Seorang ibu berusia 75 tahun mati selepas lehernya dikelar dengan pisau oleh anak lelakinya yang dipercayai mengidap penyakit mental di rumah mereka di Taman Bukit Serdang, dekat Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi tadi, warga emas itu (nama enggan diberi polis) mati di tempat kejadian manakala anaknya berusia 35 tahun itu pula cedera parah di leher akibat cubaan untuk menyembelih dirinya sendiri.
"Kejadian disedari seorang anak perempuan mangsa yang kebetulan datang ke rumah itu dan menemui ibunya terbaring di tilamnya di ruang tamu rumah tiga tingkat itu.
"Suspek pula sempat menyambut kakaknya yang hadir itu sebelum terjatuh akibat pendarahan di leher. Kakak suspek kemudian segera membawanya ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut dan kami difahamkan suspek kini tenat," katanya di tempat kejadian.
Beliau berkata tiada kesan pergelutan di rumah itu dan pihak forensik menemui pisau dengan kesan darah, yang dipercaya digunakan suspek, di atas meja kopi di ruang tamu rumah.
Abdul Razak berkata polis percaya mangsa dikelar sekali sebelum suspek cuba menyembelih dirinya sendiri lebih dari satu percubaan.
Menurutnya mangsa, yang sakit tua, dijaga suspek yang merupakan anak keenam dari lapan beradik.
"Kami juga diberitahu bahawa suspek sudah lama mengidap penyakit mental dan pernah cuba membunuh diri sendiri dua bulan lepas dengan kelar tangannya," katanya.
Beliau berkata mayat warga emas itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Abang mati ditikam adik
Sementara itu, dalam satu lagi kejadian, akibat perselisihan faham, nyawa seorang abang melayang di tangan adik lelakinya sendiri disaksikan ibu bapa mereka di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang melibatkan adik beradik berumur 21 dan 28 tahun itu yang bertengkar di ruang tamu sehingga suspek nekad mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan menikam abangnya.
Akibat tikaman di anggota badannya, suspek cedera parah dan segera dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan mati dua jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata motif kejadian sedang disiasat.
Ketua Bahagian Penerangan Umum Polis Indonesia Boy Rafli Amar memberitahu media tempatan Ahad bahawa jumlah itu diperoleh berdasarkan keterangan saksi.
Saksi berkata ada dua bas tenggelam dalam peristiwa itu, namun polis belum dapat memastikan jenis bas dan jumlah penumpang di dalamnya.
Setakat ini, empat orang disahkan meninggal dunia dalam tragedi jambatan gantung runtuh pada kira-kira 4.30 petang waktu tempatan. Semasa kejadian, kenderaan dilaporkan sesak di atas jambatan itu.
Jambatan Kutai Kartanegara yang merentangi Sungai Mahakam, merupakan satu daripada jambatan gantung terpanjang di Indonesia.
Bahagian yang tergantung tanpa penyangga adalah sepanjang kira-kira 270 meter. Jambatan itu berukuran 710 meter panjang.
Jambatan yang dibina pada 1995 itu merupakan antara penghubung penting bagi laluan darat Tenggarong dengan Samarinda dan Balikpapan, Kalimantan Timur.
Gabenor Kalimantan Timur Awang Faroek Ishak berkata sembilan mangsa yang terselamat dirawat di hospital tempatan.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan pasukan gabungan termasuk Tentera Nasional Indonesia dan Polis Indonesia, Badan SAR Nasional dan Pasukan Penguatkuasa Kerajaan Tempatan.
Operasi menyelamat terganggu oleh arus deras Sungai Mahakam.
- Bernama
bersama-sama rakannya, semalam.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Nordin Yahaya berkata Mohd Alif Razuan Azman, 15, dikatakan bermain di sungai itu kira-kira 4 petang semalam.
"Mangsa yang tidak pandai berenang, terus dihanyutkan arus deras dan gagal diselamatkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata gerakan mencarinya yang disertai 30 anggota Bomba dan Penyelamat Machang, Pasukan Pertahanan Awam (JPAM) dan dibantu unit skuba serta pasukan sukarelawan bomba dilancarkan sebaik kejadian itu dilaporkan.
Gerakan itu menggunakan enam buah bot penyelamat dengan menumpukan tidak jauh dari kawasan yang dilaporkan hilang.
- Bernama
Pengarahnya Md Noor Chek berkata jabatan itu membuat pemantauan di semua pusat pemindahan banjir bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dalam pemberian bantuan kerajaan.
"Bantuan hanya untuk mangsa banjir tulen yang berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Alam peringkat jajahan," katanya kepada Bernama ketika melawat kawasan banjir di Machang hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan bahawa mangsa banjir yang tidak tinggal di pusat pemindahan tetapi mendaftar sebagai mangsa banjir untuk mendapat bantuan daripada JKM.
"Kita sentiasa membuat pemeriksaan mengejut ke pusat-pusat pemindahan yang diwartakan bagi memastikan tidak wujud mangsa banjir yang cuba mengambil kesempatan itu," katanya.
Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Dr Wan Mansor Hamzah dalam kenyataannya semalam berkata ada pusat pemindahan yang merekodkan jumlah mangsa banjir hampir mencecah 1,000 orang, tetapi setelah pihaknya membuat pemeriksaan kesihatan hanya kira-kira 200 sahaja yang ditempatkan di pusat itu.
Md Noor berkata jabatannya membuat penyelidikan dan semakan semula jumlah mangsa pemindahan banjir dengan mendapat perakuan dari Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Alam daerah sebelum menghulurkan bantuann kepada mangsa terbabit.
Menurutnya pihaknya sedia bertolak ansur dengan memberi bantuan kepada mangsa banjir yang tinggal di rumah jiran mereka yang dianggap selamat secara berkumpulan dan mereka mendapat kemudahan sama dengan mereka yang tinggal di pusat pemindahan yang diwartakan.
Bantuan yang diberikan termasuk selimut, makanan dan kerperluan lain.
- Bernama
Penolong Kanan Penguasa Bomba Sharberi Zakaria berkata Muhamad Farid Mohd Yusof, 20, dikhuatiri lemas selepas dikatakan bersiar-siar dengan menaiki basikal di pesisiran pantai di Kuala Pak Amat, Kampung Panjang, Pengkalan Chepa pada 4.55 petang semalam.
"Seramai 10 anggota dari balai Pengkalan Chepa menyertai operasi menyelamat bersama unit Skuba dari Balai Bomba Pengkalan Kubur. Turut serta anggota polis dan Skim Rondaan Sukarela," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai, Mohd Alif Razuan Azman, 15, pula dikhuatiri lemas di Sungai Kemuning, Machang ketika bermain bersama-sama rakannya pada pukul 4 petang semalam.
Operasi menyelamat masih dijalankan ketika ini.
Sementara itu, Mohd Azman Yusuf, 17, pula dikhuatiri lemas di Sungai Golok, Rantau Panjang malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Setakat ini, empat dilapor mati lemas sepanjang musim tengkujuh ini iaitu kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun, budak lelaki berumur 10 tahun dan remaja lelaki berusia 14 dan 15 tahun.
- Bernama
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri bagaimanapun berkata sehingga kini, hanya empat daerah masih terjejas dengan banjir iaitu Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat manakala keadaan banjir di daerah Bachok dan Pasir Puteh sudah pulih.
"Walaupun berlaku sedikit pertambahan mangsa banjir, namun secara keseluruhannya keadaan banjir bertambah baik. Pusat pemindahan di Bachok dan Pasir Puteh sudah ditutup sepenuhnya manakala 17 pusat pemindahan dibuka di Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat," katanya.
Beliau berkata daripada keseluruhan pusat pemindahan itu, Pasir Mas mencatatkan jumlah pusat pemindahan terbanyak iaitu 11 diikuti Kota Baharu dengan tiga buah pusat, Tumpat (2) dan Tanah Merah (1).
Di Pasir Mas, empat laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan Jalan Banggol Kulim Lokasi 2, manakala Km24, Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang hanya ditutup kepada kenderaan ringan.
Di Tumpat, Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti ditutup kepada semua kenderaan.
Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada paras 10.18 meter, yang melebihi paras bahaya 9 meter, namun, paras air sungai itu terus menunjukkan penurunan secara perlahan-lahan sejak semalam, kata jurucakap itu.
Di KUALA TERENGGANU, keadaan banjir semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan berkurangan kepada 461 orang pagi ini berbanding 798 orang petang semalam.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Terengganu berkata mereka terdiri masing-masing tujuh orang di Hulu Terengganu dan Kamaman, Kuala Terengganu (41), Marang (34) dan sebanyak 372 di Setiu.
Katanya lebih ramai mangsa banjir dijangka dibenarkan pulang hari ini memandangkan keadaan cuaca yang semakin baik manakala paras air sungai di negeri ini keseluruhannya masih bertahan dan berada pada paras biasa.
Hampir 3,000 penduduk dipindahkan sejak banjir melanda Terengganu Ahad lepas.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan