Isnin, 7 November 2011

DUNIA LEPAS..AKHIRAT SANGKUT..ALLAH EMPUNYA DUNIA AKHIRAT DAN SEGALANYA...PEKERJA MUNGKAR AKAN DIHUKUM..ALLAH TAHU BAGAIMANA NAK MENGHUKUMNYA...TUNGGU

Laporan Audit: Pegawai KKM berdepan tindakan tata tertib
Tindakan tata tertib mungkin dikenakan terhadap beberapa pegawai kementerian kesihatan (KKM) yang mendorong pembayaran awal dibuat bagi bekalan peralatan kesihatan yang belum diterima bernilai RM708,220.

azlanKetua setiausaha kementerian kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md Isa berkata tindakan itu disyorkan sebuah jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan pada 19 Mei lalu.

Beliau merujuk Laporan Ketua Audit Negara 2010 baru-baru ini yang mendedahkan pengurusan perolehan bagi peralatan Jabatan Rehabilitasi Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah, adalah tidak teratur apabila bayaran bagi perolehan tahun 2007 dibuat sebelum peralatan diterima.

"Jawatankuasa siasatan mengesyorkan pegawai-pegawai yang mengesahkan kesempurnaan bekalan yang diterima dikenakan tindakan tata tertib kerana mengesahkan bekalan telah diterima secara sempurna, dan mendorong bayaran dibuat bagi bekalan yang belum diterima melibatkan amaun RM708,220," kata Kamarul Zaman dalam satu kenyataan hari ini.

queen elizabeth hospital kota kinabalu 251008Dalam pada itu, beliau katanya, kementerian mengenakan denda RM2.196 juta terhadap kontraktor berhubung kelewatan penyerahan peralatan bagi perolehan 'Next Generation Communication System' (NGCS) bertujuan menaik taraf sistem komunikasi di hospital dan institusi kementerian kesihatan.

Menurut Kamarul Zaman, kementerian mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 27 Oktober lalu berhubung denda berkenaan.

Pada pendapat Audit, perolehan NGCS tidak menguntungkan kementerian kerana sistem itu lewat disiapkan serta tidak dapat digunakan secara optimum di 13 hospital atau institut.

Kementerian juga terpaksa membayar RM3.22 juta untuk perkhidmatan lesen yang tidak dapat digunakan.



Bekas PM Singapura hidap penyakit urat saraf
Pemimpin pengasas Singapura, Lee Kuan Yew sedang bergelut dengan penyakit saraf yang mengakibatkan dirinya mengalami kesukaran untuk berjalan.

NONEAnak perempuannya Lee Wei Ling, yang juga seorang doktor dan pengarah Institut Neurosains Singapura menulis di kolum mingguan beliau dalam akhbar The Straits Times bahawa bekas perdana menteri repupblik itu menghadapai ‘sensor neuropati periferal’.

Penyakit itu menjejaskan sistem saraf dan menyebabkan kesihatan bapanya yang berusia 88 tahun itu terjejas.

Bagaimanapun, otak dan otot Lee dilaporkan berfungsi seperti biasa.



Banjir kini hampiri bahagian tengah Bangkok
Masyarakat Islam Thai menyambut Aidiladha hari ini ketika timbul kebimbangan bahawa banjir terburuk dalam lima dekad akan menuju ke bahagian tengah bandaraya ini.

NONESeluruh penduduk di tiga lagi daerah di wilayah Bangkok – Chactuchak (Bangkok Utara), Nong Khaem dan Phasicharoen (Bangkok Barat)- diarah berpindah memandangkan air banjir semakin naik.

Sebelum ini, pemindahan besar-besaran seumpamanya dijalankan di ibu negara itu di daerah Don Mueang, Bang Phlad, Sai Mai, Thawi Wattana, Lak Si, Taling Chan, Bang Khen dan Bang Khae.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra hari ini mengarahkan pemindahan penduduk di beberapa kawasan di daerah Min Buri dan Nong Chok di bahagian timur Bangkok.

Pasar hujung minggu Chatuchak, paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang menempatkan 10,000 kedai dan menjana perolehan 10 bilion Baht (kira-kira RM1 bilion) setahun dibuka semula hari ini sekalipun kawasan sekelilingnya masih banjir.

Bilangan pelawat merosot teruk walaupun keretapi landasan bertingkat dan 'subway' terus beroperasi di kawasan itu.

NONELimpahan air banjir semakin mendekati bahagian tengah Bangkok ketika kebanyakan daerah sekitarnya di bahagian utara, barat dan timur Bangkok diliputi banjir.

Masyarakat Islam di wilayah Nakhon Sawan dan Ayutthaya dapat melakukan korban haiwan sempena sambutan Aidiladha berikutan banjir yang surut, sementara di Bangkok aktiviti tersebut dilakukan di kawasan-kawasan tidak banjir.

Kira-kira satu pertiga dari kawasan negara ini masih digenangi air, dengan lebih 3 juta penduduk di 25 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda negara ini sejak 25 Julai.

Jumlah kematian meningkat ke 506 hari ini .
Bernama

Muhyiddin: Banjir tahun ini dijangka lebih buruk
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan slot berkala yang kerap untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang keadaan banjir yang melanda kawasan tertentu.

NONEKatanya, beliau telah mengarahkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim yang bertanggungjawab terhadap RTM untuk berbuat demikian pada mesyuarat Kabinet semalam.

"Slot berkala yang regular itu akan memberitahu rakyat tentang perkara-perkara seperti sungai-sungai yang terlibat, paras airnya dan ramalan cuaca sama ada ia akan menyebabkan banjir atau tidak.

"Laporan terperinci berkala itu akan disediakan oleh media elektronik termasuk radio seperti breaking news”, mungkin satu jam sekali kerana keadaan banjir dalam tempoh sejam banyak berubah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian selepas menghadiri majlis korban perdana dan pertemuan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar di Pagoh, di Muar hari ini.

NONEMengenai persiapan menghadapi banjir tahun ini yang dijangkakan lebih buruk, Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Banjir Negara, berkata persediaan telah pun bermula di peringkat kerajaan.

Beliau berkata mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membincangkan bencana banjir dan dipengerusikannya akan diadakan pada 15 Nov depan.

"Ramalan Jabatan Meteorologi kadar hujan tahun ini meningkat 20 hingga 40 peratus... kita kena mengambil persiapan lebih terutamanya pusat pemindahan kerana jika banjir besar, jumlah mangsa juga bertambah," katanya.

Kata Muhyiddin, bekalan logistik seperti bot-bot penyelamat dan makanan juga perlu ditambah, berikutan jangkaan mangsa yang terlibat dengan banjir tahun ini adalah lebih ramai.

NONE"Kita berharap dapat menangani masalah ini dengan lebih berkesan," katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, yang juga ahli parlimen Pagoh, menyerahkan 98 ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha esok kepada enam zon di Parlimen Pagoh dan jabatan-jabatan kerajaan.

- Bernama

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
    Jahatnya UMNO dalam Soal Banjir ni.. Kedah Mohon Peruntukan Projek tebatan banjir tapi tak Diluluskan! Hanya Negeri BN diberikan Peruntukan... Kepala jahat di Kedah ni si Mukhriz anak Mamak Kutty Mahathir...
  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Banjir lah... selamat banji sebelum maaysia bankrap!
    Banjirla... kerajaan maaysia masih kaya ,
    boeh cliam 500 ringgit , banjirlah ,
    ni peluang bagi umno rampas duit ranyat.
    selamat banjir malaysia.. kalauboleh banjir satu negara.
    rakyat akan tengok kerajaan umno dan pakatan akan berikan apa apa bantuan untuk rakyat.
    • Nasrul Najmie · Pengulas Tertinggi · Sek.men.teknik SAS rompin
      Kong Bu Fenzi: Tang boleh Claim RM500 tu yg pencacai paling suka! RM300 @ RM500 cukup dah buat pencacai! hahaha....
    • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
      Nasrul Najmie
      Kalaua tak cliam ... dia pun sapu habis wang rakyat , elok kita harap banjir sudah ...
    • Norhamizan Azan · Pengulas Tertinggi · Pengurus Projek di Tiada
      Kong Bu Fenzi ...peruntukan da ada separoh untuk mangsa banjir dan yg separoh lg utk shopping....
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Norhamizan Azan
      mana separuh.... tiada akaun langsung
      ikut suka hai dia ... kalau pncaci BN . mesti dapat hak keistimewaan . betu... kroni dia duduk atas bukit pun dapat claim. banjir setinggo sliper pun dapat claim .
      Cara membangkrapkan malaysia .
      Selamat banjir malaysia...
    • Syakir Thaqif · Top Commenter
      Kong Bu Fenzi...lu dasat lah bro...tapi betul jugak..banjir yg tuhan kurniakan kpd mahluk bumi, umno juga yg UNTUNG.....ke..ke..ke..ke..
    • Syakir Thaqif · Top Commenter
      Tengok lah nanti...umno claim gila2 punya..itu tak masuk lagi Tabung2 Banjir olh TV 3, Umo, Utusan...duit dapat tapi LESAP!!!senang2 jer mintak duit kita secara terhormat...
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Syakir Thaqif
      Umno nak dui beli kapal dan bot ...
      buat standby ... bila tidak banjir , bot itu untuk kroni tangkap ikan .
  • Mohd Azizie Abd Aziz · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    TPM buat duit negara macam duit mak bapak dia. Ini adalah satu contoh pemimpin zalim.

    Negara kita ni diambang kehancuran, tapi para elit tak peduli..para elit langsung tak kisah suka duka rakyat..why? mantra nasional negara ini adalah..MONEY! money is the supreme lord..hook or by crook must have money..who got money got power maaah! yeehaaaaah!;-)..over 5 decades, para elite dah gasak, rogol, rompak billions of RM..so depa punya hasrat dah tercapai..tapi momentum perlu diteruskan..jadi polisi para pukimak, para perogol, para dajjal perlu didefenkan mati matiaan..don't care how many starve, how many r unemplyed, how many becomes pros..the elites must survive at any cost..and to continue elit's agenda, the mat bons, the atm akan deberikan saki baki tulang..janji mereka dapat defen segala keiblisan..janji kehaprakan puak elite hidup selam lamanya.
  • Gold Power · Top Commenter · University of Gold
    Pak Din, banjir adalah msg dan peringatan dari Allah.Cubalah cari jalan untuk mengurangkan kemaksiatan yg sgt serius pd hari ini.Berbaik-baiklah dgn orang2 soleh dan mohon supaya mereka berdoa agar tidak diturunkan bencana sperti banjir dan sebagainya.
  • Mat Jusoh · Top Commenter · MPSI
    TPM menyerahkan 98 ekor lembu kepada 6 zon di parlimen Pagoh dan jabatan2 kerajaan untuk ibadat korban........... banyaknya TPM kiita ni dapat pahala korban, kalau wang untuk membeli lembu itu, wang rakyat, mengapa nak diperbesar2kan, ini ibadah bukan adat.
    • Syakir Thaqif · Top Commenter
      Mat jusoh tak berapa lama dulu,TS khalid ibrahim pun ada derma lembu korban kat Parlimen Bandar Tun Razak KL, tapi punya lah umno marah dan tuduh seleweng duit kerajaan negeri...umno buat boleh, tapi org lain jangan buat!!!
    • Mat Jusoh · Top Commenter · MPSI
      Syakir Thaqif :Umno semuanya boleh buat, tak ada masaalah, satu masa dulu Tuan Guru N.Aziz di sponser oleh seorang hamba Allah untuk menunaikan haji, disiasat oleh SPRM atas tuduhan menerima rasuah, kes ditutup. tapi klu pemimpin umno x apa..................................
  • Mohd Azizie Abd Aziz · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
    The big problem is, kita punya economic system semakin mencekik rakyat..dulu masa razak, ada elemen socialsm , under control lah siki..tapi sejak si pariah mahataik ambik alih..massive nose dive..the 80's will be remembered as the decade of economic recessions, huge polotical problems..nasib baik jepun ada surplus wang, dan IT revolusi melutup..tapi mahathir the megalomanic thot , it was due to him, the economy was charging at full steam..when the crash came, everyone was being blamed..soros, hedge fund managers, and anwar..and now, we see, a massive drop in our foreign reserves in just 1 year..if no intervention takes place, malaysia will b-come the next cambodia, or even burma..
  • Raja Mohd Shahrim · Top Commenter
    Sekali air bah, sekali pantai berubah.. sekali lagi PRU BN bertukar PR.. hehehe
  • Tengku Utara
    Banjir? Masa ni lah orang BE AND nak buat duit, dari ketua bahaguan sanpai jkkkk semua dapat duit, Bantuan kepada mangsa banjir di pilih, kalau pro PAKATAN memang tak dapat kah bantuan.Kalau penyokong Be End tak kena musibah banjir pun dapat bantuan.Ini adalah antara satu kelemahan dibawah pemerintahan BE END.
  • Lee Chin · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Bagus ! Bila keadaan Buruk, direct tambah peruntukan diperlukan. Rakyat dipentingkan Dulu . Kena pakai duit lebih lor
  • Saadong Toktadoh · Top Commenter · SM Jeli
    Bila kita dah perahu berlainan, semua kayuhan orang tak betul, hahaha bagus betul cara berfikir pengulas kita.
  • Wan Irwan Wan Ismail
    musim banjir nanti ramai laa adun be end masuk tv nnti hulurkan bantuan utk pancing undi...
  • Rosmadi Abu Bakar · Top Commenter
    SYABAS kata AKAN BERLAKU KRISIS AIR..mana satu nak pegang ni?
  • Wan Yuzainal · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
    tnggu la banjir pru13 nnti mgkn umno tk menang 1 kursi pn kn
  • Mazrab Kanan · Top Commenter
    rasa2nya banjir kali ni bolih tenggelamkan bn sekali kot
  • Saidin Jusoh · Top Commenter
    La TPM cakap bab banjir jer? Wakaka...
  • Long Ok · Top Commenter
    jgn lupa kuasa Allah.
  • Tok Kenali
    patut nyer tansri kita msia dh selesai banjir 10 taun lepas lagi.. banjir rakyat lebih penting pada klcc n kl tower lagi.... jom kita sesame buat kerja...
  • Ramesh Rao Adari Naidu · Top Commenter
    Kawan saya kata, dalam islam kita tak boleh tuduh & fitnah orang tanpa bukti yang sah dan DOSA besar di akhirat jikalau dituduh tanpa bukti! dalam perihal ini, anwar dituduh sebagai peliwat sebab ada bukt (saiful)i, pelakon video seks sebab ada video.Chegubard kata rosmah beli cincin , tetapi sehingga ini tak de pun bukti pembelian cicncin! berdosa kah chegubard? tolong jawab!
  • Khalid Ahmad · Maktab Perguruan Lembah Pantai
    Allah Maha Mengetahui siapa yang putar alam dan siapa yang ikhlas dalam perkara ini. Ini adalah bencana yang Allah akan turunkan untuk melihat siapa yang lebih bersabar dan bertakwa. Wak Karno mu gi mengaji lagi lah jangan nak buat komen tapi habuk pun tarak
  • Mohamad Sermin · Top Commenter
    Kalau dah dapat jangka betapa buruknya banjir kali ini tentu persiapan mestilah rapi, bot bot mesti dalam keadaan baik dan boleh digunakan, pusat pusat banjir telah disediakan bantuan untuk mangsa banjir, makanan jauh dari tarikh luput, tilam, bantal selimut dan pakaian telah disediakan dan liputan wartawan janganlah di TV cerita apa yang belaku cerita yang semalam dan bukan siaran terus menerus. makanan terus diberi pada mangsa banjir pada masa diorang tiba ditempat pemindahan banjir dan bukan dah tiga hari berlapar baru makanan tiba.


Bold
Dana projek negeri didakwa disalur ke firma keluarga Taib
Laman web Sarawak Report mendedahkan bagaimana dana bagi projek pembangunan di Kuching disalurkan kepada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menetap di luar negara.

Memetik sebahagian besar maklumat boleh didapati secara umum, dakwa laman web itu, antara projek berkenaan adalah Isthmus Kuching, projek yang dibangunkan bersama oleh kerajaan negeri Sarawak dengan Cahya Mata Sarawak (CMS) yang dikaitkan dengan keluarga Taib.

kuching towerMenurut laman web Isthmus Kuching, pembangunan hotel mewah dan kompleks pejabat mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM2.8 bilion.

CMS pula dalam pengumuman kepada pemegang sahamnya berkata projek bernilai RM380 juta, akan dibangunkan secara usahasama antara anak syarikat CMS Land dengan empat syarikat lain.

Syarikat berkenaan pula termasuk Premier Cottage Sdn Bhd, yang memegang kepentingan 51 peratus dalam projek itu dan lembaga pengarahnya dianggotai oleh Sean Murray, menantu warga Kanada Taib yang berkahwin dengan anaknya, Jamilah pada tahun 1987.

Juga disenaraikan sebagai pengarah Cottage Premier adalah kakak ipar Taib, Gertie Chong dan anak perempuannya yang lain, Hanifah.

Laman web syarikat itu melaporkan bahawa pemegang saham tunggal Cottage Premier adalah sebuah syarikat pesisir luar yang dikenali sebagai Pioneer City Enterprises. Namun laman itu tidak membekalkan profil syarikat mahupun alamat di sebalik telah dianugerahkan projek besar.

NONEMenurut Sarawak Report, Sean juga adalah pengarah bagi syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan Taib. Antara yang paling menonjol ialah Sakto Corporation di Kanada, yang dibiayai dengan pinjaman tanpa faedah daripada pemegang saham yang tidak dinamakan.

  • Mohd Zakri · Pengulas Tertinggi
    Adakah anda dah jemu, bosan, meluat dan hilang kepercayaan pada SPRM dengar laporan tentang Taib Mahmud ni? Sila LIKE.
    • Katak Lompat · Pengulas Tertinggi
      AKU SUKA TAIB NI BELAAN UMNO. .LAGI LAMA DIA JADI KM ,LAGI AKU GUMBIRA. .KITA JANGAN SUROH DIA BERHENTI. .SAMPAI BN MAMPOS
    • Udin Dien · Pengulas Tertinggi · Pondok jer
      beruntung la org sarawak punya pemimpin yg pandai berbisnes...tu yg parti dia menang besar tu..
    • Adawiyah Mjay · Pengulas Tertinggi · UITM
      Katak Lompat: SPRM xnk siasat lion2 ni., xpenting. yg pnting kalau seleweng RM 2 ribu lbh cam kes beli bendra olh beng hock yg dianggap mengancam keselamatan dan blh memufliskan negara.
  • Marimuthu Pachayappan · Pengulas Tertinggi · Universiti Utara Malaysia
    Hei, nama menantunya Sean Murray, jadi dia bukan Islam le... Bagaimana org Islam kat Malaysia tak mengamok kerana menantu pemimpin pun tak nak masuk masuk Islam..
    • Kalana Drahman · Kolej Abang Haji Abdillah, Kuching
      Nama tdk mencerminkan pegangan. Islam tdk melarang umatnya mengguna apa saja nama asalkan tdk memberi maksud yg tdk baik.
    • Mnazrima Mdb · Pengulas Tertinggi · UTM
      Kalana Drahman : Pertama2 yg mmbezakan org islam dgn org kapiq adalah krn nama... Kalu pasal nama dah nmpak si Mat Saleh tu keberatan nk tukar, apelagi la dlm hal amalan (yg kena buat dan yg kena tinggalkn)... Yg paling payah si Mat Saleh ni nk tinggal aku rasa dlm soal mkn minum...Tang minum arak 2 yg payah ckit dia nk tinggal.... Jd kalu dia dok luar negara kalu dia masih bernama Sean Murray dia xyah malu2 kalu nk togok brandy atau tod di tmpat terbuka atau tertutup.... x gitu??...
    • Kalana Drahman · Kolej Abang Haji Abdillah, Kuching
      MM: Sebagai org islam, kita tak boleh bersangka buruk sesama saudara seislam. Tambah-tambah kalau kita ceritakn sangkaan buruk tersebut pada org lain. Ianya akn jadi fitnah. Mampukah kita nak minta ampun pada empunya badan. Di akhirat kita pun tak tau apa nasib kita...
    • Marimuthu Pachayappan · Top Commenter · Universiti Utara Malaysia
      Klu namanya Sean Murray bin Abdullah saya terima. Nama mat saleh ni Sean Murray je KD....Yg bukan Islam kahwin dgn org Islam kena peluk Islam....Tapi kenapa tekecuali dlm kes menantu Ketua Menteri Sarawak.....
    • Jek Kraker
      Mnazrima Mdb mazhab mana yg kata kena tukar nama? nak guna nama apa2 pon asalkan tidak memberi makna yg buruk. Nak guna nama Ah Chong pon bleh.. bukan haram or berdosa?
  • Raja Mohd Shahrim · Top Commenter
    Bila pegang kuasa, takut hilang kuasa, bila dah kaya, nak lagi kaya, bila bini mati, nak bini muda, bila rakyat menderita, dia tambah harta, inilah contoh klasik kepimpinan BN, tak kiralah dari PBB, UMNO atau komponen lain.
  • William Lau · · Top Commenter · Works at Kerja sendiri
    wah........... satu lagi pendedahan oleh sarawak report. pendedahan ini membolehkan rakyat buat penilaian terhadap pemimpin mereka dan akan menggunakan bahasa undi di pru 13.
    • Choong Yian · · Top Commenter
      Senang saja, bila duit federal dah masuk lepas tu company2 Taik Mahmud akan terima contract lepas tu takde hal la., kes beres dan SPRM pun makan taik.
  • Sabahsarawak John · Top Commenter · Oxford university london
    taib mahmud ini kaum dayak tapi dah masuk islam , anak2 dia kat luar negara semua kahwin dengan (MAT SALEH) dah masuk kristian ikut suami mereka, pakai baju pun nak (tayang) buah dada, siapa yg berani tegur mereka (murtad), ketua menteri sarawak ini ialah terkaya dimalaysia, dia ini kalis dan kebal dari segala undang2 dimalaysia dah beratus2 tuduhan rasuah terhadapnya, tapi sprm pun tak berani nak sentu dia , dia dan cronie2nya saja kaya raya disarawak ini. (BN dan umno) pun tak berani nak tegur dia sebab kemenangan BN disarawak bergantung pada dia, 1 teguran saja (BN AKAN TUMBANG) untuk selama-lamanya.
    • Adawiyah Mjay · Top Commenter · UITM
      s.John: o.. taib ni org dayak..? ingatkn cucu king solomon, ke. kaye xmasuk akal.. mmg dahsyat 13 si taib ni ye.. dia sorang blh bodoh2kn semua rkyat srawak. xpe ke..?
    • Sahari Nazri · Top Commenter
      John kau ni dari planet mana? Komen tu pakai otak sikit!
    • Adawiyah Mjay · Top Commenter · UITM
      Alis Ijon
      i c.. sy ingt si taib tu BN.. sy ckp ikut persepsi? mmg la. persepsi kau dh rosak kot, sbb kalau kau xsetuju persepsi sy, mknanya pd pndgn kau si taib tu zuhud mcm nik aziz la, gitu? mati pn, dia xblh jd sehebat nik aziz! xpyh mimpi la ogr cm gitu. ble masa sy kata org srwk bodoh, ek? kalau kau sorang bodoh, jgn samakn SEMUA org srwk mcm kau. sy mmg blm gi srwk. biase gi perth, london, toronto je. sblm ni nk la jgk ziarah srwk, dh satu tanahair, kn. member pn ramai org sana. tp tgk perangai korng cmni, gi umrah lg brfaedah. sy pelik, la. knp korng rse trhina sgt kalau org kte srwkian tggl di rmh pnjg ke? spatutnya, korng bngga dgn adt resam, budaya korng yg xade pd bngsa, etnik lain. sbb itulh yg mnjadikn malaysia unik. barulh seronok hidup ni punya kwn dr plbagai suku kaum. blaja2 lh campur org, ye. xpyhla nk xtreme sgt..
  • Obserber Politik Bebas · Top Commenter · 21 years old
    Bravo usahawan yang berjaya dulu kaum Cina yang kaya raya, sakarang apa salahnya keluarga Taib pula yang kaya, Melayu mudah cemburu iri hati atau kata Mat Dir Melayu mudah lupa. Harap PRU 13 buka mata buka hati, kali ini nak sokong BN lagi, kalau sokong jangan marah dan merungut.
    • Haifa Fazwin · Centre for Foundation Studies IIUM
      Biarlah rasuah ke menyelewengke asalkan duit dapat kepada orang BN bukan Pakatan. Pakatan ni dengki aje. Orang BN akan kayaraya dan naik kereta besar; orang serawak duduk rumah panjang tu pun kira ok dah. Dulu sebelum BN perintah bumi kenyalang orang serawak tinggal atas pokok aje.... hidup BN......
    • Katak Lompat · Top Commenter
      Haifa Fazwin AKU SETUJU. .TUNGGU YEH CEPAT LAH BN MAMPOS
    • Muhammad Danial · USM, Penang, Malaysia
      sapa kata taib melayu ???? check dulu bangsa apa dia ni, menantu dia dan ahli keluarga dia.. tak ada sorang pun melayu.
    • Yusuf Jalli · Universiti Malaya
      Haifa Fazwin pokok mana? kalau waktu tu tinggal atas pokok, org Malaya pun sama. (MAAF, PENSYARAH,SAHABAT DAN SEMUA TEMAN: KOMEN INI KHAS UNTUK HAIFA FAZWIN SAHAJA).
      Aku tak jumpa pun mana2 sumber yang merujuk kpd pokok sebagai tempat tinggal. Yang ada GUA, PONDOK, RUMAH PANJANG ASLI. Sekarang pun, nak jumpa RUMAH PANJANG ASLI begitu sukar. RUMAH PANJANG SARAWAK SEKARNG RUMAH TERAS YG BERLAMBAK KAT KL. BERGANTUNG KPD STATUS. Kebanyakkan rumah mereka besar dan LUAS. Bukan rumah KOTAK. Diperbuat drp KAYU JATI. RUMAH BURUNG mcm flat kat KL tak sesuai.

      Pesan saya, kalau nak KRITIK< BIDAS< KUTUK TAIB MAHMUD, JGN kutuk sekali ORG Sarawak.
    • Min Almy · Top Commenter · SMK Rosli Dhoby Sibu,Sarawak
      Muhammad Danial : betul2 keluarga Taib yg berdarah melayu hanya tinggal berapa peratus je...
    • Min Almy · Top Commenter · SMK Rosli Dhoby Sibu,Sarawak
      Haifa Fazwin : ha..ha..itulah kata2 org bawah tempurung, yg tak pernah lihat keadaan rakyat ngi kame...
    • Palanuk Mantad Poropot · Top Commenter · Aiso sinikulan
      Muhammad Danial

      Taib tu Melanau la...mana si Taib suka local girl/men ooo bukan taste famili dialah...1st wife ?...2nd Wife?...
    • Min Almy · Top Commenter · SMK Rosli Dhoby Sibu,Sarawak
      Palanuk Mantad Poropot : melanau, betul lah tu..
    • Palanuk Mantad Poropot · Top Commenter · Aiso sinikulan
      Min Almy
      hidup berdarjatkan wang, harta melimpa ruah jd junjungan..haha
    • Oscar Charlie
      Muhammad Danial - si Haifa Fazwin ni bodh atau pun memang spesis taik mahmud sebab tu saja-saja mcm babi tak tau sapa taik tu!!!
    • Palanuk Mantad Poropot · Top Commenter · Aiso sinikulan
      Haifa Fazwin
      ...paling tidak, biar kami hidup papa kedana tinggal atas pokok kah tapi kami tak pernah merantau tipu orang, makan hasil usaha orang lain.kami masih mampu meneroka tanah tumpah kami sendiri bukan lah mcm kamu yg asyik merebut hak orang lain di negeri orang (Sabah&Sarawak)...
    • Min Almy · Top Commenter · SMK Rosli Dhoby Sibu,Sarawak
      Palanuk Mantad Poropot : dia tu pandai hina kita sj..tapi ntah2 selangkah kaki pun tak pernah keluar dr ngrinya...itulah cakap mcm katak bawah tempurung...dia hanya tahu apa yg gelap dn berlendir dn brlumut spt yg dia lihat...kasihan kan org mcm dia..
    • James Valentino Js · Top Commenter · SEGi College Malaysia
      taib bukan melayu.....bodoh orang sarawak,yg layak iban...yg kipas cina yang mengampu melayu.....tangkap taib punya
    • Ramli Asmuni
      Min Almy x palah ma yg penting skrg gerakan seluruh rakyat serawak yg dahagakan keadilan utk menyokong pr pada pru 13 nanti.
    • Ramli Asmuni
      pmp, bagi pr pegang putra jaya baru dia tau langit tinggi rendah
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Kalau nak jadi usahawan dan koprat berundurlah dari politik, osah jadi menteri, jika mau berpolitik jangan jadi usahawanan dan koparat.. jangan macam serampang dua mata?..
    • Aliasl Llyask · Kuli Looking For Money at Nanga Mandai
      Haifa Fazwin pelir ko..
    • Mc Kifuera
      Haifa Fazwin ...........cakap 2 belapik skit!!!!!! Jangan otak letak kat kepala lutut,...Kami org2 Sarawak dri dlu sampai la ni,x pernah dok atas pokok!!!
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Saya dengar orang cerita ayah kepada ibu(datuk) Taib orang berasal Semenanjung..
    • Adawiyah Mjay · Top Commenter · UITM
      Palanuk Mantad Poropot : rasa saya, haifa maksud bukan srawak sabah org hina mauk. haifa taib marah jugak. sekarang faham sudah..?
    • Rosma Siforan · UITM
      Muhammad Danial, Taib bangsa melanau
    • Adawiyah Mjay · Top Commenter · UITM
      Mc Kifuera : sabar, bah.. jgn marah haifa, bkn dia yg rompak harta, tanah org sarawak..
    • Roland Junior · · Puchong
      Muhammad Danial hahaha betul2 sapa kata taib mahmud melayu...kah2
    • Sahari Nazri · Top Commenter
      Haifa Fazwin CaKAP TU JANGAN MAIN SEDAP MULUT SAJA !!
    • Roland Junior · · Puchong
      Haifa Fazwin engkau jeles ka tgok org srwk ka?? hahaha cakap xserupa bikin......
    • Alis Ijon · Universiti Kebangsaan Malaysia
      betul tu Obserber Politik bebas..kalu Melayu kaya di kutuk, cemburu, tapi kalau bangsa lain junjung pulak..peace
  • M Ganeson Munu · Top Commenter
    rompakan ini SPRM tak nampak punya.. dengan berkata document semua lengkap dan mengikut undang undang.. tiada yang salah... yang kopak rakyat malaysia khasnya rakyat di serawak..
  • Pemuda Pewaris Malaya · Top Commenter
    Tak habis-habis lagi cerita Matmat KM Sorang ni..menngabiskan $$$ nyusahkan rakyat....tak de kerja lain ke....nak kaya macam mana lagi anak beranak cucu cicit dia sorang...rakyat lain bior lantak susah ke..tak guna punya Ketua Menteri....bila nak berhenti ni...sila like utk KM ni berhenti.
    • Aliza Liza · Multimedia University
      Pemuda dan rakan2..Tawaran semakin dahsyat dari MOMB... TANPA modal Pemuda dan rakan2 berpeluang mendapat meraih pendapatan lumayan...Menarik bukan!! just daftar percuma sahaja... .tunggu apa lagi? Nak komisyen RM100 tanpa keluar modal,daftar percuma @ subcibe nama dan email Pemuda dan rakan2 sekarang di http://view.my/impian4u
  • Fine Steven · Top Commenter · Smk trusan '08
    salahnya org sarawak gak.ada peluang tumbangkn taib mahmud tp x gunakn.dpt habuant c kit je dri taib tu ati trus brubah.pd yg x undi taib syabas d ucapkn.truskn perjuangan anda.
  • Ramdhan Mohamad · Top Commenter · Tukang Paip at SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD (SYABAS)
    sarawak darul taib. sapa berani tegur taib kalau pm pun tak berani nak suruh dia letak jawatan? rosmah? kahkahkah

سُوۡرَةُ المُلک
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
تَبَـٰرَكَ ٱلَّذِى بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ (١) ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ (٢) ٱلَّذِى خَلَقَ سَبۡعَ سَمَـٰوَٲتٍ۬ طِبَاقً۬ا‌ۖ مَّا تَرَىٰ فِى خَلۡقِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ مِن تَفَـٰوُتٍ۬‌ۖ فَٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ هَلۡ تَرَىٰ مِن فُطُورٍ۬ (٣) ثُمَّ ٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ كَرَّتَيۡنِ يَنقَلِبۡ إِلَيۡكَ ٱلۡبَصَرُ خَاسِئً۬ا وَهُوَ حَسِيرٌ۬ (٤) وَلَقَدۡ زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَـٰبِيحَ وَجَعَلۡنَـٰهَا رُجُومً۬ا لِّلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ (٥) وَلِلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّہِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ‌ۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ (٦) إِذَآ أُلۡقُواْ فِيہَا سَمِعُواْ لَهَا شَہِيقً۬ا وَهِىَ تَفُورُ (٧) تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ ٱلۡغَيۡظِ‌ۖ كُلَّمَآ أُلۡقِىَ فِيہَا فَوۡجٌ۬ سَأَلَهُمۡ خَزَنَتُہَآ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ نَذِيرٌ۬ (٨) قَالُواْ بَلَىٰ قَدۡ جَآءَنَا نَذِيرٌ۬ فَكَذَّبۡنَا وَقُلۡنَا مَا نَزَّلَ ٱللَّهُ مِن شَىۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِى ضَلَـٰلٍ۬ كَبِيرٍ۬ (٩) وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِىٓ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ (١٠) فَٱعۡتَرَفُواْ بِذَنۢبِہِمۡ فَسُحۡقً۬ا لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ (١١) إِنَّ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَيۡبِ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَأَجۡرٌ۬ كَبِيرٌ۬ (١٢) وَأَسِرُّواْ قَوۡلَكُمۡ أَوِ ٱجۡهَرُواْ بِهِۦۤ‌ۖ إِنَّهُ ۥ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ (١٣) أَلَا يَعۡلَمُ مَنۡ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلۡخَبِيرُ (١٤) هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولاً۬ فَٱمۡشُواْ فِى مَنَاكِبِہَا وَكُلُواْ مِن رِّزۡقِهِۦ‌ۖ وَإِلَيۡهِ ٱلنُّشُورُ (١٥) ءَأَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يَخۡسِفَ بِكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فَإِذَا هِىَ تَمُورُ (١٦) أَمۡ أَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يُرۡسِلَ عَلَيۡكُمۡ حَاصِبً۬ا‌ۖ فَسَتَعۡلَمُونَ كَيۡفَ نَذِيرِ (١٧) وَلَقَدۡ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ فَكَيۡفَ كَانَ نَكِيرِ (١٨) أَوَلَمۡ يَرَوۡاْ إِلَى ٱلطَّيۡرِ فَوۡقَهُمۡ صَـٰٓفَّـٰتٍ۬ وَيَقۡبِضۡنَ‌ۚ مَا يُمۡسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحۡمَـٰنُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ شَىۡءِۭ بَصِيرٌ (١٩) أَمَّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى هُوَ جُندٌ۬ لَّكُمۡ يَنصُرُكُم مِّن دُونِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ‌ۚ إِنِ ٱلۡكَـٰفِرُونَ إِلَّا فِى غُرُورٍ (٢٠) أَمَّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى يَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُ ۥ‌ۚ بَل لَّجُّواْ فِى عُتُوٍّ۬ وَنُفُورٍ (٢١) أَفَمَن يَمۡشِى مُكِبًّا عَلَىٰ وَجۡهِهِۦۤ أَهۡدَىٰٓ أَمَّن يَمۡشِى سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٢٢) قُلۡ هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَكُمۡ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَ‌ۖ قَلِيلاً۬ مَّا تَشۡكُرُونَ (٢٣) قُلۡ هُوَ ٱلَّذِى ذَرَأَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَإِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ (٢٤) وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٢٥) قُلۡ إِنَّمَا ٱلۡعِلۡمُ عِندَ ٱللَّهِ وَإِنَّمَآ أَنَا۟ نَذِيرٌ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٦) فَلَمَّا رَأَوۡهُ زُلۡفَةً۬ سِيٓـَٔتۡ وُجُوهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَقِيلَ هَـٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تَدَّعُونَ (٢٧) قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَهۡلَكَنِىَ ٱللَّهُ وَمَن مَّعِىَ أَوۡ رَحِمَنَا فَمَن يُجِيرُ ٱلۡكَـٰفِرِينَ مِنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (٢٨) قُلۡ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ءَامَنَّا بِهِۦ وَعَلَيۡهِ تَوَكَّلۡنَا‌ۖ فَسَتَعۡلَمُونَ مَنۡ هُوَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٢٩) قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَصۡبَحَ مَآؤُكُمۡ غَوۡرً۬ا فَمَن يَأۡتِيكُم بِمَآءٍ۬ مَّعِينِۭ (٣٠)

Surah Al-Mulk
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (1) Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2) Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (3) Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). (4) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang. (5) Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (6) Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. (7) Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? (8) Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! (9) Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka. (10) Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli Neraka. (11) Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (12) Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (13) Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (14) Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (15) Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (16) Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (17) Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. (18) Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (19) Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. (20) Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (21) Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? (22) Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (23) Katakanlah lagi: Dialah yang mengembangkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (24) Dan mereka (yang ingkar) berkata: Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar? (25) Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata. (26) Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!. (27) Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan) atau Dia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?. (28) Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): Allah Dialah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata. (29) Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. / (30)

Tiada ulasan: