KUALA LUMPUR, 27 Nov: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu rakyat menilai sendiri Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang merekodkan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri-negeri BN.
Menurutnya, 'pujian' sebegitu bukan datang sama ada dari PAS, PKR mahupun DAP tetapi datang dari pihak yang diberi kepercayaan oleh kerajaan pusat untuk membuat penilaian terhadap semua negeri.
"Jangan dengar ucapan pemimpin PAS memuji pemerintahan Kelantan dan Kedah, jangan dengar ucapan pemimpin DAP memuji Pulau Pinang.
"Sudah tentu pemimpin parti Keadilan memuji Selangor di sudut jaga kewangan jaga duit, tetapi (dengarlah) laporan orang tengah iaitu Audit Negara yang memberitahu bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jauh lebih baik menjaga wang rakyat daripada Barisan Nasional," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam DAP ke-45 yang diadakan di Kompleks Sukan Pandamaran di Klang malam tadi.
Turut serta berucap malam tadi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Adun Pandamaran Ronnie Liu.
"Laporan Audit Negara meletakkan di antara negeri yang terbaik jaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor," kata Mohamad lagi.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebelum ini merumuskan bahawa pengurusan kewangan dan perbelanjaan khususnya Negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah lebih memuaskan berbanding negeri-negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.
Malahan Ketua Audit Negara menegur pentadbiran di negeri-negeri seperti Terengganu dan Pahang supaya memperbaiki pengurusan kewangan mereka.
Bagi Kelantan pula, ketua audit negara merumuskan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan penjimatan cemerlang dalam pentadbiran.
Ianya juga membuktikan kerajaan PAS itu mampu mengurangkan ketirisan dalam pelaksanaan projek membantu rakyat.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 27 Nov: PAS melahirkan rasa hairan dan pelik apabila Umno yang selama ini terkenal sebagai parti bersifat perkauman cuba melancarkan gagasan wasatiyyah sebagai langkah ke arah mengambil jalan pertengahan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemunculan idea ini menandakan sesuatu yang tidak kena telah berlaku pada Umno masa kini.
“Adakah kemunculan gagasan wasatiyyah petanda Umno kini kian bergelora? Ataupun ada pemimpin yang tidak sabar menanti untuk menonjolkan kepimpinannya kepada ahli Umno sehingga melancarkan slogan baru yang lebih mudah difahami untuk memalukan slogan 1Malaysia yang sehingga kini masih belum difahami oleh rakyat.
"Apakah kerana ada pihak yang merasakan konsep 1Malaysia perdana menteri sudah hampir tenggelam sehingga mendorong mereka untuk mengemukakan idea gagasan wassatiyyah sebagai alternatif dan persediaan ke PRU13 tanpa slogan 1Malaysia? “katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian dipercayai mengulas seminar kebangsaan anjuran Umno bertajuk 'Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia' sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di Kuala Lumpur semalam.
Sambil menegaskan bahawa wasatiyyah adalah satu asas penting selaras dengan gagasan Islam, namun apa yang dipersoal adalah kemampuan Umno untuk mengamalkan perinsip tersebut dalam keadaan perjuangan mereka tebal dengan sifat perkauman.
“Harus tegas diingatkan bahawa gagasan wasatiyyah wajib dibina di atas asasnya yang betul, yakni dasar dan paksi yang tidak bertentangan dengan prinsip Islam.
"Akan tetapi, mana mungkin parti yang bersifat tebal perkauman dan sering flip-flop seperti Umno dapat mengambil jalan tengah dalam pendekatan politik dan urus tadbir negara," katanya.
Beliau memberikan contoh, tindakan Umno yang membiarkan beberapa badan NGO pro mereka terutamanya Perkasa, memainkan sentimen perkauman ekstrem bermotifkan politik yang jelas mencerminkan gagasan wasatiyyah yang diutarakan hanyalah slogan kosong, sebagaimana berakhirnya gagasan Islam Hadhari dan lainnya.
Nazri Abdullah | KUALA LUMPUR, 27 Nov: Penganalisis politik Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berpandangan, isu air yang dimainkan pihak tertentu menyerang Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin PAS, tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada parti Islam itu.
Beliau yang juga Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, isu tersebut bukan baru di negeri itu malah rakyat negeri itu sendiri tidak melihat isu itu sesuatu yang besar kepada mereka kerana memahami kekangan yang ada pada kerajaan negeri.
"Bukannya saya hendak katakan kerajaan Kelantan itu tidak ada kelemahan, kelemahan memang ada, misalnya dalam isu air. Memang airnya keluar perlahan, airnya kotor jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tetapi itu tidak menjadi isu besar bagi rakyat Kelantan.
"Mengapa demikian? Ini kerana kerajaan Kelantan ada satu tiang besar dan kukuh yang sukar digoncang, iaitu kepimpinan Tok Guru dan ketelusan pentadbiran sehingga rakyat faham kerajaan negeri tidak boleh menyediakan prasarana yang baik kerana tidak ada wang disebabkan oleh tiada bantuan dari kerajaan pusat," katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.
Media dan pemimpin Umno sejak dua minggu lalu menyerang Kelantan dengan mendakwa air di negeri itu tidak bersih dan berisiko membawa penyakit.
Ianya termasuk akhbar Umno, Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’.
Mereka juga mendakwa kononnya air yang dibekal Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB), mengandungi logam berat serta E-coli.
Bagaimanapun dakwaan itu dibidas kerajaan negeri dengan membawa fakta dari Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 27 Nov: Sambutan Hijratur Rasul tidak akan bermakna jika sekadar mengingati penghijrahan Nabi s.a.w. tanpa mengetahui tujuan Nabi berhijrah. “Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk menegakkan sebuah negara Islam yang mendaulatkan hukum hakam Allah,” kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib. Jelasnya, Islam tidak cukup hanya menjadi amalan ritual semata-mata tetapi mesti berdaulat dan diamalkan dalam masyarakat dan negara tercinta. Justeru, jelasnya PAS yang ditubuhkan adalah untuk membawa aspirasi hijrah Nabi s.a.w. “PAS bukan sekadar menyambut peristiwa penting ini tetapi juga memperjuangkan tujuan di sebalik hijrah tersebut. “Perjuangan ini diwarisi dan diteruskan sebagai melaksanakan amanah yang diberikan agar Islam terus berdaulat dalam sebuah negara yang menerima hidayat,” ujarnya dalam perutusan sempena Sambutan Hijratur Rasul 1433H. Berikut adalah perutusan penuh beliau. Pertama-tamanya saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijriyyah 1433 kepada seluruh umat Islam khususnya para pendukung agama Allah SWT. Sambutan ini menandakan bermulanya tahun baru mengikut kalendar Islam yang dilihat semakin hari semakin dilupakan oleh umat Islam sendiri dek kerana terlalu mengagungkan kalendar barat berbanding kalendar sendiri. Kalendar Islam diasaskan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika menjadi Khalifah yang kedua dengan menjadikan tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tahun pertama dalam Islam. Jelasnya, sambutan tahun baru ini adalah juga secara langsung menyambut ulang tahun penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah. Sambutan Hijratur Rasul tidak akan bermakna jika sekadar kita mengingati penghijrahan Nabi tanpa mengetahui tujuan Nabi berhijrah. Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk menegakkan sebuah negara Islam yang mendaulatkan hukum hakam Allah. Islam tidak cukup hanya menjadi amalan ritual semata-mata tetapi mesti berdaulat dan diamalkan dalam masyarakat dan negara tercinta. Umat Islam hari ini hanya sekadar mengingati dan menyambut peristiwa Hijrah tetapi dalam masa yang sama negara yang mereka diami tidak mendaulatkan Islam yang menjadi sebab kepada Nabi berhijrah. Al-Quran dan As-Sunnah yang sepatutnya menjadi rujukan dan panduan kepada negara hanya tersimpan rapi dan menjadi dokumen sepi tanpa siapa yang mempeduli. Pemerintah yang mengaku dirinya Islam menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan dengan menolak untuk menjadi hamba Allah yang menguatkuasakan undang-undangnya. PAS yang ditubuhkan adalah untuk membawa aspirasi hijrah Nabi s.a.w. PAS bukan sekadar menyambut peristiwa penting ini tetapi juga memperjuangkan tujuan di sebalik hijrah tersebut. Perjuangan ini diwarisi dan diteruskan sebagai melaksanakan amanah yang diberikan agar Islam terus berdaulat dalam sebuah negara yang menerima hidayat. Justeru, saya menyeru agar umat Islam tidak menjadi umpama seorang bapa yang menyambut kelahiran yang baru tetapi tidak mengetahui tanggungjawab dia yang sebenar terhadap bayi yang dianugerahkan kepadanya itu. Marilah kita menyambutnya dengan penuh kegembiraan dengan memikul amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya sebagai hamba Allah. Kita bukan sahaja dikehendaki untuk menyambut awal hijrah ini sebagai memperingati peristiwa ini sebagaimana kita memperingati tahun kelahiran kita. Tetapi menyambut peristiwa hijrah ini memberi makna bahawa kita mesti berusaha sedaya mungkin, hatta walaupun tersingkir daripada negara sendiri untuk kita berusaha supaya mendapat mencari sebuah tempat ataupun tanah subur yang boleh menyebarkan Islam melaluinya dan satu kawasan yang boleh memancar di dalamnya cahaya Islam. |
Laporan itu mendedahkan bahawa negeri-negeri ditadbir kerajaan BN mengandungi kadar pencemaran bakteria E-coli lebih tinggi berbanding Kelantan.
Negeri Perlis mencatat pencemaran E-coli paling tinggi dalam negara iaitu 1.21% diikuti Pahang (1.12%), Wilayah Persekutuan Labuan (1.01%), Perak (0.90%), Kelantan (0.88%) dan Johor (0.55%).
Mengulas lanjut, Mohammad Agus yang juga anak Kelantan berkata, biarpun isu tersebut dimainkan, namun baginya rakyat Kelantan tidak terpengaruh apatah lagi keyakinan rakyat terhadap kejujuran kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat tinggi.
"Dalam keadaan tertekan seperti sekarang ini pun Kelantan sukar digugat oleh kerajaan pusat dari segi sokongan rakyat kepadanya. Kenapa?
"Ini kerana kerajaan Kelantan mempunyai darjah integriti, ketelusan dan kejujuran politik yang tinggi," katanya.
|
Menurut Tuan Ibrahim, gagasan wasatiyyah hanya akan dapat dicapai bilamana parti pemerintah melaksanakan sistem pemerintahan dengan adil dan saksama.
Selain itu, parti pemerintah mesti melaksanakan amanah yang diletakkan dengan menghayati seluruh sistem Islam kerana seluruh dasar Islam berpaksi kepada keadilan sejagat, tanpa mengira perbezaan warna kulit dan bangsa.
“Parti pemerintah juga diwajibkan melaksanakan perjanjian seperti pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan menghormati dan menjunjung dasar federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan,” tegas beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Walau apapun, kata Tuan Ibrahim, gagasan wasatiyyah yang disebut Umno hanya sekadar pemanis bicara bagi memberi ruang kepada segolongan intelek berbicara.
Gagasan itu ujarnya tidak lebih dari sekadar wacana dan seminar tanpa apa- apa tindakan dan pelan bertindak.
“Selagi Umno terus dan masih gagal menunaikan amanah dan gagasan sistem federalisme yang telah diterima pakai dalam sistem politik negara, lancarlah apa- apa slogan sekalipun kerana ianya tidak lebih hanya fatamorgana, kosong yang tidak mempunyai apa-apa makna kepada rakyat selain sebagai satu cubaan baru untuk memperdayakan mereka,” tambahnya.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 27 Nov: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan menggesa seluruh anak muda mengambil semangat hijrah Rasulullah SAW sebagai momentum untuk berubah ke arah masa depan negara lebih baik.
Katanya, hijrah Rasulullah itu juga adalah garis pemisah yang membebaskan ummah dari belenggu jahiliyyah ke arah pembentukan sebuah 'baldatun toyyibah wa rabbun ghafur' iaitu menjadi sebuah negara yang baik, aman, sejahtera dan membangun dan mendapat keampunan tuhan.
"Justeru memperingati ulangtahun perisiwa hijrah, selayaknya setiap individu khasnya anak muda menghayati sejarah agung ini dan bersedia untuk melakukan sebuah perubahan total ke arah pembentukan masa depan negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat lindungan rahmat serta keampunan Allah swt," katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hijratur Rasul 1433.
Menurutnya lagi, sudah ketetapan Allah bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah perubahan dan amanah gerak kerjanya, menghadapi cabaran yang mengundang implikasi besar.
Namun ujarnya, itulah harga sebuah perjuangan yang mesti dibayar oleh para pejuang di mana harta dan nyawa menjadi taruhan demi sebuah perjuangan suci.
"Bangkitlah wahai sekelian anak muda dari tidur yang panjang, kini kita berada selekoh akhir untuk membuat pecutan kemenangan ke garis penamat.
"Sempena ulangtahun Hijrah ar-Rasul SAW kali ini, kebangkitan anak muda mewarnai gerakan perubahan adalah suatu yang sangat didambakan," tegasnya.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 27 Nov: “Sesungguhnya menyambut ulang tahun Hijratur Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Katanya, sambutan Hijratur Rasul sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Menurutnya, sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. “Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’?” soalnya yang juga Menteri Besar Kelantan. Jawabnya, jelas beliau ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w. Menurutnya lagi, momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara. Jelas beliau, pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah. Beliau menambah, jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w. “Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara,” ujarnya dalam perutusan sempena sambutan Hijratur Rasul 1433 Hijrah, hari ini. (Perutusan penuh Tuan Guru di dalam kolum beliau) | | | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan