Selasa, 15 November 2011

MENGAMPU BIASANYA SELAMAT...TAK MENGAMPU BIASANYA TAK SELAMAT...SELAMAT DUNIA ..AKHIRAT TAK SELAMAT NAK BUAT PE....

Mufti: Kesian Najib, bukan dibantu tapi diampu
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyelar tindakan "penasihat agama" yang didakwanya tidak membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam urusan haji, sebaliknya "lebih kepada budaya ampu".

"Yang bagi komen di Malaysia ini kononnya hendak bantu, sebenarnya bukannya membantu akibat tidak mahu faham, tetapi lebih kepada budaya ampu.

NONE"Jadi rakyat makin keliru. Perkara asas ilmu haji, saya yakin semua jemaah dan bekas jemaah haji semua boleh faham," kata Juanda (kiri) yang juga bekas profesor pelawat di Universiti Oxford, London.

Beliau mengulas reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin yang dilapor mempertahankan status haji Najib setelah ditegurnya sebelum ini.

Juanda pada 9 November lalu melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Sedangkan, katanya, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat pada Zohor hari itu, itupun jika mereka melakukan nafar awal setelah selesai mabit di Mina pada malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar di tiga jamrah pada hari berkenaan.

'Tak dimanfaat, tak bermanfaat'

Susulan itu, Jamil Khir (bawah, kanan) menjelaskan, kenyataan daripada Twitter Najib bahwa beliau selesai menunaikan haji, sedangkan masih ada rukun belum dilaksanakan, telah disalah tafsir dengan selesai wukuf.

NONEManakala Abdullah pula menyifatkan tuduhan bahawa Najib dan isteri gagal mengerjakan haji sebagai fitnah pihak yang terdesak, yang didakwa mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.

Katanya, dakwaan Najib dan isterinya Rosmah gagal mengerjakan haji merupakan fitnah oleh orang "jahil" dalam ilmu mengerjakan haji.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Juanda berkata, beliau kasihan kepada Najib yang mempunyai pegawai yang banyak tetapi "tidak dimanfaat dan tidak bermanfaat".

"Kenapa tak bawa penasihat-penasihat agama ini daripada awal dalam rombongan PM yang 20 orang itu, agar hal macam ini tak berlaku daripada awal?

"Berlambak mereka ini ikut buat haji. Jemaah haji biasa pun duduk dengan pembimbing haji siang malam agar dibantu dan diberi nasihat ibadat," katanya.

Yakin haji lengkap, PM salah tweet

Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 group"Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun," katanya.

Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet.

"Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada' sebelum balik ke Jeddah," katanya.

NONEBeliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya.

Juanda pernah menjadi penasihat haji Malaysia selama enam tahun sehingga 2008 dan mengeluarkan buku panduan ibadah yang diterbitkan oleh Tabung Haji.

Beliau juga pernah menjadi guru agama haji muassasah pakej untuk orang kenamaan Tabung Haji dari 1996 hingga 2008.


Anak Najib jadi pengarah, harga saham melonjak

Harga saham Harvest Court Industries Bhd, syarikat balak yang kurang diketahui sebelum ini, melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun selepas anak kedua perdana menteri Mohd Nazifuddin Najib dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu, bulan lalu.

NONEHarga sahamnya mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang tadi, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu.

Harga itu kemudiannya ditutup pada RM2.13. Ia adalah rekod lonjakan 48 sen atau sehingga 29 peratus sejak semalam.

The Edge Financial Daily dalam laporannya bertarikh 8 November lalu berkata Nazifuddin dan rakan perniagaannya Raymond Chan dilantik antara pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober.

Nazifuddin juga dilaporkan membeli dua hingga tiga juta saham dalam syarikat itu - sehingga 1.7 peratus pada 4 November, manakala Chan pula dikatakan mempunyai kepentingan sebanyak 13.83 peratus.

azlanSejak itu, harga saham syarikat itu terus melonjak dan melepasi tahap harga RM1 dan kekal dalam senarai jumlah dagangan tertinggi untuk beberapa hari.

Nazifuddin, 28,adalah anak kedua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan isteri pertamanya, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Pasangan itu bercerai pada 1987 dan Najib kemudiannya berkahwin dengan isterinya sekarang, Datin Seri Rosmah Mansor.

Chan, ahli perniagaan yang aktif di Sabah, memiliki saham yang kukuh dalam Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang membangunkan 1Borneo Mall di Kota Kinabalu.

Nazifuddin merupakan pengerusi Sagajuta.
Bung Moktar mahu Shahrizat letak jawatan
Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

bung mokhtar parliament 080708 01Bung Moktar (kiri) membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Ahli parlimen Kinabatangan yang lantang itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Namun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang tadi, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar.

Mydin nafi barangan 1Malaysia tak bermutu
Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin, hari ini menangkis sebahagian besar tohmahan, khususnya daripada ketua antagonis, Tony Pua - bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.

NONEPada sidang akhbar yang diadakan khas di gudangnya di Kelana Jaya, petang ini, pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang diiringi beberapa pembekal barangan yang didakwa kualitinya mencurigakan itu, membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka.

Katanya, hanya satu daripada 10 dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Ton Pua dianggap sah, iaitu berkenaan sos tiram syarikat tersebut.

Justeru, katanya, Pua berlaku tidak adil kepada pembekalnya dan menggunakan taktik kotor.

NONEDakwa Ameer lagi, dakwaan Pua juga tidak berasas dan “separuh benar” kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah.

"Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu,” bidasnya terhadap Pua yang lulusan Oxford itu.

Tiada ulasan: