Khamis, 18 April 2013

SELUAR DALAM ORANG SIBUK BASAH...ADAKAH SELUAR DALAMNYA KERING KE...MUNGKIN LEBIH BASAH...ALLAH MAHA TAHU DAHSYATNYA MEREKA...ALLAH MAHA TAHU BAGAIMANA NAK MENGHUKUM MEREKA...MEREKA MAKHLUK TAK DE KEKUATAN NAK LAWAN ALLAH SWT

Muhammad Taib diserang sampai seluar dalam
Posted on Thursday, April 18 @ 06:59:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: DUKUNPASIR

"Apabila bekas Menteri Besar Selangor ini mengambil keputusan untuk menyertai PAS, ada 2 isu menarik yang boleh kita andaikan.........Satu bagi pihak BN ,satu bagi pihak PAS termasuk Pakatan Rakyat.

 DI PIHAK BN.
Walaupun Muhammad Taib tidak MENJADI CALON mewakili PAS, tapi tindakan beliau menyertai PAS serba sedikit merosakkan Umno dan Barisan Nasional lebih lebih lagi beliau ialah Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya. 

Muhammad Taib tidak masuk PAS seorang diri, beliau membawa sekali menantunya Ahmad Affandi yang juga KETUA PEMUDA Bahagian Kelana Jaya. Dari tindakan ini dapatlah kita simpulkan bahawa UMNO bahagian Kelana Jaya telah pun lumpuh kerana tiada ketua ...ditambah lagi dengan kemasukan Setiusaha Bahagian kelana Jaya Dato Abdul Halim Saad kedalam PKR......

Dan apa yang pasti terjadi ialah UMNO sendiri akan BONGKAR KESALAHAN KESALAHAN MAT TAIB SEMASA MENERAJUI SELANGOR sebagai BALAS DENDAM sampai ke seluar dalam!.

Dipihak PAS dan Pakatan.


Kita sedia maklum sejarah lampau Mat Taib yang penuh dengan isu isu panas, tapi kita tidak boleh lupa pada satu hakikat.....manusia boleh berubah dan mahu berubah. Cuma apa yang penulis tak sedap ialah cakap cakap ahli Pas sendiri yang mendakwa.....

Mat Taib sedang berusaha untuk menyelamatkan dirinya sendiri...maksudnya bila dia menyertai PAS dan ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah Negara, Mat taib akan sekurang kurannya selamat kot ......

Memang rata rata penyokong PAS tidak gembira dengan situasi ini,ramai yang bangkang didalam diam tetapi ambillah kjedian dibawah ini satu pedoman......

Seorang Banduan yang telah insaf dan mahu pulang ke pangkuan keluarganya, dan kita sebagai keluarga tersebut ADAKAH PATUT KITA BUANG BANDUAN TADI semata mata kerana dia seorang banduan? Dimana letaknya nilai nilai dan Nur Islam dalam diri kita yang kita perjuangkan selama ini?  Terima semua yang mahu bersama kita walaupun bekas MUSUH kita sendiri kerana Allah yang lebih mengetahui dan kita cuma menjalankan perintah dan amanahnya saja.

Lemah dan degilnya kita apabila ada bekas penagih kembali kepada kita, kita herdik dan buang dia yang akhirnya penagih itu kembali semula ke habitat lamanya kerana apa?? Kerana TINDAKAN KITA yang menyuruh mereka jadi jahat dalam DIAM.......

Penulis tidak samakan Mat Taib seperti diatas, itu cuma sekadar contoh yang boleh kita renungkan kerana Ada rahmat yang Allah mahu beri pada PAS dan Pakatan Rakyat...tunggu saja!
ISU PANAS DISINI


Pas Bagan Parit Sulong shared Wong Fei Hung's photo.
TIDAK TAHU NAK CAKAP APA!!!!!!!!... NAJIB UMUMKAN DUA BEKAS AHLI PARLIMEN YANG ADA MASALAH MORAL SEBAGAI CALON "WINNABLE" DI PARLIMEN GOMBAK DAN AMPANG!!!!!!

Nampaknya UMNO Selangor sudah ketandusan calon peringkat kritikal gaban.

Terpaksa bawa masuk balik dua bekas Ahli Parlimen yang tidak dibenarkan bertanding zaman Pak Lah tahun 2008 yang lalu atas alasan moral, untuk menjadi "winnable" candidate bagi UMNO di Parlimen Gombak lawan Azmin Ali dan di Ampang bertempur dengan Zuraida Kamaruddin.

Rahman Ismail pernah dikaitkan dengan skandal beliau dengan Exco Wanita Norhayati Onn manakalan Dr Rodziah Talib kena tangkap khalwat dengan pembantunya oleh suaminya sendiri sampai bercerai berai.

Rahman Ismail bagi Parlimen Gombak dan Rozaidah Talib Parlimen Ampang.

Sungguh teruk betul UMNO Selangor yang bertempik siang dan malam dengan slogan Sayangi Selangor Yakini BN sedangkan kepimpinan UMNO Selangor dibawah Najib Razak langsung tidak menunjukkan kasih sayang kepada rakyat Selangor dengan menampilkan calon-calon yang banyak bagasi untuk berdepan dengan calon Pakatan Rakyat.

Kisah lebih detail akan menyusul.

http://omakkau.blogspot.com/2013/04/tidak-tahu-nak-cakap-apa-najib-umumkan.html
TIDAK TAHU NAK CAKAP APA!!!!!!!!... NAJIB UMUMKAN DUA BEKAS AHLI PARLIMEN YANG ADA MASALAH MORAL SEBAGAI CALON "WINNABLE" DI PARLIMEN GOMBAK DAN AMPANG!!!!!!

Nampaknya UMNO Selangor sudah ketandusan calon peringkat kritikal gaban.

Terpaksa bawa masuk balik dua bekas Ahli Parlimen yang tidak dibenarkan bertanding zaman Pak Lah tahun 2008 yang lalu atas alasan moral, untuk menjadi "winnable" candidate bagi UMNO di Parlimen Gombak lawan Azmin Ali dan di Ampang bertempur dengan Zuraida Kamaruddin.

Rahman Ismail pernah dikaitkan dengan skandal beliau dengan Exco Wanita Norhayati Onn manakalan Dr Rodziah Talib kena tangkap khalwat dengan pembantunya oleh suaminya sendiri sampai bercerai berai.

Rahman Ismail bagi Parlimen Gombak dan Rozaidah Talib Parlimen Ampang.

Sungguh teruk betul UMNO Selangor yang bertempik siang dan malam dengan slogan Sayangi Selangor Yakini BN sedangkan kepimpinan UMNO Selangor dibawah Najib Razak langsung tidak menunjukkan kasih sayang kepada rakyat Selangor dengan menampilkan calon-calon yang banyak bagasi untuk berdepan dengan calon Pakatan Rakyat.

Kisah lebih detail akan menyusul.

http://omakkau.blogspot.com/2013/04/tidak-tahu-nak-cakap-apa-najib-umumkan.html
 
 
 
Syabab Pas Kampar shared Wally Bandits's photo.
Calon UMNO/BN Ampang tiada rekod Nikah(baru) di JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR?
by oren reformis


Calon Umno/BN kawasan Ampang  berstatus Janda ataupun bersuami?

Hari ini status calon tersebut menjadi satu topic paling panas diperkatakan di seluruh kawasan Ampang,maklumlah di samping comel,gebu,mengiurkan Pemuda-pemuda Umno.tipulah jika menyatakan beliau tidak comel langsung,jika dibandingkan dengan Ummi Hafilda jauh panggang dari api.

Bukan perkara itu yang dipersoalkan disini,malah menjadi tanda tanya kepada pengundi kawasan Ampang yang ingin tahu status beliau,Jandakah atau Isteri orang,jika janda,pemuda-pemuda Umno ada peluanglah lagi utk mengisi kekosongan hatinya,dan jika Isteri orang,ada peluang jugak,(Peluang tengok dari jauh).

Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua bakal calon Umno/BN akan disaring dalam semua segi.tetapi bolehkah di percayai saringan-saringan yang dicanang kepada pengundi-pengundi tersebut?

Sekarang topic sembang yang mejadi paling hangat di pasaran Ampang tentang Status Dr Rodziah Talib JANDA atau ISTERI ORANG,adakah ia benar ataupun tidak. Mungkin akan ada kenyataan selepas ianya diperkatakan nanti?,maklumlah perkara ini melibatkan MORAL calon Umno/BN,yang mana akan menentukan kalah atau menang Umno/BN kawasan Ampang


Setelah membuat pengamatan dan sedikit siasatan tentang calon UMNO/BN tersebut,dari sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)didapati rekod beliau berstatus "Janda" tiada rekod perkahwinan seperti yang beliau istiharkan itu.mungkin beliau berkahwin di monggolia dan tidak didaftarkan di negara ini kot.

Penulis bukanlah berniat utk menuduh ataupun memfitnah,tidak sesekali,penulis bukanlah macai-macai Umno/BN yang menjadikan fitnah sebagai santapan rohani setiap hari,apa yang penulis inginkan adalah penjelasan untuk diri penulis dan pengundi-pengundi kawasan Ampang..ianya untuk kebaikan Umno/BN juga kan?

Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah,Status beliau Dr Rozaidah Talib dah kawin ke belum?,kahwin dimana?daftar dimana?

Ianya terus menjadi tanda tanya kenapa tiada Rekod perkahwinan "BARU" Dr Rozaidah Talib daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Jika persoalan ini gagal ditangani dengan baik,penulis percaya Pengundi kawasan Ampang akan teragak-agak utk mengundi Umno/BN kerana Calon yang di tandingkan tidak menepati Syariah ISLAM,antara bab Aurat,nikah/kahwin.bab dia nusyuz terhadap bekas suami dia tu juga akan menjadi pertimbangan pengundi kawasan Ampang.
Calon UMNO/BN Ampang tiada rekod Nikah(baru) di JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR?
by oren reformis


Calon Umno/BN kawasan Ampang berstatus Janda ataupun bersuami?

Hari ini status calon tersebut menjadi satu topic paling panas diperkatakan di seluruh kawasan Ampang,maklumlah di samping comel,gebu,mengiurkan Pemuda-pemuda Umno.tipulah jika menyatakan beliau tidak comel langsung,jika dibandingkan dengan Ummi Hafilda jauh panggang dari api.

Bukan perkara itu yang dipersoalkan disini,malah menjadi tanda tanya kepada pengundi kawasan Ampang yang ingin tahu status beliau,Jandakah atau Isteri orang,jika janda,pemuda-pemuda Umno ada peluanglah lagi utk mengisi kekosongan hatinya,dan jika Isteri orang,ada peluang jugak,(Peluang tengok dari jauh).

Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua bakal calon Umno/BN akan disaring dalam semua segi.tetapi bolehkah di percayai saringan-saringan yang dicanang kepada pengundi-pengundi tersebut?

Sekarang topic sembang yang mejadi paling hangat di pasaran Ampang tentang Status Dr Rodziah Talib JANDA atau ISTERI ORANG,adakah ia benar ataupun tidak. Mungkin akan ada kenyataan selepas ianya diperkatakan nanti?,maklumlah perkara ini melibatkan MORAL calon Umno/BN,yang mana akan menentukan kalah atau menang Umno/BN kawasan Ampang


Setelah membuat pengamatan dan sedikit siasatan tentang calon UMNO/BN tersebut,dari sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)didapati rekod beliau berstatus "Janda" tiada rekod perkahwinan seperti yang beliau istiharkan itu.mungkin beliau berkahwin di monggolia dan tidak didaftarkan di negara ini kot.

Penulis bukanlah berniat utk menuduh ataupun memfitnah,tidak sesekali,penulis bukanlah macai-macai Umno/BN yang menjadikan fitnah sebagai santapan rohani setiap hari,apa yang penulis inginkan adalah penjelasan untuk diri penulis dan pengundi-pengundi kawasan Ampang..ianya untuk kebaikan Umno/BN juga kan?

Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah,Status beliau Dr Rozaidah Talib dah kawin ke belum?,kahwin dimana?daftar dimana?

Ianya terus menjadi tanda tanya kenapa tiada Rekod perkahwinan "BARU" Dr Rozaidah Talib daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Jika persoalan ini gagal ditangani dengan baik,penulis percaya Pengundi kawasan Ampang akan teragak-agak utk mengundi Umno/BN kerana Calon yang di tandingkan tidak menepati Syariah ISLAM,antara bab Aurat,nikah/kahwin.bab dia nusyuz terhadap bekas suami dia tu juga akan menjadi pertimbangan pengundi kawasan Ampang.
 Lihat bancian biol Utusan Malaysia
Posted on Thursday, April 18 @ 07:00:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"Utusan1

Utusan Malaysia sepatutnya rasa malu kepada Sinar Harian. Ini kerana Sinar Harian tak biol seperti Utusan. Sinar Harian membuat bancian online, Utusan pun terhegeh-hegeh membuat bancian online.

Pening nak menjawab bancian online Utusan. Soalannya : PRU-13: Saya memilih kerajaan yang memastikan dan jawapannya – Perpaduan masyarakat, Pembangunan negara, Keamanan, kestabilan, Janji dibuat dikotakan dan Masa depan lebih baik. Kalau hangpa, apa hangpa nak jawab. Memang semua jawapan itulah yang kita kehendaki. Dah tu nak banci apa?
Bancian apa kalau jawapan yang ingin dipilih semua pro dan sama kategori jawapannya. Berani sikit weh dengan soalan yang lebih menarik. Taklah nampak biol sangat!!
Utusan2Bancian itu cuba-cuba dijawab kerana ingin mengetahui keputusannya dan keputusannya seperti di atas…

Baca - Dah dua hari Tun Mahathir menyepi...kasihan Berahim"
 Orang Rendah Moral jadi calon BN! kalau rakyat tak nampak habislah!
Posted on Thursday, April 18 @ 06:57:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: notan

"Assalamualaikum,,.. Berikut ialah sms yang terbaru saya terima dari pengirm no. 0132787684;

"kami takmboh mat nijam jadi calon bn dun cukai...orang rendah moral gitu wat jadi calon bn..."

sebelum itu ,saya juga menerima sms  dari no yang sama berbunyi ;

"kami menyokong mat bawal sebagai calon BN dun chukai mengantikan Dato" mat tera yang hilang kewibawaan kerana mengambil kesempatan mendapatkan tanah."

Inikah manusia yang hendak kita  jadikan pemimpin?

Keseluruhannya, calon BN tidak ada yang bermoral, semuanya diwakili oleh sms yang saya terima itu.Kalau mat nijam tak layak jadi calon DUN Cukai, mat bawalpun sama tak layak, kalau mat tera ambil kesempatan ambil tanah, apa kurangnya yang lain?
Nama saja calon BN semuanya sama, pelahap harta rakyat dan kalau orang macam ini dipilih lagi jadi wakil rakyat, tak tahu nak kata apa lagi!
Tak tahu apa nak cakap lagi kepada pemangkah BN terutama yang hidup melarat sambil mengharap seciput bantuan wang ehsan atau BR1M itu.Tak tahu nak cakap apa lagi  kerana orang orang dari dalam BN sendiri sudah mengesahkan semua calon BN tidak bermoral!

 Kisah Musim PRU: Perihal Vest Keselamatan dan Calon Bebas
Posted on Thursday, April 18 @ 06:54:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Munir

Di musim-musim PRU ini, markas kami seperti juga markas-markas cawangan PAS lain di seluruh Negara, tiap-tiap malam meriah hingga ke dinahari. Malam tadi ada kenduri sup tulang kat markas, tak pasti kali ini siapa pula yang buat kenduri. Ada wajah-wajah yang last sekali saya nampak muka waktu PRU12, 5 tahun yang lepas; kali ini jumpa lagi.




Mereka-mereka ini adalah soldadu jalanan, pejuang peringkat paling bawah dalam hieraki perjuangan PAS. Walaupun perjuangan mereka hanyalah 5 tahun sekali, tapi turunnya mereka kali ini adalah dengan misi yang begitu besar, - untuk mempertahan dan memastikan PAS terus memerintah di bumi Kedah ini. Bila dah menang kelak, maka seperti juga 5 tahun yang lepas, mereka akan kembali semula ke pangkuan keluarga masing-masing, jadi orang biasa, buat kerja masing-masing; dan serahkan sepenuhnya kepada yang dilantik untuk menunaikan amanah yang diberikan. Perjuangan mereka ini adalah ikhlas lillah hi taala, bukan nak mengejar pangkat atau pun harta.

Saya melihat, inilah sebenarnya sumber kekuatan PAS di Kedah dan juga di mana-mana. PAS amat beruntung punyai pejuang-pejuang seperti mereka ini.

(Berguna juga kereta TRITON saya ini untuk membantu di musim PRU)

Malam tadi saya ikut mereka turun pi pasang bendera. Sesuatu yang amat saya kagum dan ingin saya kongsi di sini ialah bab KESELAMATAN, yang saya harapkan dapat menjadi panduan untuk petugas-petugas parti di tempat lain.

(Sedang bersiap untuk turun pi pasang bendera dengan memakai vest pantul cahaya)

Saya teringat tahun 2008 dulu waktu saya dalam perjalanan pulang dari kampung orang rumah di Terengganu melalui Jln Timur-Barat di waktu malam. Waktu sampai di Jeli, saya hampir melanggar seseorang yang tiba-tiba melintas jalan – seorang petugas UMNO yang sedang memasang bendera biru BN di tepi bahu jalan. Memang tak nampak sebab tidak seorang pun yang memakai vest pantul cahaya ini.

Maka itu, adalah amat disyorkan kepada semua petugas parti, tak kira PAS, PKR atau pun UMNO, kalau nak pasang bendera malam-malam itu, eloklah pakai vest yang reflect cahaya macam petugas PAS Cawangan Pekan Padang Serai, Kedah di bawah ini.

(Dari jauh dah boleh nampak – kalau masih ada juga orang nak langgar, itu memang sengaja dah tu)


(Gambar di siang hari)

Waktu saya pi amik gambaq ini pagi tadi, saya terperasan rumah kedai yang memuatkan pejabat Calon BEBAS Parlimen Padang Serai.


Malam tadi, waktu kami duk pasang bendera di divider jalan ini yang bersetentang dengan pejabat Calon BEBAS ini, saya ambik kesempatan pi bersembang dengan Calun BEBAS berkenaan yang duk perhati kami sedari tadi.

Nama beliau ialah Cikgu Othman Nawi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Man Nawi, saya kenai dia sebab beliau pernah panggil saya untuk bagi ceramah motivasi Tips untuk anak dapat 5A UPSR untuk para waris di sekolahnya. Baru aje pencen.

Bila saya tanya apa tujuan dia masuk bertanding ini, dia cakap: “Sebab tak ada calon Melayu, kalau ada calon PAS atau pun UMNO masuk bertanding, saya tarik diri”.

Dia duk cerita pasal semangat Melayu, pasal bangsa Melayu dan yang sewaktu dengannya. Bunyi sebiji macam UMNO – saya tanya dia, apa pandangan kawan kawan dia orang UMNO, bila dia umum nak masuk bertanding ini. Dia kata, ada yang marah, tapi dia tak kisah, dia harap boleh tarik undi orang-orang UMNO untuk sokong dia.

Dia juga konfiden yang dia akan dapat sokongan org2 Melayu dalam PAS. Dia kata, kalau dapat UMNO sikit dapat PAS sikit, dapat undi kawan2 dia yang berbangsa Cina dan India sikit, insyaallah boleh menang. Konfiden sungguh dia.

Bila saya tanya soalan sensitif:

“Apa pendapat cikgu, orang kata buat apa nak undi calon BEBAS, menang nanti sure dia lompat masuk UMNO punya!!”

Dia jawab:

“Biasalah Monier, kita akan sokong siapa yang MENANG!!”

Hmm, macam tu lah pulak. Kot mana pun, perbualan saya dengan Cikgu Man malam tadi agak menarik sebab sedikit sebanyak saya dapat tahu apa yang sedang berlaku kepada BN di Padang Serai ini. Saya merasakan BN amat sukar untuk menang di Parlimen Padang Serai, masalah utamanya ialah soal calon, diwar-warkan seorang tokoh wanita MCA yang bukan anak tempatan akan bertanding di sini. Kalau sungguh MCA yang bertanding, saya rasa ramai orang UMNO akan undi Cikgu Man sebab Cikgu Man ada pengaruh beliau sendiri dalam UMNO; maka berpecahlah undi BN nanti.

Selain Cikgu Man, diwar-warkan juga beberapa calon BEBAS lain akan bertanding di kawasan Parlimen Padang Serai ini; antaranya ialah calon BERJASA/ISMA dan juga isteri Gobala (tak pasti). Meriahlah Padang Serai dengan calon BEBAS nanti!

Last sekali, bila Cikgu Man duk bagi hint kat saya, seolah-olah nak kata:

“Buat apalah hangpa duk berpenat lelah pacak bendera PAS ini, bukan PAS nak bertanding pun di DUN Lunas dan Parlimen Padang Serai ini, Pakatan bukan letak calon parlimen Melayu pun, apalah yang hangpa duk pulun ini!!”

Saya kata kata:

“Cikgu, kami duk pulun pacak bendera ini, bukan sebab kami nak menang di Lunas atau pun Padang Serai, kami duk pulun sebab nak ambik/kekal di Kedah”

Memang betoi pun, macam yang saya cakap kepada petugas-petugas PAS malam tadi, memang PKR dan bukan PAS yang bertanding di Lunas, tapi kita kena ingat bila kita pacak bendera-bendera ini ke tanah di DUN Lunas, sebenarnya kita pacak ke Tanah Kedah dan bukannya ke tanah Lunas semata-mata. Kita nak ambik Kedah, bukannya nak ambik Lunas. Menang kita di Parlimen Padang Serai pula bakal menambah peluang untuk kita tawan PUTRAJAYA.

Petugas-petugas PAS ini semuanya paham, cuma orang-orang macam Cikgu Man dan juga geng-geng BERJASA/ISMA saja yang tak paham.

Insyaallah, Pakatan akan menang di Lunas dan PAS akan terus kekal memerintah di Kedah!!

moniermatdin@yahoo.com
13.4.13
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com


  Khas Untuk Pengundi Di Kedah
Posted on Thursday, April 18 @ 03:10:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya



Oleh Pengundi PAS Kedah
Anak Kedah yang tinggal menetap di luar Kedah yang bakal pulang mengundi pada PRU 13 di Kedah, sila hubungi talian di bawah sekiranya ada sebarang masalah...
insya Allah kita cuba bantu sekadar mampu dan sekadar apa yang boleh dibantu



PRU-13 Medan Membuka Minda Rakyat

Posted on Wednesday, April 17 @ 23:36:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Nor Azman

Pilihanraya Umum Ketiga Belas (PRU-13) merupakan ibu segala PRU kerana ia diukur kepada kekuatan daya saing antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Ia juga dinilai berdasarkan kepada mood pengundi yang pada hari ini mendesak untuk perubahan.

Secara jujurnya kedua-dua parti gabungan tersebut berada dalam tekanan, iaitu Bagaimana Memenangi Hati Pengundi? Hasil daripada tekanan tersebut, ia membawa manfaat kepada massa.


Minda rakyat perlu disajikan dengan gaya politik matang. Kita selalu mengimpikan persaingan sihat antara dua parti di atas padang yang sama rata. Tapi hakikatnya ia tidak wujud. Malah yang lebih teruk, keganasan dan aksi tidak bermoral disajikan kepada rakyat demi meraih undi. Walaupun poilitik itu dikaitkan dengan cara menguasai persepsi, tetapi dalam Islam malah dalam semua agama melarang kita melampaui batas seperti mengkhianati orang, memfitnah dan sebagainya.
Sepatutnya zaman politik ganas dan lucah sudah berakhir malah tidak harus wujud kerana kita semakin hampir dengan Wawasan 2020 seperti yang dicanangkan oleh kerajaan iaitu mencapai negara maju. Apa gunanya negara maju sekiranya minda pemimpin tidak maju?
Persaingan dalam politik adalah persaingan bagaimana kita mampu tawarkan polisi dan tawaran yang baik kepada rakyat. Seharusnya segala bentuk tawaran atau manifesto kepada rakyat hendaklah didasari dengan keyakinan dan kesungguhan dari ahli politik bukan sekadar untuk meraih undi.
Kita di peringkat Pakatan Rakyat secara seriusnya mengkaji dan analisa dari segi keperluan rakyat dan bagaimana untuk memakmurkan negara, akhirnya dikeluarkan manifesto sebagai asas tawaran kami kepada rakyat.
Manifesto yang dihasilkan dengan kajian yang mendalam ke akar umbi mampu memberi ruang kepada rakyat untuk mencerna inti manifesto tersebut dengan baik. Manakala manifesto yang dibuat sekadar untuk meraih untuk, ia hanya kekal pada hari pengundian sahaja iaitu selepas mendapat undi
Secara tuntasnya, pilihanraya adalah medan membuka minda masyarakat. Penerapan nilai k-politic perlu diperkasakan supaya masyarakat lebih matang dan bijak dalam menilai. Seterusnya memberi kesan kepada mana-mana parti politik supaya bertindak dengan matang dan tidak boleh sama sekali membodohkan rakyat
Nor Azman Mohamad
Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan

'50 tahun jadi kerajaan sudah tahap boleh nyanyuk'

Nazri Abdullah, 18 Apr 2013

PUTRAJAYA: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN sudah diberi peluang lebih 50 tahun untuk mentadbir negara, namun peluang itu tidak digunakan dengan baik oleh parti itu.

Sebaliknya, peluang itu katanya digunakan untuk menindas rakyat dan pada masa sama mengambil kesempatan untuk mengkayakan segelintir kelompok mereka.

Rakyat katanya, boleh menilai beza pentadbiran 50 tahun BN dengan lima tahun di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat khsusnya Selangor, Kedah, Pulau Pinang.

Penilaian bukan sahaja boleh dilihat kepada bantuan dan isentif yang diberikan kepada rakyat, malah juga ketelusan dan integriti pengurusan sehingga mendapat pujian dalam Laporan Ketua Audit Negara.

"Lima puluh tahun (BN) tak tahu nak guna peluang, tak tahu nak buat perubahan, maka berlakulah apa berlaku hari ini.

"Lima puluh tahun bagi usia satu-satu kerajan sudah sampai pada taraf boleh nyanyuk, dan ini perlu dipulihkan," katanya sambil menyeru rakyat membuat perubahan.

Beliau berkata demikian pada ceramah Tawan Putrajaya 2013 di padang bola sepak di Desa Pinggiran Putra di sini malam tadi yang menyaksikan kehadiran lebih 10,000 orang.

Mengulas lanjut beliau berkata, rakyat perlu sedar dengan taktik umpanan yang sering dibuat parti pemerintah, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya.

Pelbagai bantuan tersebut ujarnya bersifat sementara dan diumumkan semata-mata mahu mengaburi mata rakyat dari segala kepincangan pentadbiran yang berlaku supaya rakyat terus menyokong mereka.

"Kita diumpan dengan pelbagai umpan, disogok dengan pelbagai sogokan. Masa nak pilihan raya dia dinaikkan gaji, dinaikkan elaun, lepas pilihan raya dia naikkan harga barang, inflasi tidak terkawal.

"Apa maknanya, menandakan mereka tidak boleh mengurus negara dengan baik," katanya lagi.

Sementara itu, ceramah Pakatan Rakyat di sini malam tadi adalah yang pertama selepas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa diisytihar sebagai calon PAS bertanding bagi kerusi Putrajaya.

Turut berucap pada ceramah ini termasuk Husam sendiri, calon PAS Sepang Hanipa Maidin serta calon Dengkil Borhan Aman Shah dari PKR.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dijadual hadir bagaimanapun diumumkan terpaksa membatalkan kehadirannya disaat akhir atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Mengulas kehadiran ramai malam tadi, Tuan Guru Abdul Hadi berkata ianya mencerminkan semangat prubahan di kalangan rakyat dan beliau melahirkan keyakinan, bahawa tidak mustahil Putrajaya boleh dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

"Pada asalnya saya nak cakap sikit sahaja, bila tengok ramai ni naik semangat pulak.

"Dengan kehadiran ini saya yakin dan percaya, jumlah seramai ini mampu menggerakkan putrajaya," katanya.





Tiada ulasan: