KUALA LUMPUR, 9 Nov: PKR menasihatkan menteri dan wakil rakyat BN segera menjawab dakwaan mengenai penyelewengan dana rakyat melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Setiausahanya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, selagi mereka mengelak daripada menjawab dakwaan ini, rakyat akan terus mempersoalkan penyelewengan yang terbukti melalui pemindahan dana berjumlah RM83 juta ke syarikat-syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Selain itu, penyelewengan juga terbukti memalui perbelanjaan luar negara dan keraian melampau sehingga mencecah RM828,000 setahun dan pemberian subsidi sebanyak RM3 juta menggunakan wang rakyat kepada restoran Meatworks milik keluarga Shahrizat. "Ketiga-tiga perkara ini masih belum dijawab menteri dan wakil BN. Semakin lama mereka mengelak, semakin rakyat yakin bahawa BN cuba melindungi penyelewengan dalam NFC," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Mengulas lanjut mengenai NFC, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin mempertahankan hanya RM181 juta daripada RM250 juta pinjaman disalurkan kepada NFC adalah satu pembohongan. "Dalam kes pinjaman RM250 juta yang diambil NFC, PKR telah membuktikan bahawa wang-wang pinjaman sebanyak RM130 juta iaitu bayaran pertama dan RM120 juta iatu bayaran kedua telah masuk ke akaun milik NFC. "Bukti jelas menunjukkan keseluruhan RM250 juta disalurkan kepada NFC berdasarkan rekod penyata bank, bukannya diletakkan dalam escrow account seperti yang dinyatakan BN," jelasnya. Tambahnya, akaun-akaun NFC di Maybank dan Public bank bukan atas nama pihak ketiga seperti konsep berbentuk amanah (escrow account) tapi atas nama NFC. Penjelasan Noh bahawa wang selebihnya masih berada dalam escrow account yang dikawal kementeriannya juga tidak boleh diterima kerana daripada rekod kewangan NFC, pelbagai perbelanjaan melampau dan pindahan wang dibuat sepanjang tahun 2008 dan 2009. Selain itu, Saifuddin turut mempersoal cara perbelanjaan melampau yang dilakukan NFC sehingga aset bersihnya berjumlah RM239 juta pada 31 Disember 2009 jika Noh mendakwa hanya RM181 juta yang disalurkan. "Ini adalah kepincangan-kepincangan alasan yang diberikan oleh BN setakat ini yang cuba mengaburi mata rakyat," katanya.
Nasrudin Hassan | 1. Setiap rakyat atau warga negara bukan sahaja mesti kasih dan cinta pada negara dengan semangat patriot yang tinggi tetapi juga mestilah bertanggungjawab membina dan memelihara peradaban negara dengan memastikan kerukunan hidup bermasyarakat pelbagai kaum [ multi - racial ] juga pelbagai agama [ multi - relegion ] tanpa menafikan Islam, Agama Persekutuan sebagai tiang serinya. 2. Paling asas, peradaban sesebuah negara dipelihara dengan memastikan elemen - elemen ini tidak tergugat: a] agama b] ilmu c] budaya d] keamanan 3. Agama tidak boleh dibiarkan menjadi bahan ejekan, persendaan mahupun sinis. Agama adalah untuk dianuti dan dipraktis. Rakyat di dalam negara majmuk seperti Malaysia kebanyakkannya memiliki agama. Kalaupun mana - mana pihak enggan menerima agama persekutuan iaitu agama Islam yang diwahyukan oleh Allah swt Sang Pencipta sebagai agama anutan dan ikutan, mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam malah mereka mempunyai hak - hak tertentu yang mesti dipenuhi oleh kerajaan Islam seperti tempat ibadat mereka dan sebagainya. 4. Sebagaimana Islam tidak boleh memaksa mereka menerima ajaran Islam, begitulah Islam juga melarang penganutnya mengejek agama - agama lain meskipun aqidah yang diyakini ialah Islam sebagai agama yang benar dan berhak sebagai way of life. 5. Bertolak dari nokhtah ini, saya juga menasihati semua pihak yang terdiri dari agama selain Islam supaya meletakkan penghormatan serupa terhadap Islam agama suci yang diwahyukan oleh Allah swt. Tuhan yang Mencipta Manusia dan seluruh alam ini. Jangan sekali - kali mempersenda agama Islam dan memperlekehkannya. Isu sembelih binatang korban oleh ummat Islam menjelang Aidil Adha yang telah diamal sejak beratus tahun dalam negara kita, jangan dijadikan turning point untuk cetus ketegangan antara agama dalam negara kita. Asasnya saling hormat menghormati. Selama ini negara kita aman, kenapa tiba - tiba hari ini, isu sembelih binatang korban di kawasan terbuka menjadi isu. Nama dah hari Raya Korban, mana boleh buat tertutup, menyembelih binatang korban di bawah rumah . [ Bukakah negara ini adalah negara ummat Islam pula agama persekutuan adalah agama Islam ? harmoninya agama lain juga tidak dilarang oleh perlembagaan negara untuk dianuti oleh penganut masing - masing. Lalu apa yang jadi masaalah ? Kecualilah ada ummat Islam menyembelih binatang korban di hadapan kuil Hindu atau dalam kawasan perkampungan orang - orang Hindu, kalau begitu saya puntidak bersetuju dan Islam melarang perbuatan sedemikian kerena menghilangkan rasa hormat kepada kaum lain.] 6. Malah rakyat Malaysia boleh bersatu dalam perkara - perkara tertentu dalam memelihara keharmonian kaum serta memastikan peradaban negara kita tidak runtuh. Antaranya ialah penyimpangan seksual yang menjadi isu kebelakangan ini. Saya percaya, dengan pelbagai alasan dan apa jua sebabnya, semua agama menentang perlakuan seksual songsang yang bercanggah dengan fitrah dan norma luhur manusiawi. 7. Perlakuan Lesbian, Gay dan Biseksual bukan lahir dari ajaran mana - mana agama kecuali ia datang dari penyimpangan nafsu yang perlu dikawal dan dipulihkan agar kembali kepada fitrah.Atau sesiapa boleh tunjukkan kepada saya mana satu agama di atas muka bumi ini yang kitab anutan mereka mendidik dan mengasuh penganutnya supaya menjadi lesbian, gay dan biseksual begitu juga transeksual ? 8. Sementara kelompok yang mengaku tidak beragama pula sekurang - kurang mereka masih ada aqal dan naluri untuk berfikir, mengkaji dan memahami realiti ini untuk kembali kepada fitrah. Manusia tidak boleh memerangi fitrah kelak yang binasa hanya diri mereka sendiri. Manusia mungkin boleh berpura - pura untuk menipu orang lain dan menyimpang arah hidup lalu memilih penyimpangan seksual tetapi akhirnya perkara ini membawa penderitaan pada diri sendiri. Kebahagiaan dan kepuasan yang dicari hanya bersifat sementara sedang tuntutan fitrah senantiasa membayanginya. 9. Saya setuju golongan yang memilih penyimpangan seksual ini tidak perlu di hina sebaliknya dididik dan dibimbing agar kembali kepada fitrah dan agama yang suci, tetapi wajar juga diinsafi bahawa perlakuan seks menyimpang ini adalah perbuatan yang hina malah dipandang lebih hina daripada perbuatan zina yang turut dimurkai oleh Allah swt. Justeru itu, perlakuan dan perjuangan seksualiti kelompok ini tidak boleh diterima dalam masyarakat bertamadun. 10. Jika dadah menjadikan pengambilnya sampah masyarakat apabila dadah tersebut disalah guna maka begitulah seks menjadikan pelakunya sampah masyarakat apabila seks tersebut disalah laku dan menyimpang dari fitrah manusia. Asalnya seks adalah untuk kasih sayang pasangan lelaki dan perempuan yang dicipta oleh Allah swt. pula untuk membiakkan ummat manusia di atas muka bumi ini. Perlakuannya dihalalkan melalui ijab dan qabul, lantas ia membezakan manusia dengan binatang. 11. Namun penyimpangan seksual ini merosakkan tujuan murni tersebut. Untuk apa lelaki melakukan hubungan seks sesama lelaki dan perempuan melakukan hubungan seks sesama perempuan ? Jika untuk menterjemahkan kasih sayang, mereka tidak perlu melakukan hubungan seks sesama jenis justeru mereka boleh pada bila - bila masa berkasih sayang tanpa seks kerana mereka adalah sesama jenis. Seks sesama jenis tidak mungkin menghasilkan baka atau zuriat sebaliknya ia adalah perbuatan yang keji. Jika amalan ini diiktiraf dan diamalkan oleh semua , bukan sahaja Allah murka, generasi manusia akan pupus. 12. Lihat sahaja barat pada hari ini. Satu persatu harga diri, nilai peradaban dan nurani kemanusiaan mereka lusuh dan luntur akibat kebebasan tanpa tara dan tiada kawalan fitrah ke atas runtunan nafsu dan syahwah mereka. jauh sekali kawalan agama. Kemajuan material dengan bangunan mencakar langit bukan asas peradaban yang tulen tetapi mesti dibina dengan lahirnya kelompok masyarakat yang bermoral dan beretika. 13. Kita tidak boleh memburu kemajuan seperti barat yang sedang menjunam nilai kemanusiaannya, ditambah pula dengan kemurkaan Allah swt di atas pelbagai perbuatan mungkar, fasad [kekejian] serta kezaliman yang berlaku. Lantaran itu saya melihat kewujudan sekelompok manusia yang menyimpang perlakuan seksual mereka sebagai pesakit yang perlu dirawat dan dipulihkan jiwa dan nurani mereka dengan terapi ruhani dan juga asuhan agama yang baik. 14. Setelah semua menyedari bahawa ia bertentang dengan agama, kenapa masih mahu meneruskan perlakuan itu ? setelah semua sedar bahawa perbuatan seksual sesama jenis ini adalah perbuatan keji dan bertentangan dengan fitrah, kenapa pula mesti memperjuangkan hak untuk melakukan perbuatan keji itu ? Jika ada sekelompok dua yang berkeinginan dan terjebak untuk melakukannya, janganlah kita galakkan mereka dan mengiktiraf perlakuan mereka, sebaliknya kita rawat dan pulihkan mereka. Pihak berkuasa agama mesti memainkan peranan aktif untuk menyelesaikan persoalan ini selepas mereka selesai menyusun file di atas meja pejabat mereka yang berhawa sejuk. Selamatkan mereka dari terjerumus ke jurang api neraka yang panas. 15. Sebagai contoh, semua kita setuju bahawa dadah itu bahaya dan rokok itu juga bahaya. Maka langkah sewajarnya ialah lancarkan kempen perangi dadah dan rokok, bukan mengiktiraf mereka walaupun kita menyedari bahawa mereka yang telah terjebak tidak wajar disisihkan, sebaliknya diselamat dan dipulihkan. Hatta yang telah dijangkiti virus Aids pun tidak boleh disisih sebaliknya diselamatkan. Tetapi sekali - kali mereka tidak boleh diberi pengiktirafan ! jika tidak, runtuhlah peradaban negara kita . nota tambah : saya dapat maklumat ada pejuang Human Rights bermati - matian memperjuangkan hak golongan lesbian, gay dan biseksual ini biarpun majoriti penduduk dalam negara ini menganggap ia adalah perbuatan yang keji dan bertentangan dengan fitrah. Mereka perjuangkan atas nama Human Rights kononnya, tetapi anehnya saya tidak pernah pula mendengar golongan pejuang Human Rights memperjuangkan hak penagih dadah untuk mengambil dadah seperlu mereka. Rasanya penagih dadah juga mahu menghisap dadah dengan aman dan tenang tanpa gangguan. mana hak mereka ? kenapa tidak dipertahan dan diperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan dadah ?
dunia - dunia ... meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta ....
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Aziz Muda | KUALA LUMPUR, 9 Nov: Kerajaan BN diingatkan agar jangan hanya tahu menakutkan rakyat dengan dakwaan kekurangan bekalan air khususnya di Selangor, tetapi gagal menggunakan wang rakyat dengan betul berhubung perkara itu.
Kerajaan BN kini mendakwa kapasiti bekalan air di Selangor kekurangan sehingga 5 peratus sehingga menyebabkan jika sesuatu pihak menggunakan air sebanyak 4,722 liter sudah sampai ke paras kapasiti.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, dalam masa yang sama, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengambil pelbagai langkah wajar bagi menyediakan bekalan air dengan sempurna kepada rakyat, tetapi dihalang dengan pelbagai cara oleh pihak BN.
Menurut beliau, sehingga kini Kerajaan Selangor telah mengambil pelbagai langkah untuk kepentingan rakyat termasuk membincangkan dengan pelbagai pihak terbabit bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul.
Katanya, namun sehingga kini, segala tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor tidak diberikan 'respons' dengan baik oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta kementerian tersebut.
"Sebaliknya Kerajaan Pusat mengeluarkan belanja yang cukup besar berhubung perkara ini. Dalam isu Bekalan Air Langat 2, Kerajaan Pusat telah mengeluarkan wang sehingga melebihi RM7 bilion.
"Perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana ia menyebabkan hutang Kerajaan Pusat semakin menimbun," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam hubungan ini, beliau turut bertanya rasional kementerian terbabit terus memberikan bayaran atau bill out untuk menyelamatkan syarikat-syarikat swasta terbabit.
Katanya, untuk tujuan itu, Kerajaan Pusat mengeluarkan wang sehingga RM6.5 bilion kepada syarikat-syarikat yang memegang konsesi air di Selangor, manakala bayaran itu pula 73 pertus lebih tinggi dari pasaran.
"Kerajaan Pusat telah meminjamkan puluhan ribu juta ringgit kepada Syabas. Pinjaman itu tanpa sebarang interest dan tanpa sebarang bayaran sehingga tahun 2015," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Selain itu, beliau turut membangkitkan pinjaman kepada Puncak Niaga yang melibatkan bayaran puluhan ribu juta ringgit Malaysia.
"Oktober lalu, Kerajaan Pusat turut mengeluarkan RM110 juta kepada Syabas. Apakah ini cara terbaik menggunakan wang rakyat? Pada hal syarikat-syarikat itu tiada hubungkait dengan kerajaan," ujar beliau.
Harakahdaily | SHAH ALAM, 9 Nov: Pengumuman telah dibuat sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bahawa gaji minima akan diperkenalkan pada kadar RM1,500 gaji kasar (gross income) bagi syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini akan dimulakan oleh syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide. Katanya, bagi syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana sebanyak RM10 juta akan disediakan untuk menampung syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya menampung kos untuk dasar itu. Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minima. “Pemberian gaji minima ini akan disokong oleh produktiviti pekerja yang akan diselaras agar bersesuaian dengannya,” ujarnya sewaktu membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat, pada persidangan dewan negeri, pagi tadi. Jelasnya, ia bertujuan untuk meningkatkan kemuliaan insan dan tidak diberikan secara unilateral. Beliau berkata, hasrat sebenar bukanlah untuk menabur wang tetapi untuk memberi tambahan pengetahuan dan kemahiran kepada pekerja yang berpendapatan rendah. Katanya, kerajaan negeri berhasrat menjadikan mereka tidak lagi bergantung kepada pemberian pada masa akan datang tetapi mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup untuk bersaing dan boleh diguna untuk mencapai gaji yang lebih baik. Nilai aset air Selangor RM12 bilion Kerajaan Negeri Selangor | Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. Begitulah juga dengan isu air yang hangat diperkatakan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Apatah lagi kebanyakan dari yang cuba memberi komen, saranan dan ugutan tidak mempunyai sebarang kredibiliti dan pengetahuan dalam isu air ini. Dalam pada kita kesal kerana kepincangan yang telah didedahkan dalam pengurusan air di negeri Selangor ini dipandang ringan oleh Kerajaan Persekutuan, namun kita bersyukur akhirnya seluruh rakyat memahami isu sebenar, punca dan akibat daripadanya. Izinkan saya mengambil sedikit masa menerangkan isu ini dengan lebih mendalam. Penswastaan industri air di Selangor bermula pada tahun 1994 dengan operasi rawatan oleh Puncak Niaga, diikuti oleh SPLASH, ABASS dan akhirnya SYABAS pada Disember 2004, hanya memberi lebih manfaat kepada syarikat konsesi berbanding rakyat negeri Selangor. Selepas kelemahan operasi SYABAS didedahkan dalam Laporan Audit Negara pada tahun 2008, satu notis telah dihantar kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberitahu penamatan konsesi SYABAS. Namun ia tidak dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan. Sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha membolehkan penstrukturan industri air dibuat untuk manfaat rakyat negeri ini. Sejak itu dan sehingga Januari tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat tiga tawaran untuk mengambil alih dan menstrukturkan semula industri air di Selangor dan ia telah diterima oleh ABASS dan SPLASH. Puncak Niaga dan juga SYABAS kekal menolak tawaran ini. Meskipun terdapat kelemahan dalam pengurusan SYABAS, misalnya dalam pelaburan penukaran paip, kenaikan tarif air yang tentunya boleh menambah beban rakyat Selangor cuba diusulkan. Jika kita mengambil kira kadar kenaikan tarif air pada tahun 2009 dan 2012, setiap isi rumah di Selangor akan berdepan dengan kenaikan bil air sehingga 71% berbanding kadarnya pada tahun 2008 sekiranya Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan cadangan kadar kenaikan tarif tersebut. Kini, rakyat cuba dimomokkan pula dengan kemungkinan Selangor menghadapi masalah air menjelang tahun 2014. Kerajaan Negeri Selangor memandang serius perkara ini kerana sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, nasihat oleh pakar industri air telah diambil. Berdasarkan unjuran pertumbuhan penduduk, jumlah penggunaan air dan kapasiti pengeluaran air, bekalan air yang ada mampu menampung keperluan seluruh Lembah Klang adalah sehingga 2019. Momokan kepada rakyat untuk mendesak Kerajaan Negeri Selangor bersetuju dengan Projek Penyaluran Air Mentah adalah keterlaluan dan tidak bertanggungjawab kerana kajian berkaitan sumber lain serta pengurangan kadar air tanpa hasil (non-revenue water) tidak dilakukan. Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak hakikat bahawa Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor boleh memberikan tambahan kepada bekalan air yang diperlukan, namun biarlah ia dibuat dengan lebih teliti agar ia dapat dilaksanakan dengan baik dan telus. Tuntutan Kerajaan Negeri Selangor dalam hal pengurusan dan bekalan air yang tidak memuaskan oleh SYABAS dan Puncak Niaga mesti turut diambil kira. Malangnya kerajaan Persekutuan nampaknya lebih sanggup membela kroni perniagaan berbanding rakyat Selangor. Namun ia tidak mematahkan semangat kita untuk terus menjaga kepentingan rakyat Selangor. Kerajaan Negeri telah melantik Juru Perunding Kejuruteraan; Tetuan Erinco Sdn Bhd untuk melakukan carian, semakan dan penandaan ke atas semua asset air Selangor dan seterusnya melakukan nilaian terhadap aset-aset tersebut. Harus diingat, aset-aset negeri ini telah digunakan secara percuma oleh kroni yang mendapat konsesi air sedangkan rakyat pula yang dibebankan dengan caj yang tinggi. Pada Jun 2011 maka selesai penilaian yang dilakukan oleh firma tersebut dan nilai asset air rakyat Selangor berjumlah RM12,000 ( Dua Belas Ribu ) juta. Inilah yang saya maksudkan sebentar tadi bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Pertarungan antara rakyat Selangor, Syarikat Konsesi Kroni dan Kerajaan Persekutuan akhirnya telah memberi kita makluman bahawa rakyat Selangor mempunyai harta air berjumlah RM12 ribu juta. Harta yang selama ini tidak dipedulikan kerajaan terdahulu dan sewenang-wenangnya digunakan oleh syarikat kroni ini adalah milik rakyat Selangor. Nilai aset air negeri ternyata jauh lebih tinggi daripada aset air pemegang konsesi. Oleh kerana itu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu sebagai satu pendekatan memulangkan hasil negeri untuk rakyat. Ini bererti jika setiap isi rumah menggunakan 20 meter padu atau lebih setiap bulan, Kerajaan Negeri Selangor membayar sebanyak RM11.40 sebulan atau RM136.80 setahun untuk mereka. Pemberian ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan bagi isi rumah, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Meskipun kita telah membuktikan rakyat Selangor mempunyai lebih hak terhadap pengurusan air namun nampaknya Persekutuan masih mahu terus memihak kepada syarikat kroni; SYABAS dan Puncak Niaga. Pada Mei 2011, Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan dan mencadangkan satu model holistrik penstrukturan semula industri air Selangor. Model ini akan menyaksikan Agensi Bertujuan Khas Negeri (State Special Purpose Vehicle) menguruskan industri air ini secara meluas, daripada rawatan sehingga kepada agihan, pengeluaran bil serta khidmat pelanggan dan memajakkan aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB); agensi yang ditubuhkan untuk memiliki seluruh aset air negara. Dengan industri air negara telah distrukturkan melalui pengenalan Akta Industri Perkhidmatan Air (2006), cadangan Kerajaan Negeri Selangor memerlukan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan kuasanya seperti yang terdapat dalam Akta tersebut untuk mengarahkan semua syarikat konsesi menyertai rundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk pengambilalihan. Kerajaan Negeri Selangor juga menawarkan rundingan diletakkan di bawah arbitrasi antarabangsa dan sebarang keputusan yang terhasil akan diterima sebagai keputusan akhir. Namun, Kerajaan Persekutuan tidak mahu berbincang mengenainya. Malah, mesyuarat terakhir antara Kerajaan Persekutuan dan pegawai Kerajaan Negeri pada September 2011 menunjukkan mereka hanya berminat untuk mendesak Projek Pemindahan Air dan tidak mahu berbincang tentang isu penstrukturan industri air yang memberi manfaat kepada semua pengguna di Selangor. Selain menolak perbincangan ini, Kerajaan Persekutuan turut membiayai Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), sebuah syarikat dalam senarai bursa yang pemegang saham majoritinya ialah SYABAS dan Puncak Niaga. Pembiayaan ini dilakukan melalui subsidiari milikan penuh PAAB yang telah menandatangani persetujuan pada 1 November 2011 untuk membeli bon yang dikeluarkan oleh Puncak Niaga pada nilai nominal RM546,875,000 daripada PAAB. Puncak Niaga Holdings Berhad menggunakan dana yang diterima daripada pembelian semula bon yang dikeluarkan pada tahun 2001. Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa sebarang perbincangan tentang masa depan Projek Pemindahan Air perlu dibincangkan bersama penstrukturan industri air di Selangor. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pada Oktober 2011 kerajaan Selangor telah melantik syarikat juruperunding HALCROW untuk membuat audit kewangan dan teknikal ke atas SYABAS. Apa yang mahu ditegaskan ialah Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat menerima Projek Pemindahan Air dijalankan bersama industri air yang lemah dan pada kadar yang membebankan rakyat. Sekiranya cadangan Kerajaan Negeri Selangor diterima, kenaikan tarif sebanyak 71% yang dicadangkan oleh SYABAS boleh dielakkan. Di bawah cadangan Kerajaan Negeri Selangor juga, Agensi Bertujuan Khas Negeri hanya akan melaksanakan peningkatan pada kadar 12% sahaja bagi penjimatan dan mengelakkan pembaziran. Justeri, kenaikan tarif hanya akan berlaku pada kadar minima yang boleh dibiayai bersama. Untuk makluman Tuan-tuan Yang Berhormat, lebih 1.2 juta isi rumah menerima pemberian air 20 meter padu ini dan jika kita mengambil jumlah isi rumah seramai empat hingga lima orang, bermakna hampir seluruh penduduk di Selangor menerima sumbangan ini. Sedutan pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertema Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di persidangan Dewan Negeri pada 9 November 2011.
Harakahdaily | SHAH ALAM, 9 Nov: Simpanan Tunai Selangor telah mencecah RM1,212 yang merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim (gambar) berkata, daripada jumlah itu, RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair (liquid reserve) dan selebihnya dalam bentuk simpanan amanah (trust reserve). Begitupun, katanya ada pihak yang cuba memperlekeh kejayaan itu dengan menyatakan bahawa kononnya jumlah tunai yang banyak ini tidak semestinya baik kerana dalam ekonomi, "adalah lebih baik simpanan ini digunakan untuk mendorong kesan berganda (multiply effects)". “Sukacita saya jelaskan bahawa Simpanan Tunai yang tinggi ini adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negeri, juga kepada bank-bank dan para kontraktor akan keupayaan kerajaan negeri mentadbir dan membuat pembayaran,” ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat, pada persidangan dewan negeri, pagi tadi. Menurutynya, simpanan tunai yang selesa juga akan membolehkan Negeri Selangor menghadapi sebarang risiko serta situasi tidak menentu (volatility), apatah lagi bajet Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi kemuncupan ekonomi dunia. “Apa yang lebih penting pada saya ialah pencapaian ini berjaya direalisasikan melalui pengurusan kewangan yang baik seperti tertera dalam Laporan Audit Negara 2010. “Pada masa yang sama kita dapat meneruskan pelbagai program pembangunan dan kebajikan rakyat,” katanya lagi. Ini, jelasnya terbukti apabila sejumlah lebih RM500 juta hasil negeri telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak Mac 2008. | | | | | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan