Selasa, 2 April 2013

TOLAK SEGALA KEZALIMAN...PENIPUAN..KEMAKSIATAN...KEMUNGKARAN ...SAMSENG DLL...KERANA INI DITEGAH DALAM AGAMA...JIKA KITA SOKONG...BERMAKNA KITA SOKONG ORANG MENGAMALKAN PERBUATAN2 AHLI2 NERAKA

Pameran ‘Kenapa Mesti Tolak Umno BN’ esok

Harakahdaily, 02 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) akan meneruskan program dengan menganjurkan pameran ‘Kenapa Saya Mesti Tolak Umno BN’ di hadapan Sogo, esok.

Jurucakap Tolak, Eikhwan Ali memberitahu, pameran yang akan bermula jam 12.30 tengah hari itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat ibu kota berkenaan kegagalan dan ketidakupayaan Umno BN dalam mentadbir negara.

“Semasa pameran itu berlangsung juga, Tolak akan menghimpunkan tanda tangan rakyat sebagai bukti komitmen rakyat untuk tidak lagi mengundi Umno BN dalam PRU13 akan datang,” ujarnya.

Ahad lalu, Tolak telah menganjurkan Konvoi Anak Muda Tolak Umno BN bermula dari Dataran Shah Alam dan berakhir di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Acara yang disertai 500 orang anak muda  itu berakhir dengan penangkapan Pengerusi Tolak, Azan Safar di hadapan rumah PM.

Hujung minggu ini pula, Tolak akan memulakan program jelajah ke seluruh negara bermula dari KL ke Seremban dan diikuti dengan Melaka.

Manifesto PR: Rancangan kartun pun 30 minit

Harakahdaily, 02 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) sependapat dengan Pakatan Rakyat menolak tawaran kerajaan BN menawarkan slot selama 10 minit bagi menyiarkan manifesto PR dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Pilihan raya Umum ke-13 ini.

“PAS WP merasakan tawaran kerajaan melalui RTM itu bukan menandakan suatu pengiktirafan kepada PR, bahkan ianya suatu penghinaan kepada rakyat dan amalan demokrasi di negara ini,” tegas Timbalan Pesuruhjayanya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) sependapat dengan Pakatan Rakyat menolak tawaran kerajaan BN menawarkan slot selama 10 minit bagi menyiarkan manifesto PR dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Pilihan raya Umum ke-13 ini.

PAS WP merasakan tawaran kerajaan melalui RTM itu bukan menandakan suatu pengiktirafan kepada PR, bahkan ianya suatu penghinaan kepada rakyat dan amalan demokrasi di negara ini.

Asas penolakan tawaran tersebut amat kukuh kerana slot tersebut hanya dibenarkan berlangsung selama 10 minit. Lebih malang lagi apabila slot tersebut disiarkan secara rakaman, bukannya siaran langsung.

Semua pihak sedia maklum bahawa siaran rakaman terdedah kepada pelbagai suntingan dan PR tidak sanggup berisiko dimanipulasi melalui rakaman tersebut. Sudahlah slotnya hanya 10 minit, ianya dibuat melalui rakaman.

Dengan proses suntingan, berapa minit sebenarnya peruntukan masa untuk PR dalam slot yang diberikan itu?

Bayangkan pula jika slot itu hanya disiarkan di luar waktu kemuncak seperti waktu tengah malam atau waktu pagi, siapa yang akan menontonnya?

Dengan masa 10 minit, apakah agenda dan mesej yang sempat disampaikan?

PAS WP merasa hairan kerana jarang ada rancangan berlangsung selama sepuluh minit di TV. Rancangan kartun untuk kanak-kanak memakan masa paling kurang tiga puluh minit, begitu juga berita utama di waktu kemuncak.

Jika dibandingkan dengan rancangan berbentuk hiburan seperti tayangan filem, perlawanan bolasepak, rancangan realiti TV, konsert, anugerah-anugerah dan sebagainya, berapa lama masa rancangan ini diperuntukkan?

Mengapa pula program politik yang menentukan masa depan rakyat dan negara ini yang berlangsung 5 tahun sekali dan jauh lebih penting hanya diberi masa 10 minit sahaja. Bukankah ia suatu penghinaan?

Jika  demikian caranya, wajarlah tahap kebebasan media di negara ini menjunam ke tangga 145 daripada 179 negara di seluruh dunia berbanding 126 pada tahun lalu.

Sebenarnya kerajaan BN merasa gerun sekiranya PR diminati dan disukai penonton. Dalam keadaan ruang media yang terhad seperti sekarang, ceramah anjuran PR dihadiri puluhan ribu rakyat.

Ucapan pimpinan PR sentiasa ditunggu oleh rakyat dan dimuat naik ke dalam youtube serta ditonton oleh ribuan manusia.

Bayangkan pula bagaimana jika PR diberikan ruang masa yang bebas di media secara adil selama sejam atau lebih, mungkin PR tidak perlu bekerja kuat untuk jatuhkan BN dalam PRU13. Kerana itulah ruang demokrasi disempitkan terus supaya mereka masih bernafas sebelum hayat parlimen berakhir.

PRU13: Tiga sebab rakyat Johor perlu undi Pakatan

Harakahdaily, 02 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yakin angin perubahan akan bertiup kencang di Johor sehingga negeri itu tidak lagi menjadi ‘deposit tetap’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Beliau memberikan tiga sebab, pertama berdasarkan perubahan besar sebelum ini sehingga parti pembangkang bertapak dan tidak mustahil akan memenangi majoriti kerusi dan memerintah Johor, lapor Roketkini.

Katanya, perkara yang sama berlaku di Selangor pada 2008 apabila pembangkang yang menggabungkan PKR, PAS dan DAP memenangi 17 daripada 22 kerus Parlimen dan 35 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan memerintah negeri itu berbanding hanya memenangi enam daripada 48 kerusi negeri pada 1995 hingga 2004.

Bilangan kerusi Parlimen dan Dun yang dimenangi pembangkang (1995-2008)



Justeru, kata Penasihat DAP Kebangsaan itu, tidak ada sebab apa yang berlaku di Selangor pada 2008 tidak boleh berlaku di Johor pada PRU13 nanti.

“Walaupun PR gagal memenangi majoriti kerusi parlimen dan negeri, memadai dengan memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi di negeri itu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, DAP juga melihat perubahan corak pengundian di Johor sebelum ini (1999 dan 2008), tetapi magnitud perubahan tidak cukup besar, yang pentingnya sokongan terhadap BN di Johor menurun daripada 76% pada 1995 kepada 73% pada 1999 dan jatuh 10% lagi pada 2004 kepada 65% pada 2008.

Menurutnya, rakyat Johor hilang peluang untuk menghantar isyarat jelas kepada BN pada 1999 dan 2008 dan yakin mereka tidak akan mempersiakan peluang ketiga untuk berbuat demikian pada PRU13 nanti.

Katanya, Johor mengalami peningkatan ketara bilangan pengundi baru, kebanyakannya pengundi muda pada PRU 2008 iaitu yang kedua tertinggi jumlah pengundi selepas Selangor.

Peningkatan pengundi baru dan mereka yang berpindah ke Johor selepas ditolak yang meninggal dunia dan yang berpindah dari Johor hampir 300,000 daripada 1.3 juta pada PRU 2008 kepada 1.6 juta sekarang.

“Bilangan pengundi baru berdaftar meningkat sebanyak 450,000 dan mereka akan mengundi mengikut realiti baru politik hari ini yang akan menentukan parti mana yang akan mentadbir di Putrajaya dan memerintah Johor,” katanya.

Beliau yakin majoriti mereka akan mengundi untuk perubahan iaitu Pakatan Rakyat untuk masa depan rakyat Johor dan Malaysia yang lebih baik dan cerah.

Walaupun sudah terlalu lama rakyat Johor membenarkan BN memerintah, beliau yakin pada PRU13 nanti mereka tidak lagi membenarkan BN kekal bertapak di negeri itu.

Johor, negeri kelahiran Kit Siang itu boleh dikatakan negeri yang paling penting di Semenanjung Malaysia pada PRU13 nanti.

Bukan sahaja mempunyai bilangan kerusi Parlimen paling banyak iaitu 26, juga sebuah negeri yang BN tidak lagi boleh menyapu bersih semua kerusi Parlimen dan negeri.

Budaya ‘yes boss’ MIC rugikan masyarakat India

Harakahdaily, 02 Apr 2013
KUALA LUMPUR: BN telah gagal merancang program pembangunan sosio-ekonomi untuk masyarakat India di negara ini, kata Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar (gambar).
Beliau mendakwa, orang-orang India telah dianggap sebagai golongan minoriti dan tidak dipedulikan oleh kerajaan.

“Kaum India  dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa program khas untuk membantu membangunkan taraf sosio-ekonomi,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, mengikut sumber, direkodkan hanya 25.5% kaum India telah menetap di kawasan bandar berbanding dengan 74.5% yang menetap di luar bandar dan di ladang-ladang pada tahun 1970.

Tambahnya, tetapi keadaan amat berbeza sekarang, di mana pertambahan kaum india di kawasan bandar adalah amat ketara sekali.

Mengikut rekod yang ada, jelasnya dalam tempoh 30 tahun kemudian didapati 81.2% kaum India menetap di kawasan bandar manakala hanya 18.8% masih lagi menetap di kawasan luar landar dan ladang-ladang.

“Ini adalah angka-angka yang amat memeranjatkan dan menakutkan. Bagaimanakah ini boleh berlaku?” tanya beliau yang juga Adun Tronoh.

Katanya, penutupan ladang-ladang getah dan kemasukan orang-orang asing ke ladang-ladang kelapa sawit yang baru telah menyebabkan orang-orang India yang bekerja di ladang-ladang itu terpaksa keluar mencari rezeki di tempat lain.

Menruutnya, ramai yang terpaksa meninggalkan ladang-ladang untuk mencari pekerjaan di bandar-bandar atau pekan-pekan kecil yang berhampiran.

Menurutnya lagi, mereka terpaksa mencari pekerjaan sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.

Katanya, ramai yang telah masuk kerja di sektor perkilangan dan sebagai buruh kasar di pelbagai industri.

“Walaupun ada juga yang telah berjaya dalam lapangan ikhtisas dan dalam bidang perniagaan  tetapi jumlahnya boleh dikira dan boleh dianggap tidak signifikan,” jelasnya.

Katanya lagi, masih ramai lagi di antara mereka yang keluar dari ladang terpaksa hidup menderita, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ini, kata beliau adalah kerana kerajaan BN terutamanya MIC bersikap tidak mengambil tahu tentang proses transformasi penempatan masyarakat India yang telah menjadi satu cabaran dalam pembangunan sosio-ekonomi mereka.

Baginya, kerajaan tidak merangka apa-apa program untuk menstrukturkan semula kaum India yang telah banyak berjasa kepada negara ini.

Sivakumar menambah, MIC telah gagal menyelesaikan masalah sosio-ekonomi masyarakat India.

Malah, ujarnya tidak juga menjadi salah kalau dikatakan MIC itu sendiri telah menjadi batu penghalang untuk kemajuan masyarakat India di negara ini.

Beliau berkata, budaya mengangguk dan ‘Yes Boss’ kepada ‘tuan’ Umno telah merugikan masyarakat India dalam semua lapangan.

Tambahnya lagi, tidak ada program-program yang dirangka khas untuk masyarakat India yang amat memerlukan bantuan kerajaan supaya dapat bersaing dengan kaum-kaum lain.

“MIC perlu mengakui kelemahan mereka dalam menjaga kepentingan dan pembangunan sosio-ekonomi kaum india.

“Kegagalan inilah yang menyebabkan MIC telah hilang sokongan kaum India di negara ini,” ujarnya lagi.

Yasin dipanggil SKMM bantu siasatan RFM

Harakahdaily, 02 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Yasin Sulaiman yang tampil membuat persembahan ketika pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Februari lalu, dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam.

Yasin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu dipanggil ke pejabat badan itu di Bangunan Sultan Abdul Samad untuk dirakam kenyataan, berhubung satu temubualnya dengan Radio Free Malaysia (RFM) yang didakwa tidak mempunyai lesen dan permit daripada SKMM.

Temubual pada 25 Mac lalu itu adalah berkaitan lagu Reformasi yang dicipta dan dinyanyikan Yasin sebagai lagu kempen rasmi Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Yasin berkata, beliau dihubungi secara telefon oleh radio yang berpangkalan di London, United Kingdom itu dan tidak mengesyaki radio berkenaan menghadapi masalah seperti yang didakwa SKMM.

“Takda apa sangat pun, saya tak tahu radio ini ada masalah dengan kerajaan. Mereka menemubual saya secara telefon dan bertanyakan mengenai lagu Reformasi dan harapan saya tentang Malaysia,” katanya dipetik Selangorku.

Difahamkan siasatan terhadap penyanyi yang banyak mencipta lagu irama padang pasir itu, hanya sebagai saksi bagi membantu siasatan terhadap stesen radio terbabit.

Ketika dilancarkan beberapa minggu lalu, RFM turut menebual beberapa tokoh politik terkenal seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai fitnah yang dikenakan terhadap beliau.

Selain lagu reformasi yang kini hangat di Youtube, Yasin juga turut mempopularkan lagu 'Menuju Putrajaya' dengan membuat sedikit olahan pada lagu asal 'Satu Perjuangan' nyanyian kumpulan Brothers.

'Datuk Seri' yang dikehendaki dilihat bersama Najib

Harakahdaily, 01 Apr 2013


(Gambar-gambar yang disiarkan dalam laman sosial)

KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya orang yang paling dikehendaki polis kini kerana dipercayai terlibat dengan gerakan teroris Sulu yang menceroboh Lahad Datu dikatakan pernah kelihatan bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak dalam satu program berkaitan dengan Palestin.

Menurut gambar-gambar yang disiarkan oleh beberapa blog, 'Datuk Seri' berkenaan bukan saja bersama Najib bahkan juga bersama lain-lain pemimpin Umno.

(Bersama Tengku Adnan, Setiausaha Agung Umno)

Antaranya Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.

Semalam media melaporkan, polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

(Bersama Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno)

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

Sebelum ini, para pencacai Umno dan pemimpinnya mendakwa Datuk Seri Anwar yang terlibat dalam membawa masuk pengganas Sulu.

Anwar pula dalam ceramahnya yakin kenyataan seorang tertuduh dalam kes ini bahawa ada orang mengupah beliau sebagai usaha untuk mengaitkan beliau.

Dedah syarikat terlibat perjanjian RM4.27b di LIMA

Hazayani Zakaria, 01 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan menyenaraikan syarikat dan agensi yang terlibat dalam perjanjian berjumlah RM4.27 bilion di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini.

Mahfuz mengesyaki tindakan Perdana Menteri melengah-lengahkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ada kaitan dengan usaha untuk mendapatkan komisyen daripada pembelian-pembelian yang dilakukan di LIMA.

"Ini tindakan yang tak wajar (kerana) walaupun saya mengatakan kita perlukan peningkatan persiapan pertahanan secara yang lebih lengkap tapi kerajaan tidak boleh membuat keputusan dalam keadaan kerajaan telah kehabisan mandat.

"Jadi oleh sebab itu saya minta kerajaan dedahkan secara terperinci perjanjian-perjanjian yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat seperti mana yang telah dibuat di LIMA.

"Ini penting kerana rakyat perlu tahu sejauh mana ketelusan pembelian tersebut. Saya daripada awal mengesyaki bahawa bila perdana menteri tangguhkan PRU sehingga selesai LIMA seolah-oleh ada agenda mendapat habuan daripada pembelian yang dilakukan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga memberi jaminan Pakatan Rakyat akan meneliti semula pembelian-pembelian tersebut selepas mengambil alih Putrajaya.

"Saya beri jaminan semua keputusan yang telah dibuat kerajaan dalam LIMA di Langkawi akan diteliti semula apabila Pakatan diberi mandat.

"Satu siasatan mesti dibuat kerana bagaimana dalam masa kehilangan mandat kerajaan boleh buat pembelian," katanya sambil menambah, tindakan tersebut salah dari sudut moral politik walaupun secara perlembagaan tempoh berakhir Parlimen ialah pada 30 April.

Sementara itu, Mahfuz turut mempersoal kawalan keselamatan negara yang longgar walaupun telah membeli peralatan pertahanan yang canggih.

"Setiap tahun kerajaan anjur LIMA dan banyak peralatan pertahanan kita peroleh daripada perjanjian di LIMA.

"Tapi kelemahan yang berlaku sistem kawalan keselamatan pertahanan negara kita terus dipersoal seperti yang berlaku di Lahad Datu.

"Kita nak tahu apa yang kerajaan buat oleh pembelian yang begitu hebat setiap kali LIMA tiba-tiba kita tak dapat kesan penceroboh masuk dalam negara.

"Penceroboh 200 orang kita terpaksa kerah 7 batalion tentera yang muda hanya menghadapi tentera Sulu yang tua," katanya.

Tiada ulasan: