Selepas dua tahun, isu cubaan menjadikan Malaysia negara republik oleh DAP dibangkitkan kembali; kali ini oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sambil menyifatkannya "parti paling rasis", Muhyiddin mendakwa tembelang DAP - dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam - semakin kelihatan.
"Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Apa maknanya ini? Maknanya, sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa," kata timbalan perdana menteri.
Akhbar Umno Utusan Malaysia pada 13 Disember 2009 melalui kolumnis kontroversinya Awang Selamat pernah membayangkan wujud usaha "sistematik menuju ke arah negara republik dengan sasaran utama untuk menulis semula perlembagaan."
Berucap ketika merasmikan persidangan tiga sayap Umno di Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata, dominasi DAP di Selangor dan kemenangan di Pulau Pinang seolah-olah memberi lesen paling besar kepadanya untuk menyerlahkan sikap "cauvinis melampau".
"Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.
"DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP," katanya.
Aliran Islam pembangkang
Bukan sahaja DAP, Muhyiddin juga mengambil peluang mengkritik dua lagi rakan Pakatan Rakyat PKR dan PAS.
Sambil menyifatkan PKR sebagai parti "ultraliberal" yang tiada asas moral dalam perjuangan, Muhyiddin mendakwa PKR sedang dibelenggu krisis kredibeliti.
"Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan ketua umum mereka," katanya.
Manakala PAS pula dipersoalkan kerana didakwa menganggap sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding prinsip perjuangan sendiri.
"Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS," katanya.
"Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini?"
Tindakan itu, dakwa Muhyiddin lagi bermakna DAP memberi definisi kepada Islam yang dianuti PAS dan menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh pakatan pembangkang.
PAS sebelum ini mengetengahkan idea "PAS ganti Umno" melalui pelbagai seminar dan ceramah di seluruh pelosok negara ini.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan anggota parti itu bahawa pilihan raya umum ke -13 adalah "ibu segala pilihan raya" yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu.
Bahkan beliau yang juga timbalan perdana menteri turut membangkitkan kebimbangan sama ada kuasa politik akan kekal pada parti itu atau terlepas ke tangan pihak lain.
"Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini.
"Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?
"Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa ketiga-tiga sayap parti bersatu dan bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.
'Jangan main belakang'
"Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak.
"Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah," tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara malam ini.
Peringatan itu dilontarkan susulan wujudnya persepsi kuasa Melayu semakin goyah susulan kemerosotan sokongan Umno dalam pilihan raya umum lalu dan ekoran dakwaan "fitnah jahat"
yang dilemparkan pada Umno.
Sementara itu, untuk mencapai kejayaan, Muhyiddin mengingatkan supaya tidak berlaku sabotaj dalam parti ekoran pemilihan calon pilihan raya.
"Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan 'mandikan' calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan.
"Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati," katanya.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, berkata semua bentuk pelaburan KWSP akan dipantau dan dinilai panel pelaburan dan risiko KWSP sebagai jaminan bahawa pinjaman itu selamat.
"Keputusan panel ini perlu mendapat kelulusan Menteri Kewangan yang perlu ditapis di peringkat Kementerian Kewangan. Saya yakin pelaburan berisiko tinggi tidak akan dibuat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-Arau). Ismail ingin tahu sama ada KWSP benar-benar memantau semua aktiviti terutama yang berisiko tinggi.
Awang Adek berkata panel pelaburan KWSP itu dianggotai beberapa pakar termasuk Timbalan Gabenor Bank Negara dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) mengenai kedudukan jumlah pinjaman KWSP kepada institusi korporat, Awang Adek berkata setakat Jun 2011 jumlah pinjaman KWSP kepada institusi berkenaan adalah RM83.7 bilion.
Beliau berkata, bagi pelaburan dalam bentuk pinjaman, sebahagian besarnya adalah berjaminan kerajaan dengan RM79.41 bilion atau 95 peratus merupakan pinjaman kepada kerajaan manakala baki RM4.31 bilion adalah pinjaman institusi korporat.
Awang Adek berkata, KWSP sentiasa memastikan pelaburan yang dibuat akan mendapat pulangan tinggi dan tidak bergantung kepada jaminan kerajaan semata-mata.
- Bernama
- Musang Berjanggut · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysiasyarikat kerajaan yang diberi pinjaman pun berisiko... tak semestinya pasal dia kerajaan dia tidak berisiko... takalu tak berisiko kenapa minta duit KWSP.. kswp duit kami.. tolong sedar sikit wahai UMNO... tu duit kami, duit titik peluh kami, kami kena tunggu sampai umur 55 tahun baru kami dapat duit kami balik.... tapi kami menabung secara paksa setiap bulan.... tolonglah amanah dengan rakyat.... jangan ikut sedap umno je nak belasah duit kami... kamu semua perompak, penyamun yang zalim..... kalau kwsp bagi semua duit untuk bantu kroni UMNO.. nanti kami dah tua nak makan apa? kamu dah tentu kaya raya dan bertambah kaya, kamu semua takut jadi miskin sebab tu makan duit kami tanpa kebenaran kami...... tapi kami tetap miskin.. kami tak kaya macam kami... patukah orang kaya makan hasil titik peluh orang miskin....
- Raja Rimba · Langgan · Pengulas Tertinggi · UC BerkeleyANDA NILAI SENDIRI SIAPA YANG KELENTONG - Saya Tengok Bukti Jelas Anwar Liwat Saiful - Zulkifli Noordin http://bit.ly/u3s0SR
- Adlan IsmailDividen KWSP 5% lebih aje. Patutnya kami perlu dapat 8% ke atas lebih....cakap macam Tuan Penasihat 25% Kassim Patalon..hee..hee.
- Atan Khalid · Pengulas Tertinggi · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
- Raja Rimba · Langgan · Pengulas Tertinggi · UC BerkeleyANDA NILAI SENDIRI SIAPA YANG KELENTONG - Saya Tengok Bukti Jelas Anwar Liwat Saiful - Zulkifli Noordin http://bit.ly/u3s0SR
- Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai PetaniPengeluaran acc 2 pencarum jgk sudah dikawal oleh KWSP dahulu 30% dari jumlah keseluruhan caruman dan skg ini pengeluaran acc 2 hanya lah 30% caruman bulanan ini amat menyedihkan bagi pencarum dalam mana krisis ekonomi masih lg tiada perubahan...jd pencarum terpaksa mengeluarkan caruman acc 2 utuk mengurangkan baki pinjaman perumahan...
- Adlan IsmailAwang Adek ni langsung takdak integriti. Di Kelantan ada pelanduk 2 serupa. Satu awang adek yang nombor 2 Ibrahim Ali. Malu la ore Kelate mace kawe ni.
- Kemboja Bunga · Pengulas Tertinggi · Oklahoma State UniversityCUBA BAYANGKAN KALAU BEE END KALAH DIPRU KE 13 NANTI...SIAPA YANG NAK BERTANGGUNG JAWAB....KRONI2 YANG DIBAGI PINJAM ...AKAN TERSENYUM LEBAR....
- Rba LeeYang punyai kaitan dengan kerajaan?
Keluarga Kerajaan Menteri (Shahrizat) Memang Layak?
250 juta *& Lembu - Othman Johor · Pengulas Tertinggi · Pensyarah Kanan di Universiti Putra MalaysiaAdakah saya menghalalkannya apabila duit saya dipinjamkan kepada orang lain sedangkan untuk saya guna sukar sekali walaupun dalam keadaan terdesak? Jawapan yang perlu dijawab oleh mereka-mereka bertangan halus disebalik wang rakyat KWSP di padang pengadilan nanti.
- Jafry Jaff · Pengulas TertinggiKami tidak kisah sekiranya kenyataan pinjaman dan lapuran yang dibentang mengikut procedure.KWSP adalah tabung penyelamat kepada ahli2 koperat menjalankan perniagaan.. Tp ingat... jangan salah labur dan salah guna, itu duit rakyat yang punya.
- Salihuddin Ismail · Pengulas Tertinggi · Edith Cowan UniversitySepatutnya KWSP untuk membantu pencarum KWSP bukanya untuk Perompak_perompak Keparat >.
Jadilah Pemimpin yang Tak Amanh, Habis hak rakyat,
Sudahlah Jual Hak Rakayat Rampas Hak Rakyat Rompak Duit KWSP hasil titik peluh Rakayt :
Kesihan Rakyat? - Acaifms Mohamad Sah · St.david 1985-1990 & munshi abdullah 1991-1992bila pulak ni KWSP jd bank.. suka suka bg org pinjam... mampuiii la mcm ni... suka suka bg org pinjam... ahli sendiri nk kuar duit yg x seberapa bukan main payah...tp bg koprat pinjam billion2 senang je... celaka betul..
- Abdullah Azizah · Pengulas TertinggiLa!...hangpa baru sedaq ka, pi tanya Che Det, ni semua mula berlaku masa dia jadi PM lar....Tapi saya rasa, apa yang kita minat nak tau, 'adakah koprat2 yang pinjam tu dapat bayar balik, adakah semuanya untung, berapa yang bungkus dan bawa lari hutang?". Bagi saya, pelaburan tu bagus sebab ianya boleh menjana ekonomi, tapi mesti ada untung dan untung tu diagihkan kepada pencarum sebab duit KWSP tu hak pencarum (termasuk bahagian majikan). Satu lagi nak tanya, kalau koprat yang pinjam tu rugi/lingkup adakah loan tu boleh dapat balik atau lebuh begitu saja. Harap yang tahu dapat jelaskan. Terima kasih
- Zackry Wak · Pengulas Tertinggi · UTM"Keputusan panel ini perlu mendapat kelulusan Menteri Kewangan yang perlu ditapis di peringkat Kementerian Kewangan". Kalau BIG MAMA kata BAGI siapa Pak-Pak Menteri BOLEH KATA NO?
- Raja Rimba · Langgan · Pengulas Tertinggi · UC BerkeleyANDA NILAI SENDIRI SIAPA YANG KELENTONG - Saya Tengok Bukti Jelas Anwar Liwat Saiful - Zulkifli Noordin http://bit.ly/u3s0SR.
- Acaifms Mohamad Sah · St.david 1985-1990 & munshi abdullah 1991-1992ini duit kami.. jgn suka suka jadi bank dan buat undang2 sendiri tanpa persetujuan dan pengetahuan kami ahli caruman KWSP ...
- Mengkudu Hijau · Langgan · Pengulas Tertinggi · Stabk Kluang Johorpatut la cerewet sgt bila buat permohonan kluar duit..
ade yg berhutang dgn rakyat rupanya..- PKR bantah lantik KSU, KSN dari sektor swasta
Pemuda PKR (AMK) menentang tindakan kerajaan mengubah suai skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam peringkat JUSA dan Turus bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
Timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi (gambar bawah, kiri) berkata, mekanisme seperti itu memperlihatkan seolah-olah perdana menteri tidak mempunyai keyakinan kepada kualiti dan kemampuan penjawat awam sedia ada.
"Malah ini secara tidak langsung bakal menyekat pengayaan dan perkembangan kerjaya penjawat awam yang berpotensi untuk menyumbang khidmat bakti kepada pembangunan negara," katanya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pengubahsuaian itu bermakna mana-mana pekerja swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.
Memetik sumber, akhbar itu melaporkan, jawatan terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.
Utusan juga difahamkan, bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak; sementara pihak dalam dan luar perkhidmatan awam boleh memohonnya.
PERKASA: Jangan terburu-buru
Dalam kenyataannya semalam, Najwan berkata, di negara maju, jawatan utama dan strategik dalam sektor perkhidmatan awam tidak sesekali dikontrakkan, malah diberikan kepada penjawat awam yang berpotensi dan berkemahiran luas.
Malah, tambahnya, turut diberikan kepada golongan masih muda berumur sekitar 35 ke 40-an.
"Apakah jawatan-jawatan tertinggi dan strategik kerajaan ini dengan sewenang-wenangnya ‘diswastakan' bawah agenda transformasi perdana menteri?
"Dan apakah jaminan kerahsiaan maklumat kerajaan yang boleh diberi menerusi pelaksanaan program ini sekiranya wujud ruang kondusif untuk tenaga profesional swasta keluar masuk dengan mudah?" soalnya.
Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan pendesak Melayu PERKASA turut dilaporkan tidak selesa dengan skim baru itu kerana ramai pegawai kerajaan akan kecewa kerana mereka selama ini merupakan tonggak yang menjayakan dasar kerajaan.
"Mereka merangkak dari bawah untuk ke atas dengan pelbagai pengetahuan pentadbiran dan kerap mengikuti kursus serta memberi kursus. Mereka lebih faham agenda kerajaan dan memahami perasaan kakitangan awam.
"Apakah mereka yang memegang jawatan di sektor swasta seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tahu tentang perjalanan sektor awam? Oleh itu, jangan buat sesuatu yang terburu-buru," setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali dipetik sebagai berkata.Sos perasa tiram KR1M masuk pasaran semulaSos tiram jenama 1Malaysia yang ditarik dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kerana didakwa melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 adalah hanya gimik pembangkang semata-mata, dakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik oleh Utusan Online sebagai berkata, masalah itu timbul berikutan masalah penglabelan dan bukan seperti yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Pada 23 November lalu, Kementerian Kesihatan mengarahkan semua sos tiram jenama 1Malaysia itu ditarik balik kerana melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Menurut menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.
Bagaimanapun Ismail Sabri hari ini dipetik akhbar milik Umno itu, bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar.
Menurutnya, kesilapan berlaku kerana sos tersebut seharusnya dilabel sebagai sos perasa tiram dan bukannya sos tiram kerana bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram.
Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985. - Lagi tahanan mati dalam lokap polisSeorang lelaki yang disyaki penagih dadah meninggal dunia selepas pengsan di pusat tahanan sementara Bukit Jalil petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh anggota polis yang bertugas.
"Bagaimanapun, doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 4.14 petang di bilik kecemasan.
"Siasatan awal mendapati si mati tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas," katanya dalam khidmat sistem pesanan ringkas malam tadi.
- Bernama- Kong Bu Fenzi · Pengulas TertinggiBoleh caya kata kata PDRM kah?
Setiap kali bila rakyat menyaksikan mangsa mati di lokap kes dera hingga mati , rakyat marah atas alasan mati terkejut.... maka polis kata kumpulan yang tak bertanggung jawap menghina polis. menjatuhkan maruah polis, memburukkan nama polis?
- laporan forensik di malaysia bukan boleh caya sangat.
- PDRM jadikan Lokap sebagi pintu neraka untuk rakyat malaysia.- John Amandes · Pengulas Tertinggi · UIA
- Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
- Mirza Mansor · Pengulas Tertinggi · Universiti Sains MalaysiaBerikanlah sedikit kepercayaan terhadap mereka, kau orang ni tau nak kutuk aja...cuba lihat apakah bangun pagi negara aman tenteram, hari minggu kita boleh gi ke mana sahaja, tidak diganggu kecuali menganggu, kita sepatutnya rasa bertuah hidup di negara yang begitu aman,
- Zakwan Zahari · Pengulas Tertinggi · Harvard UniversityParti yang layak memerintah negara pada masa akan datang adalah Parti Gabungan PAS, PKR & DAP ( PAKATAN RAKYAT ).
ABU SEMAN Bongkar Rahsia PATI?
Posted on Monday, November 28 @ 11:00:00 PST.
Dilulus untuk paparan oleh teori.
...Lihat seterusnya..- Qaseh Qaisarah Comey · Pengulas Tertinggi
- Corleone Don · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
- Arifin Masran · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
- Selempang Merah · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur
- Encik LaLa · Head di Students for Barack Obamasembang pasal politik semua duk hina2. xyah nk ckp org hina kita, kita pun sama hina org. cuba fahami apa yg Zakwan nk bgtau. tapi jgn percaya bulat2. kaji dan selidik. kalau xminat nk baca xyah nk komen ckp org melalut. lg 1, commenter ni tlg la stop guna fake profile, belindung disebalik profile perempuan tp komen kasar. tgk pun dh blh tau sbenarnya dia laki. kalau berani guna profile sendiri lah. voice out pendapat dgn diri sendiri. bukan berlindung dgn fake profile. memalukan
- Kayz Khairul · Pengulas Tertinggi · Mrsm serting
- Murad Salleh · Pengulas Tertinggi
- Ladys Boydeen · Pengulas Tertinggi · INSTITUTO TECNICO INDUSTRIAL
- Raja Rimba · Langgan · Pengulas Tertinggi · UC BerkeleyANDA NILAI SENDIRI SIAPA YANG KELENTONG - Saya Tengok Bukti Jelas Anwar Liwat Saiful - Zulkifli Noordin http://bit.ly/u3s0SR
- RamBut Uban Kilat · Pengulas Tertinggi · Indiana Universitybaik terus masuk penjara lagi selamat.. jika kena tahan di lokap peluang mati tu lebih cerah.. kecederaan luaran tiada... tapi kecederaan dalaman apa macam? tak sebut pun...
- Corleone Don · Pengulas Tertinggi · UTM Skudaimenggunakan kaedah kekerasan penderaan atau ugutan adalah perkara biasa ketika soal siasat..namun mereka akan elak dari kecederaan yg boleh dilihat..bg mereka kerja nak senang je dengan memaksa suspek mengaku tanpa peduli benar atau tidak pengakuan tersebut apatah lagi untuk menjalankan siasatan berdasar bukti walaupun mereka dibayar gaji utk tugas tersebut..
- Bill Klentong · Bekerja di Self Employed (Business)Kalau penagih dadah tu biar mampus laaa, tak kisah la, polis belasah ker atau tidak. kalau aku sekalipun, aku biar mampus saja, sampah masyarakat ini...
- Zakri Nyan · Pengulas Tertinggi · UKMNak buat mcm mana ajal dalam lokap, ringkasnya malaikat maut yang cabut nyawa, pendeknya pula, MATI SEBAB APA? TERKEJUT KER? KE SEBAB DISEKSA?
- Raja Rimba · Langgan · Pengulas Tertinggi · UC BerkeleyANDA NILAI SENDIRI SIAPA YANG KELENTONG - Saya Tengok Bukti Jelas Anwar Liwat Saiful - Zulkifli Noordin http://bit.ly/u3s0SR.
- Spr KKong · Pengulas TertinggiF.Embong siasat apa? Polis memang cakap mati terkejut atau jatuh sendiri jika ada luka. Berapa besar kuasa polis?
- Ry Ersixjgn pandai bckp ..pernah dduk lokap...cara2 polis dera psalah...ade 10 mcm cara ..salah 1 nye..jarum peniti..cucuk dlm kuku...tiada kesan..tp sgtlah sakit..
...jrum kena jari ape rase...nmpak x kesan pda jari yg tcucuk...oleh jarum tu...?
ade 9 lgi...dduk la lokap ..bru dpt rase...yg 9 tu...begitu la nk insaf kan ssiapa
yg laku jenayah..(mau kasi ingat)..sakit nye boleh smpai tahap gaban...jem otak jp d buatnye... - Musang Berjanggut · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysiasekarang ni... PDRM bersumpah sekalipun kami tak percaya... kalau menteri KDN yang beri kenyataan.... jangan kata tak percaya.. muntah lagi ada.... sedarlah PDRM... kami rakyat dah tak percaya kat kamu.
- Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2Kalau mati dalam penjara tak lain tak bukan berpunca dari bunuh diri dan mati mengejut...hehehe
- Mohd Najib Mustafa · National University of Malaysiadah sampai masa, dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
- Mayat tahanan lokap polis Bkt Jalil dibedah siasatSeorang penagih dadah yang meninggal dunia selepas pengsan di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil petang semalam akan dibedah siasat hari ini bagi mencari punca kematiannya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh berkata bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Segala maklumat lanjut akan diketahui esok semasa saya membuat sidang media di pejabat saya," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.
Lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke HKL oleh anggota polis yang bertugas, bagaimanapun doktor yang merawatnya mengesahkan beliau meninggal dunia setengah jam kemudian.
Siasatan awal mendapati lelaki yang ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas tidak mengalami sebarang kecederaan luaran.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan