Jumaat, 11 November 2011

TIPULAH..ZALIMLAH..MAIN KOTORLAH...BUAT MUNGKARLAH...LAWAN HUKUM ALLAH LAH...BUATLAH SEJAHAT2 PERKARA..TAKUT DIRI DIKORBAN DINERAKA...BERTAQWALAH

Pengundi pos di Lembah Pantai naik 1,400 peratus
Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).
Gerakan beri k'jaan Pulau Pinang gred 'F'

Pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini diberikan gred 'F' dari segi tadbir urus dan prestasi yang baik, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada bulan Mac 2008.

Markah itu diberikan oleh Gerakan Pulau Pinang berdasarkan lima projek yang dianalisis sepanjang prestasi tiga setengah tahun pentadbiran Lim dan mendapati beliau gagal dalam semua projek berkenaan.

NONEIni termasuk projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) di Relau, tempat letak kereta 'Kancil' di kaki Bukit Bendera, projek wifi percuma, menara telekomunikasi (telcos) yang haram dan kesesakan lalu lintas.

Ketua biro publisiti Gerakan Dr Thor Teong Ghee berkata parti itu mahu bertindak sebagai pembangkang yang baik, dan akan memberi kritikan membina bagi semua lima projek itu.

Kataya dalam projek SPICE, perjanjian yang dimeterai berat sebelah dan memihak pemaju - Eco Meridian Sdn Bhd / SP Setia Berhad - ia perlu dirundingkan semula dan kandungan kontrak didedahkan kepada orang ramai.

BN juga membidas Lim kerana memberikan pemaju konsesi untuk membina rumah-rumah yang melebihi 1,500 unit - ketumpatan maksimum yang dibenarkan dan menyediakan tanah percuma untuk membina 450 rumah kos rendah sederhana di atas tanah yang lengkap dengan infrastruktur.

guan eng pc on spice 150111 spice viewBagaimanapun, kerajaan negeri berkata dengan menswastakan projek itu, berjaya menyelamatkan wang penduduk Pulau Pinang sebanyak RM250 juta. Ini, termasuk menyediakan taman eko seluas tujuh ekar di atas bumbung untuk kegunaan orang ramai.

"Kerajaan negeri telah melakukan apa yang diperlukan tanpa menyebabkan kerugian kepada penduduk Pulau Pinang," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar.


Tiada ulasan: