| Mohd Firdaus | ||||||||||||||||||||||||||||||||
| KOTA KINABALU, 12 Nov: Kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang melemparkan tuduhan liar terhadap pemandu lori tangki sebagai punca nahas pelanggaran keretapi di Kepayan, pada 31 Oktober lalu diselar banyak pihak. Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata, sikap yang ditunjukkan oleh Tan Sri Joseph Pairin cukup memalukan apatah lagi beliau merupakan seorang yang berkelulusan undang-undang. “Orang ni berkelulusan undang-undang, tapi caranya berfikir seolah-olah mereka yang tidak berpendidikan,” selarnya. Menurutnya, Joseph perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan terperinci dan membenarkan mahkamah menentukan kedudukan serta kesalahan dan bukannya membuat tuduhan melulu. “Bagilah kepada pihak berkuasa buat siasatan rapi. Lepas itu, biar mahkamah yang putuskan semua. Janganlah memandai nak menghukum seseorang tanpa ada kebenaran,” katanya ketika ditemui selepas sidang media dan taklimat pilihanraya PAS Sabah. Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa nahas tersebut berpunca daripada kecuaian pemandu lori tangki minyak itu. Hamzah juga membidas sikap para pemimpin Barisan Nasional yang cepat melatah apabila sesuatu malapetaka atau musibah menimpa rakyat biasa. Sikap suka menunding jari kepada orang lain juga menjadi amalan tradisi pemimpin Umno BN. “Umno BN ni jangan cepat sangat nak melatah dan tunding jari salahkan orang lain. Bila kecuaian itu berlaku akibat kesalahan mereka, tidak pula berani nak bercakap,” katanya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 12 November 2011
LEMAHNYA SATU2 GERAKAN@PARTI BILA PEMIMPIN ROSAK MORALNYA..BANYAK DOSA SERTA BANYAK KESALAHAN@KEZALIMAN YANG DIBUAT...
Kemalangan: Jangan tuduh melulu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KOTA KINABALU, 12 Nov: Keserlahan dan keupayaan melihat PAS memimpin negeri menjadi tarikan dan dorongan seramai 170 orang bukan Islam di negeri ini untuk menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
IPOH, 12 Nov: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah menerima kunjungan hormat daripada Kaunselor Bahagian Politik, Kedutaan Jepun di ibu negara, Natsuko Sakata.
“Kalaulah atas alasan mereka tidak mendapat maklumat sebenar, maka apa beza dengan masyarakat pedalaman yang hanya mendapat maklumat sehala dari media perdana sahaja.
“Allahyarham seorang pegawai saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan