Jumaat, 11 November 2011

KERJA2 KOTOR@MENIPU@ZALIM@MUNGKAR BUKAN KERJA TUNTUTAN ISLAM...ALLAH TAK SURUH MALAH TEGAH...ITU AMALAN2 AHLI2 NERAKA..MEREKA DITUNGGANG SYAITAN

Mahasiswa tidak harus terpisah dengan arus politik | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik saranan dan cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran yang telah memberi pandangan pada sesi soal jawab sempena Konvensyen Integriti Nasional di Putarajaya, semalam yang berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) boleh dipinda atau dihapuskan sekiranya mahasiswa memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa digagahi oleh pihak lain.

“PKPIM merasakan bahawa sudah tiba masanya mahasiswa di menara gading diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk menunjukkan kematangan dan kebolehan mereka berpolitik sesuai dengan realiti dan kehendak semasa,” kata presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin kepada Harakahdaily.

Katanya, sebagai generasi pelapis kepimpinan masa depan, mahasiswa tidak harus terpisah dari arus perkembangan politik semasa.

PKPIM, ujarnya menganggap politik adalah sebagai satu cabang ilmu bukanlah satu pengetahuan untuk golongan dewasa semata-mata dan harus dipisahkan dari pemikiran mahasiswa.

PKPIM, tambahnya melihat senario terkini dalam negara memperlihatkan sikap jumud dan sinis dari kalangan pimpinan negara apabila mengkritik dan membidas dengan keras terhadap mahasiswa yang terlibat dalam kegiatan politik kecuali beberapa kerat pimpinan politik dari Barisan Nasional yang dilihat konsisten dalam isu mahasiswa ini.

Beliau berkata, PKPIM ingin mengesyorkan supaya mahasiswa dibenarkan untuk terlibat di dalam kegiatan politik sebagai mengiktiraf kematangan dan kewarasan mahasiswa sebagai kelompok berilmu selain memenuhi hak sebagai warganegara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan memeriahkan demokrasi Malaysia dengan meluaskan dan meningkatkan partisipasi mahasiswa dalam struktur dan proses membuat keputusan.

Menurutnya lagi, PKPIM juga percaya bahawa mahasiswa hari ini akan menyahut cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan membuktikan bahawa mahasiswa sudah pandai menilai dan tahu membezakan baik dan buruk di dalam sistem politik negara.

Katanya, PKPIM juga berpendapat, sekiranya budaya menyekat mahasiswa dari terlibat dengan isu-isu pemikiran politik seolah-olah memperlekehkan sistem pendidikan negara sendiri yang berusaha melahirkan generasi mahasiswa yang rasional, patriotik dan matang.

“Mahasiswa seharusnya diberi kebebasan dan budaya takut ini harus dikikis bagi membentuk satu budaya baru dan minat yang tinggi terhadap perkembangan politik kenegaraan di kalangan mahasiswa,” ujarnya.

Justeru, katanya PKPIM mengusulkan kerajaan mempertimbangkan secara serius untuk meminda beberapa peruntukan di dalam Auku khususnya Seksyen 15(5) selaras dengan agenda transformasi politik yang dibawa Perdana Menteri dan juga mengambil semangat dan iltizam kerajaan dalam membuat keputusan memansuhkan akta drakonian lain seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Maahad Mahmud Baling tunggu masa tertimbus | Print |
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Sekolah Menengah Maahad Mahmud yang terletak di Baling, Kedah kini berada dalam keadaan amat merbahaya sehingga hanya menunggu masa untuk tertimbus.

Kejadian itu berlaku ekoran hakisan tanah pada cerung bukit di bahagian atas bangunan sekolah tersebut yang semakin kritikal.

Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib ketika mendedahkan kejadian itu berkata, keadaan itu bagaimanapun amat berbeza dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 48 Baling yang terletak berdekatan dengan maahad tersebut.

Menurutnya, keadaan istimewa Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 48 itu berlaku ekkoran perhatian baik pihak kementerian terbabit terhadapnya.

Katanya, namun perhatian yang sewajarnya tidak pula diberikan oleh pihak kementerian khususnya Kementerian Kerja Raya terhadap maahad tersebut.

"Sedangkan cerung bukit itu sekarang telah rosak teruk. Keadaan itu jika dibiarkan boleh menyebabkan Maahad Mahmud Baling itu tertimbus pada bila-bila masa," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak Kementerian Kerja Raya memberikan perhatian serius terhadap masalah itu bagi menyelamatkan maahad tersebut.

"Jasa baik kementerian untuk mengatasi masalah itu amat diperlukan. Carilah peruntukan dari mana-mana pun untuk mengatasinya," ujarnya.

Selain itu, beliau turut membangkitkan keadaan Jalan Kulim Exspresway Timur Barat yang kini berlompak-lompak dan keadaan pada pembahagi jalan di Jalan Kuala Ketil yang ketiadaan lampu jalan.

Turut dibangkitkan oleh beliau keadaan Jalan Kuala Ketil - Sungai Petani yang bengkang bengok dan keperluan jalan tersebut dipertingkatkan kepada 4 lorong.

"Jalan-jalan di Alor Star juga perlu diperhatikan. Di jalan-jalan itu banyak terdapat u turn. Ini tak selari dengan penggunaan jalan, sehingga menyebabkan jalan dua line tiba-tiba menjadi satu line sahaja," katanya.


PSC panggil Peguam Negara minggu depan | Print |
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memperbaharui sistem pilihan raya (PSC) akan memanggil Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagi memberi penjelasan berhubung beberapa isu pilihan raya yang berkait aspek perundangan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi PSC Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili pada sidang media selepas selesai mesyuarat kali ke-4 jawatankuasa itu hari ini.

"Namun masih ada perkara yang belum kemas dan perlu kepada maklumat tambahan.

"Minggu depan pihak jawatankuasa memutuskan untuk menjemput peguam negara untuk datang bersama memberi pandangan dari segi perundangan perkara-perkara yang berkaitan perlembagaan," katanya.

Tindakan memanggil peguam negara itu dipercayai ada kaitan dengan isu penggunaan dakwat kekal yang menjadi tuntutan banyak pihak sebelum ini termasuk NGO Bersih 2.0.

SPR dalam beberapa kenyataan sebelum ini mendakwa, cadangan menggunakan dakwat kekal itu tidak dapat dilaksanakan kerana perlu kepada pindaan perlembagaan.

Ianya berhubung Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan hak seseorang untuk mengundi dalam pilihan raya.

Dakwat kekal yang dibeli dengan kos RM2.4 juta sebelum ini hampir dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 tahun 2008 lalu, namun dibatalkan empat hari sebelum mengundi.

Terdahulu, mesyuarat jawatankuasa itu hari ini memanggil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memberi keterangan dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai saksi.

Ianya bagi menjelaskan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh anggota jawatankuasa itu sebelum ini.

Semalam, anggota parlimen Pakatan Rakyat dalam PSC itu memberitahu mereka telah memberi notis kepada JPN untuk memberikan data lengkap jumlah warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara dari tahun 2008 hingga 2011.

Selain itu, mereka mahu meminta PSC membuat ketetapan segera untuk menggesa SPR melaksanakan kaedah dakwat kekal.

Ia bagi mengelakkan SPR memberikan alasan tidak cukup masa untk membeli dakwat kekal apabila ia dipersetujui untuk digunakan.

Ambiga, Pemuda PAS dipanggil

Sementara itu, PSC hari ini juga memaklumkan akan memulakan sesi pendengaran awam esok bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Menurut Dr Maximus, seramai 11 orang saksi akan hadir esok termasuk pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan manakala Dewan Pemuda PAS akan dipanggil Sabtu ini.


Prestasi unggul dekatkan Pakatan Rakyat dengan Putrajaya | Print |
MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my
JOM kita pakat angkat dua-dua ibu jari tangan kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng di atas prestasi terbaik mereka menguruskan amanah rakyat.

Mereka berjaya mengemudi negeri-negeri di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat dengan baik di sebalik pelbagai kekangan dan tekanan yang dihimpitkan Kerajaan Persekutuan.

Prestasi Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, jauh mengatasi kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional, walaupun dilimpahkan dengan pelbagai bantuan dan sokongan Kerajaan Persekutuan.

Kita juga percaya jika Perak tidak dirampas, nescaya Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan termasuk dalam kelompok terbaik ini.

Mereka berempat harus dipuji kerana berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara mengiktiraf kejayaan mereka menguruskan negeri dengan cemerlang, berjaya menambah pendapat negeri, berjaya mengawal perbelanjaan dengan berhemah dan menunjukkan kebolehan menguruskan ekonomi negeri dengan berhemah.

Berbanding negeri di bawah pimpinan Umno-BN, yang menerima teguran dan kritikan keras Ketua Audit berikutan prestasi hambar pentadbiran mereka.

Sekurang-kurangnya rakyat kini, boleh 'membuka mata', membuat perbandingan dan menilai kemampuan Pakatan Rakyat berbanding BN.

Walaupun Pakatan Rakyat ditohmah pagi petang, siang malam oleh media-media tali barut Umno-BN, namun fakta dan petunjuk ekonomi, jelas membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja boleh membuktikan ia mampu mentadbir, malah mentadbir lebih baik daripada BN.

Tekanan dan fitnah yang dilemparkan media tali barut BN terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat bukan calang-calang. Sepanjang lebih tiga tahun ini, jika kita perhatikan, tiada apa yang baik daripada Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Negeri pimpinan BN semuanya bagus, diurus dengan baik, banyak pelabur dan macam-macam lagi ditonjolkan.

Tetapi malangnya pembohongan media pengampu ini tidak bertahan lama. Caci maki mereka terhadap Pakatan Rakyat, ditempelak oleh Laporan Audit Negara. Negeri yang ditohmah tidak pandai memerintah, huru-hara kerana parti gabungan didakwa berpecah belah, sebaliknya membuktikan prestasi ekonomi yang cemerlang. Cemerlang menguruskan hasil negeri, berhemah dalam membelanjakan hasil.

Negeri BN yang senantiasa baik di mata mereka, sebaliknya di perintah oleh manusia yang hampas, penuh dengan amalan rasuah, kronisme dan nepotisme. Negeri pimpinan BN cemerlang dalam menimbunkan hutang, boros dalam membelanjakan hasil yang diperolehi.

Fakta ini seharusnya cukup menjadi asas kepada pegawai-pegawai kerajaan di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Gaji anda dibayar rakyat yang mendokong kerajaan yang memerintah. Pegawai-pegawai kerajaan jangan lagi menjadi tali barut Umno-BN. Jangan mengulangi unsur-unsur sabotaj.

Pegawai kerajaan harus sedar bahawa, sebagai ketua kerajaan negeri dan pentadbir, Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada BN.

Dengan bukti-bukti jelas ini, khususnya fakta angka yang terdapat dalam Laporan Audit Negara, Pakatan Rakyat boleh mencabar BN, bahawa ia mempunyai kredibiliti yang tinggi, berintegriti, transparen dan akauntibiliti sebagai kerajaan.

Pakatan Rakyat bukan lagi pencabar kepada BN, malah ia adalah alternatif kepada BN. Alternatif untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Kebangkitan rakyat akan berterusan untuk menempatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Putrajaya. Pakatan Rakyat adalah government in-waiting, insya'Allah.

Tarikh PRU13 dan projek lembu 1Malaysia | Print |
Ahmad Lutfi Othman
Teka-teka tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 memang tidak akan berakhir selagi Parlimen belum dibubarkan. Walaupun saya sendiri menjangkakan ia mungkin diadakan selepas Tahun Baru Cina 2012, tetapi masih ramai yang suka meneka tarikh lebih awal, dengan andaian Dato' Seri Najib Razak lebih selesa mengadakannya selepas balik daripada menunaikan fardu haji.

Mana-mana Perdana Menteri tentu tidak gemar jika telahannya mudah dibaca umum. Bagaimanapun, pastinya mereka tidak akan mengubah tarikh yang dipilih secara cermat itu hanya kerana ia sudah dijangka. Apatah lagi PRU13 adalah mengenai persoalan hidup dan mati Umno-BN. Mandat BN akan tamat pertengahan tahun 2013.

Saya tidak melihat episod Najib dan isterinya, Datin Seri Rosman Mansur ke Makkah mampu meraih lebih sokongan mahupun simpati pengundi, malah ia boleh bertukar menjadi sebaliknya jika publisiti media nampak "keterlaluan" dan kelihatan sarat dengan "motif politik".

Bukankah isu gambar pengawal-pengawal Najib yang ramai semasa di Masjidil Haram, pakaian Rosmah yang tidak sempurna menutup aurat, dan terbaru, kenyataan PM bahawa urusan hajinya selesai awal, turut mengundang kontroversi, terutama di laman-laman sosial internet, serta mendapat 'teguran' Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya?

Walaupun tarikh 11.11.11 nampak menarik untuk tarikh pembubaran Parlimen, namun bagi saya, tiada alasan untuk Najib tergesa-gesa memilihnya sebaik tiba dari Tanah Suci. Jika ia dicadangkan juga oleh para penasihatnya yang ramai itu, mungkin istilah lebih tepat buat mereka adalah "punahsihat" ...

Lagi pun, masakan PRU13 bakal berlangsung semasa masih ada jemaah haji yang belum pulang ke tanahair? Negara juga bakal menghadapi musim banjir tidak lama lagi. Lebih penting daripada itu, Bajet 2012 yang menjanjikan begitu banyak peruntukan 'one-off' berbentuk wang tunai belum dapat dilaksanakan lagi. Paling awal dapat diagihkan pada Disember ini dan memakan masa sehingga melewati tahun baru.

Begitu juga dengan jaminan transformasi politik Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang hanya dapat direalisasikan sekitar sekitar Mac tahun depan.

Pemansuhan ISA adalah peristiwa besar yang tidak akan disia-siakan Najib; mengadakan PRU13 sebelum janji itu dikota akan membawa padah lebih besar dan mengukuhkan lagi persepsi ramai bahawa BN-Najib tidak boleh dipercayai. Ya, lebih baik tiada jaminan pemansuhan dibuat pada malam Hari Malaysia yang lalu jika beliau mahu mengadakan pilihan raya cepat.

Saya kira imej Najib juga tercalar teruk jika PRU13 diadakan sebelum cadangan pembaharuan sistem pilihan raya oleh jawatankuasa terpilih khas Parlimen (PSC), yang dipengerusikan Dato' Seri Maximus Ongkili, dilaksanakan. Pada 22 September lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PSC itu diberikan tempoh enam bulan untuk menyiapkan cadangan mereka.

Meskipun tiada sekatan untuk Najib mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen lebih awal, tetapi beliau sudah tentu tidak boleh meremehkan sensitiviti majoriti rakyat terhadap kepincangan proses demokrasi negara kita, sepertimana digambarkan melalui perhimpunan raksasa Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Menarik komentar Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man: "PM yang baru balik haji dengan semangat melontar jumrah, sehebat melontar sifat mazmumah dalam diri, sudah pasti akan membawa pelbagai perubahan sama ada dalaman dan luaran, kerana ia antara tanda-tanda haji mabrur.

"Lebih besar dari itu, rakyat yakin PM yang dapat haji mabrur akan hanya mengadakan pilihan raya setelah segala penyelewengan sistem pilihan raya dapat diperbaiki. Mana mungkin mereka yang dapat haji mabrur sanggup mengadakan pilihan raya dengan penipuan, ketidakadilan dan daftar pemilih yang tidak bersih?"

Selain itu, isu-isu sensasi terkini, seperti skandal penyelewengan lebih RM250 juta Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) membabitkan suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil, menteri kabinet yang juga Ketua Wanita Umno, dipercayai mampu memberikan tekanan besar kepada BN-Najib.

Persepsi masyarakat bukan Melayu terutama pengundi Tionghua memang lebih terkesan dengan isu-isu seperti rasuah, kronisme, salahguna kuasa, skandal kewangan dan Laporan Ketua Audit, tetapi saya yakin kesedaran berpolitik orang Melayu juga semakin matang dan mereka turut prihatin dengan persoalan integriti dan akauntabliti.

Sementara orang Cina kian menjauhi BN dan dan melihat gabungan parti itu langsung tidak boleh dipercayai untuk memegang amanah pemerintahan, pengundi Melayu pula bakal menjadi penentu siapa peneraju Putrajaya. Dan saya jangka, isu NFC bakal mengocak keyakinan Umno-BN terhadap orang Melayu.

Jawapan Najib dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Noh Omar terhadap isu yang yang dibangkitkan Pengarah Strategik KeADILan, Rafizi Ramli jelas mahu memperbodohkan rakyat. Shahrizat pula sehingga kini gagal menjawab bagaimana suami dan anak-anaknya, yang tiada pengalaman dalam bidang ternakan boleh diberi kepercayaan dan modal (pinjaman RM250 juta, geran RM6.1 juta dan 5,000 ekar tanah) sebegitu besar.

Rafizi mengemukakan bukti bahawa keseluruhan RM250 juta telah disalurkan kepada akaun NFC menjelang menjelang 31 Mac 2009. Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang pinjaman ini, RM116 juta, ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

"Keuntungan faedah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC sebuah syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu," kata Rafizi.

Tidak terhenti setakat itu, beliau turut mendedahkan:

* Analisis rekod kewangan NFC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan operasi ternakan lembu rugi besar dan tidak mungkin berupaya membayar kembali pinjaman RM250 juta.

* Bagi tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor.
* NFC memberi diskaun RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang mengendalikan restoran mewah Meatworks milik keluarga Shahrizat, atas alasan mengurangkan harga jualan memandangkan kos terlalu tinggi.

* Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC rugi RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009).

* Kos operasi tinggi bermakna besar kemungkinan NFC akan terus rugi bagi tahun-tahun mendatang, apatah lagi sasaran ternakan dan sembelihan tersasar jauh.

* Kerajaan Pusat tiada pilihan kecuali melupuskan pinjaman RM250 juta seperti mana amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja.

* Rekod kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan RM827,579 digunakan untuk pelbagai lawatan luar negara dan keraian oleh pengarah NFC yang terdiri dari suami dan anak-anak Shahrizat.

* Kalau pun NFC perlu membuat lawatan ke luar negara untuk meninjau lembu dan mengikat perjanjian komersil, jumlah itu terlalu tinggi dan bersamaan RM511 setiap seekor lembu yang disembelih pada 2009 oleh NFC.

* Hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan keluarga Shahrizat.

* Kos operasi di NFC 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos Jabatan Perkhidmatan Veterinar semasa kertas konsep projek fidlot dibuat.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan walaupun sasaran permintaan yang ditetapkan adalah 40 peratus tetapi NFC hanya mencapai 0.6%. Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran adalah 1,500 ekar sehari tetapi realitinya kini sekadar 20 ekor.

Beliau juga mempersoalkan: "Berapakah hasil dari kayu kayan yang ditebang untuk membuka ladang sedia ada di atas tanah seluas beribu ekar dan siapakah yang mendapat keuntungan dari urusniaga kayu kayan tersebut?"

Persoalannya, mampukah isu-isu yang real ini menangkap imiginasi pengundi, khususnya orang Melayu, berbanding isu-isu rekaan berkaitan kepentingan Melayu, yang dicipta Umno, melalui penonjolan Utusan Malaysia dengan jurucakapnya, Perkasa dan beberapa individu seperti Zulkifli Nordin dan Ezam Mohd Noor?

Saya bimbang jika isu jadi-jadian, atau seperti rakan saya, Zulkifli Yahaya, sifatkan sebagai "pelbagai cerita hantu atau kisah seram ciptaan BN untuk takutkan pengundi Melayu", dapat mempengaruhi khalayak ...

Jangan runtuhkan peradaban negara | Print |
Nasrudin Hassan
1. Setiap rakyat atau warga negara bukan sahaja mesti kasih dan cinta pada negara dengan semangat patriot yang tinggi tetapi juga mestilah bertanggungjawab membina dan memelihara peradaban negara dengan memastikan kerukunan hidup bermasyarakat pelbagai kaum [ multi - racial ] juga pelbagai agama [ multi - relegion ] tanpa menafikan Islam, Agama Persekutuan sebagai tiang serinya.
2. Paling asas, peradaban sesebuah negara dipelihara dengan memastikan elemen - elemen ini tidak tergugat:
a] agama
b] ilmu
c] budaya
d] keamanan
3. Agama tidak boleh dibiarkan menjadi bahan ejekan, persendaan mahupun sinis. Agama adalah untuk dianuti dan dipraktis. Rakyat di dalam negara majmuk seperti Malaysia kebanyakkannya memiliki agama. Kalaupun mana - mana pihak enggan menerima agama persekutuan iaitu agama Islam yang diwahyukan oleh Allah swt Sang Pencipta sebagai agama anutan dan ikutan, mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam malah mereka mempunyai hak - hak tertentu yang mesti dipenuhi oleh kerajaan Islam seperti tempat ibadat mereka dan sebagainya.
4. Sebagaimana Islam tidak boleh memaksa mereka menerima ajaran Islam, begitulah Islam juga melarang penganutnya mengejek agama - agama lain meskipun aqidah yang diyakini ialah Islam sebagai agama yang benar dan berhak sebagai way of life.
5. Bertolak dari nokhtah ini, saya juga menasihati semua pihak yang terdiri dari agama selain Islam supaya meletakkan penghormatan serupa terhadap Islam agama suci yang diwahyukan oleh Allah swt. Tuhan yang Mencipta Manusia dan seluruh alam ini. Jangan sekali - kali mempersenda agama Islam dan memperlekehkannya. Isu sembelih binatang korban oleh ummat Islam menjelang Aidil Adha yang telah diamal sejak beratus tahun dalam negara kita, jangan dijadikan turning point untuk cetus ketegangan antara agama dalam negara kita. Asasnya saling hormat menghormati. Selama ini negara kita aman, kenapa tiba - tiba hari ini, isu sembelih binatang korban di kawasan terbuka menjadi isu. Nama dah hari Raya Korban, mana boleh buat tertutup, menyembelih binatang korban di bawah rumah .
[ Bukakah negara ini adalah negara ummat Islam pula agama persekutuan adalah agama Islam ? harmoninya agama lain juga tidak dilarang oleh perlembagaan negara untuk dianuti oleh penganut masing - masing. Lalu apa yang jadi masaalah ? Kecualilah ada ummat Islam menyembelih binatang korban di hadapan kuil Hindu atau dalam kawasan perkampungan orang - orang Hindu, kalau begitu saya puntidak bersetuju dan Islam melarang perbuatan sedemikian kerena menghilangkan rasa hormat kepada kaum lain.]
6. Malah rakyat Malaysia boleh bersatu dalam perkara - perkara tertentu dalam memelihara keharmonian kaum serta memastikan peradaban negara kita tidak runtuh. Antaranya ialah penyimpangan seksual yang menjadi isu kebelakangan ini. Saya percaya, dengan pelbagai alasan dan apa jua sebabnya, semua agama menentang perlakuan seksual songsang yang bercanggah dengan fitrah dan norma luhur manusiawi.
7. Perlakuan Lesbian, Gay dan Biseksual bukan lahir dari ajaran mana - mana agama kecuali ia datang dari penyimpangan nafsu yang perlu dikawal dan dipulihkan agar kembali kepada fitrah.Atau sesiapa boleh tunjukkan kepada saya mana satu agama di atas muka bumi ini yang kitab anutan mereka mendidik dan mengasuh penganutnya supaya menjadi lesbian, gay dan biseksual begitu juga transeksual ?
8. Sementara kelompok yang mengaku tidak beragama pula sekurang - kurang mereka masih ada aqal dan naluri untuk berfikir, mengkaji dan memahami realiti ini untuk kembali kepada fitrah. Manusia tidak boleh memerangi fitrah kelak yang binasa hanya diri mereka sendiri. Manusia mungkin boleh berpura - pura untuk menipu orang lain dan menyimpang arah hidup lalu memilih penyimpangan seksual tetapi akhirnya perkara ini membawa penderitaan pada diri sendiri. Kebahagiaan dan kepuasan yang dicari hanya bersifat sementara sedang tuntutan fitrah senantiasa membayanginya.
9. Saya setuju golongan yang memilih penyimpangan seksual ini tidak perlu di hina sebaliknya dididik dan dibimbing agar kembali kepada fitrah dan agama yang suci, tetapi wajar juga diinsafi bahawa perlakuan seks menyimpang ini adalah perbuatan yang hina malah dipandang lebih hina daripada perbuatan zina yang turut dimurkai oleh Allah swt. Justeru itu, perlakuan dan perjuangan seksualiti kelompok ini tidak boleh diterima dalam masyarakat bertamadun.
10. Jika dadah menjadikan pengambilnya sampah masyarakat apabila dadah tersebut disalah guna maka begitulah seks menjadikan pelakunya sampah masyarakat apabila seks tersebut disalah laku dan menyimpang dari fitrah manusia. Asalnya seks adalah untuk kasih sayang pasangan lelaki dan perempuan yang dicipta oleh Allah swt. pula untuk membiakkan ummat manusia di atas muka bumi ini. Perlakuannya dihalalkan melalui ijab dan qabul, lantas ia membezakan manusia dengan binatang.
11. Namun penyimpangan seksual ini merosakkan tujuan murni tersebut. Untuk apa lelaki melakukan hubungan seks sesama lelaki dan perempuan melakukan hubungan seks sesama perempuan ? Jika untuk menterjemahkan kasih sayang, mereka tidak perlu melakukan hubungan seks sesama jenis justeru mereka boleh pada bila - bila masa berkasih sayang tanpa seks kerana mereka adalah sesama jenis. Seks sesama jenis tidak mungkin menghasilkan baka atau zuriat sebaliknya ia adalah perbuatan yang keji. Jika amalan ini diiktiraf dan diamalkan oleh semua , bukan sahaja Allah murka, generasi manusia akan pupus.
12. Lihat sahaja barat pada hari ini. Satu persatu harga diri, nilai peradaban dan nurani kemanusiaan mereka lusuh dan luntur akibat kebebasan tanpa tara dan tiada kawalan fitrah ke atas runtunan nafsu dan syahwah mereka. jauh sekali kawalan agama. Kemajuan material dengan bangunan mencakar langit bukan asas peradaban yang tulen tetapi mesti dibina dengan lahirnya kelompok masyarakat yang bermoral dan beretika.
13. Kita tidak boleh memburu kemajuan seperti barat yang sedang menjunam nilai kemanusiaannya, ditambah pula dengan kemurkaan Allah swt di atas pelbagai perbuatan mungkar, fasad [kekejian] serta kezaliman yang berlaku. Lantaran itu saya melihat kewujudan sekelompok manusia yang menyimpang perlakuan seksual mereka sebagai pesakit yang perlu dirawat dan dipulihkan jiwa dan nurani mereka dengan terapi ruhani dan juga asuhan agama yang baik.
14. Setelah semua menyedari bahawa ia bertentang dengan agama, kenapa masih mahu meneruskan perlakuan itu ? setelah semua sedar bahawa perbuatan seksual sesama jenis ini adalah perbuatan keji dan bertentangan dengan fitrah, kenapa pula mesti memperjuangkan hak untuk melakukan perbuatan keji itu ? Jika ada sekelompok dua yang berkeinginan dan terjebak untuk melakukannya, janganlah kita galakkan mereka dan mengiktiraf perlakuan mereka, sebaliknya kita rawat dan pulihkan mereka. Pihak berkuasa agama mesti memainkan peranan aktif untuk menyelesaikan persoalan ini selepas mereka selesai menyusun file di atas meja pejabat mereka yang berhawa sejuk. Selamatkan mereka dari terjerumus ke jurang api neraka yang panas.
15. Sebagai contoh, semua kita setuju bahawa dadah itu bahaya dan rokok itu juga bahaya. Maka langkah sewajarnya ialah lancarkan kempen perangi dadah dan rokok, bukan mengiktiraf mereka walaupun kita menyedari bahawa mereka yang telah terjebak tidak wajar disisihkan, sebaliknya diselamat dan dipulihkan. Hatta yang telah dijangkiti virus Aids pun tidak boleh disisih sebaliknya diselamatkan. Tetapi sekali - kali mereka tidak boleh diberi pengiktirafan ! jika tidak, runtuhlah peradaban negara kita .
nota tambah : saya dapat maklumat ada pejuang Human Rights bermati - matian memperjuangkan hak golongan lesbian, gay dan biseksual ini biarpun majoriti penduduk dalam negara ini menganggap ia adalah perbuatan yang keji dan bertentangan dengan fitrah. Mereka perjuangkan atas nama Human Rights kononnya, tetapi anehnya saya tidak pernah pula mendengar golongan pejuang Human Rights memperjuangkan hak penagih dadah untuk mengambil dadah seperlu mereka. Rasanya penagih dadah juga mahu menghisap dadah dengan aman dan tenang tanpa gangguan. mana hak mereka ? kenapa tidak dipertahan dan diperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan dadah ?

dunia - dunia ... meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta ....

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Jangan kotorkan Parlimen Malaysia | Print |
MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my
DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat yang muttaqin.

Parlimen adalah badan legislatif yang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi yang tinggi martabatnya kerana ia menjadi penggubal undang-undang, perangka dasar, meluluskan peruntukan perbelanjaan negara.

Kewujudan Parlimen dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, berasaskan kepada keadilan dan kesaksamaan. Ia diamalkan oleh majoriti negara sama ada yang mempunyai sistem pemerintahan beraja, mahu pun sistem republik.

Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, negara mempunyai dua badan yang membentuk institusi Parlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Melalui sistem demokrasi yang digubal British, Dewan Negara berperanan sebagai badan check and balance terhadap Dewan Rakyat. Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat adalah Ahli Parlimen.

Keanggotaan Dewan Rakyat adalah menerusi sistem pilihan raya. Di mana seseorang calon dipilih untuk menjadi wakil rakyat. Manakala keanggotaan Dewan Negara adalah menerusi pelantikan, sama ada menerusi Kerajaan Negeri, mahu pun Kerajaan Persekutuan.

Bagi Kerajaan Negeri, nama calon Senator dikemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri oleh kerajaan yang memerintah, untuk dilulus dan disahkan.

Manakala calon Senator di peringkat Persekutuan, adalah di atas kuasa Perdana Menteri.

Tidak ada siapa yang boleh menafikan bahawa pelantikan seseorang ke jawatan Senator, Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan dalam Kerajaan Persekutuan adalah di atas preogatif Perdana Menteri.

Walaupun pelantikan tersebut di atas kuasa Perdana Menteri, namun ianya harus berasaskan kepada merit. Pelantikan seseorang ke jawatan Senator, bukannya anugerah. Ia sepatutnya berasaskan kepada pengiktirafan terhadap peranan seseorang itu terhadap komuniti yang diwakilinya.

Rakyat boleh menerima pelantikan seseorang ke jawatan Senator, jika ia dibuat kerana jasa atau peranan yang beliau mainkan dalam parti, organisasi NGO, komuniti dan sebagainya. Parti atau NGO yang diwakili harus mempunyai wibawa dan diiktiraf sumbangannya kepada negara.

Pokoknya, pelantikan seseorang ke jawatan Senator mestilah dibuat menurut kriteria yang tertentu, bukannya secara semberono.

Tetapi hari ini rakyat berasa pelik dan muak kerana kerajaan, khususnya Perdana Menteri tidak mematuhi semua kriteria yang seharusnya diamalkan. Tiada merit yang disandarkan.

Pelantikan bekas Ketua Pemuda KeADILan, Mohamed Ezam Md Nor sebelum ini, dibantah keras di kalangan Umno kerana beliau tidak mempunyai apa-apa jasa dalam NGO, tiada jua peranan dalam Umno.

Pelantikan bekas pemimpin KeADILan, S Nallakaruppan ke jawatan Senator juga mendapat bantahan daripada kalangan kaum India kerana beliau langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada kaumnya sendiri.

Jasa Ezam dan Nalla yang ada hanyalah kerana mereka bekas 'budak Anwar Ibrahim' yang sudah berpaling tadah dan kini berani memaki hamun Anwar secara terbuka menerusi majlis yang dianjurkan Umno-Barisan Nasional. Itu sahaja.

Maka selepas ini barangkali Ibrahim Ali, Zulkifli Noordin dan Zahrain Hashim jika tidak bertanding, mereka juga layak dilantik sebagai Senator berdasarkan peranan hebat mereka memaki hamun Anwar?

Justeru kita ingin bertanya kepada Umno-BN, adakah mereka mahu menjadikan Dewan Negara ini, diduduki oleh golongan yang bermaruah atau politikus kotor yang sering melompat parti kerana mempunyai kepentingan peribadi?

Mereka ini dikenali dalam istilah politik negara sebagai golongan 'katak'. Maka suatu istilah ringkas diwujudkan oleh pelayar siber terhadap Senator yang termasuk dalam golongan katak ini sebagai 'Senatak'.

Apakah Parlimen Malaysia akan dihormati jika ia dipenuhi oleh glongan Senatak?


Tiada ulasan: