PAS arah semua ahli sertai himpunan Oren
| Harakahdaily, | 04 Jul 2012 |
(Surat rasmi Mustafa mengarahkan ahli PAS sertai Himpunan Oren)
KUALA LUMPUR: PAS secara rasmi mengarahkan semua ahlinya yang berkesempatan agar menyertai perhimpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ini.
Arahan rasmi itu dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu suratnya kepada semua pimpinan dan ahli-ahli PAS.
Surat yang bertarikh 29 Jun itu memaklumkan, mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 10 Jun telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Oren Selamatkan Felda.
Ia merupakan program kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat terhadap penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH).
"Tujuan utama himpunan ini adalah untuk menyatakan secara aman bantahan kita terhadap penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham dan menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung," kata Mustafa daam surat itu.
Sehubungan itu, katanya, semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat diarahkan hadir ke himpunan tersebut.
Perhimpunan itu akan dimulakan dengan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur mulai jam 2 petang pada hari Sabtu.
Sebagai makluman, kata Mustafa, semua peserta digalakkan memakai pakaian warna oren sebagai tanda kebersamaan membantah penyenaraian tersebut.
Peserta juga dicadangkan datang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada tergendalanya perjalanan program ini, tulis Mustafa lagi.
Surat yang ditulis Mustafa ini mula dimasukkan ke dalam facebook dan diedarkan kepada semua ahli dan pemimpin PAS.
Maklum kepada polis
Turyt serta bersama beliau adalah Dr Rosli Yaakob, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood dan Fadhil Othman.
"Insyaallah, selepas ini surat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong akan menyusul untuk memohon perkenan menyerahkan memo pada 14 Julai ini di Istana Negara," kata Mazlan melalui Facebooknya.
Bebaskan universiti dari pengaruh politik berkepentingan
| Safwan Anang, |
Universiti adalah tempat menajamkan nilai intelektual mahasiswa dan golongan ahli akademik. Ini bukanlah bermaksud menghalang perbincangan mengenai aspek politik di kampus secara total sama sekali.
Proses pembelajaran mengenai politik amatlah dialu-alukan demi mematangkan politik di kampus dan di peringkat nasional sekalipun, cuma apabila peringkat pentadbiran universiti mula dikawal oleh orang-orang politik itu adalah satu bahana kepada mahasiswa yang akan turut terheret dalam kancah permainan politik mana-mana pihak berkepentingan nanti. Akhirnya, mahasiswa juga yang jadi mangsa.
Kita tidak pernah menafikan sumbangan ahli-ahli politik dalam negara, bahkan banyak sumbangan mereka mengubah arus perdana dari sudut pembangunan intelektual mahasiswa.
Sebagai contoh, kita sangat mengalu-alukan konsep debat politik antara pihak kerajaan dan juga pembangkang di kampus yang telah dianjurkan sejak dahulu lagi namun ianya mula terhalang apabila pihak yang berkepentingan mula memegang jawatan-jawatan penting di universiti.
Nilai-nilai intelektual mahasiswa mula tergugat dan makin hilang diakibatkan mereka tidak lagi didedahkan oleh budaya seperti debat politik tadi sehingga menumpulkan daya bacaan politik bahkan lebih teruk mereka telah jadi buta politik secara tidak langsung.
Mana tidak, yang tinggal sekarang hanyalah budaya doktrinisasi sebelah pihak yang berkepentingan supaya menerima apa yang mereka taburkan secara bulat-bulat. Ianya tidak boleh dipertikai dan tidak lagi boleh diperbincangkan.
Kita di peringkat SMM masih lagi tertunggu-tunggu juga, bilakah Perdana Menteri akan menyahut cabaran debat oleh ketua pembangkang.
SMM berpendirian inilah doktrinisasi yang telah berjaya diterapkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama 54 tahun mereka memerintah, iaitu debat hanyalah perkara yang membuang masa.
Sehingga sekarang juga, kita di peringkat SMM masih tertunggu-tunggu beberapa jawapan daripada Perdana Menteri sendiri apakah jawapan bagi persoalan cadangan pemansuhan PTPTN demi menyediakan pendidikan percuma dan keterlibatan Perdana Menteri serta kakitangan kerajaan sendiri dalam mengaturkan keputusan-keputusan penting di universiti seperti pendedahan oleh Pro Mahasiswa mengenai OPS 2020 sehingga pilihanraya kampus ditangguhkan demi survival parti politik mereka.
SMM berpendirian tegas bahawa, universiti adalah tempat yang mempunyai kebebasan mutlak dan tidak wajar sekiranya mana-mana pihak berkepentingan dari parti politik mula mengusai pentadbiran sesebuah universiti.
Biarlah mereka yang lebih bersifat non-partisan dari kalangan ahli-ahli akademik yang menerajui sesebuah universiti supaya mereka tidak dilihat berkepentingan kepada mana-mana parti politik.
Penulis ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Fasa pertama Lebuhraya Rakyat akan dilaksanakan
| Salmah Mat Husain, | 04 Jul 2012 |
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, fasa pertama itu telah siap diukur bermula dari Bukit Bakar ke Kuala Krai.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini tengahari tadi.
Katanya, jajaran berikutnya akan digezetkan apabila ianya siap diukur.
“Pembinaan lebuhraya ini akan dimulakan di tanah kerajaan terlebih dahulu dan kemudiannya akan diteruskan pada tanah milik peribadi,”ujarnya.
Tambahnya, tanah-tanah individu yang terlibat dengan pengambilan untuk pembinaan lebuhraya itu akan dibekukan kegiatannya.
Pada masa yang sama Husam memberitahu kerajaan negeri akan membuka satu akaun khas bagi memungut sumbangan daripada orang ramai untuk pembinaan lebuhraya di Islamic Maybank dan Bank al-Rajhi.
“Apabila kita mendapat nombor akaun ini kita akan membuat hebahan secara umum bagi membolehkan masyarakat di negara ini khususnya Kelantan menderma,”ujarnya.
Katanya, sebelum ini akaun ini dibuka di Bank Muamalat di bawah seliaan syarikat Baldah Toyyobah sebagai perantara untuk disalurkan dana kepada kerajaan.
Sambungnya, petugas khas atau agen bakal dilantik di seluruh negara untuk memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan atau menyalurkan terus kepada Maybank dan Al-Rajhi.
Katanya, sehingga kini sumbangan sebanyak RM430,000 diterima dari orang ramai di seluruh negara termasuk penderma di seluruh negara.
Tidak cerdik
Sementara itu, ketika menjawab tuduhan tidak bertanggugjawab oleh bloger Umno yang mengkritik tindakannya memegang jawatan dalam pembinaan lebuhraya itu sebagai pengerusi, Husam berkata, ia tidak cerdik.
Husam mendakwa jawatan yang disandangnya sebagai pengerusi tidak bersalahan dengan undang-undang walaupun beliau seorang anggota exco kerajaan negeri.
Menurutnya, amalan itu diterima pakai sejak sekian lama sebagai contohnya Menteri Besar Kelantan sendiri mempengerusikan PKINK.
“Saya sendiripun sebagai Pengerusi Tunjung Development termasuk anggota exco kerajaan negeri yang lain turut mempengerusikan anak syarikat kerajaan negeri yang lain,”ujarnya.
Katanya, tidak perlu mempertikaikan beliau diberi tanggungjawab mempengerusikan pembinaan lebuhraya kerana ianya tidak menjadi kesalahan.
“Jadi saya fikir keluarga Umno ni tidak memahami perkara itu, kecuali jawatan eksekutif itu yang tidak boleh dipegang oleh anggota exco kerajaan negeri, namun sebagai ahli lembaga pengarah pula tidak menjadi kesalahan,”ujarnya.
Beliau turut menyindir blogger Umno yang tidak mengetahui perkara itu mempelajarinya dari pihak yang lebih tahu sebelum memuatkan perkara yang mereka tidak ketahui.
Isu RM1 bilion: Selangor saman MCA
| Harakahdaily, | 04 Jul 2012 |
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.
"Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik Kerajaan Selangor.
"Sehubungan itu, kita tidak akan membuat apa-apa ulasaan buat masa ini demi untuk tidak menganggu proses perundangan kelak," katanya dalam satu kenyataan.
Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong sebelum ini mendakwa kerajaan negeri terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam.
Beliau juga mendakwa penyelewengan berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 dibelanjakan.
Tanah Felda: Kelantan tunggu keputusan peguam
| Rizal Tahir, | 04 Jul 2012 |
Bagaimanapun 64 hektar tanah dari kumpulan yang sama belum dikeluarkan geran sehingga ianya mendapat keputusan panel guaman berhubung perkara itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata kelulusan geran keluasan 64 hektar itu terpaksa ditangguhkan seketika.
Menurutnya, mesyuarat exco terpaksa menangguhkan pengeluaran geran itu sementara bagi mendengar keputusan panel guaman sama ada penyenaraian Felda berkenaan masih bertepatan dengan akta Felda atau sebaliknya.
“Andainya ia masih menepati syarat insyaallah, geran berkenaan akan dikeluarkan,”ujarnya.
Husam mengeluarkan kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, yang mendakwa kerajaan negeri sebagai angkuh kerana tidak mahu menyelesaikan masaalah pemilikan tanah oleh Felda.
Pada masa yang sama Adun BN itu dalam sidang Dun Kelantan semalam mendakwa, kerajaan negeri dilihat cuba mengambil kesempatan daripada permasalahan yang berlaku termasuk membabitkan penyenaraian syarikat Felda Global Venture Berhad (FGV).
Husam berkata, masalah hak milik tanah telah dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1990-an dan seterusnya selepas itu hingga tahun lalu.
Sambungnya, ianya berjaya diselesaikan di tanah Felda Gua Musang dan Tanah Merah.
Awang Adek terus didesak jawab dakwaan
| Harakahdaily, | 04 Jul 2012 |
(Orang ramai memenuhi Pantai Irama, Bachok)
PENGKALAN CHEPA: Tekanan terus diberikan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husein dan ia terus berkaitan dengan rakannya, Chung Hon Cheong.
Tekanan kali ini diberikan oleh Cikgu Bard atau Badrul Shahrin, ahli Majlis Pimpinanan Tertinggi PKR.
Selain persoalan yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, Cikgu Bard menambah dua lagi persoalan untuk dijawab oleh Awang Adik.
"Benarkan Chung Hon Cheong membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek?
"Siapakah yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana?" soal Cikgu Bard, yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SMM) itu.
Peyelewangan ini bermula semenjak beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Gabenor bank Negara, kata Cikgu Bard.
Beliau membuat desakan itu di majlis pidato perdana dan karnival Euro bersama selebriti anjuran Dewan Pemuda PAS Bachok.
Program itu berjaya menggamit ribuan penonton membanjiri tapak pasar malam di Pantai Irama Bachok.
Pelakun Abby Abadi turut serta di majlis itu.
Di samping itu, Bendahari Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary dan Datuk Omar Muhammad, Adun Perupok turut serta.
Umno Perak gadai 511.43 ekar tanah Melayu
| Muhammad Faeez, | 04 Jul 2012 |
IPOH:
PAS Perak melalui Jawatankuasa Strategik dan Isu hari ini mendedahkan
tindakan Kerajaan Negeri Perak melalui Syarikat Maju Perak Berhad yang
telah menggadai tanah melalui satu perjanjian yang telah dimaterai
dengan sebuah syarikat bukan bumiputera Melayu.Jurucakapnya, Salman Saleh (gambar) berkata, tanah yang terletak di Batu Gajah berhampiran stesen keretapi tanah melayu (KTM) adalah seluas 511.43 ekar.
“PAS Perak kesal tindakan Maju Perak Berhad yang menggadai tanah kepada syarikat Extreme News Sdn Bhd dengan harga yang terlalu murah,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.
Menurutnya, tanah yang terletak di lokasi yang strategik itu dijual dengan harga RM68 ribu seekar sahaja berbanding harga semasa pasaran kira-kira RM200 ribu seekar.
“Kami menganggapnya sebagai satu keputusan yang amat pelik bagi tujuan apa kaedah sekalipun dan adakah kerajaan negeri maklum akan salahlaku ini?,” ujarnya.
Beliau berkata, kerajaan negeri didapati gagal menguruskan Syarikat Maju Perak Bhd yang sepatutnya berperanan sebagai untuk memajukan tanah hak milik melayu dan membuat keuntungan kembali kepada kerajaan negeri.
Katanya, Datuk Seri Zambry sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan negeri Perak (PKNP) mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan anak-anak syarikatnya terutamanya dalam menjaga kepentingan orang melayu didalam kurniaan tanah kepada GLC negeri.
“Tindakan tersebut dibimbangi ada berlaku serta melibatkan unsur rasuah dan penyelewengan yang melibatkan urusan perniagaan diluar kebiasaan tersebut yang mungkin berlaku,” soalnya lagi.
Mengulas lanjut, PAS Perak memberi tempoh 7 hari kepada Dato’ Seri Zambry untuk memperjelaskan isu ini kepada umum.
“Kami mendesak agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas yang bukan dibawah PAC untuk menyiasat isu ini secara telus dan terbuka.
“Kami juga mendesak agar dibatalkan perjanjian dengan Extreme News Sdn Bhd jika benar adanya perjanjian tersebut dimeterai.
Justeru, PAS Perak menuntut Umno Perak bertanggungjawab dalam isu ini dan melaksanakan tuntutan ini dengan segera atau tindakan selanjutnya akan diambil.
Hadir sama ialah Safarizal Saleh dan Hafez Sabri yang menganggotai jawatankuasa tersebut.
MCA dicabar ulangi dakwaan di luar DUN
| Harakahdaily, | 04 Jul 2012 |
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar kanan) mencabar pemimpin MCA Melaka membuat dakwaan terhadap beliau di luar dewan untuk membolehkan tindakan mahkamah diambil.Beliau juga mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengarahkan MCA untuk mengulangi fitnah palsu mereka di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Ia berkaitan dengan dakwaan Adun MCA kononnya isteri beliau menyerang bekas kakitangan pejabatnya kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Setiausaha Agung DAP itu.
Dakwaan itu dibuat dalam sidang DUN Melaka baru-baru ini.
"Saya mengecam sekeras-kerasnya mengenai cubaan membunuh karektor peribadi yang dilakukan bukan sahaja terhadap diri saya tetapi juga terhadap isteri dan anak-anak saya oleh BN dan MCA.
"Jelas BN mengamalkan politik kotor dengan cuba menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokratik bahkan menyerang ahli-ahli keluarga yang tidak bersalah," kata Lim Guan Eng.
Sebelum ini anak beliau yang berumur 15 tahun, yang masih di bawah umur, dituduh melakukan pencabulan seksual terhadap rakan wanita sekelasnya oleh laman web UMNO, iaitu UMNO Online serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan blog-blog pro-UMNO.
Gambar wanita yang kononnya menjadi mangsa anak beliau tersiar di internet.
Mangsa wanita yang dikatakan itu, kata Guan Eng, telah dikenal pasti sebagai Anya Corke, juara catur dari Hong Kong yang tidak pernah langsung bertemu beliau dan anaknya.
"Umno Online atau Khairy Jamaludin tidak pernah meminta maaf atas pembohongan mereka dan tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas laporan polis yang difailkan oleh saya.
"Sebaliknya, tindakan segera diambil hanya apabila terdapat kempen yang memburuk-burukkan pemimpin BN," tempelak Guan Eng marah.
Setelah gagal untuk menghancurkan hidup anak beliau dan gagal untuk menjejaskannya, Guan Eng berkata, jentera media BN kini telah melaksanakan satu lagi kempen keji, kali ini melalui perbuatan memburukkan isteri beliau melalui MCA.
Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo (gambar atas kiri) telah menyalahgunakan keistimewaan dan jaminan perlindungan di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka dengan membuat dakwaan palsu mengenai skandal moral terhadap Guan Eng dan isteri di dalam dewan tersebut.
"Saya mahu Gan untuk mengulangi tuduhan itu di luar supaya saya dan isteri boleh membuat saman fitnah kerana mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar atau biadap itu," katanya.
Jika Gan tidak berani berbuat demikian, maka dia telah menunjukkan dirinya sebagai seorang yang pengecut dan tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin, ahli EXCO dan wakil rakyat, tambah beliau.
Lebih teruk lagi, katanya, dia akan menunjukkan dirinya sebagai orang yang tidak layak untuk menjadi suami dan bapa kepada anak-anaknya kerana sanggup membuat tuduhan palsu terhadap orang lain untuk menghancurkan bukan sahaja karier politik tetapi juga kebahagiaan rumah tangga orang lain.
"Apakah jenis pemimpin seperti Gan ini apabila dia sanggup dipergunakan sebagai orang suruhan UMNO untuk bermain politik longkang itu?
"Ulangi kenyataan di luar supaya saya dan isteri boleh buktikan di mahkamah bahawa Lim Guan Eng bukanlah seperti Chua Soi Lek," desak Lim Guan Eng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan