KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberikan jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di negeri Kelantan jika diberi mandat dalam PRU ke-13 sebagai hanya kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat Kelantan. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia berpandangan, kenyataan Muhyiddin menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya sebagai pemimpin negara kerana meletakkan syarat tertentu terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka. “Ia juga seperti suatu ugutan agar rakyat Kelantan mengundi Barisan Nasional dalam PRU ke 13, barulah masalah mereka dapat diselesaikan. Manakala jika rakyat Kelantan terus mengundi PAS, Kerajaan Persekutuan akan membiarkan sahaja Kelantan terus dengan masalah ini,” ujarnya kepada Harakahdaily. Tambahnya, Muhyiddin mungkin telah melupai bahawa jawatan beliau selaku Timbalan Perdana Menteri adalah amanah rakyat yang perlu ditunaikan. “Sebagai pemimpin negara, beliau bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah dan keperluan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada. “Seluruh rakyat di negara ini, sama ada Kelantan atau lain-lain lagi tertakluk di bawah pemerintahan beliau dan beliau wajib menunaikan amanah ini tanpa mengira latar belakang mereka,” ujarnya lagi. Lebih dari itu, katanya masalah kebersihan air adalah masalah negara yang juga dialami oleh negeri-negeri yang lain, bukan setakat Kelantan. Menurutnya, rakyat umumnya sudah mengerti bahawa air yang mengalir keluar dari paip di rumah, tidak selamat unutk diminum begitu sahaja melainkan perlu dimasak terlebih dahulu. Malah, ujarnya penduduk di ibu kota juga menghadapi masalah yang sama, dengan kadar kebersihan air yang amat diragui. Oleh kerana itu, katanya mesin pemprosesan dan penyulingan air laris di jual di merata-rata rumah di negara ini. Beliau menambah, ia adalah masalah nasional yang perlu diselesaikan secara bijak dan berhikmah tanpa sentimen tertentu. Justeru itu, kata beliau DPP Malaysia berpendapat, jika Muhyiddin benar-benar ikhlas mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan, tidak perlu tunggu mandat dari rakyat dalam PRU ke 13. “Sebaiknya, masalah air di Kelantan boleh diselesaikan segera kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri di Malaysia, dan Kelantan adalah salah satu negeri di bawah pentadbiran negara ini,” katanya.
Harakahdaily | MELAKA, 24 Nov: Selepas projek monorel Melaka berharga RM15 juta mengudang pembaziran berganda, kini projek bertemakan hiburan, permainan roller coaster pula mengalami nasib yang sama. Merujuk kepada akhbar Sinar Harian hari ini, roller coaster yang bertempat di taman hiburan Sungai Melaka itu tidak pernah berfungsi sejak dua tahun lepas. “Projek yang bernilai RM10 juta ini sehingga hari ini hanya bertindak sebagai hiasan,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka, Muhamad Aizat Bahrudin. Katanya, dirasmikan dua tahun lepas, sepatutnya roller coaster yang mempunyai landasan sepanjang 1 kilometer itu dapat digunakan pada 31 Ogos lalu namun sehingga hari ini masih kosong, hanya landasannya sahaja yang ada. Menruutnya, kelewatan roller coaster itu untuk berfungsi telah dimaklumkan sebelum ini oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Ali, ujarnya memberitahu ia berpunca daripada faktor keselamatan selain masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan (JKKP) dan difahamkan roller coaster itu juga tidak menepati ciri keselamatan. Justeru, kata Aizat, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa agar kerajaan negeri menangani masalah itu dengan segera dan mengambil serius tentang faktor keselamatan untuk setiap projek perlancongan di Melaka. Sebelum ini, katanya projek monorel juga tidak berfungsi dengan baik, sering tergendala dan mampu mendatangkan bahaya kepada pelancong. Beliau menambah, selain membawa pembaziran, kerosakan monorel tersebut itu juga memberi imej buruk pada industri pelancongan Melaka yang sebelum ini diumum sebagai negeri Maju. “Seharusnya perkara asas sebegini tidak menjadi masalah memandangkan telah tersedia garis panduan keselamatan sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan lebih-lebih lagi projek tersebut melibatkan pengguna secara langsung seperti permainan roller coaster dan monorel ini. “Ianya perlu di pandang serius agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya lagi. Tambahnya, tapak taman hiburan yang menempatkan permainan roller coaster itu juga dikatakan tidak strategik kerana lokasinya agak terpencil dan jauh dari tumpuan pengunjung. “Ianya juga sedikit sebanyak membawa kepada faktor kerugian akibat bilangan pengunjung yang sedikit selain roller coaster yang tidak berfungsi, bak kata pepatah sudah jatuh, ditimpa tangga, begitulah keadaannya projek kerajaan negeri,” katanya.
Harakahdaily | MELAKA, 24 Nov: Selepas projek monorel Melaka berharga RM15 juta mengudang pembaziran berganda, kini projek bertemakan hiburan, permainan roller coaster pula mengalami nasib yang sama. Merujuk kepada akhbar Sinar Harian hari ini, roller coaster yang bertempat di taman hiburan Sungai Melaka itu tidak pernah berfungsi sejak dua tahun lepas. “Projek yang bernilai RM10 juta ini sehingga hari ini hanya bertindak sebagai hiasan,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka, Muhamad Aizat Bahrudin. Katanya, dirasmikan dua tahun lepas, sepatutnya roller coaster yang mempunyai landasan sepanjang 1 kilometer itu dapat digunakan pada 31 Ogos lalu namun sehingga hari ini masih kosong, hanya landasannya sahaja yang ada. Menruutnya, kelewatan roller coaster itu untuk berfungsi telah dimaklumkan sebelum ini oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Ali, ujarnya memberitahu ia berpunca daripada faktor keselamatan selain masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan (JKKP) dan difahamkan roller coaster itu juga tidak menepati ciri keselamatan. Justeru, kata Aizat, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa agar kerajaan negeri menangani masalah itu dengan segera dan mengambil serius tentang faktor keselamatan untuk setiap projek perlancongan di Melaka. Sebelum ini, katanya projek monorel juga tidak berfungsi dengan baik, sering tergendala dan mampu mendatangkan bahaya kepada pelancong. Beliau menambah, selain membawa pembaziran, kerosakan monorel tersebut itu juga memberi imej buruk pada industri pelancongan Melaka yang sebelum ini diumum sebagai negeri Maju. “Seharusnya perkara asas sebegini tidak menjadi masalah memandangkan telah tersedia garis panduan keselamatan sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan lebih-lebih lagi projek tersebut melibatkan pengguna secara langsung seperti permainan roller coaster dan monorel ini. “Ianya perlu di pandang serius agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya lagi. Tambahnya, tapak taman hiburan yang menempatkan permainan roller coaster itu juga dikatakan tidak strategik kerana lokasinya agak terpencil dan jauh dari tumpuan pengunjung. “Ianya juga sedikit sebanyak membawa kepada faktor kerugian akibat bilangan pengunjung yang sedikit selain roller coaster yang tidak berfungsi, bak kata pepatah sudah jatuh, ditimpa tangga, begitulah keadaannya projek kerajaan negeri,” katanya.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberikan jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di negeri Kelantan jika diberi mandat dalam PRU ke-13 sebagai hanya kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat Kelantan. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, DPP Malaysia berpandangan, kenyataan Muhyiddin menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya sebagai pemimpin negara kerana meletakkan syarat tertentu terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka. “Ia juga seperti suatu ugutan agar rakyat Kelantan mengundi Barisan Nasional dalam PRU ke 13, barulah masalah mereka dapat diselesaikan. Manakala jika rakyat Kelantan terus mengundi PAS, Kerajaan Persekutuan akan membiarkan sahaja Kelantan terus dengan masalah ini,” ujarnya kepada Harakahdaily. Tambahnya, Muhyiddin mungkin telah melupai bahawa jawatan beliau selaku Timbalan Perdana Menteri adalah amanah rakyat yang perlu ditunaikan. “Sebagai pemimpin negara, beliau bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah dan keperluan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada. “Seluruh rakyat di negara ini, sama ada Kelantan atau lain-lain lagi tertakluk di bawah pemerintahan beliau dan beliau wajib menunaikan amanah ini tanpa mengira latar belakang mereka,” ujarnya lagi. Lebih dari itu, katanya masalah kebersihan air adalah masalah negara yang juga dialami oleh negeri-negeri yang lain, bukan setakat Kelantan. Menurutnya, rakyat umumnya sudah mengerti bahawa air yang mengalir keluar dari paip di rumah, tidak selamat unutk diminum begitu sahaja melainkan perlu dimasak terlebih dahulu. Malah, ujarnya penduduk di ibu kota juga menghadapi masalah yang sama, dengan kadar kebersihan air yang amat diragui. Oleh kerana itu, katanya mesin pemprosesan dan penyulingan air laris di jual di merata-rata rumah di negara ini. Beliau menambah, ia adalah masalah nasional yang perlu diselesaikan secara bijak dan berhikmah tanpa sentimen tertentu. Justeru itu, kata beliau DPP Malaysia berpendapat, jika Muhyiddin benar-benar ikhlas mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan, tidak perlu tunggu mandat dari rakyat dalam PRU ke 13. “Sebaiknya, masalah air di Kelantan boleh diselesaikan segera kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri di Malaysia, dan Kelantan adalah salah satu negeri di bawah pentadbiran negara ini,” katanya.
M Faqih | KOTA BHARU, 24 Nov: Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat. Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan. Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak. Begitu juga dakwaan isu air dicemari bakteria E.coli, mangan dan arsenik, sedangkan kadarnya lebih rendah berbanding negeri-negeri lain. Misalnya kadar kandungan E.coli di Kelantan hanya sekitar 0.88 peratus berbanding Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus). Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kadar kandungan bakteria E.coli hanya dalam peratusan kecil, dan diatasi segera setelah dikesan kandungannya. Lagi pun katanya setiap minggu sampel air di semua loji rawatan air AKSB dihantar ke Pejabat Kesihatan untuk dianalisis. ”Setakat ini tiada pun teguran dibuat jabatan terbabit berkaitan isu yang ditimbulkan sebuah akhbar arus perdana sekarang,” katanya. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (kiri) berkata, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan dan hanya 31 kes sahaja dikesan ada kandungan E.coli. ”Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif. ”Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang,” katanya di sini. Malah kata beliau akhbar terbabit juga lupa tanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan air adalah di bawah kerajaan pusat, dan kerajaan negeri cuma menyalurkan sumber air. ”Mengapa mereka tidak cuba rujuk kepada perlembagaan yang secara jelas menerangkan perkara itu. Jangan cuba hendak kelirukan rakyat. ”Memandangkan tugas tersebut tidak dilaksanakan kerajaan pusat, kerajaan negeri terpaksa mengambil alihnya bagi memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat. ”Cuba bayangkan pula usaha kerajaan negeri mahu meningkatkan bekalan air tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama. ”Selama 13 tahun Kelantan diketepikan mendapat sebarang peruntukan. Usahkan peruntukan, pinjaman pun tidak diberi pada awalnya,” ujarnya. Beliau berkata, sepanjang tempoh itu prasarana bekalan air tetap juga dipertingkat termasuk mendapat pinjaman daripada institusi kewangan. Hanya pada 2003 barulah pinjaman mudah diluluskan sebanyak RM600 juta, itu pun diberi bukan sekaligus, sebaliknya sedikit demi sedikit. Menurutnya Md Anizam hasil kesungguhan kerajaan negeri sehingga sekarang hampir 70 peratus rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih disediakan AKSB. (Ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 24 Nov: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan meminda Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bagi membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik. Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari (gambar), kenyataan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan yang sedia ada sudah mula faham dan akur dengan desak pelbagai pihak yang saban tahun memperjuangkan permansuhan Auku sejak Tun Dr Mahathir Mohamad lagi iaitu pada tahun 1971 berikutan demonstrasi Baling di Kedah. Katanya, setiap undang-undang yang digubal berdiri atas satu-satu niat penggubalan, begitu juga dengan Auku. “Saya melihat Auku ini digubal bertitik tolak pada beberapa peristiwa antaranya PMUM isytihar manifesto sokong pembangkang dalam PRU ke-4 sehingga tercetusnya Persitiwa 13 Mei 1969. “Juga Demonstrasi Anti Tunku oleh PMUM di Universiti Malaya pada 29 Ogos 1969 dan Demonstrasi ‘Papan Tanda’ 5 Okt 1970 iaitu pertembungan PMUM dan PBMUM sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu bahasa Melayu dan pendidikan,” ujarnya kepada Harakahdaily. Setelah itu, katanya kerajaan membentuk ‘Jawatankuasa Mengkaji Kampus’ sehingga tergubal dan diwartakan Auku pd 18 Mac 1971. Ini, ujarnya membuktikan niat Auku digubal untuk sebenarnya ialah untuk menutup ‘pekung’ kerajaan sebenarnya. “Saya juga melihat Auku ini juga membunuh aktivisme mahasiswa. Mahasiswa tidak lagi bebas berfikir, berpersatuan, menyuarakan pandangan secara idealis dan akademik malah kehidupan mereka sentiasa diancam,” katanya lagi. Natijahnya, tambah beliau mahasiswa Malaysia saban ini tidak lagi menjadi jurubicara ummah demi pembangunan negara sebagaimana mahasiswa Malaysia pada era 1960-an dan 1970-an, malah ianya turut terkesan kepada pensyarah-pensyarah universiti. “Gamis harapkan pengumuman ini tidak berulang sepertimana pengumuman mansuhkan ISA yang lalu, sehingga kini masih menjadi tanda tanya pada rakyat bila akan mansuh,” katanya. Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendakwa pengumuman Perdana Menteri untuk meminda seksyen 15 Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) yang menghalang mahasiswa berpolitik membuktikan akta itu sememangnya bahana yang membunuh idealisme dan patriotisme anak muda selama ini. Sambil menyambut baik pengumuman tersebut, Pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, ianya membolehkan mahasiswa kembali menjadi anak muda negara yang bebas mengamalkan perlembagaan sebagai warganegara Malaysia. "Mahasiswa meminta semua pihak terutama pentadbir universiti menerima pengumuman Perdana Menteri secara terbuka. "Mahasiswa sedar bahawa pentadbir universiti akan menjadi tonggak penting dalam memastikan idealisme mahasiswa kembali pulih setelah Auku dimansuhkan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Tambah beliau, hal ini termasuklah usaha universiti dalam membuka ruang kepada mahasiswa untuk terlibat secara aktif dengan pergerakan politik di Malaysia. Beliau berkata demikian dengan memberi contoh speaker corner yang "lesu" kerana pihak universiti menyambutnya secara dingin. "Hal ini kerana terdapat pihak pentadbiran yang mewujudkan undang-undang melampau walaupun Auku telah membenarkan Speaker Corner," katanya. Selain itu SMM katanya, mencadangkan pihak kerajaan memperhalusi beberapa tuntutan mahasiswa dalam menjayakan semangat pemansuhan Auku. "Mahasiswa tidak sekadar melihat pemansuhan Auku secara tunggal, tapi apa yang lebih penting ialah pengisian terhadap aktiviti kemahasiswaan setelah Auku dimansuhkan. Tuntutan mahasiswa ini katanya telah dikemukakan dalam Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) yang dilancarkan baru baru ini. "Antara tuntutan mahasiswa ialah mengembalikan hak pentadbiran kemahasiswaan kepada mahasiswa secara total yang mana tugas ini pada masa ini dikuasai sepenuhnya oleh bahagian hal ehwal pelajar (HEP)," katanya. Selain itu SMM juga menuntut agar urusan pilihanraya kampus diserahkan sepenuhnya kepada mahasiswa bagi memastikan mahasiswa mendapat pendidikan politik secara menyeluruh dan tidak sekadar terdidik sebagai pengundi. "Tuntutan ini diharap dapat diberi perhatian oleh pihak kerajaan bagi memastikan pindaan Auku disusuli dengan pengisian yang mempu mendidik mahasiswa menjadi rakyat yang berfungsi kepada negara," katanya. Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 24 Nov: Sehingga kini, dalam tempoh kurang lebih 100 hari di bawah pentadbiran Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin selaku rektor telah berlaku sekurang-kurangnya empat peristiwa ‘hitam’ yang sangat mengecewakan warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan telah menjatuhkan serta memalukan nama baik universiti pada pandangan umum. Pengerusi Pro-M (Wufi) UIAM, Muhammad Hafizuddin M. Noor berkata, bermula dengan kes Ustaz Azhar Idrus dilarang berkuliah di dalam Masjid UIAM, pembatalan penyertaan Presiden SRC-IIUM sebagai panel dalam program Hujah TV 9, Prof. Dr. Aziz Bari digantung tugasan dan dikenakan siasatan, dan terkini program In Person with Dato’ Saifudin dibatalkan secara ad-hoc. “Pro-Mahasiswa UIAM (Wufi) melihat, dalam kejadian terbaru ini, tindakan pihak pentadbiran UIAM membatalkan program secara ad-hoc, dengan alasan ‘isu AUKU belum diputuskan’ dan ‘...saya tidak tahu program itu dihadiri oleh Timbalan Menteri’, dan diikuti dengan kenyataan berbeza yang diberikan oleh pihak pentadbiran UIAM kepada wakil penganjur dan pihak media, adalah satu tindakan yang sangat menjelekkan, tidak professional dan telah mengundang rasa kecewa serta marah pihak penganjur, warga UIAM dan rakyat Malaysia,” katanya. Dengan ini, tegasnya pihak Pro-Mahasiswa UIAM (Wufi) ingin memaklumkan, akan menganjurkan demontrasi ‘Tolak 1.0’, sebagai desakan menolak sebarang campur tangan luar terhadap hal ehwal pengurusan dan pentadbiran UIAM, dan menolak sikap tidak berprinsip pihak pentadbiran dalam mempertahankan hak mahasiswa dan universiti sebagai sebuah institusi keilmuan. Sehubungan itu, Pro-Mahasiswa UIAM (Wufi) ingin mengajak dan menyeru seluruh mahasiswa dan warga Malaysia, untuk turut hadir ke demontrasi ‘Tolak 1.0’ yang akan diadakan esok, Jumaat, 2.00 petang, di halaman belakang Masjid UIAM.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua akta yang bersifat menekan rakyat sememangnya tidak perlu wujud dalam sebuah negara demokrasi. Bercakap sewaktu membahaskan usul pemansuhan Proklamasi Darurat di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, Pakatan Rakyat menyokong pemansuhan tersebut namun pada masa yang sama menentang akta baru yang bersifat draconian dan tidak demokratik. Beliau merujuk kepada Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang baru dibentang kali pertama dan akta baru yang bakal menggantikan ISA yang dijangka masih bersifat 'tahan tanpa bicara'. Katanya, tidak ada makna perisytiharan darurat ditarik balik namun pada masa sama undang-undang lebih mencengkam rakyat pula mahu digubal. “Pengecualian tidak dilihat dengan teliti, walaupaun akta darurat dibatalkan dan kita sokong namun cadangan (baru) masih bersifat mengongkong dan membelenggu rakyat," katanya. Beliau juga membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat tidak konsisten apabila tindakannya bertentangan dengan janji transformasinya. “Pembatalan tidak menjadi persoalan bersar kerana tidak diguna pakai walaupun PM menyebut kelonggaran besar diberikan. "Namun hukuman lebih berat (dicadangkan) iaitu hukuman denda RM20,000 (kepada peserta yang menyertai himpunan).” Najib hari ini membentangkan usul di Dewan Rakyat untuk menarik balik tiga perisytiharan darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal.Ianya adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan.
Harakahdaily | IPOH, 24 Nov: Hutang kerajaan negeri Barisan Nasional Perak amat mengejutkan kerana telah meningkat hampir RM1 bilion pada tahun ini. Secara khusus, hutang negeri tahun lalu yang berjumlah RM903.8 juta telah meningkat sebanyak RM72 juta dalam masa 12 bulan sahaja untuk menjadikannya RM975 juta pada masa ini. Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (gambar) berkata, jumlah hutang itu lebih besar daripada segala program kerajaan seperti skim kredit mikro, bantuan rumah, bantuan barangan makanan, bantuan wang tunai musim perayaan, skim Tabaruk dan program kluster ekonomi keluarga, lapor Roketkini. “Semua program untuk rakyat hanya berjumlah RM19 juta sahaja,” katanya membahaskan Bajet 2012 bagi negeri Perak, semalam. Menurutnya, sikap suka berhutang telah dimulakan oleh BN sejak sedekad lalu apabila hutang negeri naik mendadak dari hanya RM182 juta pada tahun 2000 kepada RM975 juta tahun ini. “Jumlah hutang ini adalah kenaikan sebanyak 535 peratus! Jika ada lagi pihak yang masih membisu atau memilih untuk berpura-pura, saya rasa mereka perlu insaf dan kembali ke pangkuan jalan. “Bah kata pepatah Melayu, jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah,” ujarnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis berkata, kerajaan BN perlu menjelaskan tentang hutang RM72 juta yang dicipta dalam masa 12 bulan lalu. Nga juga mempertikaikan defisit bajet RM50.14 juta dan yan kos perbelanjaan kerajaan RM915 juta kerana jumlahnya terlalu besar bagi Perak. Menurutnya, keadaan itu tidak seimbang dengan laporan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, yang mencatatkan bahawa Perak kini mempunyai paling ramai bilangan keluarga yang berpendapatan rendah. Mengikut laporan itu, katanya, Perak kini mempunyai 192,000 keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM2,300, iaitu mewakili 12.2 % dari semua keluarga yang berpendapatan rendah. “Jumlah tersebut adalah paling ramai di seluruh tanah air kita. Ini jelas terbukti selepas 54 tahun di bawah BN, bukan sahaja BN gagal menerajui negeri kita menuju ke paras pendapatan yang bermaruah, sebaliknya ramai rakyat kita masih hidup melarat khususnya orang Melayu,” tambah beliau. Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping menjelaskan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat Perak selama setahun sejak pilihan raya umum 2008 hingga rampasan kuasa oleh BN pada Februari 2009 adalah jauh lebih baik daripada salah urus dan salah keutamaan BN. Beliau memberi contoh di mana semasa pemerintahan Pakatan Rakyat, kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk memilih ketua kampung di semua 817 kampung Melayu tradisonal di mana sekitar 30 peratus dimenangi oleh warga kampung yang menyokong Umno. Bagaimana pun, setelah rampasan kuasa di Dun Perak, kerajaan Umno BN yang zalim telah memecat semua ketua kampung yang dipilih oleh rakayat dan digantikan sistem perlantikan yang bercorak kuku besi untuk konco-konco mereka sahaja. “Pemecatan ketua kampung tanpa sebarang pampasan kepada mereka yang mendapat mandat rakyat adalah satu perbuatan yang zalim dan menjijikkan. Apakah salah mereka? Adakah mereka rasuah? Rompak? Curi? Semuanya tidak tetapi mereka tetap dipecat kerana tidak menyokong Umno,” katanya. Menurutntya, Bajet BN Perak hanyalah pembaziran wang rakyat demi kroni Umno BN di samping bakal menjadikan anak negeri deritadengan hutang yang semakin meningkat. “Ini adalah bajet defisit beri gula-gula, bajet pancing undi, bajet angkat hutang untuk memperdayakan rakyat. Ini bajet pilihan raya. Namun, rakyat nampak semua ini. “Jadi ini juga bajet yang akan memenangkan Pakatan Rakyat, insya Allah,” katanya. – Roketkini.com
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPK Titiwangsa) mencabar Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) agar memainkan peranan penting sebagai pembela tanah penduduk Kampung Baru sebagaimana yang dimainkan oleh Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB). Timbalan ketuanya, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, DPPK Titiwangsa berpandangan, MAS sejak akhir-akhir ini tidak memainkan peranan dalam membela tanah orang Melayu di kampung warisan tersebut, sehingga ia akhirnya terlepas ke tangan pihak lain. “DPPK Titiwangsa merasa sedih kerana sejak ura-ura Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru hendak dibentangkan dalam bacaan kali pertama tahun 2010, sehinggalah ia dibentang dan diluluskan di Parlimen bulan Oktober 2011, MAS tidak langsung membantah isu ini, bahkan menyokongnya pula,” ujarnya Harakahdaily. Tambahnya, lebih memeranjatkan apabila MAS turut ‘bersubahat’ dengan cuba menafikan peranan Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Selangor untuk membantu menyelamatkan hak penduduk Kampung Baru. Sepatutnya, kata beliau MAS berterima kasih kerana keprihatinan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang cuba sedaya upaya memastikan Kampung Baru dimiliki oleh penduduk asalnya. Sebaliknya, ujar beliau Sekretariat Pembangunan Kampung Baru yang diterajui oleh Saudara Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi pula bangkit membela nasib penduduk Kampung Baru. Beliau berkata, rakyat khususnya penduduk Kampung Baru melihat SPKB lebih berperanan aktif dan lantang dalam memastikan isu Kampung Baru diperjuangkan sebaiknya. “Dalam hal ini, DPPK Titiwangsa mengingatkan MAS, jangan sampai rakyat melupai jasa dan sejarah panjang MAS sehingga menjadi bahan cemuhan malah sebaliknya mengangkat Saudara Ahmad Zamri dan SPKB sebagai ikon baru Kampung Baru. “Justeru, DPP Kawasan Titiwangsa mendesak agar MAS kembali kepada perjuangan asal bagi memastikan jawatankuasanya lebih proaktif dan menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ penduduk Kampung Baru dalam Perbadanan Pembangunan Kampung Baru,” ujarnya lagi. Sehubungan itu, katanya DPPK Titiwangsa meminta agar setiap rancangan atau cadangan pembangunan Kampung Baru dibincangkan dahulu dengan penduduk Kampung Baru dan dapatkan persetujuan mereka, dan tidak dibuat secara melulu. Selainnya, tambah beliau DPPK Titiwangsa mengharapkan MAS akan utamakan kepentingan penduduk lebih daripada menuruti nafsu sesetengah pihak yang gelojoh mahu meratah tanah ‘emas’ warisan orang Melayu itu.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua akta yang bersifat menekan rakyat sememangnya tidak perlu wujud dalam sebuah negara demokrasi. Bercakap sewaktu membahaskan usul pemansuhan Proklamasi Darurat di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, Pakatan Rakyat menyokong pemansuhan tersebut namun pada masa yang sama menentang akta baru yang bersifat draconian dan tidak demokratik. Beliau merujuk kepada Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang baru dibentang kali pertama dan akta baru yang bakal menggantikan ISA yang dijangka masih bersifat 'tahan tanpa bicara'. Katanya, tidak ada makna perisytiharan darurat ditarik balik namun pada masa sama undang-undang lebih mencengkam rakyat pula mahu digubal. “Pengecualian tidak dilihat dengan teliti, walaupaun akta darurat dibatalkan dan kita sokong namun cadangan (baru) masih bersifat mengongkong dan membelenggu rakyat," katanya. Beliau juga membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat tidak konsisten apabila tindakannya bertentangan dengan janji transformasinya. “Pembatalan tidak menjadi persoalan bersar kerana tidak diguna pakai walaupun PM menyebut kelonggaran besar diberikan. "Namun hukuman lebih berat (dicadangkan) iaitu hukuman denda RM20,000 (kepada peserta yang menyertai himpunan).” Najib hari ini membentangkan usul di Dewan Rakyat untuk menarik balik tiga perisytiharan darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal.Ianya adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan.
Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia membantah sekeras-kerasnya Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang dibentangkan di Parlimen. “Bagi DPP Malaysia, RUU Perhimpunan Aman 2012 lebih kejam daripada undang-undang sedia ada seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang memberikan hak untuk rakyat berhimpun,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. Menurutnya, DPP Malaysia melihat kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi cuba menipu rakyat dengan slogannya ‘transformasi’ dengan pendekatan berlembut dengan rakyat. Katanya, setelah ISA dikatakan sudah terhapus, tetapi dengan penangkapan terbaru 13 orang di bawah ISA di Sabah membuktikan bahawa Najib tidak pernah mengotakan janjinya. Beliau menambah, Akta Perhimpunan Aman pula dikatakan sebagai menghormati hak rakyat untuk berhimpun, hakikatnya ia adalah suatu halangan untuk rakyat berbuat demikian. Jelasnya, Akta Perhimpunan Aman amat menekan kerana lebih banyak memberikan kuasa kepada pihak polis, sama ada untuk menggagalkan perhimpunan atau menangkap, mendakwa serta mendenda mereka dengan suatu nilai yang diluar kemampuan. Dalam hal ini, ujarnya DPP Malaysia melihat PDRM digunakan sebagai perkakas untuk menyekat kemaraan rakyat dengan mencipta pelbagai peraturan ketat. “Sudah tentu, akta ini sebagai usaha menakutkan rakyat agar jangan turun berhimpun kerana risiko tangkapan dan denda dengan nilai yang tinggi, seolah-olah Perdana Menteri merasa terlalu takut dengan kebangkitan rakyat yang menjadi igauan buruk kepadanya dan merasa terancam dengan kedudukannya sekarang,” ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru, tegasnya DPP Malaysia mengingatkan Perdana Menteri bahawa rakyat Malaysia bukan bodoh, umpama lembu yang boleh dicucuk hidung. Beliau berkata, rakyat Malaysia tidak boleh diikat dengan pelbagai imbuhan dan pemberian one off sehingga mengabui mata mereka. “Rakyat Malaysia semakin matang dan celik maklumat. Mereka tahu segala butiran dan agenda tersembunyi di sebalik akta ini. “Mereka tahu akta ini adalah satu lagi siri penipuan Najib yang semakin terbongkar,” ujarnya lagi. Justeru, katanya DPP Malaysia juga berpesan kepada Perdana Menteri agar berlaku jujur terhadap rakyat. Tambahnya, Perdana Menteri perlu ambil iktibar dari kejatuhan rejim di Timur Tengah yang berlaku zalim terhadap rakyat. “Walaupun pelbagai tekanan, sekatan serta ugutan digunakan, jika rakyat bangkit, maka tiada kuasa yang dapat menghalangnya,” katanya.
Harakahdaily | IPOH, 24 Nov: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengambil perhatian serius mengenai ramalan kaji cuaca yang menjangkakan berlaku hujan lebat berterusan yang akan mengakibatkan banjir di sebelah Utara Perak pada pertengahan atau akhir bulan November ini. Ketua penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin berkata, langkah pertama yang telah diputuskan oleh pimpinan parti ialah menubuhkan satu Bilik Gerakan Banjir di peringkat negeri dan PAS kawasan yang terbabit di bawah pemantauan dan seliaan, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Misbahul Munir Masduki. Menurutnya, PAS Perak juga telah menyusun beberapa langkah persediaan awal bagi menghadapi suasana banjir di Utara Perak pada kali ini termasuk persediaan keselamatan. Malah, ujarnya PAS negeri yang memperjuangkan konsep Negara Berkebajikan juga akan menawarkan bantuan yang sesuai seperti membersihkan rumah selepas banjir surut kelak. Bagi persediaan itu juga, katanya Jabatan Amal Negeri Perak yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri akan menyiapkan anggota mereka membentuk satu pasukan bantuan banjir bagi menghadapi sebarang kemungkinan musibah banjir kali ini. “Kami juga mengalu-alukan bantu orang ramai dalam semua aspek keperluan bagi membantu mangsa banjir kelak dan berharap persediaan awal ini nanti akan melicinkan gerak kerja bantuan yang akan disalurkan kelak. “Kami juga mendoakan agar Allah SWT dapat melindungi kita dari segala malapetaka dan memberi kita kekuatan untuk bersabar dalam menghadapi segala ujian-Nya,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Untuk sebarang pertanyaan, maklumat dan sumbangan, bolehlah menghubungi talian 05-3136377. | | | | | | | | | | | | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan