Rabu, 30 November 2011

KADANG2 KITA KENA BERFIKIR DENGAN BAIK...TANPA DIPENGARUHI MANA2 PIHAK...MENGAKUINYA JIKA BENAR ATAU SEBALIKNYA

Mahasiswa sedia hidup tanpa Auku
Mohd Syahid Mohd Zaini

Saya tertarik untuk menjawab kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan AUKU ketika beliau menjawab soalan seorang peserta Konvensyen Integriti Nasional 2011 di PICC, Putrajaya, baru-baru ini.

“Are you ready for it? Kalau saudara kata yes, mengapa tidak? Mungkin kerajaan akan kata, kalau begitu kita tak perlu akta lagi ataupun kita pinda akta itu untuk memberi ruang supaya pelajar boleh membuat keputusan tanpa digagahi oleh mana-mana satu kuasa perundangan,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau pelajar sudah kata, “saya tahu apa yang saya patut buat dan kerajaan tidak perlu bimbang, dan kami akan tumpukan sepenuh masa kepada pelajaran serta penglibatan dalam politik hanyalah untuk mengetahui apakah politik itu supaya mereka tidak terasing daripada perubahan semasa dalam negara,” soal pokok goes back to you (mahasiswa).

“Kalau saudara kata kami sudah bersedia dan tak perlu kerajaan mengadakan sistem untuk perundangan kawalan, maka selepas ini kita akan katakan eloklah ia dikaji. Ini adalah pandangan secara kasar saya,” kata Muhyiddin.

Jawapan yang berani dan mengkagumkan.Namun jika sekadar retorika, politik itu suatu penipuan dan omongan kosong yang sangat menjijikkan.Jika ditanya mahasiswa adakah sudah bersedia atau tidak, saya selaku pimpinan mahasiswa akan menjawab "mahasiswa sudah lama bersedia untuk hidup tanpa AUKU".

Akan tetapi persoalannya sekarang adakah kerajaan benar-benar serius untuk memansuhkan AUKU? Kita sedia maklum bahawa AUKU merupakan akta yang memang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. AUKU juga merupakan alat yang paling berbisa kepada Hal Ehwal Pelajar di kampus bagi mengekang kemaraan gerakan mahasiswa dalam memperjuangkan sesuatu isu.

AUKU sememangnya perlu di mansuhkan kerana substance AUKU itu sendiri jelas zalim dan langsung tidak menjunjung tradisi keintelektualan mahasiswa dan Universiti. KPT telah menerima kertas putih dari Jawatankuasa Mengkaji dan Mereputasi kedudukan IPTA tempatan sebelum ini. Jawatankuasa tersebut ditubuhkan pasca kejatuhan ranking IPTA (merujuk pada Universiti Malaya) dari tangga ke-89 ke tangga 169 pada tahun lepas sebagaimana yang dikeluarkan oleh Times Higher Education Supplement (THES).

Jawatankuasa tersebut telah menyatakan beberapa cadangan. Salah satunya adalah memansuhkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti). Namun, sehingga kini KPT seolah-olah memandang enteng cadangan-cadangan yang telah disampaikan oleh ahli akademik dan cendekiawan tempatan. Perkara seumpama ini sepatutnya dikesali bersama.

Pada pandangan saya,niat pengubalan AUKU ini demi menutup pekung kerajaan semata-mata daripada diketahui umum melalui suara mahasiswa. Sudah lebih 37 tahun, AUKU ini dikuatkuasa ke atas mahasiswa.Saya telah meneliti beberapa perkara dalam AUKU ini dan saya dapati banyak perkara dalam AUKU ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sebagai yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, 1948 dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Islam Sejagat, 1981.

Saya ingin menyebut beberapa seksyen dalam AUKU ini yang jelas bertentangan dengan hak asasi manusia, Seksyen-seksyen tersebut adalah Sekyen 12, Sekyen 15(1), Sekyen 15(2), Sekyen 15(3), Sekyen 15(4), Sekyen 15A(1), Sekyen 15A(2), Sekyen 15B(1), Sekyen 15D(1), Sekyen 16 dan banyak lagi. Pendek kata, AUKU hampir kesemua seksyen adalah bertentangan dengan Hak Asasi Manusia. Saya ingin membawa contoh, merujuk pada Seksyen 15(3) dan 15(4), AUKU: Melarang pelajar dan pertubuhan pelajar menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain pertubuhan.

Kewujudan AUKU telah menyekat peranan mahasiswa yang sepatutnya menjadi agen semak dan imbang kepada pihak kerajaan. Bagi saya, mahasiswa mempunyai kapasiti, dan lebih berautoriti untuk berbicara dan mengutarakan pendapat kerana mereka lahir dan hadir daripada kelompok cerdik pandai dan berilmu pengetahuan. Adakah kerajaan takut dan bimbang dengan keberhadiran kelompok mahasiswa yang mempunyai kesedaran ini? Apa bezanya mahasiswa dengan belia muda yang berusia 21 tahun yang diberikan ruang tanpa sekatan, cuma mahasiswa diberikan peluang melanjutkan pelajaran.

Natijahnya, apabila bergelar mahasiswa, aku janji dan AUKU dijadikan taruhan dan cagaran, diusung ke sana ke mari hanya dengan tujuan untuk mengekang segala kelibat dan menyekat idealisma mereka sebagai mahasiswa, adakah ini demokrasi?

Saya fikir seandainya mahasiswa terlibat dengan politik tidak bermaksud mereka akan mengabaikan pelajaran mereka.Pelajaran tetap perkara pertama yang perlu diutamakan.Namun dalam masa yang sama mahasiswa itu perlulah tahu dan cakna terhadap isu-isu semasa negara mahupun isu-isu bersifal global. Bahkan bukan sekadar perlu tahu dan cakna terhadap isu-isu semasa,mahasiswa juga perlu merespon dan membawa solusi terhadap sesuatu isu itu di atas idea pandang mahasiswa.

Justeru saya berharap agar segala persoalan yang dijawab oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam konvensyen intergriti baru-baru ini perlulah dikotakan dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Jika ISA boleh dimansuhkan,saya fikir AUKU juga tidak ada masalah untuk dimansuhkan.Saya amat yakin seandainya AUKU dimansuhkan, mahasiswa Malaysia akan lebih matang dan bijak dalam menilai sesuatu perkara dengan lebih baik.Lantas mencerminkan bakal tampuk kepimpinan negara yang benar-benar berkualiti dan berintelektual.


Penulis adalah YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.


Auku: Indoktinisasi terancang dan pembodohan berstruktur

Afiq M Noor, Lawyers for Liberty

Belum pun reda dengan kejayaan gerakan mahasiswa menekan Universiti Islam Antarabangsa untuk menarik balik penggantungan Prof. Dr Abdul Aziz Bari baru-baru ini. Mahkamah Rayuan telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam gerakan mahasiswa apabila telah mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 bercanggah / ‘ultra-virus’ dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Dato’ Hishamudin Yunus di dalam penghakiman bertulisnya menyatakan peruntukan Seksyen 15(5)(a) akan memandulkan daya fikir kritikal dan sihat para mahasiswa. Universiti bukannya kilang untuk membiakkan para robot dan mesin pekerja, tetapi jauh lebih besar dari itu, ia adalah gedung melahirkan para pemikir dan reformis. Mahkamah Rayuan juga secara tidak langsung telah mengiktiraf hak-hak kebebasan asasi sebagai struktur asas dan roh di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahasiswa telah melakar sejarah kegemilangannya satu ketika dahulu, sebagai agen pendesak dan pengimbang bagi pemerintah. Demonstrasi Baling, penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Universiti Malaya dan Kempen Anti-Tunku adalah antara kenangan manis dalam sejarah gerakan mahasiswa.

Bahkan ramai yang memegang tampuk kepimpinan negara hari ini datangnya dari gerakan mahasiswa. Merasakan mahasiswa dan gelombang kebangkitan mereka mampu menggugat dan mencabar kerajaan pemerintah, maka satu undang-undang digubal untuk mengawal dan menyekat pengaruh mahasiswa , dan itulah AUKU yang ada pada hari ini.

Universiti yang sepatutnya menjadi pusat pembiakan dan percambahan pemikiran telah terjejas teruk dan telah lari dari matlamat asalnya. Para ahli akademik dibisukan dan dijahit mulut mereka dari menjalankan tanggungjawab mereka. Kesan AUKU bukan sahaja dirasai oleh para mahasiswa bahkan keseluruhan warga universiti turut sama terjejas. Para ahli akademik dihilangkan taringnya.

Mana ‘speakers corner’? Mana demonstrasi mahasiswa? Semuanya hilang ditelan waktu. Para mahasiswa telah menjalani proses indoktinisasi terancang dan pembodohan berstruktur oleh pihak universiti dan parti pemerintah untuk satu jangka waktu yang cukup panjang.

Pemikiran kritis dan perbincangan tentang idea sudah hilang. Bagi mereka, mahasiswa yang baik dan berjaya ialah apabila dia dapat lulus dengan cemerlang, tidak melawan dasar universiti dan kerajaan dan mendapat pekerjaan yang baik. Mahasiswa yang sentiasa mencabar dasar universiti dan bersikap kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan adalah contoh mahasiswa yang gagal atau terlalu terpengaruh dengan pembangkang.

Mahasiswa adalah sub-set kepada satu kumpulan besar masyarakat. Setiap isu yang timbul, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Dan selaku warga terpelajar, mereka sebenarnya menggalas tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat dan negara. Tidak boleh dinafikan bahawa gerakan mahasiswa adalah agen semak dan imbang yang cukup berkesan.

Teori dan idea yang ditadah di dewan kuliah hanya berguna sekiranya berjaya diterjemahkan dalam tindakan. Bak kata Prof Ungku Aziz: “Belajar sambil mencabar. Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang. Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin. Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar”

Hidup Mahasiswa!


Banjir: Apa agenda media mengelirukan rakyat

Ibnu Halim, Tanah Merah

23 November 2011 yang merupakan penghulu segala hari, Hari Jumaat yang lepas telah dicemari dengan budaya kerja media yang mengelirukan rakyat melalui medan suaranya yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan.

Jam 7.00 pagi, berita RTM memaparkan berita perkembangan semasa banjir. Menyentuh banjir di Kelantan, pembaca berita menyebut berita yang menggambarkan bahawa banjir amat buruk sedang berlaku di Kelantan yang ingin dikaitkan dengan kegagalan kerajaan Kelantan mengawal masalah banjir saban tahun. Apabila menyebut jumlah mangsa yang berpindah di Kelantan pula disebut 1800 orang tapi jadual grafik yang dipaparkan hanya menunjukkan jumlah 1,400 orang, menggambarkan media yang ingin melebih-lebih dalam memburukkan keadaan Kelantan. Walhal melihat kepada jumlah mangsa banjir di Kelantan adalah jauh lebih rendah berbanding Terengganu pada masa itu, berjumlah lebih 2,000 orang, namun tidak pula disebutkan banjir sedang buruk di Terengganu.

Tengah hari, selepas Solat Jumaat saya membeleksebuah akhbar bahasa Melayu yang beredisi Kelantan. Sekali lagi terdapat perkara yang memburukkan imej Kelantan dilakukan oleh media. Membelek helaian 4 sisipan berita daerah Kelantan, berita yang agak besar di bahagian bawah melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi pesan kepada rakyat Kelantan agar menyatakan pendirian dengan mengubah kepimpinan Kelantan sekarang dalam PRU-13 akan datang yang katanya ‘agar Kelantan tidak semakin ketinggalan’. Berita berkenaan menyebut seramai 15,000 rakyat hadir memberi sokongan ke majlis jamuan rakyat bersama TPM di SK Gual Ipoh, Tanah Merah pada 23 Nov yang lepas. Namun, apabila dibelek lagi di muka 19, berita khas daerah Tanah Merah, dilaporkan berita bertajuk “18,000 memeriahkan karnival”. Pihak Umno Bahagian Tanah Merah menyatakan sejumlah 18,000 orang yang hadir dan ini adalah tanda sokongan dan komitmen rakyat terhadap Umno semakin bertambah di Tanah Merah & Kelantan. Ini jelas berbeza dengan berita di muka yang terkedepan tadi iaitu diberitakan 15,000 orang yang hadir, namun pihak Umno Bahagian melalui media berkenaan bersikap melebih-lebih apabila menyatakan 18,000 rakyat yang hadir. Percanggahan fakta ini menggambarkan sikap media yang tidak telus dalam melaporkan berita dan kemungkinan jumlah orang yang hadir dalam majlis tersebut jauh lebih rendah berbanding jumlah yang dilaporkan .

Walaupun 10,000 orang yag hadir sekalipun, pihak Umno tidak boleh berbangga dengan jumlah itu kerana sebenarnya semua sekolah dalam daerah Tanah Merah telah mengeluarkan sepucuk surat yang ditandatangani Guru Besar kepada semua guru, guru Kafa, staf sekolah, dan ibu bapa pelajar yang mana menyatakan semua yang terbabit Diwajibkan Hadir (dengan tulisan Bold Hitam) ke majlis tersebut. Maka semua ibu/bapa/penjaga yang rata-ratanya masyarakat kampung di Tanah Merah ini merasakan perlunya hadir, bimbang kehadiran diambil dan tindakan akan dikenakan kepada anak masing-masing di sekolah nanti. Tidak dikira lagi dengan semua guru yang sememangnya akan dikenakan tindakan sekiranya tidak hadir, maka tidak hairanlah walaupun ramai orang yang hadir.

Membelek halaman lain, terjumpa berita bertajuk “Banjir Kelantan Paras Bahaya”. Apabila dibaca berita lanjut dalam artikel berkenaan, berita mengatakan air sungai utama di Kelantan berada pada paras amaran dengan jumlah mangsa perpindahan banjir seramai 1,184 orang. Langsung tidak menghuraikan tajuk utama, “Banjir Kelantan Paras Bahaya”. Namun, dalam artikel dibawah tajuk yang sama, dipaparkan air sungai di beberapa lokasi di Terengganu dilaporkan Melebihi Paras Bahaya dengan mangsa perpindahan banjir seramai 2,402 orang (jauh lebih ramai berbanding Kelantan). Secara jelas berita ditulis air sungai di Terengganu berada pada paras melebihi tahap berbahaya berbanding Kelantan hanya pada paras amaran dan sepatutnya berita tersebut bertajuk “Banjir Terengganu Paras Bahaya”. Hanya kerana Kelantan dibawah pimpinan ulama’ dan Terengganu di bawah pimpinan nasionalis (Umno), maka berita dilaporkan sedimikian rupa. Sekali lagi secara jelas media melebih-lebih dalam memburukkan imej & keadaan di bawah kepimpinan ulama’ Kelantan.

Seterusnya, selepas pulang Solat Isya’ di masjid, saya membuka saluran TV3 menonton siaran Buletin Utama bagi mengetahui isu semasa negara tercinta ini. Sekali lagi pada hari ini berita mengelirukan rakyat dikeluarkan oleh media Malaysia. Berita ringas dalam bentuk tulisan yang sentiasa bergerak di bahagian bawah berita memaparkan “Orang Ramai Dijemput Hadir Ke Majlis Bekwoh Anak Kelate 2011 bersama Pemimpin-Pemimpin Kelantan pada 26 Nov 2011, Sabtu di Stadium Putra, Bukit Jalil”. Saya yang pada mulanya bersangka baik kepada TV3 memikirkan TV3 sanggup mengiklankan program kerajaan negeri dalam siaran berita mereka. Namun apabila disiasat, kawan saya memaklumkan bahawa majlis tersebut sebenarnya adalah Majlis Perhimpunan Ahli Umno Kelantan bersama pemimpin pengkhianat Kelantan yang bermimpi memerintah Kelantan sejak 2 dekad yang lalu iaitu Dato’ Mustapha Mohamad & Awang Adek serta dihadiri seorang Menteri jemputan, Dato’ Shabery Chik.


Hijrah: Anak muda berperanan untuk agama, negara

Muhammad Farid

Kedatangan tahun Hijrah 1433 pastinya disambut meriah di Malaysia. Pelbagai program telah diatur oleh pihak masjid, badan-badan kerajaan, swasta dan juga pihak kerajaan bagi meraikan hari kebesaran Islam ini. Hakikatnya, di dalam Islam, Tahun Baru Hijrah bukan sekadar perayaan atau simbolik semata-mata bahkan mempunyai signifikan yang besar kepada ummatnya khususnya belia (anak muda). Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 mendapati jumlah belia berumur 15 hingga 39 tahun ialah seramai 11,614,735 orang. Ia mewakili 43 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia.

Hijrah telah menunjukkan kepentingan dan keberkesanan peranan dan sumbangan golongan anak muda dalam sesuatu usaha. Apabila golongan anak muda menggunakan potensi akal dan kekuatan untuk tujuan kebaikan, sebesar mana perancangan sekalipun akan dapat menjadi realiti.

Dari peristiwa Hijratul Rasul, dapat diambil beberapa pengajaran yang penting dan berguna buat generasi anak muda kini. Antaranya ialah sikap optimis Saidina Ali. Atas dasar kecintaan dan keyakinan kepada janji Nabi SAW, beliau sanggup menggantikan baginda di tempat tidur baginda . Beliau tidak gentar akan risiko cubaan membunuh Baginda SAW oleh pihak Quraisy kerana beliau optimis terhadap arahan Baginda SAW. Ketika itu, Baginda SAW berkata kepada Saidina Ali bin Abi Talib: “Tidurlah di atas tempat tidurku, berselimutlah dengan selimut al-Hadrami yang berwarna hijau ini. Mereka tidak akan dapat melakukan apa-apa yang buruk terhadapmu.”

Antara ikon anak muda yang menonjol dalam peristiwa Hijratul Rasul ini juga adalah Abdullah bin Abu Bakar. Dalam tempoh 3 hari persembunyian Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar di Gua Thur, mereka berdua dibantu oleh Abdullah bin Abu Bakar yang bertugas sebagai perisik untuk membekalkan maklumat kepada baginda mengenai perancangan orang Quraisy Mekah. Beliau akan keluar seawal waktu sahur dan akan pulang ke Gua Thur setelah larut malam.

Sesuatu yang menarik pada Hijratul Rasul, terselit juga dalam lipatan sejarah mengenai sosok wanita yang begitu berjasa kepada Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Beliau adalah Asma’ Binti Abu Bakar, anak kepada Saidina Abu Bakar. Dalam peristiwa hijrah ini, keberanian luar biasa Asma' terserlah tatkala beliau memastikan bekalan makanan sampai kepada ayahnya dan Baginda SAW di saat nyawa mereka beruda diancam oleh pihak Quraisy. Asma' mengembala kambing di belakangnya sepanjang perjalanan menghantar makanan kepada Rasulullah dan Abu Bakar dengan tujuan jejaknya akan terhapus oleh kambing yang digembalanya.

Di samping itu, sumbangan Amir bin Fuhairah juga tidak dikesampingkan. Beliau diarahkan untuk membawa kambing-kambing gembalaannya di sekitar Gua Thur untuk menghilangkan kesan-kesan tapak kaki Abdullah bin Abu Bakar dan Asma’ Binti Abu Bakar yang sentiasa berulang-alik antara Mekah-Gua Thur.
Memetik tulisan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di dalam bukunya “Hijratul Rasul: Iktibar dan Hikmah”, beliau ada menyebut, “Demikianlah kalau kita perhatikan mereka yang bersama sebilangan besar adalah remaja (anak muda). Mereka tidak membuang masa dengan perkara yang membuang masa.”

Mujasyi’ bin Mas’ud al-Sulami berkata, “Aku pernah menemui Nabi SAW untuk berbai’ah kepadanya atas Hijrah. Baginda bersabda, “Sesungguhnya Hijrah telah berlalu, akan tetapi berbai’ahlah atas Islam, jihad dan kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Imam an-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyebut, “Hijrah yang paling mulia telah dilakukan oleh sahabat-sahabat Baginda Rasulullah, maka Rasulullah mengingatkan kepada kita agar terus melakukan ketaatan kepada agama Islam, melakukan jihad, dan seluruh amalan kebaikan, dan Baginda bermaksud: Aku menyeru kepadamu agar melakukan perkara-perkara (kebaikan) ini".

Apa yang pasti, tiada lagi hijrah selepas Hijratul Rasul. Namun, tidak mustahil untuk gerakan anak muda masa kini melakukan ‘hijrah’ dalam usaha melahirkan ikon seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Asma’ binti Abu Bakar, Abdullah bin Abu Bakar mahupun Amir bin Fuhairah. Hijrah membuktikan anak muda mampu menyumbang untuk agama dan pastinya untuk negara.

Sewajarnya semua pihak perlu menyedari bahawa jatuh bangun agama, tamadun serta identiti negara banyak bergantung kepada potensi anak muda. Bersama idealisme, intelektualisme dan aktivisme yang ada pada mereka, sejarah dunia juga mampu dirubah. Usah diperkecilkan suara anak muda!

Firman Allah, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Al-Baqarah: 218)

MUHAMMAD FARID HADHARI BIN MAHAMED RUSDI
Presiden,
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia

Keesokan harinya, (26 Nov) saya menonton Buletin 1.30 TV3. Sekali lagi iklan majlis tersebut diiklan dalam TV3, bagaikan TV3 ini adalah media rasmi Umno walaupun umum mengetahu TV3 adalah media swasta. Satu lagi perkara menyakitkan hati selaku rakyat Kelantan apabila berita ringas dalam bentuk tulisan yang sentiasa bergerak di bahagian bawah berita memaparkan “Banjir Kelantan Semakin Buruk”. Namun tidak sampai 5 minit kemudian pembaca berita membacakan berita berbunyi : “Banjir di Kelantan semakin pulih….”. Secara jelas, sekali lagi percanggahan berita diberikan kepada rakyat Malaysia dalam satu berita yang sama, sama seperti berita dari akhbar yang saya ceritakan tadi.

Sungguh keji etika kewartawanan dan kebebasan media yang diamalkan para media negara ini apabila banyak memutar belitkan fakta dengan niat mengelirukan rakyat. Mereka ini tidak mengambil iktibar terhadap peringatan yang diberikan di mana setiap tulisan dan perbuatan mereka walau baik dan buruk akan dicatat oleh malaikat dan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Semoga Allah dapat menunjukkan yang hak & menjatuhkan yang batil suatu hari nanti. Insya-Allah...


P’raya berasingan: Sarawak boleh, kenapa Selangor tidak?

Pengundi Kota Anggerik

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor telah mengisytiharkan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri berasingan dari Pusat sekiranya dipanggil sebelum Jun 2012.

Bagi saya sebagai anak jati Selangor, ia adalah tindakan bijak. Umno yang memerintah Kerajaan Pusat telah sekian lama menikmati kelebihan menentukan tarikh pilihan raya seluruh Malaysia.

Sering kali parti-parti yang bukan Barisan Nasional terperangkap dan tidak bersedia sepenuhnya angkara perkara ini.

Pertama kali dalam sejarah, Umno dipulangkan paku buah keras. Saya lihat sendiri betapa gusarnya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terhadap keputusan Menteri Besar Selangor ini. Datuk Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dengan secara terbuka mengecam keputusan Yang Amat Berhomat Menteri Besar Selangor ini.

Namun alasan-alasan yang diberikan oleh beliau di blog beliau (nohomar.net/portal) adalah sangat-sangat dangkal, bagi saya. Alasan pertama yang diberikan adalah faktor kos yang bertambah akibat pilihanraya berasingan.

Sekiranya kos dijadikan isu, mengapa dibiarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar berasingan dari Parlimen? Tidakkah boleh tarikh pembubaran Dewan di Sarawak diselaraskan dengan Pusat seperti yang dilakukan di Sabah?

Sudahkah Noh Omar lupa satu masa dahulu Dewan Undangan Negeri Sabah juga dibubarkan berasingan dari Pusat/Parlimen? Namun, boleh pula diselaraskan. Noh Omar perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya mengapa Kerajaan Barisan Nasional tidak menyelaraskan tarikh pilihan raya di Sarawak sama seperti di Pusat? Selepas penjelasan itu barulah Noh Omar berhak mengkritik keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor.

Lagi pula, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghabiskan tempoh sah Parlimen. Dengan kata lain, secara tidak langsung Dr Mahathir menyokong keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor itu.

Saya menyeru mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan ini supaya memikirkan semula pendirian mereka.


Guru diperbodoh kelulusan pertukaran antara daerah

Guru

Perasaan yang amat gembira terpahat di hati saya dan lebih 10 rakan yang lain bila mengetahui keputusan permohonan pertukaran kami dari daerah pedalaman telah diluluskan pada 10 November 2011 lalu melalui sistem online egtukar. Kami dengan tidak berlengah lagi telah membuat pengurusan membatalkan sewaan rumah, menyewa lori dan menguruskan pertukaran anak-anak ke daerah dimana kami akan ditempatkan. Ada antara kami yang mencecah lebih lima hingga sepuluh tahun mengajar di pedalaman, sekian lama menunggu saat ini dengan hati yang begitu teruja untuk balik tinggal bersama dengan anak isteri dan ahli keluarga masing-masing.

Lebih kurang pukul 3 petang, 16 November 2011 kami telah membuat semakan keputusan sekali lagi dan terkejut bila mendapati keputusan kelulusan pertukaran kami melalui sistem online bertukar gagal. Terperanjat, marah dan kesal dengan keputusan kedua itu seolah-olah kami warga guru telah dipermainkan dengan proses pertukaran ini. Kami diperlakukan seperti budak-budak, ditunjukkan gula-gula tapi tidak diberi merasanya. Hampir 5, 7 dan lebih 10 tahun kami berjuang nasib untuk pulang ke daerah kami dengan membuat permohonan pertukaran setiap kali sesi tersebut dibuka dan difahamkan salah satu syarat permohonan adalah melebihi 3 tahun mengajar di pedalaman.

Malah dijanjikan guru yang di reployment hanya 3 tahun sahaja di pedalaman. Tapi hingga kini kami masih di sini dan apabila permohonan pertukaran kami diluluskan, ia dibatalkan pula. Itukah keadilan dan perikemanusiaan? Mungkin perkara yang sama sedang berlaku kepada rakan-rakan sejawatan kami yang lain.

Kami dah juak dengan Jabatan Pelajaran Kelantan yang menjadi ' Pendusta Kelas Pertama' dalam menjaga kebajikan warga pendidiknya. Kami tahu, hampir 80% warga pekerjanya adalah pembohong, hipokrit, gila pangkat, gila kuasa, gila betina nasib baiklah tidak mendapat penyakit 'gila babi' terutamanya Pentadbir Pertama atasan jabatan ini, ketua sektor yang menguruskan hal ehwal sekolah, malah pegawai yang terlibat dalam proses kelulusan pertukaran ini.

Bila kami membuat panggilan ke Jabatan Pelajaran Kelantan untuk menanyakan status pembatalan pertukaran ini, mereka meminta kami merujuk kepada Penolong Pengarah Pengurusan Guru iaitu YM Raja Anoro bin Raja Kob di talian 09-7418099. Kami menghubungi beliau dan memohon penjelasan. Beliau dengan angkuh menjawab itu adalah kesilapan teknikal dan keputusan dalam egtukar online tidak boleh digunapakai. Beliau juga menjelaskan bahawa keputusan rasmi adalah apabila kami menerima surat penempatan yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan yang ditandatangani Pengarah sahaja. Begitu mudah jawapan yang diberi.

Kami rasa amat tidak berpuas hati dan cuba mencari jawapan lagi mengikut saluran yang betul. Menelefon pegawai berkaitan, bertanya kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan sebagainya. Namun amat terkejut, bukan kerana kegagalan pertukaran kami, tetapi dengan maklumat peribadi pegawai yang terlibat dalam kes ini adalah seorang yang mempunyai rekod peribadi yang sangat buruk sewaktu beliau bertugas di Institut Perguruan Kota Bharu dan telah dipoolkan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat tentang dirinya telah tersebar luas di internet dan pelusuk negeri Kelantan. Sungguh hebat pegawai yang menguruskan pembatalan pertukaran kami ini. Sama hebatnya dengan Pengarah Pelajaran Kelantan yang telah membawa masuk dan menempatkan beliau di Jabatan Pelajaran Kelantan.

Lagi mengejutkan kami adalah ada di antara guru-guru yang lulus bertukar tanpa membuat permohonan seperti kami dan ada di kalangan mereka yang baru 2 tahun, baru 6 bulan mengajar di pedalaman. Mereka sudah dapat pulang ke daerah masing-masing dengan bantuan kabel politik. Cukup jelas apabila agenda ini direstui oleh Ketua Sektor di Jabatan Pelajaran Kelantan! Mungkin bagi kami guru-guru yang mengikut saluran yang betul, yang tiada kabel akan menunggu disini sehingga mati dalam menunggu permohonan demi permohonan yang silih berganti. Kami telah diperbodohkan oleh warga pendidikan sendiri yang selalu sibuk mewarwarkan kepentingan perkhidmatan sebagai guru, integriti dan ketelusan. Jika perkara seperti ini berterusan, ia bukan sekadar merosakkan Jabatan Pelajaran Kelantan sebagai bumbung tempat kami berteduh, malah merosakkan seluruh sistem pendidikan Kelantan dan yang amat sedih apabila murid generasi depan akan menjadi mangsa kerakusan kepentingan diri para pegawai ini. Untuk makluman seramai lebih kurang 178 guru di seluruh Kelantan yang telah diluluskan permohonan telah dibatalkan tanpa sebab!

Jadi, janganlah memperbodohkan kami yang bodoh ini dengan alasan disebabkan masalah teknikal. Kerana selama kami menggunakan perkhidmatan online egtukar ini, masalah teknikal tidak timbul dengan pengurusan kelulusan permohonan tidak bermasalah. Secara bodohnya, kami dapat mengagak bahawa masalah yang timbul adalah berpunca daripada pegawai yang diberikan kepercayaan menguruskan pertukaran ini di samping mempunyai agenda tersendiri ( agenda politik, semestinya ) oleh Tuan Pengarahnya dan turut disubahati oleh Ketua Sektornya. Disini juga jelas bahawa penyalahgunaan kuasa, kemerosotan integriti dan jenayah merosakkan nama baik jabatan ketara dilakukan.

Wahai warga Pengurusan sekolah, Jabatan Pelajaran Kelantan, kamu akan lihat suatu masa nanti kemusnahan pendidikan Kelantan dengan kewujudan bangsa Melayu berideologi Yahudi dengan dosa-dosa dan pengkhianatan yang kamu lakukan dan ciptakan sendiri terhadap bangsamu! Kamu akan lihat keputusan dalam pilihanraya umum ke 13 Kelantan nanti tidak dapat dicapai seperti yang diimpikan oleh YAB Perdana Menteri. Itu suatu yang kami amat pasti!


Muak dengan politik durjana Umno

Panah Hijau

Baru-baru ini seorang penganalisis politik dalam sebuah akhbar harian Inggeris telah menulis bahawa pengaruh PAS telah jatuh menjunam disebabkan oleh persahabatan PAS dengan DAP.

Kenyataan ini adalah satu kenyataan yang dangkal kerana ia tidak berasaskan fakta ataupun bukti yang kukuh tetapi merupakan hanya satu kenyataan yang diluahkan oleh akhbar tersebut yang bertugas sebagai pengampu Kerajaan BN.

Fakta sebenarnya menunjukkan bahawa orang Melayu khususnya di Kelantan telah berasa muak dengan politik durjana Umno yang menjijikkan dan ramai di antara mereka telah keluar dari Umno dan menyertai PAS sebab mereka dapat melihat bahawa nasib orang Melayu terutamanya yang papa kedana tidak terbela dibawa Umno yang hanya mementingkan kroni.

Penganlisis politik ini juga berkata bahawa sekarang pengaruh Ustaz Hadi Awang juga semakin lemah sebab angka orang yang menghadiri khutbah dan ceramahnya juga telah menurun.

Jelaslah bahawa Umno telah memberi lesen kepada akhbar Inggeris ini untuk menghina PAS dan para pemimpin PAS. Selain dari akhbar ini, MCA juga saban hari mengutuk PAS atas isu Hudud. Presiden MCA Chua Soi Lek yang biadap itu tidak henti-henti dalam serangannya menentang Islam.

Dari sini boleh dilihat bahawa kemunafikan Umno menyerlah disebabkan oleh pendiriannya yang jahil murakab apabila membenarkan Chua Soi Lek menghina Islam. Umno telah menggunakan MCA untuk menentang PAS dan menentang Islam walaupun ia senantiasa menguar-uarkan dirinya sebagai juara Melayu dan juara Islam.

Harus dibawa ke perhatian umum bahawa Umno, MCA dan MIC hanyalah parti-parti yang berotak assabiyah dan mereka hanya memperjuangkan hak kaum masing-masing.

Ini jauh sekali berlainan dengan persahabatan PAS yang mengamalkan Politik Li-Ta'arafu dimana persahabatan dengan DAP adalah saling kenal-mengenali dan hormat-menghormati serta sama-sama berganding bahu memperjuangkan hak rakyat seluruh Malaysia dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama, miskin ataupun kaya.


Isa kini musuh nombor 1 warga Felda? | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Bagi warga Felda, Pengerusi baru mereka, Tan Sri Isa Samad kini menjadi musuh nombor satu mereka.

Tidak sampai setahun dilantik oleh Datuk Seri Najib Razak untuk menjaga Felda, Isa didakwa menunjukkan belangnya yang sebenar satu per satu.

Kemuncak kemarahan mereka kepada Isa adalah perlantikan beliau sendiri sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam mesyuaratnya menjelang Aidil Fitri lalu.

(Bangunan KPF yang tersergam indah)

Mesyuarat itu pula dibuat kononnya atas sekeping surat yang ditunjukkan Isa kononnya persetujuan Najib agar beliau mengambilalih KPF.

Yang tragisnya bagi warga Felda, pengambilalihan ini dibuat ketika pemegang jawatan itu, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak ada.

Ketika itu, Dzulkifli sedang menunaikan umrah di Makkah dan hanya pulang ke tanah pada hari keempat Aidilfitri.

Bagi warga Felda, Datuk Dzulkifli adalah pemimpin terbaik Felda yang mereka temui.

Semasa Datuk Dzulkifli menjadi pengerusi KPF, ahlinya yang terdiri dari peneroka dan kakitangan Felda mendapat dividen terbaik.

Hampir setiap tahun, KPF akan memberikan sekitar 15 peratus dividen setiap tahun, jauh lebih baik dari mana-mana koperasi di negara ini.

Hasilnya, KPF telah diangkat menjadi koperasi contoh di peringkat negara dan dipuji di peringkat antarabangsa.

Julai lalu, KPF muncul antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011.

Kepercayaan orang ramai, pengurusan dan pentadbiran yang baik merupakan faktor utama yang membolehkan KPF memenangi anugerah tersebut.

Malah, kejayaannya merangkul anugerah tersebut merupakan bukti selanjutnya prestasi semasa koperasi itu serta kemampuannya memberikan sumbangan kepada masyarakat dan memainkan peranan aktif untuk terus memperkukuhkan gerakan koperasi di dalam negara.

Selain KPF, Bank Rakyat turut menerima anugerah yang sama.

(Perdana Menteri menyampaikan anugerah koperasi terbaik kepada KPF)

KPF yang ditubuhkan pada tahun 1980 merupakan koperasi warga petani terbesar di Malaysia.

Kini, selepas Isa merampas kuasa sebagai pengerusi KPF, para ahlinya menjadi tertanya-tanya, apakah nasib mereka selepas ini.

Ke manakah duit puluhan juta yang mereka kumpulkan selama ini dalam koperasi itu akan dibelanjakan Isa selepas ini.

KPF telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948 untuk menjadi simpanan dan pelaburan anggota Felda.

Penubuhan KPF ini untuk memberi peluang secara adil kepada warga Felda untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat Felda melaluinya.

Hasrat untuk menubuhkan KPF sebagai suatu wadah simpanan pelaburan warga Felda telah dicetuskan pada Mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 15 Januari 1980 Yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias.

Dengan iltizam yang tinggi pihak pengurusan ketika itu, maka KPF telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di Bawah Ordinan Koperasi 1948 (Digantikan oleh Akta Koperasi 1993).

KPF telah menjadi wadah simpanan dan pelaburan warga Felda yang unggul sehingga kini.

Setiap pelabur dibenarkan melabur sehingga RM250,000 dan ramai ahlinya mempunyai pelaburan sebanyak itu.


Peneroka juga bantah Isa rampas KPF | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Langkah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mencalunkan dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) bukan sahaja mendapat bantahan dari kakitangan Felda bahkan juga para peneroka.

Kini berita usaha 'rampasan kuasa' itu tersebar luas dan menjadi buah mulut para peneroka Felda.

Rata-rata mereka menunggu apa sikap rasmi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan kerana turut serta dalam mesyuarat 'rampasan kuasa' itu adalah pengerusinya, Shamsuddin Othman.

Menjelang hari raya Aidil Fitri lepas, Tan Sri Isa Samad telah memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah KPF dan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF yang baru.

Cadangan itu berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri yang mencadangkan beliau menjadi Pengerusi KPF.

Cadangan itu mendapat sokongan dari Felda Holding, Datuk Sabri Ahmad.

Yang tragisnya bagi warga Felda, pengambilalihan ini dibuat ketika pemegang jawatan itu, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak ada.

Ketika itu, Dzulkifli sedang menunaikan umrah di Makkah dan hanya pulang ke tanahair pada hari keempat Aidilfitri.

Bagi warga Felda, Datuk Dzulkifli adalah pemimpin terbaik Felda yang mereka temui.

Atas dasar itulah, mereka berpandangan, ini adalah satu rampasan kuasa.

Menurut sumber, beberapa ahli mesyuarat itu membantah cadangan itu kerana Isa bukan ahli koperasi dan tidak boleh menjadi ahlinya.

"Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF. Isa hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan.

"Jadi dia tidak layak jadi ahli. Bagaimana dia hendak jadi pengerusi kalau jadi ahli pun tidak layak.

"Jadi perlantikan ini bertentangan dengan undang-undang kecil koperasi, bagaimana ia hendak disokong," kata seorang kakitangan Felda yang menghubungi Harakahdaily.

KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka.

Tahun lalu, KPF memberikan dividen sebanyak 15 peratus kepada ahlinya dan dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011.

"Isa ini mempunyai rekod tidak baik sebelum ini. Itu yang kita bimbang tu. Ramai yang menunggu apa yang dia nak cadangkan kepada KPF yang dikatakan nak tranformasikan KPF itu," kata sumber itu.

Menurut sumber itu, Isa dikatakan diminta oleh Perdana Menteri untuk mentranformasikan KPF kepada peringkat yang lebih tinggi lagi.

"Kita setuju tranformasi tu, takkan nak tahap ni je kan. Tetapi kenapa Isa. Satu lagi apa salahnya dengan Datuk Dzul (Dzulkifli Wahad, Pengerusi KPF sekarang).

"Sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu.

"Lagipun KPF ini milik peneroka, bukan orang politik, kenapa kacau," kata sumber itu lagi.

Bagi beliau, apa yang dibimbangi adalah, ini adalah satu rampasan kuasa dari orang politik untuk menguasai kewangan KPF untuk kepentingan mereka.

"Jangan terkejut kalau selepas ini Isa juga akan ambil alih sebagai pengurus Felda United, pasukan bola yang ditubuhkan Felda," kata beliau lagi.


Penghinaan Isa memalukan seluruh warga Felda | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kes terbaru yang melibatkan penghinaan terhadap Ketua Peneroka Felda oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai kemuncak kemarahan warga Felda terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“DPP Malaysia membayangkan kenyataan beramaran oleh Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka, Shamsuddin Othman menunjukkan warga Felda kini lebih berani, matang, terbuka serta mempunyai prinsip yang teguh dan perlu dihormati oleh semua pihak, termasuk Perdana Menteri,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) kepada Harakahdaily.

Bagi DPP Malaysia, katanya warga Felda telah lama menyimpan perasaan marah dan kecil hati ekoran pelantikan Isa yang dikatakan tidak kena pada tempatnya kerana dilantik tanpa rundingan dengan ahli jawatankuasa Felda.

“Dalam hal ini, Perdana Menteri menggunakan sepenuhnya kuasa beliau dengan mengenepikan segala pandangan rakyat apabila meletakkan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Felda,” katanya.

Menurutnya, insiden penghinaan Isa terhadap Ketua Peneroka Felda dalam satu majlis taklimat di Kuala Pilah menunjukkan tahap kesombongan beliau yang melampau.

Beliau berkata, tidak sepatutnya Pengerusi Felda itu menghina Pengerusi JKPP dalam majlis tersebut memandangkan beliau sendiri tidak sampai setahun memegang jawatan tertinggi di Felda, sedangkan Pengerusi JKPP itu telah berjasa besar terhadap Felda.

Baginya, penghinaan itu amat memalukan bukan sahaja kepada Pengerusi JKPP, bahkan kepada warga Felda keseluruhannya.

Katanya, Isa perlu mengenang segala jasa dan pengorbanan setiap individu yang terlibat dalam membangunkan Felda.

“Merekalah yang selama ini hidup dan mati bersama Felda dan hasil keringat merekalah Felda kini mendapat kuntungan berjuta ringgit,” ujarnya lagi.

Justeru, tambahnya DPP Malaysia mengingatkan, jika warga Felda sendiri melahirkan kemarahan terhadap Isa Samad dan pentadbiran Datuk Seri Najib, ini menunjukkan tiada jalan selamat untuk BN menang mudah dalam PRU ke-13 nanti.

Tambahnya, tiada lagi istilah fixed deposit jika PM terus berdegil mengekalkan Isa di jawatan tersebut.

Oleh itu, ujarnya DPP Malaysia mendesak agar Tan Sri Isa Samad memohon maaf secara terbuka kepada Shamsuddin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) di atas penghinaannya terhadap beliau dan meletak jawatan serta merta.

“Bagi DPP Malaysia, ini sebagai mesej jelas kepada PM agar mendengar rintihan hati rakyat dan jangan membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan dengan pelbagai pihak.

“Ia juga sebagai peringatan agar pemimpin jangan berlagak sombong dengan menghina orang lain di bawahnya!” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: