihat sebagai anugerah kepada kroni ialah projek pembelian kuda "sakit" oleh Majlis Sukan Negara. 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding. b] Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Menghairankan apabila pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940. c] MARA (Majlis Amanah Rakyat) pula ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan "katil boleh lipat" pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga MARA. d] Syarikat-syarikat GLC yang ditegur pengurusannya berulang tahun juga terus dilanda kerugian dengan suatu kerugian yang sangat besar. i - Syarikat Perumahan Negara Bhd rugi RM21.4 juta, ii - Indah Water Konsortium Bhd rugi RM33.4 juta, iii - Aset Global Network Sdn Bhd rugi RM41.1 juta, iv - Keretapi Tanah Melayu Berhad rugi RM92.6 juta, v - Prasarana Bhd rugi RM367.1 juta. 7. Kesan yang lebih besar dapat dilihat dengan jelas sebagai manifestasi dari tandus akhlak apabila hutang negara meningkat sebanyak 12.3% kepada angka RM407.11 billion pada tahun 2010 berbanding RM362.39 billion pada tahun 2009, keadaan ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% iaitu pada kadar 53.1%. 8. Terbaru negara kita digegar riuh oleh isu kepincangan dan kegagalan projek lembu Feedlot di Gemas Negeri Sembilan, satu projek bernilai RM 73.64 juta. Sehingga sekarang pihak yang btanggungjawab masih gagal untuk memberi penjelasan. 9. Ketua Audit Negara telah berkali - kali menegur kerajaan samaada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, demikian juga dengan kementerian - kementerian agar bijak berbelanja, elakkan ketirisan, rasuah dan pembaziran, malangnya mereka tidak pernah memahami bahasa Ketua Audit Negara. Justeru itu saya menyeru rakyat agar mendidik dan menegur kerajaan yang gagal mengurus ekonomi berasaskan akhlak terpuji dengan menggunakan "bahasa undi" dalam pilihanraya umum akan datang. Tiada membawa berkah dan rahmah apabila ekonomi tidak diurus dengan akhlak yang soleh dan hati yang taqwa kepada Allah swt. 10. Rakyat jangan anggap remeh perkara ini. Pemimpin yang gagal memiliki akhlak yang soleh dan moral yang beretika tidak layak diserahkan amanah mengurus hasil dan harta negara kerana kelak rosak binasa sementara rakyat terus menderita terperangkap dalam pelbagai situasi seperti kenaikan harga barang, peningkatan kadar cukai, pemotongan subsidi dan 1001 situasi yang menyenak perut sang marhaen.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Pemuda PAS Titiwangsa (DPPKT) menyelar sikap sombong Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam isu pentadbiran Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS). Menurut ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Nong Chik dalam kenyataannya hari ini dengan angkuh menolak penglibatan kerajaan negeri Selangor dalam MAS dan menganggap Wilayah Persekutuan sahaja punyai autoriti terhadap MAS. "DPPKT menganggap Datuk Raja Nong Chik cuba berlagak hero dengan menafikan peranan Kerajaan negeri Selangor dan kuasa Menteri Besar Selangor terhadap MAS dan Kampung Baru. "Seolah-olah beliau sahaja layak untuk bercakap soal Kampung Baru dan pentadbirannya," katanya. Hakikatnya menurut beliau, Menteri Besar Selangor masih berkuasa terhadap Kampung Baru berdasarkan Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 [The Malay Agricultural Settlement Rules 1951] Warta Negeri Selangor No.50/1951. Tambahnya, kaedah-kaedah Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 tersebut masih tidak dibatalkan atau dipinda atau digantikan dengan undang-undang yang diluluskan Parlimen, dan oleh itu ia masih lagi berkuatkuasa sehingga hari ini. Kawasan MAS seluas lebih kurang 221.5 ekar ini adalah kawasan penempatan bagi orang-orang Melayu dan telah diwujudkan melalui perizaban tanah di bawah Seksyen 6 Enakmen Tanah Selangor 1897, yang mana Enekmen Tanah ini tidak pernah dimansuhkan walaupun dengan wujudnya Kanun Tanah Negara pada tahun 1965. "Bagaimana beliau boleh menafikan penglibatan Menteri Besar Selangor dalam Kg Baru sedangkan ia telah tersurat sejak sekian lama. "Menolak penglibatan Menteri Besar Selangor terhadap MAS menunjukkan ada unsur campurtangan politik dalam MAS sendiri. "Rakyat melihat betapa rakusnya Menteri Wilayah Persekutuan dalam menentukan isu Kampung Baru, seolah-olah nasib dan masa depan kampung tersebut ada ditangannya," katanya tegas. Menurut Suhaimi, jika benar Nong Chik tiada niat unsur politik dalam isu Kampung Baru, sebaiknya beliau duduk berbincang bersama dengan Kerajaan Selangor memandangkan ia berkait dengan undang-undang yang melibatkan Kerajaan Selangor dengan Wilayah Persekutuan. Nong Chik ujarnya, perlu menunjukkan keikhlasan beliau untuk membangunkan Kampung Baru dengan mengajak semua pihak termasuk pembangkang duduk semeja bagi membincangkan masa depan pentadbiran kampung tersebut.
Khairil Abdul Rahim | TEMERLOH, 5 Nov: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghalang timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dianggap cuba masuk campur. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) melihat kenyataan bekas Perdana Menteri yang dianggap masih berpengaruh dalam Umno dan kerajaan itu, hanya akan mengusutkan lagi keadaan. “Dr Mahathir sudah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dan dasar perubahan dalam pendidikan PPSMI diperkenalkan oleh pentadbirannya. Maka setelah dibuat kajian, ratusan ribu pelajar Melayu didapati menjadi mangsa iaitu tercicir dalam pelajaran teras tersebut. “Jadi apabila Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk menghapuskan PPSMI dan kembali kepada bahasa ibunda, beliau (Dr Mahathir) tidak sepatutnya dilihat cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat menteri betanggungjawab itu," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Mahathir dalam kenyataan di Langkawi kelmarin bahawa Perdana Menteri masih boleh menghalang Muhyiddin memansuhkan PPSMI. Beliau dipercayai memberi respons kepada Muhyiddin yang berkata keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI muktamad walaupun cuba didesak oleh beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page). Muhyiddin juga menolak sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada tahun 2009 dan ia berbetulan dengan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). "Pelajar Melayu luar bandar sudah lama tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu. Mereka tidak wajar terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran. “Setelah beberapa tahun PPSMI diperkenalkan oleh Dr Mahathir, didapati ratusan ribu generasi pelajar menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi. Pada masa yang sama tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. “Justeru sudah jelas PPSMI hanya membawa kerugian kepada bangsa Melayu. Oleh yang demikian, PAS Pahang menentang sebarang cubaan menghidupkan semula PPSMI, termasuk cubaan Dr Mahathir untuk mempengaruhi Najib,” jelas Tuan Ibrahim. | "Seharusnya beliau insaf dan malu dengan kerajaan Selangor yang berusaha menyelamatkan tanah warisan orang Melayu itu dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan terhadap penduduk termasuk MAS. "Sepatutnya RUU PPKB 2011 tersebut dibincangkan dulu dengan penduduk Kampung Baru dan penduduk diberikan salinan undang-undang tersebut untuk pemahaman mereka sebelum Menteri secara gelojoh dan tergesa-gesa meluluskan RUU PPKB 2011 hanya 2 hari selepas ia dibentangkan di Dewan Rakyat," tambahnya lagi. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan