| Ab Aziz Ab Ghani | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pada pendapat saya harga yang rendah bagi produk 1 Malaysia yang dijual di KR1M hanya penipuan semata-mata. Jika benar KR1M menjual barangan lebih murah daripada pasar-pasar dan tempat-tempat lain kenapa mereka tidak menjual jenama yang sama (bukan produk 1Malaysia) dengan harga yang lebih rendah bagi memudahkan pembeli membuat harga bandingan. Contohnya kalau cili sos berjenama ‘Maggi’ dijual di kedai-kedai luar (bukan KR1M) pada harga RM2.50, KR1M patutnya menjual jenama yang sama pada harga yang lebih rendah..misalnya RM2.30 atau RM2.00 sahaja. Ini barulah betul-betul nak menolong rakyat namanya kerana rakyat dapat membeli barang yang sama dari segi jenama, kualiti dan kandungan yang sama dengan harga yang lebih rendah. Kalau sekadar mengeluarkan produk yang sama dengan jenama sendiri (1 Malaysia), sudahpasti rakyat tidak dapat buat perbandingan dengan sewajarnya (apple to apple) tentang produk yang dikeluarkan kerana ianya kemungkinan berbeza dari segi kandungan, kualiti atau kuantiti…. Oleh sebab itu ianya boleh dijual dengan harga lebih ‘murah’. Selain itu jaminan dari segi kesihatan juga mungkin dilupakan kerana ingin mengejar keuntungan (tanpa keuntungan tiada kedai yang boleh hidup). Akhirnya yang menanggung derita adalah pengguna sendiri kerana menggunakan barang-barang yang tidak berkualiti. Satu lagi pertanyaan ialah, jika barangan 1Malaysia yang diberi didapati rosak, atau mengandungi benda asing atau menyebakan pengguna mengalami masalah kesihatan akibat menggunakan bahan atau barangan tersebut (1Malaysia), ada ke pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk tindakan undang-undang…. Oleh itu, saya berharap pengguna lebih berhati-hati dalam membeli barangan 1Malaysia kerana murah itu tidak sentiasanya baik. Baca betul-betul kandungan dan tarikh luput pada setiap botol atau barangan 1 Malaysia yang hendak dibeli. Lihat kualiti dan kuantiti yang tertulis di atasnya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 15 November 2011
ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI...TAK DENGAR PULA MENANG MEMBELI MENANG MEMAKAI...SAMPAI BILA KITA NAK MENIPU NI...
Kedai 1Malaysia: Murah tidak sentiasanya baik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa NFC adalah sebuah syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan adalah salah.
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengucapkan terima kasih kepada Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno yang tampil cuba memberi beberapa penerangan mengenai kemelut penyelewengan wang rakyat dalam Projek Fidlot Kebangsaan yang semakin memualkan rakyat.
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tidak bertanggungjawab.
KUALA LUMPUR, 14 Nov: PAS mendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan tidak memberikan penjelasan jitu berhubung kenaikan mendadak harga barang pada musim perayaan.
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Kadar kelaziman kes-kes diabetes di Malaysia telah bertambah jauh lebih cepat daripada yang dijangkakan, iaitu hampir dua kali ganda sejak dekad lalu.
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Pakatan Rakyat memberi amaran kepada kerajaan agar tidak memperbodohkan rakyat dengan produk kedai 1Malaysia yang dikatakan jenamanya setanding dengan produk lain tetapi harga yang ditawarkan lebih murah tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya.
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Cadangan menyenarai Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 merupakan cubaan kedua 'menjual tanah peneroka', kata bekas pegawai Bank Negara, Dr Rosli Yaakob.
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Kementerian Kesihatan hari ini menjelaskan sehingga sekarang lebih kurang tiga juta rakyat Malaysia mengidapi penyakit diabetes, dan ia tidak termasuk mereka yang belum lagi membuat pemeriksaan di hospital.
BUTTERWORTH, 14 Nov: Setakat hari ini seramai 92 orang telah hilang pekerjaan apabila Rapid Penang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu, kata Pegawai Perhubungan Perusahaan (TWU), Musa Abdullah.
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah projek rintis bekerja sembilan jam yang mahu dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran kerana ia tidak wajar serta tidak munasabah untuk dilaksanakan terhadap para guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan