Khamis, 10 November 2011

BUKAN IA PANDAI BANYAK LAGI YANG PANDAI.. BUKAN TAHU..RAMAI LEBIH TAHU...ALLAH MAHA TAHU DAN PENENTU...MASUK NERAKA ATAU SYURGA IA PUN TAK TAHU

Idris Jala tukar pendirian, Malaysia tak akan bankrap
Ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu.

NONEIdris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini berkata bahawa Malaysia akan berakhir seperti negara-negara Eropah yang dilanda hutang jika subsidi tidak dikurangkan.

Sebaliknya,, hari ini beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Beliau berkata usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib (ETP) yang menghasilkan hasil yang positif.

"Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

"Menerusi program dan dasar yang diperkenalkan, saya yakin kita tidak akan jatuh muflis," katanya dipetik Bernama ketika taklimat media selepas menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Ernst & Young mengenai "Memecah kod DNA ETP" di Kuala Lumpur.

azlanPada 27 Mei tahun lalu, Idris berkata rakyat Malaysia mesti bersedia menghadapi pengurangan subsidi kerajaan, atau apa yang disebut sebagai "rasionalisasi subsidi", atau negara akan menghadapi kebankrapan menjelang 2019.

"Kita tidak mahu berakhir sebagai satu lagi Greece," katanya pada hari tersebut.

Subsidi untuk petrol, makanan, elektrik, dan beberapa barangan keperluan lain membentuk sebahagian besar perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan dan merupakan hampir lapan peratus daripada KDNK.



PKR: Buku bukti ada cubaan gulingkan Najib
Sebuah buku berjudul ‘Kesilapan-kesilapan Najib’ yang memaparkan apa yang didakwa sebagai kegagalan Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri kini berada di pasaran.

Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned 050511 n surendrenMengulas buku itu, naib presiden PKR N Surendran (kanan) berkata adalah jelas cubaan menikam dan menggulingkan Najib semakin menjadi lebih berani.

"Adalah jelas daripada penerbitan buku ini menunjukkan ada percubaan menikam Najib dari kalangan dalaman Umno serta menjatuhkannya. Gerakan itu semakin kuat dan menjadi semakin berani.

"Semakin jelas bahawa Umno/BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang dan pemimpin serta kumpulan Umno cuba mencari kambing hitam untuk dipersalahkan kernan gagal merampas kuasa untuk diri mereka sendiri.

"Tidak dinafikan Najib bertanggungjawab terhadap kepincangan yang berlaku dalam Umno hari ini. Namun ini adalah akibat kegagalan jangka panjang kolektif yang telah membawa mereka ke keadaan sekarang," kata Surendran dalam satu kenyataan akhbar.

NONEAntara kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Najib dalam buku itu adalah pengenalan dasar 1Malaysia, menghapuskan Kementerian Usahawan Pembangunan, mempunyai jemaah menteri yang lemah dan dianggotai terlalu ramai senator, mengurangkan subsidi dan melantik Apco.

Turut dibidas adalah kegagalan Najib mengawal gaya hidup mewah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, gagal menangani secara berkesan gelagat parti-parti komponen dan jemaah menteri serta keputusan ‘flip-flop’.




Syarikat projek lembu beli kondo mewah RM9.8 juta

PKR hari ini mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil telah menggunakan dana melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

NONESetiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Beliau mendakwa, bayaran penuh bagi pembelian kondominium itu telah dibuat melalui empat transaksi pindahan akaun NFC kepada satu pemaju hartanah terkemuka pada 2 Disember 2009.

"Bayaran untuk pembelian kondominium (dengan harga) RM9.8 juta ini direkodkan sebagai 'hutang' National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC," kata Saifuddin lagi, dengan menambah bahawa NMLC juga sebuah syarikat yang dimiliki oleh anggota keluarga menteri berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan parlimen hari ini, ahli parlimen Machang itu mendakwa jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada RM83 juta hutang NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

"Dakwaan ini wajar disiasat secepat mungkin kerana ia melibatkan integriti keseluruhan kerajaan Malaysia," katanya yang turut mahu perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat berhubung dakwaan itu.

Katanya, perdana menteri perlu disiasat berhubung kenyataan menteri kewangan itu mengenai jumlah dana yang telah dipindahkan daripada jumlah RM250 juta.

azlanMuhyiddin pula, tambahnya, perlu disiasat selaku kedudukannya sebagai menteri pertanian yang meluluskan projek dan pinjaman untuk projek feedlot berkenaan sebelum ini, manakala penggantinya Datuk Seri Noh Omar perlu disiasat berhubung penjelasan menteri berkenaan sebelum ini.

Saifuddin menambah, individu yang perlu disiasat ialah Shahrizat selaku menteri pembanguan wanita, keluarga dan masyarakat.

"Kita tak serang ketua wanita umno. Kita serang menteri yang secara terang-terang melalui kaitan keluarganya terbabit dalam konflik kepentingan yang jelek ini," tambahnya.

Selain itu, beliau turut menuntut supaya ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disiasat kerana didakwa cuba memutarbelitkan fakta dan "terang-terang tampil untuk melindungi (perbuatan) pecah amanah."

Beliau berkata demikian dengan merujuk kenyataan Khairy semalam bahawa wang berkenaan tidak boleh dipindah dengan mudah dan perlu melalui kelulusan oleh satu jawatankuasa khas.

"Saya nak tanya (Khairy) sekarang. Beli kondo RM9.8 juta, jawatankuasa teknikal mana yang luluskan? Mesyuaratnya bila? Siapa yang pengerusikan? Cek-cek ini siapa tandatangan. Di mana kawalan ketat?

"Kalau (ahli parlimen) Rembau seorang yang punya itegriti dan wibawa, dia kata dikawal ketat, akaun khas bermacam jargon hebat digunakan, macam mana dia nak jelaskan kelulusan RM9.8 juta (untuk beli kondominium)? Apa rasionalnya luluskan? Lembu nak tidur di situ?" soalnya.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliKetika ditanya dalam sidang media sama, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli pula berkata, parti itu mendapat maklumat berhubung dakwaan transaksi untuk pembelian kondominium berkenaan melalui satu sumber yang enggan didedahkan.

"Kalau kita sudah berani buat dan kita sudah melawat ke (kondominium) ini, ini dakwaan yang kita buat dan kita berani bawa ke SPRM. Tanggungjawabnya kalau nak buktikan kami tidak betul adalah tanggungjawab PM, TPM, menteri pertanian, ketua Wanita Umno dan ketua Pemuda Umno," tambahnya.

Beliau turut mencabar supaya pihak berkenaan menunjukkan penyata bank pada tarikh 2 Disember 2009, didakwa melibatkan bayaran melalui satu cawangan bank di Taman Tun Dr Ismail kepada pemaju hartanah terkemuka itu.

"Saya cabar tunjuk bank statement kepada rakyat. Kalau dia tak tunjuk, nak saman pun bolehlah saman bila-bila masa," katanya lagi.


Tiada ulasan: