Khamis, 3 November 2011

FARDHU AIN WAJIB..JANGAN ALLAH PERTIKAI DIAKHIRAT...JANGAN BODOH AGAMA..HINGGA PENYELEWENGAN BIASA JE...HUKUM AKHIRAT TAK LEPAS...

Tidak wajib lulus, Pendidikan Islam dianggap remeh | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan yang tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran itu menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk menjadikan umat Islam khususnya generasi muda faham tentang agamanya sendiri.

Menurutnya, meskipun subjek Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh murid-murid beragama Islam, namun jika ia tidak dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus, ia tidak mempunyai makna terhadap para pelajar.

Katanya, murid-murid tidak memandang tinggi subjek ini kerana ia tidak menjadi syarat wajib lulus, bahkan mungkin akan memandang remeh subjek itu.

“Dengan sistem pelajaran hari ini yang menjadikan para pelajar sebagai exam oriented, apakah perlunya para pelajar bersungguh-sungguh mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam?” tanya beliau dalam kenyatan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, minda pelajar akan meletakkan subjek lain sebagai keutamaan seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi.

Ujarnya, DPPM juga kesal kerana subjek Pendidikan Islam tidak menjadi syarat lulus dalam pendidikan di peringkat sekolah menengah.

“Dasar ini menjadikan pelajar-pelajar tidak berminat mendalami bidang agama. Bagi pelajar, Pendidikan Islam adalah mata pelajaran sampingan yang tidak penting untuk dipelajari,” katanya.

Dasar itu, ujarnya menjadikan subjek Pendidikan Islam terpinggir dari jiwa para pelajar.

Justeru, katanya DPPM ingin mengingatkan kerajaan kesan langsung terhadap dasar itu terhadap masa depan generasi muda negara.

Menurutnya, sudah pasti kejahilan akan membelenggui remaja di samping gejala sosial yang akan meningkat.

Tambahnya, golongan remaja akan hilang minat pada agamanya sendiri sehingga membawa kepada perlakuan yang haram.

“Tidak hairanlah, ramai remaja beragama Islam tidak tahu membaca al-Qur’an, tidak tahu hukum fardhu ain, tidak menunaikan solat, puasa dan lain-lain lagi.

“Lebih menyedihkan ada yang tidak tahu mengucap syahadah. Bahkan ia membawa kepada krisis akidah yang lebih parah,” ujarnya.

Beliau berkata, jika kerajaan benar-benar serius mahu meninggikan syariat Islam serta memastikan generasi muda tidak tercicir dari kejahilan terhadap agamanya sendiri, subjek Pendidikan Islam wajar diangkat sebagai subjek teras wajib lulus para pelajar di semua peringkat.


Jangan sampai polis dianggap pelindung BN | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Polis perlu cekap bertindak terhadap pencetus provokasi sebagaimana mereka agresif bertindak kepada himpunan aman Bersih 2.0, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Beliau mengulas ucapan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makimuddin di taklimat Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sabah seolah-olah apa yang berlaku ialah kerana Pakatan Rakyat.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Idris berkata, sedangkan banyak peristiwa-peristiwa yang bersifat provokasi dimulakan oleh penyokong Umno antaranya demo memijak kepala lembu di Shah Alam.

Begitu juga, ujarnya demo menghantar hadiah keranda, kek hitam, bunga hitam, pakaian dalam wanita dan usung keranda di Pulau Pinang.

Menurutnya, sudah berpuluh-puluh demo yang diadakan seolah-olah mereka dilesenkan walaupun ia boleh membawa kepada kekacauan kaum.

Terbaru, tambahnya demo Mat Rempit di Pulau Pinang yang dikaitkan dengan seolah-olah kerajaan Pakatan meminggirkan Melayu.

“Syukur kepada Allah kerana penyokong Pakatan tidak melatah kerana tahu bahawa ini adalah perangkap,” katanya kepada Harakahdaily.

Sepatutnya, kata beliau polis kena cekap bertindak semacam polis agresif bertindak kepada himpunan aman Bersih 2.0, kerana ia cukup merbahaya kepada perpaduan kaum.

Tegasnya, polis mesti bersifat profesional di dalam menegakkan undang- undang dan keadilan.

Beliau berkata, polis perlu menjaga keselamatan negara bukan keselamatan BN.

“Siapa sahaja melanggar undang-undang sila bawa ke muka pengadilan tanpa memilih bulu.

“Jangan sampai imej polis dipandang sebagai pelindung kepada BN,” ujarnya.

“Subjek ini perlu diangkat sama penting seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lag,” katanya.

Dengan demikian, menurutnya barulah pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh mempelajari Pendidikan Islam dan mendalaminya sehingga berjaya.


Guna wang zakat untuk burukkan PAS? | Print |
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberikan penjelasan kerana didakwa menggunakan wang zakat untuk memburukkan PAS.

Mahfuz berkata, beliau mempunyai bukti Jamil Khir mengeluarkan arahan kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk 'Bukti Pas bukan parti Islam'.

Sambil menujukkan salinan surat arahan, Jamil Khir didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.

"Kita tiada masalah jika diserang, tetapi isunya ialah, mengapa serang Pas guna wang zakat?.

"Miskin sangatkah Umno sampai wang zakat pun diseleweng untuk tujuan politik Umno," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ni.

Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.

Buku itu pula diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Petikan surat itu berbunyi ‘sukacita dimaklumkan bahawa YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di JPM telah bersetuju untuk membeli buku itu sebanyak 250 unit, ’‘Mohon kerjasama tuan untuk membuat pembayaran ke syarikat itu,’ kenyataan surat itu dipetik dan ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Jamil Khir, Leftenan Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris.

Beliau difahamkan, kursus yang sudah tiga kali diadakan itu turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri.

Manakala ucapan penutup disampaikan oleh bekas perdana menteri dan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.

"Kursus itu kata peserta tidak lebih kepada brainwash untuk mereka dan mebmuruk-burukkan PAS atas nama program Jakim," kata beliau.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pernah membangkitkan perkara tesebut pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat namun Jamil Khir tidak memberikan sebarang penjelasan.


Lynas: Mustapa putar belit kenyataan Presiden PAS | Print |
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 2 Nov: PAS mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang memutar belit kenyataan presiden parti itu mengenai pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh syarikat Australia, Lynas Corporation Ltd (Lynas).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, tindakan Mustapa yang merujuk kepada kenyataan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum keputusan rasmi dibuat parti itu adalah tidak wajar.

"Pihak menteri pun bertindak dengan tidak bertanggungjawab dengan merujuk kepada kenyataan yang dibuat (Hadi) sebelum PAS buat keputusan rasmi selepas kita bermesyuarat," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ustaz Hadi dalam muktamar PAS Jun lalu ada menyebut akan merujuk mengenai tahap keselamatan projek pembinaan tersebut kepada pakar-pakar dalam bidang berkaitan daripada parti itu sendiri.

"PAS buat kenyataan rasmi bahawa pembinaan Lynas berbahaya dan tidak boleh diteruskan sebelum Lynas memberikan penjelasan kepada penduduk.

"Menteri putar belit kenyataan Presiden dengan menggunakan hujah (Ahli Parlimen) Hulu Langat yang daripada sisi beliau sebagai pakar nuklear.

"Mengikut disiplin nuklear memang tak selamat tapi kena ikut disiplin yang lain juga," katanya.

Dr. Che Rosli Mamat, Ogos lalu mengeluarkan kenyataan bahawa projek pembinaan tersebut tidak berbahaya kepada penduduk setempat.

Bagaimanapun kata Khalid, ianya merupakan pandangan peribadi beliau, bukan pendirian PAS dan disokong Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut bersama pada sidang media tersebut.

Cabar menteri bincang

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mencabar Mustapa berhujah dengannya mengenai perkara tersebut, bukan hanya mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta Lynas sahaja.

"Menteri harus mendapatkan input alternatif sebelum berhujah...jangan guna input Lynas semata-mata, seperti yang saya katakan Menteri seolah-olah menjadi jurucakap Lynas.

"Saya cabar menteri kalau benar-benar ikhlas, dengar apa saya nak cakap. Saya ada banyak input alternatif yang saya nak kongsikan. Kalau beliau sedia, saya pun bersedia," katanya

Tambahnya, pihaknya sangat kecewa dengan tindakan menteri yang menggunakan kuasa beliau untuk mendapatkan liputan media bagi menunjukkan kononnya semua pihak bersetuju dengan Lynas.

"Kita sangat kecewa dengan menteri yang tidak berlandaskan fakta dann menggunakan kedudukan beliau untuk mendapat liputan media," katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat.

Semalam, Mustapa sewaktu menjawab pencelahan Fuziah sewaktu membahaskan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat semalam berkata majoriti penduduk bersetuju dengan pembinaan projek tersebut selepas pertemuan dan penerangan dilakukan dengan pihak terbabit.

Namun, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar membantah perkara itu kerana beberapa pertemuan yang dibuat dengan pihak berwajib menunjukkan projek tersebut tidak boleh diteruskan sehingga menepati piawaian.

"Lajnah alam sekitar dah lakukan pertemuan dengan pihak berwajib sepert Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang, Menteri Besar Pahang kita gagal jumpa kerana tidak pernah ada di pejabatnya.

"Akhirnya pertemuan dengan Ketua Setiausaha Miti dan beliau berkata Miti akan hentikan dulu projek ini sekiranya tidka menepati prosedur," katanya.


Jadikan sahabat Nabi sebagai idola | Print |
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 2 Nov: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra menyeru remaja Kelantan menjadikan para sahabat Rasulullah sebagai idola mereka.

Titah baginda, nama-nama besar seperti Saad bin Abi Waqas, Talhah bin Ubaidillah dan Zubair Al-Awam adalah antara belia kental, malah memeluk agama Islam ketika masih remaja.

Beliau berkata demikian ketika bertitah merasmikan majlis perasmian penutup Karnival Remaja 2011 anjuran Jabatan Agama Islam Kelantan, di Balai Islam, Lundang, dekat sini tengahari tadi.

Lebih 1,000 remaja seluruh Kelantan pelbagai latarbelakang pendidikan yang terpilih menyertai program itu.

Antara yang hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidian dan Dakwah negeri, Ustaz Muihammad Mustapha, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan lain-lain pimpinan.

Titah Tengku Mahkota lagi, mereka (Saad, Talhah dan Zubair) adalah antara nama-nama besar dalam sejarah Islam sebagai sahabat Nabi malah kehidupan mereka selepas memeluk Islam dihabiskan dengan mempertahan agama Allah.

“Remaja Islam yang masyhur dalam sejarah Islam itu wajar dijadikan idola sekiranya ingin menjadi seorang remaja yang beriman, bertaqwa dan berakhlak,” titah baginda lagi.

Pada masa yang sama baginda memuji penganjur yang menganjurkan program berkenaan memandangkan ianya mampu menjadikan medan dakwah yang berkesan.

“Usaha dakwah bukan suatu perkara yang mudah, ianya perlu dilakukan dengan cara yang lebih tersusun bagi mendapatkan hasil yang baik,” titah Tengku Mahkota.


Anwar persoal kos Lebuhraya Jabor RM5 bilion | Print |
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Pembinaan Lebuhraya Jabor, Kemaman, Terengganu yang termasuk dalam sebahagian Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menimbulkan persoalan, apabila dikesan menelan kos amat tinggi sehingga melebihi RM2 bilion dari harga asal.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menimbulkan persoalan itu berkata, kos asal pembinaan lebuhraya itu hanyalah RM3 bilion, tetapi kini telah menjadi RM5 bilion.

Menurut beliau, kejadian yang amat menyedihkan itu tidak sepatut berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan dengan betul.

Katanya, projek tersebut telah dibina sejak tahun 2007 dan dijangka siap tahun lalu, tetapi masih juga tidak siap hingga sekarang.

"Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Kenapa kejadian ini berlaku? Ini merupakan kelemahan JKR dan kementerian terbabit perlu bertanggungjawab dalam hal ini," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kejadian itu, menurut beliau, belum lagi diambil kira dengan persoalan tol yang nantinya pasti akan mencetuskan pula beberapa tanda tanya lain.

"Sehingga sekarang, kita masih belum tahu siapakah yang akan mengendalikan tol dan siapakah yang akan memegang konsesinya," katanya.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek tidak cerdik Umno BN yang membina jambatan di atas daratan.

Katanya, projek tersebut dibina di daerah Kemaman, Terengganu dengan kos RM174 juta dan ternyata turut melibatkan kos amat tinggi sehingga melebihi RM70 juta dari harga sebenar.

"Ini merupakan satu projek pelik Umno BN yang membina jambatan di daratan dan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar," katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri sendiri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat.

Sehingga kini, katanya, keniskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.

"Nak naik gaji minima pun tak setuju. Peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen atau wakil-wakil rakyat pun tak diberi dengan adil.

"Peruntukan kepada wakil-wakil rakyat atau ahli-ahli Parlimen pembangkang tak diberikan untuk membolehkan mereka mempergunakannya untuk kepentingan rakyat di kawasan masing-masing. Jadi susahlah saya nak sokong cadangan itu," katanya.

Beliau amat sedih kerana dalam keadaan nasib rakyat tidak terbela pun, masih terdapat para pemimpin Umno BN yang tergamak "songlap" wang rakyat dengan pelbagai cara termasuk menerusi projek-projek yang dibuat oleh kerajaan.


Tiada ulasan: