KUALA LUMPUR, 30 Nov: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'.
Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri.
"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.
"Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau mengulas ucapan Muhyiddin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.
Dalam ucapannya, Muhyiddin tanpa segan silu membidas DAP, PKR dan PAS dengan kata-kata penuh penghinaan.
DAP dilabel parti cauvinis Cina yang jahat dan mahu menubuhkan negara republik.
PKR pula dituduh sebagai parti ultraliberal yang hanya berjuang untuk Datuk Seri Anwar manakala PAS pula bukan lagi memperjuangkan Negara Islam kerana mengangkat Negara Berkebajikan.
Mengulas lanjut Salahudin bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas ucapannya itu yang secara tidak langsung mengakui PAS berada di persada politik tanah air.
"Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau.
"Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya.
Rasis: Terima Kasih Umno Firdaus Jaafar | Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslan, jelas UMNO/BN sudah tidak ‘ketahuan’ lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang ‘sakaratul maut’.
Umum mengetahui bahawa UMNO selama ini menang di dalam pilihanraya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan undi melayu namun memerlukan ‘tongkat’ kaum lain terutamanya kaum Cina untuk menampung hayat mereka. Mengimbau kembali sejarah pilihanraya umum 1999 ketika mana bangsa melayu bangkit menolak UMNO/BN akibat ‘buah tangan’ isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, parti melayu ini di’selamat’kan oleh undi kaum lain selain daripada memanupulasi undi pos. Jadi apakah Mahyuddin dan Ahmad Maslan tidak belajar daripada peristiwa tersebut?
Ucapan Muhyiddin ketika merasmikan persidangan tiga sayap UMNO di Kuala Lumpur adalah dengan berniat jahat kononnya DAP parti yang paling ‘rasis’, mahu mewujudkan negara republik dengan mengenepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam adalah tidak benar sama sekali. Bagaimana seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran boleh mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. Jadi amat malanglah bagi para guru mempunyai menteri yang bersikap sebegini.
Begitu juga dengan Datuk Ahmad Maslan yang berkata bahawa Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), ucapkan ‘selamat tinggal’ kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja. Seterusnya beliau menambah lagi dengan mengatakan juga ‘Selamat tinggal’ kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian (merujuk kepada usahasama PAS di dalam Pakatan Rakyat). Bukankah ucapan-ucapan ini boleh mencetuskan rasa kurang senang dan tidak puas hati dikalangan orang melayu yang boleh membawa kepada rusuhan kaum? Apakah mereka lupa apa yang terjadi kepada tulisan jawi? DAP yang yang mengharamkannya? Bagaimana pula nasib yang menimpa Dewan Bahasa Dan Pustaka? Kemana perginya Saham Bumiputera yang bernilai puluhan bilion ringgit? Bukankah PPSMI diluluskan oleh UMNO/BN yang menyebabkan ramai pelajar melayu terutamanya di yang tinggal dipendalaman ketinggalan? Mengapa Undang-undang Murtad tidak digubal sedangkan sebelum ini berapa ramai melayu UMNO yang mengaku perjuangkan bangsa dan agama menjadi ahli parlimen?
Atas dasar inilah, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru kepada kaum lain terutama Kaum Cina agar bertindak ‘mengajar’ UMNO/BN di dalam pilihanraya yang akan datang kerana sudah jelas dan nyata punca kepada perpecahan kaum yang berlaku adalah kerana selagi wujudnya parti yang berteraskan bangsa ini. Mereka bukannya menghentam DAP secara khusus akan tetapi yang tersiratnya adalah menghina Kaum Cina keseluruhannya setelah mereka menemui jalan buntu untuk mendapatkan kembali sokongan dan undi kaum tersebut. DAP yang bertindak memperjuangkan keadilan sehingga sanggup memecat mana-mana ahlinya yang didapati menyalahguna kuasa dituduh dengan bermacam-macam tuduhan dan tohmahan. Tidak sepertimana UMNO/BN yang bertindak membela Shahrizat yang dituduh menyelewengkan RM250juta tanpa dibawa kemuka pengadilan. Rekod pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang dipuji oleh Audit Negara tidak diendahkan. Begitu juga nasib rakyat Pulau Pinang lebih terbela tanpa mengira bangsa dan parti berbanding di zaman pemerintahan BN dahulu juga di’gelap’kan oleh mereka.
Ayuhlah bersama di dalam Pakatan Rakyat demi untuk menjamin kesejahteraan antara kaum dan agama supaya hidup akan lebih harmoni dan tenteram daripada pemikiran politik sempit UMNO/BN. Terima kasih diucapkan kepada UMNO kerana dengan ucapan-ucapan sebegini akan menyebabkan rakyat semakin muak dengan perangai dan tingkahlaku mereka. Sudah sampai masanya mereka di’didik’ dengan ‘bahasa’ undi kerana hanya itu sahaja ‘jalan’ yang paling sesuai dan mudah difahami oleh UMNO/BN.
Aziz Muda | KUALA LUMPUR, 30 Nov: PAS membidas sikap tidak bertanggungjawab ahli-ahli Parlimen Umno BN yang membuat tuduhan-tuduhan jahat terhadap parti itu dan Pakatan Rakyat, khususnya berhubung penyediaan perumahan kepada rakyat.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sebaliknya, PAS tidak sekali-kali akan menghalang sebarang projek perumahan untuk rakyat sekiranya ia benar-benar untuk rakyat dan dibuat kena dengan caranya.
Katanya, tentangan dan halangan yang diberikan oleh PAS berhubung sesuatu perkara mempunyai asas yang kukuh dan tidak sekali-kali untuk menyusahkan rakyat.
"Sekiranya satu-satu projek itu untuk rakyat dan dibuat kena dengan caranya, PAS tak halang. PAS tak akan halang atas sebab politik sebab susah nak jawab dengan Allah nanti," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ketika berucap membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011 bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas dan menyimpang sama sekali dengan realiti halangan PAS mengenai sesuatu projek yang dibuat oleh Kerajaan BN.
Sebelum itu Ahli Parlimen Tenggara (BN) ketika berucap membahaskan rang undang-undang itu memuji langkah Perdana Menteri membentangkan rang undang-undang berkenaan kerana didakwa amat baik untuk rakyat, tidak seperti pembangkang yang didakwa pasti membangkang projek-projek untuk kepentingan rakyat.
Menurut Siti Mariah, tuduhan tersebut ternyata tidak berasas, malah PAS pasti bersetuju sekiranya sesuatu projek yang dibuat itu sememangnya benar-benar untuk kepentingan rakyat dan tidak mengandungi motif tertentu dari para pemimpin Umno BN bagi kepentingan peribadi mereka.
Beliau bagaimanapun hairan dengan tindakan Kerajaan BN yang membentangkan rang undang-undang tersebut sehingga terpaksa diwujudkan satu lagi perbadanan untuk melaksanakannya yang dinamakan Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia.
Katanya, penubuhan perbadanan itu jelas kelihatan sesuatu yang sia-sia, malah akan mempertingkan lagi kos atau perbelanjaan kerajaan.
"Kini pihak Kerajaan telah menubuhkan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan telah memperkenalkan beberapa program termasuk Rumah Mampu Milik dan Rumah Mesra Rakyat, tapi apa guna diwujudkan satu lagi pernbadanan baru itu," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempersoalkan kemampuan pengerusi dan kakitangan perbadanan itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, memandangkan SPNB sendiri sebelum ini telah gagal melaksanakan peranannya dengan baik.
"Apa rasionalnya penubuhan perbadanan itu? Mungkinkah ia hanya akan mengulangi lagi kesilapan yang lalu seperti yang telah berlaku dalam SPNB," ujarnya.
Kewujudan perbadanan tersebut diyakini menyebabkan negara semakin kehilangan tanah-tanah rezab kerana ia pasti mempunyai kuasa lebih meluas untuk pengambilan tanah rezab bagi pelaksanaan projek itu.
"Sebelum ini tanah rezab sudah banyak diambil tapi tidak pun digantikan dan tindakan ini jelas bertentangan dengan Akta Tanah Negara," katanya.
Beliau juga bimbang rumah-rumah yang didirikan itu nanti gagal dibeli oleh mereka yang benar-benar memerlukan rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, sebaliknya akan dimiliki oleh kroni-kroni pemimpin Umno BN dan mereka yang berpendapatan tinggi sekitar RM7,000 sebulan. | **Mohd. Firdaus Jaafar adalah Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
Aslani M | KOTA BHARU, 30 Nov: Tindakan tergesa-gesa kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman dan diluluskan semalam disifatkan sebagai tindakan terdesak bagi menghadapi kebangkitan rakyat. Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentang RUU tersebut pada 24 November lalu merupakan langkah mundur ke bekalang. ”Hakikatnya RUU yang baru dilulus itu lebih teruk berbanding Seksyen 27 Akta Polis. Di bawah akta lama denda dikenakan sebanyak RM2,000 jika sabit kesalahan. “Manakala rang undang-undang yang baru diluluskan memperuntuk denda sehingga RM20,000 bagi kesalahan sama,” katanya di sini. Semalam parlimen meluluskan RUU Perhimpunan Aman biar pun ditentang hebat Pakatan Rakyat, Majlis Peguam dan pelbagai pihak lain. Anggota parlimen Pakatan bertindak keluar dewan sebagai membantah tindakan kerajaan BN. Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang mempersoalkan kenapa kerajaan BN terlampau gerun dan bimbang menghadapi perhimpunan aman oleh rakyat. Menurutnya perhimpunan aman yang diadakan tidak pernah mencetuskan masalah kecuali diprovokasi pihak tertentu. Kata beliau di Kelantan, Pemuda Umno pernah mengadakan perhimpunan di hadapan Kota Darulnaim bagi menyerahkan memorandum isu Ladang Rakyat pada 16 Mei lalu. ”Saya turut menyaksikan perhimpunan tersebut dilaksanakan dan berjaya menyerah memorandum kepada pihak kerajaan negeri. Dalam hal ini kerajaan negeri bersikap terbuka,” ujarnya. Oleh itu kata beliau tidak ada sebab kerajaan menaruh bimbang terhadap perhimpunan aman yang dijamin haknya di sisi Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga berkata, biar pun pelbagai undang-undang dicipta bagi menyekat kebebasan rakyat, namun kebangkitan mereka tidak dapat dibendung seperti berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan beberapa buah negara Arab lain. ”Kebangkitan rakyat menyaksikan jatuhnya kuasa-kuasa diktator apabila mereka terlampau meluat dengan sikap pemimpin yang berlindung di sebalik tembok kuasa,” tambahnya.
Muhammad Faizal | KUALA LUMPUR, 30 Nov: AJK PAS Pusat, Khalid Samad (gambar) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan DAP ganti PAS membuktikan Umno sekarang sudah kekeringan idea.
Beliau yang ditemui di Parlimen hari ini memberitahu apa yang Muhyidin katakan itu jelas menggambarkan pemikiran Umno selama ini yang mana pendapat mereka Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu.
"Umno sebenarnya tidak faham ajaran Islam dan mereka hanya mengganggap Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu dan apabila siapa yang menentang Umno bagi mereka akan menentang Islam.
"Bagi mereka apa yang canggah dengan kepentingan Melayu maka bercanggah tuntutan Islam kerana mereka anggap hanya Umno memperjuangkan Islam kerana Umno memperjuangkan Melayu," jelasnya.
Khalid juga pendirian PAS cukup jelas terhadap perlaksanaan hukum hudud dan DAP sendiri pun menghormati pendirian tersebut.
"DAP ganti PAS itu tidak timbul apatah lagi mengatakan DAP lebih Islam dari PAS kerana masing-masing faham dengan pendirian masing-masing terutamanya tentang hukum hudud.
"Kalau ingin bandingkan dengan pendirian Umno di mana sebelum ini MCA membuat pendirian anti hudud dan Umno terpaksa mendiamkan diri dan saya rasa amat jelas siapa yang tuduh siapa dalam soal agama dan siapa yang tuduh.
"Ini hanyalah tuduhan retorik yang mengatakan PAS tunduk kepada DAP, malah tidak ada bukti yang mengesahkannya malah apa yang dilakukan sekarang adalah beberapa pendirian tuntutan PAS dan DAP adalah sama seperti menentang Rang Undang-Undang Berhimpun Aman (RUU) semalam," sambungnya.
Tambahnya, tuntutan bersama itu bukannya menunjukkan kita tunduk kepada DAP, itu adalah sebahagian yang dituntut oleh Islam terutamanya dalam soal RUU.
"Seperti apa yang diperkatakan oleh Presiden PAS semalam bahawa apa yang dilakukan oleh Umno bercanggah dengan tuntutan Islam yang menuntut setiap anggota dari umatnya memperjuangkan keadilan dan kebenaran.
"Mereka perlu diberi ruang seluas-luasnya untuk memperjuangankan kebenaran dan keadilan itu tetapi Umno telah menafikan tuntutan tersebut dengan menghadkan tuntutan yang dibenarkan oleh Islam.
"Islam bukan sahaja membenarkan tetapi mengalakkan perhimpunan aman itu tetapi apabila kita mempertahankan hak rakyat dan DAP juga sama pendiriannya kita pula dikatakan tunduk pada DAP," jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.
Khalid secara jelas Umno sebenarnya tidak faham ajaran Islam dan tuduhan DAP tunduk pada PAS sebenarnya perlu dituju kepada Umno yang dicangkuk hidung oleh MCA.
"Dalam pada itu kenyataan Umno mengambarkan mereka terdesak dalam mencari sokongan undi dari orang melayu sehinggakan sanggup memainkan isu-isu perkauman.
"Mereka takut dengan sokongan orang melayu terhadap PAS dan sekarang mereka mengapi-apikan sentimen tersebut agar orang melayu membencikan PAS.
"Rakyat perlu tahu siapa yang memperalatkan Islam dan siapa yang diperalatkann, Umno kekeringan idea untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang," sambungnya lagi. Krisis Felda: Singkirkan saja Isa Khairil Abdul Rahim | Apabila Tan Sri Isa Samad bertegas beliau tidak akan sekali-kali meminta maaf kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman yang mendakwa Pengerusi Felda itu telah menghina beliau, maka bermulalah satu episod hitam dalam sejarah Felda.
Belum pernah berlaku cabar mencabar dan suasana ‘panas’ di antara komuniti peneroka dengan pengurusan tertinggi Felda, sehinggalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang pernah digantung keahlian kerana kesalahan rasuah politik Umno itu dilantik menjadi Pengerusi Felda pada 1 Januari 2011 menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda.
Sebelum ini beliau yang dikenali di kalangan peneroka dengan panggilan Pak Sam, dalam satu sidang akhbar bersama (JKPP) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda, telah memberi tempoh 14 hari kepada Isa supaya memohon maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka atau menghadapi tindakan saman.
Isa didakwa mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia".
Kata-kata yang dianggap menghina warga peneroka itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan koperasi peneroka di Melang Inn, Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu. Sementara klip video ucapan Isa itu tersebar luas di internet.
‘Konfrontasi’ antara peneroka dengan Pengerusi Felda bermula apabila Isa dilantik secara kontroversi menjadi Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dengan mengenepikan Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab (Datuk Zul). Hasilnya, dikatakan kepimpinan Felda terpecah dua kepada dua kelompok.
Menurut edaran media Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya di dalam KPF adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai Pengerusi KPF adalah hanya bertaraf kontrak sedangkan Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap.
Akan tetapi yang menjadi kehairanan semua ialah apabila pada 23 Jun 2011 (sehari sebelum Mesyuarat Agung KPF bagi tahun 2011) beliau tiba-tiba telah menjadi ahli KPF.
Sudahlah begitu, tidak sampai dua bulan selepas menjadi ahli KPF, Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri (PM) iaitu Datuk Aziz telah menulis surat bertarikh 15 Ogos 2011 kepada Isa memaklumkan bahawa PM telah bersetuju supaya Isa dilantik sebagai Pengerusi KPF yang baru dengan mengenepikan begitu sahaja Datuk Zul, yang belumpun sampai dua bulan disahkan pelantikannya sebagai Pengerusi KPF dalam mesyuarat agung.
KPF sememangnya dilihat sebagai ‘lombong emas’. Sebagai sebuah koperasi terkaya di Malaysia maka tidak hairanlah KPF menjadi sasaran rebutan. Setakat ini, keahliaan KPF telah mencecah 220,210 orang ahli dengan 193,506 orang ahlinya iaitu sekitar 87.9% adalah dari kalangan peneroka Felda, ahli keluarga dan generasi kedua.
Berbalik kepada konfrontasi antara peneroka dengan Isa, pertembungan memuncak apabila Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan bajet pada 7 Oktober lalu mengumumkan Felda akan disenaraikan dalam bursa saham melalui Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).
Pada masa ini, kepentingan dan hak seramai 220,210 orang peneroka, anggota keluarga peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda mempunyai pegangan ekuiti sebanyak 51% di dalam Felda Holding Berhad (FHB) yang dipegang melalui KPF. Manakala baki pegangan sebanyak 49% di dalam FHB adalah dipegang oleh FGVH yang dimiliki 100% oleh Felda.
Selama ini FHB dianggap sebuah syarikat yang maju dan berdaya saing. Pada tahun 2009 sahaja, FHB yang menumpukan perniagaannya di dalam negara melalui 47 anak-anak syarikatnya yang aktif telah mencatat perolehan sebanyak RM11.8 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM804.3 juta.
Hasil daripada dividen dan bonus yang dibayar FHB itu telah membolehkan KPF, selaku pemegang saham majoriti di dalam FHB (51%), merekodkan perolehan sebanyak RM15.64 bilion pada tahun kewangan berakhir 2010 dan juga keuntungan sebelum cukai sebanyak RM766,660 juta. Kejayaan ini melayakkan KPF dianugerahkan sebagai Koperasi Terbaik Negara 2010 (kategori kluster besar).
Dalam struktur baru selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, KPF akan melepaskan kepentingan sebanyak 51% di dalam FHB di mana nanti FHB dan seluruh komponennya akan diletakkan di bawah FGVH dan KPF akan memegang kepentingan sebanyak 60% bagi mewakili para peneroka dan kakitangan FELDA.
Kes ini samalah dengan syarikat yang rugi dan lemah boleh ‘menelan’ sebuah syarikat yang maju dan terbukti profitability’nya. Jika FHB selama ini mempunyai track record yang baik, tetapi lain pula dengan FGVH yang menjalankan perniagaan dan pelaburan di luar negara yang mana pencapaiannya begitu mengecewa dan memalukan.
Inilah punca sebenarnya yang membuatkan peneroka mulai menentang keputusan Felda!
Shamsuddin sendiri, berkata penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal perolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada FGVH untuk disenaraikan ke bursa saham nanti. Bagi Naib Presiden Anak, Aris Fezul Ismail, beliau melihat kes ‘Isa lawan Pak Sam’ ini ialah pertembungan antara dua kepentingan iaitu antara kepentingan ‘kroni’ dengan kepentingan peneroka kerana Pak Sam mewakili seluruh warga peneroka.
“Dalam hal ini, kerajaan sepatutnya mendengar suara peneroka dan kebimbangan dan protes oleh Pak Sam ada asasnya kerana rekod FGVH selama ini tidak baik menyebabkan seluruh perniagaannya rugi hampir RM500 juta.
“Kerajaan mesti lakukan sesuatu kerana jika dibiarkan persengketaan antara Isa dengan Pak Sam yang mendapat sokongan padu peneroka ini dibiarkan berlarutan, perjalanan Felda sendiri dikhuatiri boleh pincang,” katanya yang juga anak peneroka Felda Jengka 16.
Bagi Pengarah Task Force Felda PAS Pahang, Yohanis Ahmad pula, jalan terbaik untuk memelihara keharmonian warga Felda ialah kerajaan memecat sahaja Isa daripada semua jawatannya dalam Felda.
“Kita kena ingat Isa hanya seorang ahli poilitik yang dilantik secara kontrak sedangkan Pak Sam mendapat sokongan padu daripada peneroka dan keluarga mereka yang berjumlah kira-kira sejuta orang.
“Sepatutnya kena tengok mana yang lebih ramai. Lagipun kerajaan kena ingat, pelantikan Isa sebagai Pengerusi Felda dulupun dipertikaikan secara terbuka oleh dua orang tokoh terkemuka ekonomi iaitu Prof Dr Zainal Aznam (Penasihat Bank Negara dan Ahli MTEN) dan juga Datuk Tengku Zafrul Tengku Aziz (CEO Maybank Investment). | | | | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan