Jumaat, 11 November 2011

MATI KUASA MUTLAK ALLAH....DAN SEMUA PUN KUASA MUTLAK ALLAH...CALON TUA DEKAT MATI..CALON MUDA PUN SAMPAI AJAL PUN MATI....INGATLAH MATI..TAKLAH JAHAT

PM: Tiada had umur asalkan calon boleh menang
Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya dalam pilihan raya umum ke-13, asalkan mereka boleh menang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

NONESambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, perdana menteri berkata apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk BN.

"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang.

"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya ketika menyampaikan amanat di majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Turut hadir presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan ketua penerangan Mubarak yang juga pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Najib berkata beliau memerlukan semua tenaga yang ada dan ia merupakan gandingan antara yang baru dan lama bagi sama-sama bergabung tenaga berjuang pada pilihan raya nanti.

Katanya, yang penting sekali ialah mendokong calon boleh menang yang ditentukan oleh parti kerana pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai sengit.

'Jangan pandang mudah'


"Dulu mereka takde (tiada) negeri, sekarang ada empat buat negeri, ada tapak, ada pangkalan. Dulu mereka takde (tiada) tapak, bila ada tapak, macam-macam boleh buat.

"Dari segi kemampuan pun lebih berbanding dulu, sebab itu kita jangan pandang mudah pada pilihan raya ini," katanya.

azlanSehubungan itu, katanya, beliau amat mengalu-alukan peranan Mubarak bagi menguatkan kepimpinan parti berikutan perubahan landskap sosial politik pada masa ini yang berubah dengan pantas.

Najib berkata perubahan itu berlaku berdasarkan tiga faktor iaitu taraf pendidikan yang semakin meningkat, revolusi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan fenomena globalisasi atau dunia tanpa sempadan.

Katanya ini bermakna generasi yang baru pada hari ini adalah generasi yang berbeza dan anggota parti diingatkan supaya tidak mendabik dada ketika turun padang, sebaliknya meyakinkan mereka bahawa kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang terbaik untuk rakyat.

azlanSelain itu, katanya, anggota parti mesti membawa label atau jenama bahawa BN merupakan pemangkin dan pencetus kepada pembaharuan dan perubahan yang telah dilaksanakan sejak dahulu lagi.

"Kita dah buat banyak perkara yang mendahului zaman, kitalah parti sebenarnya yang berhak untuk dinamakan sebagai parti yang mencetus pembaharuan dan perubahan dalam negara.

Hubungan dengan NGO

"Dengan kita punya Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan sekarang ini GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (program Transformasi Ekonomi) dan sebagainya. Kita konsisten untuk terus menjadi parti yang jenamanya ialah parti yang membawa kepada pembaharuan dan perubahan," katanya.

Najib berkata beliau bersetuju dengan peranan yang dimainkan oleh Mubarak dengan tidak meniru apa yang dilakukan oleh pimpinan sedia ada terutama sekali pimpinan di peringkat negeri dan bahagian yang semestinya memberi tumpuan kepada struktur parti.

azlanKatanya Mubarak melihat kepada kumpulan sasar tertentu dengan menjalin hubungan strategik dengan NGO yang mempunyai pengaruh tersendiri untuk menentukan kejayaan parti pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata hubungan seperti itu perlu dijalin dengan kumpulan atau badan-badan tertentu yang sudah sedia wujud seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Bekas Tentera, Persatuan Bekas Polis dan kumpulan lain.

"Begitu juga dengan persatuan kaum lain seperti persatuan kaum Cina dan India yang mempunyai pengaruh besar. Kumpulan ini amat penting sebenarnya yang perlu dijadikan sebagai sahabat kita yang boleh membantu apabila sampai masanya pada pilihan raya akan datang," katanya.

Sambil menghargai peranan Mubarak, Najib berkata dengan memilih pendekatan sedemikian, maka tidak akan berlaku pertembungan dan salah faham yang tidak disengajakan yang boleh berbangkit di kawasan yang taukenya sudah ada dalam susunan bahagian.

NONEKatanya yang penting ialah untuk kejayaan parti dan sekarang anggota parti perlu menguatkan kepimpinan parti dengan kumpulan tersebut kerana politik adalah siapa yang mendapat lebih undi, mereka yang akan menang.

Beliau berkata sejarah politik tanahair telah menunjukkan bahawa politik adalah tidak kekal, suatu bidang yang dinamik iaitu siapa yang lebih berkesan mesejnya kepada rakyat dan penerimaan pemimpinnya yang semulajadi disayangi rakyat, maka parti itu yang akan dipilih.

- Bernama


  • Zizi Ariffin · Pengulas Tertinggi
    Najib... bersedialah untuk dibersarakan..~.
  • Ahmad Muhammad · Pengulas Tertinggi
    "Beliau berkata sejarah politik tanahair telah menunjukkan bahawa politik adalah tidak kekal, suatu bidang yang dinamik iaitu siapa yang lebih berkesan mesejnya kepada rakyat dan penerimaan pemimpinnya yang semulajadi disayangi rakyat, maka parti itu yang akan dipilih"... pak aji ni dah boleh rasa... macam nak...
    • Rokiah Khalid · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MINDEF
      AM: btollll, macammmmmmmmm orangggggggg hilangggggggg akallllllllllll jeee, meraban x tentu hala umpama macam orang meroyannnnnnnnnnnnn
  • Modem Bodben · Top Commenter
    Berkhidmatlah untuk rakyat, kerana rakyat yg menentukan pemerintah negara..
  • Tiara Slam · Top Commenter · High school
    umur bkn faktor utama yg peting pandai dlm 4M (menipu.mengikis, merompak, memgapu).
  • Mohd Kamal · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    ada ka? calon boleh menang dalam umno.
    lepas ni kita tengok siapa yang dianggap CALON BOLEH MENANG dalam umno.
    lepas tu... kita pakat gelak ramai ramai kah kah kah.
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    pemimpin2 umno yang ada bukan nya membela raayat, bekas2 pemimpin2 umno seperti, rafidah aziz, khir toyo, muhamad taib, isa samad, tamby chik, osman arof dan banyak lagi, ada kah mereka membela bangsa ?.mereka kaya raya dengan jawatan dalam parti dan dalam kerajaan, raayat tidak lupa dengan dosa2 yang umno lakukan terhadap raayat...kalau najib bubar sekarang pun raayat tetap akan menolak umno/bn,,,, umno busuk hingga ke usus,,,,,,
    • Rokiah Khalid · Top Commenter · Works at MINDEF
      SH: btooollllllllll, puakxxx tuuuuuuu pentingkannnn masyukkkkkkkkkkk daripada kesusahan, kesengsaraan rakyat marhainnnnnnnnnnnnn ......
  • Shahrulzaman Shafie
    KENAPA PERBINCANGAN KALI BANYAK PERKATAAN LEMBU HI HI AGAKNYA.
    ISU LEMBU TERNAKAN MENJELMA JADI BANGUNAN MEWAH.
  • Hj Masran Haron · Top Commenter · Simpang Rengam, Johor, Malaysia
    Umur tidak menentukn kepimpinan sesaorg,, yg penting calun itu diterima rakyat dn blh memimpin, bukan "dipimpin" (pak turut).
  • Raja Mohd Shahrim · Top Commenter
    Dulu bolehlah UMNO letak lembu pun boleh menang.. cuba buat sekarang.hehehe.
    • Rokiah Khalid · Top Commenter · Works at MINDEF
      RMS: btoolllllllllllll, kirimmmm salammmmmmmmmmm jeeeeeee, rakyat sekarang boleh berfikir mana satu intan, mana satu kacaaaaaaa n tambah pula dengan adanya alam siber ........ tiada sempadannnnnnnnnnnnn .... itulahhhhhhhhh kebesaran anugerahhhhhhhh Allllaaahhhhhhhhhhhh kepada makhlukkkkkkkkkkkknya yang pada fikiran seorang insan x terfikir perkara seumpama itu boleh berlaku .... Allahhhhhhhhhh beri hidayahhhhhhhhhhhhhhh untuk menyempurnakan sesuatu ....
  • Arif Fadhilah · Sekolah menegah teknik kuantan
    udah-udah lah pak najib oiii..transformasi bini tu dulu...
  • Jp Joe Pg · Top Commenter
    Tambah cikit lagi. Yang paling penting ialah depa sokong aku(bukan muhyidin). Lantik pi la depa ada pelbagai penyakit pun(tunggu masa je). Plg penting u help me I help u...
  • Matsuji Suji
    XMO UMNO/BN... SUDAH BUSUK OOOOOOOOOO
  • Eddy Izhar · Top Commenter · Penang, Malaysia
    Kriteria-kriteria yang dikehendaki BN untuk menjadi calon PRU13:
    Bodoh, bangang ataupun buta perut tak mengapa tetapi kena menepati kriteria dibawah:
    1. Sanggup makan rasuah.
    2. Sanggup tipu rakyat.
    3. Sanggup ketepikan hukum Tuhan.
    ...See More
  • Ramlee Abu Samah · Top Commenter
    Untong jugak calon kali ni x kira usia.
    • Zee Red Jungle · Top Commenter
      Tak kira umur ...? itu tanda nya Pentadbiraan najib x pentingkan kuakiti calon, objektif nya menang pilihan raya. calon tua x boleh buat kerja pn tak apa asal kn boleh menang.
  • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
    OOOI... ini bap transgender. aik! sorry lah silap teknikal.
    Cari lah calon calon yang berdiri di tepi kubur jadi calon BN umno.
    Cari lah calon calon macam lembu tua daging keras , ini baru ikut selera umno. Elok juga cari calon tua tua yang tunggu mati ini. kalau kes rasuah selepas pendedahan biar calon tua ini bawa kubur , semua kes jadi tutup.
    - calon umno semua boleh menang , mesti menang dengan syarat kerajaan malaysia menawarkan susu feedlot dengan percuma untuk semua pengundi di malaysia.
  • Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengai
    nama kata umno....baik colon yang dahulu atau calon yang sekarang, semua nya tak bolih di harap langsung, perasuah, penipu, pembohong.......yang mereka tahu macam mana nak buat kekayaan, itu saja yang mereka tahu..
    • Rokiah Khalid · Top Commenter · Works at MINDEF
      SH: btooollllllllllll, puakkkk tuuuuuuuuu mana nak fikir masalah rakyattttttttttt .... hanya fikirrrrrrr macammm manaaaaaaaa nak tipuuuuu rakyattttttttttttttt dengan bahasa yang halusssssss mulusssssss ie pembangunan infrastruktur .... jalan raya, sekolahx, hospital n banyak lagiiiiiiiiii yang semuanyaaaaaaaaa masyukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
  • Mohd Noor Ismail · Top Commenter
    sorry najib , stakat ahli jawatan kuasa sahaja seperti PIBGpersatuan , BEKAS TENTERA, tak berapa kerat , sedar lah kedudukan kamu taklah setinggi langit cuma 6'' sahaja dari paras bumi/......begitu juga yang lain.
  • Salim Mehat · Top Commenter · Kulim
    TOK NUJUM HJ NAJIB JGN MIMPI BN UMNO MENANG PRU 13 NANTI.BN UMNO d ambang kejatuhan, org bn pun dah muak dgn cite kamu.
    • M Ganeson Munu · Top Commenter
      yang pelik BN menang juga bro.. ???? ramai pengundi BN .. berjiwa besar.
  • Jaks Rmd · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
    APAKAH AKAN ADA CALON CALON PAKAI MUAT ATAU ADAKAH INI MERUPAKAN SATU STRATEJI DALAM USAHA UNTUK MEMUJUK DAN MENYAKINKAN RAKYAT BAHAWA BN TERUTAMANYA UMNO TELAH BERUBAH.
    APAKAH INI MUNGKIN BERTUJUAN UNTUK MENUNJUKKAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG BAHAWA BN DAN UMNO MEMPUNYAI BEGITU RAMAI CALON YANG BOLEH DI PILIH UNTUK MENJADI CALON, DAN SECARA TAK LANGSUNG INGIN MENGATAKAN BAHAWA BN TERUTAMANYA UMNO MASIH MENERIMA SOKONGAN RAKYAT.
  • Halim Jamil
    tunggu najib bubar parlimen .. gendang PRU13 telah di ketuk...
  • Nobuntung Logop · · Top Commenter · KUNKURAD
    cina akan kekal terus dengan pembangkang...india akan melihat kebajikan india...melayu mungkin akan kekal BN...tapi yang pasti semua BEBAS akan tukar tangannn,....bye bye zulkifli.....zahrain...katak....we cha keong dan aprlimen pkr ATAU dap YANG MENGKHIANATI RAKYAT.
  • Nz Discovery
    haha... dia dah ketar... janji menang jer... mcm dah taw nak kalah jer tu... jaga2... ada yg memerhati.... bak kata rokiah rock...
  • Mohd Nor Nor · Top Commenter · Works at Security
    Bagaimana nak menentukan sesorang calon itu bolih mendapat lebih undi? Sukar nak menentukan calon itu disukai rakyat, kita jangka bolih menang ia kalah, kita jangka ia kalah calon itu menang.Apa puncanya? Puncanya pengundi zaman ini lebih bijak dari pengundi 10 tahun dulu.Jika Bn nak menang dengan cermerlang perlu REFORM 100%, jika sekeratx padah akan menanti diPRU nanti, Bn usahlah berharap sangat dengan Persatuanx yang dimaksudkan, skop pilihanraya adalah satu skop besar bukan dari persatuan kecil kecilan.Jika tak percaya kita tunggu diPRU ke 13..
  • Nobuntung Logop · · Top Commenter · KUNKURAD
    Kita tkn mungkin mng tapi kita akan menyaksikan hampir 50 peratur parlimen kita kuasai.....
  • Zakwan Zahari · Top Commenter · Harvard University
    Parti yang layak memerintah negara pada masa akan datang adalah Parti Gabungan PAS, PKR & DAP ( PAKATAN RAKYAT ).
    Sila Promosikan Halaman Ini. Cadangkan pada rakan-rakan anda ok!
    Himpunan Rakyat Malaysia Yang Mahukan Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia Pada PRU Akan Datang. Tumbangkan Barisan Nasional & Gantikan Dengan Pakatan Rakyat.
    Kami Boikot Utusan Malaysia, UMNO Kaki Fitnah, Gelombang Reformasi II, Perajurit Keadilan, Kami Boikot Buletin Utama TV3.
  • Thierry Amri · Top Commenter
    aku harap mahathir dicalonkan lwn dgn nik aziz ke, anwar ke, karpal singh ke, tunggul kayu ke...kalo ade telor la.
  • Ismail Rosiah · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    Salam untuk rakyat malaysia...benar kata pm perubahan minda telah mengubah lanskap politik negara maka ia satu dimensi telah melanda budaya berfikiran secara dinamik dalam kelompok budaya memilih secara bebas telah ada dalam pemikiran pengundi.....pengundi juga telah bijak menilai isu sama ada tempatan atau pun nasional semua nya di ambil kira sebagai modul dan prospek masa depan pemimpin yang akan mereka pilih....dalam PRU sama macam jual beli saham siapa yang dapat meyakinkan penjual dan pembeli dia akan berjaya siapa dapat menguasai saham terbesar dia la yang akan menentukan arah mana sesuatu organisai tersebut....mudah sahaja kalau ikut ilmu matematik 51% akan menag yang 49% akan kalah....mudah sahaja...selamat menghadapi PRU 13 yang amat mencabar bagi para pemimpin bagi rakyat relax dan tenang sahaja ia...
  • Tajudin Yaakob · Top Commenter · Works at OPEN POLTICAL UNIVERSITI
    umur yg lanjut usia kalau nak menang....pilihlah mahathir muhd, rais yatim, lim keng yek, samy vellu, zaleha ismail, zainal kling, ramlah adam, atory husin, dan menteri besar yg ada kekalkan.yg muda2 pula pilihlah roslan kasim, ezam md nor, zahid mat arip, lokman nor adam, dan menteri2 muda yg ada kekalkan.geng2 yg melompat tu bn ambil belaka jadi calun.....kalau dipilh mereka2 ini dan dicampur dgn yg lain pasti bn mennag majoriti 2/3 diparlimen....tahniah.
  • Ramdhan Mohamad · Top Commenter · Tukang Paip at SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD (SYABAS)
    najib mesti lupa... tiada moral pun boleh menang, mcm CSL! calon x semestinya pandai, rajin atau baik. yg main rasuah mcm isa samad pun kalau boleh menang apasalahnya. keadaan dah terdesak sgt ni. jamir khir, tolong jawab kalau ada org pertikai pasal akhlak calon bn nnt.
  • Amirol Ariffin
    apa pn.......ingat ingat lah sama pada pru yg lepas2.Kalau dah pandai xleh ajar, udah bodoh xleh ditunjuk.ini lah padahnya.skrng buat mcm2 pn xguna.
  • Ah Cong · Top Commenter · University of Texas Medical Branch
    bukan bn tentukan org tu boleh menang ke tak rakyat yang buat keputusan jgn umno bn menipu dah leh...
  • Faiz Macho · Top Commenter · Coach at Football Manager
    KAHKAHKAHKAH....BOLIH KE MENANG PAK JIB????KAHKAHKAHKAH
  • Pecinta Keadilan · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    Betul Najib, kau dah buat banyak. Tapi satu benda aku belum tengok. BN KALAH di peringkat persekutuan. That's my dream.
  • M Ganeson Munu · Top Commenter
    Calon yang boleh jaga lembu lagi baik..
    ada peruntukan dari kerajaan..
  • Sultan Amin · Top Commenter
    penyamun, penyangak & sbb nya pun boleh masuk bertanding. wakakaka, nak jahanamkan msia kee ni.
  • Seri Mersing · Top Commenter · Sekolah pondok
    kalau orang pencen jadi calon lagi.. lepas ni akan banyaklah prk memecah rekod sekarang..
  • Zee Red Jungle · Top Commenter
    Buat lah apa2 teori cari lah apa2 formula sekali pn,.. rakyat akan menolak BN pada PRU 13 nanti.

Tiada ulasan: